P. 1
LAPORAN BIG

LAPORAN BIG

4.8

|Views: 19,154|Likes:
Published by gengkapak
For more info about life as a KPLI and a new GST teacher (DC41) .http://cikgoo-jasz.blogspot.com/.
Memberi gambaran kepada guru pelatih bagaimana BIG dijalankan dan pada masa yang sama boleh dijadikan panduan untuk menghasil refleksi BIG mereka sendiri
For more info about life as a KPLI and a new GST teacher (DC41) .http://cikgoo-jasz.blogspot.com/.
Memberi gambaran kepada guru pelatih bagaimana BIG dijalankan dan pada masa yang sama boleh dijadikan panduan untuk menghasil refleksi BIG mereka sendiri

More info:

Published by: gengkapak on Apr 04, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

pdf

text

original

IPGM KAMPUS PORTFOLIO PROGRAM

BINA INSAN GURU 2008
NAMA : NO IC : KUMPULAN : NAMA PENSYARAH : TARIKH HANTAR : 14/APRIL/2008

ISI KANDUNGAN

BIL
1 2 3 4 5 6 7 8

PERKARA
PENDAHULUAN REFLEKSI AKTIVITI KEROHANIAN REFLEKSI AKTIVITI SENAMAN PAGI REFLEKSI AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN REFLEKSI AKTIVITI AIR REFLEKSI AKTIVITI DARAT REFLEKSI KESELURUHAN LAMPIRA a) minit mesyuarat N kumpulan b) gambar kenangan c) bahan-bahan semasa LDK

MUKA SURAT

PENDAHULU AN
Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih saya kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru pada kali ini sehingga kami dapat menempuhi semuanya dengan berjaya sekali. Saya juga turut ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan program ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu program ini gagal dilaksanakan dengan sempurna. Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada semua fasilitator dan jurulatih yang telah mengiringi dan membimbing kami dalam semua aktiviti yang telah kami jalankan. Kepada fasilitator kumpulan 6, jutaan terima kasih di atas semua motivasi dan teguran yang telah

dicurahkan. Saya akan memanfaatkan semua ilmu yang saya dapat semasa bersama beliau dengan sebaik mungkin. Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan diatas segala kekasaran dan kesilapan yang telah saya lakukan. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Mungkin ada perlakuan, sikap atau tutur kata yang tidak menyenangkan yang dilakukan secara tidak sengaja dan tanpa disedari oleh saya, anggaplah semua itu adalah kelemahan saya. Melalui BIG ini saya telah mendapat pelbagai pengalaman. Saya berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman yang kita dapat ini dengan baik dalam kehidupan kita selepas ini. Bersama-samalah kita melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu supaya kita dapat melahirkan anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang kelak. Sekian terima kasih.

REFLEKSI AKTIVITI KEROHANIAN
Semasa islam. Semasa sesi kerohanian ini dijalankan, saya mendapat banyak input yang berguna. Semasa sesi kerohanian yang pertama pada malam Isnin, kami telah membincangkan tentang siapakah orang yang kita tidak akan lupa ke atas jasanya kepada kita sehingga hari kiamat. Bagi saya orang itu adalah ibu bapa saya sendiri. Betapa besarnya pengorbanan mereka kepada saya. Mereka telah memberikan kasih saying yang tidak berbelah bagi kepada saya dari saya kecil sehinngga sekarang. Bila dikaitkan Untuk sesi kerohanian yang ketiga iaitu pada pagi rabu, kami telah belajar mengapa kita mesti menyayangi alam sekitar atau orang di sekeliling program Bina Insan Guru dijalankan, sesi kerohanian dijalankan pada pukul 0600 pagi dan 0800 malam untuk guru pelatih bukan

kita. Sebagai manusia kita tidak boleh bergantung kepada diri kita sendiri sahaja. Interaksi dengan orang lain atau alam sekitar yang ada di sekeliling kita adalah sangat penting. Ini adalah untuk keharmonian hidup bersama. Dalam kehidupan sebagai seorang guru, kita mestilah manyayangi orangorang dan alam tempat kita mengajar kelak. Dalam hal ini, ada sesetengah kaum atau orang yang sanagt sukar menerima orang luar dalam masyarakat mereka. Bagi saya, sebagai guru kita mesti pandai mengambil hati mereka untuk menerima kita di tempat mereka dengan memahami adat resam dan budaya mereka terlebih dahulu. Selain itu, ini mengajar saya supaya bersikap rendah diri apabila berada di tempat orang. Kami juga turut belajar mengenai konsep “cemerlang, gemilang dan terbilang” yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir. Dalam melaksanakan impian negara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang, guru memainkan peranan yang amat besar. Maka, sebagai bekal untuk mengajar pada masa depan, bakal-bakal guru mestilah menjadi seorang yang cemerlang, gemilang dan terbilang terlebih dahulu. jika tidak sedemikian, wawasan 2020 cuma akan tinggal omong kosong sahaja. Selain itu, dalam sesi kerohanian yang dijalankan saya turut belajar berfikiran terbuka, logik dan membina. Semasa membincangkan sesuatu perkara dalam satu kumpulan, sikap terbuka adalah sangat penting untuk mengelakkan salah faham berlaku. Kita harus menerima segala kritikan sebagai satu kritikan yang membina. Dalam profesion perguruan, sikap terbuka ini amat perlu kerana kita akan bakal berhadapan dengan pelbagai kritikan daripada murid, masyarakat, dan rakan-rakan setugas sendiri. Dalam mesyuarat, segala perbincangan adalah profesioanal dan terbuka.

Saya berharap saya dapat mengaplikasikan semua input berguna yang telah saya dapat pada masa yang akan datang terutama apabila saya mengajar kelak.

REFLEKSI SENAMAN PAGI

Setiap pagi, kami akan mengadakan aktiviti senaman pagi. Setiap kumpulan akan bergilir-gilir mengetuai kami untuk melakukan senaman. Selain menyihatkan badan, secara tidak langsung, saya turut mempelajari banyak cara senaman yang kreatif dan menyeronokkan. Antaranya ialah menarik nafas secara tai chi yang mempunyai pelbagai gaya seperti mengangkat bola dragon ball, membelah tembikai dan mangangkat pasu. Cara menarik nafas ini amat seronok dilakukan kerana amat berbeza dengan cara menarik nafas yang biasa. Sebagai seorang bakal guru sekolah rendah, cara senaman ini amat sesuai kerana murid-murid pada peringkat umur mereka sangat suka mencuba sesuatu yang baru. Sekiranya kita melakukan sesuatu senaman yang sama, ini akan

menyebabkan

mereka

berasa

bosan

dan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran tidak akan berlaku secara efektif lagi. Saya juga turut mempelajari satu senaman yang mengaplikasikan tarian dan nyanyian iaitu lagu ‘King Kong’ yang dinyanyikan sambil menari. Semua orang akan merasa teruja dan gembira apabila menyanyikan lagu tersebut. Ini menyedarkan saya bahawa seorang guru yang kreatif akan dapat menarik perhatian pelajar untuk belajar. Jika pelatih seusia saya berasa seronok untuk melakukan gerakan tersebut, apatah lagi murid yang berada pada peringkat sekolah rendah. Semasa mengajar, kepelbagaian cara mengajar amat penting untuk meningkatkan minat pelajar untuk belajar. Semasa sesi senaman pagi pada pagi hari rabu, saya pernah termasuk dalam golongan yang tidak berpakaian lengkap, kerana saya tidak memakai tag nama saya. Saya memberi alasan pada diri saya bahawa saya terlupa. Setelah mendengar kata-kata teguran daripada Encik Muhaimi, saya berasa sangat malu pada diri saya. Saya sedar saya tidak sepatutnya mencari alasan untuk menutup kesalahan sendiri, tetapi sepatutnya mengakui kesalahan tersebut. Saya benar-benar tersentuh dengan kata-kata beliau yang mengatakan bahawa orang yang mengakui kesalahan lebih mulia daripada orang yang memberi pelbagai alasan. Selama ini, saya sering mencari pelbagai alasan untuk melepaskan diri daripada kesalahan sendiri sehingga kadang-kadang sanggup berbohong. Saya juga turut belajar bahawa orang sentiasa memberi alasan tidak akan maju dalam kehidupannya. Ini kerana kita menjadikan alasan tadi sebagai penghalang bagi mencapai sesuatu pembaharuan dan kemajuan. Kita tidak pernah menyalahkan diri kita apabila kita melakukan kesilapan, tetapi meletakkan alasan-alasan lain sebagai penyebab kesilapan kita. Dengan ini, kita tidak akan pernah memperbaiki kesilapan kita kerana beranggapan kesilapan tersebut bukan berasal daripada diri kita. Di masa yang akan datang, saya

akan berusaha untuk mengubah sikap saya dan cuba mengakui kesilapan diri sendiri tanpa memberi alasan-alasan. Sepanjang program Bina Insan Guru ini dijalankan, saya sangat berasa sangat seronok ketika bersenam pagi. Ini kerana setiap pagi saya akan tertunggu apakah senaman baru yang akan di ajar oleh ahli-ahli kumpulan lain.

REFLEKSI

AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)
Sepanjang program Bina Insan Guru kali pertama ini, kami telah menjalani 3 aktiviti latihan dalam kumpulan iaitu mengenali potensi diri, motivasi kepuasan kerjaya dan penghargaan kendiri dan perubahan sikap. Saya telah belajar banyak perkara yang beru melalui LDK tersebut. Dalam sesi yang pertama iaitu mengenali potensi diri, kami telah diberi ujian untuk mengenali potensi diri masing-masing. Setiap manusia

dianugerahkan potensi yang berbeza-beza oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Cuma manusia tidak menghargai potensi yang diberikan dan tidak pandai menggunakan potensi tersebut. Kita sering melihat dan membandingkan bahawa potensi orang lain lebih baik daripada potensi diri kita. Kita mesti bersyukur dengan anugerah Tuhan yang ada pada diri kita, barulah kita nampak bahawa kita juga ada potensi yang lebih baik dan tidak ada pada diri orang lain. Kita sudah dianugerahkan potensi, maka tanggungjawab kita adalah untuk manggunakan, memanfaatkan dan memperkembangkan potensi yang ada pada diri kita itu. Selain potensi yang telah dianugerahkan kepada kita, ada juga potensi yang dapat kita pelajari. Antaranya, sebagai seorang bakal guru, potensi untuk berinteraksi dengan baik bersama pelajarpelajar merupakan aset yang penting. Tidak semua orang lahir dengan potensi untuk berinteraksi dengan orang lain dengan baik. Namun, semua ini dapat dipelajari melalui pembelajaran yang berterusan dan niat yang murni. Oleh sebab itulah wujud matapelajaran kemahiran berkomunikasi semasa di Institut Latihan Perguruan. Dalam sesi seterusnya iaitu sesi motivasi kepuasan kerjaya, kami telah diberikan satu senarai sebab kami memilih guru sebagai kerjaya mengikut keutamaan sebab itu. Sesi ini dijalankan bagi meningkatkan motivasi diri seseorang terhadap kerjaya yang dipilihnya. Setiap orang memilih kerjaya berdasarkan Faktor-faktor tertentu. Faktor-faktor inilah yang menjadi pendorong atau motivasi kepada diri seseorang untuk melakukan yang terbaik dalam kerjayanya. Faktor-faktor ini biasanya dibuat berdasarkan kepentingan, kecenderungan dan minat seseorang itu. Ada orang suka sesuatu pekerjaan kerana suka sesuatu yang mencabar. Ada yang suka pekerjaan yang menyeronokkan, bergaji tinggi atau yang menjamin masa depan mereka. Sebagai seorang guru, apa yang paling penting adalah anak murid yang kita ajar bukannya ganjaran. Keikhlasan semasa mengajar sangat penting supaya semua ilmu yang kita ajar dapat diterima dengan baik oleh pelajar kita.

