PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG

)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH MTE 3102

KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

i

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

ii

2 Hasil Pembelajaran 1.KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan i Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Pendidikan Matematik 1.8 Nilai dalam Matematik Tajuk 2 Perkembangan Kurikulum Matematik 2.6 Sejarah Ahli Matematik 1.2 Hasil Pembelajaran 2. 2.4 Pengertian dan Peranan Matematik 1.1 Sinopsis 1.4 Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia 2.3 Kerangka Konsep 2.5 Sejarah Matematik 1.3 Kerangka Konsep 1.1 Sinopsis 2.7 Sifat Matematik 1.6 Dasar dan Program bagi Kemajuan Matematik Kanak-Kanak Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul .5 Pengaruh Perubahan dalam Kurikulum Matematik Negara Luar terhadap Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. 1. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda boleh berbincang dengan pensyarah. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran. 2. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. iv . 4. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. sumber-sumber pembelajaran. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu.PANDUAN PELAJAR Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. dan masa anda. 3. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

6. Teliti maklumat yang diterima.5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda. 7. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. iv .

1 Tajuk/Topik Pendidikan Matematik :  Pengertian dan Peranan Matematik  Sejarah dan Peranan Ahli Matematik Pendidikan Matematik :  Sifat Matematik  Nilai dalam Matematik Perkembangan Kurikulum Matematik  Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia  Pengaruh Negara Luar Ke atas Kurikulum Matematik di Malaysia Perkembangan Kurikulum Matematik  Dasar dan Program untuk Kemajuan Matematik bagi Kanak-kanak. Pembelajaran mengenai Kurikulum Matematik di Malaysia  Lima prinsip dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Pembelajaran mengenai Kurikulum Matematik di Malaysia  KBSR  KBSM Kemajuan Profesional di Kalangan Guru Matematik  Wacana Akademik  Badan Akademik Kemajuan Profesional di Kalangan Guru Matematik  Peranan Guru Matematik  Pembelajaran Sepanjang Hayat Isu-isu Semasa  PPSMI  Matematik di Sekolah Bestari Isu-isu Semasa  ICT dalam Pendidikan Matematik JUMLAH Modul (jam) Jum. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.AGIHAN TAJUK Kod & Nama Kursus: MTE 3102 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK Kandungan modul ini dibahagi kepada sepuluh(10) tajuk. Bil. Jam 2 9 9 3 9 9 4 5 9 9 6 9 9 7 3 6 3 8 9 2 3 1 45 45 10 .

.

BPG (2005-2007) 7. Johor Bahru (1991-1996) 3. Sek. J.kini) . 3.Lumpur (2004-2007) IPG Kampus Pendidikan Islam (2007kini). Alor Setar Kedah. IPG Kampus Pendidikan Islam (2008.2005) 6. Johor Bahru (2000 – 2004) 5. OMAR PENSYARAH fiza_oj@yahoo. Penolong Pengarah di Unit Kurikulum .A. (UTM) B. ( MATHS ) DIPLOMA PENDIDIKAN ( UM ) 1. (Malaya) Dip.Sc. 2. Melaka (1978-1985) 2. MPPM/IPG Kampus Perempuan Melayu. SMK Puchong Bt.com M.14 (1996-1997) SMK Seri Indah. Johor Bahru. 4.(1990-1991) 2.A. Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Impian Emas.(Teknologi Pendidikan) B. Sek Men Air Hitam.Mathematical Sciences(Actuarial Science) Diploma Pendidikan 1. S. K.Men.Munshi Abdullah. Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim. ( MATHS ) B.com M.Ed.com. M. HJH HAFIZAH BT.Kmbgan (1997-2004) IPBA. Melaka (mulai Jun 1985) KELAYAKAN WAN KAMARIAH BINTI WAN ABDULLAH PENSYARAH wkamariah04@yahoo.PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH) NAMA MUHAMAD BIN DORAMAN GURU CEMERLANG DG54(KUP) Md_mppm@yahoo. (Malaya) 1.Bahru (2004.1999) 4.Sc. Sek Men Tasek Utara.Sc. Maktab Perguruan Mohd Khalid. (1997.Ed.

L.year 5. Issues in mathematics teaching. Ministry of Education Malaysia (1997).html 50 .MTE3102 Mathematics Education Curriculum RUJUKAN Rujukan Utama: Gates. (2006). How to Solve it.E.J. London: HarperCollins Pub.Matemaatik KBSR dan strategi pengajaran. Mathematics for elementary teachers. Mok. Smith. G.localdns. Ministry of Education (2004-2006). Pacific Grove CA: Brooks /Cole Thomson Learning Rujukan Lain: National Council of Teachers Mathematics (1991). K. Ed ke 2. Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik.L. (1945). A Whole New Mind. Virginia: Author Buzan. 7th ed. (2001). Integrated curriculum for primary schools: curriculum specifications mathematics year 1. Friedman. The nature of mathematics.(1995). T. The Malaysian Smart School: Implementation Plant. (2005).Press. KL: Universiti Malaya.net/totalweblite/upload/754/Kaedah%20Mokhdar%20untuk%20semu a. 9th ed. Soon Sang. London: Taylor & Francis Group Ministry of Education (2002-2006).(2008). Integrated curriculum for secondary schools: curriculum specifications mathematics form 1. Seow. H. Selangor D. P. (2005).: Fajar Bakti Sdn Bhd. http://secure. Musser. Reston. New York: Riverhead Books. (2006). Siew Hua.form 5. (1997) . Profesional standards for teaching mathematics. Mind Maps.(2001). et al. D. NCTM. New Jersey: Princeton Univ.. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. The Malaysian Smart School: A Conceptual Blue print. The World is Flat New York: Penguin Books Pink. Pengajaran matematik KBSR. USA : John Wiley Nik Azis Nik Pa. Polya. G. T. Ministry of Education Malaysia (1997).

hanksville.nctm.edu/projects/2/Wood/frame.uiuc.ppk.org/learn/economy/money.org/algebra/numbers/real_number_system.edu/history/topics/num-sys.au/PDFWorD/Info/IL/.org/learn/greeks/science/math/pythagoras.htm 51 .pdf http:physics.htm 4.html http://www.htm/ http://www.htmn http://www.historyforkids.math.com/moneyhistory.geom.gov/Genint/Time/time.go.uk/. Mayan Numeration: http://www. Perkembangan Matematik Malaysia: http://www.htm 3.edu.MTE3102 Mathematics Education Curriculum Laman Web: 1.gov.htm 6.dcsst-and.edu/~demo5337/Group3/hist.moe.math.html http://www.my/bahan.htm http://www. The Nature of Mathematics http://www.aare.nist.org http://www.nsc.htm 2 .project2061.socialresearchmethods.mintmark.htm http://www.gov sg http://www.net/kb/dedind.au/99pap/bis99188. Number Systems: http://www.org/yucatan/mayamath.jamesbrennan.history/Mathematician/Biogindex.org/publications/sfaa/online/chap2.htm 7.ac.html http://www-groups.html#hindu-arabic http://www.wichita.com/mathfair2002/school/arit/arithm1. The Development of Ancient Numeration Systems: http://mtl.historyforkids.html 5.php http://www.th/moe.geocities.uiuc.kpm. Pendidikan Matematik http:/www. Values in Mathematics Education: Making Values Teaching Explicit in the mathematics Classroom http://www.

1.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Tajuk 1 Pendidikan Matematik 1. 1 . jawab ibunya. Lusa dah raya. kursus ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan sekali gus meningkatkan profesionalisme keguruan.2   Hasil Pembelajaran Menerangkan peranan yang dimainkan oleh matematik. Pelajar akan meneliti perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia dan juga mengkaji Kurikulum Matematik KBSR dan KBSM.30 pagi.”. ahli matematik dan guru matematik. 1. ibu ?” “6.” kata ibu Aiman. Mengintegrasi dan menimbulkan minat dan nilai dalam pendidikan matematik.4 Pengertian dan Peranan Matematik Kita akan meneliti peranan matematik dalam kehidupan seharian melalui satu cerita pendek di bawah : Kanak-kanak Yang Ingin Tahu “Bangun Aiman. Disamping itu. Kita akan balik kampung hari ni. Aiman menyapu matanya lantas bertanya “Pukul berapa sekarang.3 Kerangka Konsep Pendidikan Matematik Pengertian dan Peranan Matematik Sejarah Matematik dan Peranan Ahli Matematik Sifat dan Nilai dalam Matematik 1.1 Sinopsis Kursus ini memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menghayati sejarah dan peranan ahli matematik sejak daripada zaman dahulu. Ia membolehkan para pelajar mendalami makna. peranan dan nilai dalam matematik serta peranan guru matematik.

Semasa dalam kereta. 1. macamana pakcik sampai lebih awal daripada kita ?” . Apa simbol matematik yang ditemui oleh Aiman ? Senaraikan.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Kebiasaannya keluarga Aiman dan keluarga bapa saudaranya akan pulang bersama-sama . seorang ahli matematik yang terkenal pada zaman dahulu. Matematik mengandungi makna yang lebih dalam dan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita. Berikut adalah beberapa pengertian bagi Matematik :  “Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola. Apabila mereka menghampiri kampung. Matematik dapat didefinisikan dalam pelbagai cara. 3.” 2 . Apa sebutan matematik / simbol yang digunakan dalam cerita di atas ? Senaraikan. Dalam kehidupan seharian.”  “Matematik adalah suatu bahasa”   “Matematik adalah suatu kajian seni” “Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik. kalkulus dan sebagainya. Sebenarnya. 1. anda perlu menganggap dan menghargai Matematik sebagai subjek yang kaya dengan idea dan kreativiti. trigonometri. Ramai orang menganggap Matematik adalah suatu subjek yang dikaitkan dengan nombor dan pengiraan sahaja.”Apa maknanya itu.”  “Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / perkaitan. adakah matematik hanya terdiri daripada simbol-simbol dan perkataan sahaja ? Mari kita mengkaji pelbagai makna matematik. Aiman bertanya lagi. Aiman memerhati papan-papan tanda sepanjang jalan. ayah ?” “ Apa kegunaannya ?” “ Apa maksud Alor Setar 123km ?” “Macamana kita tahu berapa kita perlu bayar tol ?” “Kenapa kereta perlu ada nombor?”.1 Pengertian Matematik APA ITU MATEMATIK ? Ini adalah satu soalan yang penting dan memerlukan jawaban yang jitu dan terperinci. Pada fikiran anda.4. apakah perkataan dan simbol matematik yang anda temui ? Senaraikan. algebra. “ Ayah. Sebagai seorang guru Matematik. Matematik telah dinamakan sebagai ‘permaisuri bagi sains’ oleh Gauss (1777-1855). 2.

” Apakah yang dimaksudkan dengan perkara-perkara di atas ? Dengan penerangan terperinci di bawah.  Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola Pola / Corak adalah suatu perkara yang berulang. dapat memahami dengan lebih mendalam tentang pengertian Matematik. Muzik. apakah nilai bagi 11 1112 ? Contoh 2 : Nombor 37 adalah satu nombor ajaib dan boleh menghasilkan hasildarab yang menarik sekiranya didarab dengan gandaan 3 3 x 37 = 111 6 x 37 = 222 9 x 37 = 333 Berdasarkan pola di atas. tekstil dan sebagainya. Perhatikan contoh berikut : Contoh 1 : 12 112 1112 =1 = 121 = 12 321 1 1112 = 1 234 321 Tanpa menggunakan kalkulator. Perhubungan adalah suatu yang ada kaitan disebabkan sesuatu perkara.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik   “Matematik adalah satu cara berfikir. Kajian pola bukan sahaja didapati dalam bidang Matematik. berapakah hasildarab 37 dengan 21 ? 3 . tetapi juga dalam bidang Seni. Kedua-dua perkara ini penting untuk memberi kita keyakinan dalam menentukan / menjangkakan perkara seterusnya yang akan berlaku / muncul. sebagai guru matematik.” “Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian. diharapkan anda.

Contoh : Luas sfera. memudahkan kefahaman dan proses pemikiran manusia.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Cuba selidiki masalah-masalah di bawah dan tentukan corak / pola yang terlibat : (a) Apakah pernyataan Matematik yang seterusnya ? 1x8+1=9 11 x 8 + 11 = 99 111 x 8 + 111 = 999 11 111 x 8 + 11 111 = 99 999  Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / perkaitan Contoh : Perhatikan fungsi kuadratik berikut : Jika f ( x)  5 x 2  3x  2 berapakah nilai f jika x = 2 ? Apakah hubungan antara x dan f ? Sesetengah perhubungan angkubah-angkubah/anu boleh juga ditunjukkan dalam bentuk jadual atau graf.  “Matematik adalah suatu bahasa” Satu daripada keistimewaan-keistimewaan yang terdapat dalam Matematik ialah Matematik mempunyai bahasa atau simbol beserta operasinya sendiri. menjadikan operasi Matematik lebih ringkas. Di dalam bahasa Matematik. Bahasa Matematik yang dicipta oleh pakar-pakar Matematik dari zaman ke zaman telah menjadi lambang dan hukum yang universal sehingga ke hari ini. teorem-teorem dan rumus-rumus Matematik yang menghubungkan simbol-simbolnya. cepat dan tepat. tatabahasa terdiri daripada hukum-hukum. Cuba anda berikan dua contoh lain yang menunjukkan perhubungan antara angkubah-angkubah. Simbol dan ungkapan Matematik yang dicipta. L = 4 r 2 4 .

Sebagai contoh. Menerusi Logik. Kemudian kita mula mendalami perkara tersebut dengan membuat hipotesis yang dapat dijalankan ujian terhadapnya. Sebahagian besar daripada pandangan umum. juga di kalangan pelajar Matematik. trigonometri.  Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik. Pengiraan adalah akar umbi kepada Matematik. kita menjalankan ujian terhadap data dengan tujuan mengesahkan hipotesis yang ada. Dengan cara sedemikian. Seterusnya kita terus membuat pengumpulan data. 5 . akan berusaha untuk mendalami dan menganalisis keadaan atau punca masalah sebelum menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk menanganinya. suatu pengesahan terhadap teori asal kita dapat dilaksanakan. kita maksudkan dua kaedah menaakul iaitu penaakulan secara Induktif dan Penaakulan secara Deduktif.  Matematik adalah satu cara berfikir Berfikir secara Matematik adalah satu cara berfikir yang menggunakan konsep. algebra. kemahiran dan kaedah Matematik dalam menyelesaikan masalah yang timbul. kalkulus dan sebagainya. kita mungkin memikirkan sesuatu teori kepada sesuatu perkara. Antaranya ialah : Seni muzik Seni bina Seni lukis Seni budaya. samada ianya benar atau sebaliknya. Penaakulan secara Deduktif bermula dengan sesuatu perkara yang umum membawa kepada sesuatu keputusan yang lebih terperinci. Ada yang menggunakan rajah atau jadual untuk mengumpul maklumat dan ada juga yang menggunakan analogi untuk mencari punca masalah. melihat Matematik sebagai suatu perkara yang berkaitan pengiraan.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik  “Matematik adalah suatu kajian seni” Terdapat unsur-unsur Matematik dalam pelbagai bentuk seni. Terdapat pelbagai teknik atau kaedah dalam Matematik bagi mendapatkan penyelesaian kepada pelbagai masalah. Terdapat ramai orang yang apabila menghadapi sesuatu masalah. Akhirnya. Berfikir secara logik merupakan perkara yang penting dalam Matematik.

 Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian. Ini meliputi aktiviti atau bidang pekerjaan seperti pertukaran wang. masa dan sebagainya. kemahiran dan konsep yang telah kita pelajari di sekolah dahulu. tetapi juga oleh semua orang. dan kemudian berakhir dengan membuat rumusan atau kesimpulan / teori. Sewajarnyalah. Kita juga mengaplikasikan pengetahuan matematik untuk menyelesaikan masalah praktikal mahu pun masalah berbentuk abstrak. kita mengaktifkan minda kita agar lebih berfungsi dengan baik sebagaimana kita menggalakkan aktiviti ‘hands-on’ kepada para pelajar. Matematik bukan hanya digunakan oleh ahli Matematik.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Teori Hipotesis Pemerhatian Pengesahan Penaakulan secara Induktif sebaliknya bergerak daripada pemerhatian yang teliti kepada teori atau generalisasi. kita bermula dengan mencari corak atau pola. Kita menggunakan asas matematik dalam kehidupan seharian. 6 . mengira diskaun. Teori Hipotesis Corak / Pola Pemerhatian Dengan cara penaakulan di atas. Dalam penaakulan ini. menetapkan hipotesis yang mungkin. mengukur jarak. kita menghargai ilmu. membaca carta.

articlesbase..org/interactives/dailymath/ http://www. Sebagai contoh. (Mok.2 Peranan Matematik Kehidupan kita berkait rapat dengan matematik. Seseorang yang telah diberi latihan yang mantap dalam matematik. matematik juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan informasi dan teknologi komunikasi (ICT). mampu melaksanakan kerja-kerja yang kompleks dengan berkesan. membeli makanan. Cabaran yang keenam dalam Wawasan 2020 iaitu “the building of a progressive scientific society with creative and far-sighted abilities”. Selain itu. telah memberi impak yang besar. bukan sahaja kepada perkembangan silibus matematik yang baru. Matematik juga meningkatkan keupayaan dan tahap kebijaksanaan kita dalam menangani soalan berbentuk Penyelesaian Masalah.com/k-12-education-articles/mathematics-in-daily-life390556.html 7 . http://www. kita tidak akan berupaya menyelaras perbelanjaan atau kewangan kita secara sistematik tanpa pengetahuan matematik. 2005). tetapi juga terhadap peranan guru-guru matematik pada masa hadapan.4.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik 1. Segala aktiviti yang kita lakukan seperti pergi bercuti. Anda boleh melayari internet seperti alamat di bawah untuk mendapatkan kefahaman tentang kegunaan matematik dalam kehidupan seharian. merancang kerja-kerja seharian dan sebagainya memerlukan kemahiran matematik asas. Sejarah membuktikan bahawa ahli matematik telah berjaya membaca / menyelesaikan kerumitan dalam kod rahsia semasa Perang Dunia Kedua. Pengetahuan dalam matematik sesungguhnya memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan kita. Sebagai contoh.. Kemajuan dalam matematik juga memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan dalam sains. Matematik melatih akal kita supaya berfikir secara rasional dan logik. Kemajuan dalam bidang matematik juga dilihat sangat penting dalam mempastikan tercapainya Wawasan 2020. penciptaan sistem nombor binari menyumbang kepada prosedur pengiraan dalam komputer.learner.

juga belajar menghargai pendapat-pendapat orang lain. “Apa bentuk soalan untuk membangkitkan pelajar berfikir dengan lebih jauh” . tetapi guru boleh merancang cara bagaimana menolong pelajar yang berkenaan mendapat semula ilmu yang tertinggal. pengajian sosial. Dengan peranan-peranan yang dibincangkan di atas. Guru juga membantu pelajar memahami perkaitan antara matematik dan perkara-perkara di luar persekitaran sekolah. dan belajar matematik adalah penting. 8 . Guru perlu menyoal “ Apa yang dapat dan tidak dapat dilaksanakan hari ini ? ” Apa pembetulan yang patut diambil “. Akhirnya. Para guru dikehendaki menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada para pelajar.Guru tidak perlu membetulkan kesilapan pelajar secara terus atau segera. pendidikan jasmani dan seni.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik 1. Guru juga perlu menyediakan latihan atau tugasan dengan melibatkan semua pelajar. Guru perlu memikirkan dan menyediakan tugasan yang membuatkan pelajar-pelajar menggunakan intelektual dan pemikiran yang mencapah untuk memahami atau menjawab sesuatu masalah. guru menyediakan suatu medan bagi pelajar-pelajar merasa selamat untuk berkongsi idea. Soalan-soalan seperti “ Bagaimana guru berinteraksi dengan pelajar semasa aktiviti P&P berjalan “. Yang paling penting. Peranan yang baru bagi guru-guru diperlukan bagi merealisasikan kurikulum matematik yang baru.4. terutama yang berkaitan dengan kehidupan seharian. seharusnya ada dalam diri para guru. Susunan kerusi-meja yang sesuai dapat membangkitkan semangat perbincangan. Guru juga seharusnya mengenalpasti bagaimana para pelajar berhubung antara satu sama lain.3 Peranan Guru Matematik Guru-guru Matematik berhadapan dengan cabaran yang besar dalam melaksanakan huraian sukatan pelajaran Matematik serta cadangan-cadangan baru yang perlu dilaksanakan. Geometri dan Statistik. guru-guru sewajarnya dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang bermotivasi tinggi dalam matematik dan berkeupayaan untuk mengaplikasikan kemahiran matematik dalam dunia sebenar. “ Apa bentuk komunikasi yang dapat membantu pelajar mendapatkan kefahaman yang mendalam dalam Matematik ”. Sukatan. Begitu juga dengan perkaitan antara matematik dan sains. Guru seolah-olah memberitahu mereka bahawa pembelajaran adalah penting. guru disaran supaya mempastikan pelajar merasai perhubungan antara Algebra. Guru sewajarnya membuat analisis tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah. pemikiran dan eksplorasi yang baik di kalangan pelajar.

Kemudian. Selepas beberapa ratus tahun. Penulisan matematik dalam Greek Purba diterjemahkan kepada bahasa Arab. matematik disebarkan daripada satu budaya ke budaya yang lain. geometri. Matematik dikatakan bermula di Mesir Purba dan Babylonia. tetapi ianya tidak mendatangkan kesan yang signifikan terhadap matematik yang diamalkan sedunia sekarang. (ii) Apa peranan anda sebagai guru Matematik yang berkesan ? 1.5 Sejarah Matematik Setiap budaya di muka bumi ini mengamalkan matematik. teori dan hukum baru ditemui dan didemonstrasikan oleh tokoh-tokoh matematik khasnya dari negara-negara barat.5. selatan India dan Jepun juga mengamalkan matematik yang agak menarik untuk dikaji.1 Sejarah Perkembangan Matematik Sejarah perkembangan Matematik boleh dibahagikan kepada 4 peringkat : 1. matematik di India diterjemahkan kepada bahasa Arab. 1. 9 . Dalam kes-kes tertentu. Peringkat Pertama ( sebelum 400 SM ) Bermula dari masa manusia menggunakan tanda atau simbol untuk membilang hingga tokoh-tokoh matematik Yunani menemui sistem teori matematik yang pertama. matematik tersebut berkembang dan digunakan di seluruh dunia. kemudiannya berkembang ke Greece. Peringkat Ketiga ( 1700 TM – 1900 TM ) Peringkat perkembangan matematik tradisi ke peringkat perubahan dan penemuan. menjadi satu sistem yang sempurna. Pada tahap ini.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik (i) Bincang dengan rakan-rakan sekelas anda tentang pengertian dan peranan Matematik. Pada masa yang sama. 2. Negara China. kebanyakan daripadanya diterjemahkan kepada bahasa Latin dan digunapakai di Eropah Barat. banyak bidang. 3. algebra dan trigonometri ke tahap yang mantap. Peringkat Kedua ( 400 SM – 1700 TM ) Merupakan perkembangan aritmetik.

Seorang ahli astronomi Greek. Asas 60 ini membawa kepada pembahagian bulatan kepada 360 bahagian yang sama besar yang kini dikenali sebagai darjah (degree).601 BC) Matematik pada masa ini sangat praktikal dan digunakan semasa pembinaan. Egyptian and Native American Periods (3000 BC . saat dan sukatan darjah yang digunakan sekarang.499 AD) Tamadun Greek memberi kesan besar kepada sejarah Matematik. 4. penaakulan mantik dan logik.kini ) Dikenali sebagai peringkat moden. merupakan peringkat perkembangan matematik daripada konkrit kepada abstrak. 4  Greek. Peringkat Keempat ( 1900 TM . Orang-orang Mesir merekacipta cara mereka sendiri untuk menulis. silinder dan sebagainya. ekonomi dan sosiologi. kalkulus dan rumus-rumus kalkulus. Mereka mempunyai pecahan dan beberapa nombor bukan nisbah ( irrational numbers ). punca kuasa dua dan punca kuasa tiga. Sistem pernomboran mereka mempunyai nilai tempat dengan asas 60. Mereka mengukur menggunakan kaedah yang unik iaitu meregangkan tali. Unit asas yang digunakan oeh orang-orang Mesir untuk mengukur panjang adalah ‘kubit’. Dalam pada itu. pengukuran. kuasa dua. kotak. teori set. Mereka tidak mempunyai simbol 0 tetapi boleh mewakili pecahan. Sumbangan besar orang-orang Greek adalah Euclid’s Elements and Apollonius’ Conic Sections. Salah seorang daripada tiga ahli 10 . Mereka mengetahui bahawa tahun solar adalah lebih kurang 365 1 hari. Dalam tempoh ini. di mana jaraknya adalah dari siku seseorang sehingga kepada hujung jari hantu. Ptolemy menggunakan sistem ini untuk menghasilkan minit. Di antaranya adalah kebarangkalian. dikenali hieroglyphics (tulisan mesir purba kala) dan sistem pernomboran ini berbentuk gambar-gambar. sejarah Matematik juga boleh dilihat dalam 6 peringkat kronologi seperti di bawah :  Babylonian. Roman and Chinese Periods (600 BC . mencatat rekod dan penciptaan kalendar. teori nombor.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Antara bidang matematik yang baru ditemui ialah geometri koordinat. Mereka mempunyai sistem pernomboran sendiri. Mereka mempunyai rumus bagi luas bulatan dan isipadu bagi kubus. Setiap darjah kemudiannya dibahagi kepada 60 bahagian iaitu minit. teori-teori baru ditemui oleh tokoh-tokoh matematik untuk digunakan dalam bidang sains teknologi. terutamanya π..

