KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

158

UNIT 11 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. 2. 3. 4. menerangkan konsep pentaksiran dan penilaian dalam konteks pendidikan sekolah rendah. menerangkan konsep dan aplikasi pentaksiran Petaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). menerangkan konsep pentaksiran autentik dan penggunaan portfolio dalam petaksiran pembelajaran. membanding beza antara pentaksiran dan penilaian dalam KLSR dengan pentaksiran dan penilaian dalam KBSR/KSSR.

PETA KONSEP TAJUK
Pentaksiran dan Penilaian Pendidikan Sekolah Rendah

Penilaian Berasaskan Sekolah

Penilaian Authentik/ Alternatif

Konsep & Pengertian Pentaksiran & Penilaian

Pentaksiran /Penilaian Formatif & Sumatif

Pemulihan dan Pengayaan

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

159

PENGENALAN
Mulai tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan bagi menggantikan KLSR secara beransur-ansur diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada 1993. Mulai 2011 pula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan bagi menggantikan KBSR. Secara ringkasnya pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut. Penguasaan kemahiran asas (membaca, menulis, mengira dan menaakul) Kemahiran berfikir (menaakul, kreatif dan inovatif) Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental) Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni Jati diri dan semangat patriotisme Memahami dan menghayati budaya nasional Sehubungan itu pentaksiran dan penilaian perlu terus dilakukan ke atas murid-murid di sekolah rendah.

"Every School shall prepare its pupils for examinations prescribed by or under this Act or any regulations made under this Act unless otherwise exempted by or under this Act. (Education Act 1996, Sec.19)

ISI KANDUNGAN Apakah konsep dan pengertian pentaksiran dan penilaian?
Pentaksiran atau dalam bahasa Inggerisnya assessment berasal daripada perkataan Greek, ”assidere” bermaksud ”ada di sisi”. Menurut Payne (2003) pentaksiran dirujuk sebagai integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut. Beliau merumuskan bahawa; pentaksiran = pengukuran + penilaian. Guru boleh menggunakan proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid. Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil, agregat, pangkat atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal selidik, kuiz dan senarai semak. Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan ”Salina mendapat markah 95% dalam ujian Matematik, oleh yang demikian beliau merupakan seorang murid yang cemerlang dalam mata pelajaran itu”, merupakan penilaian atau

Perhatikan bahawa maklumat kualitatif dalam penilaian boleh jadi nilaian atau interpretasi kepada maklumat kuantitatif. Berdasarkan maklumat pengujian dan data kualitatif dari pemerhatian. ”Cemerlang”. Jadual 11. menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. pembinaan. rekod senarai semak dan rubrik. pentadbiran. memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Melibatkan peringkat perancangan. Membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas nilai dan maklumat yang dilakukan. proses mengumpul maklumat.1. fokus dan hasil adalah ditunjukkan dalam Jadual 11. Menunjukkan tingkahlaku keseluruhan. pemeriksaan dan laporan Pengukuran dan penilaian Penilaian Proses mentaksir perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan data kualitatif. Ketiga-tiga proses di atas berlaku secara timbal balik dan sepadu antara satu sama lain dan sepadu dengan proses pengajaran pembelajaran. senarai semak.1 Perbandingan Antara Pentaksiran dan Penilaian Pentaksiran Pengertian Proses mengumpul maklumat. proses yang berlaku daripada mengumpul maklumat sehingga membuat keputusan dipanggil pentaksiran. Peranan Membuat pentaksiran pencapaian murid untuk pemulihan atau penggredan. Apabila keputusan dibuat berdasarkan nilai atau interpretasi maklumat. Bagaimanakah istilah pentaksiran dan penilaian dapat dibandingkan? Perbandingan antara pentaksiran dan penilaian dari segi pengertian.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 160 interpretasi tentang ukuran atau maklumat. Proses penilaian berhenti setakat memberi nilai atau interpretasi tanpa membuat keputusan seperti ”layak memasuki aliran Sains atau sekolah berasrama penuh”. tentang tujuan Masa Pelaksanaan Sebelum. maklumat yang diperoleh daripada penilaian boleh berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Berbanding pengukuran. pencapaian murid-murid dan secara Hasil . peranan. kaedah. ”Menguasai tahap pencapaian minimum” dan ”Boleh membaca dengan kefahaman yang tinggi”. soal selidik. anekdot. Maklumat kualitatif dalam penilaian adalah seperti ”Baik”. Dalam pendidikan. Maklumat untuk tindakan susulan ke arah peningkatan prestasi. soal selidik. Fokus Berdasarkan maklumat yang dilakukan secara pentaksiran secara formatif dan sumatif. Kaedah Ujian. masa pelaksanaan. semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.

