You are on page 1of 65

PENGENALAN & SEJARAH BOLA TAMPAR

Bola tampar merupakan satu sukan aktif Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi dengan menggunakan tangan atau mana-mana bahagian tangan untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap pasukan yang terdiri daripada enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang pihak lawan, pihak lawan melakukan kesalahan atau pihak lawan gagal mengembalikan bola dengan betul. Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula, bola keranjang dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896. Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas

telah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan. Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun. Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanghai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.

PERALATAN BOLA TAMPAR

Gelanggang Gelanggang bola tampar berbentuk segi empat tepat berukuran 18 meter panjang dan lebarnya 9 meter. Ia juga dikelilingi oleh ruang berukuran sekurangkurangnya 3 meter lebarnya. Ruang ini dikenali zon bebas. Ruang di atas bola tampar mesti bebas dari sebarang gangguan, sekurang-kurangnya 7 meter atas permukaan gelanggang bola tampar.

Permukaan gelanggang • Permukaan gelanggang bola tampar mestilah selamat untuk bermain. Hal ini bermakna permukaan licin atau kasar tidak dibenarkan. Warna muda harus digunakan untuk gelanggang bola tampar di dewan. Garisan gelanggang • Semua garisan di atas gelanggang bola tampar adalah selebar 5 cm. Warna garisan mesti warna muda dan tidak serupa dengan warna permukaan gelanggang bola tampar. Garisan panjang gelanggang bola tampar dikenali garisan tepi dan garisan pendek dikenali garisan belakang. Kedua-dua garisan tepi dan belakang dilukis di sebelah kanan gelanggang bola tampar. Zon gelanggang • Gelanggang boleh dibahagikan kepada dua bahagian oleh satu garisan yang dikenali garisan tengah yang memanjang dari garisan tepi ke garisan tepi. Setiap bahagian gelanggang pula dibahagikan lagi kepada dua kawasan yang dikenali sebagai zon depan dan zon belakang oleh satu garisan yang disebut garisan serangan (attack line).

Zon servis • Zon servis merupakan kawasan selebar 3 meter di belakang sebelahkanan garisan belakang. Zon servis memanjang dari garisan belakang sehingga ke hujung zon bebas. .

Bahagian atas jaring diregangkan dengan satu dawai untuk mengikat jaring kepada tiang.Jaring bola tampar Jaring bola tampar adalah 9. . luasnya 5 cm dilipat dan dijahit di bahagian atas jaring. Ia dibuat daripada jala hitam dengan berbentuk segi empat sama berukuran 10 cm persegi. Sehelai kain kanvas putih. Dua jalur putih selebar 5 cm dan sepanjang satu meter dilekatkan tegak pada jaring dan diletakkan di atas kedua-dua garisan tepi.50 meter panjang dan luasnya semeter. Bahagian bawah jaring pula dicelah dengan tali untuk mengikat jaring kepada tiang dan menjadikan bahagian bawah jaring tegang.

80 meter panjang dan 10 mm garis pusat diikat di luar tepi setiap penanda tepi dan diletak di sebelah jaring yang bertentangan.Antena Dua batang kaca gentian (fibre-glass rod) atau bahan serupa dengannya yang mudah lentur. Gambar di bawah menunjukkan antena. 80 cm dari setiap antena akan menganjur ke atas jaring dan ditandakan dengan jalur selebar 10 cm yang berwarna kontras antara merah dan putih. . Antena dikira sebagai sebahagian daripada jaring yang menandakan had tepi jaring dan ruang lintasan. berukuran 1.

Tinggi jaring .

• Tinggi jaring adalah 2.43 meter bagi pemain lelaki dan 2.55 meter dan ketinggian harus boleh diubah suai mengikut keperluan. tingginya 2.24 meter bagi pemain wanita.50-1. Ia diukur dari pertengahan gelanggang bermain dengan sebatang pengukur.00 meter dari setiap garisan tepi di lantai. Tiang • Tiang bola tampar mesti bulat dan licin. Tiang ini harus dipasangkan dengan jarak antara 0. Bola .

30-0. diperbuat daripada suatu lapisan kulit yang mudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang serupa di dalamnya.• Bola hendaklah berbentuk sfera. . • Kasut mestilah ringan dan mudah lentur dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit. • Adalah dilarang memakai objek-objek yang boleh menyebabkan kecederaan atau memberi sesuatu kelebihan yang tidak semula jadi kepada pemain. seluar pendek dan kasut sukan.325g/cm Pakaian • Pakaian pemain terdiri daripada jersi. • • • • Warna: Seragam dan cerah Ukur lilit: 65-67 cm Berat: 260-280 gram Tekanan di dalam: 0.

Sold in pairs. calf. The Spider Pad is ideal for basketball. Individual pads conform to and move with your body for unsurpassed comfort. comfortable and protective. football and volleyball. It is lightweight. Pelindung Lutut • Features the revolutionary HexPad™ Technology and is used to protect the knee. or arm. elbow. breathable. shin.Pelindung Siku • The unique honeycomb design contours for comfortable movement while providing cushioning protection. .

membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass).) Mengikut peraturan permainan bola tampar. 2. Servis Bawah Tangan • • • Servis yang paling senang. Kepentingan : 1. sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Jenis-jenis servis : 1.) Semasa seseorang pemain membuat servis.) Servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pasukan lawan yang menerima hantaran tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola. 2. Servis Atas Kepala . pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar olehnya. 3. Hantar tepat ke sasaran.KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR SERVIS Pengenalan : • Tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola dihantar dari kawasan servis oleh salah seorang pemain yang memegang giliran untuk melakukan servis. Sedikit daya upaya fizikal.

) Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasa menggunakan tangan kanan. 6.) Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan. 2.) Berdiri dengan kaki terbuka. satu paras bahu. 5. 4.) Letak bola di tangan kiri di depan dan sebelah kanan di bahagian kanan badan. Teknik membuat Servis Bawah Tangan Posisi Bermula 1. 3. 3. Bola dipukul dengan tapak tangan terbuka dan tangan berhenti secara serta merta.) Berdiri jauh di antara 2-10 kaki daripada garisan belakang (baseline) . • Pihak lawan sukar menimbangnya. Senang dikuasai. Lebih kuat berbanding dengan Servis Bawah Tangan.) Bengkokkan lutut sedikit dan badan menghadap ke gelanggang. Servis Gelombang • • Seakan-akan servis tenis.• • • Menjadi pilihan pemain.

2. Bengkokkan lutut kaki belakang sedikit.Lambungan 1. Semasa bola dilambungkan. Pada masa yang sama melambungkan bola terus ke atas di hadapan tangan memukul (striking hand) 3. tangan yang membuat servis ditarik ke belakang mengikut pergerakan bandul jam .

5. dengan lengan lurus. Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya. tapak tangan atau buku lima). berat badan akan dipindahkan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan.4. Pergelangan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola. Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan (limit follow-through with serving arm). 8. . 6. 7. Memukul bola dengan tangan memukul (sama ada dengan bahagian bawah tangan. Memukul bola di tengah atau di bawah sedikit.

. Berdiri menghadap jaring dengan kaki berjarak seluas bahu. Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.9. Teknik membuat Servis Atas Kepala Rangkaian pergerakan Posisi Bermula 1.

5. 2. Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand) Lambungan/Permindahan Beratan 1. Berdiri menghadap jaring. 2. 3. Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan kanan. Melambungkan bola lebih kurang 3 kaki ke atas kepala dan dihadapan bahu lengan yang membuat servis. . Mengayun lengan yang membuat servis seperti aksi membaling bola. Memukul bola dengan tapak tangan dan jari-jari dikeliling bola. Aksi Tangan 1. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan. Teknik membuat Servis Gelombang Posisi Bermula 1. Pegang bola dalam tangan lambungan (tossing hand) lebih kurang satu kaki ke belah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan. Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan kanan. 4. Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar depan. kaki berjarak seluas bahu. 4. Memindah berat badan dari belakang ke depan. 3.2. Ikut lajak dengan servis ke pertengahan badan. 2.

3. Pada masa yang sama. Meletakkan tangan servis di atas bola menghadap ke bawah (untuk menolong kawalan bola) 4. naikkan lengan lambungan. 3. Bengkokkan sedikit lutut kaki belakang. Lambungan diteruskan dengan lengan tangan bergerak ke atas berlanjutan dan lutut diluruskan. . Tidak ada pergerakan di pergelangan tangan yang membuat lambungan. 4. 6. Berat badan tertumpu di kaki belakang semasa dalam posisi bersedia. 5. Tangan servis masih berhubung dengan bola seberapa lama yang boleh. 5. 8. Lambungan dan Pemindahan Berat Badan 1. Kaki depan harus menuju dengan tepat ke tempat di mana bola akan diarahkan. Berdiri di antara 2-10 kaki jauh daripada garisan belakang. 2. Lengan lambungan dengan bola diletakkan di tapak tangan harus direntangkan ke hadapan. Lutut dibengkokkan sedikit. 7.

Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki depan apabila lambungan telah capai kemuncaknya. Melambungkan bola terus ke atas.9. Menghayun lengan memukul dengan menggunakan aksi membaling seperti dalam permainan besbol. Aksi Tangan 1. . Memulakan hayunan lengan ke hadapan apabila berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki depan. di hadapan bahu tangan servis tidak lebih drpd 18 inci tingginya. 2. 10.

5. Memastikan pergelangan tangan adalah tegar. 6. Memukul bola dengan bahagian bawah tapak tangan (heel of the hand). 4. Mata memandang bola di sepanjang masa membuat servis.3. MENYANGGA ( DIGGING ) . Kontrak bola dengan meletakkan tangan di tengah/sedikit di bawah bahagian tengah bola dengan lengan yang cukup lurus.

Turut digunakan apabila bola terlalu dekat dengan lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala. Melipatkan kedua-dua ibu jari ke bawah dengan rata. Juga digunakan untuk menerima servis dan serangan dari pihak lawan. 4. Letakkan belakang sebelah tangan diatas tapak tangan sebelah tangan yang lain. 3. 1. Dig juga digunakan sebagai teknik menahan dan mengawal semula bola. Meletakkan berat badan di bebola kaki dalam posisi seimbang. 2. CARA-CARA MENYANGGA Posisi bersedia 1. .Menyangga juga dikenali sebagai hantaran bawah tangan (DIG). Kaki berjarak seluas bahu. Kedua-dua lengan berada sejajar dengan peha. Hantaran ini adalah hantaran bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan (A two handed under hand pass).

5. 5. Satu kaki didepan dan satu kaki dibelakang. Lengan diluruskan. punggung dan bahu menuju ke arah bola yang hendak dihantarkan. Melangkah ke sasaran dan menghulurkan kedua-dua lengan bagi bola yang lambat. Melangkah ke sasaran dengan lutut. Lutut dibengkokkan sedikit. 2. Bergerak ke arah bola. 3. Melangkah dengan kaki yang terdekat dengan sasaran. Pergerakan 1. Melangkah ke arah bola dengan kedua-dua lengan dihulurkan. . Siku-siku memutar ke arah satu sama lain dan terkunci. Menarik sedikit atau mengendurkan kedua-dua lengan untuk bola yang laju. 4. 6. 6. 4.2. 3. Tubuh badan tegak.

dengan sebelah kaki depan . dengan pergerakan bahu yang minimum. Kendurkan bahagian atas tubuh. Memukul bola di depan badan dan di antara kedua lutut. Pastikan tapak pemukul adalah stabil. Kaki berjarak. 7. Memukul bola diantara dua hingga enam inci dari pergelangan tangan. . 4. Letakkan kaki luar ke hadapan dan memusingkan badan untuk menghadap sasaran. Mata sentiasa memandang bola semasa penghantaran bola dibuat. 2. Pastikan kedua-dua ibu jari adalah sejajar. 6.Memukul bola 1. 5. 3. Menolak ke atas dan terus melalui kaki. Kunci kedua-dua siku dengan meluruskan kedua-dua lengan dan pergelangan tangan. dan bengkokkan lutut untuk menerima hantaran. Tips menyangga 1. 3. 2.

Hantaran bawah tangan arah sisian (lateral movement) .8. Variasi menyangga Persediaan kedudukan asas. Hantaran bola tinggi.

.1. Memukul bola kemudian menyepak kaki depan ke atas.) Junam dan tangkap (Dive & Catch) Menghulurkan lengan serentak dengan menyepak sebelah kaki ke atas.

.Menghulurkan seluruh badan. pemain menurunkan dadanya untuk daratan selamat. Gunakan gerakkan tekan tubi. berat badan tertumpu di belakang lengan yang dihulurkan.

ii. iv. iii. Dada diturunkan.2. keseluruh badan diluruskan dengan berat badan tertumpu di belakang lengan yang diluruskan. Menyentuh bola dengan menghulurkan belakang tangan. Badan ditarik . Kaki disepak ke atas.) Junam dan luncur (Dive & Slide) i.

Melakukan hantaran dengan ikut lajak arah sasaran.) Junam dan Pusing (Dive & Turn) • • • Melangkah ke arah bola dan memutar di atas bebola kaki. Mendarat di atas kedua-dua tangan dan menurunkan badan. .3.

Bongkokkan kepala ke bahu lengan yang memukul. Menolak kaki ke atas dan melintasi (over) bahu lengan yang lain (bukan bahu yang memukul) 7. . Meluncur di sisi lengan memukul. 6. 2. 3. Menyentuh bola dengan pergelangan tangan yang dihulurkan. 5. 4. Posisi bersedia. Melangkah panjang dan rendah ke arah bola.Berguling 1. Berdiri di atas dua kaki.

• Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang kepada rakan sepasukan untuk membuat rejaman. belakang dan sisi. Jangan sekali-kali membiarkan bola menyentuh tapak tangan. Segi tiga itu dibesarkan mengikut keselesaan individu. iaitu seperti berikut: 1. Teknik Melakukan Hantaran Atas • Prinsip segi tiga digunakan: Jari membentuk segi tiga dengan kedua-dua ibu jari sebagai dasar dan jari-jari lain sebagai sisi segi tiga itu. • Satu hantaran atas yang baik akan bergerak melengkung setinggi satu meter di atas aras jaring.) • Mengumpan (Setting) Pukulan mengumpan biasanya dilakukan dalam sentuhan bola yang kedua dalam permainan. 2. Cara melompat : hadapan dan belakang. Terdapat dua jenis hantaran atas. Cara berdiri : hadapan. • • • Jari-jari dibuka dan kedudukan siku dikeluarkan sedikit daripada bahu. untuk memegang bola dengan baik. • • Hantaran atas dianggap sebagai kunci kepada serangan semasa bermain. Tapak tangan diletakkan 15-20 cm di hadapan muka dan tidak jauh dari dahi.TEKNIK ASAS PERMAINAN BOLA TAMPAR 1. . Bahagian sentuhan bola ialah pada hujung jari.

pemain perlu membengkokkan badan dan memukul bola. Penujuan ke jaring. 4. Merejam bola bertujuan memukul bola dengan sekuat mungkin ke bawah supaya ia terjatuh di gelanggang lawan dan gagal diselamatkan oleh lawan. 3. Cara ini merupakan cara menyerang pihak lawan. 2. Kemahiran ini memerlukan pemain melonjak melebihi paras jaring. Lonjakan. Pergerakan badan di udara sebelum aksi memukul bola.) • Merejam (Spiking) Merejam ialah memukul bola dengan pantas ke dalam lawan. • Rejaman bola boleh dibahagikan kepada empat peringkat seperti berikut: 1. Aksi pukulan bola. .Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat membuat rejaman 2. • • Semasa di udara.

Untuk larian tiga langkah. Lonjakan 1. tangan kanan ke hadapan dan diikuti ke atas. ia hendaklah bermula dari persimpangan garis serangan dan garis tepi dengan kaki kiri. diikuti dengan bebola tapak kaki. Lonjakan bermula dengan sentuhan tumit. 2. 6. diikuti dengan langkah kanan. Titik lonjakan terbaik ialah pada titik bola 45-50 cm daribahu kanan. Semasa langkah ketiga dibuat dengan langkah kiri.Penujuan 1. Tangan diayun ke hadapan dan diikuti ke atas sekuat mungkin. Lonjakan dan pendaratan adalah dengan dua kaki. 5. Lonjakan dilakukan sejurus tumit berada pada peringkat akhir penujuan atau detik akhir kaki menyentuh lantai. Larian ke hadapan tiga langkah atau dua langkah digunakan mengikut kebiasaan pemain. kaki kanan digerak serentak. 3. Lengan dibengkokkan di siku dan dibawa ke belakang telinga dengan siku menghala ke hadapan. 4. Badan diluruskan. 2. 3. Semasa lonjakan. Pergerakan Badan Sebelum Pukulan 1. .

Tangan kiri menghulur ke arah bola menyebabkan bahu kanan lebih rendah daripada bahu kiri. Tapak tangan digerakkan ke hadapan apabila hampir dengan bola dan terus memukulnya. .2. Belakang badan dilentikkan. Jari-jari dan pergelangan tangan dalam keadaan biasa. Apabila bola hampir dengan tangan kanan. tangan kiri dijatuhkan untuk Aksi Pukulan 1. Tangan di belakang telinga digerakkan ke atas dan ke hadapan. 3. 3. 2. ke arah bola. Badan digerakkan ke hadapan. 4.

c. Lutut bengkok.KEMAHIRAN MENGADANG (BLOCKING) Mengadang adalah kemahiran pertahanan untuk mengawal dan mengadang rejaman bola dari pihak lawan. Tangan diangkat tinggi daripada bahu. d. dalam posisi merunduk sedikit. Berdiri berjarak sepejangkauan dari jaring b. Mengawasi sudut penujuan perejam . Tujuan menghadang : • • Mengurangkan kelajuan Memesongkan bola kepada pemain pasukan sendiri Cara menghadang • Posisi bersedia a.

Tangan-tangan dan jari-jari harus tegak dan keras. Menghulurkan tangan seberapa tinggi yang boleh dan melintasi jaring. Mendarat di atas kedua-dua belah kaki. Bengkokkan lutut sebelum melonjak dengan kedua –dua belah kaki. d.Aksi Mengadang a. c. . bersedia untuk pukulan yang kedua. b.

Teknik pergerakan penghadangan • Teknik pergerakan ke posisi pengadangan yang betul 1. Buka kekuda kaki dan posisi sentiasa menghadap jaring dan tangan lebih tinggi daripada bahu. Sisian (side-step) i. Pastikan posisi pengadang berhadapan dengan bahu pihak lawan yang akan menampar bola iii. . Jika pemain yang akan menampar bola berada 3-5 kaki daripada pemain pengadang ii.

Bersilang (cross-over) i. iv. ii.2. . Sebelah kaki dihadapan dan sebelah kaki dibelakang . iii. v. Boleh dilakukan seorang pemain. Digunakan apabila permainan memerlukan ruang bergerak yang besar/luas. Bersedia untuk menghadang bola . Posisi tangan tinggi daripada bahu dan kaki dibengkokkan sedikit.

pihak penganjur harus tahu terlebih dahulu bilangan atau jumlah pasukan yang akan bertanding. Dalam menentukan sistem pertandingan. sistem kalah mati dengan bye. sistem kalah mati dua kali. Pihak yang mengelolakan pertandingan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan perancangan dan persediaan. sistem liga berkumpulan. Pemilihan sistem pertandingan itu hendaklah sesuai dengan matlamat utama pertandingan itu diadakan namun sesuatu pertandingan itu mesti dikelolakan dengan cara yang sama. setiap empat tahun. setiap dua tahun. khususnya di sekolah-sekolah. dan kehadiran pegawai pertandingan. seperti setiap tahun. Antaranya ialah sistem liga. Pemilihan tuan rumah boleh diadakan dan juga boleh bertukar ganti.SISTEM PERTANDINGAN BOLA TAMPAR Sistem pertandingan ialah bentuk atau jenis pertandingan yang akan dijalankan. Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. . sistem kalah mati sekali. Semua bentuk atau sistem pertandingan ini bolah dijalankan secara bersiri. setiap penggal persekolahan dan sebagainya. sistem cabarmencabar dan sistem ombak. tempoh untuk pertandingan itu diadakan. Terdapat berbagai-bagai bentuk pertandingan yang biasa digunakan.

Perlawanan antara setiap pasukan boleh diadakan sekali sahaja. akan di kira dan di hitung. iaitu secara timbal balik. Pasukan yang memungut mata terbanyak dikira johan. dan kalah tidak mendapat sebarang mata. Jumlah mata keseluruhan setelah semua pasukan bertemu sama ada sekali atau dua kali mengikut ketetapan yang dibuat. Biasanya pertandingan sistem ini dianjurkan apabila masa dan pegawai-pegawai pertandingan mencukupi. Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sekali sahaja. Setiap pasukan yang memenangi sesuatu perlawanan diberikan dua atau tiga mata. dan jumlah mata kedua banyak dikira naib johan dan begitulah seterusnya. pertandingan itu dikenali dengan liga dua pusingan. Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sebanyak 2 kali. pertandingan itu dikenali dengan liga satu pusingan.) SISTEM LIGA (Mengikut Peraturan Am Pertandingan MSSM) Pertandingan menggunakan sistem liga ini bermaksud tiap-tiap pasukan akan bermain dengan pasukan-pasukan lain. Jika terdapat lebih daripada satu pasukan memperolehi mata yang sama. dan boleh juga diadakan dua kali. pihak penganjur boleh menentukan pemenang dengan cara perbezaan atau purata gol mengikut peraturan yang ditetap dalam pertandingan tersebut. . pertandingan itu dikenali sebagai separa liga.JENIS-JENIS SISTEM PERTANDINGAN 1. Manakala jika peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. seri diberikan satu mata setiap pasukan.

Susunan Pusingan Pertandingan Liga Formula untuk memyusun jadual pertandingan liga ialah angka 1dikekalkan kedudukannya. manakala angka-angka lain akan beralih mengikut pusingan jam atau sebaliknya. dimana N= jumlah atau bilangan pasukan yang mengambil bahagian Sebagai contoh. Sebagai contoh : . jumlah pasukan atau peserta ialah 6.Penentuan Bilangan Perlawanan Bilangan atau jumlah perlawanan yang harus diadakan dalam satu-satu pertandingan menggunakan sistem liga boleh ditentukan menggunakan formula seperti yang berikut : . Jumlah perlawanan N ( N-1) / 2 = 6 (6-1) / 2 = ( 6 x 5) / 2 = 15 perlawanan Mengikut sistem liga sekali ( single league match) enam pasukan akan bermain sebanyak 15 perlawanan manakala untuk sistem liga dua kali ( timbal balik) lapan pasukan akan bermain sejumlah 30 perlawanan.

.Menentukan Kedudukan Jadual 1 menunjukkan contoh kedudukan keputusan pertandingan secara liga ditentukan dengan pengiraan. Jadual 1 di mana.

) SISTEM LIGA BERKUMPULAN Dalam sistem pertandingan liga kumpulan.2. dan johan kumpulan C bertemu dengan johan kumpulan D. Jika terdapat empat kumpulan. Tiap-tiap satu kumpulan mengandungi antara tiga hingga lima pasukan. Semua pasukan ini bertanding secara liga kumpulan. Sistem liga kumpulan ini boleh digunakan untuk mengurangkan bilangan perlawanan jika terdapat banyak pasukan atau peserta menyertai pertandingan liga. (Lihat Jadual 2) Pusingan akhir ini boleh juga dijalankan secara kalah mati. Johan atau pemenang dalam setiap kumpulan akan memasuki pusingan akhir. Setiap pasukan akan bermain dengan semua pasukan lain dalam kumpulan masing-masing. Jadual 2 . Penganjur boleh menetapka sebagai johan kumpulan A bertemu dengan johan kumpulan B. pasukan atau peserta yang bertanding dibahagikan kepada beberapa kumpulan. maka berdasarkan kepada johan setiap kumpulan terdapat empat pasukan yang layak. Sistem pembahagian mata adalah sama dengan sistem liga terbuka.

Rajah 1 : Carta Pertandingan Liga Berkumpulan dengan Pertandingan Kalah Mati Rajah 2 : Carta Liga Berkumpulan .

Penentuan Bilangan Perlawanan Bilangan perlawanan yang dijalankan dapat dikira dengan cara menolak angka 1 daripada jumlah pasukan yang terlibat mengambil bahagian.masa tambahan akan diberikan. pegawai pertandingan. Jika perlawanan berakhir dengan seri. Ada kalanya sistem ini dijalankan untuk pusingan kedua atau pusingan akhir selepas pertandingan dijalankan secara liga pada peringkat awal.) SISTEM KALAH MATI Sistem pertandingan ini menyingkirkan pasukan yang kalah. Melalui sistem ini. Jika kedudukan masih seri lagi selepas masa tambahan. Sistem ini biasanya digunakan apabila masa.3. undian atau percubaan jaringan diberikan untuk menentukan pemenang. . kemudahan tempat dan peralatan. Pemenang pada satu-satu perlawanan akan mara ke pusingan berikut.) Sistem Kalah Mati Sekali (single elimination tournament) Sistem pertandingan ini merupakan cara yang paling ringkas untuk dikelolakan. Ada kalanya pula ia diadakan terus tanpa didahului oleh sistem liga pada peringkat awal. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu sistem kalah mati sekali dan sistem kalah mati dua kali. Proses ini akan berterusan sehingga hany terdapat satu pasukan yang tinggal. Pasukan yang kalah tidak berpeluang untuk bertanding dalam perlawanan tersebut. serta perbelanjaan adalah terhad selain diadakan atas sebab terlalu ramai peserta atau pasukan yang mengambil bahagian. a. setiap pasukan yang menyertai pertandingan ini akan diundi untuk menentukan pihak lawan masing-masing.

16. (Lihat Rajah 3. 5 dan 6). 4. Bye mesti diletakkan pada kedua-dua bahagian. ia tidak memerlukan pasukan menunggu atau bye yang mana semua pasukan akan berlawan dengan pihak lawan masing-masing. 64 dan sebagainya. Rajah 3 : Carta Sistem Kalah Mati Sekali Rajah 4 : Sistem Kalah Mati Sekali bagi 8 pasukan . 32. iaitu bahagian atas dan bahagian bawah. jumlah pasukan bertanding ialah 4.Penyusunan Jadual Perlawanan Jika dalam sesuatu pertandingan. 8.

Pasukan yang menang akan terus ke perlawanan berikut. Sekiranya pemenang pertandingan datang dari kumpulan yang telah kalah sekali.Rajah 5 : Sistem Kalah Mati Sekali 6 pasukan Rajah 6 : Sistem Kalah Mati Sekali 5 pasukan dengan 3 bye b. . Pasukan itu berpeluang bermain hingga ia kalah kali kedua di mana ia akan tidak akan bermain lagi. maka pasukan yang tewas boleh meminta satu lagi perlawanan.) Sistem Kalah Mati Dua Kali ( double knock-out system) Sistem ini bermaksud pasukan yang kalah sekali dibenarkan bermain lagi.

Penyusunan Jadual Perlawanan Rajah 7 menunjukkan carta perlawanan kalah mati dua kali.) Sistem Kalah Mati Sekali Diikuti dengan Pertandingan Sagu Hati Sistem pertandingan ini merupakan pasukan yang kalah dalam pusingan pertama. akan diberi peluang bermain dalam kumpulan yang kalah. Rajah 7 c. ia akan menjadi pemenang sagu hati. . Jika pasukan itu terus menang dalam kumpulan itu.

.Penyusunan Perlawanan Rajah 8 : Sistem Kalah Mati Sekali dengan Sagu Hati 8 Pasukan Rajah 9 : Sistem Kalah Mati Sekali dengan Sagu Hati 7 pasukan dengan 1 bye. Rajah 10 : Sistem Kalah Mati Sekali dengan Sagu Hati 6 pasukan dengan 2 bye.

) SISTEM OMBAK Sistem ini adalah jenis sistem kalah mati terbaru. Penyusunan Perlawanan Dalam sistem ini. Selepas tamat pertandingan pusingan kedua.4. Pergerakan ini adalah seperti pergerakan ombak. Jika minat bertanding akan dikekalkan dan diteruskan sepanjang perlawanan diadakan. Rajah 7 menunjukkan contoh carta sistem ombak. Nombor ini akan digunakan sepanjang masa pertandingan dijalankan. dan yang menang dalam kategori B. . Selepas tamat pertandingan pusingan pertama. jika lapan atau lebih peserta bertanding. semua peserta bergerak ke pusingan kedua. semua peserta mula bertandingan daripada kategori A a\pada pusingan pertama. semua peserta yang menang bergerak ke pusingan ketiga. Sebagai contoh. Yang kalah akan diletakkan dalam kategori A. Sistem ini lebih baik jika dibandingkan dengan sistem kalah mati yang biasa digunakan. ada kemungkinan seorang peserta yang telah kalah tiga kali masih boleh memenangi kejohanan itu. Mengikut sistem ombak. tetapi memasuki kategori yang tidak sama. Yang kalah dikekalkan dalam kategori itu. Hanya peserta yang hadir pada hari pertandingan diberi nombor-nombor tertentu. peserta akan diberikan nombor-nombor tertentu.

Rajah 11 : Sistem Ombak .

