You are on page 1of 14

Kepentingan Pembangunan Sahsiah

| 17

UNIT 2 KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH
AMELIA MOHD NOOR AB. AZIZ MOHD YATIM

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyatakan kepentingan mempelajari pembangunan sahsiah. 2. Menghuraikan kepentingan pembangunan sahsiah dari skop bidang pendidikan. 3. Membezakan kepentingan pembangunan sahsiah berdasarkan diri guru, murid dan rakan sekerja. 2.1 PENGENALAN

rofesion perguruan adalah antara profesion yang diiktiraf dan dihormati di Malaysia. Guru dianggap sebagai individu yang kaya dengan sumber maklumat, berperanan mendidik dan membimbing pelajar dengan ilmu pengetahuan. Peranan yang dipikul oleh seseorang guru bukan sahaja terhad kepada murid, malah turut melibatkan bagaimana guru membantu rakan sekerja serta dirinya sendiri agar sama-sama dapat menjalankan kewajipan tugas dengan sempurna. Oleh demikian, bagi merealisasikannya guru bukan sahaja perlu lengkap dengan ilmu pengetahuan khusus secara formal, akan tetapi perlu disertai sahsiah diri. Bolehkah anda mengenalpasti ciri-ciri sahsiah diri yang anda miliki? Catatkan pada ruang di bawah. Selepas anda selesai mencatatkannya, sila baca semula ciri-ciri sahsiah anda dan kemudian nomborkan secara urutan ciri sahsiah mana yang lebih mencerminkan diri anda secara lebih dominan.

P

Rajah 2.1 Senarai ciri-ciri sahsiah yang mencerminkan diri saya

Menurut Ryckman (2004).Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 18 Jadual 2.1 Senarai ciri-ciri sahsiah unggul Mesra Beri peluang Sabar Pragmatik Rebut peluang Berani Periang Bercita-cita Baik hati Menolong Optimis Sensitif Bertoleransi Tenang Boleh dipercayai Pemurah Bermatlamat Dominan Teratur BIjaksana Bandingkan catatan ciri sahsiah anda dengan senarai ciri-ciri sahsiah di bawah. Adakah anda boleh memiliki ciri-ciri sahsiah tersebut? 2. Adakah terdapat ciri-ciri sahsiah yang sama? Sila tandakan ( √ ) pada ciri sahsiah anda yang sama sebagaimana ciri sahsiah yang terkandung dalam Jadual 2.2 KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan kendiri S ecara asasnya. Dalam menganalisis perlakuan sendiri. Kita juga adakala kelu untuk menjelaskan mengapa ada murid tertentu yang kita selesa dan boleh memberi reaksi yang sangat menggalakkan akan tetapi ada pelajar yang tidak menerima layanan sedemikian daripada kita. kita akan tertanya-tanya mengapa kita begitu sukar untuk menentukan corak pengajaran dan pembelajaran mana yang sesuai yang membantu murid yang selaras dengan keupayaan dan kekuatan diri.1) yang setakat ini belum mencerminkan diri anda. . Mengambilkira semula pengalaman-pengalaman yang dilalui dengan individu lain dalam pelbagai bidang sebenarnya dapat membantu diri untuk membuat perubahan yang adaptif bagi mencapai kepuasan dalam kehidupan. walhal rakan sekerja yang lain sudah lama membuat keputusan tersebut. malah satu kelab persatuan yang sama.1. pertumbuhan yang membawa perubahan sahsiah ini memberi kesan langsung terhadap tahap produktiviti diri serta apa dan bagaimana kita menyumbang dalam bidang sosial. Bagaimana pula dengan ciri-ciri sahsiah (rujuk Jadual 2. Ketika proses perubahan. Kita juga mungkin berfikir sejenak mengapa kita begitu kompetetif dengan guru yang lain ketika menjalankan tugas sedangkan berada dan bertugas dalam satu sekolah yang sama. kita berhadapan dengan konflik dalaman yang perlu diselesaikan dan penyelesaian tersebut membawa diri kepada tahap tahap peringkat pertumbuhan diri yang seterusnya dalam hidup. kita berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang diri kita sendiri dan juga diri orang lain.

Contohnya. secara tidak langsung anda akan menunjukkan sahsiah diri yang tinggi seperti menjadi rakan sekerja yang suka membantu.2.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 19 Rajah 2. sahsiah boleh membuatkan seseorang lebih tertutup atau lebih terbuka dengan dunia individu lain. Tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa sahsiah yang anda miliki adalah antara aset diri yang paling penting. Tahukah anda. Dengan demikian. Cuba renung sejenak apa yang telah anda lalui dalam kehidupan. Keadaan kesihatan diri anda juga dipengaruhi oleh sahsiah diri anda sendiri dan juga sahsiah individu disekeliling anda. Bagaimana ia berlaku? Mencorakkan kendiri S etiap individu mempunyai sahsiah diri yang tersendiri yang berperanan sebagai piawaian ke arah pencapaian dalam kehidupan. apabila anda menjangkakan diri anda sebagai guru yang cemerlang.2 Proses penilaian kendiri Setiap individu pasti mengalami proses penilaian kendiri sebagaimana dalam Rajah 2. Semua pencapaian yang dikecapi termasuk jangkaan anda tentang masa depan akan mempengaruhi sahsiah diri anda. ia dapat membantu bagaimana anda membentuk pengalaman yang telah ditempuhi mahupun yang akan datang. ia juga boleh mengawal anda daripada berkongsi pengalaman atau maklumat tertentu dan boleh membuatkan anda mengambil kesempatan ke atas orang lain. . Melalui sahsiah diri. Apakah perubahan yang anda lalui ke arah pertumbuhan kendiri yang baik atau sebaliknya. Sahsiah diri yang anda miliki juga berupaya menghadkan atau membolehkan anda mencuba segala peluang dan pilihan yang ada.

selesa untuk berhubung. agresif.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 20 Rajah 2. keras kepala atau banyak cakap. Sahsiahnya kemungkinan dicirikan dengan membuat hal sendiri. peramah dan mudah untuk bergaul. membuat kerja sendiri. Anda kemungkinan tidak begitu selesa untuk mengajar kelas yang mana muridnya tidak mendengar cakap. kita cuba memberikan penjelasan tentang kritieria tertentu .3 Cara seseorang mencorakkan kendiri adalah berbeza Fikirkan sejenak pengalaman anda di sekolah. Apakah ciri-ciri rakan sekerja atau murid yang anda selesa? Bagaimana anda boleh memilih dan mengesan individu tersebut? Jika anda sebagai guru kelas. Anda mungkin boleh memahami situasi seperti dalam Rajah 2. ia berdasarkan persepsi anda terhadap sahsiah yang dimiliki oleh individu terbabit. Sebenarnya sebarang keputusan yang anda buat. sukar untuk dibantu. bagaimana anda memilih murid sebagai ketua kelas? Anda biasanya akan dapat mengetahui apakah ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang murid yang anda istilahkan sebagai seorang murid yang teruk. Sila kongsikan pengalaman yang membuatkan anda menampikan sahsiah diri yang sihat dan sebaliknya. Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah ia berlaku disebabkan pengalaman itu sendiri atau cara anda mencorakkannya? Memerihalkan sahsiah secara menyeluruh S ekerap mana anda dapat menjelaskan atau menyatakan diri anda sendiri sebagai seorang yang mempunyai sahsiah yang unggul? Bila merujuk kepada sahsiah yang unggul. ia berkait dengan individu yang bersifat mesra. sukar untuk mendapatkan kerjasama ataupun menunjukkan ciri permusuhan. Dengan erti kata lain.3 di atas. tidak mesra.

