You are on page 1of 3

18 Mac, 2009 11:22 AM

Kasih Sayang Penting Untuk Anak Sindrom Down
Sempena Hari Sindrom Down sedunia pada 21 Mac Oleh Zulkiple Ibrahim KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- "Walaupun anak anda mengalami Sindrom Down, beliau masih boleh menjalani kehidupan yang normal seperti anak yang lain". Itulah kata-kata seorang pegawai perubatan pediatrik kepada ibu bapa Hafizi, yang berumur 18 bulan, seorang anak yang mengalami masalah tersebut di sebuah institusi kesihatan awam di sini baru-baru ini. Bagaimanapun, anak Sindrom Down mempunyai pelbagai masalah kesihatan dan ibu bapa mereka mestilah berwaspada dan peka setiap masa terhadap sebarang tanda dan gejala yang mungkin timbul, kata pegawai perubatan tersebut, Dr C S Wong. Biasanya kalau ibu bapa mempunyai anak dilahirkan dengan Sindrom Down, mereka akan berasa sedih, bersalah serta kesal. "Lebih buruk lagi bila mereka enggan berada bersama kelompok masyarakat setempat kerana takut akan implikasi psikologi terhadap anak mereka yang mengalami masalah ini. "Berinteraksi dengan ibu bapa lain yang juga mempunyai anak Sindrom Down boleh membantu meringankan beban mental anda selain mencari pengalaman bagaimana untuk berhadapan dengan masalah ini", kata beliau. Terdapat juga kaedah saringan serta intervensi awal untuk membantu anak yang mengalami masalah tersebut, kata beliau lagi. APA ITU SINDROM DOWN? Menurut kamus, perkataan sindrom bermakna kehadiran gejala dan tanda yang menunjukkan kepada sesuatu penyakit. Sindrom Down mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr John Langdon Handon Down, orang pertama yang menjelaskan keadaan serta tanda dan gejala penyakit genetik ini pada tahun 1866. Menurut Dr Wong, Sindrom Down ialah penyakit genetik disebabkan oleh kromosom tambahan nombor 21 pada kromosom yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Dalam kandungan ibu, anak akan menerima 46 kromosom, 23 dari ibu dan 23 dari bapa. Dalam kes Sindrom Down, anak menerima satu kromosom lebih iaitu 'kromosom 21' dan menjadikan jumlah kromosom semuanya sebagai 47. "Terdapat tiga salinan (trisomi) kromosom 21 terdapat dalam setiap satu sel. Biasanya hanya ada dua salinan", kata Dr Wong. Kata Dr Wong, tiada siapa tahu sebab Sindrom Down terjadi dan tiada kaedah untuk menghalang terjadinya sindrom ini. Para saintis bagaimanapun mengatakan wanita berumur 35 tahun keatas mempunyai risiko agak tinggi untuk mendapat anak Sindrom Down. Contohnya bagi wanita berumur 30 tahun, kemungkinan mendapatkan anak sindrom ini ialah satu

Leukemia yang akut lebih mudah berlaku kepada anak Sindrom Down". TRISOMI 21 Penyakit genetik ini juga dikenali sebagai Trisomi 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan. kata beliau. . nisbah ini akan menjadi lebih besar iaitu satu daripada 350 kes. raut wajah yang rata dan lidah terjelir. Menurut Dr Wong lagi. ibu bapa mestilah peka terhadap masalah yang akan dihadapi oleh anak Sindrom Down mereka dan mengambil langkah untuk mendapatkan rawatan seberapa segera yang boleh. kata beliau. pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair mentuban atau 'amniotic fluid'. pendidikan khas dan rawatan pertuturan. mereka juga mengalami prtumbuhan yang lambat serta kecacatan mental yang ringan atau sederhana". Kata beliau pengesahan penyakit ini dilakukan dengan ujian darah kanak-kanak itu bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan iaitu kromosom nombor 21. RAWATAN Menurut Dr Wong. "Dapatkan maklumat tentang kemudahan perkhidmatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling hampir dengan tempat tinggal". Mengenai masalah pendengaran dan penglihatan serta gangguna fungsi tiroid. Pada umur 40 tahun ke atas. Doktor juga akan membuat saringan terhadap kanak-kanak Sindrom Down untuk mengesan sebarang penyakit jantung kongenital dan merujuk untuk penilaian lanjut jika perlu. "Bagi anak-anak seperti ini. Anak ini juga berkemungkinan mempunyai atresia (penyempitan) intestin dan mudah dapat jangkitan. kata Dr Wong saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada masalah yang dikesan.daripada 900 kes. Ujian juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah. tubuh yang pendek. SATU GARIS LURUS DI TAPAK TANGAN. "Mereka juga mengalami masalah pendengaran dan penglihatan. "Anak sindrom ini mempunyai satu garis lurus di tapak tangan serta tangan yang besar. Mereka juga mempunyai jari tangan yang pendek dan jurang yang besar antara ibu jari dengan jari kedua kaki. Pada umur 35 tahun. kemungkinan ini menjadi lebih ketara pada satu daripada 100 kes. "Kanak-kanak ini akan mendapat faedah yang besar daripada program pengesanan awal. Penyakit ini mungkin memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan. kata beliau. "Walaupun terdapat banyak masalah kesihatan boleh terjadi pada anak Sindrom Down. antara ciri fizikal anak Sindrom Down ialah mata yang agak sepet. kepala bersaiz agak kecil. mereka masih menjalani kehidupan normal dengan langkah-langkah serta terapi yang diambil. serta gangguan fungsi tiroid. telinga dan mulut yang agak kecil. Mereka juga berisiko tinggi dilahirkan dengan penyakit jantung berbanding dengan anak lain. MASALAH Menurut Dr Wong anak-anak Sindrom Down biasanya mempunyai pertumbuhan yang lambat dan nmempamerkan kesukaran untuk belajar dan bertutur.

Kembali Ke Atas . -. tambah beliau.BERNAMA Kami menyediakan langganan berita melalui perkhidmatan Newswire."Yang penting sekali. mereka perlu kasih sayang daripada orang di sekeliling".