You are on page 1of 17

KAEDAH PENGAJARAN

Terdapat pelbagai jenis kaedah pengajaran yang diaplikasikan dalam P&P semata-mata untuk menghasilkan satu siri tindakan guru yang sistematik dan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan mencapai objekif pelajaran dalam masa yang pendek. Antara kaedah pengajaran yang akan dibincangkan adalah:

          

Kaedah syarahan/ kuliah Kaedah amali/ bengkel Kaedah tunjuk cara/ demonstrasi Kaedah projek Kaedah simulasi Kaedah interaktif yang merangkumi perbincanga, brainstorming dan buzz Kaedah lawatan Strategi pengajaran teknik dan vokasional – koloberatif Pengajaran berkomputer Pengajaran andragogi Peristiwa bercanggah Penyelidikan yang dibuat terhadap pengajaran berkesan menyokong bahawa

terdapat banyak faedah dan kelebihan kepelbagaian dalam kaedah pengajaran. Yang paling utama adalah pengajar dapat mengetahui tindak balas yang berbeza setiap pelajar mereka dalam setiap kaedah pengajaran. Terdapat segelintir pelajar yang boleh menguasai pelajaran secara berkesan melalui pembacaan tanpa gangguan luar, tetapi segelintir murid adalah sebaliknya. Terdapat juga pelajar lebih mudah memahami pembelajaran menerusi pengajaran secara terus tetapi sesetengah pelajar perlu lebih bersikap inkuiri untuk menguasai pembelajaran.
1

Maka sebagai guru atau pengajar. dan kaedah-kaedah lain.Oleh yang sedemikian. kita harus peka ketika menyediakan gaya kaedah pengajaran. Suasana yang membosankan adalah dijangka akan mengurangkan tahap motivasi pembelajaran pelajaran dan ketahanan idea fikiran pelajar. ia adalah untuk memberi kepentingan kepada setiap kepelbagaian kaedah tersebut. Contohnya. projek kemahiran. kita ingin mengubah diet pemakanan dalam rutin harian. demonstrasi. tidak tertumpu kepada satu kaedah sahaja. 2 . didapati setiap murid mempunyai cara yang berbeza untuk menerima pembelajaran secara berkesan. Suasana kelas akan menjadi lebih menarik minat dan perhatian murid menumpukan perhatian kepada perbincangan. Seterusnya. maka kita perlu mendapatkan kepelbagaian dalam kaedah pemakanan kita.

dan memberi peluang kepada pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti. Teknik ini digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran untuk hampir semua mata pelajaran di sekolah.KAEDAH TUNJUK CARA / DEMONSTRASI Tunjuk cara adalah satu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru untuk mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan pelajar. Mata Pelajaran Contoh-contoh Matematik Mendemostrasikan cara membina sudut dengan protraktor Sains Mendemostrasikan sesuatu eksperimen untuk membuktikan daun mengandungi kanji Pendidikan Seni Mendemostrasikan cara melukis bentuk simetri Sains Rumah Tangga Mendemostrasikan cara menjahit sapu tangan Seni Perusahaan Mendemostrasikan cara memasang wayar dalam plag 3 . teknik tunjuk cara ini juga dikenali sebagai demostrasi. Jadual di bawah menunjukkan contoh-contoh teknik demonstrasi yang dilakukan di sekolah-sekolah. Oleh itu.

d. b. Sebelum memulakan demonstrasi. Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid dapat menyaksikan dengan jelas d. Sebelum demonstrasi a. 4 . guru boleh meminta seorang murid membuat demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman tentang car-cara melaksanakannya. Guru hendaklah menentukan topik. e. Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid. 2. guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip melaksanakan tunjuk cara berikut: 1. b. guru hendaklah memberitahu murid tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak diperhatikan supaya mereka dapat mencontohinya nanti tanpa melakukan sebarang kesilapan. objektif dan kandungan tunjuk cara terlebih dahulu. c. c. Sekiranya pelajar menunjukkan keraguan. Guru seharusnya memandang ke arah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan. Semasa demonstrasi a. Jika masa mengizinkan. Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat. Pastikan semua murid dapat melihat demonstrasi serta mendengar penerangan guru dengan jelas. e.PRINSIP – PRINSIP TUNJUK CARA Untuk menghasilkan aktiviti pengajaran melalui tunjuk cara dengan berkesan. Alatan atau radas disediakan dan disusun mesti mengikut langkah-langkah demonstrasi yang diperlukan. radas atau bahan yang mungkin boleh mengakibatkan kemalangan. guru hendaklah menerangkan langkah itu sekali lagi.

