You are on page 1of 1

Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda menterjemahkan maksud teknologi sebagai proses dengan teknologi sebagai produk dalam

melaksanakan proses pengajaran pembelajaran anda di bilik darjah? Penggunaan inovasi teknologi baru telah banyak memberi sumbangan dalam pendidikan dan diantaranya adalah menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan, menyokong untuk memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan, menyediakan peluang untuk belajar dengan luas dalam konteks sumber asli dan

menyediakan alat yang membolehkan guru pelatih meningkatkan kuasa dan proses kognitif. Kemajuan teknologi telah membawa perubahan positif kepada cara guru mengajar dan murid belajar, bekerja, berkomunikasi dan bermain. Teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum, memperkayakan pengalaman pelajar. Seterusnya, menjimatkan masa, tenaga dan wang. Penggunaan Teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan gambaran yang konkrit bagi mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. Selain itu, membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir, melibatkan pelbagai deria pelajar. Dengan itu, teknologi dapat membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan. Penggunaan Teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar bagi mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Teknologi dapat mempengaruhi peningkatan motivasi, menguatkan pengajaran, meningkatkan lingkungan psikologi di dalam kelas Penggunaan teknologi dalam pendidikan berkaitan dengan usaha peningkatan produktiviti pendidikan. teknologi dalam pendidikan hendaknya selektif sesuai konteks isi pelajaran dan dapat meningkat kognitif.