Contoh: topik . memeriksa kerja rumah pelajar Formal: ujian kertas-pensil dalam masa singkat. lisan. LIPUTAN REKOD Perbezaan Antara Penilaian Formatif Dengan Penilaian Sumatif . Contoh: topik untuk 1 penggal. Hanya ujian formal: penggunaan senarai semak atau rekod prestasi. soal jawab.2. kumpulan atau kelas.2 PERKARA PENILAIAN FORMATIF DEFINISI Suatu jenis ujian formal atau tidak formal untuk mengesan tahap penguasaan & kemajuan pembelajaran murid. Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal). Pengunaan rekod profil murid atau pensijilan.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 161 Apakah perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif? Perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif dapat dikenal pasti dengan merujuk kepada Jadual 11.. BENTUK Tidak formal: pemerhatian. Semasa mengajar sesuatu unit/ topik pembelajaran. Contoh: Peperiksaan akhir tahun SASARAN Murid secara individu. TUJUAN AKTIVITI Ujian formal atau tidak formal semasa waktu pengajaran pembelajaran. Murid mengikut kelas atau tingkatan.proses fotosintesis Ujian formal (peperiksaan) MASA Selepas mengajar beberapa unit/ topic pembelajaran. Mengesan tahap penguasaan & kemajuan murid untuk membaiki kelemahannnya secara semerta. Formal sahaja: Ujian kertas-pensil dalam jangka masa yang sesuai. Meliputi beberapa unit pembelajaran atau suatu peringkat persekolahan. Mengesan pencapaian berdasarkan beberapa unit pembelajaran & pemeringkatan gred murid. Jadiual 11. PENILAIAN SUMATIF Suatu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian murid dalam sesuatu peringkat persekolahan.

1 Cuba kenal pasti perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif. Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 162 TINDAKAN Membetulkan kelemahan dengan semerta. apakah kekuatan dan kelemahan penilaian formatif berbanding dengan penilaian sumatif? _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ __________________________________________________________ . Merancang & mengubahsuai pelajaran/ kurikulum. AKTIVITI 11. Pada pendapat anda. Menjalankan ativiti pemulihan/ pengayaan dalam kelas. Menempatkan pelajar dalam kelas yang sesuai.

ibu bapa. Pentaksiran Berasas Sekolah melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. pembelajaran dan pentaksiran dapat ditunjukkan dalam Rajah 11. peperiksaan dan laporan oleh guru di sekolah yang membabitkan pihak-pihak berkepentingan (stakeholder) seperti murid. Menurut Gronlund (1981) penilaian dapat menentukan sejauh mana pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektifnya. guru dan organisasi luar. Dalam KSSR. penyerapan. pembelajaran dan pentaksiran Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)? Pentaksiran Berasas Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang dikendalikan di sekolah yang melibatkan peringkat perancangan. sebaliknya ia boleh juga dilaksanakan pada setiap peringkat atau dengan kata lain dalam proses yang berterusan (Wheeler. pembelajaran dan pentaksiran berhubungkait? Mengajar tanpa menilai adalah langkah yang tidak bijak. Hubungkait antara pengajaran.1. Proses Pentaksiran Berasas Sekolah melibatkan aktiviti berikut: . pembinaan.1 Hubungan di antara pengajaran. Aktiviti penilaian tidak semestinya dilakukan di peringkat akhir. PENGAJARAN (Guru) PEMBELAJARAN (Murid) Guru menambahbaik pengajaran secara keseluruhan dan berterusan MATLAMAT/ OBJEKTIF Murid meningkatkan prestasi pembelajaran secara keseluruhan dan berterusan PENTAKSIRAN (Guru & Murid) Rajah 11. pemulihan dan pengayaan. 1967).KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 163 Bagaimanakah pengajaran. sebagai contohnya dalam pengajaran Bahasa Malaysia konsep 5P diberi penegasan iaitu penggabungjalinan. PBS secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala PBS secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari (assessment of learning). pentadbiran. penilaian.

merekod. ujian. Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini membolehkan guru: Mengetahui sejauh mana murid telah belajar. Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 164 Mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap (dependable) tentang prestasi murid secara berterusan (ongoing) berdasarkan o pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi (performance standard). Memperbaiki strategi pengajaran dan pembelajaran Mengetahui sejauhmana murid telah mencapai standard tertentu dari apa yang telah dipelajari. Mengelola. kajian dan lain-lain tugasan yang melibatkan pelbagai mata pelajaran. dan penting dalam peringkat tertentu dalam pembelajaran mereka. tugasan bertulis. alat. . Pentaksiran yang berkesan membolehkan murid: Berusaha ke arah yang sejajar dengan kriteria yang telah diketahui dan difahami lebih awal. PBS dikaksana menggunakan pelbagai kaedah. teknik dan konteks. Memperbaiki kelemahan murid dalam pembelajaran Sebagai tambahan. peranan PBS ialah: Meningkatkan pencapaian Mengubahsuai strategi pengajaran. potensi. Mengetahui apa yang murid tahu dan boleh buat. o penggunaan pelbagai kaedah. Menggunakan kepelbagaian maklumat. dan Membuat penilaian dan melaporkan secara lisan dan/atau bertulis tentang prestasi. Pentaksiran dapat memberi sumbangan positif dalam meningkatkan pembelajaran apabila direkabentuk dengan teliti dengan mengambilkira aspek berikut: kejelasan konstruk yang ditaksir bentuk kegunaan aras kesukaran bagaimana cara mentaksir kekerapan masa dan maklumbalas. Eviden PBS dikumpulkan dalam portfolio. semua murid perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang apa yang perlu dipelajari. Membantu meningkatkan pembelajaran murid. Menjadi motivasi kepada murid untuk belajar. Menganalisa pembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu diperbaiki. alat. dibuat. Sehubungan dengan itu. menterjemah. pencapaian dan keperluan murid. Bagi kedua-dua cara PBS tersebut guru dan murid merujuk kepada satu set pernyataan standard prestasi yang jelas yang ditetapkan oleh sekolah berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. melapor dan membuat pertimbangan tentang prestasi murid oleh guru semasa dan sepanjang (formatif) dan di hujung (sumatif) proses pengajaran-pembelajaran berlangsung. teknik dan konteks.

Aktiviti yang relevan perlu disertai dengan bentuk dan kaedah pentaksiran yang bersesuaian. Mengetahui apa dan bagaimana sesuatu perkara itu hendak dipelajari. Belajar dengan kaedah tersendiri. Mempamirkan kekuatan dan menunjukkan penguasaan dan kepakaran. Bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Peranan ibu bapa dalam PBS Membantu anak-anak mencapai apa yang dihasratkan. Setiap aktiviti yang direkodkan sepatutnya terdiri daripada kejayaan satu siri tugasan yang bermakna dan berkesan. dan Berupaya bersaing di tahap yang lebih tinggi. kekuatan dan kelemahan anak-anak. contohnya rubrik yang akan digunakan.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 165 Mensíntesis dan mengaplikasi pembelajaran selain daripada mengingati fakta. Peranan guru dalam PBS Fasilitator (proses pembelajaran) Pemerhati (langsung dan tak langsung tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran) Pengumpul (maklumat tentang pembelajaran murid) Maklum balas (pembelajaran murid) Memperbaiki (pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh) Peranan murid dalam PBS Mengetahui bagaimana standard hendak dicapai. Memahami potensi. Berupaya membuat refleksi kendiri untuk penambaikan terhadap hasil usaha. Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences) Membantu anak-anak dalam pembelajaran berdasarkan maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber pentaksiran. Kaedah dan instrumen PBS Standard pentaksiran perlu diketahui dan difahami oleh semua murid dan ibu bapa pada awal proses pembelajaran. Reflektif dan melibatkan diri dalam pentaksiran kendiri dan rakan sebaya. Melaksanakan tugasan yang diberikan supaya apa yang diketahui dan boleh dibuat boleh ditaksir. Berupaya melahirkan pandangan dan tafsiran dari sudut yang berbeza. . Melalui proses pembelajaran yang berjaya.

Pentaksiran prestasi meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dalam amalan. Antara contoh ialah portfolio. pameran. Ia membolehkan guru mengumpul bukti yang sama bagi semua murid dengan cara dan masa yang sama. rakan sebaya dan kerja berkumpulan Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru kerana mungkin ramai murid memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran akademik dan prestasi dengan tepat. Sekiranya digunakan dengan betul. kemahiran dan sikap murid dalam pelbagai situasi dan konteks yang sebenar. projek. iii. Pentaksiran kerja . Perkongsian kriteria untuk pentaksiran memberi kuasa kepada murid untuk menilai prestasi mereka sendiri dan juga rakan mereka. simulasi komputer dan persembahan. papan tulis dan lisan atau berbantukan komputer secara online atau offline. Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas khusus untuk prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). iv. ujian dan peperiksaan adalah sebahagian daripada kurikulum yang penting kerana ia memberikan bukti yang baik tentang apa yang telah dipelajari. Kebolehan untuk bekerja bersama rakan lain dalam satu kumpulan dengan berkesan adalah satu daripada hasil kritis. Pentaksiran kendiri. Murid juga mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari bagaimana untuk menyimpan rekod dan memgulas ringkasan kerja. menggunakan senarai semak atau rubrik.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 166 Kaedah pengumpulan bukti PBS i. Pencerapan perlu mempunyai tujuan dan dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan yang bersesuaian untuk mengurangkan penyimpanan rekod. Tugasan atau pentaksiran prestasi Tugasan atau pentaksiran prestasi kurang berstruktur (berbanding dengan ujian) dan melibatkan tugasan yang menilai aspek pengetahuan. Ujian dalam PBS boleh dilaksanakan secara manual seperti kertas-pensil. seperti senarai semak dan skala penggredan (rating scale) yang hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk merekod. debat. membantu murid sama ada yang ditaksir atau yang mentaksir. Cerapan Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur (terancang) dan selalunya dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain dalam tugasan untuk mendapatkan hasil penyelesaian yang umum. penyampaian visual dan lisan. Ujian Pentaksiran melalui ujian lebih berstruktur dan tegar. Pentaksiran ini mengemukakan bukti tentang pembelajaran berpandukan kepada skor. ii. Ia merupakan pentaksiran yang authentik kerana murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar. Refleksi ke atas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat penting dalam pentaksiran kendiri. Item-item ujian boleh disediakan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Lembaga Peperiksaan tetapi pengendaliannya adalah oleh guru sama ada secara manual atau berbantukan komputer. Pentaksiran rakan sebaya.

