You are on page 1of 14

Pelbagai Warisan Budaya Etnik Sabah Dan Sarawak

BUDAYA I: Budaya Masyarakat Kenyah SMAHADZIR MASYARAKAT Kenyah berada dalam kelompok Orang Hulu Sarawak termasuk orang Punan, Puket, dan Sabah. Etnik ini tinggal di Sungai Boram dan sekitar Ulu Baloi dan terbahagi kepada beberapa kumpulan yang tinggal di rumah panjang dikenali sebagai Bodeng, Rumah Bakah dan Rumah Kulit. Masyarakat ini merupakan masyarakat yang terdiri sebagai ‘nucleus’ iaitu satu keluarga beberapa keturunan iaitu ada datuk nenek, ibu bapa, anak-anak. Mereka tinggal di rumah panjang yang diketuai oleh ‘Ketua lamin’ (suami) dan ‘Ketua rumah’ (ketau). Di kampung rumah panjang itu ada pula lapisan pemimpin yang dikenali sebagai ‘Ketua kampung’ (penghulu), ‘Pemancar’ dan ‘Temenggung’. Strata Masyarakat Masyarakat Kenyah ini adalah masyarakat yang berstrata iaitu mempunyai kelas. Ada tiga kelas sosial iaitu Paren, Panyen dan Lapen. Paren (maren) adalah golongan kelas aristokrat. Golongan Paren turut terbahagi kepada beberapa kelas lagi iaitu Paren Besar, Paren Kecil Besar dan Paren Kecil.

Kelas Paren adalah golongan pahlawan yang sudah biasa potong kepala manusia. Paren duduk di tengah-tengah rumah panjang. Mereka dianggap pahlawan yang berjasa. Dalam proses sosialisasi masyarakat itu, peperangan merupakan sesuatu yang wajib. Untuk menjadi seorang dewasa, seseorang lelaki mesti menyertai peperangan dan memotong kepala. Sebelum perang dimulakan, mereka perlu melakukan ritual tertentu. Sebelum berkahwin

Lebih besar antinganting itu. mereka boleh berkahwin. Anting-anting juga melambangkan kedudukan wanita Kenyah. Telinga mereka menjadi panjang kerana perhiasan antinganting tembaga.juga. Kelas Panyen adalah golongan rakyat biasa dan bukan keturunan Paren. dia mesti berupaya melindungi masyarakatnya justeru harus selalu pergi berperang. pokok Tepus boleh merawat keputihan dan pelbagai penyakit kelamin. lebih tinggi kedudukan mereka. Hukuman Ke Atas Penzina Sekiranya ahli masyarakat Kenyah melakukan zina. seorang lelaki mesti berhasil memotong kepala musuh sebelum dibenarkan kahwin. Tatu itu sendiri merupakan lambang keberanian kerana tatu tradisi yang mereka lakukan itu amat menyakitkan. anak-anak mereka tidak boleh dikahwinkan. barulah bermakna dia boleh melindungi keluarganya. Ahli masyarakat yang mempunyai kedudukan tinggi. Kalau dia berjaya. mereka golongan biasa. Wanita Kenyah Masyarakat Kenyah berperang dengan tidak melibatkan kaum wanita. iaitu melalui imej tatu yang penuh di badan. Kalau silang seperti emak dan bapa pasangan itu adik beradik. Maksudnya sekiranya bapanya adik beradik. akan sampai ke pokok. sepupu selari tidak dibenarkan berkahwin. Mudah untuk mengenali golongan Paren. Mereka tidak punya rumah tetapi menumpang dengan keluarga yang menjadi Tuan atau majikan mereka. Sekiranya imej tatu hanya separuh. Sebagai seorang Paren. supaya dapat mengekalkan kedudukan. Mereka hanya pekerja. mereka akan dihukum dengan pokok tepus atau dikenali dengan nama saintifik. tatu mereka dari dagu hingga ke dada. Golongan ini hanya mahu berkahwin dengan golongan Paren sahaja. seperti contoh cuma di kepala. Pokok tepus berlapis. dan kalau ditarik daunnya. Dalam tradisi perubatan Melayu. Kaum Wanita dianggap cantik jika mempunyai telinga panjang-panjang. taraf kedudukannya dalam masyarakat jatuh satu tangga. . yang diambil untuk bekerja. Lapen pula adalah golongan hamba. Sekiranya lelaki Paren berkahwin dengan perempuan Panyen. Dalam sistem perkahwinan orang Kenyah. Amomum.

