Model pengajaran

ekspositori
Bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Ia merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid. Pengenalan dan penerangan isi pelajaran Murid mendengar penerangan Murid mengingat dan merekod isi penting

inkuiri
Merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan,atau daripada masalah yang dikemukakan.

Pemerosesan maklumat
Mengikut teori R.M Gagne, rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam system saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang, dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui system saraf.

projek
Didefinisikan sebagai suatu penyiasatan mendalam tentang topik dunia sebenar yang sewajarnya mendapat perhatian murid. Melalui model ini murid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dalam satu situasi sebenar untuk mendapatkan hasil yang diharapkan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful