Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor

SERAPAN IDEOLOGI DAN PEMIKIRAN ASING : PENGARUH DAN KESANNYA TERHADAP MASYARAKAT ISLAM 1. PENDAHULUAN Serapan ideologi asing ke dalam masyarakat Islam di negara ini sudah lama melanda dan penularannya berlaku secara halus sehingga tidak disedari oleh umat Islam. Sama ada sedar atau tidak, pemikiran masyarakat Islam masa kini telah berubah kepada pemikiran asing dan kalau tidak dibenteras melalui pelbagai kaedah ianya boleh menjejaskan akidah umat Islam itu sendiri. Tulisan ini akan membincangkan tentang takrif ideologi, konsep ideologi, sejarah kemunculan penyebaran ideologi dan kesan terhadap masyarakat Islam. 2. TAKRIF Jika diteliti dalam beberapa kamus popular masa kini, takrif ideologi dapat diberikan kepada beberapa pengertian. Antaranya, ideologi ditakrifkan sebagai visi yang bersifat komprehensif. Ideologi juga bermaksud menawarkan perubahan melalui proses

pemikiran normatif. Jika dilihat takrif ideologi dalam bentuk yang lebih luas, ianya bermaksud suatu sistem pemikiran abstrak (tidak hanya sekadar pembentukan idea) yang diterapkan pada masalah umum sehingga mampu membuat konsep. Contoh, ideologi dalam politik.1 Pemikiran asing yang dimaksudkan dalam artikel ini ialah apa-apa fahaman, falsafah, prinsip, kepercayaan dan adicita yang bersumberkan pemikiran barat adalah termasuk dalam takrif ini. 3. KONSEP IDEOLOGI DALAM PEMIKIRAN BARAT Fahaman humanisme adalah suatu ideologi yang membawa manusia kepada penolakan agama atau berpaling daripada konsep theologi (ketuhanan). Ideologi ini lebih kepada budaya penganutnya mementingkan diri sendiri. Kefahaman ini telah menjadi pegangan masyarakat Barat yang akhirnya melahirkan berbagai-bagai isme seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme dan sebagainya. Fahaman ini kini menular ke dalam masyarakat Islam melalui pelbagai saluran. Kesannya umat Islam terpisah daripada agama dan intima’ bangsa.2

1
2

http://id.wikipedia.org/wiki/Ideologi Rusydi Alias & Nor Saleha Mohd. Salleh, (2010) Pemikiran al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Dua Agenda. Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna dalam Melakar Agenda Bangsa di UNITEN, Bandar Baru Bangi, pada 30 Jan 2010, anjuran Ikatan Muslimin Malaysia, halaman 1.

1

2005. ubahsuai) liberalisme pobialisme pragmatisme demokrasi kapitalisme HUMANISME pluralisasi sosialisme globalisasi sekularisme saintisme 2 . Secara ringkasnya. Harun Yahya. Jadual 1 : Rangkaian Ideologi Humanisme (Taha & Anis Malik.Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor Fahaman humanisme juga dikenali sebagai fahaman materialisme kini telah berjaya menguasai sebahagian besar kelompok sosial dengan pelbagai jenama. Al-Rawi & Fuad Muhsin. 2009. 2009. fahaman humanisme dapat digambarkan pada Jadual 1 di bawah.

Plato dan Aristoteles. Ia mula berkembang pada zaman Renaissance pada abad ke-15 dan 16 Masihi (Abdul Hadi. 2009) Doktrin pemikiran humanisme seringkali meletakkan konsep matlamat menghalalkan cara. menafikan hak ciptaan Allah. 2005) b) Materialisme. Sistem ini mengasingkan penguasaan sultan / raja 3 . tetapi sebenarnya fahaman dan ideologi itu mempunyai persamaan iaitu bertentangan dengan ajaran Islam. 2009). Penolakan yang amat ekstrim terhadap agama membawa Eropah kepada kecintaan yang tidak terhingga terhadap diri sendiri.Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor Jika diteliti pada Jadual 1. kerajaan dan ritual agama hanya timbul setelah berlaku pertembungan dalam kehendak-kehendak tersebut. Humanisme merupakan satu agenda yang memusatkan kepada nilai manusia dalam membuat keputusan. Sementara itu. pragmatisme. dalam konteks kenegaraan. a) Humanisme berasal dari Eropah. mengatakan humanisme merupakan satu ancaman ke atas agama Islam. Bagi mencapai maksud tersebut. Demikian juga dalam konsep kebebasan hidup. Fahaman ini bukanlah satu fahaman yang baru muncul tetapi ia berasal daripada doktrin Kabbalah. Semuanya lahir daripara revolusi tindakan kejam gereja dan golongan bangsawan terhadap para ilmuwan dan rakyat jelata di zaman Feudal Eropah. terdapat beberapa pemikiran yang berkembang luas dalam masyarakat Barat. Sementara itu. Di bawah ini akan dijelaskan beberapa ideologi yang terkenal masa kini. apa sahaja boleh dilakukan demi mencapai matlamat walaupun terpaksa melanggar peraturan dan hukum Allah. Fahaman ini telah muncul lebih awal daripada falsafah Yunani yang dibawa oleh Socrates. mereka bergerak atas nama globalisasi. Harun Yahya dalam bukunya Ancaman Global Freemasonary. (Abdul Hadi. (Taha. Dasar demokrasi adalah lebih kepada sistem pemerintahan sesebuah negara. Jika dilihat dari aspek istilah nampak berbeza. Tetapi dengan adanya kemajuan teknologi. Antaranya bentuk pemikiran yang berlandaskan akal manusia dan logik. liberalisme dan globalisasi semuanya lahir daripara kefahaman humanisme. c) Demokrasi pada asasnya lahir daripada sistem yang diguna pakai oleh golongan sosialis dan golongan kapitalis. iaitu hasil peninggalan fahaman Raja Mesir Kuno. Fahaman ini menolak agama. Kecintaan dan ketaksuban yang keterlaluan boleh membawa kepada bentuk penyembahan diri yang jelas bertentangan dengan konsep al-Qur`an dan Hadith Nabi. hendaklah diperjuangkan oleh semua pihak.

penagih dadah dibenarkan memiliki sejumlah dadah untuk dirinya sendiri. Nampak jauh berbeza dengan kapitalisme tetapi sebenarnya sama dari sudut penyembahan kepada kehendak manusia. f) Sekularisme. Contoh.Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor ke atas pentadbiran dan pengurusan negara. Melebihi had itu baru dikira salah. Globalisasi sebenarnya telah mencabul kedaulatan sesebuah 4 dalam melaksanakan sistem. d) Kapitalisme amat mementingkan keuntungan dan menafikan hak orang lain khususnya dalam aspek perniagaan. Demokrasi memperkenalkan Lembaga Perwakilan Rakyat (Parlimen) mencakupi legislatif (perundangan). amalan riba / interest berkonsepkan keuntungan dan penindasan terhadap golongan miskin secara tidak langsung. Anda boleh menagih dadah di mana-mana sahaja kerana itu kehendak mereka yang perlu dipenuhi. mendapat taujihat yang satu dalam tamadun yang satu (al-Rawi. Tetapi apa yang Barat lakukan untuk mengelakkan rakyatnya daripada dicemari oleh najis arak dan judi? Kehendak manusia mengatasi segala kebaikan dan maslahah. e) Komunisme mungkin dilihat lebih adil memberikan hak persamaan kepada semua manusia. Tidak menjadi kesalahan kerana ianya tidak lebih dari ’serve’ kehendak sebahagian anggota masyarakat (Taha. di Barat di dapati banyak kedai ‘adult shop’ di celahcelah deretan kedai lain tumbuh bagaikan cendawan dan ianya diterima oleh masyarakat dengan baik. Pada dasarnya persaingan dalam perniagaan adalah diharuskan. sosialisme dan pluralisasi mengakui bahawa arak dan judi bukan suatu yang baik untuk manusia. Di samping itu memberi keuntungan kepada orang kaya raya. Amalan riba dan sistem monopoli menjadi asas kapitalisme yang dilihat berat sebelah. fungsi pengawasan ke atas pentabdiran negeri di bawahnya dan fungsi pentadbiran yang bertanggung-jawab pentadbiran. konsep kapitalisme membawa jurang yang amat jauh dalam struktur masyarakat. cuma dengan cara yang berbeza. 2005). iaitu dengan menyamakan kehendak agar semua kehendak dipenuhi. Contoh. Seks bebas dianggap sebagai keinginan hawa nafsu manusia yang perlu dipenuhi. Namun. semua manusia berada dalam ruang alam yang satu. 2009). Kerajaan hanyalah mampu menyediakan tong sampah khas untuk picagari dadah agar tidak mengganggu orang lain yang tidak terlibat dengan dadah. Kerana itu. struktur dan organisasi . Arak dan judi juga merupakan kepala segala kejahatan. g) Globalisasi membawa maksud dunia tanpa sempadan.

jika dilihat ancaman ideologi ini di Malaysia. ia bertindak sebagai perlindungan terhadap undang-undang Islam itu sendiri. Konsep yang terkandung dalam globalisasi iaitu hegemoni atau kekuasaan.t. h) Hegemoni. proses globalisasi yang sedang rancak berjalan. sekular tidak boleh dihubung-kaitkan dengan Islam. termasuk jugalah agama. ( al-Attas 1978. Apabila kubu pertahanan ini lemah dan penduduk Islam bukan kelompok majoriti. Contoh. tanah air dan agamanya. (al-Jamil. Istilah-istilah sekularisme. didapati globalisasi berjaya melahirkan bangsa Melayu yang tiada identiti kemelayuan dan ketimurannya. Dalam konteks di Malaysia. Akibatnya mereka hilang jatidiri sebagai anak Melayu serta kurang berpegang teguh kepada agama. budaya. undang-undang. SEJARAH KEMUNCULAN DAN PENYEBARAN IDEOLOGI Di negara Barat. (Ugi Suharto. t. Dalam konsep ajaran Islam. Merupakan pencabulan terhadap nilai-nilai kemanusiaan yang dirancang oleh orentalis Barat. konsep sekularisme secara terang-terang memusuhi Islam. para paderi dan pengikutnya tidak membenarkan memiliki harta kekayaan tetapi peraturan ini tidak terpakai untuk gereja. globalisasi mengakibatkan masyarakat Islam hanyut tanpa batasan agama dan berakhlak mulia. i) Sekularisme merupakan konsep untuk memisahkan manusia dengan agama. Walau bagaimanapun. Justeru. malah menguasai aspek nilai. Suatu ketika dulu gereja memiliki harta yang banyak. 2007) 4. Hegemoni Barat bukan sahaja terletak kepada kekuatan tentera.) Sementara itu. sekularisasi. idea. agama tidak dapat dipisahkan daripada keseluruhan hidup dan kenegaraan. 5 . Bukan itu sahaja. (Harusani. lambat laun akan mencabar undang-undang setiap negara. etika.Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor negara dan bangsa baik dari segi bahasa. Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara. sudah tentu kedudukan Islam dan bangsa Melayu akan tergugat. (Ghazali 1998. Globalisasi juga menjadikan sesuatu bangsa itu seringkali tunduk kepada agenda dan kehendak orang lain. peradaban dan lain-lain. budaya. (Ghazali. al-Qaradawi 1977). Hegemoni bukan sahaja bermaksud kekuatan tentera tetapi juga merangkumi kekuatan ekonomi. agama. al-Jabiri 1997). Ia telah menular dengan hebat dan telah menjadi ritual dalam masyarakat masa kini. 1998). 2009). Dalam aspek yang lain. para penyebar ideologi telah melalui beberapa pengalaman perit dan sengsara kerana kehidupan mereka ditindas teruk oleh agama mereka sendiri.

Setelah penjajahan minda mula dikuasai. (Khurshid Ahmad 1979:6) Kesannya: 6 . Kesan ke atas negara Islam ialah berlakunya pemindahan ideologi yang negatif terhadap umat Islam. Gereja menekan penganutnya supaya memohon keampunan kepada Pope. Objektif utama mereka adalah untuk membaratkan pemikiran orang Islam. para penganut kristian mula bangkit menentang amalan kuno gereja yang dilihat tidak membawa kemajuan. Jiwa anak bangsa terus dijajah. They wielded the arms and conquered these land as the ambassadors of a higher civilization”. termasuk Malaysia pernah dijajah oleh berbagai-bagai kuasa asing. Ketika ini mereka melalui zaman kegelapan yang dikenali sebagai Dark Age. 1994:7) Sehingga akhirnya. Ada yang menganggap sains adalah tuhan dan seterusnya berubah menjadi aties. mereka meneruskan dengan era penjajahan ke atas negara-negara Islam. (Azlan Khalili bin Shamsudin. Malahan menganggap semua agama di dunia ini sama sahaja.Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor Mereka juga menderita kerana disuruh berkorban demi untuk agama serta dijanjikan pengampunan dosa bagi mereka yang bertarung bermati-matian melawan tentera Islam dalam perang Salib. Pada ketika ini pengaruh gereja masih lagi kuat di kalangan orang Eropah. Kesengsaraan mereka berterusan selama beratus-ratus tahun sehingga timbullah idea untuk kembali melawan arus. Sehingga kini. Islam merupakan kuasa terbesar seluruh dunia. Begitu juga Perancis telah menakluk Algeria dan Sahara. Katanya: “in the first wave of the contact they came as merchants and missionaries and in the final surge. (Dasar pecah dan perintah) Sebagai contoh. namun kesan-kesan penjajahan terutama dari aspek psikologi dan intelektual masih ketara. Seorang sarjana Islam. membuat keputusan memerlukan bukti dan sebagainya. walaupun penjajahan sudah berakhir. Islam menempuh zaman kegemilangan dan waktu yang sama dunia Barat mengalami zaman kemunduran. Sementara itu. Negara Islam yang dijajah oleh Barat telah berpecah dan wilayahnya dibahagikan kepada wilayah-wilayah tertentu. Bermulalah pengasingan agama dari sistem keseluruhan hidup mereka. percayakan logik akal. Khurshid Ahmad mengatakan bahawa penjajah berselindung di sebalik cogan kata “civilizing mission”. kerajaan Moghul yang diasaskan pada abad 16 Masihi telah diambil alih kuasa politik sepenuhnya oleh kerajaan Inggeris.

pemerintapemerintah Timur memukul kepala musuh mereka. Indians in blood and colour but english in taste. a class of persons. malah mereka lebih berminat untuk membentuk satu generasi yang mengikut acuan mereka. Kata seorang pujangga Islam: “Firaun tidak akan menjadi terkenal kerana membunuh para bayi. falsafah dan pimpinan yang mengarahkannya. 1979:6) Proses menerapkan ideologi pembaratan juga disebarkan kepada tokoh pimpinan masyarakat Islam. Tokoh harakah Islam Anwar al-Jundi (Anwar al-Jundi 1983:14) pernah mengatakan bahawa hubungan rapat antara penjajahan dan pembaratan dalam konteks kepimpinan dilihat amat merbahaya. “Hubungan antara penjajahan dan penjajahan fikiran (pembaratan) sangatlah berkait rapat. Tujuan ini tidak akan tercapai tanpa penjajahan pemikiran kerana rancangan Barat ialah untuk memusnahkan perpaduan umat Islam dan memisahkan mereka dari segala nilai dan tradisi hidup kepada ideologi kebaratan”. (Khurshid Ahmad 1979:10) British telah berjaya untuk melahirkan anak-anak didik mereka dalam menentukan masa depan negara. (Khurshid Ahmad. Antara petikan beliau adalah sebagai berikut. (Azlan Khalili bin Shamsudin. Mereka tidak menggunakan kekerasan untuk mengubah anak bangsa umat Islam. Lord Macaulay pernah menyebut ketika merancang sistem pelajaran baru di India.Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor “Muslim countries were chained down to slavery and western imperialism firmly established itself in these lands. persoalan pembentukan pemikiran masyarakat setempat adalah objektif terutama sekali diperjuangkan. sekiranya idea untuk mengasaskan sebuah kolej telah terlintas di pemikirannya. “we must do our best to form a class who may be interpreters between us and the millions whom we govern. 1994:55) 7 . in opinions. Muslim were the woest sufferers under this political hegemony of the West”. Mereka dari Barat pula mengubahkan peribadinya”. Ianya adalah perancangan terbesar dan jangka masa panjang untuk menguatkan kedudukan penjajah. Gerakan pembaratan adalah mempunyai matlamat. in morals and in intellect”.

Layankanlah egonya dengan asid pendidikan. berikanlah ia bentuk yang engkau suka”. Semuanya telah dihakiskan sedikit demi sedikit. inilah yang berlaku dan kesannya sehingga kini masih terasa. malah telah membawa khazanah-khazanah yang amat berharga seperti menghidupkan semula keyakinan diri dan pengukuhan risalah Islam: “Aku telah mematahkan pukauan pendidikan moden. aku mengutip hasilnya dan membiarkan pukatannya. apa yang dapat mereka lakukan adalah menyempitkan ‘nature’ perkembangan agama Islam sehingga ianya terbatas dalam hal-hal spiritual sahaja. semakin kuat rakyat yang dijajah mengikut anutan Barat. Melaluinya jiwa sebuah negara dapat dibunuh. Allah mengetahui sebagaimana cara Nabi Ibrahim.Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor Allama Muhamad Iqbal seorang ahli falsafah Islam yang telah menyelami pendidikan Barat telah menukilkan dalam sajak beliau: “Janganlah engkau tidak hiraukan pendidikan yang engkau terima. Asiosasi ini yang akan ikat rakyat kepada penjajah haruslah diciptakan dengan pendidikan. Ketika negara-negara Islam dijajah 8 . Apabila ianya berlembut. aku duduk dalam api dengan penuh ketenangan”. ( A. 1994:57) Meskipun Muhamad Iqbal ini mendapat pendidikan Barat. Hashimy 1968:29) Untuk menyekat perkembangan Islam didapati tidak berjaya. beliau bukan sahaja terselamat dari pengaruh negatifnya. Peradaban Barat haruslah ditanam pada orang yang diajajah kelas atasan yang diharapkan akan memimpin dan mempengaruhi bangsanya. Antara penjuangan mereka untuk menghakis perundangan Islm dalam negara Islam dan memastikan masyarakat setempat mengekalkan keadaan tersebut : “Kesan dari penjajahan terhadap perjalanan hukum di negara Islam sangat ketara. Ini dapat dilihat dari petikan kata-kata Snouck Hurgronje: “Pendidikan dan pengajaran sanggup membebaskan kaum Muslimin dari agama Islam”. iaitu dengan menanamkan kebudayaan penjajah pada kaum atasan. Justeru. (Azlan Khalili bin Shamsudin. Orientalis Belanda Snouck Hurgronje menerangkan. semakin bebas ia dari agama Islam. Jika dilihat di Tanah Melayu.

Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor oleh Barat. 9 . British mengatur golongan pentadbir Melayu sebagai ejen penjajah dikenali sebagai ‘the higher subordinate class scheme’ pada tahun 1910. Ajaran Islam tersebar luas ke seluruh pelusuk dunia melalui jalan dakwah dan penyebaran ilmu pengetahuan. 3. Tujuannya untuk melahirkan pegawai-pegawai Melayu (Malay Administrative Service) setaraf dengan British Malayan Civil Service. Islam sebagai sebagai doktrin politik mestilah dihapuskan. Demikianlah antara kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Barat dalam penyebaran ideologi kepada masyarakat Islam. Langkah-langah yang dicadang itu adalah : 1. ajaran Kristian 5. Islam hanyalah peribadatan semata-mata. Di Malaysia. perundangan Islam telah bertukar kepada perundangan penjajah”. menubuhkan The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) tahun 1905. Contoh. 2. Mereka tidak menggunakan kekerasan tetapi melalui kaedah mendidik dan memujuk. Pendidikan ala Barat diperkenalkan untuk menggantikan pendidikan Islam ala pasantren di Indonesia. Kefahaman tentang Islam adalah cara hidup yang menyeluruh mestilah dihapuskan. Kejayaan ini telah menarik minat Barat untuk mengambil ilmu tersebut dan mereka membawa balik untuk di kembangkan di dunia Eropah. Walaupun terdapat segelintir orang Islam yang terselamat dari pengaruh tamadun Barat yang negatif. Kesannya. Sementara itu. Kerja-kerja yang mereka lakukan sedikit demi sedikit dapat merubah keyakinan akidah. akhlak dan syariat Islam. British mendidik orang Melayu dengan menanam nilai-nilai keBaratan melalui institusi pendidikan. KESAN IDEOLOGI DAN PEMIKIRAN ASING TERHADAP MASYARAKAT ISLAM Agama Islam merangkumi akidah. timbullah berbagai-bagai krisis terhadap kepercayaan umat Islam sendiri.( Razali Nawawi 1983 : 24) Snouck Hurgronje juga mencadangkan beberapa langkah untuk digunakan oleh penjajah Belanda di Indonesia. akhlak dan syariat. ramai di kalangan masyarakat Islam telah mengalami perubahan radikal hasil daripada pendidikan Barat hinggakan panduan Islam tidak dapat diterima oleh akal mereka. Bagi mencapai matlamat tersebut. Mereka telah berjaya melahirkan bangsa Melayu berfikiran Barat.

Ideologi freemason dipelopori oleh bangsa Yahudi bertujuan untuk menguasai bangsa lain. cekap. Sepatutnya. Kedua. Selain dari itu. Memisahkan Islam dan politik. seperti golongan muktazilah. Islam dan politik tidak boleh dicampurkan kedua-duanya sekali dalam satu masa. Contoh. A.Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor pula banyak berlaku pertembungan tidak sihat sehingga melahirkan berbagai-bagai ideologi yang mempertikaikan kesahihannya. Kesan Ideologi Sekularisme 1. Pertama. Selain itu. kesan pemikiran dan ideologi amat merbahaya untuk masyarakat Islam. mereka yang mengkaji dan mengamalkan Islam. amanah. Antaranya ideologi Lions Club berfahaman seperti freemason. Mereka berselindung di sebalik nama persaudaraan. terdapat juga ideologi yang giat mengembangkan pengaruh dalam masayrakat. 10 . mereka yang jahil murakkab (tidak sedar dirinya jahil) tetapi mahu bercakap mengenai Islam. Islam itu satu cara hidup yang lengkap dalam seluruh aspek kehidupan manusia. kesan daripada ideologi sesat ini meresap masuk ke dalam urusan kehidupan umat Islam seharian. Mereka mendakwa bahawa Islam adalah agama yang bersih dan politik adalah kotor. mereka yang tidak faham langsung dan jahil tentang Islam. Urusan pentadbiran dipisahkan dalam Islam. Islam membentuk politik menjadi bersih kerana Islam sukakan bersih. Ideologi ini terbahagi kepada tiga kategori. Mereka saling mempertahankan ideologi masing-masing dengan pelbagai alasan dan hujah. dan ketiga. golongan wahabi dan sebagainya berjaya memecah belahkan umat Islam. keamanan dan sebagainya. Ideologi yang terdapat unsur ajaran menyeleweng ini dibawa masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam sama ada secara sedar atau tidak sedar. Selanjutnya diterangkan kesan ideologi ke atas masyarakat Islam dengan lebih jelas seperti di bawah. Terhadap golongan kedua dan ketiga. Mereka seringkali dilihat sebagai golongan perosak agama serta memecah belahkan umat Islam kerana jahil murakkab yang menebal. Dari pandangan Islam. Kesannya ia dapat menjauhkan mereka yang kurang mendalami ajaran Islam untuk menolak Islam dengan mudah. Antara kesan yang nyata ialah mereka membahagikan urusan keduniaan dan urusan ibadah secara berasingan. Kerana itu.

3. B. menganjurkan pesta minum arak dan sebagainya. Kesan Ideologi Nasionalisme 1. 2. Kemudian ditiupkan semangat kebangsaan. 5. Islam menentang kekotoran. menggalakkan rakyat berjudi. 3. mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga sanggup merobek sistem keadilan/perundangan bagi memenuhi kehendak pemilik modal. 4. di Iran dengan agama Majusi. puak kedaerahan. pesta sosial oleh golongan remaja secara bebas dan membunuh anak. Mereka juga berusaha menakutkan masyarakat bukan Islam dengan pelbagai agenda bertujuan untuk menjauhkan daripada mendapat maklumat tentang Islam yang sebenar. mengagungkan kehebatan Firaun. Memecahkan perpaduan umat Islam melalui saluran politik 2. Melalui pendidikan. Dalam bidang politik. C. menghalalkan sistem riba. 3. Sebagai pemilik modal. Berlakunya salah guna kuasa demi mengaut keuntungan tanpa mementingkan kemaslahatan masyarakat. kampung. mengangkat martabat negara masing-masing dengan sejarah zaman jahiliyyah negara tersebut sehingga menenggelamkan sejarah Islam yang gemilang. Negara Islam dipecahkan kepada sempadan. Pemikiran ini juga memfitnahkan umat Islam dengan pelbagai supaya pemikiran umat Islam dibayangi ketakutan. telus dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Cara hidup juga diubah supaya bertentangan dengan Islam seperti mendedahkan aurat. wilayah.Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor toleransi. penindasan dan sebarang bentuk penipuan. suku. Agama hanyalah untuk penjagaan diri masing-masing. Sebagai contoh di Mesir. pemilikan harta awam yang berlebihan dan melahirkan penjajahan ekonomi negara-negara miskin. 2. 11 . desa dan sebagainya. Sebagai contoh. daerah. Dasar pecah dan perintah. fahaman ini seringkali berlaku pembaziran harta awam. Sekularisme juga menghalang perlaksanaan hukum-hukum perundangan Islam atau Syar’ie dengan alasan tidak sesuai pada masa kini. Hidup mencari keuntungan dunia sehingga menjadikan rakyat bertungkus lumus mencari kesenangan hidup tanpa mempedulikan masyarakat yang lain. seks bebas dan pesta-pesta yang membawa kepada keruntuhan akhlak. Sistem ini menjadikan umat Islam bersikap matlamat menghalalkan cara. dan kehebatan patung Baalbek di Lubnan. Kesan Ideologi Kapitalisme 1. Menghidupkan semula amalan-amalan jahiliyyah seperti minum arak.

Dalam konteks akidah. Kesan Ideologi Komunisme 1. Menghapuskan semangat tolong menolong dan bekerjasama dalam masyarakat. pakaian dan sebagainya. kebebasan dalam tingkah laku. Rakyat bekerja untuk kepentingan negara sahaja. Golongan ini menafikan ciptaan dan kekuasaan Allah terhadap makluk. Kesan Ideologi Sosialisme 1. Contoh. perkara ghaib serta hari kiamat. 2. Merampas hak-hak orang perseorangan dan mempertikaikan kebebasan mereka. bukan sebagai suatu cara hidup. 3. Kesan Ideologi Demokrasi 1. Golongan ini sentiasa memperjuangkan kebebasan dalam beragama. Golongan orang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya. mereka menerapkan bahawa mempercayai semua alam semesta. 2. 6. 5. Menjadikan kebendaan sebagai matlamat utama dalam hidup serta menjauhkan agama Islam daripada terlibat secara aktif. Tidak wujud persoalan Halal dan Haram. Fahaman komunisme bercanggah dengan akidah Islam yang boleh membawa umat Islam ke arah kemunduran. Pemimpin ideologi ini memeras keringat rakyat dan merampas harta milik mereka. Mereka mengingkari kewujudan Allah. 12 . Ideologi komunis ini bersifat tidak berperikemanusiaan. E. adanya hubungan jenis antara lelaki dan wanita melahirkan anak. F. Rakyat berhak menentukan corak politik dan pemerintahan negara. yang wujud hanyalah untung dan rugi. Rakyat juga berhak menurunkan kembali kekuasaan itu dengan mengadakan pemilihan kepimpinan baru termasuk mengubah peraturan yang sesuai dengan kehendak rakyat. kebebasan pemilikan harta benda berpandukan sistem kapitalis. Menjadikan jurang pendapatan rakyat tidak selaras. Keperluan agama hanyalah bersifat hiasan/tampalan hidup semata-mata. D. malah seringkali berlaku penipuan dan salahguna kuasa dalam urusan mengendalikan hak milik umum. kebebasan menyuarakan pendapat. 4. manusia dan kehidupan merupakan material yang sifatnya berkembang melalui evolusi masing-masing. 5.Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor 4. Pemimpin masyarakat membuat peraturan dan rakyat dikehendaki mengikut tanpa pertikaian.

Kenapa tidak memilih ideologi Islam yang lengkap untuk seluruh hidup manusia. Jadi. bebas memiliki hak kepunyaan harta. Orang-orang yang diberikan pemikiran yang sihat diminta supaya memperhati dan memikirkan kejadian alam yang indah. mengagungkan Allah sebagai pencipta alam ini. lautan yang terbentang luas. Semuanya ini menunjukkan kekuasaan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh manusia. Islam memperkenalkan sistem ekonomi Islam (mu’amalat) yang menguntungkan dan tidak menindas umatnya. Ideologi yang mereka cipta itu adalah bersifat sementara sahaja. TERBAIK ADALAH IDEOLOGI ISLAM Dalam konteks akidah Islam. adalah mustahil manusia yang hidup di atas muka bumi Allah ini tidak mengakui dan mengesakan Penciptanya. Islam memperkenalkan hukum hudud. Ideologi ini dilihat seringkali mencampur aduk antara ideologi kapitalis dan ideologi sosialisme sebagai usaha untuk menutup beberapa kelemahan yang ada pada sistem itu. jarak matahari dengan bumi yang sesuai dengan suhu kepanasannya dan sebagainya. takzir. edaran bulan dan matahari mengikut orbitnya 12 jam siang dan 12 jam malam. Bolehkah manusia berbuat sesuatu tanpa bantuan dari Allah? Bolehkah manusia membina bangunan pencakar langit tanpa adanya ilmu dan kemahiran yang tinggi bagi melaksanakan-nya tanpa adanya pertolongan dari Allah? Semuanya tidak akan berjaya tanpa sifat pemurah Allah ke atas hamba-Nya yang cukup lemah dalam segala hal. mewujudkan sistem keadilan sosial atau sistem kesejahteraan negara agar tidak menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. bebas daripada amalan riba dan tiada unsur penipuan dalam sistem ini. memuji Allah yang menguasai serta mengetahui alam ghaib dan alam nyata. 13 . Rakyat bebas memilih agama masing-masing. Dari sekecil-kecil urusan hinggalah kepada urusan yang sebesar-besar urusan. bebas dalam tingkah laku dan bebas bersuara. hukum mu’alafat sebagai menjaga ketertiban hidup bermasyarakat. Contoh. Dalam urusan menjaga kemaslahatan sosial pula. Islam adalah penyelamat ummah. pentadbir semesta alam dan pengatur bagi sesuatu yang dicipta-Nya. 3. gunung-ganang yang tersergam indah. manusia tidak dapat mengurus tadbir tanpa kudrat dan iradah Allah. menyembah Allah yang menguasai langit dan bumi. langit biru tanpa tiang yang kukuh. penganutnya hendaklah mengesakan Allah. 6.Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor 2.

PENUTUP Berdasarkan penjelasan di atas. Semua ideologi tersebut dilihat tidak membawa kebaikan kepada semua pihak kerana terdapat pelbagai kelemahan. Wa al-Allah hu a’lam. Mereka diseru supaya tidak terpengaruh dengan ideologi asing yang disebarkan oleh musuhmusuh Islam dalam pelbagai bentuk dan strategi. fahaman politik dan sebagai. manusia tiada berhak untuk mempersoalkan sejauh mana keberkesanannya atau sesuaikah hukum Allah dilaksanakan dalam masyarakat masa kini yang sangat meruncing. sebagai pilihan terbaik. Jangan memusuhi atau sakiti mereka kerana ulama menunjuk jalan ke arah kebaikan dan keamanan sejagat. Kerana matlamat hidup manusia ialah untuk mendapat kebahagian dan kesejahteraan. 7. Jadi. Justeru. pangkat. sebagai umat Islam hendaklah berusaha menyampaikan dakwah kepada semua orang tanpa mengira status. 14 . ideologi Islam adalah amat sesuai dan releven untuk semua lapisan masyarakat. dapatlah difahami bahawa kini terdapat berbagai ideologi dan sistem yang wujud berasaskan fikiran dan nafsu manusia yang menebal dalam masyarakat masa kini.Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor Manusia boleh menggubal atau meminda ndang-undang yang berkaitan peraturan semasa seperti menentukan peraturan trafik sama ada di jalan raya atau sebagainya. Namun. Sebaliknya dekatilah para alim ulama pada setiap waktu dan ketika. undang-undang yang berkaitan hukum syarak. ianya membawa kesejahteraan kepada semua orang. Oleh itu. hanya Allah sahajalah yang mengetahui baik buruknya terhadap keperluan manusia. Sebaliknya jika dilihat dari ideologi Islam.

(1979). Rationalism. Amman : al-Ahaliyah li al-Nasyr wa alTauzi’. Hashimy. the origins Ghazali Darusalam (1998) Dakwah Islam dan Ideologi Barat. Harun Yahya (2009) Ancaman Global http://www.William Oliver (1955). Ridwan Mohamad Nor & Ahmad Adnan Fadhil. (1983) Al-Taghrib Akhtar al-Tahaddiyat fi Wajb al-Islam. Islam and the West. Abbas.Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor Bahan Rujukan A. (1984) Hasan al-Banna al-Mulham al-Mawhub. Al-Sisi. Ishak Mohd Rejab. Kaherah: Dar alTauzi’ wa al-Nasyr al-Islamiyah. (1983) Hukum Islam Dipertikai. Al-Jamil.t. (t.p. (1968) Menaklukkan Dunia Islam.12-30. (2000) Hasan al-Banna al-Daeyah wa al-Mujaddid wa al-Syahid. England. Kaherah : Dar al-Tauzi’ wa al-Nasyr al-Islamiyah. Al-Jundi.27-34. Al-Jundi Anwar. 1970. Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distribution.com/indo/buku/globalfreemasonry03. Lahore : Islamic Publication Ltd. (1991) Majmu’ah Rasail li al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna. Umar.p.1955. Sayyar. (2001) Hasan al-Banna Mawaqif fi al-Dakwah wa al-Tarbiyah. Azlan Khalili bin Shamsudin. Colonial Press Inc. Damsyik : Dar al-Qalam. Empiricism and Pragmatism : An Introduction. Mohamad Abid. Fuad Muhsin.t.harunyahya. _______. Pengaruh Barat: Cabaran Paling Merbahaya Kepada Umat Islam. Beirut : Markaz Dirasat al-Wehdah al-Arabiyah. Al-Hajrasyi. Coleman.) Islam Liberal dan Pluralisme Agama. Amman : Dar al-Ma’mun li al-Nasyr wa al-Tauzi ’. Khurshid Ahmad. Abdul Hadi Awang.) Al-Awlamah wa al-Mustaqbal. Terj. Anuar. Rationalism and Anti-rationalism in Economics. Bruce Aune (1970). Kaherah : Dar al-Tabi’ wa al-Nasyr al-Islamiyah. (1997) Qadaya al-Fikr al-Arabiy al-Muasir. 15 . Al-Tilmithani. (1994) Islam Dan Tentangan Budaya Barat. Kuala Lumpur : ABIM. Edward Elgar Publishing Limited. Al-Rawi. Razali Nawawi. (2009) Al-Fikr al-Islami fi Muwajahah al-Fikr al-Gharbi. Prof. Al-Jabiri. (2009) Fahaman dan Ideologi Umat Islam. Gombak : Penerbit PTS. (t. Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).htm#33 Freemasonary. Fuad (1999) Hasan al-Banna Hamil Liwa’ al-Dakwah fi al-Qarn al-Isyrin. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka. USA. Madya Dr. Surabaya. Kaherah : Dar al-Tauzi’ wa al-Nasyr al-Islamiyah.

Shah Alam : Dewan Pustaka Fajar. (2007) Pemikiran Islam Liberal. Dr. Bandar Baru Bangi. Gombak : Unversiti Islam Antarabangsa Malaysia. Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna dalam Melakar Agenda Bangsa di UNITEN.Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor Kuala Lumpur : Jundi Resources. (2005) Al-Ta’adudiah al-Diniyah: Ru’yah Islamiah. Kamus Dwibahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. anjuran Ikatan Muslimin Malaysia. ABDUL MUNIR BIN ISMAIL & MOHAMAD HAIDAR 16 . Taha. (2010) Pemikiran al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Dua Agenda. Ugi Suharto. pada 30 Jan 2010. Rusydi Alias & Nor Saleha Mohd. Artikel ini disediakan oleh : DR. Teuku Iskandar. Salleh. (1985). Anis Malik.