dan ia mesti dijelaskan kepada murid sama ada mereka sedang melalui proses pentaksiran untuk pembelajaran atau pentaksiran tentang pembelajaran. Fungsi PBS Antara lain fungsi pentaksiran sekolah adalah seperti berikut: Pentaksiran tentang pembelajaran yang bersifat summatif (pentaksiran untuk melihat prestasi murid) Pentaksiran untuk pembelajaran yang bersifat formatif (pentaksiran untuk meningkatkan pembelajaran) Pentaksiran tentang pembelajaran Pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan prestasi murid bagi penggal persekolahan. Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh digunakan dengan berkesan untuk menyokong pentaksiran untuk pembelajaran. Maklumbalas perlu mengandungi tiga elemen berikut: . Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan kepada murid dengan cara yang betul. profil atau testimoni. Ia melibatkan pentaksiran kemahiran sosial. pengagihan kerja dan sumbangan setiap individu melalui satu produk. Semua bukti bagi pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan dalam portfolio. kedudukan atau persaingan. semester atau tahun tertentu. Pentaksiran untuk pembelajaran Pentaksiran untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid. gred. Isu penting ialah instrumen mestilah sepadan dengan apa yang ditaksir. bantu membantu. maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan membantu proses pembelajaran. Bukti yang bersesuaian dan mencukupi mesti dikumpulkan. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain. Pelaporan boleh dibuat dalam bentuk sijil. pernyataan deskriptif sebahagian atau kesemuanya. selain daripada hasil kerja kumpulan. Semua portfolio mesti disimpan di sekolah dan dibentangkan untuk proses semakan dan pengesahan. Maklumbalas tidak sepatutnya mengandungi pernyataan perbandingan antara murid tentang kebolehan. Pentaksiran kerja berkumpulan dinilai melalui proses selain daripada produk atau hasil kerja. pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan. Peluang untuk menggunakan pelbagai instrumen amat penting bagi kedua-dua pentaksiran untuk pembelajaran dan juga pentaksiran tentang pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua murid. Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dikeluarkan secara bertulis dalam bentuk markah. pernyataan keputusan. Oleh itu. profil. band.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 167 berkumpulan memberi bukti daripada aspek kerjasama. perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis. sama ada kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti pencerapan.

Pengajaran. menyumbang kepada keberkesanan program. Rancangan Pelajaran Tahunan perlu berdasarkan kepada keperluan kurikulum dan garis panduan pentaksiran. perkembangan pembelajaran murid dan maklumbalas. penyerapan. Semasa menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT). Melalui PRK. Integrasi pengajaran. pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya. bukan semata-mata merekod skor. tetapi memberi sokongan dan mekanisma yang positif bagi membantu murid untuk membaiki atau meningkatkan pembelajaran. bagi guru membaiki pengajaran dan secara keseluruhan. Oleh itu. dan Maklumat untuk merapatkan jurang antara kedudukan sedia ada dan tahap pembelajaran yang diharapkan. Tahap pembelajaran yang diharapkan. pemulihan dan pengayaan.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 168 Kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan. pencapaian . Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan terhadap analisis. Sehubungan itu dalam KSSR. Pentaksiran Rujukan Kriteria (PRK) ialah pentaksiran yang dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan terlebih awal tanpa membandingkan seseorang murid dengan murid yang lain tetapi membandingkan pencapaian murid dengan set kriteria yang telah ditetapkan itu. pembelajaran dan penilaian tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh dilihat atau diguna secara berasingan atau bersendirian. perkara berikut hendaklah diambil kira: Pentaksiran tentang pembelajaran Pentaksiran untuk pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran Pembangunan pengetahuan yang diperlukan. penilaian. Pentaksiran sekolah sebagai pentaksiran rujukan standard (PRS)? PRS ialah proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh sekolah mengikut tahap-tahap pencapaian seperti dihasratkan dalam dokumen kurikulum. kemahiran dan pemahaman di samping nilai dan sikap. sebagai contohnya dalam pengajaran Bahasa Malaysia konsep 5P diberi penegasan iaitu penggabungjalinan. guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa. Tujuan utama penilaian BUKAN hanya untuk membuat keputusan. Pentaksiran rujukan standard seringkali dijelaskan sebagai berlawanan dengan pentaksiran rujukan kriteria. pembelajaran dan penilaian Penilaian atau pentaksiran adalah sebahagian daripada strategi pengajaran dan pembelajaran dan bukannya tugas tambahan. Guru tidak sepatutnya bergantung hanya kepada pentaksiran rujukan norma atau kriteria sematamata kerana amalan terbaik ialah menggabungkan pentaksiran rujukan kriteria dengan rujukan standard. guru besar atau nazir.

