You are on page 1of 14

HBEF1503 (Masyarakat & Tamadun

)

2011

Pengenalan Kita sedia maklum bahawa manusia itu dari segi biologi tidak banyak berbeza daripada haiwan, tetapi jika kita perincikan dari segi perlakuan antara kedua biologi ini amat berbeza. Manusia dapat menggunakan akal fikiran dan peralatan berbanding haiwan. Perlakuan mereka dikawal dan didorongkan oleh akal. Proses pembelajaran manusia dapat menentukan corak budayanya yang tersendiri. Ilmu pengetahuan manusia bersifat akumulatif, ianya mampu memahami lambang-lambang yang simbolis seperti bahasa. Selain itu, sistem pembahagian manusia adalah lebih kompleks daripada haiwan.

A. Konsep Budaya

Kita selalu mendengar tentang konsep budaya yang dikonsepkan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian antropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pemelajaran terjalin dalam satu sistem yang tersusun rapi dan sistematik, iaitu merupakan budaya. Kita dapat lihat berkenaan definisi budaya yang pelbagai mengikut kefahaman tokoh-tokoh ilmuan sebagaimana yang diberikan oleh tokoh

antropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn yang pernah mengumpul sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh manusia masa kini. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan. Dalam bahasa Melayu “budaya” itu berasal daripada perkataan “budi”, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian “daya” dan “budi” yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan. Budaya juga sebenarnya merujuk kepada peradaban, tetapi peradaban itu adalah sebahagian daripada budaya. Kita dapat lihat bahawa didalam budaya itu terdapat pelbagai jalinan sifat, ada sifat yang amat besar dan ada sebaliknya. Sifat-sifat budaya itu dapat diklasifikasikan kepada 1

Jika kita telusuri di negara Malaysia. Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota masyarakat.terdapat pula pecahan yang lebih kecil lagi yang dinamakan unsur atau “items”. berbagai-bagai takrif dikemukakan tentang kebudayaan. Sebenarnya sifat-sifat tersebut saling berkait antara satu sama lain. peraturan. seperti norma. Budaya mempunyai sifat yang major ataupun besar yang dikatakan sebagai budaya universal (cultural universal). Robert Bierstedt dalam bukunya “Social Order” 2 . sistem ekonomi. kepercayaan. tetapi jika dibuat perbandigan antara satu sama lain. Acap kali kita mendengar perkataan kebudayaan sebagaimana kita mendengar perkataan lain juga.HBEF1503 (Masyarakat & Tamadun) 2011 beberapa bahagian yang penting bagi memudahkan perbincangan berbentuk ilmiah ataupun akademik dilangsungkan. sistem sosial. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain. yang dapat dibahagikan kepada: budaya peralatan bagi keperluan hidup manusia. Tambahan pula ciri-ciri budaya itu mempunyai persamaan sesama sendiri. Kadangkala pernah terlintas di pemikiran kita bermacam-macam pertanyaann berkenaan kebudayaan itu sendiri. kita akan mendapat ratusan definisi atau takrif kebudayaan. terdapat pelbagai cara hidup serta budaya yang ada. nilai. Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya. Dalam penyelidikan antropologi budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Dalam unsur-unsur budaya besar itu terdapat pula bahagian-bahagian yang lebih kecil. didapati maksud dan tujuan pengertian tadi sama sahaja. adat resam. Jika dihitung. kesenian dan mainan. Jadi kebudayaan mempuyai hubungan yang amat rapat dengan masyarakat. ilmu pengetahuan dan agama serta magik. Segala aktiviti budaya itu terbahagi pula kepada jalinan-jalinan yang lebih kecil yang kita namakan “trait complexes” dan kemudian boleh dipecah-pecahkan kepada trait-trait yang lebih kecil dan seterusnya daripada ini. bahasa. Sebagai contoh. Hasil daripada kepelbagaian itu adalah daripada masyarakat yang hidup di negara tersebut. undang-undang dan sebagainya. Dalam berbagai-bagai unsur budaya itu terdapat pula aktiviti-aktivitinya yang tersendiri yang dapat dikatakan aktiviti budaya (cultural activities). Apabila kita merujuk dari sudut ilmiah. Perlakuan itu harus mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu. Masing-masing pengkaji masyarakat dan budaya memberi pelbagai takrif berdasarkan pendapat mereka.

Tamadun merupakan satu konsep yang luas dan kompleks. Taylor. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut.” Definisi yang diberi oleh pengkaji masyarakat seperti ini amat luas. kesenian. madaniyah. undang-undang. B. Cara pemikiran kita sesuai dengan cara berfikir anggota masyarakat yang lain. Edward B. lambang. dalam Primitive Culture memberi definisi dari segi antropologi pula mengatakan: “Kebudayaan adalah keseluruhan kompleks yang mengandungi antaranya pengetahuan. yakni meliputi seluruh cara hidup satu masyarakat baik dari segi pengumpulan idea dan perasaan. mahupun apa-apa juga cara hidup kita yang merupakan penglahiran daripada apa-apa yang kita warisi daripada masyarakat kita”. Tamadun merujuk kepada pencapaian atau 3 . nilai kemasyarakatan. kepercayaan.HBEF1503 (Masyarakat & Tamadun) 2011 menyatakan bahawa kebudayaan ialah “kesemua yang kita fikir. moral. adat istiadat. yang kita buat dan yang kita miliki sebagai ahli dalam masyarakat”. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam. Daripada definisi contoh tadi. Jadi. Begitulah juga apabila kita melakukan atau menghasilkan daripada apaapa yang kita fikir dan lakukan. undang-undang. moral. kepercayaan. hadarah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Konsep Tamadun Tamadun berasal dari perkataan Arab iaitu maddana. kebudyaan adalah cara hidup. madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. kita buat dan kita miliki dalam kehidupan yang merangkumi semua bidang kehidupan baik dari segi pengetahuan. mudun. Dalam bahasa Inggeris. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran. serta objek kebendaan yang diwariskan turun-temurun. kesenian. kita boleh mengatakan bahawa “kebudayaan ialah apa-apa juga yang kita fikir. adat resam dan apaapa kebolehan serta kebiasaan (tabiat) yang didapati oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat.kepercayaan. tatasusila. istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu.

sistem tulisan. Ciri-ciri tamadun :       Petempatan Kekal Pembandaran Organisasi Sosial Kepercayaan Dan Agama Sains Dan Teknologi Bahasa Dan Sistem Tulisan 4 .HBEF1503 (Masyarakat & Tamadun) 2011 kemajuan sesuatu masyarakat atau Negara dalam bidang pengetahuan. moral dan adat resam. kepercayaan agama. undangundang. kesenian. perbandaran. pentadbiran.

Pengkaji masyarakat mempunyai berbagai-bagai cara melihat kebudayaan. Maka dengan inilah kita katakan budaya dan masyarakat ini mempunyai hubungan yang sangat rapat. Daripada hubungan ini. Jika kita lihat dari segi objektifnya terdapat beberapa bahagian tertentu dalam budaya dan masyarakat. cara pembahagian hasil atau sebagainya yang 5 . Kebanyakan orang. malahan beratus-ratus pengistilahan telah diberi tentangnya. Perhubungan mereka boleh jadi wujud dalam pekerjaan. iaitu salah satu ciri atau sifat yang ada pada semua manusia atau tempat mereka berada dan bagaimana cara hidup mereka. Cara tertentu dapat menggambarkan keuniversalan budaya. Walaupun kajian berkenaan masyarakat tidak luas.HBEF1503 (Masyarakat & Tamadun) 2011 Fungsi Budaya dalam Masyarakat Jika kita fahami dengan mendalam berkenaan dengan sifat budaya itu dalam fungsinya dalam masyakat kita akan dapat mengklasifikasikan bahawa fungsi budaya dalam masyarakat sebenarnya adalah memberi identiti kepada sesuatu masyarakat itu sendiri dan mewujudkan perpaduan kaum. akan terhasilnya atau wujudnya institusi atau organisasi tertentu yang dapat menyatupadukan lagi manusia dalam kumpulan unit sosial. Ini boleh ditunjukkan dengan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan setiap kaum itu mempunyai budayanya yang tersendiri dan berbeza dengan kaum yang lain. baik masyarakat Melayu atau Cina adalah daripada keseluruhan jumlah individu yang telah membentuk perlakuan daripada apa-apa yang difikirkan. lelaki dan perempuan yang mempunyai hubungan sosial dalam sesuatu penempatan yang sama. tua dan muda. apabila membicarakan budaya sering kali menitikberatkan beberapa aspek atau ranting budaya sahaja. Mengikut tafsiran masyarakat terdiri daripada kumpulan individu yang mempunyai hubungan yang sangat lama. Masyarakat adalah kelompok manusia. Sebagai contoh rakyat Malaysia. atau dari segi kekeluargaan. Sifat budaya universal tetapi paradoksnya adalah pada masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. misalnya cara hidup tertentu atau bagaimana mereka bekerja bagi meneruskan kehidupan atau memiliki perlatan bagi menguasai alam persekitaran. tempat tinggal. Oleh demikian wajarlah jika hari ini kita membuat kesimpulan bahawa fungsi major budaya dalam masyarakat adalah memberi identiti kepada masyarakat itu sendiri serta mewujudkan perpaduan antara satu dengan yang lain. tidak bermakna bahawa kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Jika fikir secara logiknya tidak akan wujud satu masyarakat yang tidak mempunyai budaya dan budaya itu tidak akan ada jika tidak ada masyarakat. Memang benar budaya itu merujuk kepada cara hidup yang diwarisi daripada satu keturunan ke satu keturunan yang lain.

sikap. adat resam. nilai. perkembangan budaya adalah mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri. kita memiliki segala benda yang dilihat. Oleh sebab itulah seorang pengkaji masyarakat pernah mengatakan “budaya boleh ditafsir sebagai satu himpunan kelengkapa intelek dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapa pula menyesuaikannya dengan kehendak sekeliling. Hal ini adalah kerana budaya adalah cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan terentu ataupun masyarakat dan meliputi anasir sistem soisal. masrakat itu juga mempunyai pandangan dunia atau falsafah tentang kejadian di sekeliling mereka. kepercayaan. Sebgai contoh. politik.” Apa yang dimaksudkan disini ialah aspek budaya yang dimiliki boleh dibahagikan pula kepada aspek kebendaan dan bukan kebendaan kerana dalam kehidupan. perlatan budaya. dan kita juga mempunyai perkara-perkara yang tidak sedemikian. Terdapat budaya yang dipadankan apalbila berlaku pertembugan dengan pengaruh luar samada bagi mengisi kekosongan atau sebagai alternatif atau bagi menokok tambah pada yang sedia ada. Mereka juga terikat dengan institusi kekeluargaan sebagai unit sosial sama ada keluarga asas atau keluarga besar yang terikat dan berbeza pula daripada ikatan perkumpulan yang lain selain keturunan darah yang sama dan hidup dalam satu lingkungan kawalan sosial yang harus dapat ditinjau dalam sistem politik mereka. Daripada aspek lain. disentuh. susunan organisasi ekonomi. kepercayaan tentang wujudnya kuasa ghaib yang halus yang dipuja bagi mencapai sesuatu hajat melalui hubungan dengan mengamalkan bahasa tertentu. agama. berlakulah perubahan budaya. adat isitiadat. Bermakna. agama. dan dirasa. adat resam. kepercayaan dan sistem lain yang tersendiri yang mungkin ada persamaan dan perbezaan yang dapat dikesan dari alam persekitaran mengiut kesanggupan masyarakatnya. perahu ataupun senjata. Apa yang dapat kita lihat dengan jelas ialah manusia dari satu segi memiliki ciri fizikal dan dari segi yang lain mempunyuai mental.HBEF1503 (Masyarakat & Tamadun) 2011 dapat dilihat dalam struktur ekonomi masyarakat yang kita kaji. Kebudayaan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain adalah berbeza walaupun wujud universaliti kebudayaan. Manakala budaya bukan kebendaan merujuk kepada benda yang tidak dapat dilihat ataupun disentuh seperti kepercayaan. Budaya kebendaan ini adalah seperti peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah. dan undang-undang. 6 . Dengan itu. atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat. Oleh sebab itu. Anasir yang terdapat dalam budaya dan masyarakat dapat dipisahkan kepada aspek tertentu seperti sosial. ekonomi. budaya itu merangkumi dua pecahan terbesar iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. sosial. politik.

7 . Aspek yang ada dalam satusatu masyarakat menggambarkan cara pemikiran dan pandangan dunia masyarakat itu sendiri.HBEF1503 (Masyarakat & Tamadun) 2011 Kadangkalanya kedua-duanya mempunyai hubungan yang sangat rapat. Orang Melayu mempunyai bentuk rumah yang berbeza daripada orang Inggeris atau orang Arab ataupun orang Eskimo dan kesenian orang Melayu berbeza daripada kesenian orang Cina atau orang India. Oleh sebab itulah budaya dikatakan budaya relatif dan satu-satu budaya mestilah ditinjau dari segi masyarakat itu sendiri serta perhubungannya dengan persekitaran atau alam sekeliling di tempat budaya itu wujud. Kedua-duanya boleh dilihat dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

satu bumubung dan satu negara iaitu Malaysia. lazimnya mereka memakai dhoti dan sari. iaitu Melayu. Sarawak dan kawasan pedalaman di Semenanjung Malaysia. Suluk. Sebahagian kecil lagi penduduk di Malaysia terdiri daripada penduduk peribumi yang berasal dari Sabah. Bagi masyarakat India pula. Kepelbagaian budaya ini menghasilkan keunikan di bumi Malaysia ini yang jarangjarang ada kedengaran di pelusuk dunia. Cina. Kadazandusun. Kepelbagaian budaya ini wujudnya daripada penghijrahan golongan Cina dan India ke Tanah Melayu semasa penjajahan British di Tanah Melayu. orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu untuk bekerja sebagai pelombong di lombong bijih timah. Berlainan pula dengan masyarakat Cina. Meskipun masyarakat kita berbilang bangsa dan mempunyai latar belakang yang berbeza. India dan kaum-kaum peribumi yang lain. Bajau. Kepelbagaian budaya Malaysia yang merupakan aset penting kepada negara Malaysia dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan terkenal di seluruh dunia. Sehubungan dengan itu wujudnya masyarakat majmuk yang hidup di dalam satu rumpun. Murut. Bagi kaum lelaki mereka memakai pakai samfu manakal cheongsam 8 . Baju ini biasanya dipakai bersama-sama samping dengan songkok bagi kaum lelaki. Cina dan India. Secara umumnya. Malaysia merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada tiga kaum utama. namun masyarakat Malaysia boleh hidup bersatu padu dengan aman dan damai. Manakala golongan India berhijrah ke Tanah Melayu untuk tujuan bekerja sebagai peladang di ladangladang getah. Bidayuh dan banyak lagi. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara Malaysia tetapi Bahasa Inggeris turut digunakan secara meluas Bagi masyarakat Melayu pakaian tradisionalnya ialah baju Melayu bersama songkok. Manakala di Sabah dan Sarawak pula mempunyai pelbagai etnik dan suku kaum yang ada seperti Iban. Kenyah. Bagi kaum wanita pula baju kurung dan baju kebaya merupakan antara pakaian tradisional orang Melayu.HBEF1503 (Masyarakat & Tamadun) 2011 Kepelbagaian Budaya Malaysia adalah contoh terbaik jika kita ingin jadikan negara yang mempunyai kepelbagaian budayanya kerana di dalam negara Malaysia itu sendiri mempunyai pelbagai suku kaum dan etnik. Dhoti merupakan pakaian putih yang dipakai oleh kaum lelaki dan kaum wanita memakai sari iaitu sehelai kain panjang yang dililit mengelilingi badan si pemakai. Sebagai contoh di semenanjung Malaysia terdapat tiga kaum major iaitu Melayu.

Kebiasaannya kaum Cina akan memakai pakaian ini dengan kain berwarna merah yang melambangkan tuah dan oleh sebab itulah masyarakat Cina gemar akan warna merah. 9 .HBEF1503 (Masyarakat & Tamadun) 2011 dipakai oleh kaum wanita.

Daerah kecil inilah yang mengasaskan sistem sukuan dalam masyarakat ini. Kebudayaan Melayu. Adat ini diperkenalkan sekitar abad ke-18. Dalam masyarakat Melayu.HBEF1503 (Masyarakat & Tamadun) 2011 Contoh-contoh yang Sesuai bagi Menerangkan Budaya serta Masyarakat. ada dua bentuk adat yang penting iaitu ada Perpatih dan Adat Temenggung. Di Minangkabau. Terdapat 12 suku di Negeri Sembilan iaitu : i) ii) iii) Biduanda Batu Hampar Paya Kumbuh 10 . Adat Perpatih pada mulanya berpusat di sebyah daerah yang mengandungi empat buah daerah kecil iaitu Bodi. Adat Perpatih masih diamalkan di Negeri Sembilan. Adat Perpatih dikatan berasal dari Minangkabau. Beliau mentadbir di daerah pesisir hhilir Sungai Inderagiri dan Kampar. pantang larang. Tingkah laku yang diterima oleh masyarakat disebut kebiasaan dan seterusnya. kepercayaan. ada berbagai-bagai jenis dan bentuk elemen yang melambangkan identiti bangsa Melayu itu sendiri. Adat menjadi peraturan yang dipatuhi dan dihormati oleh masyarakat yang mendukungnya tanpa paksaan. Adat Istiadat. mereka dikatakan bersaudara dengan Sang Sapurba iaitu pengasas Kerajaan Melayu di Palembang. Adat istiadat ialah sistem nilai yang berhubung cara-cara berfikir. kebiasaan yang telah diterima secara bersama disebut adat. Sumatera. Adat ialah peraturan yang sudah diamalkan secara turun-temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi hukum dan peeraturan yang harus dipatuhi. Dalam kebudayaan Melayu. Dato Temenggung iaitu abang tua telah mengasaskan adat Temenggung. Caniago. Antaranya ialah nilai dan estika. iaitu adik kepada Dato Ketemengungan. Dato Perpatih Nan Sebatang pula mentadbir daerah daratan Padang Panjang. Koto dan Piliang. adat ini dipercayai diasaskan oleh Dato Perpatih Nan Sebatang. Adat diamalkan dalam masyarakat biasanya akan dipatuhi oleh semua ahlinya. pegangan hidup serta amalan sesebuah masyarakat. Dari segi mitos pula. adat isitadat dan sebagainya. Isitada pula ialah cara-cara atau peraturan melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan atau resam.

hantaran ialah pemnbayaran tunai yang wajib dan harus dibayar oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan pad awaktu akad nikah. melamar. Semasa upacara ini dilakukan. jiran tetangga dan sahabat handai terdekat untuk menghadiri majlis tersebut. bertunang dan bernikah.HBEF1503 (Masyarakat & Tamadun) 2011 iv) v) vi) vii) viii) ix) x) xi) xii) Mungkal Tiga Batu Tiga Nenek Tanah Datar Seri Melenggang Seri Lemak Batu Belang Anak Acheh Anak Melaka a) Adat Perkahwinan – adat perkahwinan masyarakat Melayu umumnya akan melalui empat peringkat iaitu merisik. Pihak lelaki akan menghantar wakil bagi meminang gadis. diadakan satu rundingan untuk menetapkan tarikh bagi melamar gadis. kenduri turut diadakan oleh tuan rumah. Sebentuk cincin tanya akan dihantar kepada pihak perempuan oleh pihak lelaki. bermakna lamaran itu diterima. Telinga kanak-kanak ditindik dengan sejenis duri atau jarum. diandam dan 11 . Selepas dipersetujui oleh pihak lelaki. Merisik ialah proses yang dilakukan oleh pihak lelaki bagi menyelidik dan mendapatkan maklumat tentang diri dan latar belakang gadis. Namun demikian. anak lelaki yang hendak berkhatan ini dimandikan. Ibubapa akan menjemput saudara-mara. upcaara ini sudah semakin dilupakan kerana du vabdar terdapat cara moden yang lebih mudah dan murah untuk menindik telinga. b) Adat bertindik – dilakukan dengan menindik telinga kanak-kanakperempuan yang berumur antara 5-9 tahun. Upacara ini disertai oleh majlis kenduri. pada sebelah petang. Apabila tiba harinya. Anak lelaki yang berumur antara 10-12 tahun akan menjalani upacara berkhatan.adat ini masih diamalkan oleh segelintir masyarakat Melayu di kampung-kampung. Adat dan upacara perkahwinan dimulai dengan akad nikah. c) Adat berkhatan . Jika cincin tidak dikembalikan dalam masa tiga hari. Bertindik dilakukan oleh bidan atau individu yang ditentukan. diikuti dengan upacara pertunangan. berlangsunglah upacara persandingan di atas pelamin. Seterusnya. tetapi tidak lagi dijalankan secara besar-besaran. Menurut Adat Perpatih.

Pada keesokan harinya. barulah Tok Mudim menjalankan upacara berkhatan. Dia didudukkan di atas kerusi dan diarak oleh orang ramai seperti mengarak pengantin. Pada hari ini dengan adanya kemudahan perubatan seperti klinik dan hospital.HBEF1503 (Masyarakat & Tamadun) 2011 dipakaikan pakaian yang cantik seperti pakaian pengantin. 12 . maka orang Melayu memilih untuk membawa anak merekake sana.

Kebudayaan menimbulkan perbezaan antara seseorang atau antara satu-satu kumpulan. Jadi. Tiada siapapun yang boleh menafikan bahawa kebudayaan amat penting bagi seseorang atau sesuatu masyarakat. Kita perlu memahami bahawa dari sudut ilmu kemasyarakatan kebudayaan adalah “kepunyaan bersama” bukan kepunyaan seseorang. Jika tidak ada masyarakat maka tidak terhasillah budaya dan tidak ada satu masyarkat di dalam dunia ini tidak mempunyai budaya. (2834 patah perkataan) 13 . kita akan memahami betapa eratnya hubungan antara masyarakat dan budaya. sesuatu kumpulan atau komuniti daripada satu-satu masyarakat tidak boleh difahami melainkan melalui kebudayaannya. persamaan dan perbezaan itu sendiri membentuk satu identiti. Maka kita adalah perlu ditegaskan bahawa kita mempunyai matlamat ke arah pencapaian dan pewujudan kebudayaan kebangsaan.HBEF1503 (Masyarakat & Tamadun) 2011 Rumusan Setelah kita telusuri dari definisi sehingga fungsi budaya terhadap masyarakat. Seseorang.

Bhd. Rujukan dari Internet http://khidmatmasyarakat-09.html http://zanas. Kamarudin Hj. Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.blogspot. Bhd.wordpress. Pengurusan Sumber:Budaya dan Masyarakat Malaysia.blogspot. Cetakan pertama.Aziz Deraman. Abdul Aziz (1999).com/2009/04/kepelbagaian-budaya-di-malaysiaindia.html http://khidmatmasyarakat-09. (2003).com/2009/04/kepelbagaian-budaya-di-malaysiamelayu. Edisi Baharu.com/2009/04/kepelbagaian-budaya-di-malaysiacina.J (1972). Bhd. Kuala Lumpur: Longsman Malaysia. Husin dan Siti Hajar Hj.blogspot. Penerbit Cahaya Pantai Sdn.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/konsepdan-budaya-masyarakat-i/ 14 .html http://khidmatmasyarakat-09. Sitti Hajar Abdul Aziz (2008). Ryan.HBEF1503 (Masyarakat & Tamadun) 2011 Rujukan A. N. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Pemulihan dan Penggayaan. The Cultural Heritage of Malays. Oxford Fajar Bakti Sdn.