aktiviti pengukuhan harus diadakan selepas demonstrasi.3. Selain itu. Selepas demonstrasi a. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru atau mencatat langkah-langkah demonstrasi dalm buku nota. 5 . Guru haruslah bincangkan dengan murid tentang bahagian-bahagian demonstrasi yang penting. b. Perbincangan guru dengan murid adalah bertujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat rumusan dengan tepat. c. Ini akan memastikan bahawa murid-murid telah memerhatikan langkah-langkah demonstrasi yang telah ditunjukkan dengan betul.

murid mendapat latihan amali untuk membina kemahiran yang tepat dan kukuh. • • Idea. • Melalui demonstrasi murid. mutu persembahan murid dapat dipertingkatkan.TUJUAN TUNJUK CARA Penggunaan tunjuk cara sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik pelajaran mempunyai beberapa tujuan tertentu seperti berikut: • Melalui demonstrasi. prinsip atau konsep pelajaran dapat diilustrasikan dengan tunjuk cara. 6 . murid-murid dapat mencontohinya dengan lebih tepat serta mudah untuk mereka laksanakannya sendiri. guru dapat membetulkan sebarang kesilapan yang berlaku. Penggunaan tunjuk cara sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dapat mengurangkan masa pelajaran jika dibandingkan dengan kaedah cuba jaya. Dengan cara ini. • Melalui demonstrasi. • Demonstrasi memudahkan pemahaman murid serta menimbulkan minat mereka untuk belajar. • Sesuatu demonstrasi yang baik akan mengukuhkan ingatan murid tentang langkah-langkah untuk melaksanakannya. • Tujuan demonstrasi guru adalah untuk membina keyakinan murid supaya mereka dapat melaksanakan demonstrasi secara individu.

Penutup .LANGKAH – LANGKAH PENGAJARAN MELALUI TUNJUK CARA Pengajaran dengan menggunakan teknik tunjuk cara melibatkan beberapa langkah utama seperti perancangan.Penerangan tujuan demonstrasi . Latihan .perancangan langkah-langkah demonstrasi .Penggunaan kaedah menyoal untuk menarik perhatian 3.Perbincangan dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan. 1.Pelaksanaan demonstrasi dengan guru sebagai model hidup . latihan dan penutup.Penggunaan alat / radas mengikut langkah-langkah yang disediakan .persediaan alatan dan radas . perlaksanaan.penentuan topik dan objektif .Guru membetulkan kesilapan murid 4. 7 .Murid mencontohi guru melaksanakan aktiviti kemahiran . Perancangan . Perlaksanaan .Murid-murid membuat rumusa dan mencatat nota-nota yang berkaitan. .penyusunan tempat dan demonstrasi 2.

Di antara contohcontoh model hidup ialah: iiiiiiTingkah laku guru yang baik. guru memberi arahan langkahdemi langkah supaya murid-murid mencontohi dan melaksanakannya. iiiiiSemasa waktu pelajaran sains rumahtangga. di antaranya adalah:  Model hidup Model yang sebenar digunakan untuk melaksanakan demonstrasi. Misalnya: iSemasa waktu pelajran pendidikan jasmani. dan pendidikan seni Demonstrasi murid dalam kemahiran permainan alat muzik dan aksi dalam tarian atau permainan sukan  Model simbolik Model ini adalah secara bertulis. Model hidup ini termasuk demonstrasi guru dan murid yang telah menguasai kemahiran untuk mendemonstrasikan aktivit yang berkenaan. pendidikan jasmani. bergambar atau arahan pengajar. murid-murid mengikut langkah-langkah yang dihuraikan dalam resipi untuk membuat kuih lapis Semasa waktu pelajaran sains. Model-model seperti ini akan menjadi contoh untuk diikuti atau ditiru oleh murid-murid yang lain. kemahiran hidup. murid-murid melakukan suatu ujikaji berdasarkan langkah0langkah yang ditunjukkan dalam gambarajah 8 .JENIS – JENIS DEMONSTRASI Terdapat beberapa jenis-jenis demonstrasi. termasuk pertuturan yang bersopan santun Demonstrasi guru dalam berbagai-bagai mata pelajaran seperti sains.

Biasanya. sesuatu aktiviti kemahiran yang spesifik akan ditunjukkan. 9 . Misalnya: iMenunjukkan cara yang betul untuk menggerakkan tangan semasa berlari 100m dengan menunjukkan gerakkan tangan secara perlahan-lahan mengikut tayangan video. Model Persepsi Penggunaan video yang menayangkan sesuatu demonstrasi. maka tingkah laku yang lain dan tidak diingini diketepikan. iiMenunjukkan sesuatu teknik pengajaran melalui pengajaran mikro. Dengan model persepsi ini. guru-guru pelatih dapat mencontohi teknik pengajaran yang mereka tonton.

prakonsepsi (Hashweh. Selain itu. mengasimilasi dan menyusunnya bila diperlukan (Krishnan & Howe. Apabila pelajar berasa terdapatnya kelemahan dengan idea yang dipegangi. 1990). kerangka alternatif (Driver. idea baru ini harus bersifat ‘ intelligible’.PERISTIWA BERCANGGAH Sering kali pemahaman konsep sains yang dibina oleh pelajar secara formal di dalam bilik darjah adalah bercanggah atau salah berbanding dengan konsep yang dikuasai oleh ahli sains. konsepsi alternatif (Abimbola.. ‘common sense’ (Hill. mereka akan mencari alternatif lain untuk menggantikan idea yang sedia ada. idea yang baru juga perlu bersifat ‘plausible’ iaitu munasabah dan mudah disesuaikan dengan 10 . Seringkali pelajar cuba memahami fenomena alam yang ditafsirkan oleh pengalaman mereka walaupun idea-idea ini adalah berbeza daripada konsep yang dipegang oleh ahli-ahli sains. 1982). 1980). ‘ Intelligible’ bermaksud idea yang baru ini haruslah berkait secara logik dan mudah difahami pelajar. 1980). Idea-idea yang sedia ada pada minda pelajar adalah sangat sukar untuk diubah (Osborne & Bell. konsep atom (Harrison & Treagust. mereka perlu menyedari bahawa idea yang dimilikinya kurang sesuai untuk menerangkan sesuatu fenomena (Hewson. 1994). 1985). seperti konsep asid-bes (Demircioglu et al.. 1994). 2005). istilah miskonsepsi digunakan bagi merujuk kepada idea yang dipunyai oleh pelajar yang tidak selaras dengan idea sains. 1996) dan konsep jirim (Stavy. 1983)... 1983). Hal ini menyebabkan lahirnya pelbagai istilah yang berkaitan dengan kesalahfahaman konsep sains akibat daripada ketidakseragaman idea pelajar dengan idea saintis (Osborne & Freyber. Antara istilah yang digunakan ialah miskonsepsi (Krishnan & Howe. Banyak literatur melaporkan bahawa kanak-kanak walaupun sebelum mengikuti mempelajari sains secara formal. mereka telah mempunyai pandangan awal mengenai sesuatu konsep sains. 1989). Bagi mengubahsuai idea-idea atau miskonsepsi pelajar. Bagi menggalakkan proses pertukaran idea. 1981). 1988). dan sains kanak-kanak (Gillbert et al. ‘plausible’ dan ‘fruitful’ (Osborne et al. Miskonsepsi merupakan suatu penghalang kepada kefahaman konsep saintifik dan ia menimbulkan kesulitan untuk memahami fakta saintifik. Namun begitu dalam kajian ini.

1983). Proses pertukaran idea akan ‘ fruitful’ (bermakna) sekiranya idea baru ini adalah lebih bermakna kepada pelajar. 1976. Namun. Kaedah pengajaran. penggunaan bahasa dan pengalaman harian adalah merupakan faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakunya miskonsepsi (Johnston dan Mughol. guru perlu mengenal pasti punca yang menyebabkan berlakunya miskonsepsi terlebih dahulu sebelum menetapkan strategi pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dipraktiskan dalam bilik darjah. Pelajar menyalahtafsir.pandangan pelajar tentang sesuatu fenomena serta selaras dengan tahap pemikiran mereka. mengubahsuai atau menolak pandangan saintifik yang diajar dalam bilik darjah mungkin kerana penerangan guru seringkali bercanggah dengan pengetahuan sedia ada mereka. 1968). op cit. 1976). Justeru. Kebolehan pelajar memahami sesuatu konsep sains yang baru adalah bergantung kepada sejauh mana mereka mengingat dan memahami pengetahuan asas yang berhubung dengan konsep itu (Bloom. 1981). maka dia boleh menghafal dan menyimpannya dalam minda sebagai ingatan. konsep baru hanya akan diterima sekiranya ia dapat menyelesaikan sesuatu masalah dan membawa kepada pengaplikasian yang berguna dalam perkara lain (Hewson.). Kefahaman pelajar terhadap pelajaran amat bergantung kepada pengetahuan sedia ada dan konteks pembelajaran yang mereka lalui (Ausubel. Penguasaan konsep asas sains yang lemah menyebabkan pelajar tidak dapat memperkembangkan konsep baru yang diperolehi menjadi lebih bermakna (Cedric. Pelajar sepatutnya menyedari bahawa pandangan awal mereka yang kurang sesuai perlu diperbaiki agar selaras dengan pemikiran saintifik (Hewson. 11 . Solomon. 1993). Apabila seseorang pelajar faham sesuatu konsep.

