BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

ISI KANDUNGAN BIL TAJUK M/S

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Isi Kandungan Surat Pengakuan Penghargaan Format Ceramah Ceramah Rasuah Refleksi Bibliografi Lampiran Borang kolaborasi

1 2 3 4-9 10-13 14-15 16-17 18-

1

BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL Surat Pengakuan “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya....” Tandatangan : ..................... Nama Penulis : MUHAMMAD NIZAMUDDIN HILMI BIN HAMSAN No KP : 910831-03-5371 Tarikh : 31 Ogos 2010 2 .........................

Ucapan terima kasih kepada Encik Ayob Bin Saleh. Tuhan Semesta alam. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua insan di dunia ini yang telah membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. 3 . Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.W. Tidak dilupakan juga kepada rakan seperjuangan saya di Unit J14 secara khasnya. serta unit J15. dan seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang telah banyak memberikan sumbangan kepada saya dan memberikan tunjuk ajar untuk saya menyiapkan projek kini pada masa dan waktu yang telah ditetapkan. para sahabat serta seluruh umat Islam. serta ahli keluarga Baginda. pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual unit J14 Yang telah bertungkus lumus membantu saya dan rakan-rakan seperjuangan untuk menyiapkan kerja kursus ini pada masa dan waktu yang telah ditetapkan serta memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan telah memberikankepada saya inspirasi untuk menyiapkan kerja kursus ini.BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah S.T.A.W.

Manakala sumber dari Internet pula mendefinisikan ceramah sebagai satu pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. kepercayaan. Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu yang disampaikan oleh orang yang pakar dalam bidang tersebut. ceramah berupa penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum. Menurut Kamus Dewan edisi ke-4. Menerusi ceramah. Dalam erti kata lain. pemikiran atau tindakan audien sasaran. Ceramah lazimnya bertujuan untuk memujuk atau proses seseorang perucap mempengaruhi atau mengubah sikap. Definisi Ceramah Ceramah adalah ucapan yang disampaikan oleh seseorang jemputan yang berpengalaman dalam bidang tentang ceramah yang disampaikan. ceramah ditakrifkan sebagai ucapan membicarakan sesuatu perkara dan pengemukaan fikiran atau idea-idea melalui perucapan yang disampaikan secara dua hala. iaitu topik yang disampaikan oleh penceramah kepada penonton. 4 .BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL FORMAT CERAMAH Pengenalan Ceramah yang baik dapat memberi kesan yang mendalam pada pendengar serta dapat mewujudkan cetusan minda yang baru dalam sesuatu bidang. penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum atau topik baharu. dapat disampaikan oleh penceramah kepada pendengar atau penonton. Menurut Kamus Dewan edisi ke-4. ceramah ditakrifkan sebagai ucapan membicarakan sesuatu perkara dan pengemukaan fikiran atau idea-idea melalui perucapan yang disampaikan secara dua hala.

kepercayaan dan tindakan. fenomena.BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL Tujuan Ceramah Memberi maklumat Penceramah bertujuan memberitahu atau menerangkan kepada pendengar tentang sesuatu konsep. Menghibur Biasanya dibuat untuk pendengar bergembira atau berseronok. Pendengar pula akan memperoleh maklumat pengetahuan baharu atau peningkatan taraf pengetahuan tentang perkara yang disampaikan. perkara. Penceramah bagi tujuan ini lazimnya terdiri daripada ahli-ahli politik untuk mempengaruhi pengundi dan peguam untuk mempengaruhi para juri untuk mengubah sikap kumpulan sasarannya. proses. Lazimnya dibuat di majlis-majlis keraian. Penceramah kerap kali membawa pendengar ke situasi kenyataan yang melucukan dan menjauhkan mengenai perbincangan isu-isu besar atau kontroversi. idea dan sebagainya. 5 . Memujuk Melalui cara ini. penceramah merayu atau cuba mempengaruhi pendengar untuk menghasilkan perubahan dari segi sikap.

