You are on page 1of 17

1.

Pengenalan
Di Malaysia perhatian terhadap kecergasan bermula dalam tahun 70-an dengan kewujudan pembangunan ujian kecergasan. Dengan kesedaran peranan dan kecergasan Sukan kepada negara, Kementerian Kebudayaan Belia melancarkan

program ‘Malaysia Cergas’ pada tahun 1985. Usaha ke arah ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia apabila Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Kehidupan yang serba moden pada masa kini telah banyak menyebabkan manusia kurang melakukan pergerakan- pergerakan yang menyihatkan. Bagi mengekalkan kesihatan kita perlu bersenam. Senaman yang sesuai hendaklah ditentukan dengan menilai tahap kecergasan semasa. Selepas menjalani beberapa ujian yang dicadangkan kita akan dapat tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam. Ini membolehkan tubuh kita menerima senaman beransur-ansur di samping mengelakkan kecederaan. Di peringkat sekolah Pendidikan Jasmani merupakan satu pendidikan yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar secara menyeluruh melalui pilihan aktiviti-aktiviti pergerakan dan pengalaman jasmani yang terancang. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani pula terdiri daripada tiga tunjang utama iaitu tunjang kecergasan, tunjang kemahiran dan tunjang kesukanan.

1.1

Definisi Kecergasan Fizikal

Kecergasan fizikal dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: i. ii. Kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan Kecergasan fizikal yang berasaskan perlakuan motor.

Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan, dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Selain itu kecergasan fizikal berasaskan kesihatan mempunyai komponen seperti:

Ianya adalah kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas (mengecut / explosive) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecepatan yang tinggi. Lebihan peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah kegemukan Kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga. berdaya kuasa. Keupayaan sistem pernafasan dan sistem pengaliran darah membekalkan sel-sel badan dan organ-organ di dalamnya dengan keperluan-keperluan oksigen bagi melakukan kerja untuk jangkamasa panjang. berkemahiran dan sebagainya. daya tahan dan berkuasa untuk melakukan pergerakan-pergerakan bagi menghasilkan daya yang banyak untuk membolehkan manusia melakukan kerja dengan senang. saluran darah dan paru-paru. Ia adalah hasil kucupan otot yang kuat dalam jangkamasa yang singkat ianya merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kucupan otot.Otot-otot tubuh mempunyai kekuatan. Penentuan isi kandungan badan menunjukkan peratusan (%) lemak badan yang dibandingkan dengan isi kandungan otot-otot dan tulang-tulang. Kelenturan tubuh badan dicapai dengan meregangkan otot dan sendi tertentu. b)Kecergasan otot. kekuatan. c)Kelenturan dan Kelonggaran. Antara komponen kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor adalah: a)Kuasa.Daya tahan otot khas yang melibatkan terutamanya jantung. .Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan ialah lemak. otot-otot dan tulang-tulang. berdaya tahan. Bagi seseorang atlit kecergasan lakuan motor bolehlah didefinisikan sebagai mempunyai 'Kemahiran Tinggi' iaitu penggunaan tenaga yang minima bagi menghasilkan daya (kerja) tetapi hasilnya maksima.Kelembutan dan kelenturan tubuh badan adalah satu komponen kecergasan jasmani yang penting. d)Komposisi lemak badan.Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan.a)Kecergasan kardiovaskular.

Adalah kebolehan individu melakukan pergerakan berturutturut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut arah. f)Imbangan.b)Ketangkasan.Merupakan jangkamasa yang diambil untuk bergerak atau bertindak dalam suatu gerakan bagi menghasilkan perbuatan (kerja) yang menguntungkan. semasa. ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum. Ianya melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua anggota badan. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran. menganalisis dan mentafsir data yang dikutip.Ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang individu. e)Masa tindak-balas. .1. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan. d)Koordinasi. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak. pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal. prestasi tahap fizikal. Kelajuan ditentukan dari hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah. dan selepas pengajaran.Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar (tapak) menyokong diubah 2. Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang . pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina. bateri. mentadbir dan memberi nilai kepada ujian. Konsep Pengukuran dan Penilaian Ujian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat murid.Ialah kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan berturutan ke suatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah c)Kelajuan kepantasan. Latar Belakang Ujian 2. Menurut Borhan Yusof (2008). Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul.