• • • Sifat ingin tahu murid bertambah Murid akan sentiasa melakukan penyiasatan Murid akan menjalankan demonstrasi kepada ibu bapa dan rakan setelah menguasai kejadian bercanggah. Kejadian bercanggah juga merupakan suatu demonstrasi yang direka untuk memperlihatkan suatu situasi atau fenomena yang mempamerkan hasil yang luar biasa. • Pemahaman bercanggah apabila murid diminta untuk member penjelasan kepada kejadian tersebut. Oleh kerana pelajar tidak dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan maklumat baru maka akan wujudnya percanggahan idea akan berlaku.Kebaikan: • • Menarik minat murid dalam pembelajaran Idea yang bercanggah dengan fakta akan menimbulkan persoalan dari murid untuk mencari jawapan. Antara contoh yang sering berlaku ialah murid akan memberitahu bahawa besi akan tenggelam di dalam air dan mereka akan menyatakan bahawa 12 . Dalam konteks belajar sains. mengembang dan mengantikan dengan idea yang baru. tetapi objektif utama ialah untuk mengajar suatu konsep atau prinsip sains yang penting. • Menambahbaik. Oleh yang demikian. percanggahan dalam sains ini dapat memperkembangkan kognitif kanak-kanak dan menarik minat untuk mempelajari sains. Ia digunakan untuk perhatian murid. Peristiwa yang bercanggah ini boleh menimbulkan konflik kognitif dan ini membolehkan pelajar memikirkan semula idea dan mencari penyelesaiannya. Ia juga salah satu pembelajaran koperatif. Selain itu ia juga merupakan suatu teknik inkuiri yang dikembangkan oleh Richard Suchman(1962). Peristiwa ini turut berlaku kerana murid yang dating ke bilik darjah dengan pengetahuan sedia ada yang mungkin serasi atau mungkin tidak serasi dengan konsep baru dalam pelajaran sains. murid akan merasakan pemikiran mereka betul.

Sekira berlakunya permasalahan seperti ini. Pelajar akan lebih fokus apabila mereka mencari jawapan kepada permasalahan yang mereka hadapi dengan menjalankan aktiviti secara minds-on dan hands-on. Pelajar digalakkan melakukan penyiasatan dengan mengeksperimen. demonstrasi dan penyiasatan. 13 . Murid juga dalam kumpulan kecil akan menjalankan eksperimen penyiasat keapungan beberapa objek. Ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk bermain-main dengan contoh konsep seperti bermain-main dengan objek yang tenggelam atau terapung. guru akan menggalakkan murid untuk menyiasat sehingga kekeliruan pelajar terjawab.kapal yang diperbuat dari besi akan tenggelam dan bukannya timbul seperti yang mereka perhatikan.

tetapi dalam eksperimen yang mereka jalankan mendapati suhu 104°c pada bacaan mereka. Kekurangan pengetahuan ini akan menyekat keupayaan murid untuk menyusun pemahaman yang kukuh tentang keapungan. pelajar 14 . jisim. Guru akan menggalakkan murid untuk mengeksperimen semula bagi membuktikan kesahihan pendirian mereka. Apabila peristiwa percanggahan tidak konsisten dengan jangkaan. Oleh yang demikian.  Dalam topik keapungan. mereka akan terkejut dan ingin tahu mengapa ianya boleh terjadi. Menurut teori pembelajaran kognitif Piaget.  Murid menyatakan bahawa udara yang terlarut dalam air dan telah menyebabkan gelembung apabila dipanaskan.CONTOH-CONTOH PERISTIWA PERCANGGAHAN Murid menyatakan bahawa udara yang terlarut dalam air dan telah menyebabkan gelembung apabila dipanaskan. Guru akan memberi masa kepada pelajar untuk memberikan kefahaman konsep. dan isipadu. Guru akan menggalakkan murid untuk mengeksperimen semula bagi membuktikan kesahihan pendirian mereka. Pelajar akan mengalami percanggahan idea di mana objek yang dijangka akan tenggelam sebenarnya akan terapung. Alasan mereka ialah air yang digunakan tidak tulen dan telah ditambah garam.  Murid sedar bahawa takat didih air adalah 100°c. didapati murid kurang memahami konsep ketumpatan. peristiwa percanggahan belaku disebabkan idea yang tidak sesuai dengan skema kewujudan atau struktur mental pelajar.

Di dalam fasa ini peristiwa percanggahan ini boleh mencungkil minat dan sifat ingin tahu pelajar. Tahun 4) Daripada gambarajah di bawah. sebuah tin boleh mengguling ke bawah daripada satu satah condong dengan adanya daya tarikan graviti apabila ia dilepaskan. Tarikan graviti akan lebih kuat pada sebelah daripada sebelah yang tiada berat. Oleh yang demikian. Manakala. Maka. 15 . Antara contoh peristiwa percanggahan ialah sperti yang ditunjukkan di bawah: Graviti (Bumi dan Alam Semester. Di mana. Manakala pada fasa yang seterusnya boleh boleh berkaitan dengan penggunaan bahan dan bimbingan untuk menyelesaikan percanggahan tersebut. peristiwa percanggahan ini dapat digunakan dalam fasa yang pertama iaitu fasa orentasi(menurut Model Konstruktivisme 5 fasa Needham). empat batang paku besar dilekatkan bersama dan diletakkan pada atas tin tersebut selepas itu letakkannya pada tempat yang lebih tinggi pada satah condong. Ia berlaku kerana kandungan yang ada pada tin itu. tin itu akan guling ke atas. Pelajar akan berasa tidak sabar untuk menyelesaikan kekeliruan yang mereka hadapi. tin yang istimewa ini dapat mengguling ke atas satah condong.tidak dapat mengasimilasi maklumat baru dan perlu mengubahsuaiskema yang sudah wujud untuk mengakomodasinya.

Udara yang ditiup melintasi botol akan menghasilkan not. semakin tinggi not. kemudian ketuk kedua-dua botol dengan pen. Guru boleh menggunakan gambar atau klip video untuk menunjukkan beberapa pemerhatian yang tidak konsisten atau mempersembahkan maklumat yang tidak sekata dengan pengalaman lalu pelajar. air yang di dalam botol itu akan menghasilkan not. Botol A akan menghasilkan bunyi yang lebih tinggi. Botol A kosong manakala Botol B diisi dua pertiga air. Tiup mulut kedua-dua botol dan dengar ton yang terhasil. atau semakin kurang jisim. Terdapat kurang udara di dalam Botol B. Botol A Botol B Prinsip asas di sebalik percanggahan peristiwa ini ialah semakin banyak jisim.Bunyi (Dunia Fizik. 16 . Walau bagaimanapun tidak semua peristiwa bercanggah boleh dilakukan di dalam kelas. Botol A yang mempunyai jisim yang lebih kecil akan menghasilkan not yang lebih tinggi. Apabila botol digoncang. Peristiwa percanggahan ini boleh didemonstrasikan di dalam kelas. Botol B akan menghasilkan ton yang tinggi. semakin rendah not. Tahun 5) Rajah di bawah menunjukkan dua Botol A dan Botol B. oleh itu not yang tinggi terhasil.

com/Presentation/zenith2012-534848demonstration-method/ 17 . Kumpulan Budiman Sdn Bhd.htm 4.my/books? id=5ogV78hMjEoC&pg=PA226&source=gbs_toc_r&cad=4#v=onepage&q&f=f alse 2. http://navyadvancement.scribd.authorstream.com. http://books. Kuala Lumpur. http://www. http://www.RUJUKAN Buku Poh Swee Hiang.tpub.com/doc/51214623/5/TOPIK-5-TEKNIK-PENGAJARAN- DAN-PEMBELAJARAN-PRA-SEKOLAH 3. (2008).google. Pedagogy of Science (Volume 1). INTERNET 1.com/14504/css/14504_27.