You are on page 1of 14

M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 82

UNIT 5 MASYARAKAT MAJMUK DAN HUBUNGAN KAUM
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. 2. 3. 4. Menerangkan tentang konsep Masyarakat Majmuk. Menjelaskan pembentukan masyarakat Majmuk di Malaysia. Mengetahui kesan kedatangan masyarakat Majmuk. Melihat pola hubungan kaum dan usaha ke arah merapatkan hubungan kaum di Malaysia.

PENGENALAN
Bab ini akan mendekati konsep masyarakat majmuk di Malaysia kesan daripada dasar penjajah. Konsep masyarakat majmuk boleh difahami dengan melihat kepada definisi yang diutarakan oleh F.S. Furnival. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bukan suatu yang baru di mana konsep ini sudah ada semenjak di alam Melaka lagi iaitu dengan kehadiran pedagang-pedagang dari luar seperti Cina, India dan lain-lain telah berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan ada setengah dari mereka telah membina penempatan di Melaka dan ada sesetengahnya telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan juga ada yang memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran kerajaan Melaka. Situasi pada masa ini adalah amat baik dan aman damai sebab tidak ada kepentingan untuk wujudnya konflik disebabkan kedatangan masyarakat luar adalah untuk berdagang dan kewujudannya adalah dalam bentuk minoriti dalam masyarakat Melaka. Namun begitu, selepas era penjajahan keadaan demografi masyarakat berubah dengan drastik dan kemasukan kaum Cina dan India di Malaysia telah merubah bukan sedikit struktur sosial masyarakat. Perubahan ini memberikan kesan yang besar bukan sahaja kepada ekonomi, politik dan sosial tetapi juga kepada perlembagaan dan sistem pendidikan kita.

Masyarakat yang mempunyai dua atau lebih unsur kebudayaan atau susunan sosial yang tinggal berdampingan tetapi tidak bercampur walaupun hidup di dalam satu unit politik yang sama. Furnival konsep masyarakat majmuk adalah: iiiiiiivvTerdiri daripada penduduk berbagai kaum yang mempunyai dan mengamalkan kebudayaan. Dato’ Dr. interaksi yang berlaku hanya terhad dalam kegiatan ekonomi berjual beli. Menurut F. agama dan adat resam yang berbeza antara satu sama lain. Kehidupan masyarakat bercirikan pertentangan. Interaksi sosial antara anggota masyarakat sangat terbatas. konflik dan paksaan. Rakyat dari keturunan asal yang berbeza lebih suka hidup didalam kawasan petempatan yang berasingan.S. Menurut Prof. Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa hubungan kaum di Malaysia jika tidak dipupuk akan menjurus kepada pertembungan etnik yang memberikan kesan yang tidak baik sebagaimana peristiwa hitam yang pernah berlaku dalam sejarah negara iaitu rusuhan . Shamsul Amri masyarakat di Malaysia dikategorikan sebagai ”stable tension”.1: Anak-anak di Malaysia adalah masyarakat yang bermajmuk Apa yang anda dapat jelaskan melalui gambar ini? Inilah senario kita di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang dicirikan dengan perbezaan yang ketara antara ras dan budaya.M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 83 ISI KANDUNGAN KONSEP MASYARAKAT MAJMUK Gambar 5.

Peperangan yang berlaku adalah lebih menjurus kepada perang saudara seperti perebutan takhta dalam kerabat . Iranum dan sebagainya. Kelabit. Chettiar. Selain itu. Agama-agama tersebut menjadi agama yang penting di Malaysia sekarang ini. Namun begitu. jika merujuk kepada masyarakat majmuk kaum Cina dan India adalah merupakan masyarakat yang telah dibawa masuk ke Malaysia oleh penjajah atas dasar perekonomian. Misalnya agama Islam merujuk kepada agama anutan sebahagian besar bangsa Melayu. Sungai Pahang dan Kelantan. Serani. pekerjaan dan pendidikan. Kewujudan pemajmukan pada masa ini adalah disebabkan oleh perdagangan dan membawa kepada kemunculan petempatan-petempatan asing. Siam dan sebagainya. pola petempatan. Kewujudan masyarakat majmuk ini bukan sahaja pada bangsanya sahaja tetapi juga adalah berdasarkan agama dan cara hidup. Cina dan India. Baba-Nyonya. Konfucious (Cina).M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 84 kaum 13 Mei 1969. Buddha (Cina). masyarakat majmuk di Malaysia haruslah dipupuk dan disemai agar peristiwa itu tidak berulang. Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia ditandai dengan tiga golongan etnik yang utama antaranya Melayu. Sungai Jorhor. Justeru kita tidak pernah mendengar konflik dan masalah perkauman wujud pada zaman ini. Masyarakat Sebelum Kedatangan Barat Tahukah anda sebelum terbentuknya masyarakat majmuk di Alam Melayu atau khasnya Negeri-negeri Melayu masyarakat di kawasan ini adalah hampir kesemuanya adalah daripada kaum Melayu? Pembentukan masyarakat majmuk secara intensif bermula bila kedatangan British khasnya ke Tanah Melayu atas faktor utamanya dalam menggerakkan aktiviti ekonomi. Mengikut Perlembagaan Malaysia terdapat lebih daripada 40 suku etnik dengan sekurang-kurangnya 20 suku etnik di Sabah dan 20 suku etnik di Sarawak. Dayak. Kaum-kaum pribumi di Sabah seperti Kadazan-Dusun. Bajau. Masyarakat luar yang datang sebelum kedatangan barat adalah berlaku dalam jumlah yang kecil dan hanya tertumpu di beberapa tempat yang aktif dengan aktiviti perdagangan sahaja seperti Melaka. Sikh (Punjab). Begitu juga agama-agama lain seperti Kristian (Cina dan India). Melanau. Oleh itu. Kuala Terengganu. Sulu. Misalnya dengan kewujudan golongan Baba dan Nyonya serta Chettiar. Orang Ulu. Selain itu. di Semenanjung Malaysia terdapat kaum-kaum seperti Orang Asli. Perbincangan selepas ini akan membincangkan aspek kehadiran imigran Cina dan India ke Tanah Melayu. ada juga pedagangpedagang tadi yang menetap dan mendirikan rumahtangga dengan penduduk tempatan. Kemajmukan ini pula diwarnai lagi oleh kaum-kaum yang lain seperti kaum-kaum pribumi di Sabah dan Sarawak. Murut. Penan. Belanda dan British pula telah menggalakkan lagi proses pemajmukan ini berlaku terutama semasa penjajahan British di Tanah Melayu yang membawa kepada dimensi baru kepada proses pemajmukan masyarakat di Malaysia. Taois (Cina) dan Pagan (Orang Asli) mewakili kaum-kaum tertentu. Kedayan dan sebagainya. Masyarakat Pribumi di Sarawak pula seperti Iban. Kedatangan mereka tidak ada niat lain dan mereka datang dengan alasan perdagangan. Bidayuh. Kehadiran para penjajah ke Melaka seperti Portugis. Hindu (India).

bunga manggar dan bunga telur di dalam majlis perkahwinan adalah asimilasi penduduk tempatan dengan pendatang dari India. amalan dan adat resam yang dibawa masuk oleh pendatang ini juga diterima pakai oleh penduduk tempatan. Keadaan ini selanjutnya mewujudkan kelompok-kelompok masyarakat yang hidup di dalam dunia mereka sendiri dan terasing daripada kelompok yang lain walaupun di tempat yang sama. Akibatnya. Buruh-buruh China dikerah untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah dan emas. Apakah bentuk hubungan kaum yang berlaku sebelum kedatangan penjajah barat ke Alam Melayu? Bincangkan. Kelompok pedagang ini datang untuk berdagang secara suka rela untuk mencari kehidupan dan kekayaan. Oleh kerana hasrat untuk kembali ke tanah air tidak tercapai maka mereka mewujudkan kelompok masyarakat berserta dengan sosial-politik-agama mereka sendiri. Manakala buruh-buruh India pula dikerah untuk bekerja di ladang-ladang getah. setiap . Akibatnya. Para pendatang secara suka rela sanggup berkahwin dengan orang tempatan. Hasilnya. Mereka datang secara sukarela dan mereka mudah mengadaptasi dan berasimilasi dengan masyarakat setempat khasnya dalam budaya Melayu. Di samping. mereka gagal berasimilasi dengan penduduk. Selain daripada itu. Adat bersanding. Manifestasi asimilasi yang harmoni ini terjelma di dalam kehidupan pluraliti masyarakat pada zaman tersebut. mereka berjaya mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk. hasrat untuk kembali ke tanah air masing-masing pada satu hari nanti tidak pernah padam di dalam sanubari mereka. Keputusan hidup yang terhasil daripada persetujuan tanpa paksaan ini menjamin ketenangan fikiran dan perasaan para pendatang tersebut. Kedatangan mereka disertai bersama oleh ahli keluarga yang terdiri daripada anak dan isteri. alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yang telah sedia ada di dunia baru mereka.M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 85 Raja-raja Melayu. Jika mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di Asia Tenggara maka sudah tentu keputusan mereka itu merupakan keputusan yang berasaskan persetujuan sebulat suara bersama ahli keluarga masing-masing. Mereka dibawa masuk khas untuk bekerja sebagai buruh. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ Pembentukan Masyarakat Semasa Kedatangan Barat Pembentukan masyarakat selepas zaman kedatangan orang-orang Barat berbeza dengan sebelum kedatangan mereka. masyarakat Cina Baba ialah keturunan Cina yang telah berkahwin dengan masyarakat tempatan. alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yang wujud di Asia Tenggara. Hanya mereka dibawa masuk secara paksa ke sini tanpa turut disertai kaum keluarga seperti isteri dan anak-anak. Contohnya. Kaum China dan India telah dibawa masuk ke Asia Tenggara adalah demi kepentingan ekonomi-politik British. Hasilnya. mereka juga mengamalkan budaya kehidupan seharian orang-orang Melayu.

Pelabuhannya begitu sibuk dengan ribuan kapal berulang-alik melalui Selat Melaka. Inilah masyarakat plural seperti yang dimaksudkan oleh Furnivall. Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488). Perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka dengan anak pemerintah China juga berlaku. Manakala untuk mengusahakan ladang getah pula. mereka menjajah kedua-dua aspek fizikal dan mental masyarakat yang dijajah. mereka berjaya menjajah dan mengawal kehidupan masyarakat peribumi yang ramai dengan jumlah mereka yang sedikit sahaja. Kebangkitan Melaka juga dipengaruhi oleh hubungan luar contohnya dengan China. mereka menjajah secara fizikal di mana segala kekayaan muka bumi akan diperah demi untuk kepentingan ekonomi negara mereka sendiri. Sistem sosial-politik-agama tempatan perlahan-lahan ditukar ganti dengan sistem sosial-politikagama mereka. Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesar yang mempunyai Misi dan visi yang hebat. Inggeris pula menggunakan ‘senjata’ serampang dua mata di dalam misi penjajahan mereka iaitu imperialisme dan kolonialisme. Kerajaan Melaka dan Masyarakat Majmuk Zaman empayar Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Walaupun sebelum kedatangan Inggeris ke Asia Tenggara telah dikunjungi kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis. hasil-hasil bumi seperti bijih timah dan emas perlu diragut. Sultan Mansur Syah (1456-1477). mereka menggunakan khidmat tenaga-tenaga buruh dari negara India. Rokan. Belanda dan Sepanyol. Oleh itu. dan Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Dari aspek imperialisme. Kuasa-kuasa Eropah lain lebih banyak menekankan imperialisme di dalam misi-misi kedatangan mereka. Maka dikatakan inilah permulaan kepada pemisahan di antara pluralistik dan masyarakat plural. Dinasti Ming telah menghantar Laksamana Cheng Ming dan Cheng Ho untuk mengadakan hubungan persahabatan. Terdapat orang India yang dilantik menjawat jawatan di dalam istana sultan Melaka. Kemudian diwarisi oleh sultan yang bewibawa seperti Sultan Muzaffar Syah (1446-1456). Contohnya perkahwinan di antara Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang Li Po yang didakwa sebagai puteri Raja China. Siak. Ertinya. Empayar melaka merupakan tempat pertemuan para pedagang daripada pelosok dunia sehingga ianya digelar The Venice Of The East. Pemerintahan dijalankan dengan sikap yang penuh diplomasi dan terbuka. Sebagaimana yang berlaku di India di mana hanya 120. Para pegawai istana bukan sahaja terdiri dari kalangan orang-orang Melayu tempatan tetapi juga para bangsa-bangsa asing yang datang berdagang dan seterusnya menetap di Melaka. Namun. Dari segi kolonialisme pula mereka memperkenalkan sistem sosial-politik-agama mereka kepada penduduk tempatan. kedatangan Inggeris membawa fenomena yang berbeza. Bermula dengan zaman Parameswara yang menjadi pengasas pertama melaka. Melaka menakluki hampir seluruh Semenanjung Tanah Melayu serta sebahagian pulau Sumatera seperti Aru. Maka untuk itu buruh dari negara China perlu dibawa masuk untuk mengusahakan lombong-lombong tersebut. Hasilnya. Mereka meragut semua yang ada di dalam kehidupan masyarakat yang dijajah. Kampar.000 orang Inggeris berjaya memerintah 600 juta orang India. Ringkasnya pemerintah pada ketika itu telah mengambil kira keharmonian di antara kaum. diplomatik dan perniagaan dengan Melaka. Inderagiri dan Kepulauan Riau-Ringga. Kewujudan Empayar Melayu Melaka dengan segala .M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 86 kelompok gagal mengenali antara satu sama lain.

Undang-undang Jenayah Islam seperti hudud. Oleh kerana tidak ada hasil bumi yang dieksport (kecuali sedikit timah) serta keadaan tanah yang kurang sesuai untuk pertanian. Ta’zir dan Diat. Melaka menjadi orang tengah dalam proses pengumpulan dan penyebaran barang dagangan asing. Sejak perkembangan Islam. Undang-undang Melaka yang disusun lengkap dan dijadikan undang-undang pemerintahan terbahagi kepada dua bahagian. undang-undang jenayah terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Qisas. pemimpin dikehendaki mengetahui dan memahami Hukum Kanun Melaka. Tidak wujud sama sekali unsur-unsur keganasan di dalam pemerintahan kerajaan Melaka. Melaka dibangunkan sebagai pelabuhan transit di Selat Melaka. Kedudukan yang strategik. Di dalam Hukum Kanun Melaka. Keuntungan yang diperoleh bergantung kepada jumlah barang dagangan yang masuk dan keluar pelabuhan. kesalahan jenayah perniagaan dan bidang kuasa nakhoda kapal serta kes-kes yang berkaitan. Melaka juga menjadi tumpuan para ulama dan pedagang Muslim dari kawasan nusantara dan juga dari India.M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 87 kehebatannya amat berkait rapat dengan pengamalan hukum-hukum Islam. Kerajaan Melayu Melaka menjadi kerajaan dan kuasa Islam yang berpengaruh di rantau Asia Tenggara. Undang-undang Keluarga. Sebagai pelabuhan entrepot. Sejarah Melaka dijadikan rujukan untuk membuktikan bahawa sistem hidup yang dianjurkan oleh Allah merupakan undang-undang tempatan dan negeri yang telah diterima pakai sebelum kedatangan penjajah lagi. dan diat dijalankan. masyarakat sudah hidup di bawah naungan undang-undang Islam terutamanya di Melaka. Hudud. Perlembagaan Melaka yang dilaksanakan berdasarkan ajaran Islam menyumbang besar kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka. Kedua ialah Undang-undang Laut Melaka. Contohnya. Ianya berhubung dengan peraturan pelayaran dan perniagaan. Kemajmukan masyarakat sama sekali tidak boleh dijadikan helah untuk tidak melaksanakan undang-undang Islam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka kedua-duanya berteraskan ajaran Islam telah dilaksanakan di dalam pemerintahan Melaka telah membuktikan bahawa perlaksanaan Islam yang sebenar akan mendatangkan kemajuan dan kemakmuran di dalam kehidupan manusia. ia . Segala bentuk maksiat termasuk judi dilarang sama sekali. Sebelum era penjajahan bermula di Semenanjung Tanah Melayu. Peranan Islam begitu penting ketika itu apabila ia dijadikan syarat untuk menjawat jawatan tinggi dalam hierarki pentadbiran di Melaka. Pertama ialah Hukum Kanun Melaka yang mengandungi Undang-undang Jenayah. Ini semua adalah hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pelabuhan pula ditadbir dengan sangat cekap. Di bawah pelaksanaan undang-undang ini. Undang-undang Keterangan dan Acara syarat-syarat menjadi pemerintah serta tanggungjawab terhadap pemerintahan. Penguasaan Melaka terhadap kawasan-kawasan takluknya juga mempunyai kepentingan ekonomi dan perdagangan. membolehkan Melaka menjadi pusat lalu lintas perdagangan. Undang-undang Muamalah. kerana ia dapat mengawal pengeluaran barangannya untuk dibawa ke Melaka Bagi tujuan tukaran dengan para pedagang yang lain. Perdagangan berjalan begitu rancak dan subur. Pemerintah Melaka amat menghormati ajaran Islam dan menjadikan istana sebagai pusat perkembangan Islam. qisas. Arab dan Parsi.

Cina dan lain-lain datang berdagang secara suka rela. kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal dari keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Zaman empayar kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti di mana proses penghijrahan berlaku secara alamiah (perubahan yang berlaku ke atas sesebuah kumpulan etnik sehingga cirri-ciri budaya asal itu berubah kepada budaya baru) tanpa ada pemaksaan daripada mana-mana pihak. Mamak. Kheh (Hakka) dan lain-lain. Demikianlah dengan kehadiran para pedagang dari kawasan serantau dan dari kawasan lainnya meletakkan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Ini membolehkan para pedagang daripada Arab. Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah dari kelompok Hokkien. Melaka menjadi tumpuan para pedagang dari arah nusantara sendiri khususnya dari wilayah jajahannya. Para pedagang tidak memerlukan pasport dan visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan. barat. Asimilasi di antara pedagang dari Cina dan India dengan masyarakat tempatan telah mewujudkan kategori masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba. Faktor ekonomi dan perdagangan maritim seperti ini mempunyai implikasi yang besar terhadap sistem sosialnya. wujudlah masyarakat majmuk pertama dalam sejarah Malaysia. Kepulauan Melayu sangat terkenal dengan hasil rempah-ratus yang dianggap sebagai barang mewah pada ketika itu. Mereka telah berasimilasi dengan penduduk tempatan dan sistemnya dengan baik sekali. Di atas faktor ini juga para pedagang dari seluruh pelusuk dunia datang ke Melaka untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut. sehingga menjadikan Melaka sebagai kota kosmopolitan dengan masyarakat berbilang bangsa dan agama. Ini dimungkinkan oleh tahap keselamatan yang tinggi di Selat Melaka.M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 88 menjadi tumpuan dari tiga arah iaitu timur. dan selatan. Melalui dasar pintu terbuka ini. Oleh itu. India. Keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh panglima dan laksamana Melaka yang proaktif. Dari arah barat Pedagang India berpusu-pusu datang berdagang. dan Chitty. manakala di sebelah selatan pula. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina. Masyarakat ini tidaklah boleh di samakan dengan masyarakat chettier yang terkenal di bidang meminjamkan wang . Masyarakat Baba lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya di Melaka. Zaman ini bukan zaman negara-bangsa sebagaimana yang diperkenalkan oleh Inggeris yang seterusnya mewujudkan masyarakat plural.Ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk para pedagang datang berdagang di pelabuhan Melaka. Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chitty Melaka adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka. Ada juga orang Baba berasal dari keturunan Konfu. Dari arah timur. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum Cina dan Melayu adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Keadaan ini disokong kuat oleh Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan ajaran Islam dilaksanakan. Melaka didatangi oleh pedagang Cina dan sedikit dari Jepun. Maka tidak hairanlah ribuan kapal berulang-alik ke Melaka.

Baba Melaka yang terdapat pada hari ini boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan gaya bahasa Baba yang boleh dipanggil bahasa Melayu Baba. Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain. Manakala. itik sioh iaitu daging itik yang disalut dengan rempah. Antaranya ialah hari Ponggol iaitu Hari Kesyukuran mereka kepada nenek moyang dan tuhan mereka. Adalah dipercayai perayaan ini turut disambut oleh masyarakat India tetapi bagi masyarakat Chitty ia bermula lebih awal. Mereka adalah penganut agama yang setia serta berpegang teguh kepada ajaran dan pantang larang. masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas. Cina dan lain-lain. Generasi Nyonya (Baba Perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu. Menurut seperti apa yang tercatat di dalam buku Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. hati babi bungkus. Jenis-jenis masakan Baba adalah seperti kari. makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina. Selain itu. Mereka terus kekal tinggal dan menetap di Melaka. acar Nyonya dan nasi lemak. Jadi. Sejarah ada membuktikan bahawa saudagar India sering berulang-alik ke Melaka untuk tujuan perdagangan kerana pada ketika itu Melaka amat sibuk sekali sebagai pusat perdagangan dan sering menjadi tumpuan para pedagang yang sebahagian besarnya adalah dari India Selatan. Di samping itu. mereka masih kekal dengan amalan dan kepercayaan warisan Cina. sambal. itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau diperam. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur. pemerintah Melaka ketika itu telah menyediakan suatu penempatan untuk mereka tinggal yang dikenali sebagai 'Kampung Keling' untuk memudahkan saudagar terbabit berurus niaga. pang-teh. pada zaman empayar Melaka komposisi penduduk telah memperlihatkan wujudnya interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum di Melaka.M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 89 tetapi ia adalah masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orangorang Hindu dengan orang-orang tempatan seperti Melayu. ramai juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini terutamanya Singapura. Oleh kerana terlalu ramai saudagar India tertumpu ke Melaka. Di sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka. Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan. Sambutan perayaan ini bermula pada hari terakhir bulan Margli (13 Januari) yang bermaksud bulan berbunga dan pada hari itu dipanggil 'Paru' atau 'Bogi' (bermulanya perayaan Ponggol). iaitu 'mee sua tau'. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Sungguhpun demikian dalam aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama. masyarakat 'India Chitty' ini menganut agama Hindu. seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihatkan kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna-warni warisan budaya Cina tradisional. perkataan 'keling' adalah berasal dari 'Kaling Gappatinam' atau 'Kalinggam' yang dikenali sebagai Benua Keling. bak-wan kepiting iaitu campuran daging babi dan sup ketam. .

kuah terung. wajik. urap kelapa. Para tetamu akan dihidangkan dengan kuih muih tradisional seperti dodol. mengikat bunga (Sarem) dan melukis Kolem. udang. Namun kini. baulu. sambal timun. kebanyakan generasi muda masyarakat Chitty Melaka ini kurang mengenali adat istiadat mereka. kanda kasturi. kuih belanda. kacang goreng minyak.M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 90 Pada hari tersebut masyarakat Chitty akan memasak makanan tradisional mereka seperti nasi lemak kukus berlauk pinding ikan parang. Mereka yang memasak tidak boleh bersembang dan merasa makanan yang mereka masak kerana dikhuatiri jika mereka melanggar pantang larang ini arwah nenek moyang mereka akan mengutuk serta mendatangkan bencana terhadap keluarga mereka. Walaupun masyarakat Chitty adalah kaum minoriti perpaduan dan sikap kekeluargaan diutamakan apabila diadakan perayaan seperti itu. koya kacang. tidak dibenarkan memasak kerana ianya menjadi pantang larang dalam menyediakan makanan itu untuk roh dan nenek moyang dan sudara mara mereka yang telah meninggal dunia. kangkung tumis. Jika generasi muda ini tidak didedahkan dengan kebudayaan tradisional. Kemeriahan pastinya terbayang di wajah penduduk perkampungan seperti di Gajah Berang kerana kepulangan saudara mereka untuk berkumpul bagi merapatkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. halwa dan sagun yang menjadi kegemaran masyarakat Chitty. menganyam daun kelapa (mateh). Bulan ini juga adalah bulan yang paling sibuk bagi masyarakat Chitty kerana pada minggu terakhir mereka beramai-ramai akan pergi ke kubur nenek moyang masing-masing untuk bersembahyang dan membersihkan kawasan persekitaran terbabit yang bertujuan meminta restu daripada nenek moyang mereka supaya keamanan serta perpaduan sentiasa terjalin di dalam keluarga. Hanya segelintir sahaja yang mengetahuinya melalui datuk nenek mereka. Untuk menghidupkan atau mengekalkan adat istiadat di kalangan generasi baru. beberapa pertandingan diadakan seperti mengikat Talapa (serban kepala). Ia disediakan kira-kira tiga hari sebelum menjelangnya perayaan tersebut kerana ia perlu disiapkan dengan penuh teliti. kuih bangkit. lama kelamaan adat istiadat itu dikhuatiri akan pupus ditelan zaman Bincangkan bagaimanakah Melaka boleh kita lihat sebagai sebuah model masyarakat majmuk terbaik yang pernah dilahirkan. Masyarakat Chitty akan bersembahyang setiap hari sepanjang bulan Margli sebelum matahari terbit manakala wanitanya pula akan membasuh lantai di depan rumah dan menabur bunga serta meletakkan bekas bara sebagai tanda kesyukuran ketika sembahyang arwah. . Manakala wanita yang sedang mengalami haid pula. acar cili dan sambal taik minyak. Pada hari pertama bulan Thai (14 januari) pula masyarakat Chitty akan menyambut perayaan 'Bitthu Ponggol" iaitu rumah terbuka kepada sanak saudara dan sahabat handai.

. Dengan demikian. Tekanan yang dihadapi oleh mereka di negara mereka disebabkan sistem kasta. Sementara itu. kelapa sawit. perkembangan yang pesat dalam sektor perladangan di Tanah Melayu dalam pertanian dagang seperti getah. Mengikut perangkaan pertambahan penduduk daripada 1741 hingga 1850 ialah sebanyak 287 juta orang. Kemasukan orang-orang Cina ke Tanah Melayu secara besar-besaran bermula dengan penjajahan Britisah di Tanah Melayu. Cuma mereka akan terikat dengan kontrak dengan majikan dan dengan itu sistem ini dikenali sebagai buruh kontrak. bencana alam dan kawasan pertanian yang terhad. India merupakan tanah jajahan british pada masa itu. Sistem pengambilan rumah kongsi pula adalah dimana urusan perpindahan buruh-buruh diuruskan oleh rumah tumpangan atau dikenali sebagai Rumah Kongsi dan segala kos perbelanjaan adalah ditanggung oleh rumah kongsi tersebut.M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 91 Proses Kemasukan Kaum Imigran British berperanan penting dalam proses pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dengan membawa kaum imigran iaitu kaum Cina dan India. Jumlah pertambahan yang drastik ini menyebabkan kesukaran untuk mendapat pekerjaan dan lebih teruk lagi berlaku ketidakstabilan ekonomi dalam negara China sendiri. Tambahan pula pada waktu itu peluang-peluang yang diberikan oleh British untuk berhijrah adalah menarik dimana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk berhijrah seperti adanya sistem tiket kredit. kopi. Hutang tersebut akan dilasaikan setelah mereka bekerja di sini. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kesengsaraan hidup yang dialami oleh etnik-etnik Cina di negara mereka. Sistem pengambilan oleh majikan pula lebih kurang sama dengan sistem tiket kredit Cuma perbelanjaan adalah ditanggung oleh majikan itu sendiri. Keperluan British untuk memajukan sektor perlombongan dapat dilengkapi dengan kehadiran tenaga buruh daripada orang Cina yang terkenal dengan sikap rajin tetapi sanggup pula menerima upah yang murah. Cara ini dapat mengelakkan penindasan terhadap beruh-buruh yang dibawa daripada China dan menaikkan reputasi British. kaum Cina adalah penting untuk dibincangkan dalam kursus ini. teh dan tebu memerlukan tenaga buruh yang ramai. Keadaan pertambahan penduduk yang mendadak sekitar abad ke-19 telah membataskan perkembangan ekonomi masyarakat Cina. Alternatifnya ramai di kalangan orang-orang Cina sendiri mengambil peluang untuk berhijrah ke tempat-tempat lain khasnya di Asia Tenggara dan salah satu tempat yang ditujui secara besarbesaran ialah di Tanah Melayu. Oleh itu. pengambilan oleh majikan dan sistem pengambilan rumah kongsi. kadar kemiskinan dan kebuluran yang semakin ketara menyebabkan mereka mancari satu alternatif untuk mengubah kehidupan mereka. Sistem tiket kredit memberikan kemudahan hutang untuk menampung segala kos perjalanan mereka dari negara China ke Tanah Melayu. perpindahan buruh-buruh dari China berlaku secara besar-besaran hingga menjadikan masyarakat Cina di Malaysia sebagai golongan majoriti ke dua teramai di Malaysia sekarang ini dan memberikan kesan penting dalam sistem pentadbiran dan perekonomian negara. Sekiranya majikan mengambil buruh dari rumah kongsi mereka perlu membayar kepada rumah kongsi tersebut. Situasi yang sama berlaku kepada masyarakat dari India yang datang ke Malaysia.

000 (5. Segala kos perjalanan adalah ditanggung dengan dana dari tabung ini.7%) dalam perkilangan dan perdagangan berbanding dengan peratus Cina sebanyak 40. Lebih jauh daripada itu adalah usaha kerajaan untuk mewujudkan bangsa idaman iaitu bangsa Malaysia iaitu dengan memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Sistem Kangani dan Tabung Imigran India. British tidak banyak menggunakan orang Melayu sebagai tenaga buruh. Oleh itu. Tabung imigran India merupakan tabung yang diwujudkan oleh British untuk membawa masuk buruh-buruh India bekerja di Tanah Melayu. Keadaan ini kerana mereka telah menetapkan dasar supaya orang-orang Melayu terus hidup di kampung dan menjalankan ekonomi tradisi dan mereka juga berpendapat bahawa mengambil buruh .801 orang buruh yang datang lebih kurang 12. Sistem ini lebih bebas di mana buruh-buruh berkenaan bebas memilih pekerjaan yang dikehendakinya dan hanya perlu membayar balik kos perbelanjaan mereka ke Tanah Melayu. Selain itu. Hanya 58. mereka merupakan buruh yang berdaya tahan dan lasak jika dibandingkan dengan buruh tempatan.000 (73. Semasa penjajahan.2 peratus dan 29 peratus dalam bidang yang sama. Terdapat tiga cara buruh India di bawa ke Tanah Melayu iaitu Sistem Kontrak. kadar kepulangan buruh-buruh India ke negara mereka adalah paling tinggi. misalnya pada tahun 1957 dari 1. Adalah penting walaupun kita berlainan budaya tetapi kita dapat berkongsi budaya antara etnik yang akan diwarisi oleh anak cucu nanti. Namun begitu. Sistem kontrak menyebabkan buruh dari India terikat dengan majikannya dan sering berlaku penindasan terhadap buruh-buruh berkenaan menyebabkan sistem ini dihapuskan pada 1910.023.3 %) menceburi bidang pertanian. bincangkan faktor-faktor kedatangan mereka ke Tanah Melayu suatu masa dulu. orang Melayu banyak menumpukan perhatian di bidang pertanian dan mereka tidak digalakkan atau diberi kemudahan untuk menyertai sektor ekonomi yang baru itu.M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 92 Masyarakat India merupakan bangsa yang berpengalaman luas dalam sektor pertanian ladang adalah aset terbaik untuk digunakan bagi membangukan sektor perladangan di Tanah Melayu. Daripada 38. Dengan mengambil satu kaum imigran yang ada di Malaysia. India sebagai tanah jajahan British memberikan galakan kepada buruh-buruh India untuk bekerja di Tanah Melayu. Kesan daripada kedatangan buruh-buruh dari China dan India telah mewarnai kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia. Usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan sebelum dan selepas merdeka hingga kini adalah membentuk kaum yang bersatupadu dan bekerjasama. sistem ini diperkenalkan bagi menggantikan sistem kontrak. Kesan dan Pengaruhnya Kepada Hubungan Kaum Dasar penjajahan British iaitu ‘Pecah dan Perintah’ telah menimbulkan kesan yang ketara dalam mewujudkan polarisasi pekerjaan dalam struktur perkembangan tenaga buruh di Malaysia. Kegiatan-kegiatan pertanian masih jelas kelihatan di kalangan orang Melayu selepas merdeka.000 orang telah pulang ke India menjelang tahun 1908.000 orang Melayu yang bekerja seramai 749.

Sebaliknya Inggeris lebih menggalakkan orang-orang Cina untuk bekerja di lombonglombong dan orang-orang India menjadi buruh di ladang-ladang mereka.M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 93 orang Melayu sebagai buruh tidak begitu stabil kerana ikatan mereka terhadap keluarga dan kampung amat kuat. polarisasi kaum cukup jelas dalam aspek tempat tinggal dan pekerjaan. Penyertaan orang-orang Melayu dalam sektor perladangan dan perniagaan sama ada secara kecil kecilan atau sederhana hampir tiada kerana ketiadaan modal. Dalam keadaan masyarakat yang terpisah ini telah memberikan impak yang besar kepada hubungan kaum terutamanya dalam aspek lompang ekonomi antara etnik yang besar dan aktiviti yang berlainan. Gambar 5. Perkembangan sektor perlombongan dan perladangan telah mendatangkan keuntungan besar lebih-lebih lagi bijih timah dan getah amat diperlukan di pasaran dunia. Apabila berlakunya darurat kebanyakan orang-orang Cina yang tinggal di kawasankawasan luar bandar telah ditempatkan semula di kampung-kampung baru di bandar oleh pihak Inggeris. Senario ini menjadi duri dalam daging yang perlu diberikan penekanan oleh kerajaan dalam memacu pembangunan negara ini supaya tidak berlaku keciciran etnik-etnik tertentu dalam mengejar pembangunan tersebut.2: Masyarakat Majmuk yang mempunyai budaya. agama dan bahasa yang berbeza . Mereka yang telah ditempatkan semula itu diberikan modal oleh Inggeris untuk memulakan penghidupan baru terutamanya menjalankan kegiatan perniagaan di bandar. Keadaan tersebut dapat dilihat hingga ke hari ini di mana terdapatnya bangunan-bangunan rumah kedai yang diusahakan dan didiami oleh orang-orang Cina. sementara aktiviti persatuan dan akhbar masing-masing berlandaskan etnik.

di sebaliknya pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah kekuatan Malaysia jika setiap individu dapat menolak perasaan fanatik kepada bangsa masing-masing.M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 94 Selepas berlaku rusuhan kaum 13 Mei 1969 timbul kesedaran kepada pemerintah tentang masalah polarisasi pekerjaan ini. 2. RUMUSAN Pembinaan bangsa Malaysia adalah berkait rapat dengan pembentukan pemajmukan masyarakat di Tanah Melayu yang seterusnya berkembang dan menjadi teras pembentukan Malaysia. kerajaan cuba untuk merungkaikan permasalahan ini supaya tidak akan berlaku rusuhan kaum kali kedua dan diperkenalkan pelbagai dasar dan prinsip seperti Dasar kebudayaan Kebangsaan dan Prinsip Rukun Negara. Apa yang jelas di sini ialah di mana ketidakseimbangan antara kaum dalam pelbagai peringkat pekerjaan dan sektor ekonomi akan dapat diatasi sebanyak mungkin. Hubungan Kaum 2. Budaya 7. Untuk memulihkan keadaan. Pribumi Sarawak LATIHAN 1. Diharap masyarakat Malaysia dapat faham akan isu ini dan seterusnya memacu ekonomi negara untuk kepentingan bersama tanpa mengira kaum dan agama. KATA KUNCI 1. Bincangkan kesan-kesan kedatangan kaum imigran ke Tanah Melayu dari pelbagai aspek. Kesan daripada pembentukan masyarakat majmuk cukup besar dalam pembinaan bangsa Malaysia dalam pelbagai aspek kehidupan hingga konsep pluraliti itu adalah sesuai untuk merujuk kepada Malaysia. . kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Masyarakat Majmuk 6. Dalam hal ini. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia begitu dekat bila dibincangkan dalam konteks pensejarahan. Anda diminta berada dalam kumpulan 4 hingga 5 orang satu kumpulan. Kaum Melayu 3. Bagaimanakah terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu? Jelaskan. Pribumi Sabah 8. Kaum India 5. Kaum Cina 4. Jelaskan ciri-ciri yang berbeza antara kaum-kaum terbesar di Malaysia. Namun begitu.

(2000). Bhd. 8. RUJUKAN Abd Aziz Rahman. MALAYSIA Warisan dan Perkembangan. (2006). Ho Hui Ling. 4. Bhd. Apakah faktor-faktor yang menyulitkan perpaduan yang hendak dicapai? Terangkan. Kamus Masyarakat. . Wang Gungwu.M a s y a r a k a t M a j m u k d a n H u b u n g a n K a u m | 95 3. 5. (1979). KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2004). Oxford Fajar Sdn. Bincangkan usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat yang terpisah oleh dasar penjajah. Krisis Dan Kematangan. Pengajian Malaysia. Azmah Abdul Manaf. Bhd. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kenegaraan Nor Ashikin Yusof. (1986). (2001). Mohd. ekonomi dan tempat tinggal. Sarjit Singh Gill (et. Shamsul Amri Baharuddin. Khoo Kay Kim. Nasionalisme: Publications(M) Sdn. Bincangkan tentang mereka dari aspek budaya. al). 6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Mahadee Ismail dan Zaini Othman. al. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Hubungan Etnik Di Malaysia. Ruslan Zainuddin. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bincangkan ciri-ciri kaum peribumi di Sabah dan Sarawak dari aspek budaya. (1999). Buatkan perbandingan tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu. Muhd. Cina dan India. 7. Cina dan India. Petaling Jaya : Pearson Malaysa Sdn. Zaid Ahmad. Zainal Abidin bin Abdul Wahid. Bhd. Selangor: Federal Publication Sdn. Buatkan satu analisis berkaitannya dengannya. 1988. Yusof bin Ibrahim (et. (1990). Dapatkan data sumber yang sah berkaitan dengan ekonomi masyarakat Melayu. Bhd. Masyarakat Malaysia Yang Membangun. Jabatan Sejarah: Universiti Malaya. Dengan merujuk kepada komuniti masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia. ekonomi dan penumpuan kawasan tempat tinggal. Mardiana & Hasnah. Pengajian Malaysia: Kewarganegaraan. Mohd Jali et al. Selangor: Pelanduk dan Nazaruddin Hj. Sejarah Perkembangan Buruh Di Malaysia. Latar belakang kebudayaan cina. Musa Hitam. Tesis Ijazah Pertama.) 1992. Bhd. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Kenegaraan Malaysia.