P. 1
cara-cara menarik kemasukan pelancong asing

cara-cara menarik kemasukan pelancong asing

5.0

|Views: 5,187|Likes:
Published by lim chun lan

More info:

Published by: lim chun lan on Apr 05, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

pdf

text

original

Susan, DT44,Durian Tunggal, 76100,Melaka,Malaysia.

1 April 2009

Menemui sahabatku Emily yg kini berada di Tokyo,Jepun.Semoga saudari berada dlm keadaan sihat walifiat.Saya dan rakan-rakan di sini sihat belaka.Surat saudari sudah saya terima tempoh hari yg lalu.Saya ingin meminta maaf kerana lambat membalas surat saudari.Hal ini disebabkan saya terpaksa menyiapkan projek sekolah dlm tempoh yg ditetapkan.Saya berasa gembira saudari masih mengambil berat tentang perkembangan yg berlaku di negara kita walaupun saudari sudah melanjutkan pelajaran di Tokyo selama 2 tahun.Utk pengetahuan saudari,saya akan menerangkan soalann yg dekemukakan pd surat yg lalu tentang cara-cara kerajaan & masyarakat di negara kita menarik kemasukan pelancong asing. Saudari, Pihak berkenaan juga giat mempromosikan negara kita ke negara asing .Mereka menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat- tempat baru yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan, sarna ada menerusi media cetak seperti buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan mewujudkan halaman pelancongan dalam internet juga merupakan cara baik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, mereka tentu akan datang melawat negara kita. Di samping itu,pihak kerajaan membangunkan dan membaiki memkemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara inginkan keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalniya, ramai pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri. Saudari, Pemuliharaan bangunan dan monumen di Malaysia harus diberi penekanan di dalam sistem pendidikan negara. Dari segi definisinya, pemuliharaan bangunan dan monumen bererti memelihara dan membaiki harta dan warisan lama yang mempunyai nilai-nilai seni bina dan sejarah melalui kerja-kerja penyenggaraan dan pembaharuan. Proses ini bertujuan untuk melanjutkan usia atau keadaan sesebuah bangunan lama, monumen atau sebarang harta warisan negara. Subjek-subjek pemuliharaan bangunan dan monumen patut diajar di sekolah-sekolah rendah, menengah dan di institusi pengajian tinggi untuk menanamkan semangat cintakan warisan dan khazanah negara kepada generasi muda.

Kesungguhan kerajaan untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia ,TMM 2007 ini adalah bertepatan sekali kerana program tersebut dijangka akan menghasilkan pendapatan sehingga mencecah RM44 bilion. Ini kerana jumlah ketibaan pelancong untuk tahun depan dijangka akan mencatatkan pertumbuhan yang ketara ekoran tindakan agresif kerajaan mempromosikan TMM 2007. TMM yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada 1990 dan kedua pada 1994, mencatatkan kejayaan membanggakan serta mencapai sasaran penganjurannya yang bertujuan mempromosikan negara sebagai salah satu destinasi pelancongan terkemuka dunia. “The Eyes of Malaysia” merupakan feri beroda yang paling ringan di dunia dan yang pertama seperti itu di Asia Tenggara juga diperkenalkam bersempena dengan TMM. Saudari, Malaysia misalnya mempunyai khazanah hutan yang tertua di dunia, maka perkembangan ini tentunya menggalakkan industri pelancongan yang kini menjadi sumber pendapatan negara. Para pelancong asing akan datang melawat negara kita semata-mata untuk melihat keindahan hutan semula jadi yang berpotensi sebagai pusat pelancongan yang boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan. Selain dapat menyelami Hutan Hujan Tropika, para pelancong juga boleh menikmati keindahan hutan pantai dan hutan gunung di Malaysia, seperti Pantai Desaru, Taman Negara Bako, dan Gunung Kinabalu. Justeru itu, semua pihak haruslah berusaha dengan lebih agresif lagi untuk mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancong. Setidak-tidaknya pun, biarlah ketibaan mereka kita sambut dengan senyuman supaya masa yang bakal mereka habiskan di negeri ini menjadi antara kenangan paling indah yang akan mereka bawa pulang ke negara mereka. Baiklah setakat di sini saja yang boleh saya ceritakan kepada saudari. Saya dan rakan-rakan sini akan sentiasa berdoa agar saudari dapat Berjaya dalam pelajaran dan pulang suatu hari nanti. Semoga bertemu kembali dalam warkah yang akan dating. Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

lcl

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->