Pernahkah anda berhadapan dengan watak guru dan murid yang digambarkan dalam Rajah 2. keupayaan memberikan penjelasan ini bukan sahaja membantu kita untuk memperolehi jawapan dari perasaan ingin tahu yang timbul.4 di bawah? Bolehkah anda menyenaraikan kemungkinan ciri-ciri sahsiah mereka?  Adakah ciri yang anda senaraikan benar-benar menggambarkan watak mereka dan apa justifikasi anda memerihalkan dengan ciri sedemikian? Bagaimana pula anda melihat diri anda sendiri dalam konteks tersebut?  Rajah 2.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 21 berdasarkan pemerhatian tingkahlaku daripada orang lain. Menurut Schultz dan Schultz (2009). akan tetapi boleh memberikan kita rasa kawalan dalam kehidupan.4 Interaksi antara guru dengan murid .

murid mahupun diri sendiri secara efektif. penjelasan tentang bagaimana dan apa yang membentuk sahsiah diri dapat difahami melalui aspek teoritikal. Namun bukan cara yang betul dan beretika menyatakan keadaan sahsiah itu dengan sekilas pandang ataupun melalui satu atau dua pengalaman dengan individu terbabit.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 22 Penjelasan secara teoritikal M udah untuk menyatakan seseorang itu sama ada mempunyai sahsiah unggul mahupun sahsiah yang teruk. lazimnya seseorang akan memperolehi makna dan idea apa yang dimaksudkan dengan sahsiah. Memperihalkan seseorang samada mempunyai sahsiah unggul atau sahsiah teruk adalah suatu yang kompleks. Namun. Menggunakan perkataan yang lebih tepat dalam konteks bahasa yang diterima adalah perlu bagi memerihalkan sahsiah seseorang secara lebih jitu. Anda mungkin ada mengenali rakan sekerja. Kesannya. pada pandangan anda apa yang membuatkan mereka berkeadaan sedemikian? Sila bandingkan pandangan penjelasan anda ini dengan penjelasan dari aspek teoritikal pada unit 3. tiada individu yang mengambil inisiatif untuk membantu walaupun mempunyai pengalaman dan pengetahuan. selain menggunakan pengalaman sedia ada. Oleh itu. Dalam unitunit seterusnya. 4. Dengan lain perkataan. Ini kerana manusia itu sendiri adalah kompleks dan boleh berubah berdasarkan situasi dan juga dengan siapa mereka berhubung. Apabila anda berhadapan dengan murid-murid yang tidak menyiapkan tugasan / kerja sekolah. tidak semua dapat menerapkan pengalaman tersebut dalam pengalaman baru yang bakal ditempuhi. Day dan Macaskill (2007). individu dapat menjelaskan ciri sahsiah secara menyeluruh dan menentukan bagaimana seseorang melihat dunia persekitarannya. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ Menjangkakan dan meramal tingkahlaku B erdasarkan pengalaman kehidupan dan interaksi dengan pelbagai individu yang dilalui. Melalui penjelasan secara teori. permasalahan sahsiah ini tidak dibantu dan malangnya. Namun. . pengalaman diri sedia ada hasil dari interaksi belum mencukupi untuk memerihalkan seseorang (Maltby. ia dapat membantu seseorang untuk membuat perancangan dan menjadikan diri lebih peka tentang bagaimana memberikan tindakbalas pada masa akan datang yang bersesuaian dengan situasi. olahan makna dan idea secara formal melalui teori dan latihan kursus dapat membantu seseorang untuk lebih memahami dan membantu individu lain termasuk rakan sekerja. Ia perlu disepadukan dengan penjelasan formal secara teoritikal dan kepelbagaian bidang dan individu. 5 dan 6. murid atau melihat diri anda sendiri yang mempunyai masalah dalam keyakinan diri atau sukar untuk bersifat terbuka.

. Dengan memahami personaliti diri sendiri dan juga orang lain.2 Jangkaan reaksi guru berdasarkan situasi SITUASI Ketika perhimpunan pagi sekolah sedang dijalankan. Apabila soalan diajukan. Berlaku pertentangan idea ketika mesyuarat guru diadakan. Bagaimana anda menjangkakan personaliti anda sendiri apabila berhadapan dengan situasi berikut? Jadual 2. secara khususnya guru dapat mengenalpasti keupayaan dan potensi yang dimiliki setiap murid dan selanjutnya cuba berusaha menggalakkan mereka melibatkan diri dalam mana-mana peluang. Anda dilantik sebagai guru penasihat bagi sebuah persatuan/kelab di sekolah. Keadaan itu mengakibatkan gangguan kerana lagu Negaraku sedang dinyanyikan.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 23 Apa yang diharapkan. Kesannya. mahupun dalam aktiviti ko-kurikulum secara optimum. banyak perkara yang dapat dilakukan untuk mengatasi sesuatu situasi yang sukar. khasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. terdapat sekumpulan pelajar yang baru tiba ke sekolah. Apabila anda benar-benar mengetahui tentang sahsiah seseorang. progres diri murid menjadi lebih positif dan berkembang memandangkan guru dapat memahami personaliti murid dari perspektif menyeluruh dan tidak terhadap dari satu kacamata sahaja. JANGKAAN REAKSI ANDA Murid bertingkahlaku seperti memahami apa yang diajar. mereka dapat memberi jawapan yang betul. anda berupaya membuat jangkaan tentang bagaimana mereka akan bertingkahlaku.

5 Perbezaan pandangan dan penilaian antara individu terhadap perkara yang sama Mari kita fikirkan sejenak tentang situasi dalam Rajah 2.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 24 2. . Umpamanya kita berasa seronok apabila berbincang dengan rakan-rakan sekerja yang mempunyai pandangan yang sama tentang cara untuk mendisiplinkan murid. Namun adakalanya timbul beberapa idea dan kaedah yang agak berbeza meskipun masing-masing berlandaskan pendekatan yang sama. Tetapi semakin sebati sesuatu ciri dalam diri seseorang. Sahsiah dilihat sebagai sesuatu ciri yang stabil (Cervone dan Pervin.5 di atas. Oleh yang demikian kefahaman tentang sahsiah dari pelbagai aspek dan landasan asas diperlukan bagi membolehkan perubahan personaliti dapat dicapai. Apatah lagi jika berbincang dengan kelompok rakan yang sememangnya mempunyai pandangan yang secara terang-terangan sudah berbeza. kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam dan sifat manusia. ia akan mengambil masa yang lama kerana mengubah pelbagai aspek yang ada dalam diri bukanlah suatu yang mudah. Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan jika mahukan perubahan itu benar-benar berjaya. semakin sukar untuknya berubah. Mengapakah wujudnya perbezaan pandangan? Apakah punca yang menyebabkan individu mempunyai pegangannya tersendiri dan tidak sama dengan individu lain? Bagaimana pandangan memberi impak dalam sahsiah diri? _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ Sahsiah boleh berubah menjadi lebih baik atau pun sebaliknya mengikut peredaran masa. Hasilnya. Ada sebahagiannya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan diri kita. Mengapakah ini berlaku? Manusia berubah kemungkinan kerana mereka belajar dari kesilapan. 2008).3 D FAKTOR DAN TERAS YANG MEMPENGARUHI SAHSIAH alam kehidupan. Oleh itu. Namun ada pandangan yang mengatakan sebaliknya. pelbagai idea dan kaedah dapat dikemukakan. Rajah 2.

Wawasan 2020. .6 Faktor-faktor yang mempengaruhi sahsiah Faktor-faktor di atas (Rajah 2. kejiwaan dan kebudayaan.6) adalah faktor umum yang mempengaruhi sahsiah seseorang. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) serta Etika Perguruan. politik. Malaysia mendokong wawasan dalam usaha untuk mencapai matlamat sebagai sebuah negara maju. Namun. terdapat tiga teras utama yang turut mempengaruhi lapan faktor yang telah dinyatakan iaitu wawasan negara. Sekarang giliran anda untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tiga teras utama yang membentuk sahsiah guru. adakah anda sedar yang pembentukkan sahsiah anda sebenarnya turut dipengaruhi beberapa teras yang lain?. Cuba dapatkan maklumat berkaitan Wawasan 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah merangkumi segala aspek kehidupan termasuk ekonomi. sosial. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) serta Etika Perguruan dan buat perbandingan. Secara asasnya. Berasaskan matlamat pembangunan negara.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 25 Rajah 2. kerohanian.

Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 26 Mari kita bandingkan pula antara tiga teras utama tersebut dengan lapan faktor-faktor umum yang mempengaruhi sahsiah diri. Berdasarkan kategori faktor-faktor umum dan tiga teras utama sebagai sandaran. catatkan bagaimana kedua-dua perkara tersebut dapat membina sahsiah diri anda sekarang. .

Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 27 .

jenis individu yang kita berhubung serta peraturan. kesemua ini akan menggambarkan diri individu. Walaupun secara dasarnya. bijak membuat keputusan dan berupaya menyelesaikan masalah secara berkesan. Apabila kita dikatakan memahami seseorang dengan baik. Ciri sahsiah yang dimiliki oleh individu lazimnya akan mengalami perubahan. Oleh demikian. sebagai guru kita dapat menjalankan tugas dengan lebih baik kerana dapat membuat jangkaan dan ramalan terhadap tingkahlaku yang dipamerkan oleh rakan sekerja dan murid. . Proses yang dialami ini sebenarnya adalah suatu yang lumrah dan ia dilihat sebagai proses pertumbuhan kendiri. ia sebenarnya bermula dengan keupayaan kita dalam memerihalkan sahsiah secara menyeluruh dan objektif. sahsiah juga merupakan satu unsur yang stabil. 3. 5. manusia mempunyai faktor yang sama. Terdapat pelbagai faktor yang membentuk sahsiah. Penjelasan secara teoritikal dapat membantu kita untuk mendapatkan gambaran tentang keperibadian sahsiah secara lebih saintifik dan bersepadu.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 28 RUMUSAN 1. Ini kerana melalui pemahaman teori kita akan berupaya menapis unsur bias pengalaman peribadi dalam memahami sahsiah diri dan juga orang lain. Meskipun sahsiah boleh berubah berasaskan masa dan peningkatan usia. 4. Dengan memahami situasi. 6. namun kita menggunakan faktor yang berbeza dari segi keutamaan untuk membentuk sahsiah diri. 2.

2. ASPEK Proses pertumbuhan kendiri Mencorakkan kendiri Memerihalkan sahsiah Penjelasan teoritikal Meramal tingkahlaku Perkara yang mempengaruhi sahsiah Anda sebagai guru Murid Rakan sekerja KATA KUNCI 1. murid dan juga rakan sekerja. Jadual 2.3 Kepentingan pembangunan sahsiah dari aspek diri sendiri (guru). 5.3 di muka surat sebelah. 3. sila senaraikan penjelasan setiap aspek kepentingan dari sudut diri anda sebagai guru.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 29 PETA KONSEP Berdasarkan enam aspek kepentingan pembangunan sahsiah yang dibincangkan dalam unit ini. diri murid dan juga rakan sekerja di dalam Jadual 2. 4. Kepentingan sahsiah Pertumbuhan kendiri Corak kendiri Penjelasan teoritikal Faktor-faktor .

) Belmont. (1007). Personality. J. (9th Ed.) Belmont. Senaraikan sebab mengapa anda perlu mempelajari dan memahami pembangunan sahsiah? 2. Personality: Theory and research. Day. . L. individual differences and intelligence. R. Inc. (2009). Apakah perbezaan utama kepentingan pembangunan sahsiah terhadap diri. murid serta rakan sekerja? Bagaimana perbezaan kepentingan ini wujud? RUJUKAN Cervone. Shultz. S. CA: Wadsworth. (2008).. Theories of personality.. A. M. Maltby.. CA: Wadsworth/ Thomson Learning. Hoboken. London: Pearson Education Ltd. (8th Ed. D. Pervin. E. NJ: John Wiley & Sons. A. L.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 30 PENILAIAN KENDIRI 1. D.). P. (10th Ed.. (2004). Ryckman. dan Schultz. dan Macaskill. Theories of personality.