You are on page 1of 35

F A I L M E J A LATAR BELAKANG DAN SEJARAH KOLEJ POLY-TECH MARA

2013

Dalam menulusuri liku-liku sejarah penubuhannya dan perkembangan pendidikannya, KPTM tidak dapat menghindari daripada menyelak helaian lipatan sejarah pendidikan Yayasan Pelajaran MARA (YPM 1983) dua puluh tahun yang lalu. Kedua-dua organisasi ini berkongsi landasan sejarah yang sama iaitu sebelum berlaku pengasingan fungsi Yayasan pada Tahun 2003. Diibaratkan adik-beradik kembar, nostalgia ini semestinya dirasai juga oleh YPM sebagai pengasas kepada kewujudan KPTM. Demi memperjuangkan pendidikan anak bangsa, KPTM terus merintis perjalanan yang berliku penuh pelbagai cabaran yang ada ketikanya memaksa mengetepikan prejudis dan prinsip diri. Walaupun dalam penjenamaan semula KPTM baru berusia lapan tahun, namun dalam dunia pendidikan ia mempunyai pengalaman yang luas dan hampir menjangkau dua puluh lapan tahun. Di bawah pengurusan Yayasan, kolej ini dahulunya dikenali dengan pelbagai nama seperti Maktab Sains Mara (MSM) ataupun MARA Community College (MCC); dan kemudiannya diubah kepada Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM). Yayasan banyak berjasa dalam meletakkan KPTM di mercu kedudukannya pada hari ini. Kejayaan institusi-institusi pendidikan tadbirannya dipacu berdasarkan visi sebagai peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia (A Leader in Education of World Repute). Cetusan pemikiran terkedepan pemimpin yang berwawasan memulakan rentetan sejarah KPTM. Ketika tu beliau bertanggungjawab membangunkan dan mengembangkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

F A I L M E J A

2013

Impiannya hanya ingin melihat kesinambungan kemajuan pendidikan MRSM ke peringkat tertiari, iaitu pembelajaran dan kerjaya berpakej sehingga ke kolej universiti dan seterusnya sebuah universiti dapat dijelmakan. Induvidu tersebut adalah Dato Haji Jamaluddin bin Abdul Hamid, bekas Timbalan Ketua Pengarah MARA Impian ini juga diiringi dengan keresahan beliau terhadap pengembangan kerjaya para guru MRSM yang mempunyai tahap pendidikan tinggi. Beliau memikirkan dengan persoalan ke manakah akan perginya guru-guru MRSM yang berkelayakan tinggi bertaraf sarjana dalam laluan kerjaya mereka jika hanya terkurung dalam kepompong pelajaran menengah. Jika guru-guru ini berada di institusi pengajian tinggi (IPT) dengan tempoh perkhidmatan yang sedemikian lama, sudah tentu mereka mempunyai ruang untuk ke tahap professor madya atau professor. Di samping itu, Dasar Ekonomi Baru (1970) meletakkan sasaran

meningkatkan bilangan pelajar bumiputera yang diberi peluang belajar di luar negara. Hal ini bertujuan mahu meningkatkan taraf dan kualiti hidup golongan ini melalui peningkatan kendiri dalam pendidikan. Ketika ini, pelajar yang terlibat kebanyakannya dalam usia yang muda dan belum matang. Kehidupan pada usia sebegini di luar negara mengundang pelbagai situasi dan pengaruh yang kurang menyenangkan seterusnya memberikan kesan negatif pada prestasi pelajaran mereka. Selain itu, pelaburan yang dikeluarkan oleh negara untuk setiap induvidu yang terlibat dalam program pendidikan seperti ini sangat tinggi.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

F A I L M E J A

2013

Jadi atas alasan-alasan inilah Dato Jamaluddin mula menyusun strategi. Beliau memformulasikan konsep pendidikan program berkembar dengan universiti di Amerika Syarikat (USA) untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Konsep ini bukan sahaja memberi pendedahan kurikulum universiti luar negara dalam persekitaran tempatan, malah ia dapat membantu negara memajukan penjanaan pertumbuhan ekonomi dengan pengurangan aliran wang keluar negara. Beliau melihat YPM berpotensi diberi peranan mempraktikkan konsep program berkembar ini. Yayasan yang sebelum ini hanya aktif menubuhkan dan mengadakan biasiswa, pinjaman dan lain-lain bantuan kewangan untuk pembelajaran perlu ditingkatkan peranannya. Yayasan perlu menubuhkan latihan dan pendidikan bagi memenuhi sebahagian lagi objektif penubuhannya yang masih belum dicapai sepenuhnya. Saranan beliau mendapat sokongan padu dan diterima baik oleh Pengerusi MARA (1982-1984), iaitu YB Dato Haji Abdul Rahim bin Abu Bakar (Allahyarham). Di sinilah bermula sebuah perjuangan ke arah mewujudkan kolej bertaraf dunia khusus bagi membangunkan bumiputera. Konsep ini, turut memecahkan tradisi penajaan dengan menyasarkan pendidikan ke USA di mana sistem kelayakan pembelajarannya boleh diambil terus daripada keputusan SPM, berbanding United Kingdom dan Australia yang memerlukan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau General Certificate of Education Advanced Level (GCE A Level). Tanpa bertangguh, kajian teliti terus dijalankan dan beberapa siri lawatan diadakan ke beberapa buah kolej komuniti di USA. Ini dilakukan bagi menilai kesesuaian cadangan ini.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

F A I L M E J A

2013

Antara

cabaran

terbesar

dihadapi

beliau

adalah

bagaimana

mahu

meyakinkan kerjasama daripada USA. Pada peringkat awalnya memang agak sukar bagi memperoleh persetujuan mereka mengenai konsep ini dengan kualiti pendidikan mereka jauh lebih hebat berbanding Malaysia. Walau bagaimanapun, daripada tujuh buah kolej komuniti yang dilawati, sebuah daripadanya menunjukkan sikap keterbukaan dan memberikan maklum balas positif. Dr. Robert L. Poorman, (menyandang jawatan Presiden, 1967 1988), Presiden Lincoln Land Community College (LLCC) Springfield, Illinois menyambut baik konsep ini. Maka wujudlah program American Associate Degree (AAD). LLCC diambil sebagai model kepada perwujudan program AAD ini.Ia berdasarkan model sukatan pelajaran program berkembar LLCC dengan Illinois University. Modal permulaan berjumlah RM 2 juta daripada MARA telah merealisasikan impian pelopor pendidikan program berkembar ini pada tahun 1983. Program American Associate Degree (AAD) Program AAD dibangunkan di atas kawasan seluas 27.5 ekar, di KM 8 Jalan Gambang, Kuantan, Pahang dengan kampus yang diberi nama Maktab Sains MARA (MSM) atau lebih dikenali sebagai MARA Community College (MCC). Program AAD membolehkan pelajar-pelajar mengikuti kursus ijazah pertama universiti USA melalui sistem pemindahan kredit (program 2+2 tahun) ke universiti-universiti USA bagi menamatkan pengajian ijazah dalam pelbagai bidang.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

F A I L M E J A

2013

Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah perakaunan, English / Teaching of English as Second Language (TESL), sains aktuari, matematik / statistik, pentadbiran perniagaan, kimia / sains polimer, perhubungan antarabangsa, sains komputer, sistem maklumat komputer, sistem pengurusan maklumat, kejuruteraan (awam, letrik dan mekanikal), fizik, sains politik, psikologi dan sosiologi. Lebih daripada 160 buah universiti di USA mengiktiraf pemindahan kredit ini dan antaranya adalah: Washington State University (Washington), Vanderbilt University (Tennessee), Drexel University (Pennsylvania), George Washington University (Washington), Brown University (Rhode Island), University of Illinois (Illinois), State University of New York, Binghampton (New York), Pennsylvania State University (University Park, Pennsylvania), University of Hartford (Conneticut), Worcester Polytechnic Institute (Massachusetts). Program ini turut diiktiraf oleh Otago Polytechnic dan Otago University di New Zealand bagi jurusan perakaunan. Pelajar-pelajar AAD jurusan perakaunan yang ingin mengikuti kursus perakaunan Profesional boleh juga memilih pengajian di New Zealand.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

F A I L M E J A

2013

Pelajar-pelajar ini dapat menyambung pengajian di Otago Polytechnic selama setahun bagi memperolehi Diploma Pengajian Perniagaan dan selepas itu meneruskan pengajian 2 tahun lagi bagi mendapat ijazah di Otago University New Zealand ataupun Lincoln University Catenbury. Model program berkembar ini diterima baik oleh semua pihak. Ia menjadi kian popular dan mendapat sambutan yang positif daripada pelajar dan ibu bapa serta penganjur. Selain dapat menjimatkan pengaliran wang ke luar negara, ia juga membolehkan pelajar-pelajar membuat persediaan diri dalam tempoh pengajian di Malaysia, serta mencapai kematangan sebelum menyambung pelajaran ke luar negara. Ini secara tidak langsung memberikan mereka lebih banyak masa bagi membuat penyesuaian diri dengan pendidikan dan kebudayaan asing sebelum berangkat ke luar negara. Kejayaan AAD juga mengundang minat Lembaga Pendidikan dan

Pengambangan Profesi Indonesia (LP3i), sebuah institusi swasta di Jakarta, Indonesia. Pada 10 Julai 1996 satu penjanjian ditandatangani oleh keduadua pihak. LP3i telah meminjam kepakaran serta membawa program AAD ke Indonesia. KYPM Kuantan telah dilantik sebagai pakar perunding serta pemantau kualiti dan telah menempatkan seorang pegawainya bagi mengawal selia perjalanan program ini di LP3i. Dengan afiliasi penggunaan jenama KYPM AAD, pelajar-pelajar LP3i diberikan keistimewaan untuk mudah diterima masuk ke universiti-universiti di USA.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

F A I L M E J A

2013

Program GCE A Level Kejayaan AAD mendorong KYPM supaya terus merintis dan

memperluaskan program berkembar dengan meyakinkan pihak universiti di negara-negara lain, seperti United Kingdom (UK), Australia, Republik Ireland dan Jepun bagi mengadakan jaringan usaha sama. Usahasama pendidikan dengan institusi pendidikan luar negara:

American Associate Degree (1983 1997) Northern Consortium of UK (1988 1994) British Consortium for Higher Education Malaysia (1994 1997) Australian Consortium for Higher Education Malaysia (1993 1997) Japanese Associate Degree (1996 2001) ACCA, ABC Dublin Ireland (1994 2006)

Pada Januari 1987, program GCE A Level pula diperkenalkan bagi laluan ke universiti di United Kingdom. Program ini dijalankan di premis institusi MARA di Seremban yang dikenali dengan nama Kolej Pendidikan Tinggi MARA. Pada masa yang sama, Yayasan membuka kampus keduanya di lokasi sementara Bukit Sekilau, Kuantan pada 15 Disember 1987 bagi memantapkan pengunaan bahasa Inggeris kepada bakal-bakal pelajar GCE A Level dan AAD, sebelum kampus ini dipindahkan ke lokasi baharu iaitu di Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur. Sebaik sahaja kampus ini siap dibuka pada 4 April 1988, program GCE A Level ditempatkan di lokasi ini.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