Sebaik-baiknya merakamkan ucapan. 6 . Melafazkan teks itu di hadapan cermin sebagai latihan. Persediaan yang lebih lengkap boleh mengurangkan perasaan gementar. Menulis nota tentang tajuk berkenaan.BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL Sifat-Sifat Penceramah Yang Berkesan     Berkemahiran berucap Berpewatakan menarik Berpengetahuan Mempunyai kemahiran berucap Persediaan Ceramah       Mengetahui tajuk ceramah dengan teliti Membuat persediaan yang rapi Menyemak setiap ilustrasi Meninjau tempat ceramah Menyemak setiap peralatan Menyemak pakaian yang sesuai Persiapan Sebelum Menyampaikan Ceramah       Ambilah masa yang secukupnya untuk membuat persediaan. Mendapatkan sebanyak mungkin bahan rujukan.

Menujukkan keyakinan diri. Menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan majlis ceramah. mata dan gerakan badan untuk menekankan fakta. Menggunakan bahasa yang sesuai dengan audien termasuk teknik retorik. Cara Mempengaruhi Audien       Mengkaji peringkat pemikiran. Menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan audien dan aras pendapat.BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL Cara Melahirkan Pendapat           Memiih dan menentukan isi supaya bertepatan dengan aspekyang akan dihujahkan. bukti statistik dan contoh supaya hujah lebih konkrit dan menyakinkan. Elakkan penggunaan istilah-istilah yang bombastik dan sukar difahami. jantina dan profesion audien. Menyelitkan unsur kecindan. Mengemukakan pendapat yang disokong dengan fakta. Menggunakan gaya tangan. Menjangka dad tumpuan audien. taraf sosioekonomi. Wujudkan hubungan mata dengan audien. Menggunakan bahasa yang tepat dan tidak meleret-leret. 7 . Menunjukkan mimik muka yang menyakinkan. Memastikan suara didengari oleh semua audien. Menyelitkan ayat-ayat soalan untuk mewujudkan rangsangan di kalangan audien.

Berhenti sebentar apabila perlu. Perkara-Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Memberi Ceramah      Menunjukan ego Penghuraian yang berbelit-belit Menyinggung audien Tidak menarik perhatian yang berkenaan Melihat jam tangan. iaitu ketika hendak mendapatkan semual buah fikiran atau member masa untuk penonton mengikuti dan memahami hujah anda. 8 . Menggunakan sebutan baku.BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL Nada dan intonasi       Meninggikan nada apabila hendak menarik minat dan perhatian. Menggunakan nada dan intonasi yang enggambarkan keprihatinan. Menggunakan nada yang menggembirakan apabila hendak menghidupkan suasana yang hambar. Menggunakan nada suara perlahan atau rendah apabila hendak merayu.

BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL Alat-Alat Bantu Yang Digunakan Dalam Ceramah         Mikrofon Mikrofon stand Pembesar suara Postrum Komputer riba Projektor Overhead projektor Risalah 9 .

punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Asalamualaikum dan selamat tengahari diucapkan kepada Encik Ayob dan juga rakan-rakan seperjuangan saya. Kita boleh mengadakan undang-undang dan badan. Jelaslah. Dengan adanya undang-undang dan badan pencegah yang berwibawa dan berkesan pengurangan rasuah boleh diusahakan. Selain itu. Masyarakat menganggap masaah rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Tajuk ceramah saya pada hari ini ialah gejala rasuah. Walaupun pendapat umum ialah rasuah tidak mungkin dihapuskan tetapi kita masih perlu berusaha untuk menghapuskan gejala ini sepanjang masa. Jika masyarakat memandang amalan rasuah sebagai satu jenayah yang amat buruk dan memalukan maka rasuah akan berkurangan. Hanya kerana rasuah tetap ada tidak bermakna kita harus terima gejala ini dan kita tidak perlu berusaha membanterasnya.badan pencegah yang menguatkuasa undang-undang. Sebaliknya jika masyarakat menganggap rasuah sebagai perkara biasa dan menerimanya sebagai 10 .BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL Ceramah Rasuah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Setiap kejayaan kita mengurangkan rasuah tetap akan membawa kebaikan yang bertambah kepada kita. Punca-punca berlakunya gejala rasuah adalah disebabkan kelemahan kawalan dalam diri. masalah ini berleluasa apabila tiadanya satu ketelusan dalam sistem tadbiran awam negara kita. kewujudan peluang. kelemahan kawalan dalam jabatan. Tetapi yang lebih berkesan untuk membanteras rasuah ialah budaya atau nilai hidup yang dipegang oleh masyarakat. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kaki tangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini. Rasuah adalah satu penyakit sosial yang ada di mana sahaja. Tidak ada negara atau bangsa yang boleh mendakwa mereka bebas daripada rasuah.