Sesi terakhir adalah penghargaan kendiri dan perubahan sikap. Kita haruslah menerima diri kita seadanya. Dengan sikap begini, kita dapat memberi penghargaan yang terbesar kepada diri kita sendiri. Namun, setiap sikap yang ada pada diri kita tidak semestinya baik dan mantap. Oleh itu, kita haruslah bersedia untuk melakukan perubahan kepada sikap kita. Tidak dapat dinafikan, sikap merupakan salah satu elemen diri yang amat sukar untuk diubah. Tambahan lagi, untuk mengubah yang buruk kepada yang baik. Namun berbekalkan keazaman yang kuat dan keyakinan dari dalam diri kita sendiri, mudah-mudahan usaha kita akan berjaya. Selain itu, kita memerlukan dorongan dari sekeliling kita untuk berubah. Ini kerana, manusia mudah terpengaruh oleh pelbagai anasir yang menghalang perubahan sikap mereka. Orang disekeliling memainkan peranan penting untuk menyokong dan mendorong perubahan sikap mereka. Sebagai seorang guru, apabila ada anak murid kita yang ingin berubah, kita hendaklah menunjukkan kita turut bersetuju dengan perubahannya. Sikap merendah-rendahkan perubahan atau pencapaian pelajar akan menyebabkan mereka berasa rendah diri dan tidak ada keyakinan untuk berubah.

REFLEKSI AKTIVITI AIR

Sebelum ini, saya pernah mengikuti aktiviti berkayak semasa saya dalam Program Latihan Khidmat Negara. Namun pengalaman yang saya dapat kali ini amat berbeza berbanding pengalaman yang saya dapat

semasa PLKN dahulu. Dahulu, saya hanya berkayak dalam kolam yang tenang tanpa bergelora walau seinci pun. Kali ini, saya menghadapi alam semulajadi ciptaan Tuhan yang amat mengagumkan dan juga menakutkan. Pertama kali sampai ke pantai untuk aktiviti air, saya terpegun dengan keindahan ciptaan Tuhan yang terbentang luas dihadapan saya. Bunyi ombak yang kuat amat mengasyikkan. Ombak yang tinggi, besar dan kuat menyedarkan saya betapa kerdilnya diri saya dalam dunia ini. Saya pandai berenang, namun apabila berhadapan dengan keadaan laut yang sedemikian saya hilang keberanian dan kekuatan. Semasa melakukan aktiviti meningkatkan keyakinan dalam air, mulamula saya terfikir ia tidak sukar sangat.namun, apabila berhadapan dengan keadaan sebenar, ia tidak seperti yang disangkakan. Ombak yang kuat dan bertalu-talu menghalang pergerakkan untuk mengapungkan diri dan berenang menuju ke kawasan yang ditetapkan. Saya tertelan air masin berkali-kali. Setelah dipukul ombak beberapa kali, saya mula berasa letih dan putus asa. Namun, berkat pertolongan dan sokongan kawan-kawan serta fasilitator, Encik Hamadi, akhirnya saya kembali bersemangat. Saya tidak kisah berapa besar ombak yang melanda, saya tetap bersemangat. Saya amat berterima kasih kepada kawan-kawan dan fasilitator yang telah banyak menolong saya. Apabila dikaitkan dengan realiti kehidupan, laut ibarat kehidupan kita. Ombak ibarat rintangan atau dugaan yang melanda kehidupan kita. Ada kalanya laut tersebut tenang tanpa ombak, sama seperti ketenangan dalam kehidupan kita. Adakalanya laut tadi bergelora dek ombak yang mangganas, ia umpama kehidupan kita yang didatangi masalah, rintangan atau dugaan. Namun, sebesar manapun ombak tersebut, kita mesti menghadapinya untuk mengatasi ketakutan kita. Ia sama dengan kehidupan kita, walau sebesar atau sesukar manapun masalah yang datang dalam kehidupan kita, kita tidak boleh lari daripada masalah tersebut. Kita

mesti menghadapinya dengan tabah sepertimana menghadapi ombak di lautan. Selain itu, saya mempelajari bahawa kawan amatlah penting dalam kehidupan kita. Tanpa kawan, banyak perkara yang tidak dapat kita rasai dan lalui dengan jayanya. Sekiranya tiada kawan-kawan yang menolong semasa menghadapi ombak yang besar, pasti saya akan mengalah. Kehadiran kawan-kawan disekeliling saya telah memberi keberanian kepada saya. Saya juga melihat ramai kawan-kawan lain yang mengalami keadaan yang sama seperti saya, malah ada yang lebih takut lagi. Namun, dengan adanya kawan-kawan lain dengan mereka, mereka berjaya melawan ketakutan tersebut. ketakutan ini dapat diatasi kerana percaya kepada kawan. “Kawan akan menolong kawannya”, bersandarkan kepada pegangan ini, ketakutan kepada ombak yang besar itu dapat dilawan kerana kepercayaan kepada rakan yang pasti akan menolong kita. Semasa kami mula berkayak, saya berasa sangat teruja untuk mencuba. Namun, setelah melihat kawan-kawan yang lain gagal untuk menuju ke bebola pelampung yang ditetapkan, saya berasa keyakinan saya bertukar menjadi ketakutan sedikit demi sedikit. Tambahan lagi, kawankawan yang mencuba tersebut ialah pelatih lelaki. Saya berfikiran, sekiranya lelaki yang lebih kuat daripada perempuan tidak mampu berkayak melepasi ombak tersebut, apatah lagi seorang perempuan. Saya melihat beberapa kali kayak yang dinaiki kawan-kawan dipukul ombak sehingga terbalik dan diseret kembali ke pantai. Namun, mereka tetap mencuba. Saya melihat kegigihan dari riak muka mereka. Apabila 2 orang pelatih perempuan berjaya berkayak menuju ke bebola pelampung yang ditetapkan, saya mula bersemangat semula. Malah, mereka merupakan yang pertama berjaya sampai ke destinasi yang ditetapkan. Saya berasa bangga dengan mereka. Ini mengubah fikiran saya bahawa perempuan juga boleh melakukannya. Yang paling penting ialah ilmu mengemudikan kayak dengan cara yang betul

, bukannya kekuatan sahaja. Kita tidak sepatutnya menilai kebolehan diri kita sebelum mencuba, kerana mencubalah yang akan menilai kebolehan kita. Dalam situasi perguruan, sebagai seorang guru kita patut menyediakan diri kita dengan pelbagai jenis ilmu. Ini kerana kita bakal berhadapan dengan lautan manusia yang mempunyai pelbagai kerenah. Dengan ilmu yang kukuh dan penuh dalam diri kita, mudah-mudahan kita tidak menghadapi masalah apabila mengajar kelak. Saya mencuba sebanyak 5 kali sebelum berjaya. Pada percubaan pertama hingga keempat, saya hamper putus asa. Namun, saya kuatkan semangat untuk mencuba sekali lagi. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang untuk merasai pengalaman berjaya melepasi ombak-ombak. Pada masa itu, saya berasa sangat teruja dan gembira. Berkat usaha dan penat lelah, akhirnya berjaya juga. Dalam kehidupan ini, kita juga harus tabah dan sentiasa berusaha. Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang kental. Walaupun, kadang-kadang kita karam seperti menaiki kayak tadi, namun kita harus bangun dan bermula semula. Jika kita tersilap mengemudikan kayak, jangan jadikan kesilapan itu kekalahan kita, sebaliknya jadikan ia sebagai satu pengajaran untuk mengubah cara kita mengemudikan kayak kita pada percubaan yang kan datang. Begitu juga dalam hidup ini, sekiranya kita gagal kerana kita tersilap langkah, maka jadikanlah kesilapan itu sebagai panduan agar kita tidak mengulang kembali kesilapan tersebut pada masa yang akan datang. Akhir sekali, walaupun terasa amat letih namun pengalaman yang saya dapat daripada aktiviti berkayak ini amat berguna. Keseronokan dan kegembiraan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata lagi. Selain mempelajari banyak nilai-nilai murni, saya juga turut belajar cara-cara untuk menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan yang melibatkan air. Pengalaman ini amatlah berguna bagi diri saya, anak-anak murid serta

orang-orang di sekeliling saya apabila menghadapi kecemasan dalam air pada masa yang akan datang.

REFLEKSI AKTIVITI

DARAT
Apabila mendapat tahu bahawa kami akan melalui jungle trekking semasa Program Bina Insan Guru, saya tidak merasa begitu risau kerana sebelum ini saya pernah melalui pengalaman yang serupa. Namun, setiap aktiviti yang sama pasti memberi pengalaman yang berbeza. Kita tidak boleh menilai sesuatu tanpa melaluinya terlebih dahulu. Hutan Santubong sememangnya satu ciptaan Tuhan yang amat mengagumkan. Pelbagai flora dan fauna yang terdapat dalam hutan tersebut. Udara amat segar dan nyaman. Hutan yang menghijau dan cantik, di tambah dengan bunyi unggas, daun dan air terjun semulajadi merupakan satu tarikan yang amat menarik. Namun, kita tidak boleh menilai sesuatu berdasarkan paras rupa yang cantik sahaja. Misalnya, batu-batu yang besar dan licin amatlah berbahaya jika kita tidak berhati-hati. Ini mengajar saya tentang kehidupan kita agar jangan menilai sesuatu berdasarkan kecantikan luaran sahaja. Manusia sering terperangkap dengan kecantikan, dan terlepas pandang nilai-nilai dalaman yang jauh lebih baik. Pengajaran yang saya dapat di sini ialah jangan membuat pilihan berdasarkan rupa yang dapat kita lihat, tetapi lihatlah juga nilai-nilai dalaman yang terdapat dalam pilihan kita itu.

Semasa jungle trekking ini, kami berjalan berpandukan arah kompas. Ketua kumpulan telah diamanahkan untuk memegang kompas dan memandu arah kumpulannya. Ini bermakna ketua kumpulan memegang amanah yang sangat besar. Kerjasama daripada ahli-ahli yang lain amatlah penting. Setiap ahli kumpulan saya menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada ketua umpulan saya. Walau kemanapun dia membawa kami berjalan, kami tetap menghormati dan menuruti arahannya. Dalam situasi ini, adalah amat sukar jika wujud lebih daripada seorang ketua dalam satu kumpulan. Dalam situasi kehidupan sebenar pun, kita tidak boleh mempunyai lebih daripada satu ketua. Kita mesti memberi kerjasama kepada seorang ketua sahaja. Malah dalam agama mengatakan, kita tidak boleh bertuan dua kerana kita pasti akan menyanjung seorang salah seorang, dan tidak mengindahkan seorang lagi.

Walaupun kumpulan saya telah tersesat, namun kami saya tidak mempersoalkan kebolehan ketua kumpulan kami, jauh sekali mempersalahkannya. Bagi saya, dia telah melakukan yang terbaik untuk memimpin kumpulannya. Cuma, setiap apa yang kita lakukan tidak semestinya sempurna dan berjaya. Saya mengagumi kewibawaan ketua kumpulan saya. Pengalaman tersesat ini bukanlah satu pengalaman yang memalukan atau mengecewakan, namun ia merupakan satu pengalaman yang amat bernilai yang tidak berpeluang dirasai oleh kumpulan yang lain. Sememangnya kesabaran tergugat sedikit lantaran sudah penat berjalan, namun semangat berkumpulan menjadikan saya kuat. Melihat kawan-kawan yang ceria walaupun tersesat, hati saya turut merasa gembira. Saya berasa sangat bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan sekumpulan yang sangat baik. Kami saling tolong menolong untuk mengangkat barang-barang. Dalam keadaan dunia sekarang, kita akan mula mementingkan diri dalam dua keadaan iaitu terlalu gembira dan kesusahan.

