You are on page 1of 14

ULASAN BUKU : KEPIMPINAN MATSUSHITA

M20112001082

PENDAHULUAN
Dunia kepimpinan pendidikan sekarang semakin mencabar. Seseorang pemimpin perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bagi memastikan pendidikan terus meluncur ke arah kecemerlangan. Salah satu buku yang boleh dijadikan panduan ialah buku yang bertajuk Kepimpinan Matsushita yang telah di tulis oleh John P. Kotter. Kepimpinan yang sangat menakjubkan telah memperlihatkan satu kejayaan yang sangat cemerlang. Walaupun beliau telah meninggal dunia hampir 20 tahun
yang lampau, peninggalannya masih kekal hingga ke hari ini. Peninggalan Matsushita adalah syarikat yang diasaskan olehnya iaitu syarikat gergasi Matsushita Electric dan buku-buku hasil tulisannya yang masih dijual hingga ke hari ini walaupun selepas hampir 30 tahun penerbitan pertamanya. Malahan ketika hayatnya beliau turut mendirikan Institut PHP bertanggungjawab menggalakkan perniagaan dan memasarkan buku-buku karyanya serta apa juga tinggalannya yang boleh digunakan untuk kepentingan masyarakat. Di Malaysia sendiri, ketika hayatnya Konosuke Matsushita pernah mendapat anugerah yang membawa gelaran Tan Sri kepada beliau. Beliau juga diiktiraf sebagai individu terkaya pada kurun ke 20, sebelum Bill Gates mengambil alih. Selain usahawan yang unggul, Matsushita juga seorang penulis yang prolifik. Selepas mencapai kejayaan yang hebat sebagai seorang ahli perniagaan, Matsushita mula mengalih tumpuan daripada seorang usahawan yang sentiasa berfikir untuk memuaskan hati pengguna disamping mendapat keuntungan, beliau mula memikirkan masalah yang lebih besar daripada itu. Perubahan ini berlaku selepas meletusnya perang dunia kedua dan syarikat kajian dan perkembangan ilmu berkaitan pengurusan yang

ULASAN BUKU : KEPIMPINAN MATSUSHITA

M20112001082

beliau bertukar peranan seketika, daripada sebuah pengeluar barang elektrik untuk pengguna kepada sebuah perusahaan yang mengeluarkan barangan untuk kegunaan tentera Jepun yang terlibat dalam perang ketika itu. Matsushita mula memberi tumpuan kepada aspek kemanusiaan dan pendidikan. Usaha Matsushita tertumpu kepada pengurusan manusia yang baginya menjadi kunci utama dalam pengurusan yang cemerlang. Bertitik tolak daripada perubahan ini, Matsushita mula menceburi bidang pendidikan dan mula menyebarkan ilmu dengan menulis dan menerbitkan buku-buku pengurusan perniagaan.

PENGENALAN TOKOH KONOSUKE MATSUSHITA


Konosuke Matsushita telah dilahirkan pada pengujung akhir abad ke19 iaitu 27 November 1894 di Wasamura wilayah Osaka. Bapanya bernama Masakusu dan ibunya bernama Tokoue Shimamoto. Beliau mempunyai 8 orang adik-beradik dan beliau merupakan anak yang bongsu namum begitu beliau telah kehilangan 3 orang abangnya dan beliau menjadi satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya dan ini menjadikan Matsushita sebagai harapan kepada keluarganya.

Konosuke Matsushita adalah anak kepada seorang tuan tanah. Namun, harta keluarganya telah habis kerana keputusan pelaburan yang kurang cermat dari ayahnya dalam spekulasi perdagangan beras. Kerugian ini telah mengakibatkan ayahnya menjual semua harta bendanya. Beliau lalu meninggalkan sekolah. Ayahnya telah membuka sebuah kedai kasut kayu dan usaha ini berkembang dengan lambat. Dalam usia 9 tahun Konosuke Matsushita telah meninggalkan sekolah , dan telah bekerja sendiri di Osaka. Beliau menangis ketika berpisah dengan ibunya, Tokue sewaktu menaiki keretapi menuju ke Osaka dari Wakayama. Sesungguhnya perpisahan dalam usia semuda itu telah menjadikan dirinya benar-benar cekal mengharungi kehidupan. Tahun 1905 beliau telah berjaya menamatkan latihan kerja selama 6 tahun.Konosuke Matsushita dan pernah 2

ULASAN BUKU : KEPIMPINAN MATSUSHITA

M20112001082

terfikir untuk meninggalkan pekerjaannya. Tetapi oleh kerana beliau teringat kepada impian ayahnya iitu untuk mengembalikan kejayaan keluarga, beliau tetap terus bekerja di kedai basikal. Ketika usianya menjangkau 20 tahun dia dikahwinkan oleh kakaknya, kerana telah dianggap dewasa. Konosuke Matshusita telah berbincang dengan isterinya tentang rancangannya untuk membuka usaha yang berkaitan dengan kuasa. Momeno, isterinya menyokong rancangan tersebut. Dua tahun kemudian ia mengundurkan diri dari tempatnya bekerja dan mula membuka usaha pembuatan lifting lampu. Dengan dibantu oleh dua orang teman baiknya. Tetapi usaha mereka itu tidak menghasilkan keuntungan sehingga kedua-dua temannya menyerah dan berundur dari industri tersebut. Kemudian ia mendapat tempahan untuk membuat kipas angin yang membuatnya terlepas dari kesulitan. Beliau merasakan itu sebagai satu pertolongan setelah gagal dalam usaha pertamanya. Tahun 1917 merupakan tahun keramat bagi Konosuke Matsushita. Ini adalah kerana pada tahun itulah Matsushita memulakannya perniagaannya yang pertama. Dengan modal sebanyak seratus yen dan ruang operasi di sebuah rumah kongsi dua bilik, Matsushita memulakan perniagaan membuat soket elektrik . Tiada siapa pun yang memberi perhatian kepada Matsushita apatah lagi beliau hadir dalam dunia perniagaan tanpa modal yang besar dan kelayakan akademik yang cemerlang. Ini berbeza dengan tokoh usahawan yang lain seperti Noguchi Jun, pengasas Nippon Chisso Hiryo yang menubuhkan syarikat pertamanya dengan reputasi yang cukup hebat seperti bermodal besar sehingga cecah jutaan yen dan memiliki ijazah kejuruteraan dari universiti terkemuka di Jepun. Akhirnya Konosuke Matsushita mendirikan Matsushita DENKI Kigu Seisakusho. Syarikatnya terus berkembang dengan melalui berbagai-bagai masalah. Tetapi Konosuke Matsushita tidak pernah menyerah dengan masalah yang dihadapinya. Tahun 1928, Matsushita DENKI Kigu Seisakusho telah berkembang pesat dengan tiga kilang dan 300 orang pekerja.Pada masa ini Matsushita sendiri turun padang dan berjumpa dengan pelanggan-pelanggan tidak kira dimana beliau akan menyerahkan kad perniagaanya kepada sesiapa yang berpotensi menjadi pelangganya daripada pengurusan peringkat atasan sehingga kepada pegawai bawahan beliau tetap akan menyerahkan kad perniagaannya. Pada masa itu syarikat hanya mencari keuntungan saja. Konosuke Matsushita merasa itu tidak baik, beliau menyedari bahawa sebuah syarikat selain 3

ULASAN BUKU : KEPIMPINAN MATSUSHITA

M20112001082

mengejar keuntungan juga harus memikirkan kemajuan masyarakat. Semuanya itu akan membuat syarikat menjadi maju dan para pekerjanya menjadi senang dan selesa.Menurut beliau jika syarikatnya gagal menyediakan barangan yang terbaik kepada masyarakat maka mereka telah melakukan kegiatan jenayah kepada masyarakat.Begitulah pemikiran Mastsuhita dalam mengejar keuntungan beliau tidak lupa kepada tanggungjawab sosial yang dipikulnya.

