P. 1
Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

4.75

|Views: 32,265|Likes:
Published by Rosiadi84
Kajian ini dihasilkan bagi mengkaji sejauh mana kejayaan sebuah proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh seorang guru di dalam bilik darjah mampu untuk mencapai obejtif pengajarannya serta di mana letaknya unsur falsafah pendidikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung. Sebelum masuk kepada penerangan hasil kajian dengan lebih terperinci penulis membuat sedikit huraian ringkas tentang falsafah itu sendiri, falsafah pendidikan dan falsafah pendidikan kebangsaan.
Tiga aspek utama yang dikaji iaitu dari segi penyampaian kandungan (rancangan pengajaran), pelaksanaan pengajaran dan juga penilaian pembelajaran.
Kajian ini dihasilkan bagi mengkaji sejauh mana kejayaan sebuah proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh seorang guru di dalam bilik darjah mampu untuk mencapai obejtif pengajarannya serta di mana letaknya unsur falsafah pendidikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung. Sebelum masuk kepada penerangan hasil kajian dengan lebih terperinci penulis membuat sedikit huraian ringkas tentang falsafah itu sendiri, falsafah pendidikan dan falsafah pendidikan kebangsaan.
Tiga aspek utama yang dikaji iaitu dari segi penyampaian kandungan (rancangan pengajaran), pelaksanaan pengajaran dan juga penilaian pembelajaran.

More info:

Published by: Rosiadi84 on Apr 04, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KPF 5012 (FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA)
Oleh : ROSIADI BIN TAJUDIN L20081002254 AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA) MOHD. FARIDZUL AKMAM BIN ZULKIFLI L20081002251 AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA) SARIZAL BIN JAMALUDIN L20081002273 AT47D (GRAFIK BERKOMPUTER) KEMAR BIN MD. NOH L20081002291 AT49D (BAHASA ARAB) MUHAMAD BASTHAMI BIN ABDULLAH L20081002310 AT49D (BAHSA ARAB) Pensyarah:

EN. RIDZUAN BIN HJ. JA’AFAR Tarikh Hantar: 21 Februari 2008 (Khamis)

GROUP (DPLI), KUMPULAN F, SEMESTER 1, 2008

ISI KANDUNGAN

Muka Surat PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN KEPADA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1.1 1.2 1.3 Maksud Falsafah dan Falsafah Pendidikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kesimpulan 2 4 4 1

2.0 KAJIAN TERHADAP MATAPELAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI TINGKATAN 3 2.1 2.2 Pengenalan Rancangan Pengajaran Harian, Rancangan Pengajaran Tahunan dan Huraian Sukatan Matapelajaran Bagi Subjek Bahasa Arab Komunikasi Tingkatan 3 Kesimpulan 5

5

2.3

11

3.0 PENERAPAN UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN MELALUI PENYAMPAIAN KANDUNGAN 3.1 3.2 3.3 Pengenalan Tajuk Huraian Kesimpulan 11 13 17

4.0 PENERAPAN UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN MELALUI PELAKSANAAN PENGAJARAN 4.1 4.2 4.3 Pengenalan Tajuk Huraian Kesimpulan 18 18 19

5.0 PENERAPAN UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN MELALUI PENILAIAN PEMBELAJARAN 5.1 5.2 Pengenalan Tajuk Huraian 20 21

5.3

Kesimpulan

22

6.0 CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI YANG MENEPATI PENERAPAN UNSUR-UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN 6.1 6.2 6.3 Pengenalan Cadangan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi Kesimpulan 23 25 28 29

KESIMPULAN BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

PENDAHULUAN Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan aktiviti yang terpenting di dalam bilik darjah. Kejayaan dan kelemahan suatu proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada guru yang melaksanakannya. Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008:42), guru ialah teras kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh juga berlangsung secara tanpa guru. Sejajar dengan falsafah pendidikan negara yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani maka peranan yang sangat besar perlu dimainkan oleh seorang guru dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam falsafah pendidikan tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini dihasilkan bagi mengkaji sejauh mana kejayaan sebuah proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh seorang guru di dalam bilik darjah mampu untuk mencapai obejtif pengajarannya serta di mana letaknya unsur falsafah pendidikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung. Sebelum masuk kepada penerangan hasil kajian dengan lebih terperinci penulis membuat sedikit huraian ringkas tentang falsafah itu sendiri, falsafah pendidikan dan falsafah pendidikan kebangsaan. Dalam menjalankan kajian ini, penulis telah mengkaji rancangan pengajaran harian yang dilakukan oleh seorang guru bagi matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3. Tumpuan utama kajian adalah bagi mengupas unsur-unsur falsafah pendidikan yang diterjemahkan oleh guru terbabit dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tiga aspek utama dikaji iaitu dari segi penyampaian kandungan (rancangan pengajaran), pelaksanaan pengajaran dan juga penilaian pembelajaran. Selain itu, penulis juga turut memberikan beberapa cadangan tentang nilai-nilai murni, penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta strategi yang boleh dilakukan oleh guru matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi dalam menerapkan unsur-unsur falsafah pendidikan dari ketigatiga aspek iaitu penyampaian kandungan, pelaksanaan pengajaran dan penilaian pembelajaran.

1.0 1.1

PENGENALAN Maksud Falsafah dan Falsafah Pendidikan

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, maksud falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Falsafah juga didefinisikan sebagai kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki. Pada pandangan Islam, falsafah ditafsirkan mirip kepada hikmah, walaupun konteks hikmah adalah lebih luas daripada falsafah itu sendiri. Kedudukan hikmah dalam Al-Quran mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada falsafah (Abdul Fatah, 2003). Sayidina Ali Bin Abi Talib r.a pernah berkata “ Hikmah itu ialah sesuatu yang hilang dan dicari-cari oleh orang yang beriman”. Dari aspek sejarah pula, perkataan falsafah berasal daripada perkataan Greek (Yunani) Philosophia yang bermaksud cinta kepada kebijaksanaan, kearifan atau kehikmahan. Pengertian falsafah dikembangkan lagi oleh tokoh-tokoh falsafah barat dan Islam seperti Socrates, Plato, Aristotle, Al Kindi, Al Farabi dan sebagainya. Falsafah mempunyai cabang-cabang ilmu yang utama iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi yang mempunyai etika dan estetika serta logik. Cabang falsafah metafizik pada umumnya bermaksud pemikiran tentang kewujudan sesuatu. Epistemologi ialah cabang falsafah yang memberi fokus kepada ilmu. Cabang falsafah yang seterusnya ialah aksiologi yang mana lebih tertumpu pada persoalan nilai dan sistem nilai. Aksiologi terdiri daripada dua aspek iaitu etika dan estetika. Etika ditakrifkan sebagai persoalan tentang nilai moral dan peraturan tingkah laku manusia yang betul. Estetika memberi pengertian tentang pemahaman dan pengamatan intelektual. Manakala logik merupakan cabang falsafah yang berkaitan dengan pemikiran atau hujah yang betul atau sebaliknya. Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepada sistem pendidikan kerana terkandung pendidikan yang digunakan, ciri yang

hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan, ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan. Menurut Abd Fatah Hasan, falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal tentang pendidikan dan pengajaran yang patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah. Falsafah pendidikan adalah pecahan daripada falsafah umum pendidikan. Falsafah umum pula terdiri daripada beberapa falsafah seperti idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme. Secara umumnya falsafah idealisme memberi fokus kepada kepentingan pemikiran, jiwa dan kerohanian. Realisme pula ialah falsafah yang memandang alam kebendaan adalah sebagai realiti hidup. Pragmatisme dibentuk oleh ahli falsafah Amerika Syarikat yang mempercayai bahawa manusia memperolehi pengetahuan hanya melalui pengalaman dan penyelesaian masalah. Falsafah eksistensialisme menjurus kepada falsafah yang bersifat individualistik kerana menekankan aspek manusia bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan kehidupannya. Daripada mazhab falsafah umum seperti yang telah dinyatakan telah melahirkan pelbagai falsafah pendidikan yang berasaskan kepadanya. Falsafah pendidikan terbahagi kepada empat iaitu perenialisme, esensialisme, bahawa prinsip progresivisme dan rekonstruksionisme. Perenialisme membawa pandangan konservatif terhadap pendidikan kerana beranggapan pendidikan adalah tetap dan selalu berulangan. Esensialisme telah dibentuk oleh William C. Bagley memberi tumpuan kepada usaha mengkaji semula perkara-perkara yang perlu dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah. Progresivisme telah diasaskan oleh John Dewey di Amerika Syarikat yang beranggapan sekolah berperanan menyediakan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah. Akhir sekali rekonstruksionisme menekankan kepada perubahan dan pembaharuan.

1.2

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Jika dilihat daripada intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ia boleh diterjemahkan sebagai suatu hasrat untuk memastikan usaha berterusan dalam pendidikan. Antara lainnya, memperkembangkan potensi individu secara

berterusan melalui proses pendidikan. Proses pendidikan yang berlaku seharusnya dapat mencakupi dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelek. Seterusnya, apabila rohani, emosi, jasmani dan intelek dapat disepadukan dalam proses pendidikan maka akan lahirlah individu yang seimbang dan harmonis. Di akhir matlamat atau hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini adalah untuk melahirkan insan yang menghayati nilai-nilai agama dan berpegang kepadanya. 1.3 Kesimpulan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi kayu pengukur untuk menentukan hala tuju kepada sistem pendidikan kebangsaan. Falsafah yang diterapkan oleh guru-guru di sekolah di harap mampu menjayakan hasrat murni kerajaan untuk melahirkan insan yang kamil. Untuk menerapkan unsur-unsur falsafah dengan berkesan di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru perlu memahami sepenuhnya ilmu falsafah dan akhirnya barulah guru-guru dapat menguasai dan menyalurkannya ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.0

KAJIAN TERHADAP MATAPELAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI TINGKATAN 3

2.1

Pengenalan Tajuk

Kupasan maklumat dalam kajian ini dilakukan berdasarkan kepada rancangan pengajaran satu sub topik iaitu “Pengumuman Penting – Hari Pertama Persekolahan” dalam sukatan matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3. Rancangan pengajaran ini diperolehi daripada seorang guru Bahasa Arab Komunikasi iaitu Ustaz Abdul Rahman Bin Abdullah yang mengajar di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa, Kelantan. Selain itu, beliau juga turut memberikan huraian sukatan matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3 dan rancangan pengajaran tahunan yang beliau guna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Merujuk kepada kurikulum Bahasa Arab Komunikasi sekolah menengah, ia adalah bertujuan untuk melengkapkan murid dengan empat kemahiran berbahasa dan kemahiran berkomunikasi merupakan paksi utama dan seterusnya menambah perbendaharaan kata serta kemampuan penggunaan bahasa yang betul bagi membangunkan nilai-nilai Islam dan akhlak yang mulia (Terjemahan daripada huraian sukatan matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi 2003, yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia) 2.2 Rancangan Pengajaran Harian, Rancangan Pengajaran Tahuanan dan Huraian Sukatan Mata Pelajaran Bagi Subjek Bahasa Arab Komunikasi Tingkatan 3 a) Rancangan Pengajaran Harian Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan kepada sukatan pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) seperti yang ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun demikian bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan

Bahasa Arab Komunikasi sukatan mata pelajarannya disediakan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran guru hendaklah membuat perancangan awal untuk topik yang akan diajar olehnya. Penyediaan rancangan pengajaran ini hendaklah selaras dengan sukatan mata pelajaran dan huraian sukatan mata pelajaran yang dibekalkan oleh pihak kementerian. Rancangan pengajaran yang perlu disediakan ialah rancangan pengajaran harian dan rancangan pengajaran tahunan. Berikut ialah panduan untuk menyediakan rancangan pengajaran harian: 1. Rancangan harian hendaklah disediakan sehari sebelum digunakan 2. Rancangan harian hendaklah disediakan berdasarkan rancangan tahunan. Rancangan tahunan yang dipilih untuk diajarkan pada minggu tertentu hendaklah mencapai 'hasil pembelajaran yang dihasratkan' bagi minggu tersebut. 3. Rancangan harian yang disediakan hendaklah mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan. Ini dilaksanakan melalui perancangan aktiviti pembelajaran yang menarik, sesuai dan berkesan. 4. Penyediaan rancangan harian hendaklah ringkas, tepat, jelas dan padat 5. Rancangan harian hendaklah mengandungi butiran seperti Tarikh, Hari, Mata pelajaran, Tahun/tingkatan, Masa, Tajuk/bidang pembelajaran dan Aktiviti pembelajaran. (Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/ 1987, Penyeliaan Pengajaran Pembelajaran, yang di perolehi di halaman web http://ppdtr.tripod.com/pekeliling.htm) Dalam rancangan pengajaran harian guru menyenaraikan aktiviti yang akan dilakukkannya di dalam bilik darjah pada hari tersebut berserta dengan objektif pembelajaran, cara dan teknik pengajaran yang digunakan serta alat bantu mengajar yang digunakannya. Berikut merupakan rancangan pengajaran harian Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3 yang akan penulis kaji dalam kajian ini:

Tingkatan/ Mata pelajaran/ Masa BAHASA ARAB 3B2 10.20-11.30

Skop/ Tema/ Topik/ Sub Topik Pengumuman Penting

Objektif Kemampuan pelajar membaca teks

Aktiviti/ Strategi 1. Pembacaan teks 2. Memahami teks 3. Perbincangan pelajaran harian Bahasa

Hasil/ Penilaia n

Jadual 2.1: Terjemahan

Rancangan

pengajaran

Arab

Komunikasi tingkatan 3B2 (Sila rujuk lampiran untuk salinan rancangan mengajar yang asal) Sumber: Ustaz Abdul Rahman Bin Abdullah, Guru Bahasa Arab, SMK Pengkalan Chepa, Kelantan. b) Rancangan Pengajaran Tahunan Rancangan pengajaran tahunan pula merupakan satu rancangan jangka panjang yang perlu disediakan oleh guru, pihak sekolah, pejabat pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri pada awal sesi persekolahan setiap tahun. Ia juga mestilah disediakan berdasarkan kepada sukatan mata pelajaran dan huraian sukatan mata pelajaran. Ia penting sebagai panduan dan memudahkan guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan semester persekolahan, minggu persekolahan dan seterusnya bagi perancangan harian. Berikut ialah panduan dalam penyediaan rancangan pengajaran tahunan: 1. Rancangan tahunan merupakan perancangan pengajaran bagi setahun. Rancangan tahunan hendaklah disediakan pada awal sesi persekolahan 2. Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan berpandukan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian tahap kebolehan murid/pelajar dan keadaan semasa 3. Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan minggu yang diperlukan untuk menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan ini juga

hendaklah mengambil kira bilangan minggu persekolahan pada setiap tahun 4. Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang (tidak dicetak berulang-ulang) 5. Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen berdakwat biru atau hitam sahaja dibenarkan 6. Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua atau wakilnya sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media elektronik (komputer), salinannya hendaklah disahkan oleh guru besar atau pengetua atau wakilnya. 7. Rancangan mengandungi tahunan hendaklah ditulis seperti mengikut lajur-lajur yang perkara-perkara Tajuk/bidang pembelajaran,

Objektif/kemahiran, Hasil pembelajaran yang dihasratkan, Bilangan minggu dan catatan. (Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/ 1987, Penyeliaan Pengajaran Pembelajaran, yang di perolehi di halaman web http://ppdtr.tripod.com/pekeliling.htm) Berikut ialah rancangan pengajaran tahunan bagi topik dalam mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3 yang dikaji oleh penulis: Subjek : Bahasa Arab Tingkatan : 3 Penggal: Satu Bulan: Januari Jika Seles R K ai () Catata n Tahun: 2008

Minggu Persekolahan Tajuk Sukatan Pelajaran Susun Kelas Tahun Persekolahan Baru Bacaan Teks Faham Teks Perbendaharaan Kata Hari A I 1 S

Jadual 2.2: Terjemahan

rancangan

pengajaran

tahunan

Bahasa Arab

Komunikasi tingkatan 3 bagi minggu pertama persekolahan. (Sila rujuk lampiran untuk salinan rancangan mengajar tahunan yang asal) Sumber: Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Arab Komunikasi Tingkatan 3 2008, Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Kelantan c) Huraian Sukatan Matapelajaran Huraian sukatan matapelajaran merupakan rujukan utama bagi seorang guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan olehnya selaras dengan ketetapan yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam huraian sukatan pelajaran Bahasa Arab, ia sedikit berbeza dengan huraian sukatan pelajaran bagi matapelajaran lain. Ini kerana ia dibahagikan berdasarkan kepada bidang pengajaran dan bukannya berdasarkan topik dalam matapelajaran tersebut. Setiap bidang pengajaran mungkin mempunyai beberapa topik yang berbeza. Maka, guru perlulah merujuk kepada topik yang ingin diajar dan menentukan dalam bidang pengajaran apa topik tersebut diletakkan. Dengan itu, barulah objektif pengajaran untuk sesuatu topik dapat ditentukan. Jadual di sebelah merupakan huraian sukatan matapelajaran bagi topik pertama membaca. matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3 iaitu “Pengumuman Penting”, dan berada dibawah bidang pengajaran kemahiran

BIDANG OBJEKTIF PENGAJARAN PENGAJARAN 1.2.1 Membaca prosa Aras 1 : dan puisi 1) Membaca pelbagai dengan suara bahan sperti dari

PENGALAMAN PENGAJARAN 1) Mendengar bacaan contoh dari pelbagai bahan

yang jelas serta menjaga sebutan, pertuturan, nada, intonasi dan keelokkan penyampaian.

arahan, tunjuk ajar, petunjuk, peringatan, larangan, tampalan, iklan, kata hikmah, perumpamaan, nusus-nusus, surat, syair, khutbah dan akhbar dengan bacaan yang jelas. 2) Mengulang-ulang kalimah, tarkib (susunan kata) ayat-ayat tertentu dari bahan yang telah dibaca. Aras 2: 1) Membaca bahan bacaan terdahulu serta menjaga nada dan intonasi kemudian membezakan intonasinya.

bacaan samada prosa dan puisi dari rakaman, CD ROM, komputer dan lain-lain. 2) Membaca bahan bacaan terdahulu secara individu atau kumpulan kemudian mengulang-ulang kalimahkalimahnya dan ayat-ayatnya tertentu. 1) Membaca bahan bacaan terdahulu secara individu atau kumpulan. 2) Menyertai pertandingan bahasa dengan membaca bahan bacaan terdahulu bagi membezakan intonasinya. 1) Membaca bahan bacaan terdahulu secara individu atau kumpulan. 2) Mendengar bacaan sebahagian murid kemudian adakan perbincangan bagi pengukuhannya dalam situasi tertentu. 3) Pembetulan kesalahan secara syafawi

Aras 3: 1) Membaca bahan bacaan terdahulu serta menjaga hakhak huruf seperti tebal, nipis, idgham dan tuntutan ketika membaca seperti ibtida, waqaf, wasal dan fasal. 2) Mendengar bahan bacaan tadi bagi menguatkannya

Jadual 2.3: Terjemahan

huraian

sukatan

matapelajaran

Bahasa Arab

Komunikasi tingkatan 3 bagi satu bidang pengajaran. (Sila rujuk lampiran untuk salinan rancangan mengajar tahunan yang asal)

Sumber:

Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Arab Komunikasi Tingkatan 3 2008, Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Kelantan

2.3 Kesimpulan Berdasarkan kepada rancagan pengajaran harian, rancangan pengajaran tahunan serata huraian sukatan matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi yang telah diterjemahkan seperti dalam sub topik di atas, maka penulis cuba mengkaji rancangan pengajaran harian guru terbabit untuk mengkaji penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan olehnya. Bahagian seterusnya akan menghuraikan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan dalam pengajaran guru tersebut di dalam bilik darjah dari segi penyampaian kandungan, pelaksanaan pengajaran dan penilaian pembelajaran.

3.0

PENERAPAN UNSUR PENDIDIKAN MELALUI PENYAMPAIAN KANDUNGAN

3.1

Pengenalan Tajuk

Penyampaian kandungan merujuk kepada rancangan pengajaran yang dilakukan oleh seorang guru bagi sesuatu subjek. Ia merangkumi keseluruhan proses yang berlaku dalam perancangan pengajaran guru. Dalam bahagian ini penulis akan memberikan pandangan berkaitan penyampaian kandungan bagi matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi seperti yang terdapat dalam rancangan pengajaran di bahagian 2.0. Fokus kajian ialah kepada penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang terdapat dalam rancangan pengajaran harian guru terbabit. ‘Lesson plan’ atau rancangan pengajaran adalah satu rancangan untuk satu unit pengajaran dan pelajaran yang padu. Biasanya direka bentuk untuk disempurnakan dalam satu-satu sesi pengajaran di bilik darjah. Ia mengandungi unsur-unsur seperti butiran am, tajuk pelajaran, objektif, kemahiran, alat bantu mengajar, kaedah dan teknik pengajaran, pengetahuan sedia ada, set induksi, perkembangan, penilaian, penutup dan sebagainya. Persediaan mengajar biasanya bukan sahaja menyenaraikan unsur-unsur tersebut tetapi bertindak sebagai peraturan- peraturan yang tidak boleh tidak mesti dipatuhi dan diikuti oleh guru-guru. Menurut George Brackett, seorang pengarang perisian pendidikan beliau menyebut, “Pedagogy is the beliefs that justify instruction. Unplanned teaching and learning is a recipe for wasting time”. Daripada pendapat beliau ini jelas menunjukkan bahawa rancangan pengajaran itu memainkan peranan yang penting dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya kita hendak menggunakan teknologi baru dalam kurikulum atau pengajaran kita, kita perlu berfikir bagaimana kita akan melakukannya. Cara yang paling baik untuk melakukannya adalah dengan menulis apa sahaja bahan yang diperlukan oleh pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan merancang dengan cermat, jenis bahan yang akan digunakan, dan di mana aktiviti pengajaran tersebut boleh dijalankan, akan menjadikan pengajaran lebih efektif. Maka, di sini penulis ingin menyatakan beberapa kritikan yang membina berpandukan kepada huraian sukatan Bahasa Arab Komunikasi

Komunikasi tingkatan 3 ke atas rancangan pengajaran harian yang dikaji oleh penulis seperti yang dinyatakan dalam bahagian 2.0. 3.2 Huraian

Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang telah ditulis oleh guru tersebut, penulis mendapati beberapa kekurangan di dalam pembinaan rancangan pengajaran berliau. Berikut ialah kritikan yang ingin penulis utarakan beserta cadangan kepada penambahbaikan untuk rancagan pengajaran tersebut. Kritikan yang pertama : Pembentukan Objektif Penulisan objektif guru tersebut adalah tidak berlandaskan huraian sukatan pelajaran Bahasa Arab Komunikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM. Guru tersebut hanya membuat andaian objektifnya sendiri tanpa mengikut sukatan pelajaran Bahasa Arab Komunikasi yang telah diterbitkan oleh JAPIM dan tidak menyatakan satupun penerapan nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di dalam objektif pengajarannya. Penulisan objektif guru tersebut adalah lebih bersifatkan kepada matlamat pendidikan Bahasa Arab. Perlu diingat bahawa matlamat pendidikan Bahasa Arab Komunikasi bersifat terlalu umum dan berfungsi sebagai pedoman, maka penterjemahannya perlu dilakukan secara lebih spesifik supaya proses pencapaiannya boleh beroperasi di peringkat sekolah dan bilik darjah. Tyler telah mengemukakan satu kaedah bagi menentukan objektif yang boleh digunakan diperingkat sekolah. Bagi Tyler, sesuatu objektif itu seharusnya menyatakan tingkah laku pelajar berkaitan dengan sesuatu bidang tertentu. Ini bermakna pada sesuatu objektif itu terdapat dua dimensi, iaitu: 1) Dimensi bidang ataupun aspek tertentu berkaitan dengan bidang tersebut

2) Dimensi jenis, bentuk dan peringkat tingkah laku. Setiap bidang pelajaran memerlukan pelajar menunjukkan sesuatu tingkah laku yang khusus. Jadi, penggunaan kenyataan objektif dua dimensi menepati kehendak di peringkat sekolah dan di bilik darjah. Sebagai contohnya, ‘Pelajar dapat menyenaraikan kalimah atau

perkataan seerti yang bergaris di dalam teks’. Bidang Bahasa Arab Komunikasi memerlukan pelajar mengingat dan mengemukakan beberapa kalimah atau perkataan seerti yang bergaris di dalam teks atau petikan. Tingkah laku di sini adalah berbentuk kognitif peringkat rendah, iaitu pengingatan dan aspeknya pula ialah perkataan- perkataan seerti. Objektif ialah terjemahan dan pecahan-pecahan khusus daripada matlamat yang lebih bersifat umum. Oleh yang demikian objektif semestinya mempunyai perkaitan yang rapat dengan matlamat. Objektif bukan sahaja menjadi komponen kepada matlamat tetapi menolong kepada pencapaian matlamat. Bagi mata pelajaran sastera termasuklah Bahasa Arab, bentuk rangkuman tidak sebegitu erat. Ini bermakna pelajar masih boleh menguasai sesuatu kemahiran yang lebih tinggi walaupun dia tidak menguasai objektif asas sepenuhnya. Contohnya pelajar masih mampu untuk menulis dan menguasai kemahiran penulisan tulisan- tulisan Arab atau lebih dikenali sebagai kemahiran menulis khat walaupun pelajar tersebut tidak mampu menyebut atau membaca perkataan Arab. Tetapi terdapat juga kemahiran yang mempunyai rangkuman objektif yang erat seperti kemahiran mendengar dan membaca. Jika pelajar tidak mendengar terlebih dahulu bunyi makharijil huruf ataupun bunyi sebutan huruf yang betul, maka pelajar tersebut tidak akan mampu untuk menguasai kemahiran membaca. Pembacaannya akan tersasar dari sebutan Bahasa Arab Komunikasi yang asli. Guru tersebut ketika menulis objektifnya hanya menyatakan pelajar akan mampu membaca teks. Hal ini adalah tidak mencukupi kerana di dalam asas untuk menguasai kemahiran membaca, kemahiran mendengar adalah

terlebih dahulu perlu dinyatakan atau dengan kata lainnya rangkuman objektif sepatutnya diwujudkan untuk menguasai kemahiran bahasa Arab. Kemahiran mendengar pula perlu mempunyai aras-arasnya yang telah disusun mengikut hierarki. Oleh sebab itulah mengikut huraian sukatan pelajaran yang telah ditetapkan adalah begitu penting kerana huraian sukatan pelajaran Bahasa Arab Komunikasi telah disusun mengikut spesifikasi penguasaan kemahiran yang betul. Objektif pelajaran seharusnya menerangkan tentang sesuatu yang boleh dicapai. Penulisan objektif guru tersebut adalah sukar untuk dicapai kerana tidak melalui kemahiran asas yang telah ditetapkan iaitu mendengar. Walaupun kemungkinan terdapat sebahagian pelajar yang mampu untuk menguasai kemahiran membaca kerana telah mendapat pendidikan awal di rumah ataupun sekolah agama petang namun masih ada segelintir pelajar lain yang tidak mempunyai pendidikan seperti itu sebelum ini. KRITIKAN KEDUA: PENGALAMAN ATAU AKTIVITI

PEMBELAJARAN Pembelajaran berlaku apabila pelajar mengalami sesuatu yang diajar. Selalunya fenomena ini disebut sebagai pengalaman pembelajaran. Fenomena ini hanya berlaku kepada pelajar sahaja dan guru tidak dapat merasainya. Apa yang boleh dilakukan oleh guru ialah menyediakan keadaan pembelajaran yang sesuai bagi membolehkan pelajar mengalami sesuatu hasil daripada bahan yang diajar. Pelajaran yang berkesan ialah penyediaan yang dilakukan oleh guru dan pelaksanaannya di dalam kelas mempunyai kesesuaian yang tinggi dengan kehendak dan cara pelajar belajar. Apabila keadaan yang disediakan itu sesuai, barulah pengalaman pembelajaran berlaku sebagaimana yang dirancangkan. Di dalam penulisan rancangan pengajaran guru yang terbabit, beliau tidak menyatakan pengalaman pengajaran yang sepatutnya dialami oleh pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antara contoh pengalaman pengajaran seperti:

1)

Pelajar-pelajar mendengar bacaan contoh dari pelbagai bahan bacaan samada prosa dan puisi dari rakaman, CD ROM, komputer dan lainlain.

2)

Pelajar- pelajar membaca bahan bacaan terdahulu secara individu atau kumpulan kemudian mengulang-ulang kalimah-kalimahnya dan ayatayatnya tertentu.

KRITIKAN KETIGA: PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM NILAI-NILAI MURNI.

DAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi beberapa unsur. Antaranya unsur rohani dan emosi. Unsur ini merangkumi unsur-unsur seperti keyakinan kepada Tuhan, beragama, kemantapan jiwa, penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat, berbudi pekerti mulia, semangat berbakti dan berkorban untuk negara dan bangsa. Merujuk kepada rancangan pengajaran guru tersebut, beliau tidak ada menyatakan nilai-nilai murni yang akan dapat dilahirkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sedangkan penerapan nilai-nilai murni adalah perkara yang sangat penting yang ingin diterapkan di dalam sistem pendidikan Malaysia. Kekurangan ini akan menyebabkan matlamat pendidikan Bahasa Arab Komunikasi dan FPK tidak tercapai. Hal ini membawa kepada lahirnya pelajar yang memiliki kecemerlangan akademik yang unggul tetapi mengalami keruntuhan akhlak dan sahsiah diri yang merundum. KRITIKAN KEEMPAT: PENGGABUNGJALINAN (AT-TARABUT WA’ TAKAMUL) Asas kepada pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab Komunikasi komunikasi serta kemahiran-kemahiran asas bahasa adalah penggabungjalinan. Ini bermaksud melaksana pengajaran beserta sistem sebutan, jenis-jenis ayat, kata tunggal dan susunan kata dengan cara serentak dan bersepadu seberapa yang boleh.

Para guru boleh mengajar kemahiran-kemahiran bahasa yang empat (mendengar, sebutan, membaca dan menulis) dalam satu tajuk secara serentak dalam pelbagai keadaan dan bidang. Sebagai contoh; bahan pembelajaran dan pengajaran yang disediakan untuk kemahiran mendengar dan kefahaman mungkin dapat digabungjalinkan bersama kemahiran sebutan, membaca dan menulis bertepatan dengan objektif yang diharapkan bagi setiap kemahiran tersebut. Namun demikian merujuk kepada rancangan pengajaran guru tersebut, di dalam objektif dan aktiviti pengajarannya tidak terdapat unsur penggabungjalinan. Maka, di sini kemahiran yang dikuasai oleh para pelajar menjadi terhad kepada satu asas kemahiran sahaja iaitu membaca. Sedangkan jika digunakan teknik penggabungjalinan dalam pengajarannya, maka begitu banyak kemahiran , maklumat dan nilai-nilai murni yang boleh diterapkan kepada para pelajar. KRITIKAN KELIMA : ALAT BANTU MENGAJAR Setiap rancangan pengajaran haruslah dinyatakan alat bantu mengajar yang digunakan di dalam kelas. Namun demikian, guru tersebut tidak menyatakan alat bantu mengajar yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan olehnya.

3.3

Kesimpulan

Sebagai konklusi kepada kritikan ini, penulis dapat menyatakan bahawa guru tersebut tidak menerapkan unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam rancangan pengajarannya. Walhal, jika dilihat dari aspek pembentukan sahsiah dan peningkatan potensi pelajar di dalam akademik, rancangan pengajaran yang lengkap dan mengikut ciri-ciri yang telah ditetapkan banyak membantu.

4.0

PENERAPAN UNSUR PENDIDIKAN MELALUI PELAKSANAAN PENGAJARAN

4.1

Pengenalan Tajuk

Pelaksanaan pengajaran merujuk kepada bagaimana suatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dilakukan oleh seorang guru. Dalam penyampaian isi pelajaran di dalam bilik darjah, nilai-nilai murni hendaklah

diserapkan secara tidak langsung. Ini boleh dilakukan di mana-mana bahagian dalam proses pengajaran. Berdasarkan pentingnya menerapkan nilai murni dalam setiap mata pelajaran yang diajar, maka Jawatankuasa Pendidikan Akhlak, Kmenterian Pendidikan yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara ini dan kemudian memuktamadkan 16 nilai yang boleh diajarkan kepada semua pelajar di negara ini. Nilai-nilai ini didokong oleh semua agama dan bersifat sejagat. Antara nilai-nilai tersebut termasuklah baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional, semangat kemasyarakatan dan kebersihan fizikal dan mental. 4.2 Huraian

Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Arab Komunikasi adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia dan ambil berat terhadap agama. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung, serta dilanjutkan di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi. Dari sudut pelaksanaan penngajaran, guru ini terlalu ringkas dalam aktiviti yang perlu di buat dalam bilik darjah. Beliau hanya menyenaraikan beberapa aktiviti utama sahaja yang ingin dia jalankan dalam bilik dajah. Antara aktiviti yang di senaraikan oleh beliau adalah: Beliau sepatutnya menjelaskan secara terperinci aktiviti yang ingin 1) Pembacaan cth… 2) Memahami teks 3) Perbincangan pelajaran teks dijalankan semasa pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran unit ini dalam bilik darjah. Sebagai contoh, beliau boleh mengadakan pembacaan teks secara berkumpulan seperti seorang pelajar membaca teks dan pelajar-pelajar lain mendengar

dengan teliti. Dengan itu, secara tidak langsung nilai-nilai falsafah seperti hormat- menghormati, keberanian dan kerjasama dapat di semai dalam diri para pelajar. Selain itu, beliau juga tidak menjelaskan dengan terperinci bagaimana perbincangan yang akan di lakukan oleh pelajar. Sebagai contoh bagi memantapkan lagi persediaan pengajaran, dapat di adakan perbincangan meja bulat / berkumpulan. Struktur meja bulat dapat digunakan untuk menyumbang saran idea dan untuk menerbitkan beberapa tindak balas terhadap satu soalan sahaja atau satu siri soalan. Semua pelajar akan terlibat terhadap persoalan yang di berikan oleh guru dan para pelajar berkerjasama untuk memberi respon terbaik. Dengan itu secara tidak langsung nilai-nilai falsafah dapat dipupuk dan di kembangkan dalam diri pelajar.