PRINSIP ASAS KECERGASAN : LATIHAN LITAR

Pengenalan dan Sejarah Latihan Litar Latihan Litar atau “Circuit Training” ialah suatu kaedah latihan yang mudah dan berkesan, yang dapat digunakan oleh kebanyakan jurulatih. Latihan ini sebenarnya mengandungi satu latihan yang dapat kita gayakan mengikut keperluan sukan tertentu. Latihan litar ini merupakan beberapa urutan aktiviti senaman yang dipilih dan diatur mengikut suasana tertentu. Semua aktiviti ini dilaksanakan dengan rehat yang minima di antara aktiviti. Satu kebaikan yang nyata pada latihan litar ialah semua aspek pelaziman jasmani dapat dijalankan. Latihan litar dapat digunakan untuk pelaziman daya otot dan daya tahan kardiovaskular, kuasa aerobik, kemampuan anaerobik atau daya laju dan kelembutan. Oleh kerana latihan litar untuk beberapa komponen kecergasan boleh dijalankan serentak, latihan litar sesuai bagi satu kumpulan peserta. Tujuannya untuk meninggikan ketahanan otot-otot. Dilakukan dengan mempercepatkan aliran darah yang membuat seseorang atlet berlari lebih elok dengan mengatasi keletihan dan juga kelesuan. Latihan-latihan dikerjakan dengan tertib seperti mana tercatat di dalam senarai di bawah ini: a. Adalah penting menyimpan rekod latihan atlit. b. Masa untuk menjalankan tiap-tiap latihan ialah 30 saat dari waktu rehat selama 60 saat atau 30 saat (mungkin dipendekkan lagi, ini terpulang kepada masa latihan dan keadaan atlit itu sendiri). c. Waktu rehat diberi antara satu sama lain. d. Biasanya latihan litar tamat setelah menjalani 1 kali pusingan dalam satu set tetapi boleh juga diteruskan kepusingan kedua setelah atlit itu dalam keadaan sedia.

Latihan litar buat pertama kali telah diperkenalkan di Universiti Leeds , England dalam tahun 1953. Ia telah diperkenalkan oleh R.E Morgan dan G. T Adamson (1961). Latihan Litar ini telah diterima dan mendapat yang lebih baik keberkesanannya.

Definisi Latihan Litar Menurut Sorani (1976), latihan litar ialah satu kaedah latihan kecergasan yang bertujuan untuk menambahkan kekuatan dan daya tahan otot, serta daya tahan kardiovaskular. Latihan litar merupakan beberapa aktiviti senaman yang dipilih, diatur dan dinomborkan di tempat tertentu. Setiap tempat yang dinomborkan adalah dipanggil stesen, di mana untuk memudahkan pelaku bergerak dari satu stesen ke satu stesen dalam litar mengikut turutan yang ditetapkan. Peserta dikatakan telah melakukan satu set latihan ataupun satu litar setelah menghabiskan satu pusingan latihan. Bilangan satu set latian yang diperlukan adalah bergantung kepada keperluan dan kemampuan individu. Bilangan stesen dan jenis aktiviti di setiap stesen disusun berdasarkan tahap kecergasan atlet, umur, jenis permainan, atau sukan peserta dan komponen kecergasan yang hendak dibina. Mengikut Anthony A. Annarino pula, latihan litar ialah satu kaedah latihan suaian fizikal (conditioning) di mana prinsip lebihan beban diamalkan kepada otot dan sistem respirasi dalam tempoh masa yang dihadkan. Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam latihan litar ialah: i. Faktor masa ii. Faktor ulangan

i.

Faktor Masa

Ulangan dilakukan dan masa melakukan direkodkan untuk setiap stesen dalam masa satu minit atau 30 saat dengan mengambil 50 % daripada dosej dan digunakan dalam latihan. Latihan akan dijalankan mengikut urutan dari stesen permulaan hingga ke stesen akhir tanpa rehat. ii. Faktor Ulangan

Latihan litar dibuat secara ulangan. Masa lakuan dan masa rehat bagi setiap aktiviti ditetapkan.

Ciri-Ciri Penting Latihan Litar Menurut Morgan dan Adamson (1961) telah mengemukakan tiga ciri penting mengenai latihan litar: i. ii. iii. Latihan litar adalah bertujuan untuk membina daya tahan otot dan kardiovaskular. Latihan ini menggunakan prinsip ‘progressive overload’. Sekiranya ramai peserta yang hendak melakukan serentak dalam latihan litar, maka bilangan ulangan aktiviti ditetapkan dan mereka dapat menilai kemajuan dalam perubahan masa lakuan.

Objektif Latihan Litar i. ii. iii. Meningkatkan daya tahan aerobik. Membina dan meningkatkan kemampuan kardiovaskular. Membina kekuatan dan daya tahan otot.

ii. c. Sesuai untuk meningkatkan kecergasan otot dan sistem kardiovaskular. Denyutan nadi sejurus selepas latihan litar. v.iv. . b. Konsep keindividualan dalam latihan ini membolehkan atlit maju mengikut tahap kemampuan maksimum individu. Rasional Pemilihan Latihan Litar i. iii. Setiap aktiviti dirancang dengan teliti dan sistematik. Latihan hendaklah selaras dengan tujuan dan objektif latihan. Masa pemulihan selepas latihan litar. Kaedah menjalankan aktiviti mestilah betul dan diselaraskan. kesegaran dan ketangkasan. Menambahkan kuasa otot. Penyusunan dari stesen ke stesen hendaklah betul supaya tidak berlaku penumpuan bahagian otot yang sama secara berturutan. ii. Intensiti atau beban kerja yang dilakukan. d. iii. Prinsip-Prinsip Latihan Litar i. Penilaian kesan latihan boleh dilakukan dari masa ke masa dengan merujuk kepada beberapa pembolehubah : a. iv. kelenturan dan ketangkasan. Masa pencapaian. Meningkatkan koordinasi.

pelaku mesti bergerak ke stesen berikutnya dan bersedia untuk memulakan aktiviti senaman seterusnya. ii. . iii. Tempoh masa.v. iv. Peserta haruslah menghabiskan latihan dalam masa atau ulangan yang ditentukan dan masa rehatnya satu minit atau 30 saat bagi setiap stesen. Faktor-Faktor yang Perlu Dipertimbangkan Apabila Menyediakan Latihan Litar i. Penilaian dan penyimpanan rekod. vi. Stesen dalam susunan yang sama setiap sesi latihan. v. Menggunakan prinsip ‘progressive overload’ atau tambah beban. Matlamat dan objektif. vii. Komponen yang hendak dilatih pengkhususan atau spesifik. Merangka program latihan (jenis latihan). vi. Kemudahan (alatan). Dalam masa rehat ini.

Menyejukkan badan selepas latihan. Mempelbagaikan corak latihan. Melaksanakan aktiviti: • • v. Lakukan secara perlahan-lahan. Mencapai tahap ambang dan pastikan beban latihan yang betul. Mencatat atau rekod aktiviti berkenaan. ix. vii. . Memanaskan badan: Kelonggaran dan regangan. Memilih aktiviti latihan.) ii. Menyimpan rekod.Prosedur-prosedur Latihan Litar i. Membuat penilaian dan ubahsuai jika perlu. iii. Objektif latihan (Apa yang hendak dicapai dalam latihan perlu dikenalpasti atau keperluan atlet. Latihan hendaklah menarik minat atau menyeronokkan. vi. viii. iv.

