P. 1
KBSR berasaskan FPK (man)

KBSR berasaskan FPK (man)

|Views: 3,724|Likes:
Published by burung85

More info:

Published by: burung85 on Apr 04, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/27/2013

pdf

text

original

PERUBAHAN DAN PEMBENTUKAN DALAM KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) PEMBENTUKKAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR

). Pembentukkan dan perlaksaan KBSR adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan berasaskan penetapan matlamat dan objektif pada tahap persekolahan tersebut. Selain itu, KBSR juga berfokuskan kepada proses perlaksanaan yang merangkumi aspek-aspek seperti prinsip, struktur, bidang pelajaran, penekanan, strategi pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Berikut merupakan gambar rajah tentang KBSR.

Pembentukan KBSR berlatar belakangkan dengan KBSR dilaksanakan secara percubaan di 305 buah sekolah seluruh malaysia pada tahun 1982 untuk menguji keberkesananya di sekolah tersebut. Selepas tahun itu iaitu pada tahun 1983, kerajaan sekali lagi telah melaksanakan perlaksanaan penuh pada setiap sekolah di malaysia. Apabila tahun 1984, semua sekolah telah mensisipkan amalan perdagangan untuk digantikan dengan kemahiran hidup. Manakala pada tahun 1988,falsafah pendidikan negara dinyatakan secara rasmi dan diguna pakai oleh negara. Falsafah pendidikan negara ini berbunyi : " Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. " Pada tahun 1993, kerajaan telah mengubah nama bagi Kurikulum Baru Sekolah Rendah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana terdapat beberapa perbezaan yang ketara selepas kajian telah dibuat. Akhirnya, pada tahun 1994, beberapa nama matapelajaran ditukar sekali lagi oleh kerajaan iaitu mata pelajaran Alam dan Manusia yang telah ditukarkan dengan Sains dan Kajian Tempatan.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR). Terdapat beberapa punca utama yang menyebabkan berlakunya pembentukan KBSR iaitu dasar pendidikan negara. Dasar Pendidikan Negara Malaysia dibentukan berasaskan laporan razak (1956), ia adalah termaktub dalam ordinan pelajaran(1957). Selain itu, laporan rahman talib (1960), juga termaktub dalam akta pelajaran (1961). Matlamat yang hendak disasarkan dalm dasar pendidikan negara ini adalah ingin mencapai perpaduan rakyat melalui sistem pendidikan kebangsaan dengan melaksanakan sukatan pelajaran yang sama rata serta penggunaan bahasa malaysia sebagai bahasa penghantar utama di dalam semua peringkat persekolah di malaysia. Seterusnya ialah cita dan ideologi negara juga merupakan punca-punca dalam pembentukan KBSR disebabkan terdapat hubungkait yang rapat dalam pembinaan perpaduan rakyat yang berbilang bangsa berpandukan prinsip-prinsip rukun negara. Dalam proses untuk menjayakan faktor ini, kurikulum sekolah hendaklah mengandungi unsur aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan murid ke arah perpaduan negara. Misalnya, setiap sekolah untuk semua jenis di Malaysia hendaklah mempunyai kurikulum ysng seragam melalui sukatan pembelajaran yang sama, aktiviti kokurikulum yang sama dan menduduki peperiksaan awam yang sama. Falsafah pendidikan negara juga merupakan salah satu daripada faktor pembentukan KBSR. Dalam hal ini KBSR mengambil kira falsafah pendidikan sekolah rendah kerana falsafah pendidikan sekolah rendah menitikberatkan faktor kehendak individu. Berdasarkan falsafah ini juga, pembentukan KBSR seprti rancangan dan perlaksaan adalah berlandaskan kepada ideologi yang memberikan pendidikan secara menyeluruh kepada murid bagi mendapatkan keseimbangan didalam bidang intelek,

rohani, sosial dan jasmani. Berdasarkan program KBSR juga, segala minat dan bakat yang ada pada murid-murid dapat dipupuk dan diperkembangkan.

OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH. Dalam pembentukan KBSR terdapat objektif atau matlamat pendidikan sekolah rendah bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Antara objektif tersebut ialah: 1. Menguasai Bahasa Melayu selaras dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara. 2. Menguasai kemahiran asas berbahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah berkenaan. 3. Menguasai kemahiran asas mengira dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. 4. Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran belajar. 5. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal. 6. Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua. 7. Memperoleh ilmu pengetahuan dan berikhtiar meluaskannya. 8. Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayatayat dalam al-Quran bagi murid-murid Islam. 9. Mengukuhkan asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia. 10. Menghayati dan mengamalkan nilai murni sebagai asas amalan hidup. 11. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri. 12. Membentuk daya kepimpinan dan keyakinan diri. 13. Memahami dan peka terhadap manusia dan persekitaran. 14. Mengembangkan bakat dan kretiviti. 15. Memupuk semangat patriotisme. PERUBAHAN DALAM KBSR.

Pada tahun 1988, kerajaan telah menukar kan kurikulum baru sekolah rendah kepada kurikulum bersepadu sekolah rendah kerana terdapat beberapa kelemahan didalam perlaksaan kurikulum baru sekolah rendah. Dalam perlaksanaan kurikulum bersepadu sekolah rendah ini kerajaan telah menambah dan mengukuhkan lagi peranannya bagi menutup segala kelemahan dan kekurangan dalam perlaksanaan kurikulum baru sekolah rendah. Antara penambahan yang telah dibuat ialah : 1. Kurikulum ○ Tiga mata pelajaran baru diperkenalkan iaitu; ➢ Kemahiran Hidup menggantikan subjek Amalan Perdagangan (1984) ➢ Sains ➢ Kajian Tempatan menggantikan subjek Alam dan Manusia. ○ Mata pelajaran sedia ada juga mengalami pembaharuan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan: ➢ Bahasa – Kemahiran-kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa ditegaskan untuk memudahkan penguasaan kemahiran-kemahiran seperti kemahiran belajar dan berfikir. ➢ Pendidikan Moral – Bertujuan untuk menyelaraskan kandungan sukatan pelajaran di peringkat rendah dan menengah. ➢ Pendidikan Islam – Bidang Asas Akhlak Islamiah, ditambah kepada bidang-bidang Asuhan, Tilawah al-Quran, dan Asas Ulum Sya’riah bertujuan menegaskan nilai-nilai murni.Pelajaran Jawi diajar kepada murid tahun tiga (1984) dan diajar kepada murid tahun satu (Disember 1990). ➢ Pendidikan Jasmani – Kesihatan dan kecergasan ditambah. ➢ Penggunaan sempoa – Meningkatkan kecekapan murid berfikir dan mengira. 2. Budaya Sekolah ○ Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan merangsang pembelajaran diwujudkan bertujuan menghasilkan murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. ○ Unsur patriotisme diserap dalam semua mata pelajaran bertujuan melahirkan warga negara yang cintakan negara dan bangga menjadi rakyat Malaysia.

○ Unsur kesepaduan.

PROSES PERLAKSANAAN KBSR. Dalam proses perlaksanaan KBSR terdapat beberapa peringkat yang menjadi tulang belakang kepada KBSR. Antara proses yang dimaksudkan ialah prinsip, struktur, bidang pelajaran, penekanan, strategi pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian. Prinsip. Terdapat beberapa prinsip untuk megkasakan lagi perlaksaan KBSR. Antara prinsip tersebut ialah: • Prinsip 1 : Pendekatan Bersepadu – Merupakan satu pendekatan di mana unsurunsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan untuk mewujudkan kesepaduan dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek.Konsep bersepadu berlaku melalui empat cara iaitu; i. Penggabungjalinan kemahiran  Dalam satu mata pelajaran.  Antara mata pelajaran. ii. Penyerapan  Pelbagai bidang ilmu dalam mata pelajaran dan merentasi mata pelajaran.  Nilai dalam mata pelajaran. iii. Kesepaduan antara dua unsur sama ada;  Kurikulum dan kokurikulum.  Pengetahuan dan amalan.  Pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru. iv. Unsur merentasi kurikulum, misalnya;  Bahasa merentasi kurikulum  Alam sekitar merentasi kurikulum  Sains merentasi kurikulum  Kemahiran berfikir merentasi kurikulum • Prinsip 2 : Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

 Menurut ahli psikologi, potensi individu tidak boleh dikembangkan secara berasingan kerana setiap potensi mempunyai hubungkait dengan potensi yang lain. • Prinsip 3 : Pendidikan Seumur Hidup  Sekolah (Institusi formal) mempunyai dua peranan iaitu; i. Sekolah merupakan institusi formalpertama dimana murid memperolehi ilmu dan kemahiran asas. KBSR berperanan membina asas bagi setiap murid dari segi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi situasi dalam kehidupan harian. ii. Sekolah juga boleh memupuk minat setiap murid untuk mencari ilmu dan seterusnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Guru berperanan menanam dan memupuk budaya ilmu dan membaca dalam kalangan murid mereka. • Prinsip 4: Pendidikan Yang Sama Untuk Semua Murid.  KBSR juga menyediakan pendidikan yang sama bagi semua murid. Semua murid pada tahap persekolahan yang sama mengikuti kurikulum yang sama tanpa mengambilkira jenis aliran persekolahan, Cuma yang berbeza adalah bahasa pengantar sahaja. Berdasarkan prinsip yang dibuat ini, KBSR boleh disimpulkan bahawa aktiviti kurikulum bertujuan menghasilkan individu yang berdisiplin, bekerjasama, bersifat penyayang, dan mempunyai keyakinan diri serta daya kepimpinan demi keluarga, masyarakat dan negara.

PENEKANAN DAN TUMPUAN DALAM KBSR. Dalam perlaksanaan KBSR, terdapat beberapa penekanan telah diujarkan. Antara penekanan yang telah diselidik, terdapat beberapa penekanan yang utama yang harus diambil berat iaitu: • • Kemahiran asas ○ 3M (Meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis). Kemahiran berfikir.

○ Menitikberatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritif yang bertujuan membolehkan murid memahami, menilai dan mengaplikasikan maklumat yang diterima agar murid dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. • Nilai merentas kurikulum. ○ Nilai murni ditekankan dalam mata pelajaran-mata pelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kurikulum. Penanaman dan pemupukan nilai-nilai seeloknya dilaksanakan dalam semua peristiwa pembelajaran yang dihadapi dan dialami oleh murid. • Bahasa merentas kurikulum. ○ Setiap murid seharusnya mencapai taraf penguasaan yang baik bagi aspek-aspek sperti butiran, struktur ayat, tatabahasa istilah,dan laras bahasa memandangkan Bahasa Melayu merupakan bahasa penghantar utama di sekolah rendah. Oleh itu, guru bukan sahaja mesti memberi tumpuan kepada ilmu yang khusus pada mata pelajaran yang berkenaan, malah • bertanggungjawab untuk menyumbang dan mengukuhkan pengukuhan bahasa melayu murid-murid. Patriotisme merentas kurikulum. ○ Guru berperanan penting untuk memupuk dan menyemai semangat patriotisme dalam semua mata pelajaran (kurikulum) disamping aktiviti kokurikulum dan hikmat masyarakat agar menghasilkan murid yang cintakan negara dan bangga menjadi warga Malaysia. • Strategi P & P yang berpusatkan murid. ○ Guru seharusnya berfokuskan kepada murid serta melibatkan mereka secara aktif dalam aktviti pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam atau di luar bilik darjah. Sehubungan itu, guru hendaklah merancang pelbagai aktiviti yang selaras dengan kebolehan dan minat murid-murid. • Penilaian berterusan. ○ Penilaian berterusan juga dikenali sebagai penilaian formatif yang dijalankan sepanjang tahun. Ini adalah bertujuan mengenalpasti dan

mengesan perkembangan dan kemajuan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap. • Pemulihan dan pengayaan. ○ Pemulihan dijalankan keatas murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu, manakala aktiviti pengayaan bertujuan sebagai pengukuhan kepada murid-murid yang telah menguasai sesuatu kemahiran agar dapat mengembangkan ciri-ciri seperti kreativiti, minat, bakat, daya ingin tahu, sifat berdikari, dan sebagainya. Penekanan utama ialah Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam, pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus.

Konsep bersepadu. Perbezaan antara kurikulum baru sekolah rendah dan kurikulum bersepadu sekolah rendah ialah baru dan bersepadu. Konsep bersepadu dalam KBSR yang baru ini adalah mengutamakanUnsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi melahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan melalui kokurikulum. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Setiap perancangan hendaklah mempunyai strategi yang telah diaturkan, ia sama dalam perlaksanaan KBSR. Strategi KBSR dalam pengajaran dan pembelajaran ialah berpusatkan murid, mengambil kira faktor perbezaan individu dan berasaskan

kebolehkan murid yang berbeza-beza. Untuk menjayakan strategi ini kerajaan telah menganturkan beberapa langkah yang harus diambil, antaranya ialah: i. • Suasana dan persekitaran yang merangsang pembelajaran. Faktor fizikal  Ruang pembelajaran yang disusun secara kreatif dengan perabot asas seperti kerusi dan meja.  Sudut pembelajaran dan sudut kerja yang dilengkapi dengan perabot dan bahan pembelajaran interaktif dan manipulatif agar memberi murid peluang untuk membuat percubaan dan penerokaan.  Ruang pameran hasil kerja murid.  Bahan rujukan berbentuk bahan cetak atau bahan media untuk penggunaan murid.  Bahan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai serta dapat mencabar kebolehan murid. • Faktor sosio-emosi  Pertuturan dan perlakuan guru yang berbudi bahasa dan bersopan agar dapat memupuk kemesraan dan suasana pembelajaran yang kondusif.  Keprihatinan guru terhadap kehendak murid yang berbeza-beza.  Kebolehan guru untuk memberi galakan dan dorongan kepada murid. ii. Prinsip-prinsip dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berfungsi sebagai garis panduan guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.  Penglibatan murid yang aktif dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.  Penilaian yang berterusan diberi penekanan bagi semua mata pelajaran.  Penilaian kendiri ke arah penambahbaikan bertujuan untuk meningkatkan perkembangan murid.  Penerokaan cara-cara penyempurnaan tugasan yang diberi.  Perolehan pelbagai pengalaman bagi mengukuhkan pemahaman dan penguasaan kemahiran tertentu.  Peluang membuat keputusan secara rasional dan keupayaan mempertahankan keputusan tersebut.

 Penghargaan diberi atas usaha murid bagi memupuk dan meningkatkan sifat yakin diri, daya saing yang sihat dan sifat berani.  Penguasaan kemahiran belajar dan berfikir agar murid lebih berupaya mengurus pembelajaran masing-masing dengan lebih berkesan lagi. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, beberapa teknik disyorkan seperti; ➢ ➢ Main peranan ➢ Tunjuk ajar ➢ Lakonan ➢ Simulasi ➢ Sumbang saran ➢ Bercerita ➢ Lawatan ➢ Permainan ➢ Projek

PENILAIAN. Penilaian boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan maklumat secara bersistematik bertujuan untuk membuat pertimbangan dan selanjutnya membuat keputusan. Berikut merupakan penelitian terhadap maksud penilaian tersebut. • • Proses sistematik beerti “mempunyai prosedur atau langka-langkah tertentu yang perlu diikuti” Maklumat merujuk kepada “data berbentuk kuantitatif dan kualitatif”.Data kuantitatif boleh diperolehi melalui ujian lisan atau bertulis, manakala data kualitatif pula dikutip hasil temubual, pemerhatian dan sebagainya • • Pertimbangan bermaksud “melihat semula data yang dikumpul dari pelbagai perspektif”. Membuat keputusan beerti “membuat tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pemulihan, penganugerahan sijil, tawaran ke sekolah berasrama penuh dan sebagainya. Selain itu, penilaian juga boleh dikatakan sebagai satu proses mengumpul maklimat untuk membuat keputusan pendidikan mengenai penguasaan, kemajuan dan pencapaian murid. Dalam proses penilaian, terdapat beberapa kategori yang boleh dibahagikan. Antara kategori dan perbezaan kategori tersebut ialah: Penilaian Formatif i. Mengesan pencapaian dan perkembangan murid: ○ Sepanjang tahun semasa proses pengajaran dan pembelajaran ○ Setelah satu-satu unit pelajaran selesai diajar. ○ Mengenalpasti kelemahan murid berhubung dengan satu-satu kemahiran bagi melaksanakan aktiviti pemulihan. Penilaian Sumatif • Melihat tahap pencapaian murid pada akhir satusatu tempoh pembelajaran, misalnya peperiksaan akhir tahun, peperiksaan awam seperti UPSR, SPM dan sebagainya.

PENILAIAN KEMAJUAN BERASASKAN SEKOLAH (PKBS) PKBS merupakan penilaian formatif yang dikenalikan oleh pihak sekolah keatas pelajarpelajar sekolah. Skop penilaian agak luas dan merangkumi ketiga-tiga bidang kognitif, afektif dan psikomotor serta sikap, bakat dan minat. Dalam perlaksanaan PKBS ini

guru-guru yang terlibat hendaklah merancangdan melaksanakan sesuatu cara untuk menilai perkembangan dan pencapaian murid-murid secara berterusan dengan menggunakan beberapa kaedah separti pemerhatian, ujian lisan, dan bertulis. Manakala maklumat yang dikumpulkan digunakan untuk merancang tindakan susulan sama ada secara serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pengajaran. Manakala dalam tindakkan susulan boleh berbentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan sejajar dengan tahapkebolehan murid. Bagi menjelaskan lagi, berikut merupakan ciriciri utama PKBS. Ciri-ciri Dikendalikan oleh guru Berbentuk formatif dan sumatif Huraian Bertujuan untuk menilai perkembangan murid-murid. Dijalankan murid. Mengesan pencapaian keseluruhan murid Bersifat sistematik Merangkumi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Terdiri daripada urutan langkah-langkah seperti merancang, melapor dan melaksana, membuat menganalisis, Berbentuk rujukan kriteria Menggunakan pelbagai kaedah secara berterusan bagi mengdiagnos dan mengesan pencapaian

tindakan susulan. Menilai murid berdasarkan kriteria yang telah ditentukan. Contoh: pemerhatian, ujian lisan, ujian bertulis dan sebagainya. UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) UPSR merupakan ujian sumatif yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan bagi menguji pencapaian murid-murid tahun 6. Dalam UPSR ini ia lebih memfokuskan kepada domain kognitif iaitu penguasaan kemahiran 3M iaitu membaca,menulis, dan mengira. Mata pelajaran yang diuji dalam UPSR ialh bahasa melayu, bahasa inggeris, sains dan matematik. Manakala mata pelajaran pendidikan islam pula PAFA atau

penilaian asas fardhu ain dijalankan untuk mengenalpasti penguasaan amalan asas fardhu ain yang betul dan sempurna. Jadual dibawah akan menjelaskan lagi tentang UPSR dan PKBS dan perbezaan antara UPSR dan PKBS. Aspek Bentuk Tujuan PKBS • • Formatif Menilai pencapaian dan perkembangan menyeluruh Kaedah • Formal dan tidak formal (pemerhatian, ujian lisan, ujian bertulis) Cara pelaksanaan • Berterusan, terancang dan serta merta • Terancang tarikh ditetapkan Tempoh pelaksanaan Aspek penilaian • • • • • Dari tahun 1 hingga 6 Kognitif Afektif Psikomotor Kemahiran amali, belajar) • • • Cara pengrekodan • • • Perkembangan bakat, sikap) Penghayatan nilai Kesihatan diri Markah Gred Skala kadar • • (minat, • (berbahasa, • • • • • Pada akhir tahun 6 Kognitif Afektif Psikomotor Kemahiran (berbahasa, mengira) Amalan Fardhu Ain (dilaporkan penyata UPSR) Markah Gred dalam keputusan – yang mengikut masa dan • Formal (ujian lisan dan bertulis) UPSR • • Sumatif Hanya pencapaian menilai

mengira, sosial, saintifik,

Cara pelaporan Perkara yang direkod

• • • • •

Lisan atau bertulis (gred, markah) Kemajuan Pencapaian Kekuatan diri Kelemahan diri Kemajuan Pencapaian

• •

Gred Pencapaian

Perkara yang dilapor

• •

Pencapaian

TINDAKAN SUSULAN. Secara umumnya terdapat tiga jenis aktiviti tindakan susulan yang biasa dilakukan oleh guru. Berikut menunjukkan aktiviti tindakan susulan: i. Pengukuhan • Merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman dan penguasaan murid serta mendorong mereka untuk belajar dengan lebih tekun. ii. Pemulihan • Merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khusus yang diberi kepada murid yang gagal untuk menguasai atau menghadapi masalah tertentu berkaitan dengan kemahiran 3M.Pemulihan dalam kelas adalah bagi murid yang mengalami masalah pembelajaran ringan dan dijalankan oleh guru kelas sendiri dalam kelas berkenaan.Pemulihan khas dikendalikan oleh guru pemilihan khas bagi murid yang menghadapi

masalah pembelajaran yang serius dan ditempatkan di dalam kelas khas pada waktu-waktu tertentu. iii. Pengayaan • Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tambahan dan pelbagai bertujuan untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman murid.Merangkumi latihan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan bersifat lebih mencabar. Bagi mempertingkatkan pencapaian murid, guru sepatutnya: • • • • • RUMUSAN Perlaksanaan KBSR yang sempurna dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah penghasilan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Oleh itu, semua pihak hendaklah terlibat termasuklah para pendidik, murid-murid dan ibu bapa untuk berganding bahu dan komited dalam usaha pelaksanaan KBSR. Di samping itu, matlamat FPK pasti tercapai dan sistem pendidikan negara kita akan setanding dengan sistem pendidikan negara membangun yang lain. Menyesuaikan objektif P&P mengikut kebolehan murid. Mempelbagaikan teknik yang lebih berkesan. Menggunakan pelbagai bahan sesuai dengan minat, keperluan dan kebolehan. Menggunakan bahasa yang sesuai. Memberi perhatian yang rapi secara individu atau kumpulan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->