majlis hari jadi. Dengan ini sogokan menjadi perkara yang tidak disembunyi lagi dan pemberi serta penerima tidak akan berasa tersalah dan malu. mengumpul kekayaan. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda. Di peringkat ini tidak ada sesuatu yang boleh dibuat untuk membanteras rasuah kerana semua pihak dari peringkat yang terendah hingga ke peringkat yang tertinggi terlibat dan akan mempertahankan amalannya. Mungkin juga masyarakat berpendapat bahawa sogokan yang dihulur hanyalah bantuan yang boleh menolong mereka yang daif dan memerlukannya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta. politik. 11 . sosial dan budaya. menagih populariti dan sebagainya. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Disamping terdapat sebab lain yang menyebabkan berlakunya rasuah. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa. melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya. Ketiga. disogok atau diumpan tanpa disedari. Pengaliran wang juga akan meningkat. Keduanya. memenangi pemilihan jawatan politik.BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL sesuatu yang tidak dapat dielak maka rasuah akan berkembang dan menjadi semakin buruk. Pertamanya. mempercepatkan bayaran. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. modenisasi. hari perkahwinan dan sebagainya.

Dengan perkataan lain. amalan rasuah akan berkembang. umpamanya. Bukti sikap masyarakat ialah kesanggupannya untuk bertindak terhadap pelaku rasuah. bukan sahaja pelaku rasuah menjadi lebih berani tetapi anggota yang lain juga akan membenarkan diri mereka menerima rasuah.BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL Hadirin sekalian. maka rasuah akan berleluasa. kita tidak akan terperangkap dalam situasi yang mana kita tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyara hidup kita. Ini dapat dilihat apabila ketua jabatan atau Lembaga Tatatertib jabatan atau kementerian. Kesan yang lain yang dapat dilihat ialah melumpuhkan kegiatan sesuatu organisasi. enggan melapor atau mengambil tindakan terhadap kakitangan dibawah jagaan mereka kerana belas kasihan atau untuk tidak memburukkan imej jabatan atau kementerian. 12 . rasuah boleh dielakkan jika kita tahu berjimat-cermat dengan pendapatan kita. Oleh kerana tabiat berjudi sukar dibendung dan mempunyai asas tamak yang sama. maka kita akan terus menerima rasuah sehinggalah kita dikesan dan didakwa kerana rasuah. Apabila ini berlaku maka amat mudahlah seseorang itu menerima rasuah. pemerintahan menjadi lemah dan juga boleh menyebabkan pemerintahan sesebuah negara menjadi kucar-kacir. maka penjudi akan tenggelam dalam gelora rasuah. Sekali diterima sogokan. Jika kita berjimat. Dengan itu. masyarakat yang memandang rasuah sebagai jenayah yang keji akan dapat membendung rasuah. Apabila kita kekurangan perbelanjaan kerana inginkan gaya atau style yang kita tidak mampu. Kunci pencegahan rasuah ialah membendung perasaan tamak dan mengelakkan daripada amalan berbelanja lebih daripada pendapatan. Dengan terlepasnya daripada tindakan. Penjudi tetap akan kekurangan wang dan selalu terdesak kerana tidak dapat membayar hutang akibat berjudi. Seperti yang disebutkan diatas. Jika mereka yang diberi tanggungjawab untuk bertindak terhadap pelaku rasuah tidak sanggup mengambil tindakan. Salah satu daripada sebab kenapa pendapatan tidak mencukupi ialah kerana berjudi. Kaedahnya tidak berbeza dengan penagihan najis dadah. maka lemahlah pendirian kita terhadap sogokan wang.

pemimpin. Penggunaan borang. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata. Perubahan paradigma masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. terima kasih. sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. meningkatkan menguatkuasaan undang-undang dan hukuman. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan.peniaga. Ketiga. Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. ikhlas. memudahkan urusan menggunakan ICT. amanah. proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga. Kedua. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa. Akhir sekali. Prosedur diproses yang panjang. kontraktor dan pelabur.BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL Selain itu. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah. (1091 Patah Perkataan) 13 . Sekian. Konklusinya. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya l`ebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya. langkah untuk memerangi rasuah juga ialah memantapkan iman dan mengukuhkan jatidiri. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses. Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab.

saya telah menghadapi pelabagai masaah dan rintangan. kekangan masa. Tetapi Encik Ayob sememangnya faham dengan situasi kami dan memberikan semangat untuk kami menyiapkan tugasan ini. Kedua. banyak laman sesawang yang tidaki dapat diakses kerana telah disekat oleh pentadbiran. Hal ini disebabkan kami terpaksa menyediakan teks ucapan yang terdiri daripada 1000 patah perkataan.halini benarbenar menyusahakan saya kerana hanya dengan mempunya broadband sahaja laman sesawang itu dapat diakses. Menyiapkan kerja kursus ini juga melatih saya bersabar dan tenang untuk menangani sesuatu yang mendatang itu. Tempoh masa untuk melaksanakan kerja kursus ini ialah selama lebih kurang sebulan menyebabkan kami sekelas terpaksa menerimanya dengan hati yang terbuka. Sepanjang menjalankan kerja kusus ini. saya membuat jadualsupaya kerja saya lebih teratur dan dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Ia jiga mengajar saya bagaimana menangani rasa gementar dan gemuruh ketika berucap. Hal ini disebabkan oleh trdapat banyak kerja kursus yang kami perolehi serentak dengan kerja kursus ini. Bagi saya. Pertamanya ketika sedang mencari maklumat di internet.BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL REFLEKSI Kerja kursus Bahasa Melayu Kontekstual ini telah kami terima pada 2 Ogos 2010. banyak ilmu yang telah saya perolehi. Ia melatih saya supaya mempunyai keyakinan diri ketika berucap di hadapan khalayak. Sepanjang menyediakan tugasan ini. ia mengajar saya bagaimana untuk berucap di depan khalayak ramai. salah satu cara yang selalu diamalkan oleh saya ketika berucap di hadapan ialah memegan pen dan menyoroknya 14 . Bagi memudahkan cara. Melalyi kerja kursus ini.

ia turut mengajar saya cara yang betul untuk menulis teks ucapan. Ini secara tidak sengaja akan meningkatkan tahap keyakinan diri saya. Selain itu.BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL di dalam baju. 15 .

Ucapan dalam Bahasa Melayu. Tiada nama pengarang .pmo. Bahasa Melayu Komunikasi 2.google. http://search. Menerima rasuah.gov.gov. Cara menengani rasuah.my/i/search?kemelesetan+ekonomi diakses pada 20 Ogos 2010 16 . Tiada nama pengarang.my/i/?p=menerima+rasuah diakses pada 17 Ogos 2010 5.com/search?hl=en&q=ucapan+pdf&aq diakses pada 16 Ogos 2010 3.gov. Tiada nama pengarang.my/i/?p=menangani+rasuah&currentPage=5 pada 16 Ogos 2010 diakses 4.pmo.pmo. 1999. Kemelesetan Ekonomi. Tiada nama pengarang. http://www. Petaling Jaya: Fajar Bakti.BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL BIBLIOGRAFI Buku 1. http://search. Internet 2. http://search. Ab. Rahman Ab Rashid.

gov. Ucapan memerangi rasuah. http://www. Rasuah Pembunuh Negara.gov.pmo.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=728 diakses pada 20 Ogos 2010 7.pmo.my/ucapan/?m=p&p=abdullah&id=373 diakses pada 21 Ogos 2010 17 . Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dr Mahathir Mohamad.BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL 6. http://www.

BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL LAMPIRAN 18 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful