P. 1
Tafsiran Skor Ujian dan Analisis Item

Tafsiran Skor Ujian dan Analisis Item

4.63

|Views: 15,355|Likes:
Published by Rosiadi84
Tugasan ini melibatkan dua bahagian utama iaitu bahagian pertama tafsiran skor ujian dan bahagian dua analisis item. Kedua-dua bahagian ini di uji berdasarkan kepada 30 set kertas jawapan pelajar bagi satu peperiksaan akhir tahun.
Tugasan ini melibatkan dua bahagian utama iaitu bahagian pertama tafsiran skor ujian dan bahagian dua analisis item. Kedua-dua bahagian ini di uji berdasarkan kepada 30 set kertas jawapan pelajar bagi satu peperiksaan akhir tahun.

More info:

Published by: Rosiadi84 on Apr 04, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KPN 5053 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

TUGASAN 2
Oleh : ROSIADI BIN TAJUDIN
L20081002254 AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)

MOHD FARIDZUL AKMAM BIN ZULKIFLI
L20081002251 AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)

Pensyarah: EN. OMAR HISHAM BIN MOHD BAHARIN

SARIZAL BIN JAMALUDIN
L20081002273 AT47D (GRAFIK BERKOMPUTER)

KUMPULAN F (DPLI), SEMESTER 1, 2008
Isi Kandungan

Muka Surat PENGENALAN 1.0 2.0 TAFSIRAN SKOR UJIAN ANALISI ITEM 1 2 8 13 14 15

KESIMPULAN BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

Pengenalan

Tugasan ini melibatkan dua bahagian utama iaitu bahagian pertama tafsiran skor ujian dan bahagian dua analisis item. Kedua-dua bahagian ini di uji berdasarkan kepada 30 set kertas jawapan pelajar bagi peperiksaan akhir tahun seperti dalam maklumat di bawah: Nama Ujian Pusat Ujian Mata Pelajaran Tingkatan Tarikh Ujian Masa Ujian Bilangan Pelajar : Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2007 : Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, 2800 Temerloh, Pahang, Darul Makmur. : Sains 1 : 4 Tarmizi : 16 November 2007 (Jumaat) : 11.00am - 12.15am : 33 Orang

Guru Matapelajaran : En. Saiful Faizal Untuk rujukan soalan ujian tersebut sila rujuk pada Lampiran A. Bagi keseluruhan analisis yang dilakukan terhadap jawapan pelajar berdasarkan setiap item soalan dalam tugasan ini, sila rujuk pada Lampiran B untuk jadual keseluruhan pencapaian ujian yang diperolehi oleh setiap pelajar.

1.0

Tafsiran Skor Ujian

1.1

Taburan Kekerapan Skor Tak Terkumpul dan Peratus Kekerapan Kumulatif

Jadual Taburan Kekerapan Dan Peratus Kekerapan Kumulatif Mengikut Skor Bagi Peperiksaan Akhir Tahun Sains 1, Tingkatan 4 SMKA Al-Khairiah Kekerapan Kumulatif 1 3 10 16 18 22 26 29 30 31 32 33 Peratus Kekerapan 3 6 21 18 6 12 12 9 3 3 3 3

Skor 8 10 11 12 13 14 15 16 17 18 21 22

Kekerapan 1 2 7 6 2 4 4 3 1 1 1 1

Jadual 1.1: Taburan kekerapan skor tak terkumpul dan peratus kekerapan kumulatif. Jadual 1.1 ini diperolehi daripada analisis yang dijalan kan terhadap jawapan peperiksaan akhir tahun subjek Sains 1, Tingkatan 4 Tarmizi, SMKA Al-Khairiah. Ia memaparkan skor yang diperolehi oleh pelajar daripada 40 item soalan yang diuji dalam peperiksaan tersebut. Daripada jadual ini boleh dilihat bahawa skor yang tertinggi ialah 22 manakala skor yang terendah ialah 8. Julat markah yang di perolehi pelajar dalam peperiksaan bagi subjek ini berada antara 8-22 sahaja. Ini bermakna paling banyak pelajar dapat menjawab item dengan betul ialah 22 item daripada 40 item yang dikemukan. Secara keseluruhannya, hampir keseluruhan pelajar dalam kelas ini tidak dapat menjawab separuh daripada item soalan yang dikemukakan. Kekerapan pula merujuk kepada bilangan pelajar yang mendapat sesuatu skor. Daripada jadual di atas jelas dilihat bahawa kekerapan tertinggi ialah 7. Ini bermakna terdapat 7 orang pelajar yang mendapat skor 11 dalam peperiksaan tersebut.

Kekerapan terendah pula ialah 1. Sebagai contohnya untuk skor tertinggi iaitu 22 hanya seorang pelajar yang mendapat markah tersebut. Kekerapan kumulatif pula merujuk kepada kekerapan terkumpul bagi setiap skor. Nilai setiap skor ditambah dari kekerapan skor sebelumnya dengan kekerapan skor selepasnya. Sebagai contoh untuk skor 8 kekerapannya ialah 1 dan untuk skor 10 kekerapannya ialah 2. Maka kekerapan kumulatif pada skor 8 ialah 1 dan kekerapan kumulatif pada skor 10 ialah 3 (1+2). Daripada pengiraan kekerapan kumulatif perkara yang boleh dilihat ialah bilangan pelajar yang mendapat skor dibawah suatu takat skor. Sebagai contohnya, bagi skor 15 kekerapan kumulatifnya ialah 26. Ini bermakna terdapat 26 orang pelajar yang mendapat skor 15 dan kebawah. Peratus kekerapan kumulatif pula diperolehi dengan membahagikan kekerapan bagi sesuatu skor dengan bilangan pelajar dan didarab 100. Ia menunjukkan kekerapan bagi sesuatu skor dalam bentuk peratusan.

1.2

Ogif

Ogif ataupun poligon kekerapan merupakan satu graf garisan yang menunjukkan taburan kekerapan. Graf bagi ogif diplotkan pada titik skor markah yang sepadan dengan kekerapan longgokkannya. Pembinaan ogif adalah berdasarkan kepada Jadual 1.1.

Dalam pembinaan ogif, skor markah diletakkan pada paksi-x graf bermula daripada markah terendah hingga yang tertinggi. Manakala kekerapan longgokkan diletakkan pada paksi-y graf tersebut bermula dengan nilai sifar hingga takat yang lebih sedikit kepada bilangan keseluruhan kekerapan. Kemudian titik-titik diplotkan dan disambungkan untuk membentuk ogif. Rujuk ogif pada muka surat sebelah, Rajah 1.1.

Ogif Skor Pelajar
35 30 Kekerapan Longgokkan 25 20 15 10 5 0 8 10 11 12 13 14 Skor Bilangan Pelajar 15 16 17 18 21 22

Rajah 1.1: Ogif skor pelajar.

1.3

Pangkat Persentil

Pangkat persentil ialah satu skor terbitan yang mempunyai medium 50 bermula dari 1 hingga 99. Skor persentil menunjukkan kedudukan skor disepanjang taburan skor. Daripada jadual ujian pencapaian pelajar bagi peperikasaan ini (Rujuk Lampiran B) ,

data dua orang pelajar telah diambil untuk menentukan pangkat persentil mereka. Pengiraan pangkat persentil adalah seperti berikut:Pengiraan Pangkat Persentil Rumus, Pangkat persentil = *N = Jumlah pelajar Pangkat Persentil Pelajar 5 Pangkat persentil bagi Nur Athira = = Pangkat Persentil Pelajar 26 Pangkat persentil bagi RidzuanFitri= = 16 x 100 33 48 Kekerapan Kumulatif 30 16 Pangkat Persentil 91 48 30 x 100 33 91 kekerapan kumulatif X 100 N

Pelajar Nur Athira Ridzuan Fitri

Skor 17 12

Kekerapan 1 6

Jadual 1.2: Pangkat persentil bagi dua orang pelajar

Skor 8 10 11 12

Kekerapan 1 2 7 6

Kekerapan Kumulatif 1 3 10 16

Kumulatif/ Kekerapan Kumulatif 0.03 0.09 0.30 0.48

Pangkat Persentil 3 9 30 48

13 14 15 16 17 18 21 22

2 4 4 3 1 1 1

18 22 26 29 30 31 32

0.55 0.67 0.79 0.88 0.91 0.94 0.97

55 67 79 88 91 94 97

1 33 1 100 Jadual 1.3: Pangkat persentil bagi setiap skor yang diperolehi

Daripada pengiraan pangkat persentil bagi dua orang pelajar seperti yang telah dilakukan di atas (Rujuk Jadual 1.2), kedudukan mereka ditandakan pada ogif yang telah dibuat dibahagian 1.2. Ogif dalam rajah di sebelah menggambarkan kedudukan dua orang pelajar yang diprauji berdasarkan pangkat persentil yang mereka perolehi.

Ogif Skor Pelajar
35 30 Kekerapan Longgokkan 25 20 15 10 5 0 8 10 11 12 13 14 Skor Bilangan Pelajar 15 16 17 18 21 22

Nama Pelajar: Ridzuan Fitri B Mat Nor Skor Mentah: 12 Pangkat Persentil ke 48 Skor bawah : 29

Nama Pelajar: Nur Athira binti Mohamed Skor Mentah: 17 Pangkat Persentil ke 91 Skor Bawah : 15

Rajah 1.2: Ogif menggambarkan kedudukan 2 orang pelajar yang diprauji. 1.4 Tafsiran Pencapaian

Berdasarkan ogif yang telah dibina seperti dalam Rajah 1.2, tafsiran telah dibuat mengenai pencapaian 2 orang pelajar yang telah dipilih secara rawak dalam peperiksaan akhir tahun untuk tingkatan empat bagi subjek Sains 1. Dalam pemerhatian ini, pelajar Nur Athira Bin Mohamed telah mendapat skor mentah

sebanyak 17 dan memperoleh pangkat persentil ke 91. Manakala seorang lagi pelajar iaitu Ridzuan Fitri Bin Mat Nor telah memperolehi skor mentah sejumlah 12 dan mendapat pangkat persentil ke 48. Berdasarkan pencapaian kedua-dua orang pelajar tersebut, pencapaian Nur Athira mengatasi pencapaian Ridzuan dalam peperiksaan tersebut. Melalui pemerhatian ini juga dapat disimpulkan bahawa Nur Athira yang mendapat pangkat persentil 91 berkedudukan mengatasi 29 orang pelajar di bawahnya. Manakala Ridzuan yang memperoleh pangkat persentil 48 berkedudukan mengatasi 15 orang pelajar di bawahnya.

2.0

Analisis Item 2.1 Indeks Kesukaran Dan Indeks Diskriminasi

Indeks Kesukaran

Indeks kesukaran item ialah satu indeks pengukuran tentang kesukaran suatu item bagi kumpulan yang diuji dan secara konvesionalnya ditulis sebagi nilai p. Pengukuran ini digunakan untuk menghuraikan kesukaran item bagi sesuatu ujian. Indeks ini boleh digunakan untuk meneliti dan menilai atau menentukan kualiti item menggunakan kriteria dan piawai. Indeks kesukaran boleh disebut sebagai perkadaran pelajar dalam kumpulan yang diuji dapat menjawab sesuatu item dengan betul. Indeks kesukaran dinyatakan sebagai perkadaran dan julatnya adalah antara 0.00 hingga ke 1.00. Jika nilainya dinyatakan dalam peratusan maka julatnya adalah dari 0% ke 100%. Ini bermakna, lebih tinggi nilai-p, maka lebih mudahlah sesuatu item berkenaan kepada kumpulan yang diprauji itu kerana lebih ramai pelajar dapat menjawab item berkenaan dengan betul. Tujuan mengukur indeks kesukaran item adalah bagi memastikan pembina ujian mematuhi cara tertentu dalam menyusun item. Ini kerana terdapat satu kaedah menyusun item dalam kertas ujian dan cara susunan item didapati mempengaruhi jawapan pelajar. Disamping itu, indeks kesukaran juga dapat membantu pembina ujian memilih item yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam ujian bentuk akhir. Sekiranya ujian itu untuk pemilihan, maka sudah tentu item yang akan dikemukakan adalah yang sukar yang memerlukan pelajar berfikir, mengaplikasi, analisis, sintesis dan menilai sesuatu sebelum dapat memberikan jawapan. Dalam tugasan ini, dua item dipilih untuk diuji indeks kesukarannya. Item yang dipilih ialah satu item di mana ramai calon yang dapat menjawab dengan betul dan satu item lagi ialah item di mana ramai calan gagal menjawab item tersebut dengan betul. Pengiraan Indeks Kesukaran Rumus , P = Bilangan jawapan betul Bilangan pelajar Berdasarkan jadual pencapaian pelajar, dua item yang dipilih adalah seperti berikut:

Item 1 = Soalan nombor 5 Daripada 33 orang pelajar, sebanyak 26 orang pelajar menjawab dengan betul. Maka indeks kesukaran bagi item tersebut adalah : P = 26 33 Item 2 = Soalan nombor 27 Daripada 33 orang pelajar, sebanyak 3 orang pelajar menjawab dengan betul. Maka indeks kesukaran bagi item tersebut adalah : P = 3 33 Bilangan Pelajar Menjawab Dengan Betul 26 3 Indeks Kesukaran (P) 0.8 0.1 = 0.1 = 0.8

Nombor Soalan 5 27

Jumlah Semua Pelajar 33 33

Jadual 2.1: Indeks kesukaran bagi dua item soalan

Indeks Diskriminasi Indeks diskriminasi merupakan satu ciri yang menjelaskan kebolehan sesuatu item untuk mengukur kepekaan pembezaan individu. Sesuatu item itu dianggap berdiskriminasi sekiranya ramai pelajar dari kumpulan berkebolehan tinggi boleh

menjawabnya dengan betul berbanding dengan pelajar yang datangnya dari kumpulan berkebolehan rendah Item diskriminasi biasanya dihitung dengan membandingkan prestasi pelbagai kumpulan terhadap sesuatu item dengan prestasi mereka ke atas sesuatu kriteria yang juga mengukur trait yang sama. Indeks diskriminasi biasanya diukur menggunakan perbezaan di antara kumpulan atas (biasanya 27%) yang dapat menjawab sesuatu item dengan betul dengan kumpulan bawah (biasanya 27%) yang dapat menjawab item yang sama dengan betul. Indeks diskirminasi akan mempunyai nilai dari -1.00 hingga 1.00. Ebel (1965) telah menyediakan satu rule of thumb untuk mentafsirkan indeks diskriminasi sesuatu item. Indeks ini sesuai digunakan untuk menghuraikan peranan item dalam kebolehpercayaan ujian. Jadual 2.2 dibawah memaparkan tafsiran bagi indeks diskriminasi. Indeks Diskriminasi > 0.4 0.30-0.39 0.20-0.29 0.10-0.19 < 0.10 Maksud Item amat diskriminasi Item yang berdiskriminasi Diskriminasi yang sederhana Kurang diskriminasi dan perlu semakan semula Item kurang diskriminasi dan item perlu dibuang

Jadual 2.2: Tafsiran bagi setiap aras indeks diskriminasi. Dalam tugasan ini indeks diskriminasi ditentukan berdasarkan pemilihan 2 item soalan dan ukuran indeks diskriminasi diukur daripada 20 orang pelajar, iaitu 10 orang pelajar yang mendapat skor tertinggi dijadikan sebagai kumpulan atas. Manakala 10 orang pelajar yang mendapat skor terendah dijadikan kumpulan bawah. Untuk melihat kedudukan pelajar bagi kumpulan atas dan bawah ini sila rujuk Lampiran B. Pengiraan Indeks Diskriminasi

Rumus,

D

= Tb - Rb N/2

Dimana, D ialah indeks diskriminasi. Item 1 = Soalan nombor 5 D, bagi item 5 = 8-7 20/2 = 0.1 (Rujuk Jadual 2.3)

Item 2 = Soalan nombor 27 D, bagi item 27 = 1-2 20/2 = -0.1 (Rujuk Jadual 2.3)

Nombor Soalan 5 27

Bilangan Jawapan Betul Bagi Pelajar Kumpulan Atas 8 1

Bilangan Jawapan Betul Bagi Pelajar Kumpulan Bawah 7 2

Indeks Diskriminasi

0.1 -0.1

Jadual 2.3: Indeks diskriminasi bagi dua item soalan

2.2

Komen Terhadap Indeks Yang Diperolehi.

Daripada pengiraan indeks kesukaran bagi dua item yang telah dilakukan di 2.1 didapati bagi item 5, indeks kesukaran adalah 0.8. Ini menunjukkan soalan tersebut adalah senang dan mudah dijawab oleh pelajar dimana, 80 peratus pelajar berjaya

menjawab soalan tersebut dengan betul. Bagi item 27 pula, indeks kesukaran ialah 0.1. Ini menunjukkan item tersebut adalah sukar dan hanya 10 peratus sahaja pelajar dapat menjawab soalan tersebut dengan betul. Item soalan yang terbaik biasanya mempunyai indeks kesukaran 0.5, iaitu berada ditahap sederhana. Ini menunjukkan penggubal soalan berjaya mengemukakan item yang seimbang aras kesukarannya bagi setiap kumpulan pelajar. Bagi indeks diskriminasi pula, hasil daripada pengiraan yang telah dilakukan di 2.1, item 5 mempunyai indeks diskriminasi 0.1. Menurut Ebel (1965) berdasarkan rule of thumbs seperti dalam Jadual 2.2, item tersebut membawa maksud kurang diskriminasi dan perlu semakan semula atau dalam erti kata lain soalan terlalu mudah. Manakala bagi item 27, indeks diskriminasi adalah -0.1. Berdasarkan Jadual 2.2 didapati item tersebut kurang diskriminasi dan perlu item dibuang. Ini kerana, soalan tersebut mungkin mengelirukan kerana pelajar atas gagal menjawab berbanding pelajar bawah. Pelajar bawah boleh menjawab soalan ini dengan betul mungkin kerana mereka hanya meneka jawapan bagi soalan tersebut. Oleh itu, daripada kedua-dua item yang dipilih tiada satu pun item yang boleh dianggap baik untuk membezakan antara pelajar yang cemerlang dengan tidak cemerlang.

Kesimpulan Daripada analisis yang telah dilakukan bagi jawapan pelajar dalam peperiksaan ini, penulis secara tidak langsung dapat mengetahui cara bagaimana untuk membuat taburan kekerapan skor bagi sesuatu ujian, membuat poligon kekerapan dan

menentukan pangkat persentil pelajar bagi mengetahui di mana kedudukan pelajar tersebut secara perbandingan dengan pelajar yang lain. Disamping itu, melalui pengiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi, aras kesukaran dan kesesuaian sesuatu item yang diuji itu dapat dikenalpasti. Ini juga sekaligus dapat membantu dalam membezakan seorang individu yang cemerlang dengan yang kurang cemerlang. Oleh itu, melalui tugasan ini pengetahuan dalam membuat tafsiran skor ujian dan analisis ke atas item ujian dapat diperolehi yang sememangnya berguna apabila penulis berada di sekolah kelak.

Bibliografi Bhasah Abu Bakar. 2003. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim : Quantum Books.

Bhasah Abu Bakar. 2007. Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur : Pustaka Salam. Mokhtar Ismail. 1995. Penilaian Di Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 33 set kertas jawapan objektif matapelajaran Sains 1, Tingkatan 4 pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, 2800 Temerloh, Pahang, Darul Makmur. Kertas soalan peperiksaan akhir tahun Sains 1, Tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, 2800 Temerloh, Pahang, Darul Makmur.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->