MTE3102

Kurikulum Pendidikan Matematik

matematik yang hebat sepanjang zaman adalah Archimedes (287-212 B.C.) Beliau merekacipta beberapa alat dan senjata ketenteraan. Diberitakan bahawa Archimedes berjaya mencipta cara untuk menguji penurunan nilai bagi ketulan emas. Walaupun kaum Roman menguasai dunia, namun sumbangan mereka terhadap matematik tidak banyak. Sumbangan mereka hanyalah nombor Roman dan pecahan adalah berdasarkan sistem duodecimal (asas 12). Mutu kalendar dipertingkatkan dan mereka menetapkan idea-idea tentang tahun lompat setiap empat tahun.  Hindu and Arabian Period (AD 500 - 1199)

Tamadun Hindu sebenarnya bermula pada 2000 BC tetapi mengikut rekod matematik ianya daripada 800 BC sehingga AD 200. Pada abad ketiga, simbol Brahmi iaitu 1, 2, 3, ..., 9 adalah signifikan sebab bagi setiap nombor, ada simbol tersendiri.Tiada nombor sifar atau tanda kedudukan pada masa itu, tetapi menjelang AD 600 orang-orang Hindu menggunakan simbol-simbol Brahmi bersama tanda kedudukan (positional notation). Mereka mempunyai pengetahuan yang baik dalam algebra. Mereka mengetahui bahawa persamaan kuadratik mempunyai dua penyelesaian / jawaban dan mereka juga pandai menganggar nilai π. Salah seorang berbangsa Arab, Omar Khayyam banyak menggunakan nombor bukan nisbah dan ini bertentangan dengan pendapat orang-orang Greek berkenaan nombor. Perkataan Algebra diilhamkan oleh orang-orang Arab di dalam buku yang ditulis oleh seorang angkasawan yang bernama Mohammed ibn Musa al Khwarizmi. Buku itu berjudul “Al-jabr w’al muqabala”. Al Khwarizmi berjaya menyelesaikan persamaan kuadratik dan beliau mengetahui bahawa terdapat dua nilai / jawaban kepada persamaan tersebut. Dalam pada itu, beliau juga menerangkan jawaban dalam bentuk geometri.  Transition Period (1200 – 1599) Matematik pada Zaman Pertengahan adalah dalam keadaan 'transitional’ di antara tamadun awal dengan zaman Renaissance. Pada awal 1400an ‘the Black Death’ membunuh lebih daripada 70% daripada penduduk Eropah. Jangkamasa antara 1400 and 1600 dikenali sebagai Renaissance, telah menukar pemikiran penduduk Eropah kepada pemikiran berteraskan Matematik. Edisi bercetak yang pertama berkenaan “Euclid’s Elements” dalam bahasa Latin diterbitkan pada tahun 1482. Perkembangan terhebat pada masa itu adalah penemuan teori astronomi oleh Nicolaus Copernicus dan Johannes Kepler. Walaubagaimanapun, tiada penemuan baru yang signifikan berlaku pada masa ini.

11

MTE3102

Kurikulum Pendidikan Matematik

Century of Enlightenment (1600 – 1699)

Perkembangan bijak pandai, dalam teknologi dan pengetahuan berlaku pada masa ini. Antara sumbangan yang hebat adalah seperti  Segitiga Pascal (Blaise Pascal),  Logik (Gottfried Leibniz),  Penaakulan Deduktif ( Galileo Galilei),  Alat Mengira (Johan Napier),  Simbol “ ÷” (John Wallis),  Penggunaan titik perpuluhan (Kepler and Napier),  Nombor Perdana (Fermat),  Huruf-huruf untuk Angkubah / Anu (Rene Descartes),  Teori Kebarangkalian permulaan (Blaise Pascal) dan  Bahagian / Rentasan Konik (Rene Descartes).

Early Modern Period (1700 – 1899)

Tempoh ini menandakan permulaan kepada matematik moden. Terdapat experimentasi dan formulasi idea berlaku pada masa ini. Sejarah menunjukkan bahawa matematik yang kita pelajari semasa di sekolah menengah adalah dihasilkan pada masa ini. Di antara topik-topik yang terlibat adalah : Boolean algebra (George Boole), Formal Logic (Bertrand Russel), Principia Mathematica (Alfred North Whitehead), logical proof (Charles Dodgson), probability, calculus and complex numbers (Abraham de Moivre), number theory (Leonhard Euler), connection between probability and π (Compte de Buffon), calculus and number theory ( Lagrange), non-Euclidean Geometry ( Johann Lambert ) dan sistem Metrik direkacipta.  Modern Period (1900 – sekarang )

Tempoh masa ini merangkumi semua penemuan pada abad yang lalu. Diantara penemuan matematik adalah

12

MTE3102

Kurikulum Pendidikan Matematik

Twenty-Three famous problems (Hilbert), Analytic Number Theory (Hardy and Ramanujan), General theory of relativity (Einstein), Algebra (Emmy Noether), Godel’s Theorem, komputer elektronik yang pertama Game Theory (John von Neumann), Continuum Hypothesis (Cohen), Development of BASIC ( John Kemeny, Thomas Kurtz), personal computer Apple II, dan sebagainya.

1.6

Sejarah Ahli Matematik

Terdapat ramai ahli matematik di seluruh dunia yang menyumbang kepada perkembangan matematik. Berikut merupakan nama-nama besar dalam dunia matematik :

1.

Pythagoras ( 569 BC – 475 BC )

Pythagoras hidup dalam zaman 500's BC, dan merupakan salah seorang daripada ahli fikir Greek. Beliau menghabiskan sebahagian besar masanya di Sicily dan selatan Itali. Pengikut-pengikut setia beliau bergelar ‘Brotherhood of Pythagoreans’, terdiri daripada lelaki dan perempuan dan mereka menumpukan sepenuh masa mengkaji matematik. Mereka sentiasa bersama Pythagoras dan mengajar orang lain tentang apa yang telah Pythagoras ajarkan kepada mereka. Mereka terkenal dengan kehidupan yang sejati / tulin, di mana mereka tidak makan kacang kerana pada fikiran mereka, kacang bukan benda yang sepenuhnya tulin. Mereka berambut panjang, berbaju biasa sahaja dan berkaki ayam. Pythagoreans berminat dalam falsafah terutama falsafah dalam muzik dan matematik. Menurut mereka, muzik mengeluarkan bunyi yang mempunyai makna dan matematik pula mempunyai cara atau peraturan bagaimana sesuatu perkara berlaku. Pythagoras sendiri dikenali sebagai orang yang berjaya membuktikan bahawa Teorem Pythagoras adalah benar. Pythagoreans menulis banyak bukti berbentuk geometri, tetapi agak sukar untuk menentukan siapa membuktikan apa, disebabkan kumpulan ini ingin merahsiakan semua penemuan. Mereka menemui nombor bukan nisbah (irrational numbers)!

13

Volumes 11-13: Solid Geometry The Elements juga mengandungi permulaan bagi Teori Nombor. juga terkandung dalam Euclid's Elements. Mesir untuk beberapa ketika. The Elements terdiri daripada cetakan berikut : Volumes 1-6: Plane Geometry. di mana dia banyak belajar tentang matematik dan seterusnya terkandung dalam buku beliau. Asia Barat dan Amerika selama dua ribu tahun. Walaubagaimana pun. kita masih mempunyai salinan buku Euclid yang dimulakan dengan definisi asas tentang titik. Kita hanya mengetahui bahawa beliau bekerja di bandar Alexandria. garisan dan bentuk-bentuk. Euclid mahu membuktikan bahawa benda-benda boleh dibuktikan melalui penggunaan logik dan alasan (reason). Buku-buku Euclid terkenal disebabkan mudah untuk dibaca dan difahami. Sepertimana Anaxagoras sebelum beliau. Euclid ( 325 BC – 265 BC ) Sehingga ke hari ini. Kemungkinan nama Euclid diada-adakan sahaja. Euclid (atau mereka yang menggelarkan diri mereka Euclid) hidup dalam masa 300 BC. Tiada didapati gambar beliau di mana-mana. berkenaan bagaimana segitiga dan bulatan dihasilkan. Beliau ( atau mereka ) belajar di Akademi Plato di Athens. Pada asasnya. Ini adalah salah satu daripada algoritma yang tertua . Volumes 7-9: Number Theory. Hari ini. tiada seorang pun yang mengetahui dengan mendalam tentang sejarah hidup Euclid. Ianya digunakan sebagai buku rujukan utama bagi matematik di semua sekolah di Eropah. sehingga ke abad 20. Buku Euclid seterusnya adalah mengenai matematik lanjutan. beralih kepada penggunaan geometri untuk membuktikan sesuatu. Ada yang berpendapat kewujudan beliau diragui. Beliau juga mungkin berjumpa Aristotle di sana. Kemudiannya. Volume 10: Eudoxus' Theory of Irrational Numbers. 14 . terutamanya 'The Elements'. ‘The Euclidean algorithm’ yang selalunya dirujuk sebagai ‘Euclid's algorithm’ digunakan untuk menentukan faktor sepunya terbesar (FSTB) bagi dua nombor integer. segala peraturan dalam Geometry hari ini adalah berdasarkan tulisan Euclid. begitu juga tentang nombor bukan nisbah dan geometri tiga-dimensi.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik 2.

Bhaksara II. Ada yang mengatakan bahawa beliau mencuba untuk memahami konsep berhubung dengan topik ‘differential and integral calculus’. penyelesaian bagi persamaan kuadratik dan penggunaan matematik dan algebra untuk bercerita mengenai peristiwa astronomi dan jangkaan yang akan berlaku. Seorang penulis pada zaman itu. astronomi dan ahli geografi yang dilahirkan di sebuah bandar kecil di Persia sekitar tahun 770. urusan jual-beli dan urusan cukai. yang bermaksud. Liu Hui beranggapan bahawa kebanyakan kaedah dalam teks asal adalah penghampiran (approximations). Liu Hui ( 220 – 280 AD ) Liu Hui hidup semasa kerajaan Wei. Beliau memperkenalkan konsep yang sangat berkesan tentang asas matematik. 5. menggelar Brahmagupta sebagai Ganita Chakra Chudamani. dan beliau mengkaji sejauh mana tepatnya penghampiran tersebut. Idea-idea beliau amat berguna kepada perkembangan di Eropah. 4. Brahmagupta ( 598 – 670 AD ) Brahmagupta adalah seorang ahli matematik yang sangat signifikan pada zaman India purba. Penulisan Brahmagupta banyak mengandungi konsep matematik dan astronomi sehingga ke hari ini. Sejarah mencatatkan bahawa beliau menulis komentar terhadap ‘Nine Chapters’ pada tahun keempat di era Jingyuan di bawah pemerintahan Putera Chenliu. "mutiara di kalangan ahli matematik” (the gem in the circle of mathematicians). Muhammad Bin Musa Al-Khwarizmi ( 780 – 850 AD ) Beliau merupakan ahli matematik. lebih kurang 263 AD. Ini merupakan buku praktikal bagi matematik. soal selidik. bertujuan menyediakan kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah berkenaan kejuruteraan. Tidak banyak perkara yang diketahui tentang Liu.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik 3. Nama keluarga beliau adalah Khwarizm dan 15 . algoritma untuk punca kuasa dua. di mana kita menggunakan sifar dalam pengiraan matematik.

ahli fizik Torricelli Itali mengesahkan pemerhatian Pascal itu. Perancis pada 19 Jun 1623. Walaupun sedikit yang kita ketahui tentang Al-Khwarizmi. yang menyatakan bahawa cecair menekan sama (tekanan) ke semua arah.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik merupakan keturunan Magus. manusia menggunakan algoritma untuk mengira hasiltambah dan pembahagian cara panjang. Sumbangan beliau terhadap Sains termasuklah bukti eksperimen bahawa medan merkuri meningkat atau berkurang sesuai dengan tekanan atmosfera sekitarnya. Hari ini. teori fizik dan statistik sosial. Buku inilah yang menjadi punca timbulnya cabang ilmu algebra sekarang. Selain itu ia merumuskan teori matematik kebarangkalian. di mana prinsip sebenarnya datang daripada teks yang ditulis oleh AlKhawarizmi sejak 2000 tahun dahulu. Tajuk itu kemudiannya diterjemahkan yang membawa maksud "the science of reunion and reduction. Pascal juga memberikan sumbangan terhadap pemahaman kita tentang prinsip sains (hukum Pascal). 16 . Kemudian. Dalam hal penemuan." Perkataan tersebut merujuk kepada kajian sistematik mengenai persamaan linear dan persamaan kuadratik. yang kemudiannya membawa kepada perkembangan sembilan angka Arab termasuk sifar. jadual Aktuaria. beliau menghasilkan mesin mekanik pertama pada tahun 1642. Pada awal kerjayanya dia merumuskan salah satu teorem asas untuk geometri unjuran. Al-Khwarizmi juga bertanggungjawab memperkenalkan nombor-nombor Arab kepada Negara Barat. Al-Khwarizmi juga seorang ahli astronomi yang menulis buku tentang astronomi dan jadual astronomi. Blaise Pascal ( 1623 – 1662 ) Beliau dilahirkan di Clermont Ferrand. yang disebut teorem Pascal. yang masih digunakan dalam matematik hari ini. namun beliau adalah salah seorang yang sangat berpengaruh di kalangan ahli matematik Arab. Blaise Pascal meninggal dunia di Perancis pada 1662 pada usia 39. paderi Zoroaster. Buku terkenal beliau adalah ‘Hisab al-jabr w'al mugabalah’ di mana nama ‘algebra’ diperolehi. 6.

Beliau menghadiri beberapa buah sekolah kejuruteraan. Beliau berhasrat untuk menjadi seorang ahli matematik tetapi bapanya lebih suka beliau menjadi seorang jurutera. seorang pekerja dan peniaga. Petersburg. Kegemarannya juga adalah terhadap kristalografi. beliau juga membuat kerja-kerja inovasi terhadap nombor nyata dan merupakan orang 17 . Russia. di St. David Hilbert. Georg Cantor menghasilkan banyak idea yang mempengaruhi dunia matematik pada abad ke 20. seorang pelayan.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik 7. merupakan anak pertama kepada the Georg Woldemar Cantor dan Maria Böhm. Seorang yang bijak dalam aritmetik. mekanik dan sebagainya. sebuah prototaip dari telegraf elektrik dan sebagainya. Didapati formula Gauss adalah S = n (n +1) / 2 dan digunakan semasa zaman Pythagoras. Sumbangan beliau dihargai penuh oleh ahli matematik terkemuka. "Cantor has created a paradise from which no one shall expel us. Gauss menyumbang kepada dunia matematik tulen dan matematik gunaan sehingga ke abad 20. Johann Friedrich Carl Gauss ( 1777 – 1855 ) Lahir pada 30 April 1777. Cantor akhirnya menerima persetujuan ibubapanya untuk mempelajari matematik pada 1862. sebuah inovasi yang meletakkan beliau sebagai pengasas dan pencipta teori set. Semasa masih muda. 8. Cantor juga menyumbang kepada analisis klasik. yang mengatakan bahawa. Di antara penemuan dan sumbangan beliau adalah mencipta alat mengukur trigonometri. dan menjumlahkan semua menjadi 5050. ia menambah semua integer daripada satu hingga 100 dengan menambah mereka dalam pasangan. optik. Beliau mengumpulkannya secara jumlah 101 dan beliau mendapati ada lima puluh set kesemuanya. termasuklah Gymnasium di Wiesbaden dan Kolej Teknikal di Darmstadt pada tahun 1860. dengan Dorothea Benze Gauss." Selain daripada sebagai pengasas teori set. Georg Cantor ( 1845 – 1918 ) Georg Ferdinand Ludwig Philipp Cantor dilahirkan pada 3 Mac 1845. Kajian beliau tentang algebra dan geometri membawa kepada kemajuan teori kebarangkalian. topologi dan analisis vektor. Dalam pada itu. Di antara sumbangan hebat beliau adalah memperkenalkan idea infiniti. Johann adalah satu-satunya anak yang lahir bagi pasangan Gebhard Dietrich. beliau jelas menunjukkan bakat matematik.

dan bukti. Pengalaman berkaitan matematik meninggikan tahap kebolehan matematikkeupayaan untuk membaca secara kritikal.7 Sifat (Nature) Matematik Matematik mendedahkan pola/corak tersembunyi yang membantu kita memahami dunia di sekitar kita. Fermat.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik pertama memberi makna kepada nombor bukan nisbah menerusi susunan nombornombor nisbah. mencari alternatif dan sebagainya. matematik bergantung pada logik dan bukan hanya pada pengamatan. kebarangkalian. Bhaskara. Sebagai ilmu yang abstrak. bentuk. Sifat Penyelesaian Masalah George Polya merupakan ahli matematik yang terkemuka yang menulis 3 buah buku berkenaan penyelesaian masalah. algoritma dan perubahan. pengukuran dan pengamatan dari ilmu sains. tetapi nombor. Matematik membolehkan kita memahami informasi dan persekitaran dunia dengan lebih baik. Ibnu Sina. juga inferensi. Peranan matematik dalam pendidikan adalah disebabkan banyak kegunaannya pada umum. Ramanujan. deduksi. dan sistem sosial . namun menggunakan pemerhatian. bahkan matematik pada masa kini meliputi pelbagai disiplin berkaitan dengan data. Kini bukan hanya di segi aritmetik dan geometri. mengenalpasti kesalahan. bersama model matematik dari fenomena alam tentang perilaku manusia. Euler. Beliau menyenaraikan empat proses untuk menyelesaikan masalah dan membariskan beberapa strategi seperti berikut : 18 . Matematik adalah ilmu tentang pola/corak dan peraturan. Domainnya bukan molekul atau sel. Penemuan-penemuan Matematik seperti teorem dan teori adalah sangat signifikan dan berguna. 1. Lagrange dan Descartes. Cari sumbangan ahli-ahli matematik yang lain umpamanya : Napier.simulasi bahkan eksperimentasi sebagai mencari kebenaran.

Mencari pola /corak (Look for a pattern) 6. Penaakulan deduktif didasarkan pada peraturan atau prinsip-prinsip am. Menggunakan persamaan / formula (Use an equation or formula ) Penyelesaian masalah adalah tugas yang rumit untuk dikuasai. Menukar cara pemikiran (Change your point of view (Think outside the dots)) 10.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Kaedah Menyelesaikan Masalah mengikut Polya 1. Meneka dan meyemak (Guess and check) 4. Orang yang menggunakan penaakulan induktif menemukan pola dalam kumpulan pemerhatian khusus dan membuat kesimpulan umum berdasarkan pola itu. Ia berdasar kepada pemerhatian. kita seharusnya berusaha melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah. Melukis gambar / rajah (Draw a picture or diagram) 7. sains dan kemanusiaan. Melakonkan (Act it out/Explain it to someone else ) 9.  Sifat Penaakulan Logik (Nature of logical reasoning) Penaakulan induktif dan deduktif adalah dua jenis penaakulan yang asas digunakan dalam matematik. Menyelesaikan cara terbalik ( Work backwards ) 8. 4. Menyemak keputusan (mempastikan keputusan adalah munasabah) Strategi-strategi yang dicadangkan adalah seperti di bawah : 1. Menyelesaikan masalah serupa yang lebih mudah (solve a simpler similar problem) 2. Walaubagaimana pun. Memecahkan masalah kepada masalah lebih kecil (Break the problem into smaller problems) 5. Melaksanakan kaedah / pelan. Penaakulan induktif bergerak dari khusus kepada umum. Menjadikan masalah lebih konkrit (make a problem more concrete) 3. Merancang kaedah / pelan untuk selesaikan masalah. Orang yang menggunakan penaakulan deduktif mengamalkan prinsip umum untuk membina sebuah 19 . Penaakulan induktif digunakan untuk membentuk hujah berdasarkan pengalaman dan boleh menentukan bahawa kesimpulan mungkin benar. 3. Memahami masalah (baca masalah dengan berhati-hati sekurang-kurangnya dua kali) 2.

. 20 . kita boleh mengatakan bahawa jumlah biri-biri yang petani miliki adalah negatif 3. 2. 4. .MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik contoh khas. maka semua segiempat sama mempunyai empat sisi. . Kita katakan senarai nombor asli beserta ‘sifar’ sebagai Nombor Bulat. 2. kita mendapat satu set baru iaitu nombor integer. Perkara yang lebih abstrak dari sifar adalah idea nombor negatif. Kita memerlukan masa yang agak lama untuk menerima idea nombor negatif tetapi akhirnya nombor negatif diterima sebagai nombor.  Sifat Nombor-nombor (Nature of Numbers) Sistem nombor nyata berubah dari masa ke masa dengan memperluaskan idea tentang apa yang kita maksud dengan "nombor." Pada awalnya. 3. Ini dikenali sebagai nombor asli. seperti berapa banyak biri-biri yang dimiliki oleh seorang penternak. dan segiempat tepat mempunyai empat sisi. Penggunaan tiga titik di akhir senarai di atas menunjukkan bahawa senarai tersebut akan berterusan / tidak berakhir di situ sahaja. . Jika. 4. 1. Penaakulan deduktif digunakan untuk membentuk hujah berdasarkan pada peraturan atau fakta. selama syarat-syarat yang digunakan adalah benar. Jika penternak tidak mempunyai seekor pun biri-biri. . Kadang-kadang. petani berhutang seseorang 3 ekor biri-biri. 5. sesuatu "nombor" bererti sesuatu yang kita boleh kira/bilang.  Nombor Asli atau “Nombor yang boleh dibilang” 1. Contoh penaakulan deduktif: Disebabkan semua segiempat sama adalah merupakan juga segiempat tepat. Sebuah hujah deduktif memberi bukti lengkap tentang kesimpulan. Penaakulan deduktif bergerak dari umum ke khusus. atau nombor yang boleh dibilang. maka kita katakan bahawa penternak itu mempunyai sebanyak ‘sifar’ biri-biri. 5. ‘sifar’ dianggap sebagai nombor. di samping tidak mempunyai seekor pun biri-biri.  Nombor Bulat Nombor Bulat adalah seperti di bawah : 0. 3. Dengan penambahan nombor negatif.

. kita menggunakan pecahan. kita memperolehi set nombor nisbah (rational numbers). Juga semua jarak boleh didapati di atas garis nombor.    Nombor Bukan Nisbah (Irrational Numbers) Tidak dapat ditulis sebagai nisbah bagi nombor integer. nombor-nombor tersebut tidak berulang atau berakhir. satu perempat sudu teh garam dan sebagainya.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik  Nombor Integer Berikut adalah senarai nombor integer : . Dengan menambahkan idea pecahan kepada set integer. 4. . –4. 1. –2. –3. 2. tetapi dalam banyak hal yang lain dalam kehidupan kita. . kita gunakan setengah cawan gula. Sebagai nombor perpuluhan. 21 . 3. 0. . Contohnya. Kadangkala kita memanggil nombor nisbah sebagai pecahan. Generalisasi seterusnya yang dapat kita hasilkan ialah idea pecahan. di mana a dan b adalah integer (b  sifar). untuk mengukur / menyukat. Kita tidak dapat mengatakan penternak mempunyai bilangan biri-biri dalam bentuk pecahan. Contoh-contoh : Nombor Nisbah (nombor berakhir) Nombor Nisbah (nombor berulang) Nombor Nisbah (nombor berulang)     Nombor Nyata Nombor Nisbah + Nombor Bukan Nisbah Semua nombor boleh didapati di atas garis nombor. .  Nombor Nisbah (Rational Numbers) Nombor nisbah adalah berbentuk . –1.

harus dan tidak boleh. 22 . kita akan sentiasa mendapat nombor nyata. Ada tiga kategori dalam pendidikan matematik iaitu Nilainilai pendidikan umum. berdasarkan peringkat hiraki nya :    Nilai asas adalah iman dan takwa. bijaksana. nilai-nilai pendidikan matematik dan nilai-nilai matematik. Sebarang nombor yang menunjukkan bilangan atau sukatan. Nilai-nilai Pendidikan Umum Nilai-nilai ini diterapkan oleh guru-guru di sekolah bertujuan membentuk peribadi seseorang. Nilai-nilai asas seperti setia. kebenaran. kerjasama dan berpengetahuan. telus dan bersyukur.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Apabila kita mempunyai nombor nisbah dan nombor bukan nisbah.8 Nilai Matematik Nilai adalah peraturan untuk kita membuat keputusan tentang benar dan salah. baik dan buruk. Nilai juga memberitahu kita yang sesuatu adalah penting atau tidak. bertanggung jawab. seperti berat. kita mempunyai set nombor nyata yang lengkap. adil. isipadu atau jarak antara dua titik. Rajah berikut menerangkan tentang hubungan antara set nombor-npmbor yang membentuk Nombor Nyata: 1. Nilai-nilai sampingan adalah kepercayaan. Berikut merupakan empat jenis nilai-nilai umum beserta contoh.

Nilai-nilai ini meliputi ciri-ciri. Nilai-nilai Matematik Nilai matematik merujuk kepada nilai yang berkaitan dengan pengetahuan matematik.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik  Nilai-nilai tambahan adalah kewarganegaraan. d) Nilai yang berkaitan dengan tingkat pemahaman di mana pelajar menggunakan peraturan. b) Nilai yang berkaitan dengan kemampuan pelajar di mana matematik adalah sesuai untuk individu tertentu atau untuk semua. keterbukaan & misteri. operasi. Mereka adalah rasionalisme & empirisme. Berikut ini adalah penjelasan nilai-nilai dalam matematik: 23 . sumber bahan. kreatif. c) Nilai yang berkaitan dengan kaedah penyelesaian masalah di mana pelajar memahami. di mana tujuan pembelajaran matematik adalah untuk apresiasi. kawalan & kemajuan. konstruktif dan aktif. Nilai-nilai Pendidikan Matematik Nilai dalam pendidikan matematik adalah nilai-nilai afektif yang mendalam dibangunkan melalui subjek matematik. mengetahui dan melakukan operasi rutin atau mencari dan melaksanakan operasi yang sesuai. dan prinsip-prinsip rumus matematik atau mengetahui bagaimana menggunakan algoritma dan mengapa ia digunakan. berdedikasi. Menurut Nik Aziz Nik Pa. kebenaran dan penggunaan pengetahuan matematik yang dibawakan dalam konteks yang berbeza. aplikasi atau teori matematik. e) Nilai-nilai yang berkaitan dengan pendekatan pembelajaran matematik di mana melibatkan proses deduktif. berkeyakinan diri dan lain-lain. membuat refleksi dan komunikasi. Alam Bishop mengenalpasti tiga pasang pelengkap untuk nilai matematik. belajar matematik menumpukan pada nilai-nilai pendidikan matematik sebagai berikut: a) Nilai yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran. menghafal dan belajar secara pasif atau matematik adalah pembangunan pengetahuan melalui pembelajaran induktif.

Hal ini juga menggalakkan keselamatan dalam pengetahuan.. Hal ini juga menggalakkan materialisme dan kesungguhan. Rationalisme Menilai rasionalisme bererti menekankan hujah. situasi hipotetis dan abstrak. mencari simbol. Ia melibatkan teori. konkrit. analisis logik dan penjelasan. prosedur dan kriteria yang telah ditetapkan. dan melaksanakan ideaidea dalam matematik dan sains.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik 1. dan penggunaan data. fakta. penaakulan. Ia merangsang kepada pemikiran beranalogi.  pelajar mengumpul data eksperimen  menguji idea terhadap data 3. dan dengan demikian membawa kepada pemikiran universal. Nilai ini ditunjukkan oleh:  guru mengembangkan kemahiran praktikal pelajar  mengajar tentang aplikasi dan menggunakan idea  pelajar dan guru membuat simbol. Nilai ini ditunjukkan oleh:  guru mengembangkan kemahiran pelajar dalam hujah dan penaakulan logik  pengajaran tentang bukti dan membuktikan  menggalakkan perbincangan dan perdebatan  pelajar mencari penjelasan untuk data percubaan  kontra hipotesis alternatif 2 Empiricisme Menilai empirisisme bererti mencari objektif. dan kemampuan untuk meramal. Kontrol Menilai kawalan bererti menekankan kekuatan pengetahuan matematik dan sains melalui penguasaan peraturan. model. rajah dan lain-lain. Nilai yang ditunjukkan adalah :  guru mengembangkan kemahiran pelajar dalam latihtubi dan rutin  mengajar tentang ketepatan matematik dan sains  pelajar mempraktikkan kemahiran dan prosedur  guru menunjukkan bagaimana idea-idea matematik dan sains dapat menjelaskan dan meramalkan kejadian 24 .

artikulasi yang jelas dan pemikiran kritis juga signifikan. daya tarikan. melalui teori alternatif. Pengesahan hipotesis. Nilai ini ditunjukkan oleh:       guru mengembangkan imaginasi pelajar mengajar tentang sifat pengetahuan objektif merangsang sikap ingin tahu dan kagum dengan idea-idea yang signifikan mendorong pelajar untuk membaca bahan-bahan sains fiksyen pelajar merasa terkejut terhadap hasil penemuan tak terduga meneroka teka-teki matematik 25 . bukti dan penjelasan individu. dan mistik dari ideaidea sains dan matematik. • Nilai yang ditunjukkan adalah :  guru mengembangkan kemampuan pelajar mengartikulasikan idea-idea mereka  mengajar kriteria pembuktian dan pengesahan  menggalakkan perbincangan dan perdebatan  menggalakkan kebebasan berekspresi  kontra pendapat antara pelajar dan guru  percubaan / eksperimen yang boleh diulangi 6 Misteri Menilai misteri bererti menekankan keajaiban. Hal ini juga menggalakkan nilai-nilai kebebasan individu dan kreativiti.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik 4 Kemajuan Menilai kemajuan bererti menekankan cara-cara idea-idea matematik dan sains berkembang. melalui demonstrasi. Ini menggalakkan kita berfikir tentang asal-usul dan sifat pengetahuan. Nilai ini ditunjukkan oleh:  guru mengembangkan imaginasi kreatif pelajar  mengajar tentang perkembangan pengetahuan sains dan matematik  mendorong penjelasan alternatif 5 Keterbukaan Menilai keterbukaan bermaksud demokrasi pengetahuan. pembangunan kaedah baru dan mempersoalkan ideaidea yang ada.

Mathematics for elementary teachers. Musser. (2001).E. Pacific Grove CA: Brooks /Cole Thomson Learning 26 . Siew Hua. The nature of mathematics. USA : John Wiley Nik Azis Nik Pa. Timur Tengah dan India beserta tahun yang terlibat. 9th ed. 2. Seow. (2006). Nyatakan kepentingan matematik kepada (a) anda sebagai individu (b) masyarakat anda (c) negara anda. KL: Universiti Malaya. Apakah maksud penyelesaian masalah dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran ? 3. et al. Ed ke 2. Smith. RUJUKAN Rujukan Utama: Mok.(1995). 7th ed. Jelaskan tiga matlamat pembelajaran penyelesaian masalah dalam matematik. Selangor D.. K. Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. L. G. 4. Soon Sang.J.(2008). Senaraikan beberapa sumbangan tokoh-tokoh matematik Yunani. Pengajaran matematik KBSR. (1997) .: Fajar Bakti Sdn Bhd.Matematik KBSR dan strategi pengajaran. Nyatakan dan jelaskan tiga daripada makna-makna matematik tersebut. Eropah. Matematik adalah satu cabang ilmu dengan pelbagai makna. 5.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Tugasan Jawab semua soalan berikut 1.

New York: Allyn and Bacon. G. 4th ed. M.E.Suydam.. M. R.htm Peringatan : Simpan bahan nota dan bahan bercetak di dalam portfolio anda. Values in Mathematics Education: Making Values Teaching Explicit in the mathematics Classroom http://www.org/publications/sfaa/online/chap2.L.N. Rujukan Lain: National Council of Teachers Mathematics (1991). T. Profesional standards for teaching mathematics.(1995) Helping Children learn mathematics.Press.htm The Nature of Mathematics http://www. (1945).& Lindquist. Virginia: Author Buzan. Reston.au/99pap/bis99188. SELAMAT BELAJAR 27 .M. (2005). Friedman. (2005).MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Reys.edu. London: HarperCollins Pub. NCTM.aare. Mind Maps. New Jersey: Princeton Univ. T.project2061. How to Solve it. The World is Flat New York: Penguin Books Polya.

2.2 Hasil Pembelajaran 1.4 Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia Cuba anda renungkan soalan berikut : Apakah faktor yang mempengaruhi reformasi kurikulum matematik di Malaysia pada tempoh lima dekad kebelakangan ini? 1 .1 Sinopsis Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan anda tentang perubahan kurikulum matematik di sekolah. Ianya akan meninjau sejarah dan perubahan kurikulum-kurikulum di Malaysia sekitar tahun 1950 sehingga tahun 2000. Memperakui bahawa kurikulum matematik sentiasa berubah dan boleh mengenalpasti isu-isu semasa yang akan mempengaruhi perkembangan kurikulum masa depan.3 Kerangka Konsep Perkembangan Kurikulum Matematik Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia Pengaruh Perubahan Kurikulum Matematik Luaran(Negara Luar) terhadap Kurikulum Matematik di Malaysia Dasar dan Program bagi Kemajuan Matematik Kanak-Kanak 2. Mengenalpasti pelbagai isu yang mempengaruhi perubahan kurikulum. 2. 2. Memperihalkan tempoh perkembangan utama kurikulum matematik di Malaysia 3.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Tajuk 2 Perkembangan Pendidikan Matematik di Malaysia 2.

Hanya terdapat sedikit perubahan kandungan matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini. Bahan-bahan pengajaran-pembelajaran direka cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara. pendekatan tradisi digantikan dengan kaedah semasa. Aritmetik. geometri dan algebra diajar secara terpisah-pisah tanpa sebarang usaha ke arah kesepaduan. ◙◙ Laporan Razak (1956) Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956 selepas cadangan Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun. strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. ◙◙ Program Matematik Moden (1970) Program Matematik Moden diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah pada awal tahun 70an. Beberapa ahli American Peace Corps dilantik sebagai penasihat projek.Abu Hassan Ali. Tiga puluh buah sekolah sekitar Kuala Lumpur digunakan bagi tujuan ini. Tujuan utama program ini ialah memperkenalkan tajuk-tajuk moden di ketika itu seperti teori set. ◙◙ Laporan Projek Khas (1970) Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En. 2 . Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah menengah. Kaedah inkuiri-penemuan digalakkan. statistik dan vektor yang dipermudahkan. Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju. Walau bagaimanapun. Selain itu. Program ini telah diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan Matematik KBSR. terdapat hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu. Kajian rintis bagi Projek Khas ini dilancarkan pada 1970.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Pendidikan matematik awalan di Malaysia mementingkan kemahiran mengira mudah di sekolah rendah. Perbincangan berikut memperihalkan beberapa jawatankuasa utama yang telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia. Yayasan Asia membiayai projek ini. Perubahan besar hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas pada 1970.

kurikulum matematik telah mengalami perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik Moden. Aras I (Tahun 1 – Tahun 3) mementingkan penguasaan terhadap konsep-konsep asas penomboran serta pelaksanaan empat operasi asas matematik (+. Melaluinya. telah diterbitkan pada 1974 dan 1975.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Sukatan Matematik Moden dirancang oleh Panitia Kurikulum Matematik yang ditubuhkan pada 1969. kemahiran. transformasi geometri. peraturan serta amalan sosial masyarakat 3 . Aras II (Tahun 4 – Tahun 6) pula mementingkan aplikasi kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah matematik. Satu pertiga daripada Sukatan Matematik Moden mengandungi topik-topik baru seperti sistem pernomboran. topik-topik SMP telah diguna pakai bagi pendidikan matematik di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 kerana panitia berkenaan mendapati bahawa ianya lebih sesuai bagi tujuan peperiksaan Sukatan Matematik Pilihan C. sikap. Pada 1972. Strategi pengajaran-pembelajaran berpusatkan murid dan bahan manipulasi terus digalakkan. ÷ dan x). Sukatan pelajaran dibahagi kepada dua. kedua-dua sukatan menengah rendah dan menengah atas iaitu Sukatan Matematik Moden Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. -. Matematik Moden Tingkatan Empat dan Matematik Moden Tingkatan Lima. Perubahan utama ialah mengurangkan kandungan(content) matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid. Kurikulum ini bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk memperoleh pengetahuan. Perubahan kurikulum ini adalah sebahagian daripada reformasi Kurikulum Pendidikan Negara. Panitia berkenaan memilih sukatan SMG kerana ianya lebih sesuai bagi murid pelbagai kebolehan di sekolah menengah rendah. Aras I dan Aras II. Seterusnya. matriks dan statistik. telah disatukan pada 1978. ◙◙ Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983) KBSR dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979). Sukatan berkenaan dirancang selepas diadakan kajian terhadap kurikulum British School Mathematics Project (SMP) dan Scottish Mathematics Group (SMG). Dua buah buku teks. pemetaan.

Dengan ini. pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. menjadi Bersepadu Sekolah Rendah Senaraikan perubahan yang dilakukan terhadap Sukatan Matematik berkenaan ◙◙ Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994) Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1994. Semakan sukatan matematik pada tahun 1998 mempastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya. diharapkan pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. (Sukatan Matematik Sekolah Bagi setiap tajuk. Mereka perlu juga menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik. Tajuktajuknya ialah: 4 . Jawatankuasa yang berkenaan telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada embilan tajuk utama. sukatan matematik telah disemak semula. embil. Berasaskan pengetahuan matematik yang diperolehi. kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara hiraki.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik yang baik. Matlamat utama Pendidikan Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira. Matematik KBSR ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid. Ini dapat membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan embil dan menyumbang kepada pembentukan modal embil yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat dan Rendah: April 1993) ◙◙ Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998) Berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT (Teknologi Maklumat) seperti yang terdapat dalam cabaran visi 2020. Kurikulum Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1983) dirombak (1994). Perubahan yang dibuat adalah selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga mengalami perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1998.

6. Berikutan itu. Projek Imbuhan dijalankan untuk membela nasib kanak. Pecahan dan operasi asas. Ukuran panjang dan berat.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik 1. perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah. Perpuluhan dan operasi asas. 3. Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan menyelesaikan kelemahan yang terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Ruang 7. Di antaranya ialah Projek Imbuhan (Compensatory Project). 2. Purata 8. ◙◙ Projek Imbuhan (Compensatory Project) (1975-1980) Projek Imbuhan telah dilaksanakan selepas Perang Dunia yang kedua untuk menangani keadaan ketidakserataan dan ketidakadilan peluang pendidikan di antara golongan kaya dan miskin. ada beberapa projek lain yang telah dijalankan untuk meningkatkan kualiti pengajaran matematik di sekolah. Golongan kaya mendapat pendidikan yang sempurna manakala golongan miskin terus dipinggirkan untuk belajar. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. 4 dan enam rendah. Nombor bulat dan operasi asas. Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1. 4. Graf. Pada bulan Januari 2003. Wang 5. Akibat taraf sosio ekonomi yang berbeza wujudlah jurang yang ketara ini. seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Selain daripada perkembangan kurikulum matematik seperti yang telah dibincangkan. Peratus 9.kanak dari keluarga yang berpendapatan rendah. Projek InSPIRE (the Integrated System of Programmed Instruction for Rural Environment) dan projek Sekolah Bestari. 5 .

◙◙ Projek InSPIRE (1977) (Integrated System of Programmed Instruction for Rural Environment) Idea untuk menubuhkan Projek InSPIRE bermula dalam tahun 1977. Syarikat Swasta dari dalam atau luar negara dijemput untuk mengemukakan kertas cadangan bagi menjayakan flagship. Tun Dr Mahathir Mohamad.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Projek ini telah dilancarkan dan dilaksanakan dari tahun 1975 sehingga tahun 1980.sumber seperti bahan pembelajaran khas dan guru.flagship lain. Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program pemulihan dan pengayaan dalam KBSR. Projek ini menitikberatkan bidang pedagogi ( pendidikan pemulihan) dan elemen. projek ini telah disokong oleh sumber. Projek InSPIRE ini telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1983. Ini termasuklah pemberian subsidi makanan. Di samping itu.guru yang dilatih khusus menjalankan projek ini. Pelbagai set bahanbahan untuk aktiviti pemulihan dan pengayaan matematik telah dibina dan dihantar ke sekolah. Melalui projek ini. objektif kedua projek ini ialah membantu Pusat Perkembangan Kurikulum.sekolah rendah di luar bandar.kemudahan lain.sekolah yang kurang berkemampuan. Skema pembelajaran juga direkabentuk mengikut perkembangan kognitif murid-murid.elemen sosio-ekonomi dan politik.flagship ini Sekolah Bestari Malaysia merupakan satu institusi pendidikan yang telah direkabentuk semula secara menyeluruh dari segi pengajaran –pembelajaran dan pengurusan sekolah 6 . Bagi mempastikan kejayaan dan keberkesanan. bantuan kewangan dan kemudahan. peruntukan – peruntukan khas dalam bentuk bantuan telah dihulurkan kepada semua ibubapa dan pelajar sekolah rendah dan pra. Objektif utama projek ini ialah untuk mencari kaedah yang berkesan bagi menjalankan program pemulihan dan pengayaan matematik di sekolah. Perdana Menteri ketika itu telah melancarkan dokumen flagship Sekolah Bestari di Malaysia disamping dokumen berkaitan flagship. ◙◙ Projek Sekolah Bestari di Malaysia Salah satu daripada tujuh flagship dalam Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor) ialah penubuhan Sekolah Bestari di Malaysia. Pada bulan Julai 1997. Langkah ini diterajui oleh Universiti Sains Malaysia sebagai satu projek pendidikan.sekolah untuk diuji.

Kaedah pembelajaran Sekolah Bestari menggalakkan pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri .5 Pengaruh Perubahan dalam Kurikulum Matematik Negara Luar terhadap Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia. Kesemua elemen ini dititikberatkan supaya pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan dan cekap.negara Barat seperti Great Britain dan USA gusar dan rasa terancam ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi. Sehubungan itu berlakulah perubahan-perubahan utama khususnya dalam subjek matematik dan sains. Di sinilah bermulanya titik perlumbaan di antara America Syarikat dan Soviet Union. Projek rintis ini berakhir pada bulan Disember 2002. 7 . Bahasa Inggeris. banyak projek yang telah dilancarkan oleh negaranegara ini yang membawa perubahan dalam kurikulum matematik mereka. terarah kendiri dan mengikut kadar pembelajaran sendiri. Projek rintis Sekolah Bestari di Malaysia bermula dalam tahun 1998. dan juga bahan-bahan P&P. Dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah telah dipilih dalam projek ini manakala pelaksanaannya hanya bagi empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu. pentaksiran. Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia telah berlaku akibat dari pelaksanaan beberapa projek yang penting.ciri penting setiap projek itu dan impaknya terhadap kurikulum 2. Sekolah Bestari juga memberi tumpuan kepada aplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Kenalpasti ciri. Bahagian Teknologi Pendidikan. Ini ada kaitannya dengan kurikulum. Pelancaran Kapal Angkasa Lepas Sputnik 1 oleh Soviet Union dalam tahun 1957 telah memberi kesan mendalam kepada sejarah pendidikan matematik. Matematik dan Sains. Tumpuan utama dalam projek Sekolah Bestari ini ialah pelaksanaan proses pengajaran – pembelajarannya.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik dengan matlamat membantu pelajar menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Selain itu. Pakej courseware yang lengkap mengikut sukatan matematik bagi Sekolah Bestari di peringkat rendah dan menengah telah disiapkan dan sedia digunakan. Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia dipertanggungjawabkan untuk memantau penggunaan courseware ini di semua Sekolah Bestari. Akibatnya. pedagogi.

Selain daripada pengaruh. Oleh itu.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Perubahan dalam kurikulum matematik luar negara ini telah membawa pengaruh yang besar kepada kurikulum matematik di Malaysia.bahan konkrit.kaedah baru dalam P&P matematik di sekolah rendah telah diperkenalkan. dari konkrit kepada abstrak dan berasaskan pengalaman yang biasa kepada pengalaman yang luar biasa. Kerja projek ini melibatkan penggunaan matematik dalam mencari penyelesaikan masalah.sekolah rendah di Britain pada tahun 1964. kandungan sukatan matematik telah disusun mengikut hiraki iaitu dari yang mudah kepada yang lebih sukar.negara ini dalam bidang pendidikan. Ini disebabkan oleh hubungan Malaysia yang rapat dengan negara. Secara asasnya falsafah yang terkandung dalam projek ini boleh diterjemahkan seperti apa yang diperkatakan oleh Confucius: 8 . Scottish Mathematics Group (SMG). pembelajaran yang berkesan bagi pelajar. Di antara projek. Penemuan kaedah.kaedah ini adalah berpandukan kepada Teori Pembelajaran Piaget. Mengikut Piaget. satu organisasi swasta dengan bantuan dari Kementerian Pelajaran Britain. National Council of Teachers of Mathematics(NCTM-1989) juga mempengaruhi pembentukan kurikulum matematik di Malaysia sejak tahun 1990 melalui dokumen Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics yang telah dikeluarkan oleh NCTM. School Mathematics Project (SMP) dan School Mathematics Study Group (SMSG). ◙◙ Nuffield Mathemtics Project (NMP-1964) Projek ini telah dijalankan terhadap sekolah. objektif NMP ialah membimbing pelajar sekolah rendah belajar matematik melalui pengalaman yang konkrit. Aplikasi strategi pemusatan pelajar dan bahan serta kaedah inkuiri penemuan mesti diutamakan dalam proses P&P.pengaruh seperti yang telah disebut di atas. Dalam projek NMP ini kaedah. Selain itu. Pelajar belajar matematik melalui pelaksanaan kerja projek dalam kumpulan kecil. Pembiayaan NMP ditaja oleh Nuffield Foundation.pelajar yang berumur antara 6 hingga 12 tahun akan berlaku sekiranya ada interaksi dengan bahan.projek luar yang mempengaruhi kurikulum matematik Malaysia ialah Nuffield Mathematics Project (NMP).

Inequalities. 9 . Salah satu ciri utama dalam sukatan ini ialah mengaplikasikan tajuk. bahan SMP juga menjadi sumber rujukan yang penting untuk buku teks subjek Matematik Moden di Malaysia. Modular Mathematics. pendekatan tradisional dalam P&P telah digantikan dengan pendekatan yang lebih bersepadu.tajuk yang berbeza diajar secara bersepadu. Number Bases. Pendekatan ini membolehkan tajuk.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Saya dengar. seperti SMG. Kajian ini dilakukan untuk menimbangkan perubahan yang sewajarnya dalam pengajaran matematik berikutan pelancaran Sputnik 1 oleh Soviet Union dan seterusnya untuk menyediakan satu sukatan matematik yang lebih progresif di Great Britain. Projek ini telah mencapai objektifnya dan memberi impak kepada kurikulum matematik di Malaysia melalui Projek Khas yang telah dilancarkan dalam tahun 1970. Walaupun begitu. ◙◙ School Mathematics Project (SMP) Pada mulanya SMP hanyalah merupakan sebuah projek kajian yang telah dipengerusikan oleh Bryan Thwaites dari University of Southampton pada tahun 1961.tajuk ini dalam penyelesaian masalah seharian.buku ini telah dicetak di antara tahun 1965 dan 1969 dengan memperkenalkan tajuk–tajuk baru seperti Sets. Dalam projek ini. Oleh itu sukatan SMP ini diputuskan tidak sesuai untuk pelajar yang lemah dalam matematik. ◙◙ Scottish Mathematics Group (SMG) Pasukan SMG ini terdiri daripada sekumpulan ahli matematik Scotland yang telah menulis sesiri sembilan buah buku teks yang berjudul Modern Mathematics for Schools. saya ingat Saya buat. teori set diajar bersekali dengan tajuk algebra dan geometri. Transformation. tetapi dapatan menunjukkan kandungannya adalah terlalu akademik dan abstrak. saya lupa Saya lihat. Contohnya. Linear Programming dan Matrices. Buku teks SMP telah digunakan secara meluas di sekolah menengah di Great Britain. Buku. saya faham. Bahan SMG ini menjadi dokumen rujukan utama dalam Projek Matematik Moden untuk Sekolah Menengah Rendah Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1970. Number Systems.

Misi National Council of Teachers of Mathematics ialah menunjukkan visi dan memberi kepimpinan yang perlu supaya pelajar mendapat pendidikan matematik yang berkualiti tinggi (sekolah rendah. kolej dan universiti). Objektif utama projek ini ialah meningkatkan mutu sukatan matematik di sekolah rendah setanding dengan Russia. 10 . guru. teori set . NCTM memainkan peranan yang penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan matematik yang sempurna dan menyediakan peluang perkembangan profesional yang berterusan untuk setiap guru matematik. sekolah menengah. ◙◙ National Council of Teachers of Mathematic (NCTM) NCTM telah bermula pada tahun 1920 dengan tujuan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran matematik.guru. NCTM ialah satu pertubuhan non. asas nombo dan trigonometri. penggunaan bahasa matematik yang khusus untuk memahami sesuatu konsep matematik juga dititikberatkan. Kumpulan ini telah membina dan melaksanakan kurikulum matematik di sekolah rendah dan menengah di USA sehingga ia ditamatkan pada tahun 1977.idea yang berguna kepada para pendidik di Malaysia sebagai langkah meningkatkan mutu matematik pada masa itu. pakar psikologi and nazir sekolah. Tajuk–tajuk dalam Matematik termasuklah geometri. Hasil usaha kumpulan ini membawa perubahan dalam pendidikan matematik yang dikenali sebagai New Mathematics. projek ini juga membekalkan idea. New Mathematics menitikberatkan penjelasan struktur matematik dalam konsep yang abstrak seperti teori set dan asas nombor selain daripada asas10. Ahli kumpulan terdiri daripada ahli matematik. Ia ditubuhkan pada tahun 1958 dengan diterajui oleh Edward G. nombor negatif. Dalam proses pengajaran. Sebagai tambahan. SMSG banyak menjalankan aktiviti sebagai pendekatannya supaya pembelajaran lebih bermakna dan menarik.000 orang dan mempunyai lebih daripada 250 associates di Amerika Syarikat dan Kanada. Begle dan dibiayai oleh National Science Foundation .profit peringkat dunia yang terbesar dengan ahli seramai lebih daripada 100.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik ◙◙ School Mathematics Study Group (SMSG) Kumpulan SMSG terdiri dari ahli fikir akademik Amerika dengan fokus membawa perubahan dalam pendidikan matematik selaras dengan kemajuan yang telah ditunjukkan oleh Soviet Union dengan pelancaran Sputnik 1. Sama seperti SMG and SMP.