F A I L M E J A

2013

Konsep pendidikan berkembar ini semakin diyakini dalam kalangan pembekal pendidikan luar negara. Ini terbukti dengan terbentuknya Northern Consortium of United Kingdom (NCUK) bagi mengiktiraf pengendalian program berkembar ijazah pengajian tahun pertama UK di Malaysia untuk lulusan GCE A Level. Konsortium ini berjaya menggabungkan pakatan 12 buah universiti dan politeknik UK. 19 Julai 1988 adalah satu tarikh yang dipilih bagi menandatangani memorandum persefahaman antara pihak MARA / KYPM bersama iTM dengan NCUK bagi kesinambungan pengajian para lulusan GCE A Level. Sekali lagi, premis institusi pendidikan MARA di Seremban digunakan bagi mengendalikan program usaha sama ini. Walau bagaimanapun, apabila pengubahsuaian bagi peningkatan kapasiti di premis MSM Kuala Lumpur siap dilaksanakan, program NCUK dipindahkan ke Kuala Lumpur pada awal 1992. Premis di Seremban diserahkan kembali kepada MARA. Dua tahun kemudian NCUK dibubarkan dan diganti dengan kolaborasi baharu melalui British Consortium for Higher Education Malaysia (BCHEM). Pada 21 September 1994, perjanjian ditandatangani dengan BCHEM yang membentuk jalinan usaha sama dengan universiti-universiti seperti:
Coventry University University of Dundee University of Plymouth University of Greenwich University of Suntherland Leeds Metropolitan University

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

F A I L M E J A

2013

Berbanding dengan NCUK yang hanya melibatkan 12 buah institusi di UK, BCHEM berjaya menambahkan bilangan penyertaan kepada 18 buah institusi berstatus universiti. Ini menunjukkan keyakinan penuh mereka ini kepada kredibiliti Yayasan. Univesity of Salford dan Univesity of Sheffield kekal meneruskan usaha sama manakala yang lain digugurkan kerana sebilangannya adalah politeknik dalam kumpulan NCUK. Ini disebabkan oleh persepsi masyarakat di sini yang sukar menerima politeknik sebagai setaraf dengan universiti. Di bawah program GCE A Level dan BCHEM, kampus di Kuala Lumpur terus disemarakkan dengan pelbagai kursus seperti kursus dalam bidang perakaunan, pengurusan perniagaan, pentadbiran awam, sosiologi, ekonomi, perhubungan antarabangsa, pengiklanan, sains politik dan undang-undang. Pada masa yang sama (1988), program pelajaran menengah mirip MRSM untuk tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 diperkenalkan. Program menengah ini disediakan bagi memenuhi pemintaan ibu bapa dari golongan berada yang mengimpikan penempatan di MRSM bagi anak-anak mereka yang juga memperolehi keputusan cemerlang, tetapi tidak layak memasuki MRSM kerana tumpuan MARA adalah kepada golongan berpendapatan rendah. Program ini dijalankan di MSM Kuala Lumpur sementara menunggu kampus baharu yang menelan belanja sebanyak RM 8 juta di Bangi siap dibina. Sebaik sahaja siap sepenuhnya pada awal 1991, kampus Maktab Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) Bangi ini terus dimuatkan dengan program pelajaran menengah.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

F A I L M E J A

2013

Program Australian Consortium of Higher Education in Malaysia (ACHEM) Pakatan berterusan direncanakan. Pada 8 Disember 1992, satu memorandum persefahaman dimeterai pula dengan Australian Consortium of Higher Learning (ACHEM) untuk penawaran program persediaan (foundation year) dan tahun pertama peringkat ijazah sarjana muda bagi sambungan pengajian ke universiti terpilih di Australia. Selaras dengan penambahan program ini, Maktab Sains MARA Trolak diwujudkan dengan menyewa Institut Pembangunan Tanah Felda, Sungkai, Perak pada tahun 1993. Antara universiti-universiti yang membentuk jalinan usaha samabagi mengiktiraf sukatan pelajaran dalam konsortium ini:
University of South Wales University of Newcastle University of New England La Trobe University University of Wollongong University of Technical Sydney

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah perdagangan, perakaunan, sains komputer dan kejuruteraan. Ini adalah satu lagi kejayaan dan pengiktirafan kepada kolej YPM. Bukan mudah mahu menawarkan kerjasama silibus dan common foundation kepada universiti-universiti di Australia. Walau bagaimanapun, kerjasama ini menzahirkan kata sepakat mereka bagi menerima program asas ini untuk kemasukan ke universiti masingmasing. Dr. Peter G. Hodgson, Pegawai Eksekutif Charles Stuart University pada ketika itu, adalah antara induvidu yang menyarankan kerjasama ini dan memberikan komitmen bagi menyelaras pelaksanaan program ini.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

10

F A I L M E J A

2013

Program Kerjasama Dengan Universiti Jepun Kini Yayasan beralih arah ke timur pula sebagai menyokong dasar kerajaan memandang ke timur. Pihak kerajaan menggalakkan para organisasi terutamanya agensi pendidikan melihat kemungkinan mengadakan kerjasama dengan negara-negara seperti Korea dan Jepun. Bagi menyahut seruan ini, satu perjanjian pinjaman yen ke 14 ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan Overseas Economics Cooperation Fund (OECF) Jepun, pada 28 Mei 1992. Perjanjian ini bertujuan membiayai kos pengajian pelajar bagi program Matrikulasi dan ijazah pertama di universiti Jepun Japanese Associate Degree (JAD) sebagai pelengkap kepada program Ambang Asuhan Jepun yang dijalankan di Universiti Malaya. Pengambilan pelajar yang pertama bermula pada Julai 1996 dan MYPM Bangi dipilih sebagai memenuhi spesifikasi pusat pengendalian JAD. Fokus pengajian adalah kepada disiplin sains dan kejuruteraan, bertujuan mendalami kemahiran teknologi tinggi negara tersebut serta penerapan etika dan budaya kerja cemerlang. Antara universiti-universiti nasional dan swasta yang menyambut baik dasar kerjasama ini adalah seperti senarai berikut:
Okayama University of Science Kinki University University of Tokyo Miyazaki University Science University of Tokyo Ritsumeiken University Kyushu University

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

11

F A I L M E J A

2013

Kerjasama dengan Institut di Dublin, Ireland bagi Program Profesional Pada 27 Mei 1993, satu lagi memorandum persefahaman

ditandatangani iaitu dengan Accountancy and Business College, Dublin, Ireland yang bertujuan bagi mengendalikan program perakaunan professional Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) secara usaha sama. Berdasarkan anggaran yang dibuat, negara memerlukan seramai 60,000 akauntan professional prasarana menjelang acuan 2020 dan bagi kekurangan menghasilkan penyertaan akauntan bumiputera dalam bidang ini membangkitkan semangat Yayasan dalam menyediakan profesional. Program ini dikendalikan di kampus Trolak, Perak. Pada pertengahan tahun 1996, program ini dipindahkan ke kampus Kuala Lumpur sebagai lokasi yang lebih strategik. Pada tahun pertama program ini dijalankan, masih belum ada badan yang menawarkan tajaan. Inisiatif diambil bagi mengadakan pakej pinjaman pendidikan khusus daripada institut kewangan untuk pelajarpelajar ini. Pada tahun berikutnya MARA menghulurkan menyediakan tajaan bagi mereka yang layak. Program ini telah berjaya mencipta ramai pelajar yang berkebolehan dan berprestasi tinggi dalam peperiksaan ACCA. Pencapaian mereka ada kalanya di luar jangkaan dengan hampir setiap tahun memecah rekod dunia dan nasional. Namun begitu, masih ada sebilangan golongan bumiputera yang masih skeptikal akan kebolehan mereka dalam kursus profesional ini. persetujuan bagi sendiri

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

12

F A I L M E J A

2013

Akademi Bahasa MARA Dalam keghairahan melaksanakan program yang menggunakan

medium bahasa asing, Yayasan menyedari sistem pembelajaran bahasa yang berstruktur perlu diwujudkan juga. Ini terutama bagi melatih para pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara. Akademi Bahasa MARA ditubuhkan pada tahun 1992 untuk pemantapan penguasaan bahasa asing dan ingin melahirkan lebih ramai penduduk Malaysia yang bilingual. Akademi Bahasa MARA memberi fokus kepada kursus-kursus seperti TOEFL, International English Language Teaching System (IELTS) dan English for Specific Purpose yang dijalankan secara intensif. Di samping itu, kursuskursus bagi meningkatkan tahap kefasihan bahasa asing ditawarkan juga kepada tenaga kerja pengurusan dan sokongan di sektor awam dan swasta. Antara kursus bahasa-bahasa lain yang ditawarkan adalah bahasa Vietnam, Jepun, Perancis, Tagalog, Arab, Mandarin dan Melayu. Meneroka Program Francais Dengan IPTA dalam Negara Kerjasama juga diadakan pertama kali dengan pusat pengajian tinggi tempatan. Pada 13 Jun 1994, satu memorandum persefahaman ditandatangani dengan iTM. Sebagai permulaan, iTM telah memfrancaiskan program pra sains (fizik dan biologi) dan pra perdagangan. Kampus baharu dibuka di Kelantan dengan nama KYPM Kota Bharu. Pada permulaan, kampus ini menyewa bangunan persendirian di Bunut Payong dan dua tahun kemudian (1 April 1996), KYPM Kota Bharu berpindah ke Kem Kijang, Kota Bharu yang lebih selesa untuk menampung pertambahan bilangan pelajar.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

13

F A I L M E J A

2013

Membangunkan Pusat Pengajian Jarak Jauh Di samping penumpuan diberikan kepada program pendidikan sepenuh masa untuk para lepasan SPM, pendidikan jarak jauh turut diterokai. Ini bertujuan bagi memberikan peluang kepada golongan yang berkerjaya dan berdaya maju bagi meningkatkan tahap pendidikan mereka dengan belajar secara sambilan. Namun begitu, sebagai institusi yang tidak memberikan pentauliahan ijazah, ia memerlukan sokongan daripada institut pengajian tinggi awam. Universiti Pertanian Malaysia (UPM kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia) adalah IPTA pertama yang memberikan sokongan dalam melancarkan program jarak jauh ini. Pada Mei 1995, memorandum persefahaman ditandatangani dengan UPM bagi pengendalian program-program latihan dan pendidikan luar kampus pada peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana. Pengambilan pertama pelajar dibuat pada Ogos 1995 dengan penawaran kursus Sarjana Pentadbiran Pendidikan. Ia berpusat di MSM Kuala Lumpur dan diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Lanjutan di ibu pejabat. Apabila aktivitinya semakin berkembang, bahagian ini distrukturkan semula dengan penggunaan nama Institut Profesional dan Pendidikan Berterusan atau singkatan YPM InPACE bagi memberi impak yang lebih profesional. Kursus-kursus jangka pendek juga turut diperkenalkan sebagai kursus sampingan bagi membangunkan kemahiran dalam kalangan pelanggannya.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

14

F A I L M E J A

2013

Pada September 1995, Universiti Malaya pula menawarkan kerjasama mengendalikan program jarak jauh secara interaktif ( Interactive Distance Learning) menggunakan kemudahan Wireless Video Communication Network. Kaedah tele-kuliah ini membolehkan pelajar di pusat tutorial di kampus MSM Kuala Lumpur mengikuti dan berinteraksi secara langsung melalui sistem audio visual dengan pensyarah yang mengendalikan kuliah di Universiti Malaya. Certificate in Computer Science adalah kursus pertama yang menggunakan mod tele-kuliah. Sambutan kepada pendidikan jarak jauh amat menggalakkan kerana peluang pendidikan formal amat kompetitif akibat negara masih kekurangan IPT untuk orang ramai meneruskan pengajian selepas alam persekolahan. Oleh itu, pusat-pusat tutorial terus bercambah hampir di setiap negeri dan pada ketika itu, YPM InPACE mempunyai 16 pusat tutorial. Pengembangan pusat-pusat tutorial ini bagaimanapun bergantung kepada pemintaan dan sambutan masyarakat setempat. Hampir 5 tahun beroperasi, PJJ dilanda cabaran dengan penubuhan Open University Malaysia (OUM 2000) yang menggunakan mod atas talian. YPM InPACE beralih arah seketika kepada penekanan kursus-kursus jangka pendek. Penyeragaman Nama Institusi Sepanjang perjalanannya, institusi-institusi pendidikan Yayasan

berkembang dengan pesat sekali serta dikenali dengan pelbagai nama. Ini menimbulkan kekeliruan masyarakat kepada jenama pusat pengajian ini. Malah sering terjadi kekeliruan antara gelaran MSM dan MRSM dalam mempromosikan program pendidikan Yayasan.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

15

F A I L M E J A

2013

Justeru itu, penjenamaan semula keseluruhan institusi dilaksanakan. Semua institusi bergelar Maktab kini ditukar kepada Kolej tanpa mengubahkan logo. Pada tahun 1996 secara rasminya kesemua Maktab Sains MARA menggunakan nama baharunya, Kolej Yayasan Pelajaran MARA atau singkatannya KYPM. Hanya Akademi Bahasa MARA dikekalkan jenamanya. Sepanjang penglibatan Yayasan di dalam bidang pendidikan, organisasi kerajaan dan swasta telah memberikan sokongan padu melalui penajaan pelajar-pelajar di institusi pendidikannya. Komponen tajaan terbesar adalah MARA dan diikuti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Petronas, Syarikat Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Kementerian Luar Negeri. Selain daripada itu, beberapa buah institusi kewangan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan dalam bentuk kemudahan biasiswa dan pakej pinjaman khusus untuk pelajar-pelajar Yayasan. Antaranya adalah Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Bank of Commerce (M) Bhd., Development and Commercial Bank Bhd. dan Public Bank Bhd. Dengan itu, para ibu bapa berasa lega dengan kemudahan pembiayaan untuk anak-anak yang mahu belajar di KYPM. Tingkat Perkongsian Strategik Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi menjadikan KYPM sebagai pilihan pengajian program berkembar di USA, UK, Australia, New Zealand, Jepun dan juga di IPTA dalam negara. Ibu Pejabat juga tidak putus-putus menerima pelawaan dari pelbagai pihak bagi mengadakan perancangan dan perkongsian strategik.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

16

F A I L M E J A

2013

Oleh itu, pada tahun 1995 menyaksikan kerancakan pakatan usaha sama dan francais dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Beberapa memorandum persefahaman giat ditandatangani bersama dengan IPTA. Antaranya dengan Universiti Putra Malaysia (UPM 28 Julai 2995) dan Universiti Sains Malaysia (USM 8 November 1996) untuk program Matrikulasi yang ditempatkan di KYPM Kota Bharu. Program Matrikulasi IPTA dan KPT turut diadakan hampir di kesemua kampus. Ini memberi kesan kepada pendidikan menengah di MYPM Bangi. Ia terpaksa dimansuhkan bagi memberi laluan kepada program Matrikulasi pada tahun 1998. Polisi Kementerian Pelajaran Malaysia diakui, di mana pelajaran menengah tidak boleh berada di bawah satu bumbung dengan pendidikan tertiari. Sebagai gantian kepada pemansuhan itu, program usaha sama IPTA diadakan dan ditingkatkan dengan kursus-kursus diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, pengurusan pentadbiran dan lain-lain. Perubahan Landskap Pendidikan Swasta dalam Negara Pada pertengahan tahun 90-an, berlaku perubahan ke atas landskap pendidikan negara yang mana ia turut memberi impak kepada program pendidikan di Yayasan. Antaranya adalah kemunculan pusat-pusat Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPT), penubuhan kolej dan universiti swasta oleh badan-badan korporat mega seperti Petronas, Tenaga Nasional dan Telekom. Sebelum ini, syarikat-syarikat tersebut adalah penaja kepada program pendidikan KYPM.Kini mereka memiliki institusi pendidikan mereka sendiri dan ini memberikan saingan hebat kepada institusi pendidikan milik Yayasan.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

17

F A I L M E J A

2013

Ekoran daripada pertambahan kolej swasta umpama cendawan tumbuh, akta pendidikan dipinda di mana satu akta telah diwujudkan bagi mengawal selia aktiviti dan kualiti pendidikan tinggi swasta. Pada tahun 1996, Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan Akta Lembaga Akreditasi Negara (LAN) telah digazet. Bagaimanapun, dalam tempoh 1983 hingga 1996, penubuhan institusi pendidikan Yayasan tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 79. Secara tidak rasmi semua institusi pendidikan MARA termasuk Yayasan diklasifikasikan sebagai institusi kerajaan. Pelbagai keistimewan diperoleh di bawah peruntukan akta ini. Salah satunya, kelonggaran diberikan bagi penambahan kursus baharu di mana institusi kerajaan tidak perlu membuat permohonan daftar semula. Bagaimanapun, kedudukan institusi pendidikan Yayasan masih belum jelas ketika itu, sehinggalah 24 Ogos 1999, apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa KYPM adalah institusi di bawah kerajaan dan tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 79. Menghadapi Zaman Gawat Krisis ekonomi global pada penghujung 1997 tidak memberi

pengecualian kepada Malaysia dalam melalui fenomena ini. Penularan kejatuhan nilai mata wang mencetus perubahan mendadak polisi kerajaan terhadap polisi penganjuran ke luar negara. Yayasan turut terkena bahang kegawatan apabila tiga buah KYPM yang mengendalikan program luar negara terjejas teruk. Pelajar-pelajar tajaan yang akan ke luar negara diarahkan supaya disalurkan serta-merta ke program tempatan IPTA atau IPTS.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

18

F A I L M E J A

2013

Barisan pengurusan Yayasan bagaimanapun bertindak pantas dan bergegas merangka strategi untuk terus melestarikan kedudukan organisasi. Di saat kritikal ini, analisis kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman (SWOT Analysis) dibuat bagi melaksanakan pelan tindakan jangka pendek dan panjang yang berdaya maju (viable) dan praktikal demi memulihkan prestasi organisasi. Langkah pertama adalah mengadakan jalinan usaha sama besar-besaran dengan IPTA dan IPTS tempatan. Antaranya dengan Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Institut Teknologi MARA, Universiti Multimedia dan Pusat Matrikulasi Kementerian Pendidikan. Laluan diberikan oleh IPTA dengan memfrancaiskan program-program akademik mereka kepada KYPM di peringkat diploma dan juga ijazah tahun dua. Strategi seterusnya, pengurusan meninjau kekuatan dalamannya dengan melihat kepada kepakaran dalam kalangan pensyarahnya bagi membangunkan program diploma jenama sendiri ( homegrown). Ini kerana kebergantungan kepada program orang lain amat berisiko tinggi. Pada tahun 1999, wujudlah Program Diploma Sains Komputer dan Teknologi Maklumat yang dibangunkan oleh pakar bidang dari sekumpulan tenaga pengajar KYPM. Beberapa keistimewaan khusus yang dibangunkan ini adalah ia diterima dan mendapat sambutan baik oleh para pelajar sama ada yang ingin meneruskan pengajian di dalam negara atau di luar negara. Yuran kursus yang dikenakan juga adalah berpatutan dan mampu dibiayai pelajar persendirian.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

19

F A I L M E J A

2013

Selain itu, pengurusan mengambil tindakan menstrukturkan program AAD kepada 3 + 1. Sebagai permulaan, ia berjaya dilakukan dengan kerjasama Drexel University Pennsylvenia, USA dan turut disenangi oleh beberapa universiti di US yang lain. Bagaimanapun, perancangan ini tidak dapat dihasilkan atas dasar kawalan ketat menyekat pengaliran keluar wang negara. Manakala program berkembar yang lain seperti ACCA dijalankan sepenuhnya di Malaysia. Di kesempatan ini juga, kursus Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA) diperkenalkan sebagai penambahan kepada kursus profesional. Pengurusan juga mengambil keputusan mengecilkan operasinya dengan menggabungkan dua buah kampus iaitu kolej di Trolak dengan Akademi Bahasa, dan diserapkan di Bangi bagi mengurangkan kos operasi. Manakala kolej di Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Lumpur dikekalkan dengan mempergiatkan penambahan program-program sijil dan diploma. Namun pada saat genting kegawatan, masih ada institusi yang menawarkan kerjasama. Pada tahun 1998, Thompson Rivers University, Canada ingin memperkenalkan kursus Computer System (Operations and Management) secara praktikal (hands on) di Malaysia. Kesempatan ini bukan sahaja bagi menggerakkan semula momentum jalinan usaha sama antarabangsa, tetapi juga sebagai menyahut seruan kerajaan dalam agenda Multimedia Super Corridor (MSC 1996). Agenda ini merangsang IPT memperkembangkan kemahiran IT dalam kalangan rakyat Malaysia. Kursus ini amat bertepatan dan berjaya melatih serta mengeluarkan juruteknik komputer yang berkemahiran tinggi dalam menyokong inisiatif MSC.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

20

F A I L M E J A

2013

Sudah menjadi lumrah jalinan antarabangsa tidak dapat diketepikan bagi menjulang imej sesebuah institusi. KYPM dengan jenama yang sudah dikenali pada peringkat antarabangsa mengambil kesempatan bagi pengantarabangsaan program-program kendaliannya di rantau Asia. Melalui kursus-kursus penarafan antarabangsa seperti ACCA dan ICSA, KYPM menawarkan pengambilan pelajar antarabangsa. Usaha ini akan mencetus budaya pengajaran dan pembelajaran bertaraf dunia serta memberi wadah persaingan sihat dalam kalangan pelajar tempatan. Negara pertama yang menunjukkan minat mahu kursus ini adalah negara China. Antara universiti yang mahu menceburi kerjasama serantau ini adalah Nanking University dan mereka menghantar satu delegasi ke KYPM pada Januari 2000. Kejayaan ini meningkatkan kredibiliti dan reputasi KYPM sebagai penyedia platform pendidikan bertaraf antarabangsa. Ia tidak menjejaskan status quo pendidikan bumiputera yang dimiliki KYPM, di samping itu ia turut membantu dalam pemulihan ekonomi negara. Usaha ini secara tidak langsung menyahut azam kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan akademik di rantau Asia. Namun, pada saat hampir mencipta nama dengan perencanaan ini, inisiatif ini terpaksa dibekukan atas dasar tiada peruntukan dalam penubuhan. Kesan kegawatan ekonomi akibat kejatuhan mendadak bilangan pelajar sebanyak 76% atas arahan penempatan semula di IPT tempatan hampir melumpuhkan organisasi. Kegawatan juga turut membubarkan program BCHEM, ACHEM, AAD dan ACCA Dublin akibat pembekuan tajaan ke luar negara. Penajaan adalah sumber utama untuk pelajar bumiputera.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

21

F A I L M E J A

2013

Peratusan pelajar persendirian yang mampu ketika itu amat kecil bilangannya. Dasar penubuhan hanya untuk bumiputera menghadkan pasaran Yayasan. Yayasan cuba mengesyorkan penstrukturan semula kolej dibuat pada tahun yang sama bagi menswastakan pendidikannya dengan penubuhan KYPM Sdn. Bhd. (KYPMSB 1999) supaya skop aktivitinya dapat diperluaskan. Bagaimanapun, penswastaan ini tidak boleh dilakukan kerana YPM tidak mempunyai peruntukan peraturan bagi menubuhkan syarikat subsidiari. Penubuhan Kolej Poly-Tech MARA Pihak pengurusan meneruskan usaha memajukan program pendidikan sehingga satu keputusan dibuat di mana pihak MARA menjalankan kajian ke atas hala tuju Yayasan. Hasilnya, pada Ogos 2001 Yayasan diputuskan hanya memberi tumpuan penuh kepada pembangunan dana pendidikan. Manakala MARA telah memutuskan sebuah syarikat ditubuhkan bagi tujuan sayap pendidikannya. Langkah ini bertepatan dengan peruntukan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1996 (Pindaan 2002) yang berkuat kuasa pada 27 Disember 2002, yang membolehkan MARA menubuhkan syarikat bagi menjalankan aktiviti yang dirancang atau mengambil alih fungsi mana-mana badan yang dibubarkan. Justeru itu, Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) ditubuhkan bagi mengambil alih institusi pengajian milik YPM dengan gelaran Kolej Poly-Tech MARA. Detik ini bermulanya perjuangan KPTM untuk terus merintis perjalanan dalam transformasi ini dan terus membawa obor kecemerlangan ke era cabaran baharu dunia tanpa sempadan.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

22

F A I L M E J A

2013

Lembaran Baharu KPTM sebagai Sebuah IPTS Landasan kejayaan yang ditempa melalui aspirasi silam tidak dapat dinafikan perlu ada kesinambungannya. Pengambilalihan aktiviti pendidikan oleh KPTMSB pada September 2003 menagih banyak perubahan dalam segala aspek pengurusan untuk terus memperjuangkan agenda pendidikan negara dan seterusnya menyerlahkan kejayaan yang sudah tercipta itu. Tahun 2004 adalah detik permulaan proses transformasi KPTM ke suatu era baharu perjuangan di mana pengurusan dan pentadbirannya kini diterajui oleh sebuah syarikat. Ia amat kritikal kerana pendekatan-pendekatan baharu yang radikal perlu diambil termasuk mengenal pasti pihak berkepentingan (stakeholders), faktor keuntungan dalam mentadbirkan peniagaannya di samping mendukung dasar-dasar MARA dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Strategi paling utama adalah mempakejkan produk-produk pendidikan atas jenama KPTM bagi menghasilkan pulangan yang memberangsangkan. Pengkorporatan ini sudah semestinya memberi skop kegiatan organisasi yang lebih meluas dan peluang untuk berkembang dengan lebih dinamik. MARA juga turut menstrukturkan satu lagi institusinya iaitu Akademi Infotech MARA (AIM) di mana pada Januari 2004, ia telah menyerahkan 4 buah AIM Alor Setar, Ipoh, Batu Pahat dan Kota Bharu kepada KPTM. Dengan penambahan ini, KPTMSB kini menggalas tanggungjawab kepada tujuh buah kampus cawangan yang berlokasi di Kuala Lumpur, Bangi, Kuantan, Kota Bharu, Alor Setar, Ipoh dan Batu Pahat.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

23

F A I L M E J A

2013

Dengan penggabungan dua buah institusi iaitu KYPM dan AIM, sesungguhnya usaha yang gigih diperlukan bagi memastikan sinergi antara kedua-dua institusi dapat dimanfaatkan secara optimum. Hala tuju baharu yang merangkumi visi dan misi KPTM perlu dikenal pasti dan diperhalusi bagi mengambil kira kekuatannya bagi menggalas tanggungjawab melaksanakan agenda pendidikan MARA sebagai pemegang saham syarikat. Anjakan paradigma dan pengurusan perubahan juga kritikal dalam

memastikan segala perancangan pendidikan dua buah institusi berbeza yang telah disatukan terlaksana dengan lancar. Mengukuhkan Hubungan dengan Pihak Berkepentingan KPTM menjaga hubungan dengan pihak-pihak berkepentingan

secara baik yang mempunyai nilai instrumental bagi menjamin operasi dan tadbir urus korporat supaya berjalan dengan lancar dan teratur serta mendukung amalan perniagaan yang terbaik dan berhemah.

MARA PROSPEKTIF MAJIKAN IBU BAPA PIHAK BERKEPENTINGAN DAN PELANGGAN

PENAJA RAKAN USAHA SAMA PELAJAR

BADAN KAWALAN MUTU / PROFESIONAL

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

24

F A I L M E J A

2013

Penjenamaan Semula Melalui Logo Baharu Bagi memperkenalkan identiti dan jenama baharu, beberapa pendekatan diambil bagi menonjolkan imej korporat KPTM. Ini termasuk membawa nilai-nilai proaktif, progresif dan profesional sebagai nilai murni yang ingin diterapkan. Promosi besar-besaran dijalankan dengan cogan kata A Centre of Learning, Centred on You. Peralihan jenama bagaimanapun memerlukan masa untuk bertempat semula di hati masyarakat. Bukan mudah mahu mendapatkan perhatian dan keyakinan semula masyarakat bahawa ia adalah sebuah institusi yang sama, cuma membawa nama yang berlainan. Tenaga digembleng sepenuhnya untuk dikenali sebagai KPTM. Langkah pertama yang segera dilakukan adalah transformasi identiti institusi melalui logo baharu. Logonya melambangkan keutuhan kedudukan organisasi KPTM yang mempamerkan kematangan serta keseriusan organisasi untuk bersaing maju dan terus ke hadapan serta dapat meletakkannya setanding dengan institusi pendidikan bertaraf dunia. Ia juga merupakan lambang yang menjadi kemegahan setiap warga KPTM selagi mereka berkhidmat ataupun menuntut di institusi ini. Penjenamaan semula logo memberi impak kepada perubahan dalaman KPTM termasuk kursus-kursus yang ditawarkan dan juga pendekatan pengurusan dalam bentuk tadbiran yang lebih mesra pelanggan.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

25

F A I L M E J A

2013

Dengan transformasi penjenamaan ini, pembangunan modal insan diberikan penekanan tidak hanya kepada pendidikan ilmiah tetapi juga kepada keusahawanan bermasyarakat dan khidmat komuniti bagi menghayati dan kehidupan yang menerusi adunan kurikulum ko-kurikulum

berpiawaian. KPTM menanam tekad bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi nilai intelek yang mempunyai jati diri dan berkemahiran mengurus kehidupan dalam hubungannya dengan masyarakat dan alam serta berwawasan dengan nilai positif. Ini merupakan suatu cabaran yang hebat kepada KPTM kerana melalui pengalaman yang lepas, pembangunan modal insannya hanya tertumpu kepada golongan pelajar cemerlang lepasan SPM bagi dihantar ke seberang laut. Kini dengan fungsi yang berbeza, modal insan yang dihasilkan memerlukan perhatian yang lebih untuk diasah bakat dan keupayaan. Ia adalah tanggungjawab dan memerlukan komitmen yang tinggi untuk dipikul. Sehubungan itu, formula baharu bagi membentuk program akademik yang tepat dan sesuai perlu dibangunkan bagi memenuhi pemintaan setiap golongan yang berkepentingan. KPTM mengambil pendekatan bagi memperbanyakkan program ijazah sarjana muda di samping meneruskan program sijil, diploma dan profesional yang sedia ada. KPTM memulakan langkah dengan memperhebatkan pembangunan program dalaman (homegrown). Pengalaman yang luas dalam pendidikan memberikan

kepakaran yang mencukupi bagi membangunkan program jenama sendiri dalam pelbagai bidang dan tahap untuk memenuhi tuntutan latihan dan kemahiran pelajar dalam dan luar bandar.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

26

F A I L M E J A

2013

Antara program yang diberi perhatian dan dibangunkan adalah diploma dalam bidang perakaunan, pengurusan perniagaan, teknologi maklumat dan juga sijil dalam bidang sains komputer serta kemahiran asas. Walau bagaimanapun, program usaha sama masih diteruskan dengan beberapa buah universiti di United Kingdom, Kanada, Republik Ireland dan juga beberapa buah universiti tempatan. Kini sebagai sebuah IPTS, KPTM membawa hala tuju yang tertumpu kepada pengembangan institusi dan program-program pendidikan dengan meletakkan jenama KPTM di dalam dan luar negara ke arah kecemerlangan dalam pembangunan rumpun modal insan.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

27

F A I L M E J A VISI DAN MISI KPTM

2013

Visi
Ke arah menjadi Peneraju Institut Pendidikan Tinggi Pilihan.

Misi
Menyediakan pengajaran berkualiti serta sentiasa memenuhi kepuasan pelanggan dengan kos berpatutan. Melahirkan usahawan dan induvidu yang seimbang serta memenuhi keperluan pasaran.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

28

F A I L M E J A MOTO DAN NILAI BERSAMA KPTM

2013

Moto
A CENTRE OF LEARNING, CENTRED ON YOU

Nilai Bersama
Proaktif Progresif Profesional

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

29

F A I L M E J A OBJEKTIF KPTM

2013

1. Memantap dan menyediakan program pengajian yang diiktiraf dan mempunyai nilai pasaran. 2. Melahirkan graduan yang berdaya saing, seimbang dan mampu

merealisasikan aspirasi negara. 3. Menyediakan tenaga kerja yang profesional dan komited. 4. Menyediakan kemudahan infrastruktur, peralatan dan persekitaran yang mencukupi untuk tujuan pelaksanaan program pengajian. 5. Mengamalkan budaya kerja yang berkualiti. 6. Menjadi institusi pengajian tinggi yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

30

F A I L M E J A POLISI KUALITI KPTM

2013

1. KPTM menawarkan program pengajian yang berkualiti serta mampu dibiayai ke arah melahirkan tenaga kerja yang berilmu. 2. KPTM memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dengan persekitaran yang kondusif bagi memenuhi kepuasan pelanggan melalui pelaksanaan sistem pengurusan berkualiti.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

31

F A I L M E J A PIAGAM PELANGGAN KPTM

2013

Dalam merealisasikan visi dan misi KPTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi pilihan, maka kami warga KPTM dengan penuh tekad dan iltizam akan: 1. Menyediakan program pengajian yang diiktiraf, berkualiti dan mempunyai nilai pasaran. 2. Melahirkan graduan berilmu, berkualiti dan berdaya saing. 3. Menawarkan program pengajian pada kadar yuran yang berpatutan. 4. Menyediakan tenaga kerja yang profesional dan komited. 5. Menyediakan kemudahan lengkap dan mencukupi.

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

32

F A I L M E J A BAHAGIAN, JABATAN, PEJABAT DAN KAMPUS 1. Bahagian 1.1 Bahagian Akademik 1.2 Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Keusahawanan 1.3 Bahagian Hal Ehwal Pelajar 2. Jabatan 2.1 Jabatan Perancangan Korporat 2.2 Jabatan Sumber Manusia 2.3 Jabatan Kewangan 2.4 Jabatan Logistik dan Aset 2.5 Jabatan Teknologi Maklumat 2.6 Jabatan Pendidikan Berterusan 3. Pejabat Presiden 3.1 Jabatan Audit Dalaman 3.2 Seksyen Jaminan Kualiti 3.3 Seksyen Urusetia 3.4 Seksyen Komunikasi Korporat 3.5 Seksyen Undang-undang

2013

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

33

F A I L M E J A

2013

4. Kampus 4.1 Kolej A Kuala Lumpur Bangi 4.2 Kolej B Kuantan Kota Bharu Alor Setar Ipoh Batu Pahat

4.3 Kolej C Semporna Kesedar

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

34

F A I L M E J A CARTA ORGANISASI

2013

CARTA ORGANISASI

K o l e j P o l y - T e c h M A R A

35

You might also like