kita perlu memutuskan mengapa kita perlu mentaksir murid. Bukan semua kerja yang ditaksir akan direkod. Melalui penggabungan PRS dan PRK. Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Kepentingan menepati tarikh serahan yang ditetapkan dalam penentuan gred pencapaian. Sebelum menimbangkan bagaimana pentaksiran itu harus dilakukan. . Menganalisis kekuatan dan kelemahan dalam membantu perancangan dan penilaian program. Mentaksir murid secara individu mengikut keperluan masing-masing. Maklumbalas yang jelas berhubung markah atau skor yang telah diberikan. Menentukan kedudukan seseorang murid mengikut kriteria yang ditetapkan berdasarkan standard prestasi. Menjelas tentang tarikh dan tempoh pentaksiran. Mentaksir murid berdasarkan kriteria penilaian yang jelas dan objektif mengikut standard prestasi. Maklumat berikut perlu dibekalkan kepada murid: Wajaran bagi setiap pentaksiran. Tujuan pentaksiran perlulah jelas dan telus. Mentaksir aspek kognitif. Pentaksiran yang adil tidak perlu dibimbangi kesahan dan kebolehpercayaannya kerana ia mempunyai keauthentikan dan keboleharapan yang tinggi bergantung kepada kualiti dan kejelasan kriteria penskoran dan pemahaman kriteria tersebut. Sesuatu instrumen yang secara umumnya digunakan dengan baik untuk menyenaraikan dan memperluaskan kriteria penskoran sering dirujuk sebagai rubrik. PRS bertujuan untuk mencapai perkara berikut: Membuat keputusan tentang murid dengan menilai kerja murid berdasarkan standard yang ditetapkan. Keterangan mengenai pengetahuan dan/atau kemahiran yang ditaksir. Mendapatkan data statistik.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 169 murid tidak dinilai secara bertahap. Menentukan kualiti pengajaran dalam mata pelajaran. Pentaksiran Rujukan Standard (PRS) sama seperti PRK tetapi pencapaian murid dinilai dan dilaporkan berdasarkan tahap-tahap penguasaan murid dalam pembelajaran seperti band 1 hingga band 5 atau 6 atau Lemah hingga Cemerlang atau lain-lain bentuk pernyataan standard yang bertahap. Peluang prestasi mereka ditaksir menggunakan pentaksiran secara kualitatif. Murid yang memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan dinilai sebagai telah menguasai pembelajaran tanpa meletakkan pada tahap mana penguasaan murid itu dalam pembelajarannya. Mempunyai akses terhadap semua kriteria yang digunakan dalam pentaksiran. afektif dan psikomotor dalam pelbagai konteks. pelbagai kaedah pentaksiran akan digunakan bagi tujuan berikut: Mentaksir murid yang ramai dengan keberkesanan kos. Memberi makluman awal tentang mana-mana pentaksiran yang memerlukan persediaan. iaitu perbandingan prestasi tahun semasa dengan prestasi tahun sebelumnya untuk menilai standard.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 170 Dalam KSSR pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran diubah daripada berbentuk gred kepada band iaitu tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki yang menggambarkan sejauh mana murid-murid telah menguasai sesuatu standard seperti yang dijelaskan dalam deskriptor. . ii. baik dan belum menguasai bagi menjelaskan apa yang murid tahu dan boleh buat hasil daripada pembelajarannya Pernyataan tentang standard diletakkan dalam kategori tertentu seperti Band (Band 1. Contoh Standard Prestasi: Matamat pendidikan: mengembangkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan. tanpa menjelaskan secara spesifik tentang kaedah atau teknik bagaimana untuk mencapai hasil berkenaan Pernyataan kriteria khusus yang memberi makna dalam bentuk deskriptif kepada angka.3 ialah contoh jadual standard prestasi berasaskan empat band. Jadual 11. iii. yang ditulis secara holistik berasaskan DSK dan DSP untuk pentaksiran. Band 2 …) disusun mengikut hieraki. menguasaan kemahiran asas dan memupukan sikap positif. abjad atau perkataan seperti Cemerlang. Band 1 hingga band 6 digunakan di mana band 1 adalah yang terendah manakala band 6 adalah yang tertinggi. Pernyataan kriteria umum yang mendefinisikan hasil pembelajaran secara sumatif. Penentuan band muridmurid ini dalam setiap mata pelajaran perlu disokong dengan bukti-bukti atau indikator sebagai yang digariskan dalam dokumen standard prestasi sesuatu mata pelajaran. Apakah standard prestasi? Standard prestasi (performance standard) ialah satu pernyataan generik tentang aras pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. kepujian. dijelaskan dengan diskriptor yang menyatakan tingkahlaku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu. i.

selalu ata u kerap mempamerkan Tanpa memerlukan bantua n: Boleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan Memahami arahan/tugasan sendiri sendiri dengan: Tepat: Betul/sempurna mengikut tugasan/arahan Tanpa memerlukan bantua n: Memahami arahan/tugasan sendiri Boleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan dengan: Kerap memerlukan bantuan tetapi masih boleh melakukannya sehingga selesai BAND 2 Sederhana Kerap memerlukan bantuan apabila melakukan aktiviti dari pelbagai tema namun masih boleh melakukannya sehingga selesai Sukar memahami arahan untuk menjalankan aktiviti dari pelbagai tema. cekap dan konsisten semasa menjalankan aktiviti dari pelbagai tema tanpa memerlukan bantuan PENGOPERASIAN STANDARD BAND 4 Cemerlang BAND 3 Baik/ Kepujian Boleh melakukan aktiviti pelbagai tema dengan tepat sehingga selesai tanpa memerlukan bantuan Boleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan sendiri dengan: Tepat: Betul/sempurna mengikut tugasan/arahan Cekap: Dapat melaksanakan dalam masa yang ditetapkan Konsisten: Sentiasa.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 171 Jadual 11. oleh itu bimbingan bantuan sentiasa diperlukan namun masih tidak dapat melakukannya dengan baik sehingga selesai BAND 1 Perlu Bimbingan Masih tidak dapat melakukan aktiviti/tugasan dengan baik sehingga selesai walaupun Bimbingan a diberikan bantuan sentias Dalam KSSR penilaian berasaskan kepada 6 band adalah yang diguna pakai. . Jadual standard prestasi tersebut adalah berasaskan kepada kerangka asas standard prestasi seperti Jadual 11.3 Contoh Jadual Standard Prestasi Berasaskan Empat Band BAND STANDARD PRESTASI TERAS Boleh melakukan aktiviti melalui keupayaan sendiri dengan tepat.5.4 adalah sebagai contoh jadual standard prestasi untuk kemahiran melukis. Jadual 11.

faham dan boleh buat dengan beradab terpuji Tahu. faham dan boleh buat dengan beradab Tahu. faham dan boleh buat dengan beradab mithali Tahu. faham dan boleh buat Tahu dan faham Tahu . Menghasilkan karya seni gambar bunga. Murid dapat membuat lakaran kelopak bunga. Menghasilkan karya seni gambar bunga dengan rupa sebenar Menghasilkan karya seni gambar bunga dengan rupa yang lebih teliti.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 172 Jadual 11. EVIDENS Hasil karya dengan teknik lukisan 5 4 3 2 1 Jadual 11. Menghasilkan karya seni gambar bunga dengan pengamatan. DESKRIPTOR Murid dapat melukis gambar bunga yang sebenar mengikut unsur alam semulajadi dan menunjuk contoh kepada rakan. Murid dapat melukis gambar bunga yang sebenar mengikut unsur alam semulajadi dengan kreatif Murid dapat melukis gambar bunga yang sebenar mengikut alam semulajadi. Murid dapat melukis gambar bunga dengan teliti. Murid dapat membuat lakaran gambar bunga secara ringkas. Menghasilkan karya seni gambar bunga dengan rupa sebenar mengikut alam semulajadi.4 Contoh Jadual Standard Prestasi Untuk Kemahiran Melukis BAND 6 STANDARD Menghasilkan karya seni gambar bunga secara keseluruhan mengikut kreativiti sendiri dengan teknik lukisan.5 Kerangka Asas Standard Prestasi Band 6 Band 5 Band 4 Band 3 Band 2 Band 1 Tahu.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 173 MUET dan KSSR. perlukah pelarasan dibuat? Pentaksiran autentik Apakah maksud pentaksiran autentik? Pentaksiran autentik ialah suatu bentuk penilaian yang berlainan daripada penilaian formal seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah. Penilaian ini kurang memberi penekanan kepada penggunaan kertas dan pensil sebagaimana yang digunakan dalam penilaian tradisional. pembelajaran semasa dan kemahiran yang relevan untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya berlaku (real) atau dikenali sebagai authentik. 6 tertinggi). Menerusi penghasilan portfolio. Portfolio Portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja murid yang terdiri daripada pelbagai bahan dan sumber yang relevan dengan objektif mata pelajaran. murid diharapkan dapat mengesan. penulisan. Guru akan melihat aktiviti murid yang sebenar dan kemudiannya membuat penilaian terhadap kualiti aktiviti berkenaan. Di IPTA standard prestasi diukur menggunakan sistem gred iaitu gred A dengan mata gred 4 adalah yang tertinggi. Ia digunakan sebagai rekod untuk menunjukkan pencapaian para murid untuk mata pelajaran yang berlainan di sekolah. aplikasi pentaksiran ini memerlukan murid melakukan sesuatu tugasan yang agak kompleks tetapi bererti. persembahan. Pada pendapat anda. 2007) menyatakan terdapat 7 bentuk penilaian autentik iaitu portfolio. Ward & Ward (1999) dalam Bhasah (2007) mengemukakan 10 langkah bagi menyediakan portfolio seperti Jadual 11. Feuer dan Fulton (1993) (dalam Bhasah. mengenalpasti dan membaiki perkembangan pembelajaran mereka sendiri (kemajuan yang telah mereka laksanakan pada satu tempoh yang telah ditetapkan bersama). 2007). pameran dan eksperimen. lisan. standard prestasi diukur menggunakan sistem band iaitu band 1 hingga band 6 (1 rendah.6 . Dalam konteks bilik darjah. Penilaian jenis ini lebih kepada penggunaan/amali terhadap sesuatu tugasan seperti yang dilakukan di dalam keadaan sebenarnya (Bhasah. pemerhatian. berdasarkan pengetahuan awal.

Guru sediakan rubrik penggredan bagi membantu murid meningkatkan kualiti portfolio yang dihasilkan. 2. Tentukan bahan yang perlu dikumpul dengan berpandukan objektif.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 174 Jadual 11.6 Langkah-Langkah Menyediakan Portfolio 1. Tetapkan murid (individu/ kumpulan) yang akan melaksanakan tugasan. Setiap bahan mempunyai criteria penggredan yang berbeza. Libatkan murid dari peringkat awal hinggalah akhir agar murid lebih memahami apa yang diperlukan dan menilai kemajuan kendiri. dan senarai semak yang disediakan oleh guru. gambar & foto. 6. Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada ialah ialah portfolio kerja. . 10. Guru perlu memberi penjelasan terperinci kepada murid. Penyimpanan portfolio Penyediaan portfolio melibatkan beberapa langkah yang sistematik kerana matlamat akhirnya ialah para guru dapat menjadikannya sebagai satu alat pembelajaran murid yang dapat meningkatkan kualiti pembelajaran mereka terhadap sesuatu tugasan yang perlu dilaksanakan. Terangkan kepada murid mengapa mereka mesti melaksanakannya Menetapkan isi kandungan yang perlu dimuatkan sebagai bentuk bukti. Kebaikan portfolio ialah: Menilai tahap perkembangan murid-murid. nota-nota yang disediakan oleh guru. refleksi kendiri murid. Memberi guru maklumat utk menilai pencapaian murid-murid. Penyediaan portfolio Tarikh pelaksanaan & penyempurnaan 9. catatan jurnal. Kaedah memberi gred 8. ibu bapa dan guru lain yang terbabit tentang penyediaan portfolio bagi mendapatkan kerjasama. 3. 7. portfolio dokumentari & portfolio produk akhir. Tujuan/ Objektif Kandungan & Kemahiran Sasaran & Peringkatnya Bahan yang perlu dikumpul Kaedah kumpul bahan Penglibatan murid Tetapkan tujuan. Bina jadual bagi menentukan setiap bahan yang mesti disenarai dan dimasukkan dalam portfolio. Guru perlu menyediakan ruang bagi menyimpan portfolio yang telah siap untuk rujukan masa depan. 5. Bahan dapat menunjukkan kemajuan/ perkembangan murid. Penting dimaklumkan agar murid dapat menaksir kemajuan yang dicapai. 4. Bentuk kemahiran yang perlu murid-murid kuasai. Kandungan sebuah portfolio yang lengkap terdiri daripada pengumpulan dan himpunan bahan-bahan seperti buku log.

2 Berdasarkan kepada pengalaman anda. Program SEGAK dirancang selaras dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan sekolah rendah dan sekolah menengah. Memotivasikan murid-murid & meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan oleh guru AKTIVITI 11. Pelaporan SEGAK adalah dalam bentuk sijil yang diiktiraf di peringkat pusat. cuba kenalpasti satu topik bagi mata pelajaran yang diajar dan bincangkan bagaimanakah penilaian authentik/ alternatif boleh dilaksanakan. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ___________________________________________________________ Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dilaksanakan sepenuhnya mulai sesi persekolahan 2008 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas bil. SEGAK mempunyai matlamat . 4/2008.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 175 melibatkan murid dgn sepenuhnya dalam proses pengajaran pembelajaran.

Di Sekolah Jenis Kebangsaan satu lagi tambahan mata pelajaran iaitu Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah. Penilaian formatif di sekolah adalah untuk tujuan perkembangan proses pembelajaran murid. mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu. Tujuan utama UPSR adalah untuk mengetahui taraf pencapaian murid-murid di akhir Tahun 6 KBSR dalam kemahiran membaca. Bagi murid-murid dari SJKC dan SJKT selain daripada lima mata pelajaran tersebut. Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PDL) telah diperkenalkan untuk sekolah rendah. Penilaian yang dikendalikan secara terpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Di akhir darjah 5. Hanya empat mata pelajaran sahaja yang terlibat untuk Sekolah Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. penilaian yang dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah adalah secara formatif dan sumatif. Bahasa Inggeris. Objektif SEGAK pula ialah agar murid dapat. KBSR dan KSSR Penilaian dalam KLSR Kebanyakan penilaian dalam KLSR ialah penilaian sumatif. Kementerian Pelajaran Malaysia pula adalah secara sumatif. Sains Awalan dan Ilmu Alam dengan Tawarikh. Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian murid sekolah rendah dalam kemahiran asas. baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Penilaian dalam KLSR. PDL ialah penilaian sumatif secara berpusat kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 176 agar murid sentiasa peka kepada pengetahuan dan amalan aktiviti kecergasan bagi meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. menganalisis. murid-murid akan menduduki PDL untuk lima mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia. UPSR adalah contoh penilaian yang secara keseluruhannya adalah terpusat iaitu di bawah kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ilmu Hisab. Semua soalan dalam PDL adalah berbentuk objektif aneka pilihan. Penilaian yang bersifat sumatif ialah seperti peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun. Matematik dan Sains. Pada 1988 PDL telah dimansuhkan apabila UPSR diperkenalkan dalam KBSR. Tidak semua mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah diuji dalam UPSR. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahasa Inggeris. . Pada tahun 1967. dan mengira. Penilaian dalam KBSR Dalam KBSR. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik. murid-murid juga menduduki mata pelajaran Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. menulis. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal. dan pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