PERJALANAN HIDUP MATSUSHITA

TAHUN 1894 1904 1910

UMUR

RINGKASAN KETERANGAN Di lahirkan di Wakayama

9 15

Bekerja sebagai perintis di Osaka Menyertai Osaka Electric Light Company (sekarang di kenali sebagai Kansai Electric Power Company)

1915 1918

20 23

Berkahwin dengan Mumeno Iue yang berusia 19 tahun Mengasaskan Works. Matsushita Electric Housewares Manufacturing

1927 1932 1933 1934 1935

32 37 38 39 40

Memasarkan "National Lamp" First Foundation Day Ceremony diadakan Memperkenalkan sistem bahagian Menubuhkan Institut Latihan Pekerja Mengabungkan syarikat dan dikenali sebagai Matsushita Electric Industrial Co., Ltd.

1946

51

Tujuh peraturan-peraturan selepas perang dikenakan oleh GHQ of the Allied Powers The PHP Institute, Inc telah ditubuhkan dan majalah PHP pertama

ULASAN BUKU : KEPIMPINAN MATSUSHITA dikeluarkan pada tahun 1947 1951 1952 1956 1961 56 57 61 66

M20112001082

Membuat lawatan pertama beliau ke U. S. and Europe Menjalin kerjasama Teknikal dengan syarikat Philips, Holland Rancangan 5 Tahun telah diperkenalkan Menjadi Pengerusi Lembaga

Meneruskan aktiviti PHP di Shinshin-An, Kyoto 1962 1964 1965 1968 1971 1972 1973 1977 1980 1983 1987 67 69 70 73 76 77 78 82 85 88 92 Diperkenalkan kepada dunia oleh Majalah TIME Mempengerusikan Persidangan Atami Memulakan sistem kerja lima hari seminggu Menyambut Ulangtahun ke-50 penubuhan syarikat Di lantik sebagai Pengerusi Asuka Preservation Foundation Menyiarkan buku bertajuk Thoughts on Man Menjadi Pengarah Dan Penasihat Eksekutif Menulis buku bertajuk Japan in the 21st Century Menubuhkan Matsushita Institute of Government and Management Memulakan Kyoto Colloquium on Global Change Di anugerahkan Grand Cordon of the First Class Order of the Rising Sun 1989 94 Meninggal dunia April 27

CIRI-CIRI KEPIMPINAN KONOSUKE MATSUSHITA


Bermula dengan kesusahan dan berakhir dengan kejayaan. Bunyinya mudah tapi tidak semudah usaha yang perlu di laksanakan. Konosuke Matsushita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Oleh yang demikian beliau memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mampu mewujudkan sebuah organisasi yang berkesan. 1. Berani Menghadapi Saingan. Di dalam perniagaan, risiko adalah sesuatu yang perlu dihadapi. Bagi Matsushita, walaupun bermula dengan sebuah syarikat yang kecil, beliau telah berusha sedaya upaya bersaing dengan syarikat yang lebih besar. Beliau telah mematuhi segala kaedah yang membolehkan firmanya berjaya menghasilkan rangkaian jalinan perniagaan yang lebih tersusun. Bakat

ULASAN BUKU : KEPIMPINAN MATSUSHITA

M20112001082

kepimpinan yang semakin jelas apabila beliau secara terus terang mahu setiap pekerjanya tahu tentang maklumat kewangan syarikat untuk dikongsi bersama dan menggalakkan pekerjanya bertindak mengikut struktur setiap bahagian yang telah ditetapkan. Sikap Matsushita yang terbuka dalam segala hal menyebabkan pekerjanya menyayangi beliau dan menghormati beliau. 2. Keteguhan Prinsip dan Idea. Prinsip yang kuat akan menjadi pemangkin ke arah kemajuan sesebuah firma walaupun kadang-kala prinsip tersebut akan menimbulkan pencanggahan pendapat di antara ahli pasukan. Matsushita pernah bekerja di sebuah kedai basikal di Bandar Osaka. Salah saorang rakan sekerjanya telah mencuri alat ganti basikal majikannya. Kes tersebut diketahui majikannya namun majikannya tidak bertindak membuang pekerja tersebut kerana pekerja itu bijak di dalam membaiki basikal. Matsushita mersakan keputusan itu adalah tidak bijak. Beliau tidak berpuas hati dan meluahkan kepada majikannya. Tindakan tersebut telah membuka mata majikannya dan akhirnya pekerja yang mencuri itu telah dibuang kerja. Keberanian Matsushita di kagumi majikannya. Matsushita memperjuangkan kemodenan Jepun dengan menggunakan prinsip pembangunan kapitalis mirip pelan pembangunan di barat. Prinsip ini telah mendapat tentangan di kalangan ahli politik dan tentera. Namun begitu, beliau berusaha menyakinkan dengan menyampaikan hujah dan pelan pembangunan kepada kerajaan pemerintah.Keberanian di alam mengemukakan pendapat adalah salah satu ciri yang amat penting bagi setiap pemimpin. Ketegasan dalam mengemukakan hujah beserta bukti dan sokongan idea pasti menghasilkan sesuatu yang menarik dan berkualiti seterusnya dapat memacu kearah kecemerlangan firma. 3. Memelihara Perhubungan dengan Pekerja Sebagai seorang pemimpin hubungan dengan pekerja adalah sangat penting. peringkat Matsushita atasan merupakan dan seorang pemimpin yang kaitan. benar-benar Matsushita mengambil berat kebajikan pekerjanya. Beliau berpendapat hubungan antara bawaha mempunyai mengaplikasikan ajaran zen yang dianutinya yang amat menitikberatkan hal

ULASAN BUKU : KEPIMPINAN MATSUSHITA

M20112001082

kekeluargaan dalam buku karyanya The Human Side of Enterprise (1960), pihak yang memerintah ibarat ayah dan ibu yang tegas dalam sesuatu hal tetapi amat menyayangi anaknya (pihak yang diperintah) melebihi diri sendiri. Prinsip ini amat penting kerana ianya melambangkan segala aktiviti syarikat dilaksanankan bukanlah untuk mengejar keuntungan semata-mata tetapi untuk kemakmuran masyarakat bersama. Baginya wang bukan persoalan utama yang menjadi keutamaanya adalah sumbangan kepada masyarakat. Beliau juga telah menubuhkan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Institut PHP yang berkonsepkan "Keamanan dan Kebahagiaan melalui

Kesejahteraan" yang menjawab soalan-soalan berdasarkan prisip kemanusiaan dan ideaidea ini disampaikan melalui majalah PHP .
4. Kepekaan Terhadap Pelanggan dan Teknologi Perkembangan teknologi akan berlaku dari masa kesemasa. Oleh yang demikian Matsushita bersikap peka terhadap pelanggan dan penggunaan teknologi baru untuk memenuhi cabaran. Sikap inovatif dan berfikiran jauh menyebabkan Matsushita disegani dan amat sukar untuk memiliki pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan sedemikian. Beliau sangat terbuka dan sedia menerima kritikan daripada orang lain dalam usaha memajukan diri sendiri, pengikutnya dan seterusnya organisasinya sendiri. Teguran dan kritikan adalah sesuatu yang baik dan menguntungkan. Produk pertama yang

menjadi tumpuan beliau ialah lampu basikal yang menggunakan kuasa bateri yang mampu bertahan untuk tempoh yang lama. Pada masa itu, lampu basikal yang digunakan oleh masyarakat di Jepun adalah berasaskan cahaya lilin untuk bergerak di waktu malam.. Cahaya lilin ini mudah padam bila ditiup angin. Ada juga pengeluar yang menghasilkan lampu basikal menggunakan kuasa bateri tetapi tidak tahan lama. Apapun, masyarakat Jepun belum dapat menerima pembaharuan yang diperkenalkan oleh Matsuhita kerana bimbang alat ganti lampu tersebut sukar didapati di pasaran. Apatah lagi mereka mengandaikan bahawa lampu basikal keluaran syarikat Matsushita sama mutunya dengan lampu basikal berkuasa bateri yang telah ada di pasaran pada masa itu . Matsushita menggunakan strategi pemasaran yang sangat berani iaitu dengan meletakkan sebiji lampu yang bernyala untuk diperagakan dan hanya akan menerima bayaran jika produk itu terjual. Peniaga tergamam kerana perkara itu tidak pernah dipraktikkan sebelum ini 7

ULASAN BUKU : KEPIMPINAN MATSUSHITA

M20112001082

tetapi mereka bersetuju kerana mereka tidak perlu menanggung apa-apa kos. Selepas empat atau lima hari, barulah strategi ini membuahkan hasil apabila lampu tersebut benar-benar dapat bertahan dalam tempoh yang lama sehingga meyakinkan peniaga untuk menjualnya.
Pada peringkat awal perniagaannya, Matsushita telah menjual soket dan lampu. Beliau telah menyatakan soket dan lampu yang dihasilkan adalah yang terbaik. Namun sekumpulan agen pengedar menyatakan penebat elektrik yang digunakan tidak berkualiti dan tidak tahan lama. Teguran tersebut telah diterima dengan baik. Berkat kesabaran, beliau telah menghantar sample kepada pengedar, mereka bersetuju untuk mendapatkan soket sebanyak 2,000 unit sebulan berbanding hanya seratus sebelumnya. 5. Tidak Berputus asa Matsushita tidak pernah mengenali erti putus asa. Semasa mencipta mentol dan bateri basikal, beliau menguji prototaip itu berulang-ulang kali menggunakan basikalnya sendiri..Beliau juga turut mengarahkan pekerjanya menggunakan mentol dan bateri tersebut kepada basikal masing-masing. Hasil keluarannya mendapat kejutan besar dalam senarai pembeli kerana ianya lebih baik daripada model yang yang lain yang terdapat dalam pasaran pada masa itu.Selain itu sikap tidak berputus asa beliau ditunjukan apabila

setelah melalui zaman perang (Perang Dunia Kedua) yang amat sukar, Matsushita menyusun kembali organisasinya dengan memperkenalkan sistem bahagian. Tiga bahagian dibentuk dimana bahagian pertama membuat radio, peralatan komunikasi, mentol lampu dan tiub hampagas; bahagian kedua membuat bateri kering dan peralatan yang berkaitan dengan pemanas elektrik dan bahagian ketiga menjual bateri storan dan pengubah.
6. Kreatif dan Inovatif Sifat kreatif dan inovatif ini adalah sangat penting di dalam

memastikan kemajuan di dalam sesuatu perniagaan. Sifat ini ini juga akan membantu kearah penghasilan idea dan produk-produk yang baru dan berkualiti. Matsushita termasuk juga merupakan seorang yang reatif dan inovatif. Bagi memastikan struktur organisasi syarikatnya berjalan lancar dan

ULASAN BUKU : KEPIMPINAN MATSUSHITA

M20112001082
kaedah dalam jabatan

teratur,

beliau

telah

menubuhkan

pelbagai

pentadbirannya yang ianya telah

disokong oleh lembanga pengarah

syarikatnya. Untuk menyimpan segala data, akaun kewangan, profil pekerja dan lokasi pasaran, beliau telah menubuhkan Pejabat Sejarah Syarikat Matsushita Electric Selain daripada itu, ditubuhkan juga Institut Pemerintahan dan Pengurusan Matsushita (MIGM) yang telah ditubuhkan di Kota Chiasaki. Ianya bertujuan untuk menghasilkan insan yang bekualiti dalam hal pengurusan dan pekara-pekara berkaitan dengan politik.

Lawatan Matsushita ke Amerika Syarikat dan Eropah pada tahun 1951 telah membuka lembaran baru dalam sejarah syarikatnya. Amerika Syarikat memberikan pendedahannya tentang perlunya syarikat beliau bergerak dengan lebih pantas untuk meningkatkan keupayaan teknologinya manakala Eropah menjadi lubuk kepada syarikatnya untuk mendapatkan sumber teknologi termaju. Matsushita menjalinkan usahasama dengan syarikat Philips bagi mengeluarkan tiub gambar televisyen, tiub hampagas, lampu pendarfluor dan beberapa komponen serta barangan elektrik yang lain . Pada tahun 1953, Matsushita membina Makmal Penyelidikan Pusat di pinggir bandar Osaka . Tujuan pembinaan makmal tersebut ialah untuk membangunkan teknologi bagi membuat TV, pengadun, ketuhar gelombang mikro, kepala rakaman, peti sejuk, periuk nasi elektrik, mesin basuh dan sebagainya. Makmal tersebut tidak mencipta keperluan yang benar-benar baru tetapi membaiki keluaran yang telah ada di pasaran dan membangunkan peralatan untuk pengeluaran automatik . Pada tahun 1960-an dan 1970an, barangan keluaran syarikat Matsushita mula dipasar ke seluruh dunia. Dibawah nama National dan Panasonic, berjuta-juta VCR, radio, pencukur, TV dan sebagainya telah dibeli oleh beratus-ratus juta orang diseluruh dunia tanpa mengenali nama pengasasnya iaitu Konosuke Matsushita .
Kebiasaan di Jepun memilih pekerja yang berkelayakan tinggi serta berpengalaman. Namun beliau tidak berbuat demikian. Iklan yang dibuat memerlukan pekerja yang tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan tidak berpengalaman. Matsushita cuba mengubah sifat keremajaan dan kekurangan daya tanggapan mereka supaya menjadi satu aset yang penting kepada masyarakat. Hasil akan di perolehi dalam jangka masa yang panjang tetapi sangat berkualiti.

ULASAN BUKU : KEPIMPINAN MATSUSHITA

M20112001082

Matsushita bukan sahaja kreatif dan inovatif dalam pengurusan dan kepimpinan, malah beliau juga mampu mewujudkan keluaran baru yang lebih murah. Beliau menegaskan kreativiti bermula dengan merekabentuk. Matsushita menerima pandangan orang lain bagi menghasilkan sesuatu keluaran yang lebih bermutu. Kepimpinan yang kreatif telah membawa beliau untuk meneroka pasaran baru di Eropah telah meningkatkan lagi perkembangan syarikatnya dan beliau juga semakin sikenali masyarakat dunia atas ketokohannya mempimpin sebuah syarikat yang besar. 7. Kuat Semangat dan Merendah Diri. Matsushita seorang yang suka merendah diri dan mempunyai

semangat juang yang tinggi. Keikhlasan yang ada pada diri dan mempunyai cirri-ciri usahawan telah membuatkan beliau mendapat tempat dalam Ahli Majlis Daerah Osaka. Ini menunjukkan beliau mempunyai ketokohan yang baik dan bukanlah pemimpin yang hanya mahu mengumpul harta dengan cara yang tidak betul dan salah guna kuasa. Pengalamannya yang luas dalam

bidang perniagaan setelah bermula dari peringkat bawah telah banyak membantu beliau memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada lembaga pengurusannya. Matsushita menegah pekerjanya bersikap angkuh dan bermegah diri kerana sikap itu membataskan diri agar tidak berpandangan jauh dan mempunyai minda yang sempit . Matsushita juga menegaskan kepada pekerjanya bahawa pasaran dan teknologi bukanlah isu utama tetapi yang paling penting ialah bersikap terbuka dan merendah diri untuk mempelajari sesuatu . Matsushita juga mengecam dan mengkritik eksekutifnya yang terlalu berpuas hati. Matsushita memperkenalkan jadual minggu kerja lima hari kepada pekerjanya buat pertama kali pada tahun 1965 . Beliau meniru amalan organisasi di Amerika Syarikat yang bekerja lima hari seminggu. Pekerja bekerja selama lima hari seminggu tanpa ada pengurangan gaji dan faedah sampingan . Hasilnya produktiviti syarikat meningkat secara berterusan dan pekerja syarikatnya dicemburui oleh pekerja syarikat lain di Jepun kerana minggu kerja mereka dipendekkan . Amalan Matsushita yang sentiasa merendah diri sehingga sanggup menundukkan kepala tanda hormat kepada para pekerjanya walaupun ia seorang kerani stor menjadi kunci kejayaan kepada diri dan organisasinya. Sikap merendah diri ini menyebabkan matlamat utama beliau cenderung ke arah sikap 10

ULASAN BUKU : KEPIMPINAN MATSUSHITA

M20112001082

sosial dan kemanusiaan.Keadaan ini membantu beliau melakukan apa yang sebenarnya diperlukan untuk menjadikan syarikatnya dan dirinya semakin kaya. IMPLIKASI KEPIMPINAN MATSUSHITA DALAM PENDIDIKAN
Kepimpinan Matsushita dilihat banyak memberi impak kepada

peningkatan sesebuah organisasi. Ianya dapat diimplimentasikan di sekolasekolah supaya prestasi pelajar dan seluruh organisasi yang berkaitan mampu menuju ke satu tahap yang lebih berkesan. Pengetua adalah individu yang dianggap sangat penting pada sesebuah sekolah. Gaya kepimpinan yang diamalkan haruslah sejajar dengan kehendak organisasi di bawah kawalannya. Salah satu gaya kepimpinan yang boleh diamalkan adalah kepimpinan trasformasional. Gaya kepimpinan ini sangat efektif jika pemimpin di sekolah mengaplikasikannya sebagai pegangan agar pengetua dan guru-guru mempunyai nilai pandangan dan kepentingan bersama kepada sekolah.

Ishak (2001) mendapati bahawa kepemimpinan transformasi di Malaysia mempunyai pengaruh yang lebih besar ke atas komitmen dan kepuasan kerja guru berbanding gaya ke pemimpinan yang lain. Hal ini kerana gaya kepemimpinan ini boleh membangkitkan semangat guru kesan daripada kepemimpinan yang dipamerkan oleh pengetua. Pendapat ini disokong oleh Avolio dan Bass (1990) yang menyatakan bahawa kepemimpinan transformasi lebih berkesan berbanding kepemimpinan transaksi. Malahan pemimpinyang mengamalkan kepemimpinan transformasi menunjukkan prestasi yang tinggi. Matshusita meletakkan satu penanda aras bagi mempertingkatkan kualiti sesuatu barangan. Barangan elektrik yang dikeluarkan seharusnya sentiasa memenuhi kehendak hati pelanggan. Dalam dunia pendidikan penanda aras ini juga boleh dijadikan sebagai panduaan untuk menilai di mana tahap pendidikan pelajar kita berada. Bagi melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merancang pelbagai pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan institusi pendidikan. Sebagai sebuah institusi yang bersedia dengan keupayaan pelajar, guru dan pekerja diharapkan dapat menjadi tapak untuk merintis pendekatan dan perubahan baru yang hendak dilaksanakan. 11