Apabila kita gembira perasaan tamak menguasai diri kita dan kita mula melupakan orang disekeliling kita. Apabila kita berada dalam kesusahan atau keletihan, kita juga akan mula memikirkan tentang cara untuk membebaskan diri kita daripada kesusahan atau keletihan tersebut. Saya sangat kagum dengan sikap kawan-kawan lelaki dalam kumpulan kami atas kesanggupan mereka mengangkat barangan yang berat. Mereka tidak mengeluh walaupun keletihan. Mereka langsung tidak mementingkan diri mereka sahaja. Sikap ini mengajar saya agar tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya melihat juga kesusahan orang lain. Kita mesti saling menolong antara satu sama lain selagi kita bernafas di dunia ini. Selain itu, saya turut merasa pengalaman berlakon menjadi seseorang yang sakit atau tercedera di dalam hutan.kawan-kawan yang lain terpaksa mengusung saya menuju ke destinasi yang seterusnya. Mula-mula saya berasa sangat takut dan risau dengan kemampuan kawan-kawan saya. Saya takut mereka akan tersadung atau terlepas usungan lalu menyebabkan saya terjatuh. Namun, setelah melihat kesungguhan mereka mengangkat saya, barulah saya mula sedar yang saya sepatutnya mempercayai mereka. Mereka bertungkus lumus dan saling bekerjasama mengusung saya. Pengalaman ini turut mengajar saya untuk bertindak sekiranya ada kawan yang mengalami keadaan yang serupa ketika berada di dalam hutan. Ini amat berguna sekiranya saya sudah mengajar kelak, terutama ketika mengiring pelajar-pelajar mengadakan perkhemahan dalam hutan atau sebagainya. Sepanjang perjalanan, kami meredah bukit dan lurah yang cerun dan curam, kawasan batuan yang licin dan berbahaya dan banyak lagi halangan yang kami tempuhi. Suka dan duka kami tempuhi bersama sebagai satu kumpulan .Saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya kami semua telah berjaya menamatkan perjalanan kami dengan jayanya.

REFLEKSI KESELURUHAN

Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak pengalaman dan input yang berguna kepada saya. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti progam ini. Segala input yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian saya terutama semasa bergelar seorang pendidik kelak. Pertama sekali, program ini mendedahkan saya kepada alam perkhemahan. Ini kerana dalam program ini kami sendiri yang mengatur dan merancangkan segala persiapan perkhemahan. Daripada pemilihan ahli jawatankuasa sehingga kepada hal-hal yang lebih rumit lagi, semuanya diatur oleh para pelatih sendiri. Ini sangat penting sebagai latihan untuk saya sekiranya ingin membawa pelajar-pelajar saya untuk mengadakan perkhemahan kelak. Tanpa pengalaman seperti ini, kita pasti akan kelam kabut untuk menguruskan perkhemahan semasa di sekolah nanti.

Yang kedua, perkhemahan BIG ini mengajar saya cara menguruskan diri dalam keadaan suntuk dan tidak selesa. Dengan keadaan cuaca yang sering hujan, aktiviti sukar untuk dilaksanakan. Khemah memasak kumpulan saya dimasuki air. Namun, berkat kerjasama ahli kumpulan, kami berjaya mengatasi masalah tersebut. Kami menggali parit di sekeliling khemah memasak tersebut bagi membenarkan air mengalir keluar dari khemah kami. Saya berasa gembira kerana dalam situasi genting seperti ini, kumpulan saya masih berusaha melakukan sesuatu untuk menguruskan masalah yang kami hadapi. Khemah untuk kami tidur juga turut dibanjiri air. Pada malam pertama dan kedua, kami langsung tidak dapat tidur di dalam khemah sendiri. Kami telah mengambil ikhtiar untuk meminta kebenaran daripada pihak pengurusan untuk idur di atas pentas Jungle Hall. Akhirnya kami dibenarkan untuk tidur di sana. Dalam keadaan terbuka, pengurusan diri semasa tidur adalah sangat penting. Dengan pengurusan masa yang agak terhad, saya belajar bagaimana menguruskan diri saya sendiri. Contohnya, menguruskan masa untuk membersihkan diri (mandi) sendiri tanpa memberi bebanan atau gangguan kepada orang lain. Maksudnya, tidak mementingkan diri sendiri dengan membiarkan orang lain sahaja menguruskan tugasan kumpulan sedangkan saya bersenang lenang mandi. Yang ketiga, saya belajar untuk menguruskan masa dengan baik. Saya belajar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti yang telah ditetapkan dalam jadual. Selama ini, saya selalu membuat jadual namun tidak mengikutinya. Semasa BIG ini, saya dapati sebenarnya tidak sukar untuk melakukan sesuatu dalam masa yang telah ditetapkan. Apa yang saya tahu, yang paling penting adalah azam dan pembahagian tugas. Misalnya, kami telah diberi masa dari pukul 0600-0800 untuk berehat, membersihkan diri, memasak dan makan. Jika kita tidak berazam untuk melakukan semuanya dalam masa 2 jam yang diberikan, kita tidak akan ada cukup masa. Namun sekiranya kita tidak dapat membahagikan tugas-tugas antara ahli kumpulan

dengan baik, kita juga tidak mungkin dapat menyelaesaikan tugasan tadi dalam masa 2 jam tersebut. Keempat, saya belajar bagaimana kehidupan dalam satu kumpulan. Segala cabaran, halangan atau kenangan manis dan pahit yang dikongsi bersama mengajar pelbagai nilai yang amat berguna. Nilai yang paling ketara ialah semangat setiakawan dan kerjasama. Nilai ini dapat saya hayati semasa pembahagian alatan di maktab lagi. Semua ahli kumpulan bekerjasama untuk mendapatkan alatan yang mencukupi. Kemudian semasa memunggah barangan dari bes ke dalam kem, semuanya berjaya dilakukan kerana kerjasama yang kukuh antara pelatih. Selain itu, saya dapat melihat nilai toleransi dan persefakatan berlaku dalam kumpulan kecil mahupun besar. Secara tidak langsung, apabila berada dalam lingkungan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai sedemikian, kita juga akan belajar untuk mengamalkan nilai yang sama. Dalam satu kumpulan, jika tiada kesefakatan dan toleransi, maka semua -tugas akan menjadi berat. Ini kerana semua orang bersikap mementingkan diri sahaja dan tidak mahu berkorban untuk melakukan sesuatu. Sikap inilah yang akan merosakkan sesuatu kumpulan itu. Dalam kehidupan sebagai seorang guru, kita haruslah bekerjasama, bertoleransi dan mempunyai persefakatan yang baik dengan semua orang di sekeliling kita supaya tugas kita mendidik pelajar-pelajar kita menjadi mudah.