merekod perkembangan penguasan murid. dan menilai folio yang dihasilkan oleh murid. Bagi menjamin perkembangan insan yang menyeluruh. standard tersebut adalah: bagi memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan menetapkan ilmu. rohani. Kompetensi tersebut diterjemahkan ke dalam aktiviti yang boleh diukur dan diuji. papan tulis dan lisan. mentaksir persembahan murid. murid-murid dan ibu bapa untuk bekerjasama memantau dan menilai kemajuan dan perkembangan murid-murid khususnya dari aspek intelektual. Komponen pentaksiran dan penilaian dapat menjamin kualiti insan yang dihasilkan yang setelah melalui tempoh pembelajaran yang panjang. UPSR dikekalkan dalam KSSR dengan penambahbaikan. menilai esei. RUMUSAN Bagi menentukan bahawa matlamat atau objektif pengajaran pembelajaran tercapai secara berkualiti maka pelaksanaannya perlu dirancang secara tersusun dan sistematik. Dalam hal ini guru banyak memainkan peranan penting. Penilaian bersifat authentik kerana murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar. holistik dan berterusan. Pemerhatian boleh dilakukan mengguna instrumen cerapan yang bersesuaian. maka Kementerian Pelajara Malaysia telah memperbaiki sistem pentaksiran apabila menggabungkan pentaksiran berasas sekolah dan pentaksiran pusat. . Beberapa kaedah boleh pilih dan dilakukan oleh guru ke arah tersebut seperti mengadakan ujian. Tugasan boleh meliputi komponen praktikal bagi sesuatu mata pelajaran. fakta. Menurut KPM (2010). atau andaian untuk membuat keputusan dan rumusan yang tepat. Pentaksiran berasas sekolah memberi peluang dan ruang kepada semua pihak yang terlibat secara langsung seperti guru-guru. Ujian pula boleh dilaksanakan secara kertas-pensil. melakukan pemerhatian. Peringkat akhir yang menentukan keberhasilan itu ialah komponen pentaksiran dan penilaian. kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning) mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah Sehubungan itu penilaian perlu dilakukan bagi mengenal pasti pencapaian kompetensi murid-murid. Di Sekolah Jenis Kebangsaan satu lagi tambahan mata pelajaran iaitu Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. Murid-murid kini dilihat sebagai individu yang berbeza yang perlukan bimbingan dan penilaian yang berbeza Pentaksiran dan penilaian authentik/ alternatif menjadi pilihan untuk guru dan murid memacu kejayaan. PBS banyak dilakukan dengan pentaksiran murid bersifat autentik. KATA KUNCI Menaakul kemahiran berfikir dengan teliti bagi pencarian maklumat dan membuat inferensi daripada pemerhatian.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 177 Penilaian dalam KSSR DSP dalam KSSR menetapkan kompetensi tertentu yang murid perlu kuasai pada tempoh dan tahap persekolahan tertentu. Daripada sini dapatlah ditentukan bagaimana murid mengintegrasikan antara teori dalam amali. emosi dan jasmani.

PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut. pentadbiran. pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan prestasi murid bagi penggal persekolahan atau tahun tertentu. B. yang ditulis secara holistik berasaskan DSK dan DSP untuk pentaksiran. ibu bapa. 1. C. Dalam pendidikan. pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah melibatkan peringkat perancangan. satu pernyataan generik tentang aras pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid di dalam kelas. Penilaian - Penilaian formatif - Penilaian sumatif - Pentaksiran - Pentaksiran Berasas Sekolah Portfolio Standard prestasi - koleksi hasil kerja pelajar yang terdiri daripada pelbagai bahan dan sumber yang relevan dengan objektif mata pelajaran. proses mengumpul maklumat. penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. peperiksaan dan laporan oleh guru di sekolah yang membabitkan pihakpihak berkepentingan (stakeholder) seperti murid. guru dan organisasi luar. penilaian pengujian pelaporan pengukuran . pembinaan. D. integrasi proses mengumpul maklumat. memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan adalah berkait dengan _____________ A. menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 178 Pemulihan - proses/usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul.

T. (2nd Ed). Boston: McGraw-Hill. constructivism. A. D. C. B. Berdasarkan kenyataan tersebut. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sumatif Formatif Ujian norma Ujian kriteria 1. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. 4. Kementerian Pelajaran Malaysia (1994) Pengurusan bilik darjah. . D. pengukuran dan penilaian pendidikan. Kualiti hasil Ketulenan hasil Format menyeluruh Kepelbagaian kandungan 5. A. Pengujian. and education reform. 5. C. B. B. (2001). 3. C. C. C. Refleksi Kerjasama Senarai semak Memberi pendapat 4. Formatif. Ujian kriteria 3. Apakah komponen penting dalam melaksanakan kaedah pentaksiran kendiri dalam Pentaksiran Berasas Sekolah (PBS)? A. K. Curriculum planning: integrating multiculturism. Apakah jenis penilaian yang berkaitan dengan aktiviti pemulihan murid yang dilakukan dalam proses pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah? A. B. Mengapakah penilaian authentik menjadi satu kaedah yang bernilai untuk melihat kemajuan dan perkembangan potensi murid? A. D. Setiap guru perlu mengambil perhatian terhadap pencapaian murid-muridnya di dalam kelas bagi setiap sesi pengajaran supaya pada akhirnya semua muridnya mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang. apakah jenis penilaian yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelasnya? A. Sumatif. 2. D. B. B CADANGAN JAWAPAN: RUJUKAN Bhasah Abu Bakar (2007). Henson.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 179 2. Portfolio.

L. D.C. Curriculum improvement.P. Kuala Lumpur: Bahasa dan Pustaka.). . Mokhtar Ismail (2009). (2004) Curriculum: foundation. F. (1967). E. New Jersey: Prentice Hall.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 180 Linn. & Hunkins. (4thEd). N. R. Measurement and assessment in teaching (7th ed. (1981). New Jersey: Prentice Hall. Boston: Allyn & Bacon. Wheeler.K. & Gronlund. Ornstein. Pentaksiran pendidikan (Edisi Kedua). and issues. A. principles.