You are on page 1of 6

Pendahuluan Bidang makna atau semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik kerana bahasa tidak akan

sempurna jika tidak ada unsur makna. Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Firth (1944) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata ‘makna’ memberi erti ‘maksud’ atau ‘erti’. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pengertian lagi. Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberikan 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya, makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suatu peristiwa yang diharapkan. Istilah semantik agak baharu digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang-bidang ilmu yang lain iaitu dicipta pada akhir abad ke-19. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar. Seseorang itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang ( Leonard Bloomfield, 1992). Menurut Zabech, semantik dalam peristilahan moden digunakan dengan maksud ‘kajian tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan, penamaan (nama am dan nama khas), ekspresi predikat. Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna significant iaitu ‘penting’ atau ‘beerti’ ( Hashim Musa, Ong Chin Guan, 1998). Selain itu, ‘sema’ juga beerti tanda atau lambang. Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa ( Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna konsepsual, makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi, makna kolokatif, dan makna tematik. Jenis-jenis makna ini dapat memberikan gambaran yang tertentu daripada maksud tersurat dan tersirat.

1

Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. selari.JENIS-JENIS MAKNA 1. kambing hitam. Makna Leksikal 2. Contohnya. perkataan lari. 1994). makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata (Adrienne Lehrer. Unit leksikon ialah leksem iaitu bentuk bahasa yang bermakna ( Ibrahim Ahmad. melarikan. Makna Kontekstual 4. Makna kambing hitam bukan merupakan gabungan makna kambing dan makna hitam.. Makna lestikal bermaksud makna yang bersifat leksikon. tetapi memiliki makna yang tersendiri iaitu ‘orang yang dipersalahkan’. makna yang sesuai dengan referennya. berlarian. Makna Referensial 5. larian. pelari dan pelarian memiliki makna leksikal. Makna Asosiatif 1) Makna Lestikal Makna Lestikal adalah perkataan leksikal yang diterbitkan daripada istilah leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. Makna Gramatikal 3. maka perkataan ‘kambing hitam’ dikatakan mempunyai makna idiomatis ataupun lebih dikenali sebagai makna gramatikal (Kushartanti et. 2 . Maka jelas bahawa makna tidak dapat ditelusuri dari makna setiap kata pembentuknya.al. berlari. Contohnya. Makna lestikal biasanya dikaitkan dengan kata sedangkan kosa kata tidak hanya terdiri daripada kata sahaja. 2005). 1992). tetapi juga terdiri daripada beberapa kata.

2001). keadaan.) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis. proses. mengaitkan ‘konsep’ dengan dua prinsip iaitu. ber+. atau konsep lainnya (Abdul Chaer. Interpretasi yang pelbagai wujud kerana manusia meluahkan buah fikiran yang berbeza seperti formulasi yang dibuat oleh Ogden dan Richards (1923).. prinsip lain yang boleh diguna pakai dalam organisasi linguistik ialah melalui pembahagian menurut tahap struktur linguistik yang dapat memudahkan 3 . Sebab itulah dalam formulasi ‘segitiga semiotik’ yang dibuat oleh Ogden dan Richards meletakkan pemikiran itu pada tahap yang atas sekali. Kita tidak mungkin dapat menentukan makna.. Urutan huruf se+. Makna ‘konsep’ adalah mencakup komponen seperti benda. Makna konseptual merupakan konsep makna yang terpenting sekali dalam bahasa. Organisasi makna konseptual adalah rumit dan sofistikated (Kushartanti et. 1990). Menurut Leech (1974) di dalam makna konseptual. Leech (1974).. prinsip konstrastif dan prinsip struktur konstituen. 2005). Tetapi sekiranya digunakan perkataan ‘perempuan’. me+ (. Manusia akan berfikir dahulu sebelum mengujarkan sesuatu perkataan. Selain itu. ia menjadi kurang sesuai untuk diucapkan. tindakan. wanita dewasa. pe+..+an. Contohnya perkataan wanita dan perempuan mempunyai makna yang sama iaitu ‘manusia dewasa yang bukan laki-laki’ (Kamus Dewan. wanita sopan.. Palmer (1992) menyatakan bahawa konsep adalah sesuatu yang menghubungkan ‘kata’ dan ‘benda’ melalui perantaraan konsep pemikiran. konsep merupakan sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu sesuatu yang asas dalam komunikasi linguistik. +an. 2) Makna Konsepsual Makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian.. konotasi antara ‘wanita’ dan ‘perempuan adalah berbeza.al. wanita bekerjaya. memahami ujaran atau membuat interpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual tersebut. (pe+. Contohnya. Pemahaman konsep adalah sangat mustahak. +kan).. Contohnya ‘wanita’ boleh dispesifikasikan sebagai wanita solehah. ber+. iaitu ‘ segitiga semiotik’.kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus.

Bagi penutur tindakan pertama ialah mengenkod makna(ujaran daripada penutur) apa yang hendak dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan berakhir dengan bunyi. peringkat pertama kita perlu buat ialah menetapkan representasi fonologi. Makna gramatikal berbeza pula dengan makna leksikal. Sintaksis. perlambangan.. dan Semantik. Konsep memainkan peranan penting kepada manusia untuk mentakrif. 2005).dalam berjalan. pengimbuhan. atau pernyataan. rumah-rumah yang membawa maksud banyak rumah dan penghasilan kata majmuk surat khabar daripada gabungan surat dan khabar.al. 2004). ber. kita tidak mungkin berupaya mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. memutus buah fikiran. representasi sintaksis. maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna gramatikal (Kushartanti et. Bagi seorang pendengar pula. (Kushartanti et. 2005) 4 . Tanpa konsep. proses ini beralih.al. Sekiranya makna leksikal itu berkenaan dengan makna leksem yang sesuai dengan referennya. Contohnya seperti. Dalam menganalisis ayat. (Kamus Dewan. Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya. menggambarkan. maka makna gramatikal ini merupakan makna yang hadir sebagai akibat berlakunya proses gramatikal. memahami. atau menyatakan sesuatu yang lain. dan pemajmukan. Representasi bermaksud sesuatu yang melambangkan.pemahaman pengembangan linguistik seseorang. Ujaran linguistik boleh difahami dengan mudah melalui pembahagian tiga tahap ini iaitu Fonologi. gambaran. iaitu mendengar bunyi-bunyi ayat dan melakukan interpretasi. bentuk-bentuk yang berkaitan dengan gramatikal lebih tepat disebut memiliki fungsi gramatikal dan bukannya makna gramatikal. dan representasi semantik. Misalnya. penggandaan.. Tetapi menurut Setiawati Dermojuwono.

Makna asosiatif memainkan peranan yang penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat makna-makna kata 5 . afektif.Makna asosiatif biasanya dikaji dalam bidang psikolinguistik (Soenjono Dardjowidjojo.Asosiasi ini dipengaruhi unsur-unsur psikis. 1997). lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama. et. reflektif dan kolokatif. Makna asosiasi ini sebenarnya sama dengan perlambangan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai kemiripan dengan sifat. Terdapat banyak persamaan makna asosiatif di dalam satu masyarakat bahasa kerana pengalaman. 2003). makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorang apabila mendengar perkataan tertentu ( Kushartanti. Contohnya makna konotatif termasuk dalam makna asosiatif kerana kata-kata tersebut adalah berasosiasi dengan nilai rasa terhadap perkataan itu. keadaan. nada dan intonansi. Begitu juga dengan kata ‘mawar’ yang bermakna konseptual iaitu sejenis bunga yang kuning tetapi cantik dan berbau harum dinyatakan untuk perlambangan ‘bersih’ dan ‘suci’. makna afektif. 2005). Hal ini bermakna sesuatu yang berasosiasi berhubung rapat dengan makna konotatif. Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu dengan yang lain). Menurut Setiawati Dermojuwono. perkataan ‘buaya’ dikaitkan dengan ‘jahat’ atau ‘ganas’ atau membawa erti seorang lakilaki yang suka memujuk dan menipu wanita. stilistik. makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah kata dengan kata lain termasuk di dalamnya makna konotatif. makna stilistik. Makna afektif pula lebih terasa dalam komunikasi lisan kerana ia berkait rapat dengan perasaan atau emosi pembicara terhadap lawan bicara atau terhadap objek yang dibicarakan dan disampaikan dengan penuh semangat.pengetahuan dan pengalaman seseorang.3) Makna Asosiatif Menurut Leech (1976).al. perhubungan dan pertalian (Kamus Linguistik..Makna asosiatif turut memainkan peranan penting dalam menyusun teks iklan dan bukan sahaja makna referensial sahaja yang mesti ditonjolkan. atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau perkataan tersebut. Contohnya. makna refleksi dan makna kolokatif.

2005) Kesimpulan Bidang semantik mempunyai pelbagai cabang bidangnya.. Interpretasi bagi sebuah puisi tidak dapat dipisahkan dari makna asosiatif kerana interpretasi puisi menjadi lebih mudah apabila seseorang itu memahami makna asosiatif. proses atau benda. ( Kushartanti et. Jenis makna dapat dibezakan berdasarkan beberapa kriteria dan sudut pandangan. matlamat utama adalah untuk menyampaikan mesej iaitu maksud atau makna yang ingin disampaikan. Semantik juga boleh dibahagikan kepada beberapi jenis. tindakan. 6 . Mempelajari bidang semantik telah dapat memberi kefahaman kepada kita bahawa secara sedar atau pun tidak kita sebenarnya sentiasa mengujarkan atau memperlihatkan tingkah laku yang mempunyai makna yang tertentu tanpa kita sedari. Dalam penggunaan bahasa. Konsep itu merangkumi semua aspek termasuk keadaan.sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana.al. Perbincangan ilmu semantik juga perlu mengambil kira semua konsep yang terkandung dalam makna.