Kelima, saya turut belajar sesuatu daripada EncIK Muhaimi iaitu kita harus berbeza daripada orang lain. Berbeza maksudnya mempunyai identiti yang tidak ada pada orang lain. Sebagai seorang guru, kita harus melakukan kelainan semasa mengajar untuk meningkatkan kefahaman pelajar kita. Selain itu, ini dapat mengelakkan kebosanan. Jangan selalu bergantung kepada idea orang lain sahaja, tetapi mencuba sesuatu yang baharu. Untuk

menjadi seorang guru yang disukai pelajarnya, sikap kreatif haruslah ada bagi mewujudkan kelainan. Keenam, semasa memasuki hutan saya belajar satu analogi yang cukup berguna. Saya melambangkan pelbagai jenis flora dan fauna yang terdapat dalam hutan tersebut sebagai sikap manusia yang bakal saya hadapi kelak. Saya melalui banyak jenis jalan seperti jalan rata, berduri, curam, berbatu-batu, berair-air dan sebagainya. Ini ibarat kehidupan seorang guru yang kadang-kadang gembira, sedih, mencabar, sukar, dipenuhi air mata dan sebagainya. Namun, ianya mesti ditempuhi juga demi anak bangsa. Apabila tiba di satu air terjun, saya terlihat sebuah batu. Pada bahagian tengah batu itu terdapat satu lekukan, tempat air terjatuh. Saya mula berfikir betapa kerasnya batu tersebut namun akhirnya dapat dilekukkan oleh aliran air yang berterusan menimpanya. Begitu juga dengan seorang guru dan anak murid yang cukup nakal. Jika guru tersebut berterusan membimbing dan menasihati murid itu, lama kelamaan murid itu akan berubah seperti batu yang keras itu. Apabila mengajar kelak, sikap sebegini patutlah ada dalam diri seorang guru. Saya juga belajar satu analogi lagi daripada batuan di air terjun yang kami jumpai. Batu-batuan tersebut sangat cantik jika dilihat dengan mata namun menjadi sangat berbahaya kerana ia licin. Dalam kehidupan ini, sesuatu yang cantik tidak semestinya baik. Kita haruslah berhati-hati dalam menilai dan membuat keputusan. Jangan menilai kecantikan luaran, tetapi nilailah juga kecantikan dalaman. Sebagai seorang guru, kita jangan menilai seseorang pelajar kita berdasarkan kecantikan, taraf hidup atau kepandaian mereka.

Ketujuh, saya mempelajari nilai kepercayaan kepada ketua. Ketua dilantik untuk mengetuai ahlinya. Namun tanpa kepercayaan dan

kesefahaman daripada ahli-ahli di bawahnya, ketua tersebut tidak akan berjay melaksanakan tugasnya sebagi seorang ketua. Semasa kami berada di dalam hutan, kami telah tersesat. Namun begitu, kami tidak mempersalahkan ketua kami sebaliknya mempercayai kebolehannya. Sekiranya kami mula mempersalahkannya dan tidak mempercayainya pada masa itu, saya rasa kumpulan kami akan tidak bersefahaman dan mengalami masalah yang lebih teruk lagi. Kepercayaan kami telah mengembalikankan semangatnya untuk memimpin kumpulan kami untuk mencari jalan keluar. Kelapan,semasa kumpulan saya menyiapkan logo kumpulan kami, seorang fasilitator berkali-kali mengatakan bila lagi logo tersebut akan siap kerana kami belum lagi menulis atau melukis apa-apa pada kain putih yang diberikan, sedangkan masa dah lewat malam. Saya menganalogikan kain putih tersebut sebagai pelajar. Ahli kumpulan kami merupakan guru-guru yang bakal membentuk pelajar tersebut. Apa sahaja yang akan kami conteng pada kain tersebut, ibarat apa yang akan kami berikan kepada pelajar kami. Jika kami dapat menyiapkannya, maka berjayalah kami mencorakkan pelajar kami. Kesembilan, saya belajar untuk yakin kepada kebolehan diri sendiri dan jangan mudah mengalah. Ini saya pelajari semasa kami mengikuti aktiviti berkayak. Pada mulanya, saya kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri setelah melihat kayak rakan-rakan karam dipukul ombak. Namun, saya tidak mudah mengalah dan telah mencuba sebanyak 5 kali sebelum berjaya. Setelah berjaya, barulah saya sedar bahawa keyakinan diri adalah sangat penting untuk mencapai sesuatu matlamat. Saya menganalogikan ombak tersebut sebagai pelajar yang degil. Namun, dengan usaha yang gigih dan keyakinan pada kebolehan kita, maka kita tetap akan dapat mengatasi kedegilan mereka itu.

Kesepuluh,apa yang dapat saya pelajari melalui BIG ini adalah sikap yang sentiasa ingin mencari ilmu. Semua benda yang berada di sekeliling kita merupakan guru yang sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada kita. Namun semua ilmu itu tidak akan datang dengan petikan jari sahaja. Jadi tanggungjawab kita adalah mencari dan mengggali ilmu-ilmu tersebut. Ilmu sangat penting untuk menghadapi apa jua rintangan yang tidak dapat kita duga. Manusia tanpa ilmu merupakan manusia yang paling malang dan miskin dalam dunia ini. Dalam kehidupan seorang guru, ilmu didada haruslah mencukupi. Ilmu yang harus ada pada seorang guru bukan sahaja dari segi intelek, malah dari semua segi kehidupan ini. Ini kerana guru dijadikan tempat rujukan dan mendapatkan apa jua maklumat. Maka, kita haruslah terus mencari ilmu-ilmu yang baru untuk memantapkan ilmu yang sudah kita dapat. Sesungguhnya, Program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Disebalik semua keseronokan dan kesedihan yang saya hadapi, saya dapat melakukan refleksi terhadap diri saya sendiri dan mengenalpasti kekurangan yang ada pada diri saya. Semua aktiviti yang dijalankan mengajar saya banyak nilai dan input yang berguna untuk memperbaiki kekurangan diri saya. Selain itu, pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang melatih diri saya untuk menjadi seorang pendidik yang berjiwa kental, tidak mudah mengalah dan lasak.

LAMPIRAN

MINIT MESYUARAT KUMPULAN

3
MINIT MESYUARAT KUMPULAN 3 PROGRAM BINA INSAN GURU SESI 2008 BIL 04/08 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: : :

2 Febuari 2008 4.00 pm Depan Koperasi IPGM : 1. 2. Nurhidayah Asmanira Masdin 3. Alizah binti Ja’afar 4. Nur Arina Binti Sarkawi 5. Shahrizal Bin Sharani 6. Tracy Laing 7. Fadzillahshela Lajim 8. Mohd Salehuddin 9. Bryan Ak Kerol

Mesyuarat dipengerusikan oleh Saudara Syalahuddin dan dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Sharizal Bin Sharani Agenda mesyuarat 1.0Penentuan Menu makanan 1.1 QM makanan saudari Arina Sarkawi membentangkan menu makanan yang telah dipersetujui oleh pihak induk hasil mesyuarat bersama En. Shukor. 1.2Berdasarkan persetujuan ramai, jenis masakan untuk setiap menu telah ditentukan. Selain itu QM makanan juga mencadangkan agar dibuat jadual memasak agar kerja-kerja di dapur lebih sistematik, teratur dan adil. (rujuk pada lampiran). 2.0Persembahan malam kebudayaaan 2.1AJK malam kebudayaan mencadangkan lagu dara muda sebagai lagu iringan semasa tarian untuk persembahan malam bakat dan cara tarian juga telah diatur. Cadangan diterima oleh semua ahli kumpulan. 2.2Bagi pakaian pada malam kebudayaan pula, pengerusi mencadangkan agar penari lelaki memakai pakai kemeja T bercorak petak dan aksesorinya ialah cermin mata gelap. Manakala bagi wanita tidak pula lupa ialah berbaju kurung dan memakai lagu selendang. malam Cadangan dipesetujui semua ahli. Penegrusi juga berpesan agar membawa pakaian, aksesori untuk kebudayaan ini ke Kem Santubong nanti. 3.0 Penutup Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 5.00 pm dan disokong oleh semua ahli. Pengerusi berharap agar semua ahli memberi kerjasama yang komited apabila sesuatu aktiviti dijalankan.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(NURHIDAYAH MASDIN) AHMAD) Setiausaha Program Bina Insan Guru Guru

(SYALAHUDDIN Ketua Kumpulan 3 Program Bina

BIN Insan

MINIT MESYUARAT KUMPULAN 3 PROGRAM BINA INSAN GURU SESI 2008 BIL 02/08 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: : :

25 Febuari 2008 10.30 am : 1. Syalahuddin Bin Ahmad

2. Nurhidayah Asmanira Masdin 3. Alizah binti Ja’afar 4. Nur Arina Binti Sarkawi 5. Shahrizal Bin Sharani 6. Tracy Laing 7. Fadzillahshela Lajim 8. Mohd Salehuddin 9. Bryan Ak Kerol

Mesyuarat dipengerusikan oleh Saudara Syalahuddin dan dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Sharizal Bin Sharani Agenda mesyuarat 1.0 Pembentangan hasil mensyuarat ahli kumpulan dengan 1.1QM peralatan mengumumkan perjumpaan akan diadakan di KLMS pada jam 2.00 petang untuk demontrasi pemasangan khemah. Semua ahli diwajibkan hadir. 1.2QM kebajikan mengumumkan jadual sentri akan disediakan lebih awal sebelum bertolak dan pembersihan hanya dijalankan di kawsan tapak perkhemahan kumpulan ini sahaja. 1.3AJK malam bakat menerangkan tema untuk malam bakat ialah “Malam Retro 70-an Gala Warna”. Dimana persembahan adalah

jawatankuasa induk.

dalam bentuk tarian twiss ataupun agogo. Cabutan undi telah dilakukan dan kumpulan 3 medapat giliran pertama untuk membuat persembahan. 1.4 AJK kerohanian telah meminjam sejadah dan Yasin dari Pusat Islam untuk kegunaan semua ahli kumpulan beragama Islam sepanjang BIG. Selain itu beliau mengingatkan agar sentiasa mengamalkan bacaan doa sebelum melakukan apa jua perkara sepanjang berada di Kem Santubong untuk langkah keselamatan. 1.5QM Makanan menerangkan menu makanan telah ditentukan bersama AJK induk tetapi cara masakan terpulang kepada kehendak kumpulan itu sendiri. Jadual makan adalah 4 kali sehari iaitu sarapan, makan tengah hari, makan malam dan minum malam. Bagi malam terakhir di Kem Santubong makanan akan akan disediakan khas dari pihak pengurusan. Beliau juga mengingatkan kepada makanan semua akan ahli khasnya untuk ketua makan kumpulan bersama. agarsentiasa Bahan-bahan di tapak menjemput fasilitator

diberikan

sejurus

sahaja

sampai

perkhemahan. Menu makanan perlu dipamerkan di dapur khemah. Selain itu beliau juga mencadangkan agar memasak makanak berat dan disediakan lebih awal pada hari ke-2 dan ke-3. 1.6Bendahari menjelaskan yuran kumpulan sebanyak RM2 seorang telah pun dikutip dan akan diserahkan kepada AJK induk. 2.0 Persiapan makanan bagi hari ke-2 dan ke-3 2.1Pengerusi mencadangkan agar memasak seawal pagi sewaktu sentry untuk memasak nasi dan air. Beliau mengingatkan agar semua ahli kumpulan untuk membawa kontena makanan pada hari tersebut. 2.2Nurhidayaha Masdin mencadangkan agar membeli plastic kecil untuk menyimpan makanan seperti mee goring bagi memudahkan ahli sekiranya ingin makan ketika dalam perjalanan selain daripada

membawa kontena. Cadangan diterima semua ahli dan pengerusi meminta bendahari untuk membeli barang tersebut.

3.0Penentuan menu makanan sepanjang berada di Kem Santubong. 3.1Pengerusi mencadangkan agar tidak membincangan tentang penetapan menu makanan memandangkan bahan-bahan makanan belum diluluskan lagi oleh pihak pengurusan. Perbincangan tentang hal ini akan diadakan pada mesyuarat akan datang selepas sahaja bahan makanan tersebut diluluskan. 4.0 Aktivit kumpulan pada malam bakat 4.1Arina Sarkawi mencadangkan agar tugas mencari lagu 70-an itu tidak dibebankan di bahu AJK malam bakat sahaja sebaliknya, semua ahli diminta agar mencari lagu yang sesuai untuk dipersembahkan. Cadangan diterima dan pengerusi mengarahkan semua ahli menyediakan lagu dan akan dipilih pada mensyuarat akan datang. Perkara –perkara berbangkit. 5.0 Penetapan hari dan masa pemunggahan barang ke dalam bas di KLMS 5.1Pengerusi meminta Bryan untuk memastikan hari dan dan masa yang tepat untuk proses pemunggahan barang peralatan ke dalam bas. 5.2Pengerusi juga mengingatkan kepada ahli agar hadir pada hari tersebut kerana ianya penting untuk memastikan dan menyemak segala peralatan kumpulan adalah cukup dan dalam keadaan baik untuk digunakan sepanjang perkhemahan. Selain itu markah

kehadiran dan kerjasama ahli kumpulan akan diambil dan dinilai oleh fasilittor pada hari tersebut. 6.0Penutup Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.00 am dan disokong oleh semua ahli. Pengerusi berharap agar semua ahli memberi kerjasama yang komited apabila sesuatu aktiviti dijalankan.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(NURHIDAYAH MASDIN) AHMAD) Setiausaha Program Bina Insan Guru Guru

(SYALAHUDDIN Ketua Kumpulan 3 Program Bina

BIN Insan

MINIT MESYUARAT KUMPULAN 3 PROGRAM BINA INSAN GURU 2008 BIL 02/08 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS Tarikh Masa Tempat Kehadiran : : : 25 Febuari 2008 10.30 am Bilik kuliah 15 PISMP110 MZK : 1. Syalahuddin Bin Ahmad 2. Nurhidayah Asmanira Masdin 3. Alizah binti Ja’afar 4. Nur Arina Binti Sarkawi 5. Shahrizal Bi Sharani 6. Tracy Laing 7. Fadzillahshela Lajim 8. Mohd Salehuddin Ketidakhadiran : 1. Bryan AK Kerol

Bi l 1

Agenda/catatan

Tindakan

Ucapan terima kasih daripada Pengerusi Kumpulan 3 BIG kerana kesudian ahli-ahli KETUA jawatankuasa untuk menghadiri mesyaurat. KUMPULAN 3 Pengerusi menyatakan tema Program Bina Insan Guru 2008 kali ini iaitu “ Ke Arah Membentuk Guru Berkompentensi Tinggi”. Pengerusi meminta semua ahli jawatankuasa Kumpulan 3 untuk membayar yuran kumpulan sebanyak RM3 kepada bendahari selewatlewatnya 28hb Febuari 2008. KETUA KUMPULAN 3 KETUA KUMPULAN 3

2 3

4

Pengerusi mengingatkan semua ahli kumpulan untuk membawa keperluan diri sendiri seperti KETUA

5

2 buah kontena, ubat bagi yang menghidap KUMPULAN 3 penyakit selain dari demam biasa. Keperluan lain seperti botol air dan poco akan disediakan kepada semua ahli kumpulan. Pengerusi mencadangkan agar ahli kumpulan KETUA membeli poco untuk keperluan diri sendiri KUMPULAN 3 memandangkan poco yang disediakan nipis untuk keselesaan diri. Pengerusi mengingatkan kepada semua ahli untuk hadir ke perjumpaan BIG yang diadakan pada hari Ahad jam3 petang di KLMS IPTAR untuk proses pemunggahan barang ke dalam bas Perhatian kepada ahli jawatankuasa bendahari, kerohanian, kebajikan, keselamatan dan kebersihan, penutup malam bakat, QM makanan, QM peralatan untuk hadir ke perjmpaan bersama ahli jawatankuasa induk masing-masing. Pengerusi mencadangkan agar dibuat pungutan wang samada untuk membayar duit pekerja yang membersihan khemah ataupun digunakan untuk majlis jamuan makan malam bersama semua pelajar yang mengikuti program BIG. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. KETUA KUMPULAN 3 KETUA KUMPULAN 3

6

7

8

KETUA KUMPULAN 3

9

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(NURHIDAYAH MASDIN) Setiausaha kumpulan 3 Program BIG IPGM KTAR

(SYALAHUDDIN BIN AHMAD) Ketua Kumpulan 3 Program BIG IPGM KTAR

GAMBAR KENANGAN

Pemandangan Gunung Santubong dari simpang

Memasak bersama memang

Bekerjasama menyediakan tempat

Biar simple tapi tetap

Ceria semasa menikmati

Membasuh peralatan

Berkongsi pendapat semasa

Walaupun keletihan namun tetap

Lakonan-seorang guru yang tabah menghadapi

Taklimat sebelum masuk ke

Air terjun yang sungguh indah dan

Perjalanan yang mesti

Wajah seorang ketua kumpulan yang

Memanaskan makanan di dalam hutan-

Bergambar kenangan bersama

Mengusung kawan yang

Berjalan pulang ke Kem

Kumpulan 3- Semangat, Setia dan Senyum selalu!!!

BAHANBAHAN SEMASA LDK

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->