4.3

Kesimpulan

Berdasarkan kajian penulis terhadap pelaksanaan pengajaran yang dilakukan oleh guru terbabit, penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan dalam proses pengajaran beliau adalah kurang jelas bahkan penerapan nilai-nilai murni seperti yang dituntut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan langsung tidak dinyatakan. Sebagai seorang guru bahasa, guru sepatutnya membuat persediaan yang rapi dan lengkap bagi setiap langkah yang ingin dijalankan semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu,

guru juga harus merancang segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan teliti supaya setiap aktiviti yang akan dilakukan adalah bersesuaian dengan topik yang diajarkan serta menepati objektif pembelajaran topik tersebut. Ini kerana perancangan yang teratur dan lengkap akan membawa kepada perjalanan pelaksanaan pengajaran yang lebih berkesan dan berjaya.

5.0

PENERAPAN UNSUR PENDIDIKAN MELALUI PELAKSANAAN PENGAJARAN

5.1

Pengenalan Tajuk

Penilaian pembelajaran adalah proses di mana penilaian perlakuan murid tentang penguasaan mereka terhadap apa yang mereka pelajari. Ia berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di mana mengukur sejauh mana pembelajaran yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat dan objektif. Penilaian pembelajaran dilakukan bagi mengenalpasti bentuk tingkah laku pelajar yang hendak dicapai menerusi matlamat dan objektif yang telah di tetapkan.

Dalam

pembentukan

objektif

dan

penentuan

pengalaman

pembelajaran, tindakan yang sesuai seharusnya diambil bagi memastikan tingkah laku yang diharapkan dapat diadakan. Para ilmuan menggunakan pendekatan yang berbeza berdasarkan prinsip dalam displin mereka bagi memastikan tingkah laku itu, serta keupayaan pelajar mencapainya. Sebagai contoh dari segi psikologi, pembentukkan seorang guru mesti memahami kanak-kanak dan para pelajar yang diajarnya. Ia mesti mempunyai penegtahuan yang lengkap tentang sifat kejasmanian dan juga sifat psikologi kanak-kanak. Selain itu ia mesti mempunyai pengetuan tantang teori bagaimana bahan ilmu pengetahuan dapat disampaikan kepada pelajar dengan cara yang berkesan. Untuk dapat menilai, terlebih dahulu matlamat yang hndak dicapai mesti ditentukan sebagi ukuran jayanya atau gagalnya pengajaran. Selain daripada itu untuk dapat menilai, mestilah terdapat kaedah atau cara pengukuran perubahan tingkahlaku yang berlaku mengikut matlamat ynag hendak dicapai. Selalunya terdapat dua kesalahan yang berlak di dalam hal ini iaitu pertama guru tidak menilai perubahan tingkahlaku yang telah ditentukannya sebagai hasil pengajaran itu dan kedua, guru tidak menilai perubahan tingkahlaku mengikut ukuran yang telah ditentukannya di dalam matlamat pengajarannya. Perlu diingat, penilaian ini hendaklah dibuat dengan kerap dan berterusan bukanya hanya pada penghujung tahun atau apabila suatu peperiksaan besar berlaku barulah penilaian itu dibuat. Penilaian amat penting untuk memberikan maklumat maklumbalas kepada guru dan juga murid. Bagi murid, maklumat maklumbalas tentang perlakuan mereka di dalam pembelajaran akan dapat membantu mereka memperbaiki kedudukan mereka di tempat atau di bahagian yang mereka lemah. Bagi guru pula, maklumat maklumbalas ini akan dapat mengubahsuaikan hipotesis yang telah dibuatnya dan mempertimbangkan kembali ketentuan dan tindakan yang diambilnya

pada tiga aspek pengajaran yang terlebih dahulu iaitu tentang keadaan murid dan memikirkan semula langkah mengajar yang lebih sesuai. 5.2 Huraian

Menilai objektif Pengajaran dan Pembelajaran Merujuk kepada jadual 2.1 yang memaparkan rancangan pengajaran yang diperolehi dari seorang guru Bahasa Arab, apa yang berlaku dalam jadual perancangan pengajaran ini ialah jenis tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajar pada sesuatu pembelajaran khusus iaitu subjek Bahasa Arab. Dalam domain kognitif, pelajar didedahkan dengan teks Bahasa Arab Komunikasi dan setiap pelajar dikehendaki membaca teks, mengingat dan menguasainya. Ia melibatkan aktiviti pengulangan daripada pelbagai fakta yang spesifik sehingga kepada perbuatan meningat. Semua ini adalah diperlukan dalam proses pembelajaran. Kemudian perbincangan dilakukan di akhir kelas bagi mendapatkan maklum balas daripada pelajar. Daripada perbincangan tersebut guru dapat menguji sejauh mana kefahaman pelajar terhadap pengajaran pada hari tersebut. Sekiranya pelajar dapat menguasai pembelajaran tersebut maka objektif dan matlamat pengajaran telah tercapai. Terdapat beberapa kelemahan daripada rancangan pengajaran yang di buat oleh guru terbabit (Rujuk jadual 2.1) seperti: Aktiviti dalam kelas. Sebagai pencipta situasi pembelajaran, seseorang guru perlu mempelbagaikan aktiviti agar dengan tujuan untuk mencapai satu-satu perubahan tingkahlaku yang dikehendaki pada murid. Aktiviti yang dilaksanakan harus bersesuaian bagi menarik perhatian pelajar untuk belajar dan menumpukan perhatian kepada pembelajaran.

Hasil / Nilai Seseorang guru mestilah meletakan nilai yang hendak diterapkan dalam pengajaran. Nilai-nilai tersebut perlulah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan keseimbangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. 5.3 Kesimpulan Kejayaan bagi sesuatu pengajaran dan pembelanjaran bergantung pada kemahiran guru menyampaikan ilmu. Seseorang guru perlu mempunyai corak interaksi yang menarik dan berkesan kerana ia memberi pengaruh yang amat besar terhadap pengubahan tingkah laku pelajar. Perubahan tingkahlaku adalah hasil daripada proses pencapaian matlamat berdasarkan pemenuhan keperluan pelajar dan di dalam suasana bilik darjah seseorang guru dapat mengawal keperluan pelajar-pelajar. Seterusnya pengajaran yang efektif dapat dihasilkan dan membawa kepada pencapaian matlamat pembelajaran. Guru juga harus melakukan penilaian terhadap pengajaran yang dilakukan olehnya, bagi mengenal pasti kelemahannya agar dapat bahagian yang sepatutnya. membuat penambahbaikan di

6.0

CADANGAN KOMUNIKASI

KAEDAH

PENGAJARAN

BAHASA

ARAB

YANG MENEPATI PENERAPAN UNSUR-

UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN 6.1 Pengenalan

Dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah beberapa pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan aktiviti boleh diaplikasan oleh guruguru. Pemahaman terhadap setiap unsur-unsur tersebut amat penting bagi memastikan seseorang guru itu mengetahui dan memahami apa yang dilakukannya dan bagaimana untuk mencapai objektif sesuatu pengajaran dan seterusnya mencapai matlamat pendidikan yang telah dirancang.

a)

Konsep Pendekatan

Konsep pendekatan merujuk kepada bagaimana untuk mendekati sesuatu. Dalam konteks pengajaran, ianya menjurus kepada pencapaian objektif jangka panjang sesuatu matapelajaran yang dinyatakan dalam rancangan pengajaran tahunan. Beberapa teori asas dalam pendididkan boleh diguna pakai khususnya yang berkaitan dengan psikologi serta sifat semulajadi seseorang pelajar. Teori-teori tersebut yang didokong dan diamalkan secara berterusan akan menjadi pegangan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan ini adalah berdasar kepada teori-teori pendidikan yang dipelopori oleh tokoh tertentu dalam bidang psikologi dan pendidikan seperti Thorndike, Pavlov, Maslow , Skinner, Gestalt dan lain-lain lagi. Sebagai contohnya ialah teori Pembelajaran Induktif yang diperkenalkan oleh Hilda Taba. Bagi tujuan mencapai objektif jangka panjang berdasarkan pendekatan tertentu, maka pelbagai strategi pengajaran diperlukan termasuk kaedah yang diguna pakai, teknik dan aktiviti yang dirancang. Pendek kata , pendekatan dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Guru boleh memilih pendekatan yang ingin digunakannya bersesuaian dengan objektif pengajaran untuk sesuatu topik. b) Konsep Strategi

Strategi merujuk kepada kemampuan dan kebijaksanaan dalam memilih pendekatan serta perancangan teknik untuk mencapai sesuatu objektif. Dalam konteks pendidikan, terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi strategi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kelas yang terlibat, kaedah yang diguna pakai oleh guru, alat-alat bantu pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar serta kepakaran guru terbabit. Oleh itu, dalam pengajaran suatu matapelajaran guru seharusnya bijak dalam menentukan strategi yang ingin diguna pakai. c) Konsep Kaedah

Kaedah merupakan satu tindakan atau beberapa jenis tindakan yang bersistem, tersusun dan spesifik untuk mencapai sesuatu objektif jangka masa pendek. Terdapat banyak kaedah yang boleh diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk pembelajaran bahasa seperti kaedah penyelidikan, kaedah sokratik dan kaedah projek. Dalam huraian bahagian ini penulis akan mencadangkan beberapa kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran Bahasa Arab. d) Konsep Teknik

Teknik pula adalah unit-unit kecil yang terkandung di dalam kaedah atau tingkah laku guru tersebut. Sesuatu teknik dapat dikenal pasti melalui 3 aspek tingkahlaku guru iaitu aktiviti yang dijalankan, perlakuan guru itu sendiri serta kemahiran yang ada padanya. Sebagai contoh, dalam kaedah bercerita, seseorang guru itu mungkin menggunakan teknik menimbulkan minat sebagai motivasi dan daya tarikan terhadap isi pelajaran atau teknik menyoal yang sering digunakan dalam aspek kefahaman. Selain itu, banyak lagi jenis teknik yang baik dan sesuai diguna pakai untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi Komunikasi seperti hafazan dan latih tubi, tunjuk cara, syarahan, soal jawab dan bercerita. Pemilihan teknik yang sesuai juga berkait rapat dengan tahap atau aras kemahiran objektif pelajaran yang biasanya akan merujuk kepada taksonomi Bloom.. e) Konsep Aktiviti Aktiviti pula adalah gabungan gerak kerja atau tindakan guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif yang ditentukan. Ia boleh terdiri daripada aktiviti yang dibuat oleh guru tersebut di dalam bilik darjah seperti kerja berkumpulan, pembentangan, dan permaianan. Kejayaan dalam pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah akan menjadikan sesuatu pelajaran itu bukan sahaja menyeronokkan malahan menarik minat pelajar untuk menguasai pelajaran tersebut. 6.2 Cadangan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Untuk

Matapelajaran Bahasa Arab

Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan dengan sistematik bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, beberapa aspek penting perlu diambil kira dalam proses pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Antaranya ialah kesesuaian aktiviti yang terkandung di dalamnya serta penerapan aspek nilai dan unsur falsafah pendidikan. Ini kerana dalam falsafah pendidikan Islam itu sendiri, pencapaian sesorang pelajar itu bukan hanya diukur berdasarkan keupayaan menguasai maklumat dan isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pembelajaran sahaja, sebaliknya pembangunan nilai sahsiah dalam diri dan aplikasi moral terhadap persekitaran mengikut acuan pendidikan Islam dan aspirasi pendidikan kebangsaan juga menjadi kriteria terhadap pencapaian seseorang pelajar. Oleh yang demikian, tidak semua kaedah adalah sesuai dalam konteks pendidikan Bahasa Arab Komunikasi yang amat berkait rapat dengan nilai kehidupan Islam. Pelbagai perkara harus diambil kira termasuklah aspek metadologi sejarah pengajaran dan penyebaran ilmu Islam, teknik pembelajaran zaman para ulama Islam dan kesesuaian aras pelajar dimana kaedah tersebut akan diimplementasikan. Antara beberapa kaedah yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi Komunikasi ialah seperti Kaedah Tematik, Kaedah Mengeja, Kaedah Soal Jawab, Kaedah Latih Tubi, Kaedah Perbandingan dan Kaedah Induktif. a) Kaedah Tematik. (Tariqah Al Maudu’iyah)

Kaedah tematik bermaksud proses sesuatu pengajaran itu adalah berasaskan satu idea besar sebagai tema sebelum dikembangkan kepada beberapa langkah kecil. Contohnya, dalam minggu pembelajaran tersebut, tema utama yang dipilih ialah berkaitan keluarga. Dalam satu slot pengajaran , ia boleh dipelbagaikan seperti nama anggota keluarga, aktiviti keluarga, perbualan bersama keluarga dan sebagainya.Bagi satu tajuk seperti keluarga ini, semua

cabang pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi boleh dipraktikkan melaluinya samada dari segi nahu (tatabahasa), maqal (penulisan) atau muthola’ah. Di samping itu ia juga boleh dikaitkan dengan kaedah-kaedah lain seperti perbualan dalam situasi keluarga atau rakan sebaya di sekolah. b) Kaedah Mengeja (Tariqah Al Imla’iyah)

Berdasarkan kaedah ini, pelajar akan menulis setiap kalimah dan ayat yang diungkapkan oleh guru mereka. Melalui kaedah ini latihan dari segi cara mengeja dan penulisan berlaku disamping kemahiran untuk mengingat suatu perbendaharaan kata yang baru dapat diperolehi oleh pelajar. Dalam sejarah Islam sendiri, kaedah ini berkait rapat dengan ijtihad para ulama. Para ulama meyampaikan pandangan dan ijtihad mereka dan disalin oleh pelajar masingmasing. Jadi dalam pembelajaran matapelajaran bahasa khasnya seperti Bahasa Arab, kaedah mengeja adalah kaedah yang amat penting dalam melatih pelajar-pelajar supaya dapat mengeja suatu perkataan dengan betul dan tepat berdasarkan maksudnya.

c)

Kaedah soal jawab (Tariqah Al Munazharah)

Kaedah soal jawab ini amat sesuai dan praktikal dalam konteks pembelajaran bahasa. Ini kerana dalan kaedah ini proses pembelajaran berlangsung dengan semua pihak memainkan peranan termasuk guru dan pelajar, Bermula dengan penyediaan teks perbualan yang mudah seperti ucapan aluan, terima kasih, bertanya nama atau bertanya khabar. Frasa-frasa ringkas ini mudah untuk diingat dan sesuai untuk dipraktikkan di luar bilik darjah sebagai pengayaan. Walau bagaimanapun , setiap pelajar perlu memahami maksud setiap frasa bagi menyesuaikan dengan konteks perbualan dan kesesuaian penggunaannya. d) Kaedah Latih Tubi (Tariqah al Mulazamah)

Kaedah latih tubi ini juga adalah bersesuaian dengan bentuk pembelajaran bahasa kerana kemahiran berbahasa perlu kepada proses mengulangi apa yang diperlajari, disebut atau ditulis. Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam pengajaran berbentuk latih tubi ini. Ia amat baik terutamanya

bagu tujuan meningkatkan kemahiran lisan dan kemahiran membaca . Kaedah pembelajaran al Quran secara tradisional lazimnya menggunakan kaedah ini sejak zaman berzaman dan ia amat berkesan untuk jangka masa yang panjang. Dalam konteks Bahasa Arab Komunikasi Komunikasi ia penting dalam menjelaskan aspek nahu secara terperinci mengikut tahap pembelajaran. e) Kaedah Perbandingan (al Qiyasiyah)

Kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan prinsip asas dan umum sebelum di huaraikan dengan contoh-contoh serta perincian yang mendalam. Kaedah ini adalah kaedah lazim yang diguna pakai dalam sistem pembelajaran moden. Sebagai contoh kaedah ini boleh diterapkan dalam pengajaran kaedah tatabahasa. Guru akan menjelaskan tajuk pelajaran dan kaedah pada awal sesi pembelajaran. Selepas itu guru akan memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran untuk meningkatkan pemahaman pelajar. f) Kaedah Induktif

Kaedah adalah berlawanan dengan kaedah perbandingan. Melalui kaedah ini , para pelajar didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta penghuraian sebelum pergi kepada kesimpulan. Kaedah ini dapat mengalakkan pelajar untuk membuat kesimpulan dan rumusan sendiri sebelum dibandingkan dengan kesimpulan umum yang akan diberikankan oleh guru. Kaedah ini banyak membantu pelajar untuk berfikir, merenung, menganalisa, dan berlatih membina kesimpulan dan prinsip. Contohnya dalam konteks pembelajaran Bahasa Arab, kaedah ini turut sesuai dipraktikkan dalam pengajaran qawaid atau tatabahasa. Setelah diberikan contoh yang banyak dan pelajar membuat rumusan daripada apa yang boleh difaham olehnya berdasarkan contoh. 6.3 Kesimpulan

Semua kaedah yang dinyatakan dalam sub topik diatas boleh diaplikasikan oleh seorang guru khasnya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Selain itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga guru harus mempertimbangkan beberapa perkara lain seperti pembelajaran yang dilakukan haruslah berpusatkan pelajar, memastikan keselamatan persekitaran

dan peralatan yang digunakan, peralatan yang digunakan mencukupi, jenis dan aktiviti yang ingin dilakukan serta pemberian kerja dan tugasan yang bersesuaian dengan aras pelajaran yang diajar.

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, hasil daripada kajian penulis terhadap rancangan pengajaran yang telah disediakan oleh guru terbabit, rancangan pengajaran tahunan dan huraian sukatan matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3, penulis mendapati perancangan pengajaran yang dibuat adalah kurang sistematik dan kurang memenuhi kriteria yang sepatutnya terutamanya dari segi kejelasan objektif pengajaran dan relevannya dengan huraian sukatan matapelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh hal yang demikian, kurang unsur-unsur falsafah diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru terbabit. Melalui hasil daripada kajian ini juga, maka penulis telah memberikan cadangan untuk penambahbaikkan serta mencadangkan beberapa kaedah pengajaran yang boleh diguna pakai dalam pengajaran Bahasa Arab

Komunikasi yang mungkin lebih menepati kehendak dan intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebih jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya. Maka, hasrat untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan.

BAHAN RUJUKAN
Rujukan Buku: Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga. Kuala Tanjung Malim: Quantum Books. Atan Long. 1976. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum, Edisi Kedua. Tanjung Malim: Quantum Books. Edaris Abbu Bakri. 2004. Pengurusan Strategik: Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School. London: London University Press. Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.

Mok Soon Sang. Nota, Panduan dan Latihan MteST: Inventori Sahsiah Keguruan. 2007. Kuala Lumpur: Multimedia Resources Sdn. Bhd.-ES Rujukan Jurnal dan Artikel: Asmawati Suhid. 2004. “Pemantapan Komponen Akhlak Dalam Pendidikan Islam Bagi Menangani Era Globalisasi”. Kamarudin Jaffar. 2001. “Kaedah Mengajar Bahasa Arab”. Rujuan Internet: Editor. 1997. Isu Pengajaran dan Pembelajaran. http://ppdtr.tripod.com/pekeliling.htm (akses 12 Februari 2008). Garlicov, R. 2000. The Uses of Philosophy in Today’s World. http://www.garlikov.com/philosophy/uses.htm (akses 15 Februari 2008).

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->