Kedua.prinsipal tersebut adalah perspektif asas yang perlu dirujuk oleh pendidik dalam membuat keputusan yang melibatkan pendidikan matematik di sekolah. pentaksiran dan teknologi. algebra. Kandungan dokumen Principles and Standards juga dapat dipraktikkan mengikut panduan yang disediakan secara online di laman web NCTM melalui E-Standards and Illuminations. Selain itu. Satu siri buku yang mengandungi 30 Navigations volumes dicetak supaya guru.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Pada bulan April 2000. Dokumen Principles and Standards menyediakan visi untuk semua guru dan pelajar iaitu untuk meningkatkan mutu pendidikan matematik akan datang. tahunan atau regional. Keempat. Prinsipal.guru K – 12. penaakulan dan bukti. Ia juga menyediakan standard-based kandungan internet content untuk guru. ukuran. NCTM menyediakan ruang dan peluang untuk peningkatan profesionalisme guru melalui persidangan/seminar kepimpinan. P&P. The Illuminations dibangunkan untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai standards NCTM dan menyediakan rancangan mengajar untuk guru dan aktiviti pembelajaran untuk pelajar. Pertama. 11 . Lima standard pertama berkait dengan isi kandungan matematik seperti nombor dan operasi. komunikasi dan perwakilan. perkaitan. Ketiga. Ada empat komponen utama dalam dokumen Pinciples and Standards for School Mathematics ini.isu seperti keadilan. kurikulum. geometri. iaitu satu garispanduan untuk kecemerlangan dalam pendidikan matematik pre-K – 12 yang boleh dicapai sekiranya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti matematik yang mencabar. analisis data dan kebarangkalian. Akademi Untuk Perkembangan Profesional telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan menyediakan pakej latihan selama dua atau lima hari untuk guru matematik. standard NCTM ini mengetengahkan satu set matlamat yang komprehensif untuk dicapai dalam pengajaran matematik.guru dapat mempraktikkan kandungan dokumen Principles and Standards for School Mathematics di dalam kelas mereka.prinsipal ini merangkumi isu. Lima standard kedua pula melibatkan proses penyelesaian masalah. prinsipal. Persatuan ini juga bertindak sebagai penyelaras kepada beberapa persidangan regional dan mesyuarat tahunan. NCTM membina dan mengedar pelbagai bahan sumber untuk membantu pengajaran guru. Standard-standard ini adalah kemahiran asas dan pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk berjaya dalam abad ke 21 ini. NCTM telah megeluarkan dokumen berjudul Principles and Standards for School Mathematics.

2. video dan lain. Penerbitan lain termasuklah monthly member newsletter.lain bahan. Setiap tahun dalam bulan April. persatuan ini menaja Acara Matematik Terbesar di dunia dan menerbitkan buku yang mengandungi aktiviti-aktiviti menarik untuk guru gunakan dalam kelas mereka. keperluan kehidupan masa depan perlu dijadikan amalan bilik darjah hari ini bagi kelangsungan kehidupan. MET juga menghargai guru.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Reflections ialah satu elemen penting dalam NCTM untuk perkembangan profesionalisme guru matematik. NCTM ialah satu pertubuhan profesional yang mendapat mandat dan kekuatannya dari ahli. the NCTM News Bulletin. NCTM dapat mempastikan dan menentukan guru. Pada tahun 1976 NCTM menubuhkan Mathematics Education Trust (MET) yang menyediakan dana untuk guru bagi meningkatkan P&P matematik. lebih 200 buah buku pendidikan. and the Journal for Research in Mathematics Education. Oleh itu. Selain itu. 12 . Mathematics Teaching in the Middle School. Melalui penilaian yang dibuat ke atas program matematik sekolah.guru permulaan telah cukup bersedia untuk menjalankan tugas mereka. NCTM menerbitkan empat jurnal profesional : Teaching Children Mathematics. Selain dari itu guru juga boleh mengambil bahagian dalam kritik untuk lesson-study. Dalam laman web Reflections ini dimasukkan video secara online supaya guru boleh membuat analisis dan perbincangan untuk menambahbaik kemahiran pengajaran mereka. the Mathematics Teacher. video kerja pelajar dalam kelas.6 Dasar dan Program bagi Kemajuan Matematik Kanak-Kanak Dasar pendidikan matematik kanak-kanak yang digubal perlu menjamin mereka menjadi warga dunia masa depan yang berjaya.ahlinya yang terdiri daripada guru-guru matematik sekolah .guru matematik dengan pemberian annual Lifetime Achievement Award for Distinguished Service to Mathematics Education. tugasan dan seterusnya membuat analisa profesional mengenai perbincangan guru. pensyarah universiti dalam bidang pendidikan dan juga institusi pendidikan seperti perpustakaan kolej dan sekolah. NCTM juga bekerjasama dengan National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE) yang memberi kuasa kepada NCTM untuk menilai program latihan guru matematik.

Ekonomi zaman berkenaan rata-rata berskala kecil. Oleh itu. program pendidikan matematik perlu selari dengan teori pembelajaran berasaskan otak dan juga penggunaan TMK dalam amalan bilik darjah. Mereka telah mula menjadi masyarakat pengguna. Ini berlaku kerana perubahan gaya hidup. Selaras dengan itu. 13 . Dunia masa depan juga memerlukan idea-idea baru yang menggalakkan pengurusan yang baik terhadap persekitarannya. Banyak kilang telah didirikan bagi tujuan tersebut. amalan bilik darjah hari ini perlu melatih kanak-kanak supaya berfikir secara kreatif dan inovatif.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Alaf baru memerlukan warga dunia yang inovatif dan kreatif selain daripada berpengetahuan. Ekonomi berskala besar perlu diamalkan bagi memenuhi permintaan yang pelbagai itu. Isipadu pengeluaran adalah untuk sara diri petani itu sendiri. Kurun ke 18 memerlukan petani-petani yang kuat bekerja sepanjang hari di bendang bagi penghasilan makanan ruji. Oleh itu.6. 2. Pelbagai jenis permintaan mula menjadi amalan masyarakat berkenaan. 2006). sebarang program pendidikan matematik kanak-kanak di Malaysia perlu sejajar dengan keperluan sezaman. Masyarakat pada zaman berkenaan terdiri daripada petani. kurun berkenaan dipanggil Zaman Pertanian. Masyarakat pada kurun berkenaan tidak lagi berupa masyarakat sara diri.1 Kerangka Konsep (a) Menggalakkan Kreativiti Zaman berubah dan setiap zaman mempunyai keperluan yang tersendiri dan berbeza (Pink. Pengeluaran barangan secara banyak mula berkembang pada kurun ke 19. Oleh itu.

nombor. Zaman Maklumat menggalakkan pencanaian otak kiri. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) mencetuskan Zaman Maklumat pada kurun ke 20. Alat serta teknik pembelajaran yang didedahkan pada pelajar masih lagi dilihat sebagai alat hafalan. Seterusnya. logik. Walaupun zaman telah berubah. Menurut Pink (2006). Fokus proses pengajaran-pembelajaran masih lagi terhadap usaha menambahkan pengetahuan pelajar. Menurut Pink (2006). Kurun ke 19 itu dikenali sebagai Zaman Industri. Seorang pekerja kilang perlu mempunyai daya tahan untuk membuat kerja-kerja rutin dengan bantuan mesin sepanjang lapan jam sehari. Kekuatan fizikal tidak lagi menjadi keutamaan pada pekerja kilang. Pusat-pusat pengajian tinggi didirikan dengan banyaknya untuk menampung keperluan itu. Kurun ke 21 sudah tentunya mempunyai keperluan yang tersendiri Ramai daripada ahli masyarakat telahpun mempunyai pengetahuan yang banyak dalam pelbagai bidang. 2005) Zaman terus berubah. Ini berlaku kerana masyarakat kurun ke 21 sentiasa menghendaki idea serta ciptaan baru bagi kelangsungan 14 . tetapi strategi pengajaran-pembelajaran Zaman Maklumat masih lagi diamalkan dalam kebanyakan bilik darjah. Kurikulum pendidikan berperanan memenuhi kehendak sezaman. Oleh itu matlamat pendidikan kurun ke 20 ialah kemenjadian saraf otak hemisfera kiri terhadap kegiatan sehala (linearity) yang melibatkan perkataan. Inovasi dan kreativiti diperlukan selain daripada pengetahuan yang mendalam bagi sesuatu bidang. Kemudahan komputer memudahkan penyimpanan serta pencampaian maklumat. Kurun ke 20 memerlukan tenaga kerja yang mempunyai banyak pengetahuan. Mereka memerlukan nilai tambah yang membezakan diri masing-masing daripada masyarakat kebanyakan.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Pekerjaan di kilang berbeza sifatnya daripada di bendang. Ini berlaku kerana pada hemisfera otak itulah pengetahuan ataupun maklumat disimpan untuk diingatkan semula apabila diperlukan. Kos kewangan yang rendah terhadap pemilikan maklumat menggalakan orang ramai berebut-rebut untuk memiliki maklumat sebanyak yang mungkin. sekuen dan analisis (Buzan. kurun ke 21 ialah Zaman Konseptual. Proses pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah masih lagi ingin memenuhi keperluan Zaman Maklumat. Pencarian pekerjaan mula menjadi sukar walaupun di kalangan siswazah universiti.

Selain itu. (b) Mengamalkan Pembelajaran Holistik Kegiatan pembelajaran mesti menghasilkan kesedaran holistik ataupun gestalt sebagai hasil pembelajaran terhadap perspektif yang berbeza (Buzan. Suatu model pembelajaran yang holistik seharusnya mempunyai nilai-nilai kognitif dan afektif. Konsep sebegini diguna pakai bagi tujuan inovasi ini supaya ianya boleh dirasai oleh setiap pelajar pada setiap masa di dalam bilik darjah. Oleh itu. Ianya juga perlu bersesuaian dengan keperluan sezaman. Bagi mencapai matlamat pendidikan. penggunaan TMK dalam pembelajaran. Oleh itu. iaitu. 2005). Pendidikan Zaman Konseptual perlukan inovasi dan kreativiti sebagai matlamatnya (Pink. Pemikiran yang holistik perlu dizahirkan secara jelas dan empirikal pada pengajaran-pembelajaran bilik darjah. model pembelajaran berkenaan harus berpusatkan murid. Pelbagai definisi diberikan terhadap konsep holistik. Model 3P 15 . konsep sebegini membolehkan holistik itu bersifat kontekstual. konsep holistik yang diguna pakai perlu berlaku pada pengajaran-pembelajaran harian dalam bilik darjah. model pengajaran-pembelajaran ‘mudah amal’ perlu digunakan. Inovasi dan kreativiti ialah hasilan daripada pemikiran yang holistik.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik kehidupan mereka. holistik merangkumi kurikulum dan juga ko-kurikulum serta kegiatan di dalam dan di luar bilik darjah. Model pembelajaran yang diguna pakai mesti melibatkan kemahiran generik sezaman. 2006). Dari perspektif yang luas. Selain itu. Model pembelajaran sedemikian ditunjukkan pada rajah berikut. Oleh itu. sebuah model pembelajaran holistik menjadi keperluan yang asasi bagi pendidikan kurun ke 21. Amalan empirisme ini perlu bagi kemenjadian seorang murid yang inovatif dan kreatif. Zaman Konseptual memerlukan golongan karyawan yang inovatif dan kreatif.