Pelabai . Justeru kedua-duanya dijatuhkan hukuman Pelabai dan guru Bidayuh itu pula dikenakan saman dan dihalau keluar daripada kampung. Syarat perkahwinan mereka. guru itu akhirnya berkahwin dengan bekas tunangnya yang lari keluar dari kampung Kenyah. Poi Ek pulang setelah 6 bulan dengan kelengkapan yang cukup tetapi tunangnya tidak mahu berkahwin dan minta lembaga adat memutuskan pertunangan itu. perlakuan seks sebelum berkahwin amat dilarang. Kisah Poi Ek Apabila guru-guru mula masuk ke perkampungan Kenyah di akhir tahun 60an. Cerita Poi Ek. Poi Ek telah bertunang dengan seorang gadis di kampung itu. Poi Ek terpaksa keluar ke bandar untuk bekerja mencari wang. sewaktu bersanding nanti isterinya mesti duduk atas gong. ayam itik dan sebagainya. Sekiranya masyarakat melakukan kesalahan tersebut.Bagi masyarakat Kenyah. tunangnya bermain kayu tiga dengan guru yang berasal dari kaum Bidayuh. tunangnya mengatakan dia tidak mendapat kepuasan seks daripada Poi Ek tetapi mendapat kepuasan daripada guru Bidayuh itu. Setelah pengakuan daripada tunangnya. Terakhir ‘pelabai’ diamalkan sebelum masyarakat menerima ‘Christianity’ dan sebelum menerima budaya luar. Sewaktu peninggalan Poi Ek. Dia juga terpaksa menyediakan makanan yang mencukupi untuk penduduk kampung. Setelah disiasat. berlaku anjakan paradigma masyarakat mengenai adat mereka. Kes terakhir orang yang kena ‘pelabai’ masih hidup di Sarawak. Poi Ek terpaksa mengaku mereka pernah mengadakan hubungan seks sebelum dia keluar ke bandar. yang memasang palang pada kemaluannya. disebabkan bakal isterinya golongan paren. Si suami pula duduk di lantai sewaktu bersanding. Disebabkan perbelanjaan itu besar. iaitu 10 ekor babi. Justeru dia harus keluar ke bandar untuk membeli gong. mereka dikenakan hukuman yang dipanggil ‘pelabai’. bernama Poi Ek.

Sekiranya wanita itu mengandung. sekiranya ada wanita-wanita Kenyah mendapati diri mereka hamil sebelum kahwin. Bayi yang dilahirkannya mesti dikuburkan hidup-hidup. si ibu turut mati kerana beranak seorang diri. Kemudian. lelaki yang menjalani Pelebai akan mati. Penduduk rumah panjang yang lalu lalang akan menghina. Biasanya. membunuh. Kubur terletak di bahagian hilir seberang sungai. Ada tiang yang banyak di situ. . Biasanya. menyumpah dan mencerca wanita itu. Biasanya. tanpa bantuan. Bagi mereka. ada amin (bilik-bilik kecil). dia akan lumpuh dan tidak dapat berfungsi sebagai lelaki sejati. dia mendapat simpati masyarakatnya sehinggakan dia berjaya melalui Pelabai tanpa lumpuh dan cedera pada alat sulit. ditelanjang bulat dan dihantar ke sungai. Batang tepus yang direjam ke arahnya sengaja tidak dicampak mengenai sasaran atau sengaja direjam dengan kekuatan yang minima sahaja. dia akan dihantar ke kawasan perkuburan. Di sebelahnya ada pentas kecil yang membolehkan mereka menjalankan kegiatan seperti menyulam dan sebagainya. Di dalam rumah panjang ada ruang berjalan kaki. meludah. wanita yang dihukum Pelabai akan diikat di salah satu tiang dengan bertelanjang bulat. mereka akan lari keluar dari kampung dan bekerja di bandar. Lelaki itu harus berdiri di sungai hingga air sungai ke paras pusat. Orang-orang di rumah panjang akan menggunakan batang tepus untuk merejam ke arah kemaluan lelaki itu. Hukuman Pelabai ke atas lelaki Kenyah pula adalah. Pada Hari pertama. Batang tepus memang kuat dan boleh mencederakan malah. Sekiranya hidup. Bandar merupakan tempat pelarian.Pelabai adalah hukuman berat yang menunjukkan kebencian masyarakat terhadap perlakuan seks sebelum kahwin. Wanita itu harus menggali lubang sendiri dan beranak di situ. Namun dalam kes Poi Ek. Tangannya akan diikat ke atas. Keluarganya hanya boleh menghantar makanan tanpa berkata apa-apa sehinggalah wanita itu cukup bulan. Lelaki ini akan berdiri dari matahari terbit hinggalah matahari terbenam.

badan pengamal ilmu syaitan ini akan terasa panas dan miang. akan musnah semua organ dalam tubuh mayat dalam masa tujuh hari kerana perut yang semakin menggelembung akan bocor. Dikatakan. Pengamal ilmu balan-balan juga tidak suka pada benda berduri dan tajam kerana semua itu boleh . Mata balan-balan dikatakan sentiasa merah. ‘Balan-balan’ terjadi apabila manusia itu salah menuntut dan mengamalkan ilmu kebatinan. pokok tepus terus ditanam dan dipelihara di Sarawak. beberapa adat. Malah pokok tepus menjadi lambang tradisi masyarakat Kenyah. cara untuk mengenalpasti balan-balan adalah dengan melihat pada matanya. cantik dan boleh hidup lama. Kemudian. mayat manusia akan reput sepenuhnya dalam masa tujuh hari. Sekiranya masih gagal menghisap darah manusia. Masyarakat Bajau percaya ‘Balan-balan’ merupakan sejenis lembaga yang berasal daripada manusia. potonglah limau nipis sambil memperhatikan matanya. Adat paling menarik dalam budaya masyarakat Bajau ialah adat mengawal kubur. Kebanyakan masyarakat Kenyah telah menganuti agama Kristian. Masyarakat Bajau yang asalnya berfahaman animisme. Dikatakan. balanbalan akan menyerang dan menghisap darah manusia. terutama hati. Namun bezanya. balan-balan akan menyerang mayat manusia dan memakan segala organ dalam tubuh mayat itu. Masyarakat Bajau di Sabah kebanyakannya menginap di persisiran pantai. Manusia yang ingin mengamalkan ilmu ini hendaklah mengamalkan jampi mantera ilmu balanbalan selama empat puluh hari empat puluh malam berturut-turut. ‘Balan-balan’ kelihatan sama seperti hantu ‘penanggalan’ atau ‘Tenggelong’ yang dikenali oleh kebanyakan orang Melayu. Pada saat itulah. Tujuan ilmu ini adalah supaya sentiasa muda. sebenarnya balan-balan suka menjilat darah pada uri perempuan bersalin. kepalanya akan tercabut dan terpisah dari tubuh badan sambil membawa keluar segala isi tubuh dan perut.Kini. Seperti masyarakat Melayu lain. matanya akan berair. Untuk memastikan lagi. masyarakat Bajau menjadi nelayan dan bertani. ‘Bajau’ bermaksud berjauh-jauhan’ dan inilah yang dilakukan oleh masyarakat Bajau iaitu keluar dari kelompoknya dan berhijrah ke kawasan kepulauan Borneo hingga Filipina. Masyarakat Melayu secara amnya percaya. Namun demikian. Kawalan kubur selama tujuh hari dimestikan kerana masyarakat Bajau percaya mayat akan didatangi balan-balan dalam tempoh tersebut. hukuman Pelabai ke atas masyarakat Kenyah yang berzina tidak diamalkan lagi. kini telah banyak memeluk agama Islam. Menurut cerita orang tua-tua Bajau. Walaupun tradisi Pelabai tidak diamalkan. budaya dan kepercayaan masih dipegang kuat kerana telah diamalkan turun temurun. Sememangnya dalam kajian saintifik juga. Namun sekiranya balan-balan gagal mendapatkannya. Namun masyarakat Bajau hari ini dianggap antara golongan yang kaya di Sabah. BUDAYA II: Adat Mengawal Kubur Masyarakat Bajau MASYARAKAT Bajau berjumlah kira-kira seperlapan daripada penduduk Sabah. tidak pernah ada kisah penanggalan atau Tenggelong menyerang mayat untuk mendapatkan makanan. Balan-balan dikatakan hanya terbang pada waktu malam dan bergerak bebas seperti manusia biasa pada siang hari. Yayasan Sabah mengatakan bahawa masyarakat Bajau sebenarnya berasal dari Indonesia. Jika dia mengamalkan ilmu balan-balan.

Semilu boleh digunakan untuk memotong sesuatu yang lembut seperti tembakau. Mereka bergurau senda dan berhibur sepanjang malam. bubu. Musuh yang menyerang akan terpijak tukak-tukak dan kaki mereka luka. Buluh juga dapat dijadikan senjata.mengakibatkan isi perutnya yang terburai itu tersangkut dan luka. Kaum wanita dan kanak-kanak pula akan berjaga di rumah si mati. Rebung (anak buluh) merupakan makanan pembuka selera juadah masyarakat Iban. Kerubung siput atau kerang yang dibakar kemudian ditumbuk halus untuk membuat kapur sirih. Sehingga sekarang. Ratai buluh juga boleh membuat . Buluh yang hangus tidak menjadi arang seperti kayu api. Antara permainan yang biasa dilakukan semasa mengawal kubur adalah ‘pasang’ . Lelaki Bajau yang terdiri daripada saudara mara si mati akan mengawal kubur sepanjang malam selama tujuh hari. daun terup dan sebagainya.congkak. Bagi orangorang tua Bajau. permainan-permainan ini sudah menjadi semacam ritual magis untuk menyingkirkan kuasa-kuasa luar biasa. BUDAYA III: Tradisi Buluh Dalam Budaya Iban SEJAK dahulu lagi. sehinggalah masak gulai ikan campur rebung. dan lukah. Ratai Buluh dijadikan kayu api untuk membakar kerubung siput atau kerang. masyarakat Iban telah menggunakan sumber hutan khususnya buluh untuk keperluan asas kehidupannya seperti tikar dan rumah. Mereka akan memasak rebung dengan pelbagai cara daripada menjadi sayur lemak. Semilu pula merupakan sejenis pisau yang amat tajam yang dibuat dengan menggunakan kulit bahagian luar buluh dan kulit bahagian dalam buluh. Tembakau yang dipotong dengan semilu tidak berserabut. Inilah yang memudahkan proses mengambil kerubung siput yang dibakar itu. pekasam ikan dan udang. salah satu jenis pengangkutan untuk menyeberangi atau menyusur sungai. masyarakat Iban masih menukar buluh payan dan buluh surik dengan daun nipah. Justeru di halaman rumahnya tidak akan ada pokok yang berduri seperti pokok limau dan benda-benda tajam seperti buluh. Orang luar pastinya berasa hairan apabila melihat adat mengawal kubur ini meriah dan ceria dengan jerit pekik dan tawa para pengawal kubur. Buluh juga digunakan untuk membuat rakit. Namun setiap kebiasaan sesuatu masyarakat memang lazimnya dianggap luar biasa oleh masyarakat lain. adat yang sepatutnya menyeramkan ini sudah menjadi seperti budaya masyarakat yang ditunggu-tunggu dan membawa keceriaan. Berbalik pada adat mengawal kubur masyarakat Bajau. Adat mengawal kubur ini menjadi semacam hiburan pula apabila para penjaga kubur mengadakan permainan untuk mengelakkan rasa mengantuk atau rasa takut. Pertukaran itu dibuat dengan masyarakat Melayu di kampung-kampung berdekatan kawasan mereka tinggal. Buluh telah digunakan untuk membuat alat menangkap ikan seperti serkap. gula nipah. Tukak (buluh yang diruncingkan) ditanam keliling rumah panjang untuk melindungi rumah panjang daripada serangan musuh. Ratai buluh adalah buluh mati sudah kering. Itulah yang menonjolkan keunikan dan warna warni budaya masyarakat Melayu yang rencam.

Peribahasa ‘Orang di Munsi Tubu Orang di ulu kena miang’ membawa maksud yang hampir sama dengan peribahasa Melayu ‘Orang lain makan nangka. buluh menjadi unsur penting dalam kesenian tradisi persembahan atau perubatan tiang pancha. telah menukar rumahnya yang kukuh dengan pondok buluh Apai Seumang-umang. Sastera lisan masyarakat Iban tentang seorang bodoh dengan seorang pintar yang pandai menipu menjadi cerita tradisi yang tinggi falsafahnya. Selain itu. Apabila ditumbuk. kebesaran dan keajaiban. Ritual bertujuan untuk mengambil semula semangat pesakit yang dipercayai telah ditangkap oleh hantu jahat. Memandangkan buluh merupakan simbol kekuatan bagi masyarakat Iban. ringan dan tak mudah patah.batu api. Kalau tak dibuat. peribahasa ‘Ngelanggai bayan’ yang bermaksud buluh muda dilambangkan dengan ekor burung bayan dan buluh itu melambangkan anak lelaki Iban yang baru meningkat remaja. Cerita rakyat berunsur mitos asal usul keturunan iaitu ‘Pateh Ambau’ menunjukkan masyarakat Iban percaya bahawa asal usul nenek moyang mereka mempunyai kaitan dengan buluh yang paling kuat. Dalam upacara kematian. Buluh Perindu dikatakan boleh dijadikan bahan membuat minyak pengasih bercampur cenuai. Namun buluh kian sukar ditemui kerana kerja-kerja penyehutanan telah banyak menghapuskan spesies buluh. ia akan mengeluarkan percikan api. Ratai buluh munti yang sudah kering ditumbuk halus dalam sebuah bekas khas yang dibuat daripada buluh ataupun kayu. seperti Gawai Antu yang banyak menggunakan buluh. Percikan api itulah yang digunakan sebagai sumber api. Upacara dilakukan di halaman rumah panjang. Jika kayu yang dijadikan usungan. Buluh Payan digunakan untuk mengusung keranda orang mati ke kubur. Tupai sama tupai Begagai pucuk murni Tuai sama tuai . ‘Biau Pengancha’ memaparkan betapa masyarakat Iban mempunyai falsafah yang tinggi tentang buluh. Masyarakat Iban menggunakan Buluh Manti untuk menyukat saiz lubang kubur kerana buluh bentuknya lurus dan cukup panjang. buluh turut dianggap mempunyai unsur mistik. Hilang hutan. pada waktu senja. orang lain kena getahnya’. Ini melambangkan bahawa asal keturunan mereka memiliki kekuasaan. Sebagai contoh. masyarakat Iban mungkin mendapat malapetaka seperti terkena rasukan hantu yang paling mereka takuti iaitu pansa antu. Pemodenan juga membuatkan penggunaan buluh sebagai bahan keperluan asas digantikan dengan bahan lain. Selain itu. banyak peribahasa mereka menggunakan unsur buluh untuk dijadikan perbandingan dan falsafah. kuat dan lasak antara semua jenis buluh. kayu berat dan mudah patah. Apoi Saloi suka mendengar pondok buluh yang boleh menyanyi. Budaya tradisi kian terhakis. Ritual perubatan ‘tiang pancha’ menggunakan buluh sebagai tiangnya. Masyarakat orang asli Iban yang banyak bergantung kepada hutan kehilangan budaya mereka. Spesies buluh Payan dipilih kerana buluh ini kuat. hilanglah budaya mereka. Apai Saloi yang bodoh. masyarakat Iban juga mempunyai pemikiran yang sama. Jika dalam Hikayat Melayu ‘Buluh Betung’ dianggap sebagai buluh yang paling besar. Sebabnya. Ritual Biau Pengabang harus dilakukan dahulu sebelum sebarang upacara Gawai.

Kesemuanya mencerminkan nilai kerjasama. namun setiap keluarga mempunyai autonomi dalam hal ehwal keluarga masing-masing. Beliau bertanggungjawab menjaga kesihatan anak buahnya dan harus sentiasa bersedia untuk mengubati dan memastikan anak-anak buahnya dalam keadaan yang baik dan sihat. persaingan sihat serta perpaduan yang berpegang pada prinsip persamaan hak. Tusut merupakan susur galur masyarakat Iban yang melebihi 2 generasi. ‘ngayap’ serta ‘Pesta Gawai’. masyarakat Iban berasal dari Sumatera yang berhijrah ke Borneo lebih kurang 300 tahun dahulu. amalan tidur. Rumah Panjang orang Iban ialah cantuman beberapa buah bilik yang dimiliki oleh keluarga yang berasingan dan membentuk satu deretan rumah yang panjang. amalan bersukan. Masyarakat Iban menganggap status Manang sebagai tinggi dan mesti dihormati. amalan urut. mereka mengamalkan sistem perubatan ‘Manang’. ‘ngayau’. Teori ketiga pula berpendapat masyarakat etnik Iban berasal dari Batang Kapuas di daerah Kalimantan dan kemudian berhijrah ke jajahan Sarawak. Tugasnya adalah mengetuai sesuatu upacara ritual dan perubatan tradisional. Asal usul etnik Iban di Sarawak ini agak kabur dan sukar ditentukan dengan tepat kerana tiada catatan sejarah atau rekod bertulis mengenainya. Ada juga yang berpendapat bahawa etnik Iban berasal dari Timur Tengah yang kemudian ke Sumatera. Walaupun beberapa keluarga tinggal dalam satu rumah panjang.Bertundi diri sama diri BUDAYA IV: Amalan Kesihatan Masyarakat Iban AMALAN penjagaan kesihatan tradisional masyarakat Iban di daerah Serian pula banyak memberi kesejahteraan kepada masyarakat Iban. untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Peluasan orang Iban di merata tempat di Sarawak boleh dijelaskan kerana budaya masyarakat Iban yang mengamalkan sistem tanaman padi secara berpindah-randah. ‘Manang’ boleh juga disamakan seperti bomoh atau pawang di kalangan orang Melayu. Setiap rumah panjang mesti mempunyai tokoh-tokoh pemimpin seperti ‘Tuai Rumah’ dan ‘Tuai Burong’. Dalam masyarakat Iban. Manang dianggap sebagai golongan istimewa. memandangkan kedatangan etnik Iban ada disebut dalam bahagian awal beberapa tusut Iban yang panjang. keunikan masyarakat ini amat menonjol dari sudut budaya adat resamnya seperti budaya ‘rumah panjang’. Tugas ‘Tuai Burong’ pula berkaitan dengan hubungan manusia dan makhluk ghaib. . kepercayaan dan perubatan tradisional terbukti mampu mengekalkan kesihatan masyarakat moden hari ini. Tugas ‘Tuai Rumah’ biasanya melibatkan hubungan antara keluarga. masalah hubungan dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan alam nyata. Pelbagai aktiviti seharian yang mereka lakukan seperti amalan pemakanan. Biar dari mana asal etnik Iban. Namun ada 3 teori yang mengatakan.

tidak bertenaga. Masyarakat Iban percaya bahawa ala mini dikuasai oleh suatu kuasa yang tertinggi dan dibantu oleh satu organisasi dalam mengatur hal ehwal manusia.Manang sering berperanan meyakinkan masyarakat Iban bahawa setiap penyakit atau keuzuran dapat diatasi dengan amalan penjagaan kesihatan yang diwarisi. Terdapat dua faktor yang membawa kepada masalah kesihatan iaitu faktor semulajadi dan faktor magis. Sistem ini juga dapat diselaraskan dengan amalan pantang larang serta kepercayaan tertentu. cuaca. Sistem perubatan masyarakat Iban merangkumi konsep ‘sihat dan sakit’. lada. Air tapai jika diminum secara berlebihan boleh mengakibatkan seseorang yang berpenyakit asma sesak nafas. Makanan sejuk adalah seperti sayur-sayuran dan buah manakala makanan panas pula adalah seperti daging dan lada. pemakanan. tongkat ali dan lidah buaya. boleh menggunakan makhluk-makhluk tersebut untuk mencapai hasrat mereka atau hasrat individu tertentu. berlaku gangguan emosi dan usia tua yang mempunyai taraf kesihatan yang rendah. Mereka meminum ‘air tapai’ yang memabukkan pada musim pesta gawai dan menganggap air itu dalam kategori sejuk kerana boleh mengurangkan suhu panas badan. Masyarakat Iban sering menjaga keimbangan pemakanan mereka kerana memakan makanan yang tidak seimbang ‘konsep sejuk dan panasnya’. emosi. Tonik-tonik itu diperbuat daripada rempah ratus yang ‘panas’ seperti halia. rawatan penyembuhan dan pemulihan. Faktor semulajadi berkait rapat dengan kecuaian manusia. Berbalik pada amalan kesihatan masyarakat Iban. Seseorang itu boleh dianggap sakit atau uzur jika fizikalnya lemah. Kesemuanya merupakan komponen utama yang menjadi latar belakang dan mencorakkan keseluruhan ide dan amalan dalam sistem perubatan masyarat Iban Malaysia. Sesiapa yang melanggarnya akan disumpah dan dibalas dengan keuzuran yang lebih teruk. fikiran. masyarakat Iban mempunyai kepercayaan animisme bahawa makhluk-makhluk lain atau kuasa-kuasa ghaiblah yang sering mengganggu kesihatan mereka. Daging hasil buruan dan tangkapan ikan sering dibahagi sama rata dengan keluarga di rumah panjang. Bahan-bahan sejuk untuk hasilkan tonik tradisional pula adalah seperti madu lebah. lengkuas. Masyarakat Iban di kawasan Serian banyak memakan tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran. kunyit. berperilaku normal dan berupaya menjelaskan serta melaksanakan tugas seharian. Faktor ghaib pula melibatkan semangat dan unsur ghaib. serta juga pantang larang seperti ‘kempunan’. lada hitam dan lada putih. ulam-ulaman dan buah-buahan. ‘Manang’ yang telah disebut tadi. Namun ada juga masyarakat Iban yang menganggap air tapai merupakan kategori panas. sehingga membawa kecelakaan atau keuzuran kepada seseorang. boleh menyebabkan alahan dan sakit. Masyarakat Iban mengamalkan pengambilan tonik-tonik tradisional yang dianggap berkhasiat dan memberi kekuatan. dan pakar-pakar perubatan tradisional. ketumbar. Masyarakat Iban mempunyai . sama seperti arak. kuman dan bakteria. Sihat merujuk kepada sihat fizikal. Selain kuasa tertinggi. Konsep ‘sihat dan sakit’ boleh didefinisikan sebagai kebolehan fizikal dan mental melakukan tugas seharian. mereka memakan apa sahaja yang boleh dimakan dan tidak wujud makanan halal haram.

Dalam penjagaan kesihatan masyarakat Iban. Masyarakat Iban mengamalkan budaya mengurut untuk mengelakkan sakit badan dan tegang urat. Jika dilanggar larangan ini. masyarakat Iban dilarang mandi selepas berurut kerana boleh menambahkan lagi kesakitan dan keuzuran. Mereka juga dilarang tidur di kawasan yang terlalu bersih atau terlalu cantik kerana mereka percaya kawasan sebegitu berpenunggu. boleh mengakibatkan sakit kepala dan malas. Pantang larang sewaktu makan mesti diikut oleh masyarakat Iban jika mereka mahu sentiasa sihat. tidur perlu cukup untuk mengelakkan masalah kesihatan. masyarakat Iban tidur jam 10malam dan bangun jam 6 pagi. Justeru pekerjaan mereka menuntut kecergasan fizikal dan secara tidak langsung. Masyarakat Iban rajin bekerja dengan menggunakan kudrat fizikal. Mereka tidak dibenarkan mandi selepas bersukan kerana mandi boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami kembang badan. Mereka percaya bahawa air mandian boleh masuk ke dalam liang roma yang terbuka selepas bersukan. Mereka juga mengamalkan dua waktu tidur iaitu tidur waktu malam dan tidur waktu siang. Bagi mereka.3 ciri untuk menentukan sesuatu bahan itu bahan ‘sejuk’ iaitu. Mandi selepas makan pula boleh mengakibatkan seseorang lemah sendi dan sakit kepala. Seseorang harus menjaga kebersihan diri dan tangan. tenat dan sebagainya. terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh masyarakat Iban untuk mengekalkan kesihatan. Ada juga golongan muda yang bersukan kampong sekumpulan. mereka dilarang tidur atau mandi. Jika lebih dari sejam. Jika mereka tidur di luar rumah. dengan menggunakan minyak lemak ular sawa. Mengurut seluruh badan hanya dilakukan jika seseorang itu mengalami keuzuran yang lebih serius seperti kemalangan. dan seterusnya memberi kedamaian dan ketenangan. tidur petang dapat meraih tenaga semula dan memberi kesegaran. Selepas makan. Kesimpulannya. merupakan antara amalan penting yang wajib . ketakutan. warna hijau dan warna keemasan. tidur. mengurut dapat meredakan ketegangan perasaan. mereka dilarang menunjuk ke dahan reput di atas pokok. boleh dikatakan mereka bersukan setiap hari. Rata-rata. bersukan juga mempunyai pantang larangnya. tangan dan khususnya kaki. Bagi masyarakat Iban. lapan jam sehari. Mereka dilarang memin um air sebelum dan semasa makan. sukan dan mengurut. Tidur juga mempunyai pantang larangnya tersendiri tetapi hanya tertakluk di luar rumah. seseorang itu boleh ditimpa kemalangan. lumpuh. Mengurut juga dapat membantu perawatan dan pemulihan tulang patah. Mereka mengamalkan tidur secukupnya. Minum sebelum makan boleh membuat mereka kurang makan nasi sementara minum semasa makan boleh mengakibatkan mereka lemah tenaga batin. Amalan makan. Tidur siang adalah dalam jangka masa setengah jam hingga satu jam. lepas bersalin. pahit. Bagi mereka. Tidur sejurus selepas makan boleh menyebabkan proses penghadaman terganggu dan perut menjadi buncit. Pantangnya.

Tarian Ngajat saja ada pelbagai jenis. Antaranya. manakala wanita pula mengetuk mediak gan (gong kecil) yang melontarkan pelbagai irama mengiringi gerak langkah si penari. Lelaki ditugaskan memukul Mediak Tawiek (gong besar). Ada alat yang khusus untuk lelaki dan ada pula yang hanya untuk wanita. Bukan sekadar tarian. tetapi membuai jiwa. kesut tidak boleh dimainkan oleh lelaki. Gong yang digunakan dalam permainan alat muzik dalam etnik Kejaman juga ada dua jenis. malah nyanyian. irama yang mengiringi kebanyakan tarian etnik Kejaman menggabungkan pasukan lelaki dan wanita. Justeru. Ngajat Ngalijeng Tavui dan Ngajat Solo atau Ngajat Tutuwong. banyak juga tarian yang ada dalam masyarakat Kejaman ini berkait dengan adat ketika perkahwinan. Contohnya. Tarian etnik Kejaman nampak tidak banyak beza dengan etnik lain di Sarawak terutama Kayan dan Kenyah. setiap amalan tradisional masyarakat Iban tidak harus dilupakan kerana sebelum ada yang baru.mereka patuhi. Selama beberapa hari di Rumah Panjang Kejaman Long Segaham. petikan sape dan ditambah dengan hentakan buluh yang dinamakan kesut. Malah. hidangan persembahan budaya cukup mengujakan. Pelbagai pantang larang serta petua yang mengikuti amalan-amalan itu menguatkan keyakinan masyarakat Iban tentang keberkesanan amalan penjagaan kesihatan mereka. mainan alat muzik dan seni pertukangan memperlihatkan sesuatu yang sukar ditemui di tempat lain. malah berjaya mewariskannya kepada generasi muda. tetapi ditiup menggunakan hidung). Mereka bukan saja utuh mempertahankan keindahan seni budaya turun-temurun. bunyian yang terhasil daripada setiap alat muzik asli itu. BUDAYA V: Etnik Kejaman Pertahan Budaya Warisan KAYA dengan kepelbagaian aspek budaya serta hebat dalam seni kraftangan. Lantaran itulah. Tarian beramai-ramai seperti Suwei Surut dan Suwei Pajuang Beti juga seronok ditonton. malah digunakan dalam beberapa upacara khusus seperti mengiring pengantin dan persandingan. Apabila menceritakan mengenai persembahan budaya. pasti ada yang lama. Itulah persepsi pertama yang dapat digambarkan bagi menceritakan keunikan yang ada pada masyarakat etnik Kejaman di Belaga. Semuanya berpadu menjadi satu. . Lenggoknya lemah lembut penuh tertib mengikut alunan ketukan gong. Menambah keunikan bunyi muzik itu pula. tidak pelik melihat penarinya seperti terawang-awang menari bagai sedang mabuk. meskipun gamat. Banyak juga tarian yang boleh dilihat di situ. difahamkan memang dulu penarinya akan meminum tuak sebelum menari. ia tidak dapat lari daripada perkahwinan kerana hari yang paling sesuai menonton persembahan sebegitu ialah ketika kenduri kahwin atau ketika perayaan khusus seperti Krismas. Biarpun perkembangan perubahan sistem perubatan moden semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat. Sarawak. Menariknya. Jika dihayati. ada beberapa wanita bermain tuong (sejenis alat muzik kecil yang diperbuat daripada dahan palma) dan ada pula meniup selingut (alat muzik seperti seruling. Itulah uniknya persembahan kebudayaan mereka. meskipun ketukannya rancak dan menggamatkan. Yang lama itu biasanya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

tidak banyak dan amat sukar sekali untuk memasarkan produk mereka. hanya melangkah mengikut rentak muzik dan melihat arah langkah orang di depan. Kuala Lumpur pada awal tahun lalu. tarian dalam barisan panjang itu turut disertai semua peringkat usia dan jantina termasuk kanak-kanak. Malah. giliran ibu pengantin perempuan pula untuk menyanyikan mua yang mengandungi nasihat atau petua kepada pasangan pengantin untuk meneruskan kehidupan berumahtangga itu. Kehalusan hasil seni tangan juga dapat dilihat pada labuong. hasil kerja tangan mereka dilihat cukup halus dan amat sukar ditemui di manamana. Sepanjang proses itu berlangsung. difahamkan ketika menarikan Suwei mengiring pengantin. Jelan Asoh. Mungkin hasil kraf seperti anyaman manik dan ukiran kayu sudah biasa ditemui di tempat lain termasuk di Bintulu. Malah. gong dan kesut dimainkan. pernah dijemput mengukir sebatang keleriang di Balai Seni Lukis. Malah. Proses perkahwinan atau persandingan juga sangat unik. Ukiran di tiang kayu besar itu membabitkan kerja tangan yang rumit dan memakan masa serta tidak dikuasai semua orang kerana mempunyai maksud tertentu pada setiap ukiran. namun apa yang membezakan antara hasil tangan masyarakat Kejaman dengan produk luar ialah kehalusan dan kualitinya. lebih menarik. Apa tidaknya. Ketika inilah. namun agak mengecewakan. keunikan budaya kaum itu begitu terserlah. Selepas itu. labuong juga dihasilkan berbeza bagi setiap tujuan iaitu bagi kegunaan biasa untuk ke kebun. Difahamkan. tarian Suwei Surut digunakan sebagai gerak langkah mengiringi pengantin bermula dari rumah tumpangan pengantin lelaki ke rumah perempuan. Mengenai hasil kraf tangan pula. produk sebegitu. 71. Riuh rendah jadinya kerana mereka yang mengiring ada yang seakan dirasuk menjerit dengan suara nyaring menambah meriah suasana. boleh dijual berkali ganda. Dengan duduk di atas gong besar. ke pekan. pengantin akan melalui beberapa peringkat termasuk dibaca jampi (mua) dan dilalukan talam serta parang di atas kepala sebelum disuap dengan sagu oleh orang tua Kejaman. jika dibawa ke Kuala Lumpur. menjemput pengantin perempuan dan seterusnya mengiringi pasangan pengantin ke pelamin. Antara kemahiran paling unik masyarakat Kejaman ialah ukiran keleriang yang dikhabarkan tidak ada pada semua kaum. lantaran masalah pengangkutan. berehat di ruang rumah. sebanyak mungkin penduduk di situ akan menari beramai-ramai sehingga membentuk satu barisan panjang. diakui sendiri oleh beberapa peniaga di Bintulu. Malah. Mungkin kerana lenggok tariannya mudah. Kemahiran unik masyarakat Kejaman itu juga mendapat pengiktirafan tinggi apabila salah seorang warga tuanya. bergaya ke bandar atau untuk upacara khusus seperti . Cuma.Contohnya. sejenis topi anyaman buluh yang diserikan dengan susunan manik serta turut mempunyai perlambangan atau maksud tersendiri bagi setiap bentuk ukiran dihasilkan. apa yang ditambah dalam tarian Suwei ketika perkahwinan ialah pasangan pengantin perlu melalui satu proses iaitu Penyah Beti (memijak sebilah pedang) sebelum sampai ke pelamin sebagai tanda hubungan yang kuat dan hebat tanpa sebarang gangguan. banyak sekali produk berkualiti dihasilkan masyarakat Kejaman dan mempunyai nilai tinggi jika dipasarkan. sehingga ada ketikanya membabitkan lebih 100 orang. hanya ada di kalangan etnik dalam masyarakat Kajang saja.

iaitu salah seorang pakar pembuat gambus apabila ditemuramah di rumahnya di Kampung Lingkungan Weston. Justeru itu. Pada kebiasaanya gambus ini dimainkan semasa majlis keramaian seperti perkahwinan dan juga menyambut tetamu yang terhormat. katanya. Jika alatalat ini tidak lengkap. idiang buok gadieng udzau tudieng (parang panjang menggunakan hulu dari tulang). Selain gambus. Gambus diperbuat daripada jenis kayu yang keras. baru-baru ini. malah beliau juga seorang yang berkebolehan dalam permainan muzik gambus apabila ada majlis keramaian seperti perkahwinan atau pesta-pesta yang dianjur di peringkat kampung mahupun di peringkat daerah. kikir. kata Encik Satia Janudin. pisau dan katam. Satia berkata kebanyakan pelanggan lebih suka membeli gambus yang mempunyai rekabentuk yang cantik dan menarik. Beaufort. ia bukan saja melambatkan kerja malah ia boleh menjejaskan reka bentuk gambus. dan kayu Limpadok (Bahasa Kedayan). kertas pasir. kerana terpengaruh dengan muzik moden. Cara-cara pembuatanya ialah dengan menjemur kayu sehingga kering dan selepas itu baru dikikir dengan bentuknya. Beliau biasanya mengambil kayu yang dinamakan kayu santul. Tujuan menjemur kayu itu supaya ia tahan dan dapat menghasilkan alunan irama yang nyaring. iaitu salah satu pengiring muzik gambus semasa dimainkan ). tukul. Dalam pembuatan gambus kita harus menyediakan alat-alat keperluan seperti parang. beniang (alat mendokong anak) dan sioung (perhiasan berukir untuk digantung di dinding). Bagi beliau kulit kijang dan biawak adalah bahan utama dalam pembuatan tambur. beliung. Satia yang mula berkecimpung dalam pembuatan gambus pada tahun 1998 lagi atas dorongan ayah dan isterinya telah menghasilkan banyak gambus dalam pelbagai reka bentuk yang bersesuaian dengan citarasa para pelanggan. Satia. khususnya gambus. BUDAYA VI: Gambus Kedayan Dan Cara Pembuatannya GAMBUS merupakan antara alat muzik tradisional yang kian popular di kalangan suku kaum Kedayan di Weston Beaufort. Beliau memilih jenis kayu ini kerana ia sudah teruji dan sangat sesuai dalam pembuatan gambus. Selavieng (perisai berukir). kerana kayu keras bukan saja tahan tetapi ia juga dipercayai dapat menghasilkan alunan iramanya yang nyaring bersesuaian muzik gambus yang sebenarnya. ujep (lembing). Beliau boleh menyiapkan gambus dalam masa seminggu sahaja. Satia bukan saja pakar dalam pembuatan gambus. idiang tatiek (parang ilang). Sabah. Satia juga pakar dalam pembuatan tambur ( gendang. kayu Bulayon. pahat. produk kraf tangan lain yang ada dalam masyarakat Kejaman ialah keduri (alat tiupan). berdasarkan pengalaman saya selama berkecimpung dalam kerja ini saya tidak mempunyai masalah memenuhi citarasa mereka. Kita harus memberi . seorang pencinta muzik tradisional yang perlu dicontohi oleh generasi muda di mana kebanyakan generasi sekarang rata-ratanya tidak lagi berminat belajar muzik tradisional. tetapi masalahnya mudah pecah apabila terhentak. Selain itu. Kayu yang lembut juga boleh digunakan. Alat-alat ini penting dalam pembuatan gambus. katanya.perkahwinan dan perayaan. katanya. yang baru menjangkau umur 38 tahun. gerudi.

. kerana apabila si isteri sedar dari tidur keesokan paginya dia bukan pula memeluk suaminya. 00. setiap kali tidur si isteri memeluk suaminya kerana takut ditinggalkan. Ekoran dari itu. Bagi si isteri pula amat sayang dengan suaminya sehingga di mana saja suaminya pergi si isteri ikut sama.tunjuk ajar dan galakan kepada mereka supaya generasi muda ini meminati muzik tradisional. Menurutnya. terutama si suami. Sabah. Bagaimanapun perbuatan si isteri itu hanya sia-sia sahaja. gambus hingga kini menjadi kebanggaan dan muzik yang popular. Sabah. maka si isteri telah mengukir kayu tersebut serupa bentuk badan suaminya dan telah dinamakan gambus. 00 manakala saiz besar berharga RM150. khususnya di kalangan suku kaum Kedayan di Weston. harga gambus adalah mengikut saiznya. tetapi memeluk sebatang kayu. Beaufort. sesiapa yang berminat memiliki gambus atau ingin belajar muziknya sekali boleh datang berjumpa dengan beliau di Kampung Lingkungan Weston. cerita gambus itu berasal daripada sepasang suami isteri. di mana kedua-dua pasangan ini tidak sehaluan kerana dipaksa berkahwin. kata Satia. Harga gambus bersaiz sederhana berharga RM80. Oleh kerana cinta kasihnya terhadap suaminya. Oleh itu. Beaufort. Dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh si isteri terhadap suaminya. Menurut Satia.