P. 1
Pembelajaran Berasaskan Web

Pembelajaran Berasaskan Web

4.85

|Views: 9,592|Likes:
Published by Rosiadi84
Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah meningkatkan penggunaan internet di Malaysia. Menurut perangkaan yang di keluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2005 menunjukkan daripada 27 juta rakyat Malaysia, kira-kira 10,040,000 juta rakyat Malaysia menggunakan internet.
Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah meningkatkan penggunaan internet di Malaysia. Menurut perangkaan yang di keluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2005 menunjukkan daripada 27 juta rakyat Malaysia, kira-kira 10,040,000 juta rakyat Malaysia menggunakan internet.

More info:

Published by: Rosiadi84 on Apr 04, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

07/28/2013

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kursus:

MTK 5013 INTEGRASI TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Tajuk:

ISU SEMASA DALAM PENDIDIKAN: PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB

Oleh:

Rosiadi Tajudin Mohd Faridzul Akmam Zulkifli Nor Aziah Zakaria Nur Shahidatul Akmar Mohd Shahibi Rohaya Abdul Wahab

L20081002254 L20081002251 L20081002430 L20081002255 L20081002249

Pensyarah:

PN. SAIRA BANU OMAR KHAN

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI), 2008

Isi Kandungan

Muka Surat 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 Pengenalan Pembelajaran Berasaskan Web Kelebihan dan Kelemahan Pembelajaran Berasaskan Web Isu-Isu Berkaitan Pembelajaran Berasaskan Web Cadangan Penambahbaikkan Pembelajaran Berasaskan Web Kesimpulan 1 3 5 6 10 13 14

Rujukan

1.0 PENGENALAN

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah meningkatkan penggunaan internet di Malaysia. Menurut perangkaan yang di keluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2005

menunjukkan daripada 27 juta rakyat Malaysia, kira-kira 10,040,000 juta rakyat Malaysia menggunakan internet.

Secara umumnya, rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian daripada internet dan merupakan satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai ‘halaman web’ (TMB, 1998, Crumlish, 1996). Halaman web merupakan komponen yang menjadikan internet lebih menarik dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat mengaksesnya. Dengan lebih 50 juta tapak halaman web dan dengan pertumbuhan 10 peratus setiap hari, halaman web merupakan sumber maklumat tak terhingga kandungannya.

Kepesatan teknologi maklumat telah membawa dimensi baru dalam sistem pendidikan negara. Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan telah dipertanggungjawapkan untuk menjayakan agenda ‘e-learning’ kebangsaan. Memetik ucapan YB Tan Sri Musa bin Mohamad, bekas Menteri Pendidikan Malaysia semasa perasmian Seminar Pembangunan Pendidikan 2001-2010 iaitu:

‘….kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, pembangunan pendidikan yang dirancangkan ini turut mengambilkira pembudayaan dan

penguasaan ICT di kalangan pelajar di negara ini…usaha ini juga untuk merapatkan jurang digital terutamanya menyediakan kemudahan komunikasi melalui internet ke sekolah-sekolah di kawasan luar bandar.. Ia melibatkan perubahan dasar utama pendidikan negara bagi menjana pengeluaran sumber tenaga manusia menjadi negara maju berasaskan sains dan teknologi tanpa mengabaikan kepentingan pembangunan aspek rohani, jasmani damn emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan warganegara yang progresif, dinamik, patriotik dan bersatu padu.….’

Pembelajaran berasaskan Web merupakan salah satu cara pembelajaran yang dipelopori dalam konsep Sekolah Bestari. Konsep sekolah bestari merupakan satu inovasi pendidikan kebangsaan yang metamorfik. Metamorfik kerana kurikulum, pedagogi, teknologi yang digunakan serta penilaian pembelajaran diubah untuk memenuhi hasrat membentuk generasi Malaysia yang lebih kreatif dan inovatif dalam pemikirannya serta cekap menggunakan teknologi baru dan dapat mengakses serta mengurus maklumat dalam zaman ledakan maklumat kini.

Selaras dengan itu, kurikulum Abad ke 21 menjadi agenda Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha memartabatkan pendidikan ke arah kecemerlangan. Penekanan kurikulum sains edisi bestari dan Abad ke 21 adalah pada penguasaan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. Salah satu objektif dalam kurikulum sains untuk sekolah menengah adalah untuk “membolehkan pelajar memilih,

menganalisiskan dan menilai maklumat berkenaan dengan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan” (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1998, h.2). Salah satu strategi yang tersurat dalam kurikulum sains Abad ke 21 adalah supaya aktiviti dirancangkan

dalam pembelajaran supaya “murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi.

Pembelajaran berasaskan Web mula menggantikan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisional. Dalam pembelajaran secara tradisional, pelajar menggunakan banyak masa di dalam bilik darjah bersama guru yang menyampaikan kandungan pelajaran di hadapan kelas. Kini, pelajar boleh mengakses maklumat dan kerja yang diberikan guru secara terus melalui penggunaan perkhidmatan Internet. Penerokaan dan penggunaan sumber terbuka dalam pendidikan adalah satu perubahan paradigma mengikut tren dan perkembangan ICT memandangkan kos lesen perisian dan pembangunan sistem dapat dijimatkan.

2.0

PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB

Pengajaran berasaskan Web merupakan alternatif atau cara baru pengajaran yang mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebib bermakna. Ciri-ciri antara muka dan fizikal laman Web mempunyai impak yang berlainan berbanding pengajaran konvensional. Antara kebaikan pengajaran berasaskan Web ialah penyediaan ciri-ciri hiperteks dan hipermedia Web sedunia menyebabkan penyampaian pengajaran dapat disampaikan dalam bentuk tanpa linear. Format hipermedia memudahkan pendekatan berpusatkan pelajar kerana dapat mereka dapat mencipta suasana pembelajaran yang aktif dan bermotivasi (Becker & Dwyer, 1994). Web juga mendokong dan menggalakkan perayauan dan eksplorasi, yang biasanya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi (high-order thinking skills) (Thuering, Mannemann & Haake, 1995).

Pembelajaran berasaskan Web juga dapat menyediakan komunikasi secara sinkronus, misalnya melalui sesi sembang (chat) dan juga asinkronus seperti menghantar mel eletronik. Kemudahan seperti ini dapat menyediakan peluang kepada pengguna berkomunikasi dan bekerjasama merentasi jarak yang jauh. Komunikasi sinkronus (chat) membolehkan interaksi berlaku pada masa sebenar antara pelajar, seperti dalam kolaborasi dalam bilik darjah, bezanya pelajar dalam suasana Internet menggunakan papan kekunci untuk menaip mesej. Komunikasi asinkronus (e-mel) membolehkan interaksi berlaku pada masa dan lokasi berlainan antara dua atau lebih pengguna. Pengguna boleh berkomunikasi pada bila-bila masa sahaja. Kedua-dua jenis komunikasi ini mengembangkan akses maklumat pengguna, sumber, bekerjasama, dan meningkatkan sikap pelajar terhadap kerjasama dan pencapaian.

Persekitaran berasaskan Web berpotensi menawarkan banyak kelebihan kepada pelajar untuk meningkatkan proses pembelajaran berbanding dalam pakej pembelajaran tradisional (Collis 1996, Khan 1999). Pelajar boleh menggunakan kursus pembelajaran berasaskan Web untuk berkomunikasi, berkolaborasi dan menerbitkan bahan peribadi dalam interaksi di antara guru dan rakan pelajar. Keadaan ini membolehkan pelajar akses kepada sumber pembelajaran yang lebih luas dan munasabah melalui pautan Web dengan selesa (Betty, 1999).

3.0

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB

Antara kelebihan pembelajaran berasaskan web adalah : 1) Pelajar tidak hanya perlu bergantung kepada pembelajaran dalam kelas sahaja. Palajar masih boleh berhubung dengan guru di luar waktu kelas melalui forumforum perbincangan, email, online chatting dan sebagainya. 2) Pelajar juga mudah menghubungi rakan sekelas mereka serta membincangkan masalah serta kekeliruan yang mereka hadapi secara online terutamanya melalui forum perbincangan. Selain itu, pelajar juga boleh berhubung atau berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka dari sekolah-sekolah lain serta berkongsi pendapat dan idea dengan mereka dengan menggunakan kemudahan web. 3) Pelajar juga boleh menggunakan web untuk mencari maklumat serta artikel yang berkaitan dengan pelajaran dengan lebih cepat dan mudah. 4) Nota-nota kuliah atau maklumat yang berkaitan dengan kelas juga boleh disebarkan dan diperoleh melalui web di mana semua pelajar boleh mengaksesnya dalam satu masa. Keadaan ini lebih memudahkan serta menjimatkan masa. 5) Aktiviti e-mail pula boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan pelajar terutamanya Bahasa Inggeris. Para pelajar dapat memantapkan lagi tahan penguasaan Bahasa Inggeris mereka semasa berkomunikasi dengan sahabat pena mereka dari luar Negara melalui e-mail. 6) Pelajar juga turut boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal dari pakar-pakar tempatan mahupun luar Negara berkenaan dengan pelajaran. Antara kelemahan pembelajaran berasaskan web adalah:

1) Akses kepada peralatan computer, peralatan teknologi serta capaian kepada rangkaian internet mungkin menjadi satu masalah kepada pelajar terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan luar Bandar. 2) Kadar kelajuan internet yang lemah menyebabkan pelajar tidak dapat melihat semua paparan pada sebuah web pelajarana seperti paparan grafik, ikej, dan video clip. Ini menyukarkan capaian kepada isi pelajaran yang disampaikan. 3) Memerlukan infrastruktur yang mencukupi dilengkapi dengan peralatan computer dan ini memerlukan kos yang tinggi.

4.0

ISU-ISU BERKAITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB

Adakah Pembelajaran Berasaskan Web hanya dapat dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia selepas semua masalah dapat dikenalpasti?. Adakah pelajar akan didedahkan kepada Pembelajaran Berasaskan Web hanya selepas infrastruktur telekomunikasi, perkakasan dan perisian siap sepenuhnya? Beberapa isu dan pemasalahan dikenalpasti dinyatakan seperti berikut :-

4.1

Akses dan kos pengendalian

Akses kepada ICT merupakan masalah utama di Malaysia. 83% masyarakat di kawasan luar bandar dan 60% di kawasan bandar mendapati akses kepada ICT adalah terlalu mahal. Dari 1.5 juta rakyat Malaysia yang menggunakan internet, 50% berada di kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan. Ini mewujudkan jurang digital yang ketara di dalam masyarakat Malaysia. (Education Quarterly:35 : 2001).

Tiada akses kepada internet serta talian akses yang perlahan merupakan cabaran yang dirasai di sekolah-sekolah tertentu. Begitu juga sekolah yang tidak mempunyai komputer (kecuali untuk urusan pentadbiran) atau kuasa elektrik memberikan cabaran yang hebat dalam perlaksanaan pembelajaran berasaskan web.

4.2

Kekurangan Web Bahasa Melayu

Menurut Mohd. Jasmy Abd. Rahman, Mohd. Arif Hj. Ismail, Shahidah Ibrahim dan Rosnani Hj Mahmud (2001), kebanjiran perisian-perisian yang diimport dari luar negara juga menyebabkan industri pasaran perisian kursus tempatan dalam dilema. Mungkin bagi setengah-setengah individu, perisian kursus yang diimport terutama dalam versi Bahasa Inggeris lebih baik daripada perisian tempatan. Kebanyakan perisian multimedia biasanya dihasilkan oleh pakar-pakar dalam multimedia atau lebih spesifiknya pakar dalam pengaturcaraan. Mereka hanya mencedok mana-mana fakta atau isi yang dirasakan perlu tanpa mengambil kira keselarasannya dengan sukatan pelajaran tempatan iaitu KBSM dan KBSR.

Laman-laman berkaitan pendidikan bercambah dengan cepat dan terdapat sebahagiannya sesuai digunakan sebagai rujukan dan bahan pengajaran di dalam bilik darjah. Namun, perlu disedari bahawa “bahan-bahan tersedia” dalam internet melalui laman web ini tidak banyak dibuat dalam versi Bahasa Melayu. Azni dan Manjit (2001) mencadangkan supaya penggunaan internet menjadikan mana-mana laman web yang sesuai sebagai rujukan kerana sifatnya yang berpaut dengan laman-laman web lain yang saling berkaitan.

Ini menunjukkan bahawa kemungkinan tidak ramai pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang menyediakan akses kepada

pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran akibat kekurangan bahan web di dalam Bahasa Melayu. Kajian yang dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee (2001) menunjukkan tahap penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah UiTM adalah sekitar 30 %. Kajian ini jika diperluaskan di peringkat sekolah pasti akan memberikan peratusan nilai yang lebih rendah ekoran kekurangan kemudahan dan kemahiran.

4.3

Jatidiri Yang Lemah

Vias (1990) menganggapkan pelajar-pelajar kini “lemas dalam maklumat tetapi laparkan pengetahuan”. Pengkaji berpendirian bahawa keadaan ini amat benar dan memang berlaku di kalangan pelajar yang berhadapan dengan kurikulum baru di peringkat sekolah menengah rendah.

Kebanyakan laman-laman web yang dibangunkan atau perisian-perisian kursus yang dibangunkan termasuklah perisian yang diimport kurang menerapkan nilai-nilai murni. Tanpa seorang guru yang bertindak sebagai fasilitator, pelajar yang menggunakan pembelajaran berasaskan web gagal menguasai kaedah-kaedah pembelajaran yang berkesan seperti membuat nota ringkas. (Mohd. Jasmy Abd. Rahman, Mohd. Arif Hj. Ismail, Shahidah Ibrahim dan Rosnaini Hj. Mahmud, 2001).

Lebow (1993) menunjukkan bahawa terdapat bukti kesan negatif terhadap pelajar yang timbul berikutan amalan pembelajaran . Deci, Vallerand, Pelletier dan

Ryan (1991) menyuarakan pendapat yang sama dengan amaran bahawa terdapat unsur-unsur pengajar cuba mengawal tingkahlaku pelajar.

Ryan dan Powelson (1991) dan Deci dan Ryan (1987) mendapati bahawa kebebasan terhad apabila proses pengajaran dikawal rapi oleh pengajar.

4.4

Latihan Tenaga Pengajar

1. Aplikasi ICT dalam pembelajaran berasaskan web memberi impak yang minima Adakah guru-guru kurang kreatif atau gagal mengaplikasikan strategi, teknik dan pendekatan pengajaran dalam bilik darjah ke dalam bahan pengajaran berasaskan komputer? Adakah guru tidak kenal pasti tahap dan stail pembelajaran pelajar? Guru tidak mempraktikkan ilmu yang diperolehi semasa kursus-kursus yangdihadiri. Guru juga didapati tidak membuat cukup persediaan kerana beban kerja yang bertambah (bukan berkaitan persedian mengajar iaitu pengurusan) dan tidak cukup masa.

2. Guru sebagai fasilitator Guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan akses-akses teknologi yang terkini serta bahan pengajaran yang bermutu. Selain itu, guru perlu ada stail pembelajaran yang berbeza bagi pelajar agar lebih menarik perhatian dan minat pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu sediakan latihan tenaga pengajar yang sesuai dan kursus yang berterusan kepada para guru yang tertentu serta bersesuaian dengan kehendak sukatan pelajaran.

5.0

CADANGAN

PENAMBAHBAIKKAN

PEMBELAJARAN

BERASASKAN WEB

Beberapa cadangan dan penyelesaian yang akan diperjelaskan bagi isu dan pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Web di Malaysia. Terdapat tiga cadangan dan beberapa pecahan di dalamnya. Antaranya ialah: I. Penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan a. bahan pembelajaran berpusatkan komputer b. Screen design issues c. Kaedah Penyampaian II. III. Educational Learning Management System (ELMaS) Program dan NaikTaraf Infrastruktur

5.1

Penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan

berkesan Kita ketahui banyak pihak sedang berusaha untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran pembelajaran berasaskan web. Penilaian yang rapi perlu dilaksanakan oleh pentadbir atau guru untuk mencari bahan yang sesuai yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar bagi mengelakkan kerugian atau mendapat bahan yang tidak bermutu serta tidak mencapai kehendak pembelajaran. Dalam menilai bahan pengajaran dan pembelajaran pembelajaran berasaskan web, beberapa faktor perlu dipertimbangkan.

Tiga soalan yang perlu diberi perhatian dan penekanan dalam penilaian bahan Pembelajaran Berasaskan Web: 1. Adakah ianya mematuhi ciri-ciri bahan pembelajaran berpusatkan komputer?

2. Adakah ‘screen design issues’ telah diambil kira? 3. Adakah kaedah penyampaian bahan Pembelajaran Berasaskan Web berkesan?

Berikut adalah ciri-ciri bahan pembelajaran berpusatkan komputer iaitu: 1. Ia ada informasi atau maklumat terkini 2. Ia menyatakan objektif pembelajaran yang jelas 3. Ia ada integrasi antara isi baru dengan isi pelajaran yang lepas 4. Pelajar dapat menunjukkan kefahaman mereka melalui latihan dalam talian 5. Ada maklumbalas (serta merta ataupun ‘delayed’) terhadap penilaian yang dilakukan contohnya setiap latihan pelajar ada jawapan serta pemarkahan tahap penilaian mereka.

Screen design issues Screen design issues perlu dipertimbangkan kerana ianya membantu meningkatkan tahap pembelajaran pelajar. (Clarke: 78, 1992) menyatakan bahawa pelajar membaca 20% hingga 30 % lebih perlahan di atas skrin daripada di atas kertas. Oleh itu, ayat mestilah ringkas dan padat (lapan hingga sepuluh perkataan) Clarke: 79, 1992) juga mencadangkan bahawa warna yang sesuai membantu di dalam mengingat dan menghafal informasi. Selain itu, (Phillip: 79, 1997) mencadangkan bahawa kebanyakan orang telah dilatih untuk membaca bermula dari sudut atas kiri dan bergerak ke sudut kanan di sebelah bawah. Maka maklumat penting mestilah ditunjukkan di bahagian atas skrin manakala maklumat kurang penting di bahagian bawah skrin.

Kaedah penyampaian Kaedah penyampaian juga haruslah dirancang dengan baik supaya pedagogi yang asas tidak dilupakan. Ciri-ciri multimedia seperti audio, video, animasi, grafik dan simulasi harus digunakan dengan bijak untuk meningkatkan pembelajaran

5.2

Educational Learning Management System (ELMaS)

ELMaS ialah satu Perisian Sistem Pengurusan Pembelajaran berasaskan web untuk latihan perguruan. Guru-guru didedahkan dengan pengajaran berasaskan ICT.

5.3

Program dan Naiktaraf Infrastruktur

“Untuk lima tahun akan datang, tumpuan kita adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai ‘hub’ ICT dan multimedia di peringkat global. Untuk tujuan ini, infrastruktur ICT akan dinaik taraf melaui inisiatif termasuklah meningkatkan keupayaan tulang belakang penghantaran sehingga 10 gigabits sesaat dan memperkenalkan Sistem Pegurusan Rangkaian untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Infrastruktur ICT juga akan diperluaskan ke kawasan luar bandar bagi merapatkan jurang digital. Antara program yang bakal dilaksanakan ialah Infodesa dan Internet Desa yang menawarkan kursus kesedaran dan latihan’…(Petikan ucapan Tun Dr Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia ketika usul Rancangan Malaysia ke Lapan pada 23 April 2001, Dewan Rakyat.)

6.0

KESIMPULAN

Institut Pengajian Tinggi Awam , Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Kolej Swasta semuanya sedang berusaha untuk menggunakan pembelajaran berasaskan web sebagai teknik yang terkini untuk menyampai modul-modul mereka. Begitu juga syarikat antarabangsa sudah mula menggunakan pembelajaran berasaskan web bagi melatih pekerja mereka. Maka adalah wajar pembelajaran berasaskan web diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia secepat mungkin supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus ICT yang begitu pesat sekali. Kita tidak seharusnya tunggu sehingga semua infrastruktur telekomunikasi, perkakasan dan perisian siap sebelum ianya diperkenalkan kepada pelajar kita. Perlu diingatkan juga bahawa unsur Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) perlu diselitkan secara bijak dalam pembelajaran berasaskan web. Walau bagaimanapun, pembelajaran berasaskan web yang dicadangkan hanya sebagai tambahan kepada semua sumber yang sedia ada di sekolah. Guru masih memainkan peranan dalam mendidik pelajar-pelajar.

Bahan Rujukkan

Alan Pritchard. 2004. Learning on the Net: A Practical Guide to enhancing learning in Primary Classrooms. David Fulton Publisher. Agnes Kukulska & John Traxlor. 2005. Mobile Learning. Routledge. Cabaran dunia pendidikan masa kini. 2007. http://iznan.com/elearning/index.php/misc/cabaran-dunia-pendidikan-masa-kini/ Kevin Kruse.2004. Using the Web for Learning: Advantages and Disadvantages. http: //www. ElearningGuru.com/index.htm Kyung-Sun Kim & Joi L. Moore. 2005. Web based learning: Factors affecting students' satisfaction and learning experience. http://www.firstmonday.org/issues/issue10_11/kim/ index.html Laura Parker Roerden.1997. Net Lessons: Web-Based Project For Your Classroom. Songline Studios. Marilyn Leask. 2001. Issues in teaching using ICT. Routledge Falmer Pusat Perkembangan Ko-Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->