ULASAN BUKU : KEPIMPINAN MATSUSHITA

M20112001082

Namun apa yang paling penting adalah kepimpinan Matsushita ini dapat di guna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam arus pendidikan sekarang, tugas pengetua dan guru besar sebagai pemimpin sekolah kini semakin mencabar kerana selain berdepan tuntutan hakiki memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan lancar, pada masa sama mereka terpaksa memenuhi pelbagai tanggungjawab lain. Bebanan tugas itu menjadikan mereka ada kalanya tidak terkejar dan terpaksa mengagihkan tugas mengurus kepada guru penolong kanan. Sebagai pemimpin mereka perlu peka mengenai keperluan semasa dan kehendak pelajar. Pemantauan menyeluruh mengenal pasti prestasi adalah langkah awal pemimpin meningkatkan perkhidmatan sedia ada. Suntikan semangat serta bimbingan berterusan kepada guru penting supaya mereka dapat terus mendidik dengan penuh dedikasi. Guru juga memerlukan bimbingan dan sokongan serta suntikan motivasi daripada pemimpin supaya mereka dapat memberikan yang terbaik dan sedia berganding bahu dalam memenuhi aspirasi sekolah mencapai kecemerlangan. Tidak dinafikan terlalu ramai guru besar dan pengetua terpaksa menghabiskan banyak masa di luar sekolah. Tugas mereka semakin mencabar terutama apabila berdepan dengan penanda aras kecemerlangan yang diukur berdasarkan pencapaian akademik menerusi sistem peperiksaan. Tanpa disedari keghairahan mencapai kecemerlangan menyebabkan mereka terlepas pandang hingga menyebabkan proses P&P tidak seimbang. Guru mengajar semata-mata untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran dan membolehkan peperiksaan dilaksanakan secepat mungkin. Pemimpin sekolah perlu melihat keadaan ini sebagai sesuatu yang perlu diperbaiki. Senario ini menyebabkan ketulenan proses P&P tidak wujud kerana pelajar mengikuti pengajian semata-mata untuk menghabiskan silibus tetapi gagal menghayati pengetahuan dipelajari. Pemimpin di sekolah seharusnya memperbaiki proses P&P dengan lebih berkesan bagi melahirkan generasi lebih berdaya saing serta cemerlang akademik dan sempurna sahsiah.

12

ULASAN BUKU : KEPIMPINAN MATSUSHITA

M20112001082

PENUTUP Secara keseluruhannya Matsushita adalah seorang pemimpin yang amat sukar untuk dicari ganti pada masa kini. Beliau menjadi penulis, dermawan, pendidik dan ahli falsafah dalam pelbagai bidang.Daripada seorang pekerja buruh sehingga menjadi seorang usahawan, satu-satunya halangan yang paling besar adalah dalam memimpin keseluruhan kehidupannya dan organisasinya kea rah kecemerlangan. Karisma yang amat mengagumkan yang ada pada dirinya dapat dilihat sebagai sesuatu yang amat pelik dan jarang diperolehi dalamdiri seorang pemimpin pada masa kini. Ketokohan Matsushita dalam memimpin dan mengurus syarikat dan organisasinya haruslah dicontohi oleh pemimpin dan pentadbir di sekolah. Tingkah laku dan tindak balas terhadap pengikutnya haruslah diterapkan dalam jiwa guru dan pelajar sekolah agar sentiasa berusaha, saling bantu-membantu dan tidak cepat berputus asa serta mempunyai jiwa yang besar dalam apa jua bidang yang diceburi.

RUJUKAN
13

ULASAN BUKU : KEPIMPINAN MATSUSHITA

M20112001082

Corporate History (2009) diperolehi pada Ogos 1, 2010 daripada http://www.panasonic.net/history/founder/chapter1/story1-01.html Bass, B. M. dan B. J. Avolio(1990). Developing Transformational Leadership: 1992 and beyond. Journal ofEuropean Industrial Training. Hiro Matsushita . Diperolehi pada Ogos 5, 2010 daripada Ishak Sin (2001). Pengaruh Kepimpinan Pengajaran, Kepimpinan Transformasi Dan Gantian Kepada Kepimpinan Ke Atas Komitmen Terhadap Organisasi, Spesifikasi Dan Kepuasan Kerja Guru. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Leadership . Diperolehi pada Ogos 1,2010 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/leadership.

John P. Kotter (1998), Kepimpinan Matsushita : Pelajaran Daripada Usahawan Abad ke-20 Yang Paling Luar Biasa, Penel Penterjemah ITNM, Kuala Lumpur. Matsushita-Library. (n.d.). Retrieved from Matsushita-Library: http://matsushitalibrary.jp/en/history/index.html Mok Soon Sang (2007), Siri Pendidikan : Pengurusan Pentadbiran, Kursus PTK, Multimedia-Es Resources Sdn.Bhd. Panasonic Corporation diperolehi pada Ogos 5,daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Matsushita.Electric.Industrial.co

14