You are on page 1of 2

LULUHAWA ORGANIK/BIOLOGI

1. LULUHAWA ORGANIK ATAU BIOLOGI MERUJUK KEPADA PERUBAHAN BATUAN AKIBAT TINDAKAN ORGANISMA. HAIWAN, TUMBUH-TUMBUHAN, BAKTERIA DAN MANUSIA IALAH AGEN-AGEN LULUHAWA ORGANIK. AGEN LULUHAWA ORGANIK AKAN BERTINDAK SAMA ADA SECARA FIZIKAL ATAUPUN KIMIA UNTUK MELONGGARKAN BATUAN ASAL DAN SETERUSNYA MEMECAHKAN BATUAN BERKENAAN. LULUHAWA MEKANIKA/ FIZIKAL 1. LULUHAWA MEKANIKA IALAH PROSES PEMECAHAN DAN PENGURAIAN SECARA FIZIKAL TERHADAP BANTUAN TETAPI KANDUNGAN KIMIA BATUAN TIDAK BERUBAH. 2. LULUHAWA MEKANIKA BERLAKU AKIBAT: A. PERUBAHAN SUHU EKSTREM B. BASAH-KERING BATUAN C. TINDAKAN IBUN (FROS) D. PENGHABLURAN GARAM; DAN E. PELEPASAN TEKANAN PERUBAHAN SUHU EKSTREM 1. PERUBAHAN SUHU EKSTREM PALING BANYAK BERLAKU DDI KAWASANA BERIKLIM PANAS SEPERTI GURUN. 2. PADA WAKTU SIANG, BAHANG MATAHARI MENYEBABKAN LAPISAN LUAR BATUAN MENJADI PANAS DAN MENGMBANG DENGAN LEBIH CEPAT DARIPADA LAPISAN DALAM. 3. PADA WAKTU MALAM PULA, LAPISAN LUAR BATUAN MENJADI SEJUK DAN MENGECUT DENGAN CEPAT. 4. PROSES KEMBANG-KECUT YANG BERULANG-ULANG INI MENYEBABKAN LAPISAN LUAR BATUAN MEREKAH DAN TERTANGGAL DARIPADA LAPISAN SEBELAH DALAMNYA. 5. PROSES PEMECAHAN BATUAN INI DINAMAKAN KELUPAS DAN BERLAKU PADA BATUAN YANG MEMPUNYAI STRUKTUR BERLAPIS DAN LAPISAN LUARNYA RETAKRETAK. 6. PROSES KEMBANG-KECUT JUGA BOLEH MEMBAWA KEPADA KEJADIAN PEMECAHAN BONGKAH DAN PENYEPAIAN BERBUTIR.

7. PEMECAHAN BONGKAH BERLAKU APABILA PROSES KEMBANG-KECUT MELEBARKAN RETAKAN BATUAN DAN MENYEBABKAN PECAHAN DALAM BENTUK BONGKAHBONGKAH. 8. PENYEPAIAN BERBUTIR PULA BERLAKU SEKIRANYA BATUAN PECAH ATAU RELAI SECARA BERBIJI-BIJI. PROSES LULUHAWA INI BANYAK BERLAKU PADA BATUAN GRANIT DI MALAYSIA KERANA TERDIRI DARIPADA TIGA MINERAL BERLAINAN, IAITU FELDSPAR, KUARTZA, DAN MIKA