Idea matematik selalunya disampaikan oleh guru dengan menggunakan banyak contoh melalui latihtubi. 18. Lebih banyak perspektif ataupun gambaran yang dibincangkan dalam kelas.... . maka lebih banyak peluang untuk murid memahami dan menambah idea serta pengalaman matematik mereka. Pola takrifan selalunya menjadi fokus pada pengajaran-pembelajaran sifir darab.. Mutu pembelajaran matematik boleh ditingkatkan melalui kepelbagaian gambaran yang diperolehi dalam bilik darjah. selalunya hanya terdapat satu perspektif ataupun gambaran yang khusus pada contoh yang banyak itu.  1 x 9 = 09  2 x 9 = 18  3 x 9 = 27  4 x 9 = 36  5 x 9 = 45  6 x 9 = 54  7 x 9 = 63  8 x 9 = 72  9 x 9 = 81  10 x 9 = 90 Contoh 1: Sifir 9 Pola matematik yang mentakrifkan Sifir 9 ialah gandaan 9: 9. 36....MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik P1: Proses Big Picture Thinking Pendidikan matematik bererti boleh memahami sebanyak-banyaknya tentang sesuatu idea yang abstrak. Walaupun guru memberikan banyak contoh. Perbincangan berikut menunjukkan pelbagai pola matematik pada Sifir 9. Pelbagai gambaran matematik boleh diperhatikan oleh murid melalui pencerapan pola matematik. 27. Murid akan hanya memperoleh idea ataupun pengalaman matematik yang menjadi pilihan gurunya itu. Kepelbagaian gambaran boleh diadakan dalam bilik darjah. 16 . Kefahaman terhadap Sifir 9 boleh dikembangkan jika pengajaran-pembelajaran tentang fakta asas ini dikukuhkan dengan kepelbagaian pola seperti pada Contoh 2.

kegiatan yang inovatif dan kreatif pada proses Big Picture Thinking boleh dirancang dan dilaksanakan pada pendidikan matematik sekolah rendah. 17 . Pembelajaran pada aras tinggi boleh berlaku secara tersendiri. Ini menunjukkan bahawa proses P1 ini mempunyai nilai kognitif yang tinggi. Taksonomi bentuk baru ini tidak bersifat hiraki.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Selain daripada empat pola pada Contoh 2. Proses ini menggalakkan pembelajaran pada aras tertinggi Taksonomi Bloom yang diubahsuai. Ini ditunjukkan pada Contoh 3. terdapat juga pola lain yang boleh dicerap oleh murid daripada Sifir 9.           1 x 9 = 09 2 x 9 = 18 3 x 9 = 27 4 x 9 = 36 5 x 9 = 45 tambah 6 x 9 = 54 7 x 9 = 63 8 x 9 = 72 9 x 9 = 81 10 x 9 = 90 0+9 = 9 1+8 = 9 2+7 = 9 3+6 = 9 4+5 = 9 5+4 = 9 6+3 = 9 7+2 = 9 8+1 = 9 9+0 = 9 hasil berjumlah 9 Contoh 3: Satu Lagi Pola pada Sifir 9 Proses Big Picture Thinking melibatkan keseluruhan pemikiran kognitif murid. Oleh itu.

Selain itu. proses pembelajaran Big Picture Thinking ini boleh menghasilkan Deep Learning.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Bloom (kata nama) • Penilaian • Sintesis • Analisis • Aplikasi • Kefahaman • Pengetahuan Bloom (kata perbuatan) • Binakan • Nilaikan • Cerakinkan • Gunakan • Fahamkan • Ingatkan Taxonomi Bloom Diubahsuai Proses pembelajaran Big Picture Thinking lebih berfokus kepada kepelbagaian pada satusatu masa. Big Picture Thinking menggalakkan pembentukan gambaran kesedaran holistik bagi sesuatu konsep matematik yang abstrak pada sesuatu konteks yang benar. Ia juga bersifat kontekstual. Kegiatan pembelajaran yang dilaksanakan lebih berfokus terhadap usaha mencanai (synthesizing the big picture) daripada cerakinan (analyzing the details). Ini dilaksanakan melalui enjin pencarian seperti Google Search. Deep Learning P2: Proses In-forming Proses pembelajaran ini menggalakkan pencarian maklumat melalui laman-laman sesawang. Proses pembelajaran In-forming ini bersifat mendatar. 18 . Pembelajaran jenis ini dibincangkan seperti berikut menggunakan Taxonomi SOLO pada rajah berikut.

Matematik ethno ialah tindihan antara tiga konsep. (c) Menghargai Matematik Ethno Empathizing juga boleh dilaksanakan melalui amalan matematik ethno dalam pengajaranpembelajaran matematik. Matematik Ethno 19 . theory dan theorizing.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Banyak maklumat yang boleh diperolehi melalui proses ini. Nilai-nilai berkenaan ialah Rationalisme. Kefahaman mendalam tentang maklumat yang dicapai melalui internet itu boleh dilaksanakan melalui proses Big Picture Thinking. P3: Proses Emphatizing Nilai afektif diperoleh melalui proses Emphatizing. berbeza persekitaran dan juga berbeza status sosioekonomi. pemikiran logik dan berhujah. model matematik dan amalan setempat. P2 dan P1 saling melengkapi. Namun begitu. Perbezaan berlaku kerana berbeza kelompok kecil murid. proses ini hanya berupaya menghasilkan Superficial Learning. Matematik ethno ialah matematik amalan setempat. Kemajuan berlaku jika murid mengemukakan pendapat alternatif serta menyoal pendapat semasa. Konsep matematik ethno ini ditunjukkan pada rajah berikut. Keterbukaan ialah nilai pendemokrasian pengetahuan. Superficial Learning boleh menggalakkan Deep Learning. matematik. Walau bagaimanapun. berbeza kedudukan geografi. Menurut Bishop (1988). Oleh itu. Ini menggalakkan inovasi dan kreativiti peribadi di kalangan murid. Rationalisme merangkumi penaakulan. terdapat tiga nilai afektif pada pendidikan matematik. Kemajuan dan Keterbukaan. Amalan sedemikian boleh berbeza-beza.

Ia dikatakan meningkatkan ingatan. Oleh itu.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Amalan matematik ethno boleh dilihat pada kaedah menulis alternatif (alternative written method ) yang diamalkan di sekolah rendah tertentu sahaja. daya berfikir dan kecepatan berfikir. Asas Kaedah Mokhdar ialah sebutan terhadap nombor-nombor. Satu contoh kaedah berkenaan ditunjukkan di bawah ini. amalan matematik ethno berupaya menimbulkan kepekaan (emphatizing) terhadap matematik di kalangan murid yang berkenaan. (d) Program Pendidikan Matematik Di Sekolah Rendah Kaedah Mokhdar bermula pada 1989. Pelaziman terhadap sebutan-sebutan berkenaan mempermudahkan ingatan terhadap fakta-fakta asas dalam matematik. Ia suatu bukti empirikal tentang berlakunya pemikiran murid yang inovatif dan kreatif. Cara mengira alternatif sebagai amalan emphatizing 1 2 1 2  4  3 =? 6 3 4 i) 2 1 2 1 1 2 1 4 3 = 2 + 4 + 3 +   6 3 4 6 3 4 ii) 2 + 4 + 3 = 9 iii) 1 2 1 283   = 6 3 4 12 = 13 12 1 12 1 12 =1 =1+ iv) 9 + 1 + 1 1 = 10 12 12 Kaedah ini menunjukkan kepelbagaian pada proses pemikiran murid. 20 . Kaedah menulis alternatif ini menunjukkan murid mempunyai kaedah penaakulan yang tersendiri.

perisian matematik tersebut juga berupaya untuk menunjukkan proses terhadap konsep secara dinamik. fakta asas matematik iaitu jadual asas bagi darab dan tambah. (e) Program Pendidikan Matematik Di Sekolah Menengah Algebra menguasai pendidikan matematik di sekolah menengah. memproses dan mengakses maklumat di dalam minda untuk menghasilkan kemampuan minda yang optimum. yang dibudayakan dengan Mokhdar advance dalam masa enam hingga tujuh hari (dalam masa tersebut. kecekapan menyimpan maklumat sifir asas (sifar hingga sembilan) dan seterusnya kecekapan memproses dan mengakses maklumat tersebut di dalam minda menyebabkan sifir seperti 68x62 boleh dicongak olah anak sekecil tujuh atau lapan tahun menggunakan masa sepuluh malah dua puluh kali lebih cepat daripada menggunakan kalkulator. Terdapat antara 20% ke 30% peserta berusia antara enam hingga tujuh tahun. Perisian-perisian matematik sebegini mengimbangkan simbol abstrak pada algebra dengan gambaran geometri.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Kaedah ini dikatakan boleh meningkatkan kuasa otak dalam menyimpan. peserta mampu memahami dan menyelesaikan dengan pantas masalah fact and figure di dalam subjek pecahan dan sebagainya. alat tulis. bagi semua perkara yang berbentuk. Penggunaan TMK dalam bilik darjah boleh memberi ruang masa dan kemudahan pelaksanaan strategi ini. Setelah mengikuti program susulan selama enam atau tujuh hari berikutnya. alat bantuan mengira atau sebagainya. Selain memberikan gambaran terhadap konsep-konsep algebra. Tall (2009) mengatakan bahawa kefahaman terhadap konsep matematik diperkukuhkan melalui kefahaman terhadap proses yang membawa kepada pentakrifan konsep berkenaan. penguasaan terhadap pengetahuan konseptual diabaikan pada pendidikan tersebut. juga menggunakan Mokhdar). dimantapkan ke dalam minda peserta. Penggunaan perisian matematik seperti Geometrical Sketchpad (GSP) dan GeoGebra memudahkan pelaksanaan strategi berkenaan. Keseimbangan antara pengetahuan konsep dengan pengetahuan prosedur adalah antara lima strategi KBSM. bersifat atau mempunyai sifat-sifat angka dan simbol. Oleh itu. Kesan daripada penggunaan kaedah ini boleh dilihat serta-merta dalam banyak kes. Sebagai contoh. Konsep-konsep matematik yang dicerap melalui sesuatu proses 21 . Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa tumpuan terhadap bidang ini tidak menggalakkan perkembangan pemikiran matematik yang lebih menyeluruh. Algebra menyebabkan tumpuan terhadap pengetahuan prosedur berlaku pada pendidikan matematik di sekolah menengah.

2009). Jelaskan bagaimana aktiviti Big Picture Thinking menggalakkan kreativiti dalam bilik darjah bagi mata pelajaran matematik. 22 . Tugasan Jawab semua soalan berikut 1. Huraikan deep learning pada pendidikan matematik sekolah rendah. 2. Jelaskan Kaedah Mokhdar daripada perspektif teori pembelajaran berasaskan otak. 2009). Jelaskan bagaimana penggunaan perisian matematik seperti GSP boleh mempermudahkan pembelajaran terhadap procepts matematik (Tall. 4. Pembelajaran terhadap procept mudah dilaksana menggunakan perisian matematik seperti GSP dan GeoGebra. Jelaskan bagaimana penggunaan perisian komputer seperti GSP dan GeoGebra boleh menggalakkan kreativiti pada Matematik KBSM.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik disebut sebagai procept (Tall. 3. 5.

T. Integrated curriculum for secondary schools: curriculum specifications mathematics form 1. NCTM. et al. Mok.: Fajar Bakti Sdn Bhd. London: HarperCollins Pub. Ministry of Education (2004-2006). Soon Sang. Pengajaran matematik KBSR. Selangor D. (2005). The World is Flat New York: Penguin Books Pink. Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik.L. H. Ministry of Education Malaysia (1997). The Malaysian Smart School: Implementation Plant. Profesional standards for teaching mathematics. Friedman.(1995).(2001). (2006). Mathematics for elementary teachers. Ministry of Education Malaysia (1997). L. T. (1997) . Pacific Grove CA: Brooks /Cole Thomson Learning Rujukan Lain: National Council of Teachers Mathematics (1991). The Malaysian Smart School: A Conceptual Blue print.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik RUJUKAN Rujukan Utama: Gates. (2006). Musser. Mind Maps. Siew Hua. 7th ed. D. (2005).E. 23 . Smith. Virginia: Author Buzan. K. Reston.. USA : John Wiley Nik Azis Nik Pa. New York: Riverhead Books. KL: Universiti Malaya. The nature of mathematics. G.year 5. (2001). P.(2008). A Whole New Mind. Ed ke 2.form 5. Integrated curriculum for primary schools: curriculum specifications mathematics year 1. London: Taylor & Francis Group Ministry of Education (2002-2006). Issues in mathematics teaching.Matemaatik KBSR dan strategi pengajaran.J. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Seow. 9th ed.

math.ppk.nctm.uiuc.edu.math.html http://www-groups.geom. Perkembangan Matematik Malaysia: http://www.au/PDFWorD/Info/IL/.edu/~demo5337/Group3/hist.wichita.uiuc.ac.net/kb/dedind. G.kpm.socialresearchmethods.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Polya.htm http://www.moe.org http://www.history/Mathematician/Biogindex.pdf http:physics.au/99pap/bis99188. (1945).nsc.historyforkids. http://secure.dcsst-and.geocities.gov/Genint/Time/time.html http://www.php http://www.html#hindu-arabic http://www. Values in Mathematics Education: Making Values Teaching Explicit in the mathematics Classroom http://www.org/learn/economy/money. How to Solve it.localdns.html Laman Web: 1.mintmark.my/bahan.th/moe.edu/projects/2/Wood/frame.com/moneyhistory.Press.htm/ http://www. SELAMAT BELAJAR 24 .htm Peringatan : Simpan bahan nota dan bahan bercetak di dalam portfolio anda.net/totalweblite/upload/754/Kaedah%20Mokhdar%20untuk% 20semu a.nist.go.htm http://www.com/mathfair2002/school/arit/arithm1.gov sg http://www.gov.htmn http://www. New Jersey: Princeton Univ.aare.htm 3.uk/.html http://www.historyforkids. Pendidikan Matematik http:/www.htm 4. The Development of Ancient Numeration Systems: http://mtl.edu/history/topics/num-sys.htm 2 .org/learn/greeks/science/math/pythagoras.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful