You are on page 1of 22

D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 142

UNIT 8 DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Pelajar mampu mendefinisikan konsep dan menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar-dasar negara. 2. Pelajar mampu menyatakan kandungan utama beberapa dasar seperti dibincangkan. 3. Pelajar mampu menghubung kaitkan dasar negara dengan proses pembangunan yang berlaku.

PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat pembangunan dapat didefinisikan sebagai perihal membangun, proses membangun iaitu proses mencapai kemajuan, perkembangan dan sebagainya serta usaha atau kegiatan membangun iaitu memajukan dan mengembangkan. Sementara, dasar pula bermaksud pendirian yang menjadi asas segala tindakan seperti sikap, keputusan dan sebagainya. Jadi pembangunan ekonomi dan sosial adalah melibatkan dua aspek penting yang menjadi tonggak pembangunan sesebuah negara. Unit ini hanya membincangkan beberapa dasar yang terpilih dan dianggap penting untuk dibincangkan merangkumi dasar Ekonomi dan Sosial negara.

Konsep dan Definisi Dasar Negara
Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah memperkenalkan dasar-dasar dalam bidang politik, ekonomi dan sosial bagi memajukan negara. Kesan daripada pelaksanaan dasar-dasar tersebut, Malaysia kini mencapai banyak kemajuan dalam pelbagai bidang. Secara umumnya dasar bermaksud perancangan kerajaan untuk mencapai sesuatu matlamat sama ada dalam bidang politik, ekonomi atau sosial. Dasar juga boleh ditakrifkan sebagai, “apa yang ingin dilakukan oleh kerajaan atau sebaliknya”. Setiap kerajaan mempunyai matlamatnya yang tersendiri berdasarkan masalah dan isu yang dihadapi. Bagi mengatasi masalah atau sesuatu isu yang timbul, kerajaan perlu merancang strategi yang sesuai dengan sumber dan keupayaannya. Terdapat masalah yang dapat diselesaikan secara cepat namun banyak masalah memerlukan perancangan jangka panjang bagi penyelesaiannya. Pada awal era kemerdekaan, kerajaan menghadapi pelbagai masalah seperti perpaduan kaum, kemiskinan, jurang pendapatan antara kawasan bandar dengan luar bandar dan masalah ancaman komunis. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan memperkenalkan dasar-dasar yang bersesuaian dengan matlamat yang ditetapkan. Sebagai contoh, kerajaan memperkenalkan

D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 143 dasar pembangunan ekonomi melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang menggariskan pelan pembangunan yang ingin dilaksanakan bagi mengatasi masalah sosioekonomi. Termasuk dalam rancangan ini ialah Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970 bertujuan mengatasi masalah kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Rancangan pembangunan lima tahun ini merupakan antara dasar kerajaan yang begitu penting. Secara khususnya definisi dasar negara atau dasar awam adalah seperti dinyatakan di bawah: “Dasar Awam merupakan perancangan, panduan, peraturan yang digubal untuk menyatakan tujuan dan matlamat kerajaan” (INTAN: 1980). “Dasar merupakan program bagi nilai, amalan dan matlamat yang telah diunjurkan” (Lasswell & Kaplan: 1970). “Dasar awam ialah arahan kerajaan terhadap rakyatnya. Ini dilakukan dengan pelbagai tindakan yang melibatkan perancangan yang spesifik. Dengan yang demikian, keperluan awam ini harus dianalisis sebelum apa-apa tindakan di ambil” (Helco: 1972) Kesimpulannya, dasar (awam) boleh dirumuskan sebagai apa sahaja keputusan dan tindakan kerajaan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu. Contohnya Malaysia pernah membuat dasar tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Republik komunis Cina tetapi kemudiannya mengubah dasar tersebut apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan negara. Secara umumnya, setiap keputusan yang diambil mempunyai objektif dan tujuan-tujuan tertentu untuk dicapai dalam satu-satu jangka masa.

Objektif Penggubalan Dasar Negara
Dasar-dasar yang mula diperkenalkan sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan bermatlamat memajukan negara dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi dan sosial. Objektif umum sesuatu dasar ialah untuk menjadikannya panduan dan rangka bertindak bagi memastikan kerajaan menggunakan pendekatan dan strategi yang tepat bagi mencapai matlamat yang disasarkan. Dasar juga dapat memberi panduan kepada agensi pelaksana yang ditugaskan menjalankan program tertentu. Tanpa dasar yang jelas, kerajaan tidak akan dapat membuat peruntukan sumber manusia dan kewangan yang mencukupi bagi menjalankan sesuatu projek. Namun begitu terdapat objektif yang lebih khusus bagi sesuatu dasar yang diperkenalkan seperti berikut: a. Dasar-dasar yang berkaitan dengan politik seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Integrasi Nasional dan Rukun Negara bermatlamat untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum daripada pelbagai latar belakang agama dan budaya supaya mereka dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Perpaduan masyarakat merupakan asas penting kepada kestabilan politik yang dapat mempengaruhi kemajuan ekonomi.

c. Mahathir Mohamad misalnya memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur dan Wawasan 2020 yang dirancang bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju. kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang berhasrat membantu golongan bumiputera memperbaiki kedudukan ekonomi mereka. Terdapat undang-undang atau akta yang dikuatkuasakan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar ini. Melalui DEB. Dasar Keselamatan Dasar keselamatan bertujuan menjaga keamanan. Kerajaan misalnya memperkenalkan dasar cukai korporat sebagai mekanisme mengutip hasil dari golongan berada dan mengagihkan nya semula kepada golongan kurang berada dalam bentuk subsidi dan bantuan. Dasar agihan Dasar agihan atau afirmatif merupakan perancangan kerajaan untuk memberikan lebih banyak peluang kepada mana-mana golongan masyarakat yang ketinggalan bagi merapatkan jurang perbezaan sosio-ekonomi. Di Malaysia misalnya. b. swasta serta orang perseorangan. Contohnya dalam aspek ekonomi. memajukan kawasan luar bandar bagi mengurangkan kadar kemiskinan. Dasar berbentuk peraturan Dasar ini merujuk kepada peraturan atau undang-undang yang digubal bagi mengawal aktiviti-aktiviti masyarakat yang melibatkan organisasi awam. Objektif dasar ekonomi pula ialah memajukan sektor ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup rakyat. Dato’ Abdullah . Dasar khusus Sejak mencapai kemerdekaan. DEB misalnya yang diperkenalkan pada 1970 bermatlamat untuk mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Rancangan pembangunan lima tahun yang dilaksanakan memberi penekanan kepada soal meningkatkan pendapatan. e.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 144 b. wujud jurang perbezaan ekonomi yang ketara antara golongan bumiputera dengan bukan bumiputera akibat pelbagai faktor. beberapa orang Perdana Menteri telah memperkenalkan dasar tertentu semasa pentadbiran masing-masing bagi mencapai sesuatu tujuan. golongan bumiputera diberi pelbagai peluang dan keistimewaan menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan. ketenteraman serta keharmonian rakyat. Dasar Agihan Semula Dasar ini bertujuan memberikan persamaan daripada faedah yang tersedia atau memindahkan sumber/faedah yang sedia ada dalam negara ataupun memindahkan puncapunca keluaran negara dari sesetengah kumpulan kepada kumpulan yang lain. d. kerajaan memperkenalkan dasar percukaian yang dirancang bagi menambah hasil negara tanpa membebankan golongan pembayar cukai. dasar awam dapat dikelaskan kepada empat iaitu: a. Dr. Jenis-jenis Dasar Menurut Chandler (1983) dan Sabitha (1997). Dasar ini melibatkan hubungan Malaysia pada peringkat antara bangsa dan dalam negeri seperti dasar luar. Bagi mengatasi masalah ini.

1: Proses penggubalan dasar Dasar memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah-masalah negara di samping merancang matlamat dan perancangan kerajaan. Pada pendapat anda adakah kedua-dua perkara ini berkaitan? Proses Pembentukan Dasar Kenal pasti Masalah Mengemukakan alternatif yang sesuai Merancang tindakan dasar yang sesuai Hasil Dasar Penilaian hasil dasar: sejauh mana dapat menyelesaikan masalah Rajah 8. Dalam setengah keadaan ada dasar yang tidak berkesan dalam menangani permasalahan kerajaan. Selain itu. Jika keadaan ini berlaku sesuatu dasar tersebut akan mengalami penamatan. Dasar-dasar kerajaan berhubung dengan pembangunan dikaitkan dengan usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. .D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 145 Badawi pula memperkenalkan dasar Islam Hadhari bagi mengembalikan kegemilangan umat Islam sepanjang tempoh pentadbirannya. ada juga dasar yang mengalami pengulangan dalam usaha mencapai matlamat dasar.

iii. Dasar Sosial dan Etika Kerja seperti Dasar Pandang Ke Timur. orang India bekerja di ladang getah dan menjadi buruh manakala orang Cina bekerja di lombong bijih timah. Di sini juga wujud pengenalan kaum mengikut jenis pekerjaan yang dilakukan. 49. Perbezaan aktiviti ekonomi juga menyebabkan kurangnya peluang untuk ketiga-tiga kaum ini bercampur gaul bagi mewujudkan perpaduan. Ketiga-tiga kaum utama di Tanah Melayu iaitu Melayu. c. Orang Melayu tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani dan nelayan. Dasar Penerapan NilaiNilai Islam Dalam Pentadbiran dan Dasar Wanita Negara. Ekonomi bergantung kepada sektor pertanian dan eksport komoditi seperti bijih timah iv. Perpaduan kaum yang rapuh. ketiga-tiga kaum mengamalkan budaya dan agama yang berbeza walaupun tinggal di sebuah negara. Jurang sosio-ekonomi kawasan bandar dengan luar bandar dan antara kaum. Kemiskinan. Dasar Perindustrian Negara (PIP). Masalah perpaduan kaum bermula sejak zaman penjajahan British lagi. Tanah Melayu mengalami beberapa masalah seperti berikut: i. Menurut banci 1970. Mengikut Furnival. Cina dan India tinggal di kawasan yang berasingan dan terlibat dalam aktiviti ekonomi yang berbeza.3% daripada isi rumah di Malaysia berada di bawah paras kemiskinan di mana 86% di kawasan luar bandar yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu. Dasar Pensyarikatan dan Dasar Penswastaan. Hasilnya kedudukan sosio-ekonomi masyarakat Cina lebih baik jika dibandingkan dengan orang Melayu atau India.dalam Sabitha:1997) terdapat tiga kumpulan dasar di Malaysia yang digubal berasaskan kepada isu-isu dan masalah-masalah yang timbul dalam masyarakat. Tiga kumpulan dasar tersebut ialah seperti berikut: a.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 146 Pembahagian dasar Menurut Ambrin (1990. b. sementara 14% di kawasan dan getah. Kelompok-kelompok dasar berkenaan akan dibincangkan dalam bahagian berikutnya. Dasar Pertanian. Dasar Luar yang menentukan sikap dan pendirian Malaysia dalam isu-isu antara bangsa. dan . Dasar yang berkaitan dengan ekonomi seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB). DASAR EKONOMI Dasar Ekonomi Baru (DEB) Selepas mencapai kemerdekaan pada 1957. Keadaan ini menyebabkan wujudnya jurang sosio-ekonomi antara kaum di Tanah Melayu. Kelebihan masyarakat Cina ialah kerana mereka bekerja di lombong bijih yang kemudiannya bertukar menjadi kawasan bandar seperti di Lembah Kelang atau di Lembah Kinta. Sementara dasar luar akan dibincangkan pada unit berikutnya. ii. Kemiskinan juga merupakan masalah utama di sini.

4%. Matlamat DEB adalah seperti berikut (Dipetik dari RMK 3): I. pembahagian guna tenaga kaum bumiputera dalam sektor utama akan turun daripada 67.4% Perlaksanaan DEB akan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu: a. Kerajaan amat menyedari keadaan ini dan telah mengambil tindakan bagi memperbaiki keadaan. Secara terperinci. Cina (26. Masalah seperti jurang pendapatan yang berbeza antara kaum dan kemiskinan telah memberi kesan buruk kepada perpaduan kaum di Malaysia. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan semua rakyat tanpa mengira kaum. IV. saiz tanah atau ladang yang tidak ekonomik.3 (bumi-bukan-bumi-asing) pada tahun 1970 kepada 30:40:30 menjelang 1990. Mencapai tahap guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran diturunkan daripada 7. II. Mengikut kaum pula.4:34.(Young. Dari segi penyusunan semula guna tenaga.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 147 bandar. antara puncanya ialah produktiviti yang rendah dalam bidang pertanian seperti tanaman padi.7% (1990).3% (1970) kepada 16.6% kepada 61. DEB yang diperkenalkan semasa pentadbiran Perdana Menteri Kedua Tun Razak meletakkan dua matlamat utama untuk dicapai menjelang 1990 iaitu: I.0%). Akibatnya tercetusnya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang merupakan pengalaman buruk bagi Malaysia. Meningkatkan produktiviti dan pendapatan sektor pertanian dengan menggunakan teknologi baru. orang Melayu paling tinggi kadar kemiskinannya iaitu (64. Bussink dan Hasan. alat-alat baru dan kemudahan yang lebih baik. III.1980).2%). Pembahagian pemilikan saham modal dalam syarikat berhad dirancang berubah daripada nisbah 2. Khusus bagi sektor luar bandar.6% (1990).3:63. Kemiskinan yang dialami berpunca daripada pelbagai sebab. DEB menjangka antara tahun 19701990. dan 4) memperbanyakkan peluang pekerjaan . Menjelang pilihanraya umum pada 1969. Menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan kedudukan kawasan dapat dihapuskan. elektrik dan kesihatan. antaranya dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970. Menyusun semula masyarakat supaya pekerjaan tidak lagi dikaitkan dengan identiti kaum. b. harga komoditi seperti getah yang rendah selain sikap masyarakat yang negatif. Antara langkahnya ialah: 1) membina projek perumahan kos rendah. Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum II.9% kepada 48.1% (1990). tetapi dalam sektor sekunder ia akan naik daripada 37. tidak memiliki tanah.8%). 3) menyediakan kemudahan asas-bekalan air. Perlaksanaan strategi ini menitik beratkan tiga perkara utama iaitu: a.4% (1970) kepada tahap guna tenaga penuh 3.3% (1970) kepada 9.7% (1990) kepada 23% (1990) dan kemiskinan bandar pula dari 21. di mana kadar kemiskinan luar bandar akan turun daripada 58. India (39. Kadar kemiskinan akan diturunkan daripada 49. 2) menyediakan kemudahan pengangkutan-bayaran murah. isu-isu hubungan kaum dan ekonomi telah dimanipulasikan oleh parti-parti politik khususnya pihak pembangkang menyebabkan hubungan kaum menjadi tegang.

Mengadakan pelbagai perkhidmatan sosial terutamanya untuk meninggikan taraf hidup golongan berpendapatan rendah.8 peratus. Menambah peluang untuk menukar kegiatan dari sektor yang rendah produktivitinya kepada kegiatan ekonomi yang lebih menguntungkan melalui: 1) Rancangan pembangunan ‘in-situ’ dan kemajuan tanah seperti FELDA dan FELCRA. dan 5) Penanaman padi luar musim. dan 4) Menyusun semula organisasi-organisasi-delivery system.3% (1970) kepada 15. Tun Dr. Bincangkan. Sehingga RMK 6.138 hektar dan penempatan bagi kira-kira 92. pengurusan dan prestasi perbadanan awam.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 148 b. kadar kemiskinan bagi bumiputera masih tinggi walaupun kadar kemiskinan secara keseluruhan menurun. penanaman padi dan lain-lain. DEB yang tamat pada 1990 digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional.3% dalam tempoh yang sama.3% (1970) kepada 7.0% (1990). iaitu satu proses kerajaan mengambil . Memandangkan kaum Bumiputera merupakan golongan utama yang bekerja dalam sektor ini. Pengenalan konsep Hala cara Baru (1984).000 keluarga bagi tempoh 1971-1987. Antara langkahnya ialah: 1) penanaman padi dua kali setahun. kadar kemiskinan menurun daripada 58.3% (1990). Kawasan luar bandar semenanjung. melalui program bersepadu seperti pengelompokan kampung. Walaupun terdapat kemajuan dalam pembasmian kemiskinan tetapi kemiskinan masih wujud terutamanya dalam sektor-sektor tradisional seperti perikanan. Penduduk menikmati taraf hidup yang lebih tinggi dengan penyediaan kemudahan asas yang semakin bertambah baik. Mahathir Mohammad telah melancarkan Dasar Penswastaan bertujuan meningkatkan keberkesanan.7% kepada 19. Penswastaan adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization). Kemajuan tanah baru secara besar-besaran meningkat kepada 775. 3) Bantuan kewangan dan teknikal. kemiskinan menurun daripada 49. 3) memperbaiki kemudahan pemasaran dan kredit. penggalakan pembangunan industri kampung dan pertanian secara komersial telah berjaya memajukan sektor pertanian tradisional. Hasrat kerajaan yang menetapkan matlamat pencapaian 30 peratus bumiputera dalam bidang ekonomi gagal dicapai sekadar mencapai 17. 2) Projek perikanan dan pertanian moden. Dasar Penswastaan Pada tahun 1983. aktiviti dan fungsi-fungsi organisasi. Kemiskinan bandar menurun dari 21. Namun begitu. Pembangunan ‘In-Situ’ melalui projek Pembangunan Pertanian Bersepadu dan lain-lain telah meningkatkan daya pengeluaran sektor pertanian. Realitinya DEB tidak mencapai kejayaan 100% sepertimana yang dihasratkan sepanjang tempoh perlaksanaannya. Mantan Perdana Menteri Malaysia ke empat. 2) kemudahan parit dan tali air. 4) mengadakan bantuan kewangan untuk peniaga kecil. beberapa kejayaan telah dicapai dalam aspek lain sepanjang perlaksanaannya. DEB merupakan satu dasar yang unik dan sentiasa mendapat perhatian pelbagai pihak. c.

e. c. dua pendekatan telah diterima pakai iaitu berdasarkan projek yang dikenal pasti oleh kerajaan dan projek yang dicadangkan oleh pihak swasta. penswastaan melibatkan tindakan kerajaan menyerahkan bahagian tertentu perkhidmatan kerajaan untuk diuruskan syarikat swasta. meningkatkan kecekapan dan produktiviti. lebih banyak sumber dapat dibelanjakan oleh Kerajaan untuk sektor lain dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan sektor tersebut. b. Alasan kerajaan untuk memperkenalkan dasar ini ialah bagi mengurangkan saiz sektor awam yang telah berkembang dengan begitu pesat sekali sejak 10 tahun yang lalu. pajakan aset. sistematik dan komprehensif. mengurangkan beban pentadbiran dan kewangan Kerajaan. Mengurangkan beban kewangan kerajaan. Garis panduan ini menjelaskan mekanisme dan kaedah pelaksanaan program penswastaan dan merupakan usaha awal Kerajaan dalam menyelaras pelaksanaan dasar tersebut. Projek yang dicadangkan oleh pihak swasta adalah bertujuan khususnya untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan ke atas daya usaha dan inovasi mereka. Pada dasarnya. bina-milik-kendali (BMK) dan bina-kendali-pindah (BKP). Menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Jabatan Telekom atau Jabatan Perkhidmatan Pos misalnya telah ditukar entiti nya daripada organisasi kerajaan menjadi syarikat swasta. Perbelanjaan sektor awam telah meningkat dengan begitu besar dari 28% pada tahun 1975 kepada 36% pada tahun 1982 dan merupakan satu beban kewangan yang besar untuk ditanggung oleh Kerajaan. penjualan ekuiti. Program penswastaan juga terbukti berjaya merangsang pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan kecekapan projek-projek yang diswastakan. dan Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB. d.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 149 alih asset dan kepentingan pihak swasta. Kerajaan telah menggubal satu garis panduan bagi memantau pelaksanaan program penswastaan supaya ia berjaya mencapai objektifnya. Ia merupakan dokumen penting yang menjelaskan rangka kerja dasar yang menyeluruh mengenai program penswastaan. Organisasi awam seperti Lembaga Letrik Negara (LLN). Selain itu kerajaan juga berhasrat mencapai objektif berikut dengan melaksanakan projek penswastaan iaitu : a. Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja. Mahathir mengambil tindakan drastik dengan memperkenalkan Dasar Penswastaan yang dikatakan dicontohi daripada model ekonomi Jepun bagi memacu pertumbuhan ekonomi walaupun terdapat pelbagai kritikan daripada golongan yang kurang bersetuju dengan dasar ini. Program penswastaan yang terkandung dalam PIP mempunyai lima matlamat utama iaitu membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Dalam pelaksanaan program penswastaan. mengecilkan saiz dan mengurangkan penglibatan sektor awam dalam aktiviti ekonomi serta membantu pencapaian matlamat penyusunan semula masyarakat yang terkandung dalam Dasar Pembangunan Nasional. PIP mengenal pasti beberapa kaedah penswastaan seperti penjualan aset. Melalui program penswastaan juga. pembelian syarikat oleh pengurusan (MBO). prosedur pelaksanaan dan penentuan susunan keutamaan projek yang akan diswastakan. Dr. Seterusnya tindakan yang lebih padu telah diambil apabila Pelan Induk Penswastaan (PIP) digubal pada tahun 1991 bagi meletakkan batu asas kepada pelaksanaan Dasar Penswastaan yang selaras. Mengagihkan sumber secara cekap. di samping memberi kesan gandaan kepada ekonomi. . Pembinaan lebuh raya misalnya telah berjaya meningkatkan pertumbuhan dalam aktiviti pembuatan yang berkaitan dengan industri pembinaan di samping menjimatkan masa perjalanan dan mengurangkan kos kendalian kenderaan.

elektrik dan gas. pertanian dan perhutanan. beban pentadbiran Kerajaan juga telah dapat dikurangkan. 1988: 51). Penswastaan juga telah menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti entiti yang diswastakan melalui penyediaan perkhidmatan dan sistem pengurusan yang lebih baik.1 billion yang diperoleh daripada penjualan aset dan ekuiti. pembuatan. pembangunan tanah. pelaksanaan program penswastaan sehingga kini telah berjaya mengurangkan 107. 1994: 49-50). bekalan air dan pembetungan.6 billion. Dalam masa yang sama. Sementara penjimatan dari segi perbelanjaan mengurus bagi tempoh yang sama adalah berjumlah RM7.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 150 Sehingga akhir 1999. agensi-agensi kerajaan. perniagaan borong dan runcit. Daripada jumlah tersebut. Dasar ini juga mempunyai objektif yang digariskan iaitu mewujudkan kerjasama yang erat antara sektor awam dan swasta dalam menjayakan pembangunan negara sebagai entiti perniagaan yang dimiliki bersama yang mendatangkan manfaat bersama. Rasional dasar ini diwujudkan adalah untuk menjawab segala persoalan pokok yang berasingan dan bertentangan antara pihak awam dan swasta dalam soal matlamat organisasi. projek-projek baru seperti lebuh raya. penyimpanan dan komunikasi/multimedia. hartanah. Objektif yang kedua ialah membolehkan sektor awam dan swasta menghapuskan sikap permusuhan dan menggalakkan perkongsian maklumat serta saling memahami polisi. namun sejak program ini dilaksanakan ia telah memberi sumbangan hasil kepada Kerajaan sebanyak RM23. Pencapaian keseluruhan entiti yang diswastakan telah bertambah baik hasil daripada penambahan keupayaan dan rangkaian perkhidmatan di samping perolehan dan penggunaan peralatan dan teknologi moden. Mahatir Mohamad pada waktu pelancaran Forum INTAN pada 25 Februari 1983 (INTAN.503 penjawat awam dengan memindahkan kakitangan berkenaan kepada pihak swasta atau melalui persaraan berikutan penswastaan atau pengkorporatan agensi-agensi yang terlibat. sebanyak 202 projek dan entiti telah berjaya diswastakan terdiri daripada 104 projek baru dan 98 projek sedia ada. 184 projek telah diswastakan manakala 18 entiti dikorporatkan. perkhidmatan Kerajaan. Dari segi mengurangkan beban kewangan Kerajaan. Sektor-sektor yang terlibat adalah terdiri daripada sektor pembinaan. stesen televisyen dan sebagainya. penjimatan perbelanjaan pembangunan keseluruhan sejak program ini dilaksanakan pada tahun 1983 adalah kira-kira RM129 billion. hotel dan restoran. dan latihan kakitangan. objektif. perubahan sikap yang lebih positif serta pembaharuan minda dalam kalangan kakitangan entiti yang diswastakan telah menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti entiti tersebut. peraturan dan penghubungan (INTAN. Walaupun program ini bukan bertujuan untuk menjana hasil dan keuntungan kepada kerajaan. Dasar Penswastaan telah mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara. Ini dapat dilihat melalui petunjuk yang digunakan untuk mengukur kecekapan dan produktiviti entiti yang diswastakan. Selain itu. kenaikan pangkat. Dari segi pengurangan anggota perkhidmatan awam. Projek dan entiti ini terdiri daripada syarikatsyarikat kerajaan. perkhidmatan kewangan. pengangkutan. Dasar Pensyarikatan Malaysia Dasar pensyarikatan Malaysia telah diutarakan oleh Mantan Perdana Menteri kita yang keempat iaitu Tun Dr. khususnya dari segi urusan pengambilan. dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. prosedur dan . pengeluar tenaga bebas. Beri pandangan anda.

mengetahui peranan industri kecil. mengarahkan semua agensi kerajaan menubuhkan panel-panel Perundingan masing-masing yang dianggotai oleh pegawai-pegawai kanan organisasi terbabit dan wakil syarikat-syarikat swasta yang mempunyai hubungan rasmi dengannya. usaha untuk mencapai matlamatnya telah bermula pada tahun 1983 iaitu dengan diadakan sebanyak 33 forum mengenainya sejak ia diperkenalkan. Hal ini kerana. pihak kerajaan telah menitikberatkan kepada pertumbuhan ekonomi kerana ingin menampung keperluan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi negara ini selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Di samping itu. Dasar Perindustrian Negara Dasar Perindustrian Negara telah diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) yang berada di bawah Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1). Dasar ini telah dilaksanakan semenjak awal dekad 50-an iaitu pada tahun ini kerajaan telah menumpukan kepada kepelbagaian sistem ekonomi kerana pada masa ini pihak kerajaan banyak bergantung kepada getah dan bijih timah. dasar perindustrian hanya bercorak kepada import. menggalakkan penggunaan teknologi baru dalam pengurusan untuk meningkatkan hasil negara juga merupakan objektif utama dasar ini (Ibid: 50). Pada masa tersebut. para pegawai awam ditempatkan di syarikat-syarikat swasta supaya mereka terdedah dengan pengurusan perniagaan syarikat-syarikat swasta (Ibid. seminar yang telah dikelolakan oleh INTAN. Bagi mencapai objektif ini. tumpuan telah diberikan kepada industri-industri yang berasaskan kepada eksport dan industri yang menggunakan banyak buruh. Sebagai contoh. 1988: 52). 2003: 129). Ketua Setiausaha Kementerian. Bagi dasar ini. Ketua Jabatan Persekutuan. Ahli Parlimen. satu strategi yang tersusun telah dijalankan iaitu. menggalakkan aktiviti yang bertujuan mempercepatkan kerjasama di antara sektor awam dan swasta yang melibatkan beberapa program seperti. memahami objektif dan rasional pembangunan perindustrian di Malaysia sejak akhir 1950-an sehingga kini. Buku mengenai dasar-dasar utama kerajaan juga telah disediakan oleh INTAN di samping satu buku yang telah dihasilkan oleh Kementerian Penerangan (Ibid: 52). pesertapeserta yang terlibat dalam kursus latihan ini ialah Menteri Kabinet. Rasional pelaksanaan dasar ini adalah untuk mempergiatkan lagi proses perindustrian negara agar sektor perbuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara (INTAN. Pada tahun seterusnya. menerangkan dasar ini kepada para pegawai dan eksekutif sektor-sektor awam dan swasta yang bertujuan mendapatkan sokongan mereka. Forum ini diadakan adalah bagi anggota kementerian. Dalam hal ini. Ahli Dewan Undangan Negeri. Di samping itu. Seterusnya. Objektif Dasar Perindustrian ini adalah untuk memahami tahap-tahap perkembangan perindustrian di Malaysia dari sejak lewat 1950-an sehingga kini. 1992: 25). Ketua Jabatan di peringkat negeri. Namun setelah menjelang pada tahun 1970-an. Dengan adanya objektif-objektif ini hala tuju dasar lebih teratur dan dengan lebih jelas. khasnya Pelan Induk Perindustrian dari segi objektif dan rasionalnya. jabatan dan syarikat swasta oleh INTAN. Seterusnya. kemelesetan ekonomi yang melanda pada tahun 1985 hingga 1986 telah menunjukkan bahawa kelemahan dalam struktur perindustrian negara telah menyebabkan . dan Pegawai Daerah serta kakitangan awam. strategi pencapaian dan galakan kerajaan (Jamal Ali. INTAN juga telah mengadakan satu forum kebangsaan dan lima forum di peringkat negeri dan syarikat swasta. sederhana dan berat di Malaysia serta peranan HICOM. mengetahui dasar-dasar pembangunan perindustrian. dasar ini telah didedahkan kepada peserta melalui pelbagai kursus latihan.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 151 matlamat negara.

barangan berasaskan kayu. makanan dan sebagainya (Jamal Ali. terdapat juga industri. Kesemua sektor-sektor ini dipilih berdasarkan kemampuan untuk mencapai matlamat memperkembangkan industri negara.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 152 komoditi utama telah jatuh secara mendadak. Sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga manusia yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai . HICOM. 2003: 149). 1957. Dengan itu dasar ini sebenarnya telah menyumbangkan kepada pembangunan negara umumnya. antara sektor-sektor ini adalah yang berasaskan sumber tempatan iaitu industri yang berasaskan sumber tempatan iaitu industry yang berasaskan getah. Keadaan ini telah menyebabkan pihak kerajaan telah menyediakan strategi dan objektif dalam menyelesaikan masalah ini seperti kerajaan telah melancarkan Pelan Induk Perindustrian (PIP) dan sebagainya. bahan makanan. tekstil dan baju (Jamal Ali. 1992: 25). Pelan Induk Perindustrian (PIP) diumumkan pada tahun 1986 telah menggariskan rangka panduan serta insentif baru untuk mengembangkan sektor perindustrian. kayu-kayan. Selain itu juga. Atas kesedaran inilah lahir Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 yang dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran. Dasar pendidikan ini telah disemak semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib yang kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran. DASAR SOSIAL Dasar Pendidikan Kebangsaan Selepas mencapai kemerdekaan. dan industri. logam. di bawah Dasar Perindustrian Negara. 2003: 151-157). peralatan pengangkutan. 1961. tekstil dan pakaian.industri tertentu seperti Industri Kecil dan Sederhana (IKS). 2003: 136). Pelan Induk Perindustrian (PIP) dirangka disebabkan pihak kerajaan sedar bahawa mereka tidak sepatutnya bergantung sepenuhnya kepada sektor pertanian. Pelan Induk Perindustrian (PIP) mempunyai objektifobjektif tertentu untuk seperti menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara. PIP juga telah mengenal pasti 12 sektor ekonomi yang patut diberi penekanan. Kedudukannya bersesuaian dengan harapan sektor perindustrian akan menjadi teras utama dalam perkembangan ekonomi negara (Jamal Ali.industri lain. timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang mustahaknya digubal sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. kepala sawit. mereka bentuk logam. menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara serta meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) (INTAN. Lima sektor lagi merupakan sektor perindustrian yang bukan sumber iaitu elektrik dan elektronik. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) banyak membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara iaitu dengan perlaksanaan projek-projek seperti pengeluaran perabot. seni dan kraf.

berdisiplin dan terlatih. 1961. dan politiknya. seimbang dan harmonis. sosial. iaitu: "BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak. Selain itu. ekonomi. 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan. yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ia mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga manusia negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan. Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. objektif ini dikhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Seterusnya. ia juga berhasrat: .1: Usaha Ke Arah Penyatuan Sistem Pendidikan Negara Oleh itu. telah mentafsirkan nya sebagai menyatupadukan kanakkanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 153  Laporan Barnes 1951  Laporan Fenn-Wu 1951  Ordinan Pelajaran 1952  Laporan Woodhead 1955 (Sabah & Sarawak)  Penyata Razak 1956  Ordinan Pelajaran 1957  Laporan Rahman Talib 1960  Akta Pelajaran 1961  Dasar Pendidikan Kebangsaan 1970  Laporan Kabinet 1979 Rajah 8." istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi. langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamatnya yang tersendiri. “Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya. Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran.

Selaras dengan Dasar Ekonomi Baru. namun begitu hasil dari pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan selama ini. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun. pengakap. l. Keperluan tenaga manusia bergantung kepada perkembangan ekonomi negara dan agak sukar ditentukan memandangkan perkembangan itu sangat dipengaruhi oleh iklim ekonomi dunia yang berubah-ubah. b. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin. f. moral dan disiplin. Mengenai matlamat melahirkan rakyat yang bersatu padu. g. Mempelbagaikan dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan. berdisiplin dan terlatih. Dasar Pendidikan Kebangsaan juga telah dapat merapatkan jurang perbezaan bidang pekerjaan mengikut kaum sama ada dalam sektor awam atau pun swasta. puteri Islam dan lain-lain. i.bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. j. d. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. c. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca. Persoalan penting yang timbul daripada pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan ialah sama ada sistem pendidikan negara mampu melahirkan rakyat yang bersatu padu. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua. Hasilnya agak sukar ditentukan seperti diakui oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan 1974. Antara sebab-sebab yang dinyatakan ialah kurangnya kajian-kajian dibuat khusus untuk meneliti kedudukan dan keperluan tenaga rakyat negara ini. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978. h. dan m. Di samping itu ianya telah dapat mengurangkan kadar kemiskinan terutamanya bagi bumiputera yang berjaya memperbaiki taraf sosio-ekonomi mereka hasil daripada pendidikan yang diterima. seperti pasukanpasukan kadet tentera. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh. kadet polis. tenaga manusia yang dihasilkan pada keseluruhannya dapat memenuhi keperluan guna tenaga negara kecuali dalam beberapa bidang tertentu. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa. k. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman. berdisiplin dan terlatih. e. ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa ia tercapai misalnya dengan menggunakan kurikulum yang sama dan bercorak kebangsaan telah sedikit sebanyak menimbulkan dan memupuk perasaan dan kesedaran kebangsaan Malaysia dalam kalangan . seimbang dan bersepadu. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 154 a.

. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 155 mereka yang melalui sistem pendidikan kebangsaan. dan sebagainya. sukar dipastikan sama ada perasaan dan kesedaran itu telah membuahkan perpaduan. Kewujudan masyarakat majmuk menyukarkan pihak pentadbir untuk merumuskan dasar-dasar yang boleh diterima oleh semua pihak. pelancongan. Beri pandangan anda. Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan perlu bagi Malaysia yang sedang membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum dan mengamalkan budaya yang berbeza. Budaya memainkan peranan penting dalam proses pembangunan kerana ia melambangkan identiti negara. Pendidikan dan Latihan di Bawah Rancangan Pembangunan 5 Tahun akan dimajukan dan dipertingkatkan contohnya di bawah Rancangan Malaysia Ke Enam (91-95) matlamatnya ialah untuk melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan. selain itu bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab serta mempunyai nilai-nilai moral dan etika yang kukuh. sukar hendak dikatakan bahawa ia adalah hasil daripada sistem pendidikan sematamata kerana perpaduan bukannya bergantung kepada satu faktor sahaja. Dasar Kebudayaan Kebangsaan Kebudayaan berasal daripada perkataan budaya yang bermaksud keseluruhan cara hidup manusia. bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan dan peluang mendapat pekerjaan dan selanjutnya menyumbang kepada Rajah 8. Setiap individu akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluankeperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran. Penyediaan lebih banyak peluang pendidikan dan latihan akan diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Namun demikian. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah. mahir dan terlatih. Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung satu alat untuk melahirkan keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa warganegara yang berkualiti depan. perkhidmatan. malahan walaupun perpaduan wujud . proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Dasar ini digubal dalam tahun 1971 berikutan dengan tiadanya dasar yang direncanakan bagi mencapai matlamat mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi nasional.2: Pendidikan sebagai peningkatan agihan pendapatan. Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal sebagai alat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.

. 2. Meningkatkan taraf dan mutu kesenian. Pemulihan. Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal berteraskan perkara berikut iaitu: 1. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan. dan 6. pembangunan. 3. Meningkat dan memperkukuh kepemimpinan budaya melalui usaha membimbing dan melatih peminat. Hanya dengan kesedaran dan kefahaman yang mendalam dan luas dapat membantu tercapai nya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini. Terangkan apakah asas yang diguna pakai dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan berdasarkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara. Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi. beberapa strategi telah dikenal pasti untuk digunakan termasuklah: 1. mewujud dan mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa selain menjadi garis panduan dalam mewujudkan dan membentuk satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan identiti negara di mata dunia. dan 3. 4. Memenuhi keperluan sosio-budaya setiap anggota masyarakat. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan. mendokong dan penggerak kebudayaan secara meluas sebagai jentera pembangunan yang berkesan. 2. Walau bagaimanapun Kesesuaian dan penyerapan kebudayaan asing ini bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini iaitu budaya Melayu. 3. Bagi melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas kebudayaan kebangsaan melalui penyelidikan. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan memakan masa kerana proses menerapkan kepentingan nasional melebihi kepentingan suku bangsa dalam masyarakat amat rumit. pendidikan dan perhubungan budaya. 2.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 156 Dasar ini mempunyai objektif berikut: 1. Memaju dan mengembangkan budaya setiap kaum di Malaysia. 5. Dasar ini akan menjadi garis panduan dalam membentuk. Memperkukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar juga diserapkan sebagai kebudayaan kebangsaan.

Terdapat Sembilan cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan rakyat Malaysia yang bersatu padu. Oleh itu. pecah amanah dan diskriminasi semakin meruncing di negara kita. beridentiti. mewujudkan masyarakat yang adil dalam ekonomi dan menghasilkan satu masyarakat yang dinamik yang dapat bersaing. perkhidmatan yang bermutu dapat dihasilkan. Walau bagaimanapun. tanggungjawab. aspek ini diberi penekanan kerana penting kepada bangsa dan membentuk individu lebih baik. kekayaan negara dapat diagihkan secara adil dan saksama. ekonomi dan politik. Cabaran yang seterusnya ialah mencipta satu masyarakat yang maju dan saintifik. 2010: 204). melahirkan satu bangsa yang bebas. masalah seperti rasuah. Seterusnya aspek pendidikan. Keberkesanan pentadbiran adalah penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi. Membentuk satu masyarakat yang demokratik dan membina satu masyarakat yang boleh kita teladani dalam etika dan akhlak juga merupakan cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020. Selain itu. Dari aspek sosial. Mengikut buku Rancangan Penerapan Nilai-Nilai Islam. maju berdasarkan sistem nilai. Pentadbiran yang bebas dari segala aktiviti yang salah di sisi undang-undang ataupun agama menyebabkan pembangunan sosial dan ekonomi negara mencapai matlamatnya. dapat mempertahankan kebanggaan bangsa dan mengelakkan ditindas oleh bangsa-bangsa yang lain. melahirkan masyarakat penyayang. melalui dasar ini sikap yang negatif ketika menjalankan tugas dapat dihapuskan. Wawasan 2020 yang dirancang untuk dicapai dalam jangka masa 30 tahun adalah tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam (Yusof Ismail. dan disegani oleh masyarakat luar.” Tujuan dasar ini diwujudkan adalah untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah. maruah dan martabat atau dalam kata lain. definisi Penerapan Nilai-nilai Islam adalah “satu rancangan kerajaan untuk menanam nilai-nilai murni yang membina ke dalam pentadbiran negara sebagai satu jambatan yang diamanahkan dengan tanggungjawab pemerintahan yang berteraskan keyakinan dan keamanan. Terdapat enam aspek penting dalam Wawasan 2020 iaitu Ekonomi. Pelaksanaan dasar ini adalah berdasarkan beberapa nilai-nilai Islam yang dipilih seperti amanah. kerajaan telah membentuk satu dasar iaitu Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbiran pada tahun 1985 untuk memulihkan keadaan ini. Konsep maju yang sebenarnya ialah maju dari segi ekonomi. Penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan rakyat Malaysia penting dan kita tidak mahu maju seperti majunya negara barat yang mementingkan kebendaan semata-mata dan mengabaikan aspek moral dan spiritual yang mengakibatkan berlakunya berbagai masalah sosial di negara tersebut. Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran Matlamat Wawasan 2020 ialah ke arah pembentukan negara maju. kuat dan cintakan Malaysia. Bincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam mencapai matlamat Wawasan 2020. Oleh itu. percayakan diri sendiri dan dikagumi oleh bangsa lain.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 157 Wawasan 2020 Diperkenalkan oleh Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad yang bertujuan untuk mewujudkan kerajaan Malaysia yang aman. .

Sejauh manakah dasar ini berjaya dilaksanakan? Dasar wanita negara Dasar Wanita negara merupakan satu dasar yang berkaitan dengan hak wanita di Malaysia. Di sini menunjukkan bahawa kerajaan ingin mengangkat martabat wanita sama dengan orang lelaki. strategi yang telah diambil ialah mengorientasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan supaya memasukkan proses perancangan. Strategi lain yang diambil ialah mewujudkan latihan dan pendidikan untuk menyedarkan pentadbiran kerajaan mengenai isu wanita. untuk mengintegrasikan golongan wanita dalam semua sektor pembangunan selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka. bersih. Dasar ini berhasrat untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing dan mempunyai ketahanan diri dengan melahirkan wanita yang berilmu. inovatif dan menghayati nilai-nilai murni dalam kalangan wanita supaya setiap program atau projek akan disusuli dengan objektif yang ingin dicapai. setiap pembuat dasar. kelemahan yang terdapat dalam sesebuah pentadbiran dikenal pasti dan kemudian nilai-nilai Islam yang unggul diserapkan ke dalam pentadbiran tersebut. nilai-nilai yang akan dijadikan panduan ialah nilai-nilai bersama yang didapati dalam setiap agama seperti tolong-menolong. . pemimpin. bekerjasama. Strategi-strategi telah dibentuk bagi mengukuhkan dasar ini. Selain itu. Strategi yang boleh diambil dalam usaha penerapan nilainilai yang baik ini ialah strategi membina. Antaranya ialah memperkukuhkan Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) sebagai jentera pembangunan negara.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 158 ikhlas. Dalam hal ini. berbudi mulia dan bersyukur. Seterusnya. Begitu juga dengan dasar wanita negara. pegawai serta kakitangan pentadbiran negara akan diserapkan dan ditanam tentang kefahaman nilai-nilai Islam. berdisiplin. pelaksanaan dan pengawasan program-program pengintegrasian wanita. Selain itu. strategi mencegah dan strategi membetulkan Untuk memastikan dasar ini lebih berkesan dan bermakna. peluang untuk wanita adalah sama dengan lelaki walaupun wanita dikatakan mempunyai banyak tanggungjawab sebagai isteri atau ibu. sederhana. kakitangan awam dan para pegawai juga akan diberi penekanan tentang penghayatan nilai-nilai makruf dan menolak nilai-nilai yang mungkar. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran telah dilaksanakan sebagai satu dasar yang penting. Selain itu. objektif lain daripada dasar ini ialah. hormat-menghormati dan lain-lain lagi bagi membina satu tradisi bersama. tekun. kreatif. di samping mendapatkan peluang dan faedah daripada pembangunan negara. Contohnya dalam pekerjaan. Objektif pertama dasar ini ialah untuk menjamin perkongsian yang sama antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat. HAWA diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat supaya hal ehwal wanita dapat diambil tindakan. dedikasi. Tiada jurang pemilikan antara lelaki dengan wanita. Dasar ini dilancarkan pada tahun 1989 dan kesinambungan dasar ini telah dilancarkan pada tahun 2009. berwawasan.

Dalam sektor kesihatan. Wanita diberi peluang untuk menyertai dalam pelbagai bidang yang diminati khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu. Kenapakah Dasar Wanita Negara dianggap penting? Huraikan. Aspek pendidikan pula adalah berkaitan menghapuskan gambaran-gambaran yang merendahkan wanita seperti menganggap wanita hanya layak berada di rumah. Malaysia di lihat mempunyai potensi menjadi negara industri selepas Jepun dan Korea. undang-undang yang dapat membela wanita dapat digubal. penyertaan wanita dipertingkatkan. Biro pengaduan dan nasihat yang mudah didapati untuk wanita ditubuhkan. dan jika mereka bergiat aktif seperti lelaki. Bagi meningkatkan mutu kerja dan daya pengeluaran. Dari sektor pentadbiran. Dasar Pandang ke Timur Dasar Pandang ke Timur adalah satu dasar kerajaan yang telah dilancarkan pada 8 Februari 1982 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia keempat. perlu ada job description bagi semua jenis pekerjaan dan penentuan gaji yang sewajarnya tanpa mengira jantina dan perlu menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam peluang-peluang kenaikan pangkat. khususnya bagi wanita yang miskin dan tidak mempunyai punca pencarian. HAWA diberi tanggungjawab sebagai jentera nasional bagi pengintegrasian wanita dalam pembangunan. Objektif penubuhan dasar Pandang ke Timur adalah untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan negara. satu dasar kesihatan negara yang mengambil kira keperluan dan taraf kesihatan wanita telah diwujudkan. negara kita tidak mengambil langkah untuk menerima semua barang atau . Selain itu. iaitu Tun Dr Mahathir semasa Persidangan “5th Joint Annual Conference Of Mejeca/Jameca di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Begitu juga dalam aspek pekerjaan. undang-undang yang dapat memberi perlindungan kepada pesakit daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memberi rawatan diwujudkan. Dari aspek undang-undang.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 159 Pelan tindakan mengikut sektor perlu diambil bagi merealisasikan matlamat Dasar Wanita Negara. Selain dari itu. Justeru. Dasar Pandang ke Timur diumumkan setelah Tun Dr Mahathir melihat ke arah pembangunan negara pada masa akan datang. seterusnya meninggikan hasil kerja di negara kita.mangsa rogol dan keganasan hendaklah diberi perlindungan publisiti yang akan menjatuhkan maruah dan keperibadian mereka. mental dan emosi. Malaysia mengambil langkah memandang ke Timur dan menjadikan negara Jepun dan Korea sebagai contoh untuk diteladani. Mangsa. Selain itu. Selain itu. latihan lanjutan dan pembuatan keputusan. Kejayaan kedua-dua negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya dipraktikkan bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta. pendidikan kekeluargaan juga penting kerana pendidikan seperti ini dapat memberi pengetahuan tentang ilmu kekeluargaan bagi mengelakkan berlakunya masalah seperti keganasan rumah tangga. ia juga bertujuan bagi menerapkan nilai-nilai kerja dan etika pekerja yang positif seperti di negara Jepun dan Korea. Konsep kesihatan yang komprehensif hendaklah meliputi aspek kesihatan jasmani. wanita diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggubalan pelaksanaan undang-undang. Hal ini amat penting kerana wanita adalah kaum yang lemah. Peluang pekerjaan diperbanyakkan. mereka akan dianggap tidak bermaruah.

Tujuan kempen ini adalah untuk menanam dan memupuk sifat-sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi. Pelan kedua pula. Cekap dan Amanah. Aspek ketiga adalah produktiviti dan kualiti. peningkatan produktiviti penting dalam memajukan sesebuah syarikat. Cekap dan Amanah. Ia selaras. Tiga pelan utama yang dilaksanakan adalah perubahan struktur. Sikap setia berkhidmat dan peningkatan kecekapan memberi peluang kepada pekerja untuk mempelajari sesuatu teknik atau kemahiran baru. Aspek ini amat dititikberatkan oleh setiap syarikat bagi meneruskan kejayaan di masa akan datang. seimbang den berdamping dengan dasar-dasar lain seperti Dasar Pandang Ke Timur.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 160 memberi semua kontrak kepada syarikat-syarikat di negara Timur melainkan tawaran mereka adalah yang terbaik. Cekap dan Amanah (BCA) dan Kepimpinan Melalui Teladan (KMT). Cekap dan Amanah Dasar Bersih. terutama dalam aspek etika dan sikap kerja dalam usaha meningkatkan . Kepimpinan Melalui Teladan pula adalah satu dasar yang bertujuan mengubah sikap untuk mencapai dan memperkukuhkan nilai-nilai bagi mempertingkatkan etika kerja dan daya pengeluaran negara. dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan anggota Kerajaan Malaysia. Cekap dan Amanah dan Penerapan Nilai-nilai lslam Dalam Pentadbiran. Pelbagai strategi dan aspek digunakan bagi melaksanakan dasar ini. Dasar Bersih. Selaras dengan dasar ini. Aspek keempat yang ditekankan adalah mengutamakan kumpulan dan pekerja sebagai rakan. Tun Dr. (BCA). Bersih. Pegawai-pegawai dan pelajar Malaysia telah dihantar ke Jepun dan Korea untuk mempelajari bidang teknikal dan aspek pengurusan di kedua-dua negara tersebut. Apakah inti pati Dasar Pandang Ke timur yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Program. seperti penggunaan tag nama dan kad perakam waktu dalam kalangan kakitangan awam. Kerajaan telah menyusun strategi dan program bagi meningkatkan kecekapan. merupakan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan pada April 1982 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia keempat. Walau bagaimanapun. keberkesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik di kalangan pegawai dan kakitangan. Sikap ini amat berharga kepada sesebuah majikan kerana sikap tolongmenolong dalam sesebuah organisasi akan membuahkan hasil yang lumayan kita dalam tempoh beberapa tahun. Aspek kedua yang diberi penekanan dalam melaksanakan dasar ini adalah setia kepada organisasi dan peningkatan kecekapan. Pelan ketiga adalah menyediakan kursus dan latihan kemahiran kepada semua peringkat umur bagi mencapai dasar ini. Dasar Pandang Ke Timur ini tidak bermakna bahawa Malaysia mengurangkan hubungan dagangannya dengan rakan-rakan yang ada sekarang. adalah perubahan sikap iaitu melalui pelaksanaan kempen Bersih.program ini menekankan beberapa aspek penting iaitu rajin dan berdisiplin. Hal ini demikian kerana. Objektif utama dasar ini dilancarkan adalah untuk memberi nafas baru kepada sektor perkhidmatan awam. Mahathir Mohamad. Matlamat kempen ini pula adalah untuk meningkatkan produktiviti dan mengamalkan perkhidmatan yang Bersih. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk menuntut ilmu sains dan teknikal di Jepun dan Republik Korea. Sebaliknya Kerajaan akan terus memperluaskan lagi perdagangannya dengan mengadakan hubungan dengan rakan-rakan bukan tradisional di samping terus mengekalkan dan memajukan hubungan perdagangan yang setia selaras dengan kepentingan negara.

Seterusnya. MPK dan FM akan menentukan sejelas-jelasnya cara sesuatu kerja harus dijalankan. Konsep yang digunakan bagi melaksanakan dasar BCA adalah bersih. ikhlas serta gigih. Konsep kedua yang digunakan dalam melaksanakan dasar BCA ini adalah cekap yang membawa maksud menghasilkan hasil kerja yang tinggi. pihak yang harus dihubungi. pentadbiran dan rakyat secara keseluruhannya. idea-idea baru dan pandangan praktikal boleh disuarakan untuk membaiki kerja. Semasa mesyuarat dijalankan. banyak kes rasuah dan kerugian syarikat kerajaan dan koperatif tempatan berlaku. Mutu kerja yang tinggi dan berkualiti. para pegawai tidak yakin untuk membuat keputusan. bagi menyelesaikan masalah yang timbul. kesan daripada ketidakpastian ini. menyebabkan kerajaan mewujudkan dasar ini. tetapi sebaliknya terpaksa merujuk kepada pihak atasan atau kepada agensi lain. pihak yang bertanggungjawab. Pada ketika ini. dan diharapkan ini dapat melicinkan pentadbiran dan mempercepatkan tindakan. cepat. Oleh itu. Bincangkan kepentingan Dasar Bersih. . Cekap dan Amanah adalah asas penting di dalam pencapaian matlamat dasar ini. cekap dan amanah adalah nilai-nilai yang murni. Kewujudan pekerja mahir mampu mengurangkan produk import dalam negara dan akan meningkatkan taraf ekonomi negara kita.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 161 daya pengeluaran dan mutu kerja. jujur. Dalam teknik ini pegawai-pegawai dan kakitangan awam di semua lapisan boleh memberi sumbangan fikiran dan tidak pasif iaitu menunggu arahan semata-mata. peraturan dan undang-undang yang disemak dan langkah-langkah yang harus diambil. Langkah kedua adalah membaiki aspek pengurusan melalui teknik-teknik baru seperti mesyuarat dan kumpulan meningkat Mutu Kerja (QCC). cekap dan amanah. dua nilai diterapkan iaitu. tepat dan menepati kehendak dan keperluan semasa. Hal ini demikian kerana. Cekap dan Amanah. Langkah pertama adalah mengadakan Manual Prosedur Kerja (MPK) fail meja (FM). pihak yang mempunyai kuasa. Hal ini. Tujuan utama ialah bagi mengujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkatan hasil dan mutu kerja. Konsep terakhir dalam melaksanakan dasar BCA ini adalah amanah yang merupakan sikap rela. mahir. Melalui konsep bersih ini. Oleh kerana nilai-nilai bersih. Pencapaian mungkin akan dapat dipercepatkan dengan adanya peraturan-peraturan tertentu di dalam setiap Jabatan dan melalui sistem ganjaran dan hukuman (reward and punishment). Sifat rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif. Kesemua Jabatan Kerajaan telah diminta menyediakan MPK dan FM ini. bersih dari segi fizikal dan bersih dari segi moral. serta menepati objektif kerja. Selain itu. sikap yang sama hendaklah juga diterapkan di kalangan pihak swasta dan rakyat supaya kesedaran ke atas tanggungjawab dapat diwujudkan. Pihak kerajaan telah menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam pentadbiran awam yang berpunca dari ketidakpastian pegawai dan kakitangan kerajaan mengenai tugas dan kuasa untuk bertindak dan wujudnya pertindihan tugas dan tanggungjawab. Secara khususnya teknik baru ini memerlukan setiap penjawat awam mempunyai sikap kreatif dan inovatif. Kepimpinan yang sesungguhnya Bersih. cekap juga dilihat sebagai sikap yang proaktif. pembangunan dan kejayaan sesebuah negara adalah bergantung besar kepada sikap yang positif serta bermoral tinggi pengurusan-pengurusan pekerjaan.

Chamhuri Siwar (1988). . Ambrin Buang (ed) (1990). Isu-Isu Ekonomi. Huraikan. 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. yang RUJUKAN Abd. The Malaysian Economy in Transition. Majid Salleh et. Bahaskan.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 162 RUMUSAN Kejayaan setiap dasar sama ada pembangunan ekonomi atau pun sosial yang direncanakan adalah bergantung kepada pelaksanaan yang cekap dan berkesan dan juga sokongan daripada semua peringkat termasuklah golongan sasar. Perindustrian 8. Justeru. (1990). Setelah 1990: Ekonomi Dan Pembentukan Bangsa. Strategi 3. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bahagian Majalah DBP dan Kumpulan Peneliti Sosial. Tokyo: Institute of Developing Economies. Pembinaan negara bangsa memerlukan pengorbanan semua pihak berkepentingan. Terangkan halangan-halangan dalam usaha mencapai matlamat DEB. Apakah relevannya diperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Malaysian Economy in Transition. Persekitaran politik dan ekonomi di dalam mahupun di luar negara merupakan faktor yang sangat penting yang dapat mempengaruhi setiap dasar pembangunan dalaman negara yang dilaksanakan. Cabaran LATIHAN 1. Pensyarikatan 5. 2. KATA KUNCI 1. Stabil 7. Bincangkan. al. Hisashi Yokoyama dan Mokhtar Tamin (ed) (1991). Dasar 2. Penswastaan 4. Pada pandangan anda adakah dasar penswastaan telah berjaya dalam mencapai matlamatnya. Pembangunan 6. 5. 3. semua pihak sama ada pegawai kerajaan mahupun rakyat Malaysia wajar bersama-sama menjayakan setiap dasar pembangunan ekonomi yang direncanakan oleh pihak kerajaan demi kejayaan negara Malaysia. Bincangkan peranan pendidikan dalam usaha perpaduan di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awan Negara(INTAN).

Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awan Negara(INTAN). Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awan Negara(INTAN). Dasar-dasar Pembangunan Malaysia.S. Yusof Ismail (ed. Dasar-dasar Pembangunan Malaysia.D a s a r P e m b a n g u n a n D a l a m N e g a r a | 163 Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) (1988). Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia. Siri 2. Wan Azmi Ramli (1993) Dasar Awam di Malaysia. Institut Tadbiran Awan Negara (INTAN) (1994). Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awan Negara(INTAN). Noorden. Bahagian Hal Ehwal Islam. Kuala Lumpur: A. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dasar-Dasar Utama Kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur: Golden Books Centre. Panduan Rancangan Penerapan Nilai-nilai Islam. Kuala Lumpur. Institut Tadbiran Awan Negara (INTAN) (1992). .) (2010). Ekonomi Malaysia (Satu Analisis Dasar). Jamal Ali (2003).