Phosfokeratin (PC) adalah sebatian yang dinistisiskan kembali ADP dan ATP yang menyebabkan sumber ATP terhasil untuk membekalkan tenaga kepada otot dalam masa yang singkat. Mengekalkan koordinasi. Kebanyakan Latihan Litar melibatkan 8 hingga 15 aktiviti menggunakan ulangan tertentu dan bergantung kepada tahap kecergasan fizikal seseorang. Mengekalkan daya tahan anaerobik. Sistem ATP-PC Dalam sistem penghasilan tenaga ini. v. Mengekalkan daya tahan aerobik. Mengekalkan daya tahan otot. dan ketangkasan. iv. Tenaga yang diperlukan terbentuk dari dua proses iaitu : 1. Mengekalkan daya tahan kardiovaskular. aktiviti yang dibuat hendaklah dipelbagaikan. ii. Ketika melaksanakan Latihan Litar. . kelenturan. tenaga diperlukan untuk melakukan aktiviti. penghasilan ATP dari sistem ini tidak memerlukan oksigen.Aspek-aspek Kecergasan Latihan Litar boleh dilakukan di dalam dewan kerana untuk mengelolakan Latihan Litar ini tidak memerlukan kawasan yang luas. iii. Aspek aspek kecergasan yang terlibat dalam Latihan Litar adalah: i. Sistem Tenaga Semasa Melakukan Latihan Litar Semasa melakukan Latihan Litar.

Tenaga ATP – PC dan Asid Laktik lebih kurang 90 %. Menghasilkan sangat sedikit molekul-molekul ATP (satu molekul glikogen menghasilkan dua molikul (ATP). iii. ii. Dalam Latihan Litar. Tidak memerlukan oksigen dan pembakaran yang berlaku tidak lengkap.2. SUMBER : “ Interval Training. ii. Keperluan Sistem Tenaga i. Oksigen pula tidak berapa digunakan kerana masa setiap aktiviti adalah pendek. Sistem Asid Laktik (anaerobik) ATP terbentuk dari pemecahan makanan yang tidak lengkap kepada asid laktik. Fox and Methew 1964 “ . Ia juga adalah sistem anareobik kerana ia: i. Asid Laktik dan Oksigen lebih kurang 10 %. setiap aktiviti dilakukan dalam jangka masa yang pendek (30 saat) dengan sistem anaerobik digunakan iaitu ATP – PC dan Asid Laktik. Sistem tenaga ini hanya memberikan sumber tenaga hanya di mana di antara dua hingga tiga minit (selepas ATP-PC).Tenaga anaerobik merupakan keupayaan melakukan gerak kerja atau latihan yang berintensiti tinggi dalam jangka masa yang singkat. Menggunakan karbohidrat sebagai bahan pembakaran. Ini disebabkan tenaga dapat diadakan dengan segera.

N.Pengiraan Kadar Nadi Cara menganggar / menentukan Kadar Nadi Latihan: K.R – Kadar Nadi Rehat (kadar nadi selepas bangun tidur) K. Pengurangan daya rintangan dalam kawalan otot. v. ii.N. Perubahan kimia otot. iv. Pengurangan lemak. iii. . Pertambahan saiz fiber atau tisu. Pertambahan jumlah fiber yang aktif.M – Kadar Nadi Maksimum (220-umur sebenar) K.N.L – Kadar Nadi Latihan PERKARA Maksimum Kadar Nadi Kerja Kadar Nadi Latihan Nadi Tertinggi PENGIRAAN 220-umur (20) = 200 200-70 (KNR) = 130 130 x 60% + 70 = 148 80% + 70 = 174 Jadual 3: Contoh pengiraan kadar nadi latihan : Perubahan Fisiologi Perubahan-perubahan fisiologi yang berlaku akibat daripada peningkatan kekuatan otot adalah seperti berikut: i.

tahap. Kelemahan Latihan Litar Antara kelemahan Latihan Litar ialah bagi peserta yang kurang berdisiplin atau lemah akan mengambil kesempatan untuk melakukan latihan secara kurang jujur. Menitikberatkan perbezaan individu dari aspek fisiologi. viii. Memotivasikan peserta atau atlet kerana masa sasaran atau bilangan. ix. dan kebolehan. ii. Bilangan dan jenis latihan bergantung kepada objektif. Kemudahan yang bebas. x. iii. vii. kemampuan. ulangan dan kekerapan. iv.Kebaikan Latihan Litar i. Keadaan ini mudah dilakukan kerana pada kebanyakan masa para peserta sibuk menjalankan aktiviti masing-masing. Latihan Litar juga hanya dirancang untuk mencapai kecergasan fizikal keseluruhannya dan bukan sebagai suatu latihan jenis prestasi tertentu. Boleh dilakukan oleh seorang atau berkumpulan dalam satu sesi. Di samping itu. Melibatkan ketiga-tiga aspek intensiti. Boleh diubahsuai mengikut kehendak jurulatih atau pelaku. Boleh diubahsuai mengikut masa. v. Oleh . vi. umur. Boleh digunakan untuk menguji diri. Boleh dilakukan tanpa alat.

iii. Aktiviti latihan litar (contoh) 1. Menambahkan bilangan aktiviti dalam setiap set.) Jack knife 8.keran Latihan Litar merupakan suatu aktiviti yang bertujuan untuk menghabiskan aktiviti dalam masa yang singkat atau dengan cepat.) Lari ulang alik 4. Mengurangkan masa sasaran.) Skipping 6. tambahan bebanan boleh dibuat dengan tiga cara iaitu: i. . kadangkala jika peserta kurang cergas.) Tekan tubi 2.) Bangun tubi 3. Menurut Benjamin Ricci (1989).) Burpee 5. Mencari dosej maksimum yang baru mengikut kaedah awal. dia akan cuba mamaksa dirinya dan ini akan menyebabkan kecederaan terhadap peserta terbabit.) Lompat selang seli (alternate split jump) 7. mencari dosej latihan dan masa sasaran. ii.) Angkat kaki Mencari Dosej Maksimum yang Baru.

v. Bagi setiap aktiviti. peserta “A” dapat melakukan bangun tubi sebanyak 30 kali. Peserta perlu memanaskan badan sekurang-kurangnya 10 hingga 15 mint dengan kadar denyutan nadi seminit. Peserta melakukan Latihan Litar untuk setiap stesen secara pusingan jam. vii. namun ianya untuk meningkatkan kecergasan. Oleh itu dosej latihannya bagi 50 % ialah 15 kali. cara perlakuan mesti didemonstrasikan terlebih dahulu dari stesen taklimat atau penerangan. iii. . i. ix. peserta hendaklah melakukan litarnya sebanyak tiga pusingan tanpa rehat untuk tujuan mencari masa dasarnya.Peraturan Semasa Pelaksanaan Latihan Litar. iv. Aktiviti yang dibuat bukanlah pertandingan. Contohnya dalam tempoh 30 saat. bersedia dan setiap pasangan bermula dari stesen yang berlainan. Setelah setiap peserta menamatkan semua aktiviti bolehlah mendapatkan dosej bagi setiap aktiviti iaitu 50 % daripada keupayaan minimum. Kadar denyutan nadi hendaklah diambil selepas aktiviti untuk setiap stesen. vi. Berikut adalah dinyatakan peraturan-peraturan yang perlu diikuti semasa melaksanakan Latihan Litar. ii. Peserta dalam keadaan berpasangan. viii. Setiap pasangan seorang akan bertindak sebagai pencatat masa atau skor dalam tempoh ulangan yang ditentukan. Setelah memperolehi dosej latihan.

peserta hendaklah melakukan aktiviti menyejukkan badan. b. Mencari dosej maksimum yang baru mengikut kaedah awal. mencari dosej latihan dan masa sasaran. Berdasarkan masa dasar yang diperolehi. peserta akan dapat menetapkan masa sasaran iaitu 2/3 dari masa dasar atau berdasarkan peratus dari masa dasar.x. Mengurangkan masa sasaran. Mencari dosej maksimum yang baru menurut Benjamin Rocci (1989) tambahan beban boleh dibuat dengan tiga cara iaitu : a. xi. Menambahkan bilangan aktiviti (stesen) dalam setiap saat. . c. xii. Selepas tamat latihan.

Ulangan K.Jantung Rehat Latihan Stesen 1 2 3 4 5 6 7 8 Jenis Senaman Tekan tubi Lari ulang alik Bangun tubi Burpee Angkat kaki Lompat selang seli Jack knife Skipping B.Nadi .Contoh Borang Rekod Nama Jantina Umur K.

html Tiada Nama Pengarang.wordpress. Bola Tampar. http://www.umt. http://www. Pengenalan Bola Tampar. Peraturan Pertandingan Bola Tampar Pantai (Wanita) Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.my/sukanun7/doc/Peraturan%20Bola%20Tampar%20Pantai %20Wanita. http://ms.docstoc. Undang-undang Permainan Bola Tampar.com/muat_turun/Bahan %20PPK/bsk/bsumber/bs_ssukan_t4. http://apui.pdf Tiada Nama Pengarang.RUJUKAN SUMBER BUKU Helen Ten Hong Beng (1992). SUMBER INTERNET Tiada Nama Pengarang. GERKO Pengurusan dan Pengelolaan Sistem Pertandingan.scribd. Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti Sdn.docstoc. http://www. Sains Sukan Tingkatan 4.com/2011/03/undang-undang-am-bola-tampar.blogspot.com/docs/63515874/kecergasan-fizikal-lg Tiada Nama Pengarang.org/wiki/Bola_tampar Tiada Nama Pengarang. http://zaireeymyeasyhits4u.com/doc/53359040/Pengurusan-GERKO-Sistem-PengelolaanPertandingan Tiada Nama Pengarang. Bhd. Latihan Litar. Pengelolaan dan Pengurusan Pertandingan Sukan .pdf Tiada Nama Pengarang.com/docs/80220076/PENGENALAN-BOLA-TAMPAR . http://www. http://www.wikipedia.com/latihan-litar/ Tiada Nama Pengarang.staripoh.edu. Kecergasan Fizikal.

saya lebih memahami dan berminat dengan permainan bola tampar ini dengan lebih mendalam.REFLEKSI Pertama sekali saya sangat bersukur kerana saya dapat menyiapkan folio ini dengan jayanya. saya dapati bahawa setiap yang saya pelajari sebenarnya mudah untuk difahami. Walaupun sepanjang proses melaksanakan tugasan ini saya terpaksa berkorban sama ada dari segi masa. iaitu Encik Abdul Aziz Osman dan Puan Sapiah Uyuni binti Md. Disediakan oleh. Namun setelah diberi penerangan daripada pensyarah-pensyarah Gerko Permainan Bola Tampar. Namun begitu setelah saya berusaha dan menyertai kursus bola tampar. Akhir kata. saya begitu bersyukur serta gembira kerana dapat juga saya siapkan folio ini dengan adanya kerjasama dari ahli kumpulan saya. namun saya tetap berpuas hati kerana hasil kerja keras saya telah dapat saya siapkan tugasan folio ini. Tugasan ini banyak membantu saya memahami mengenai permainan bola tampar yang sememangnya ramai pelajar cuma mengetahui asasnya sahaja. Saya berharap agar dapat lebih memahami secara mendalam tentang bola tampar. Apa yang dapat saya gambarkan semasa menerima tugasan ini ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada dari segi masa. Segala kekeliruan saya terhadap bidang permainan ini semakin berkurang kerana saya telah membuat kajian dan berbincang bersama pensyarah-pensyarah berdasarkan tugasan yang telah diberikan kepada saya. Sebagai contoh. sumber dan sebagainya. Ya’acob. tenaga. sebelum ini saya kurang pasti mengenai teknik bola tampar yang betul. saya dapat memahami dan memudahkan lagi saya untuk merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan folio ini. ELVYGAEL FELIX MAIROH . Sepanjang proses saya menyiapkan folio ini. kewangan dan sebagainya.