Memilih wakil sekolah. Setiap murid adalah unik. 5. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Penilaian memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama. Penilaian memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. 3. Dengan itu. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan maka kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa. Menentukan status semasa murid Mengikut Kirkendal. Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi : a) Pemberian gred b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan e) Menentu aktiviti tertentu. Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah. Memfokuskan kepada setiap orang murid. Memotivasikan murid. 2. Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan.Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani adalah untuk: 1. 4. . Ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid.

Buat pertama kalinya. Salah satu aspek yang ditekankan ialah kecergasan fizikal di mana pencapaian pelajar diukur melalui Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA). dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Penilaian yang telah dibuat akan digunakan oleh pihak lain sebagai bahan kajian. 2.2 Sejarah Pengukuran dan Penilaian Pendidikan Jasmani Penilaian sekolah. Ujian tersebut pada masa itu mengandungi 6 aktiviti iaitu : a) Ujian Kelembutan b) Baling bola sofbol c) Lompat Sargent ( Lompatan Menegak) d) Mendagu e) Lari ulang-alik f) 600 ela lari/jalan Ujian tersebut dirasakan tidak sesuai untuk digunakan kerana ia mengambil norma daripada Amerika Syarikat. Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) telah dijalankan buat pertama kali di sekolah pada awal tahun 70an. Penilaian telah dijalankan untuk semua mata pelajaran kecuali Pendidikan merupakan untuk satu proses yang dijalankan pengajaran dari semasa ke semasa. pelajaran. Pada tahun 1989. penilaian formal telah diperkenalkan untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi pelajar Tingkatan Satu. Justeru pada tahun 2005. sesuatu di menentukan keberkesanan pembelajaran mata Jasmani secara rasmi dari dulu hingga 1987. 6. Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan satu program yang dinamakan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaann . markah atau gred Pendidikan Jasmani di masukkan dalam buku laporan pelajar.Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai. Mereka boleh menambahbaik kajian yang telah kita lakukan ataupun membanding-beza dengan keputusan kajian mereka. Membekalkan maklumat untuk kajian lain.

jam randik 1. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan. selamat dan berfungsi dengan baik. 4. pita ukur. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat. 2. Rekod penilaian kecergasan ini sangat berguna kerana ianya memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid.0 Prosedur Ujian Nama ujian Objektif ujian Alatan Keselamatan : : Ringkuk Tubi Separa : Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen : Pita lekat bersaiz 2.Butir Ujian Saya telah memilih dewan sekolah sebagai tempat untuk saya mengadakan ujian kerana kawasan tersebut luas. Ujian yang saya pilih adalah bagi menguji kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dengan aktivitinya ringkuk tubi separa. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika : (a) disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal. 3. . Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Melalui program ini murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020. 5. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan. selamat untuk digunakan dan mempunyai kawasan yang boleh berbaring. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap.3 Butir. dan (c) tidak sihat pada waktu ujian. 2. Ujian tersebut telah diadakan pada 30 Januari 2012 pada pukul 8. 3. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.00 pagi. (b) mengidap penyakit kronik.(SEGAK).5 cm.00 pagi sehingga 9. Sampel ujian saya adalah terdiri daripada murid-murid tahun 5 seramai 20 orang yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 8 orang perempuan.

Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai. 9.6. bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua. 9. 6. 10 cm Rajah 1: Jarak antara pita pelekat Prosedur : 1.3 Tumit diangkat. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai. Murid B mengira ulangan perlakuan. 5. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :9. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. 8. 9. 4.2 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya. 10. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai. Murid melakukan pergerakan selama 1 minit. Panduan guru : Lakuan ringkuk yang tidak sempurna: 1.1 Berasa tidak selesa. 3. Pengurusan dan organisasi: 1. Guru merekodkan pencapaian ujian murid di dalam borang pemarkahan. Pada setiap lakuan ringkuk. . Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama. Buka kaki seluas bahu. 7. 2. Jarak antara pita adalah 10 cm.

4.0 Dokumentasi Bergambar Ujian 4. Tumit diangkat. 4. 3. Rapatkan belakang ke lantai. Seimbangkan bahu/badan. 5. Saya telah memilih untuk menggunakan dewan sekolah kerana ianya sesuai dan selamat untuk digunakan. 6. Bahu sentuh lantai. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak). Buka kaki. Badan/ bahu senget. Punggung terangkat. 4. 3. Rapatkan tumit ke lantai. Gambarajah 1: Kawasan dewan sekolah 4. 5.1 Gambar kawasan ujian Sekolah Kebangsaan Lebur Remun mempunyai sebuah dewan serbaguna. Bengkokkan lutut.2 Gambar aktiviti murid . 2.2. Arahan /Teguran untuk perlakuan ringkuk yang tidak betul: 1.

Kemudian murid dikehendaki untuk membuka kaki seluas bahu. tangan. Ini bertujuan bagi membolehkan tubuh badan murid lebih bersedia untuk melakukan ujian kecergasan fizikal dan mengelakkan kecederaan. pinggang dan kaki. c) Sesi ringkuk tubi Gambarajah 4: Fasa pertama Ujian ringkuk tubi separa bermula dengan murid berbaring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai. . Selepas itu saya akan memastikan kedua-dua belah tangan adalah lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama. b) Sesi memanaskan badan Sebelum memulakan ujian saya mengarahkan murid-murid melakukan aktiviti memanaskan badan.a) Sesi orientasi gambar Gambarajah 2: Sesi orientasi Semasa sesi ini dijalankan. Saya telah melantik seorang murid bagi mengetuai aktiviti memanaskan badan. Antara aktiviti-aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan ujian kecergasan ini adalah seperti berikut: Gambarajah 3: Regangan otot bahu. saya telah mengambil kehadiran dan memastikan murid-murid adalah sihat serta memakai pakaian sukan yang lengkap.

Gambarajah 6: Fasa ketiga Fasa seterusnya ialah bahagian bawah atau belakang badan murid hendaklah rata pada permukaan lantai dan jari tengah murid menyentuh bahagian luar pelekat pertama. Turutan fasa-fasa ringkuk tubi yang dilakukan oleh pelajar lelaki Fasa 1: Sedia Fasa 2: Ringkuk Fasa 3: Kedudukan asal . bahu murid hendaklah diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua.Gambarajah 5: Fasa kedua Pada setiap ringkuk.

tangan. Gambarajah 8: Regang otot bahu. pinggang dan kaki perlahan-lahan. .Turutan fasa-fasa ringkuk tubi yang dilakukan oleh pelajar perempuan Fasa 1: Sedia Fasa 2: Ringkuk Fasa 3: Kedudukan asal d) Sesi menyejukkan badan Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas melakukan ujian kecergasan seperti: Gambar Gambarajah 7: Berjalan perlahan-lahan selama 3 minit.

5. . Paksi x ialah bilangan ringkuk tubi yang dilakukan murid dalam seminit. Keputusan yang diperolehi oleh murid telah saya catatkan di dalam borang pemarkahan. Nama murid:_____________ Bilangan Ringkuk tubi yang dilakukan dalam seminit Rajah 2: Borang pemarkahan Bil 1. 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Nama murid Andreas Balim Bracker Brendnel Catherina Clarryza Fernado Florence Haruchika Jason Jeffson Liza Mary Melfiana Raveena Richie Rohanges Samuel Sebastian Shelvie Bilangan ringkuk tubi 28 27 18 17 19 6 27 18 34 30 6 7 24 20 21 7 29 27 28 27 Jadual 1: Jadual bilangan ringkuk tubi murid tahun 5 Bagi memudahkan lagi data yang diperolehi di analisis. saya telah membina sebuah carta yang menunjukkan bilangan ringkuk tubi murid bagi tahun 5. Paksi y pula mewakili nombor murid seperti yang terdapat dalam jadual 1 di atas.0 Pengumpulan dan Analisis Data Saya telah memilih untuk mentadbir ujian yang mengukur kecergasan fizikal berasaskan kesihatan iaitu ujian ringkuk tubi separa.

Saya juga telah membuat analisis ringkuk tubi yang dilakukan mengikut jantina. Murid yang paling sedikit melakukan ringkuk tubi dalam masa seminit ialah murid yang bernombor 6 dan 11 iaitu Clarryza dan Jeffson dengan catatan 6 kali. Carta bar 2 dan 3 yang berikut menunjukkan bilangan ringkuk tubi yang dilakukan oleh murid lelaki dan murid perempuan tahun 5. . Paksi x ialah bilangan ringkuk tubi yang dilakukan murid dalam seminit manakala paksi y pula mewakili nombor murid seperti yang terdapat dalam jadual 1 di atas.Berdasarkan carta 1 di atas. di dapati murid yang paling banyak melakukan ringkuk tubi dalam masa seminit adalah murid yang bernombor 9 iaitu Haruchika iaitu 34 kali dalam masa seminit.

Nilai min iaitu purata ringkuk tubi bagi murid lelaki ialah sebanyak 23. Murid lelaki yang paling sedikit dapat melakukan ringkuk tubi adalah murid yang bernombor 11 iaitu Jeffson dengan catatan 6 kali. .16 kali.Berdasarkan carta 3 di atas murid yang bernombor 9 iaitu Haruchika merupakan murid lelaki yang paling banyak melakukan ringkuk tubi sebanyak 34 kali.

Jadual di bawah menunjukkan norma piawai ringkuk tubi untuk murid yang berumur 11 tahun.0 Perbincangan Norma Perbandingan Norma. Nilai min atau purata ringkuk tubi bagi murid perempuan pula ialah sebanyak 17. Gred Jantina Lelaki Perempuan 29 ke atas 29 ke atas 19-28 20-28 8-18 7-19 1-7 1-6 0 0 Cemerlang Sangat baik Baik Sederhana Usaha lagi Jadual 2: Norma piawai ringkuk tubi murid berumur 11 tahun . murid perempuan yang paling banyak melakukan ringkuk tubi dalam masa seminit adalah murid yang bernombor 20 iaitu Shelvie dengan catatan sebanyak 27 kali.norma yang saya gunakan bagi menentukan prestasi murid-murid saya ialah norma yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kokurikulum dalam bukunya yang berjudul Draf Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan bagi sekolah menengah dan rendah. 6.75 kali.Melalui carta 4. Murid perempuan yang paling sedikit melakukan ringkuk tubi dalam masa seminit adalah murid yang bernombor 6 iaitu Clarryza dengan catatan sebanyak 6 kali.

5 orang pula mendapat gred sangat baik manakala 2 orang mendapat gred baik dan 2 orang mendapat gred sederhana.Berdasarkan norma piawai yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di atas. 83% murid lelaki mempunyai kecergasan fizikal yang baik iaitu mempunyai daya tahan dan kekuatan otot abdomen yang baik. didapati seramai 3 orang murid lelaki mendapat gred cemerlang. Nilai min bagi murid perempuan adalah dalam lingkungan gred baik. Kesimpulannya. melalui prestasi yang ditunjukkan oleh murid-murid tahun 5 tersebut.0 Rujukan . 4 orang berjaya mendapat gred sangat baik sementara 3 orang mendapat gred baik dan seorang mendapat gred sederhana. Pencapaian murid perempuan juga amat baik dengan 90% mempunyai daya tahan dan kekuatan abdomen yang baik. tiada seorang pun yang berjaya mendapat gred cemerlang. Bagi murid perempuan pula. 7. Nilai min ataupun purata bilangan ringkuk tubi yang dilakukan oleh murid lelaki boleh dikategorikan sebagai sangat baik.

Vasudevan T. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.bodpod. Kuala Terengganu Guru Penilaian Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Shah Alam : Karisma Publications. 2006. 2000.com/fitnesstests.com http://www. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Panduan Kecergasan Fizikal Sekolah Rendah. 2008. Pusat Perkembangan Kurikulum Mohd Talib dan Norlena Salamuddin. Asas Pendidikan Jasmani:Peringkat Menengah dan Tinggi. Kuala Terengganu.topendsports. Pusat Perkembangan Kurikulum. Fitness For Sport.fitness. 2003.1st4sport. Wee Eng Hoe. HBPE1203 Kecergasan Fizikal.htm http://www.co.htm http://www. Arasoo. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. 2003. Selangor : Meteor Doc. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.brianmac. Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Kecergasan:Satu Panduan Hidup Sihat.org/fitnesstesting/physicalfitness.org . Sdn Bhd. JPNT Kementerian Pendidikan Malaysia.html http://www.com/testing/tests. Ipoh : Fajar Bakti. 2007.thesportjournal.com http://www. Kementerian Rex Hazeldine. Great Britain : The Crowood Press. Kuala Lumpur. Kebangsaan(SEGAK) Sekolah Pelajaran Malaysia. 2003. HBPE2203 Ujian. http://www.sport-fitness-advisor.peworld.Borhan Yusof. 1997.pdf http://www.gov/getfit. Standard Kecergasan Fizikal Rendah dan Menengah. Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 1-6. Wee Eng Hoe. 1985. 2002. Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani . Hasbullah Ismail ect.uk http://www. Pendidikan Jasmani.