P. 1
Ciri-ciri dan kesan masyarakat pluralistik

Ciri-ciri dan kesan masyarakat pluralistik

5.0

|Views: 24,302|Likes:
penerangan tentang ciri-ciri dan kesan masyarakat pluralistik
penerangan tentang ciri-ciri dan kesan masyarakat pluralistik

More info:

Published by: Kogaraju Subramaneyam on Apr 08, 2009
Copyright:Attribution

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALISTIK

1.1 LATAR BELAKANG.

Dipercayai petempatan penduduk di Tanah Melayu wujud sejak sebelum tahun 3000 S.M. Penduduk bumiputera tinggal di kampung-kampung di tepi laut dan muara serta lembah sungai. Lazimnya kampung mempunyai unit sosial dan pentadbiran tersendiri. Corak petempatan pula akan menentukan aktiviti ekonomi yang tertumpu kepada pertanian. Dari segi sejarah kedatangan penghijrah ke Tanah Melayu pendatang luar bukanlah satu perkara asing. Ini akibat aktiviti perdagangan. jumlah kedatangan pedagang tidak begitu ramai dan petempatan yang diwujudkan juga tidak banyak. Pada abad ke-6 dan ke-7, terdapat beberapa petempatan orang India di Kedah. Pada abad ke-13 dan 14 pedagang-pedagang Islam pula memainkan peranan. Ramai antara mereka yang memainkan peranan penting bukan sahaja dalam bidang perdagangan tetapi juga politik. Terdapat orang Islam Arab dan India yang bersemenda dengan orang Melayu. Di kalangan orang Cina pula terdapat sekumpulan kecil yang dikenali sebagai "Baba Cina". Pusat-pusat utama "Cina Baba" ialah di Melaka dan Pulau Pinang. Walaupun pada amnya mereka mengikut cara hidup orang . Cina tetapi mereka juga dipengaruhi cara hidup Melayu clan adat tempatan. Bahkan pada peringkat awal ramai antara mereka yang berkahwin dengan wanita tempatan. Jumlah kedatangan penghijrah luar bertambah ramai pada zaman penjajahan British. Ini bermula di Negeri-Negeri Selat dan kemudian ke Perak, Selangor clan Negeri Sembilan. Adalah jelas masyarakat majmuk Tanah Melayu kesan peninggalan penjajahan yang menggalakkan penghijrahan kerana kepentingan ekonomi. Masyarakat majmuk wujud kerana masyarakat berkelompok mengikut kaun. Mereka berbeza dari segi budaya, bahasa, agama dan kegiatan ekonomi. Mengikut J.S. Furnivall yang membuat kajian di Burma dan jawa mendapati masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap komuniti tinggal berkelompok mengikut kaum dalam unit politik yang sama. Setiap kelompok mengamalkan agama, adat resam, bahasa, pemikiran, kerjaya dan cara hidup sendiri.
1

Perhubungan mungkin wujud antara satu sama lain tapi hanya di pasar atau kedai ketika menjalankan urusan jual beli. (Sejarah Malaysia (1800-1963).1986:170)

1.2 PENDAHULUAN

Sebelum abad kesembilan belas lagi kita dapati negeri-negeri melayu mempunyai penduduk berbilang kaum. Kita semua tabu sejak dahulu lagi terdapat kaum lain seperti India, China dan Arab hidup bersampingan dengan masyarakat tempatan. Kebanyakan mereka mungkin tidak tetap tinggal di sine tetapi sebilangan yang menetap dengan senang meresap dan menjadi sebahagian masyarakat tempatan. Dengan itu negara kita telah sedia mempunyai masyarakat berbilang kaum. Masyarakat Malaysia seringkali disebutkan sebagai masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk mempunyai dua ciri dasar. Yang pertama penduduk dalam
2

masyarakat itu terdiri daripada dua bangsa atau lebih dan hubungan di antara satu bangsa dengan yang lain tidak rapat. Pernah disebutkan oleh seorang pegawai Inggeris, J.S. Furnivall, bahawa dalam masyarakt majmuk, penduduk-penduduk yang terdiri daripada berbagai bangsa `bercampur gaul tetapi tidak bercantum. Masyarakt Malaysia terdiri daripada berbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, dan India. Setiap kaum itu mempunyai keperibadian budaya yang tersendiri bahasa masing-masing tidak sama; adat resam masing-masing juga tidak sama; dan sebilangan besar anggota-anggota setup kaum mempunyai ugama sendiri. Kita mula mempunyai masyarakat majmuk apabila golongan mendatang ini mula mengukuhkan kedudukannya dan mengekalkan identitinya. Mereka ini berlainan daripada pendatang awal kerana mereka mengelak daripada meresap ke dalam masyarakat tempatan dan dengan itu muncullah masyarakat majmuk di negara kita dengan masalah-masalahnya yang perlu kita hadapi hari ini. Tentulah banyak perkara yang menimbulkan keadaan ini. Mungkin ini disebabkan kesan dasar pemerintahan Inggeris atau pun sikap kaum mendatang itu sendiri.

1.3 PANDANGAN DAN CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALISTIK.

Masyarakat majmuk adalah kawasan penempatan yang terpisah antara satu etnik dengan etnik dengan etnik-etnik yang lain, perbezaan kegiatan ekonomi yang mana satu-satu kegiatan ekonomi itu dimonopoli oleh kumpulan etnik, sedikit sekali jumlah perkahwinan campur dan parti-parti politik yang berlandaskan kaum. Furnivall, menyatakan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat majmuk atau plural society. (Furnivall, 1956:313) Furnivall, 1948 dalam bukunya “Colonial Policy dan Practise” menerangkan sifat-sifat utama masyarakat majmuk. “Di Burma, seperti juga Jawa, perkara pertama yang mungkin menarik perhatian pelawat ialah campuran pelbagai jenis manusia – keturunan Eropah, Cina, India dan orang pribumi. Dalam pengertian khusus mereka adalah campuran kerana mereka hanya bergaul bukannya bergabung secara padu. Setiap kelompok mempunyai agama yang 3

tersendiri, buadaya dan bahasa yang tersendiri, idea dan cara yang tersendiri. Mereka bertemu sebagai individu, tetapi hanya di pasar-pasar, iaitu untuk membeli atau menjual barang. Terwujudnya satu masyarakat majmuk, dengan bahagian-bahagian komuniti yang berlainan hidup secara berdampingan, tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Malahan dalam bidang ekonomi pun terdapat pembahagian kerja mengikut ras. (John Rex, 1985:19)

Pluralisme ialah satu proses di mana orang berlatarbelakangkan budaya yang berlainan hidup bersama secara harmonis, membenarkan ekspresi cara-cara hidup mereka yang distinkrif di dalam suatu keadaan yang selaras dengan kebajikan nasional. (Vander Zanden, 2008)

Apabila merujuk pada pandangan penulis lain, Masyarakat plural boleh didefinisikan sebagai masyarakat berbilang kaum atau masyarakat yang mengandungi beberapa kaum yang berlainan asal keturunan, bahasa, kebudayaan, adat resam, amalan dan kepercayaan. Masyarakat berbilang kaum hidup secara berasingan tetapi di bawah sistem politik yang sama. Aspek yang perlu diberikan penekanan adalah asal keturunan yang berlainan, bahasa yang berlainan, kebudayaan yang berlainan , adat resam yang berlainan, amalan dan kepercayaan yang berlainan.
1.3.1 ASAL KETURUNAN YANG BERLAINAN

Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun, penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi kelompok masyarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu. Sejak abad ke9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang semuanya boleh menjamin keselesaan mereka.
4

“Etnik Cina dan India yang berhijrah ke Malaysia masih mengekalkan cara hidup, budaya, organisasi social dan status politik mereka. Di sebelah pihak yang lain, etnik Melayu masih terpinggir di kampong dan tidak mengikut perubahan ekonomi yang diperkenalkan oleh British. Justeru itu, etnik Melayu tidak menyediakan tenaga tenaga buruh yang dikehendaki oleh pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh penjajah British. Keengganan etnik Melayu untuk turut serta sebagai tenaga buruh untuk membantu perkembangan ekonomi British itu telah dijadikan alas an untuk mengambil etnik Cina dan India”. (Freedman, 1960)

Sebelum, kedatangan British, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil dan kebanyakannya bekerja sebagai peniaga sahaja. Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.
”tanpa orang Cina negeri-negeri Melayu akan terus berada dalam kemunduran dan kemskinan. Orang Cina amat rajin bekerja membuka tanah-tanah baru. Mereka bekerja dalam perusahaan-perusahaan yang menuntut tenaga kerja yang amat sukar seperti membuat kayu arang dan memotong kayu sebagai tukang rumah, tukang membuat peralatan-peralatan dan penyusun batu-bata, peruncit dan pedagang. Sbagai kontraktor-kontraktor mereka membina jalan raya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan kerajaan. Mereka membina dan memberikan warna kepada kehidupan bandar dan sebahagiannya adalah pelombongpelombong bijih yang gigih dan tidak kurang juga yang bekerja di ladang-ladang getah. Justeru itu, tidak ada orang yang boleh menafikan sumbangan orang Cina terhadap pembangunan ekonomi Malaysia, kerana hasil jerit-payah meraka itu kini dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia seluruhnya.” (Morgan, 1946)

Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka. Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh-buruh India bermula sebagai pekerja di ladang-ladang tebu dan kopi di Seberang Perai.
Orang India juga menyumbang dalam kemajuan Tanah Melayu. Orang India yang berpendidikan Inggeris datang ke Tanah Melayu sebagai tenaga pengajar di sekolah-sekolah Inggeris yang mula dibuka. Mereka juga memberikan sumbangan sebagai pekerja sektor 5

awam, doktor perubatan, guru-guru yang berpengalaman dan peguam-peguam. Kita mengakui sumbangan etnik India terutama sebagai guru sekolah dan doktor perubatan kerana dari sudut kemajuan Barat mereka dinikmati lebih dahulu daripada kita di Malaysia ini. (Morgan, 1946)

1.3.2 AGAMA DAN KEPERCAYAAN YANG BERLAINAN

Penduduk Melayu ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan mereka tersendiri, malahan amalan mereka ini tidak terjejas walaupun dengan kemasukan buruh-buruh Cina dan India. Fenomena ini berlaku kerana tidak wujud percampuran yang ketara antara ketigatiga kaum tadi lantaran ciri-ciri pemisahan yang ketara di peringkat awal, terutama dari segi penempatan dan amalan ekonomi masing-masing. Dalam agama Islam, al-Quran dijadikan sebagai asas perundangan yang utama bersama-sama dengan nasihat daripada Nabi Muhammad. Islam ialah agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dengan memperlihatkan peningkatan perkadaran daripada 58.6% pada tahun 1991 kepada 60.4% pada tahun 2000. Islam mentafsirkan bentuk-bentuk hubungan yang berlaku dalam hidup manusia. Dalam hubungan manusia dengan Allah, Allah telah menciptakan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia. Oleh itu, manusia dicipta bertujuan untuk menghambakan diri kepada Allah dan beribadat kepada-Nya. (Sejarah Malaysia.2000:216) Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah fahaman Taoisme. Taoisme merupakan sistem falsafah clan keagamaan Cina. Pengaruh Taoisme amat meluas. Kepercayaan ini telah memperkaya ajaran Confucianisme dan membantu memperluas ajaran agama. Buddha Berta memberikan semangat, inspirasi dan panduan akhlak kepada. orang-orang Cina.(Sejarah Malaysia.2000:217).

6

Agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat India ialah agama Hindu. Agama ini agak berbeza berbanding dengan agama lain kerana ia tidak mempunyai pengasas. Setiap penganut Hindu perlu sentiasa menyesuaikan diri untuk hidup demi masyarakatnya dan berusaha memuaskan hati nenek moyang dan tuhan-tuhannya. Sebagai balasan, tuhan-tuhan akan menjauhkan mereka daripada penyakit dan sebarang bencana, memanjangkan usia dan membantu mereka menewaskan musuh dalam sebarang peperangan.(Sejarah Malaysia.2000:219).
1.3.3 KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM YANG BERLAINAN

Dua jenis adat yang menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah Melayu ialah Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat melayu di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan muafakat. Raja bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan harta pusaka diutamakan kepada anak perempuan. Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung, kecuali Negeri Sembilan. Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Selain itu, adat ini turut mendapat pengaruh yang banyak daripada agama Islam. Perayaan-perayaan keagaman agama islam adalah Aidilfitri, Aidiladha, Nuzul Qur’an, Maulud Nabi, dan Awal Muharam. Antara Muzik dan tarian masyarakat melayu adalah wayang kulit, Mak Yong, Kuda Kepang, Menora dan Joget Gamelan. Adat Perkhawinan masyarakat melayu adalah merisik, bertunang, pelamin dan bersanding. Jenis pakaian tradisional sarung, Pakaian Cik Siti Wan Kembang, Pakaian Puteri Perak, Baju Kurung Teluk Belanga, Baju Kebaya Labuh dan Baju Riau Labuh. Dari segi perayaan, masyarakat Cina mempunyai beberapa perayaan yang disambut dalam satu tahun. Antaranya, adalah Tahun Baru Cina, perayaan ini lebih mengutamakan perjumpaan keluarga yang diadakan menjelang hari tersebut. Masyarakat Cina memastikan sebelum perayaan ini menjelang, hutang-hutang dibayar clan semua akaun ditutup. Perayaan Chap Gob Mei, ini diraikan pada hari ke-15 selepas tahun baru yang juga merupakan hari terakhir sambutan Tahun Baru Cina. Selain itu, Perayaan Ching Ming diraikan pada hari terakhir bulan kedua dalam 1 tahun lunar. Pada hari ini, kaum keluarga melawat kubur nenek moyang untuk
7

dibersihkan clan bersembahyang. Seterusnya, Perayaan Hantu Lapar ini diraikan pada hari ke-15 dalam bulan ketujuh.Perayaan ini lebih popular di Pulau Pinang. Selain itu, Perayaan Kuih Bulan diraikan sempena mengingati kejayaan kumpulan pemberontak yang menentang pemerintahan kerajaan Mongol pada abad ke-14 di negara China. Dari segi pakaian, masyarakat Cina kini kebanyakannya telah menggunakan pakaian moden yang bercirikan Barat. Namun, pakaian tradisi golongan wanita Cina masih digunakan sehingga kini. Salah satu darinya ialah 'samfoo'. 'Samfoo' terdiri daripada kombinasi blaus dan seluar. Pakaian ini lebih kerap digunakan oleh golongan tua. Sejenis lagi ialah 'cheongsam'. Dari segi makanan, makanan asas masyarakat Cina di negara ini ialah nasi. Namun, jenis makanan utama terdiri daripada masakan Kantonis, Hokkien dan Szechuen. Masyarakat India juga mempunyai berbagai-bagai perayaan. Tiga jenis perayaan utama ialah Deepavali, Thaipusam dan Thai Ponggal. Perayaan Deepavali ini dipanggil perayaan lampu. Diraikan dalam bulan ‘Kartikai’ dalam agama Hindu. Seterusnya, perayaan thaipusam ini sering diraikan secara besar-besaran di kuil-kuil yang terkenal. Perayaan Thai ponggal merupakan perayaan penuai atau petani. Selain itu, terdapat beberapa perayaan lain yang diraikan di kuil-kuil tertentu di seluruh negara. Pakaian tradisi kaum wanita ialah sari, iaitu sejenis pakaian daripada kain sepanjang enam ela yang dililitkan di keliling badan dan dipakai bersama dengan sehelai blaus. Pakaian tradisi kaum lelaki pula digelar dhotis, iaitu sejenis kain berwarna putih. Kaum lelaki juga mengenakan vesti atau kurta, iaitu pakaian putih untuk ke kuil atau perayaan tertentu. Makanan masyarakat India di negara ini ialah nasi ataupun rotiroti tertentu. (Sejarah Malaysia.2000:221).

8

1.3.4 AMALAN DAN KEPERCAYAAN YANG BERLAINAN

Masyarakat cina mempunyai amalan dan kepercayaan. Antaranya, adalah amalan Kalendar orang Cina. Perhitungan hari orang Cina ini bermula dari hari pertama anak bulan dan berakhir selama 29 atau 30 hari. Setiap tahun mengandungi 12 bulan dan setiap tahun dikenali dengan Hama binatang-binatang tertentu. Apabila cukup 12 tahun, nama yang pertama akan diulang. Nama-nama tersebut ialah tikus, lembu jantan, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi. Amalan seterusnya adalah keinginan mendapat anak pertama lelaki. Keinginan mendapat anak lelaki sememangnya kuat di kalangan masyarakat Cina kerana anak lelaki akan mengekalkan nama keluarga dan merupakan orang yang mengendalikan upacara roh kepada ibu bapa yang meninggal dunia. Selain itu, amalan dalam pelajaran. Masyarakat Cina sejak dari beribu-ribu tahun dahulu amat mementingkan pelajaran. Di Tanah Melayu dalam abad ke-19 dan ke-20, anak-anak Cina merupakan yang paling ramai bersekolah berbanding dengan anakanak Melayu dan India. Masyarakat Cina beranggapan bahawa bagaimana miskin pun seseorang itu, mereka patut diberi peluang yang sama untuk diberi pelajaran. Pelajaran diharap dapat memajukan seluruh keluarga dan membantu sanak-saudaranya kelak. Masyarakat cina percaya pada Upacara pengebumian. Masyarakat Cina sering mengadakan perarakan apabila berlaku sebarang kematian. Perarakan ini akan diiringi bunyian muzik dan biasanya menelan kos yang besar. Oleh itu, seseorang yang menyambut hari lahir yang ke-60 menandakan orang itu sudah layak untuk memasuki ‘persatuan keranda’ dan ia perlu membayar yuran bulanan supaya apabila ia mati kelak ia mempunyai keranda yang baik. Masyarakat India juga mempunyai nilai-nilai kebudayaan dan adat tradisi mereka yang tersendiri. Kebudayaan kaum ini juga dibawa dari tanah asal merek dan kini kebudayaan mereka turut mengalami asimilasi dengan budaya Tempatan. Asasnya masyarakat Hindu di India terbahagi kepada hierarki sosial yang tertentu. Hierarki tersebut dipanggil sistem kasta. Dalam sistem kasta, masyarakat Hindu di India dibahagikan kepada empat hierarki sosial.

9

Kasta Brahmin, terdiri daripada golongan bangsawan dan alim ulama. Golongan ini dikatakan menyamai taraf kepala pencipta. Kasta Ksyatria, terdiri daripada golongan pahlawan dan dianggap menyamai taraf tangan pencipta. Kasta Vaisya, terdiri daripada rakyat biasa yang kebanyakannya bekerja sebagai pedagang atau petukang dan tarafnya disamakan dengan paha pencipta. Kasta Sudra, terdiri daripada golongan hamba abdi yang kedudukannya disamakan dengan kaki pencipta. Sistem ini menjadikan masyarakat Hindu mempunyai jurang perbezaan sosial yang terlalu besar antara satu golongan dengan golongan yang lain. Masyarakat yang duduk pada hierarki yang terendah kebanyakannya menanggung kesusahan dan merekalah yang terpaksa merantau ke negara-negara asing untuk mencari rezeki. (Sejarah Malaysia.2000:224).

1.3.5 BAHASA YANG BERLAINAN

Bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu terdiri daripada kelompok bahasa Austronesia. Bahasa ini dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu mengikut tiga kumpulan manusia berdasarkan kedudukan geografi masing-masing. Tiga kumpuIan tersebut terdapat di Semenanjung dan Kepulauan melayu yang meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina dan Madagascar; kedua, Malenesia dan, kepulauan sekitarnya; serta ketiga, Polinesia dan kepulauan sekitarnya.
10

Bahasa yang digunakan oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu. Sebelum, kedatangan Barat, tulisan yang digunakan oleh orang Melayu ialah tulisan jawi iaitu pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Orang Cina terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, dan adat. Kelompok-kelompok utama ini ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Orang cina Hokkien menggunakan bahasa hokkien, orang cina Kantonis menggunakan bahasa Kantonis. Orang Tamil yang berasal dari Chennai bertutur dalam bahasa tamil. Manakala orang Malayalam dari pulau kerala bertutur dalam bahasa Malayalam. Orang telugu adalah orang india yang berasal dari Hyrabad bertutur dalam bahasa Telngu. Orang Ceylon adalah orang india yang berasal dari Sri Lanka bertutur dalam bahasa Ceylon. Orang Punjabi adalah orang india bertutur dalam bahasa Punjabi.

KESAN-KESAN KEWUJUDAN MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS KEMERDEKAAN DICAPAI
2.1 ASPEK KEBUDAYAAN 2.1.1 MASYARAKAT MELAYU, CINA DAN INDIA. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara berbilang kaum tetapi tetap utuh sebagai bangsa yang kaya dengan warisan budaya termasuk adat istiadat dan budi bahasa yang tinggi.sehubung dengan itu, apabila kita melihat adat resam orang kaum Melayu kita dapati pengunjung beragama Islam apabila tiba ke rumah yang dikunjungi hendaklah memberi salam dengan ucapan `Assalamualaikum'.
11

Selain itu, bagi pengunjung bukan Islam pula memadai dengan menyeru nama tuan rumah dan mengucapkan selamat sama ada pagi, tengah hari, petang dan malam. Sebelum masuk ke dalam rumah orang Melayu, pengunjung hendaklah menanggalkan kasut. Di samping itu, jikalau pada masa itu telah ada tetamu lain, pengunjung hendaklah mengenalkan diri mereka dan menundukkan sedikit kepala tanda hormat sambil berjabat tangan. Seterusn ya adalah menjadi kebiasaan rum ah Mela yu , secara tradisinya, tetamu dan tuan rumah duduk bersila. Bagi orang lelaki silanya bersilang kaki dan bagi orang perempuan bersimpuh. Jikalau duduk di kerusi ia adalah dianggap kurang sopan apabila seseorang itu bersilang kaki sehingga nampak tapak kaki, berlunjur lurus ataupun membuka kaki dengan luas. Apabila tuan rumah menghidangkan makanan adalah tidak manis untuk tetamu menolaknya. Jikalau sudah kenyang sekalipun hendaklah ia merasa sedikit hidangan yang disajikan itu. Bagi pengunjung yang merokok elakkan dari membuang habuk rokok ke dalam piring atau dalam mana-mana bekas makanan walaupun bekas itu hanya mengandungi sisa makanan. (Asmad,1930:126) Di samping itu, apabila kita melihat adapt resam kaum orang Cina maka kita dapati bahawa semasa berkunjung ke rumah orang-orang Cina tetamu sebaik-baiknya duduk di sebelah kiri tuan rumah tanda menghormati tuan rumah. Te ta m u h en d a k la h j an g a n m in u e t da h ul u ji ka la u dihidangkan minuman melainkan sekiranya dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Seterusnys adalah tidak sesuai mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka makan melainkan kunjungan tersebut memang menghadiri jamuan. Selain itu, apabila kita melihat adapt resam orang kaum masyarakat India Terdapat sedikit sebanyak perbezaan adat antara masyarakat India keturunan Tamil, Punjabi dan India Utara. Secara umumnya adat resam mereka adalah seperti saat kunjungan seelok-eloknya dilakukan pada hari dan masa yang sesuai. Kunjungan ke rumah orang-orang yang hari berpindah dianggap tidak sesuai dilakukan pada hari Khamis, Ahad dan Selasa. Kunjungan untuk mengutip atau memberi wang tidak elok diadakan pada waktu malam. Kunjungan seperti ini amat tidak sesuai pada hari Jumaat. Selain itu, semasa memberi hormat kaum India
12

ada berbagai-bagai cara tetapi kebiasaannya merapatkan kedua tapak tangan dan mengangkatnya hingga ke dada sambil mengucapkan kata-kata yang berm aksu d `selamat'. Seperti juga rumah orang-orang Melayu pengunjung ke rumah masyarakat India hendaklah membuka kasut kecuali tuan rumah membenarkannya. Di samping itu, seseorang pengunjung yang ingin pulang hendaklah terlebih dahulu meminta diri daripada tuan rumah dengan mengatakan `saga akan datang lagi' dan berjabat tangan. Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam, kaum cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoime, Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Di samping itu, terdapat ramai juga yang beragama Kristian. Oleh hal yang demikian, berlakunya pelbagai pengaruhan seperti dalam adapt istiadat, bahasa antara satu kaum dan satu kaum yan berlainan

2.1.2 MASYARAKAT BABA DAN NYONYA Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu yang kini ditukar sebahagian Malaysia, khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan juga mempunyai kelab atau persatuan tersendiri yang tidak membenarkan pendatangpendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina yang mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Kebanyakan pendatang Cina yang terawal datang ke Tanah Melayu(Malaysia) adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah
13

Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain. Selian ini, budaya Baba juga berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan. Pada masa itu ramai di antara mereka telah berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialog bahasa Melayu yang boleh difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Generasi Nyonya iaitu Baba perempuan sejak awal lagi, bermula memakai pakaian kebaya dan kain sarong seperti orang-orang Melayu. Dengan itu, kehidupan orang Baba atau masyarakat cina peranakan memang menarik dan pandangan mereka juga masih bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China. Selain daripada itu, masyarakat Baba juga masih mengekalkan aspek-aspek kebudayaan mereka seperti sistem kekeluargaan dan agama, kecuali tocang. Tocang adalah satu perkara yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu. Di samping itu, mereka juga tidak lagi menggamalkan tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain. Contohny adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Apabila kita melihat rumah orang Baba, ia dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu. Seterunya kebanyakan anak-anak keturunan Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain. Dalam 150 tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan.
14

Selain itu, cara – cara masakan mereka juga kebanyakannya dipengaruhi oleh cara masakan orang Melayu. Dengan itu, makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu juga menjadi sesuatu kebiasaan kepada mereka. Golongan masyarakat Baba juga lebih gemar untuk memakan masakan orang Melayu. Selain lank-pauknya mereka juga suka makan berbagai-bagai jenis ulam terutarnanya petai Gan jering disertai dengan sambal belacan. Di samping itu, bentuk pakaian perempuan iaitu golongan tua sangat pengaruhi oleh seni pakaian wanita-wanita Melayu. Jenis pakaian yang Ramat digemari oleh mereka ialah ‘Baju Kebaya’ dan berkain batik. Selain itu mereka gemar bersanggul dan memakai cucuk sanggul. Selain itu, orang lelakinya pula gemar untuk memakai kain pelikat apabila berada di rumah. Apabila kita melihat dalam bidang kesenian lagu dan nyanyi, mereka meminati lagu-lagu dondang sayang dan keroncong tetapi boleh dikatakan kurang meminati lagulagu Melayu berirama asli. Di Melaka dan di Pulau Pinang ada kumpulan muzik keroncong dan dondang sayang yang ditubuhkan oleh ahli-ahli seni lagu orang Baba. Selain itu, dari segi kepercayaan pula terdapat juga pengaruh budaya tempatan di kalangan masyarakat ini. Hal ini dibutikan apabila mereka mengamalkan perkara – perkara seperti percaya kepada hantu, pontianak dan juga penyakit buatan orang. Bukan itu sahaja, mereka juga mempercayai cara perubatan tradisi iaitu meminta rawatan daripada pawang dan bomoh sebagaimana yang dilakukan oleh setengahsetengah orang Melayu. Selain itu mereka juga terpengaruh dengan kepercayaan terhadap keramat dan memohon kepada sesuatu keramat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajatinya. Masyarakat Baba tetap berpegang kepada ajaran Tao atau Krung Fu Tze dan Budha. Di samping itu, perkataan – perkataan keagamaan yang mereka gunakan juga diambil daripada bahasa Melayu seperti Allah (sebutannya: Tuan Ala) dan dewa-dewa yang dilambangkan dalam bentuk berhala atau patung yang dipanggil oleh mereka datuk-datuk. Penggunaan perbendaharaankata dalam bahasa Melayu seperti ini,
15

adalah mungkin kerana mereka kurang memahami dengan ajaran-ajaran dan kepercayaan orang Cina itu sebab mereka tidak fahami bahasa Cina. Golongan masyarakat Baba memang kuat beribadat mengikut cara agama yang mereka anutinya. Mereka juga memuja aruah leluhur serta merayakan hari Ceng Beng dengan menziarahi kubur datuk nenek mereka. Mereka juga merayakan hari-hari kebesaran masyarakat Cina seperti pesta menyambut Tahun Baru Cina, pesta Hari Hantu Lapar dan lain-lainnya. Seterusnya kita melihat tentang bidang penulisan. Pada Zaman dahulu golongan penulis dan cerdik pandai masyarakat Baba di Malaysia dan juga di Indonesia pernah menerbitkan karya sastera dan akhbar dalam bahasa Melayu. Mereka memang pandai mengarang pantun dan menyanyikan pantun dalam lagu dondang sayang dan juga keroncong. Sesungguhnya masyarakat Cina Peranakan merupakan suatu bentuk kaum yang mempunyai tempatnya yang tersendiri dalam kehidupan masyarakat Malaysia di zaman lampau. Mereka tidak pandai berbahasa Cina tetapi tidak pula dikatakan sebagai suatu golongan atau pecahan daripada bangsa Melayu kerana mereka tidak mengalami asimilasi kebudayaan sampai ke peringkat yang menghilangkan ciri-ciri kecinaannya.(Asmad,1930:100) 2.1.3 MASYARAKAT CHITTY Golongan masyarakat Hindu Peranakan atau dikenali juga masyarakat Chitty Melaka tidak berapa dikenali oleh masyarakat ramai, kerana bilangannya agak sangat kecil. Meeka bukan sahaja tidak dikenali oleh masyarakat Malaysia, tetapi sebesar penduduk Melaka juga tidak mengetahui mereka. Disini yang dikatakan chitty adalah, bukanlah golongan chettiar iaitu orang-orang India selatan dari kasta Chetti yang menjalankan perniagaan meminjamkan wang dengan mengambil bunga itu. Malahan masyarakat Chitty ialah masyarakat yang terbentuk hasil daripada kahwin campur di

16

Melaka di zaman lampau iaitu perkahwinan orang-orang Hindu dengan orang-orang tempatan. Pada masa itu, hampir semua anggota masyarakat golongan ini, tiada mempunyai hubungan langsung dengan saudara mara mereka di tanah besar India. Semua pertalian persaudaraan mereka telah terputus dalam perubahan masa. Oleh sebab masyarakat golong ini telah wujud beberapa kurun lamanya maka bahasa Melayu pula menjadi bahasa ibunda mereka. Mereka tidak tahu bertutur dalam bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Tamil. Walaubagaimanapun, golongan masyarakat ini kuat mengamalkan ajaran agama Hindu. Mereka juga mengamalkan semua adat istiadat agama Hindu. Bahasa yang digunakan oleh mereka adalah seakan-akan seperti bahasa pertuturan masyarakat Cina Peranakan. Ia hanya berbeza dalam penggunaan perkataan-perkataan dari bahasa Tamil dalam bahasa ibunda mereka. Di samping itu, perkataan-perkataan atau istilah – istilah dari bahasa Tamil hanya digunakannya semasa hal-hal yang bersangkutan dengan agama dan keluarga. Selain daripada itu, golongan masyarakat Hindu Peranakan ini juga

mengamalkan ciri-ciri budaya tempatan. Mereka mengamalkan budaya tempatan dalam seni kehidupan mereka seperti pakaian, makanan dan cara memasak dan juga adat-istiadat serta dalam upacara perkahwinan. Pakaian pengantin mereka mempunyai banyak persamaan dengan pakaian pengantin Melayu secara tradisi. Kecuali dalam hal-hal yang berkenaan agama Hindu, dalam segala kehidupan mereka wujud kesankesan asimilasi antara kebudayaan Melayu dalam masyarakat peranakan Hindu itu. Di samping itu, apabila kita mengkaji paras rupa mereka, mereka dapat dibezakan dengan masyarakat keturunan India yang lain di negara ini. Terdapat unsurunsur asimilasi yang jelas yang menunjukkan ciri-ciri kemelayuan atau kecinaan walaupun masih ketara sifat keindiaannya. Golongan masyarakat ini adalah berasal daripada golongan orang – orang India pendatang pada zaman kerajaan Melayu Melaka di zaman lampau. Ini menjelaskan bahawa mereka bukannya orang-orang India
17

yang dibawa masuk secara kontrak ke negara kita oleh orang Inggeris pada akhir abad ke-19 dan abad ke-20 ini. 2.1.4 MASYARAKAT SERANI Selain daripada, masyarakat Baba dan Nyonya, masyarakat Chitty masyarakat Serani turut menjadi salah satu kesan utama masyarakat pluralistik. Masyarakat Serani adalah orang yang berasal daripada golongan bangsa Barat di Malayisa. Mereka adalah kumpulan masyarakat yang berketurunan Portugis yang

memerintah negeri Melaka pada tahun 1511 – 1641 Masihi. Walaupun mereka tinggal di mana – mana kawasan di Malaysia, oleh kerana sejarah kedatangan orang Portugis pada zaman lampau maka kita mengangapkapkan mereka berasal dari Melaka. Kebanyakan tempat tiggal orang – orang serani terletak di pinggir pantai dalam kawasan perbandaran Melaka. Pada masa itu, jumlah bilangan rakyat Malaysia keturunan Portugis juga tidak ramai. Di samping itu, mereka juga sangat erat dan harmoni dengan semua kaum – kaum lain. Jumlah bilangan masyarakat serani telah merosot dengan cepat melalui proses perkahwinan campuran orang-orang Serani dengan orang-orang keturunan lain. Di samping itu, oleh kerana lebih daripada 300 tahun telah hilang perhubungan mereka dengan keturunan asal mereka. Ia juga boleh dikatakan sebab utama bagi kebudayaan Portugis telah hapus daripada masyarakat Serani itu. Apabila kita melihat, persamaan - persamaan seni kehidupan orang Serani dengan masyarakat orang Melayu, ia dapat dengan jelasnya dapat dilihat pada beberapa aspek budayanya. Salah satu perbezaan yang jelas adalah terhadap nama mereka. Contoh nama-nama orang Serani di Melaka ialah: De Souza, Teixera, Squeira, Lazro, Gomes, Fernandez clan Lopez. Menurut kebancian beberapa tahun yang lalu di Melaka ada kira-kira 3,000 orang Serani. Mereka bertutur dalam suatu bentuk bahasa iaitu bahasa Portugis yang telah bercampur aduk dengan perkataan-perkataan Melayu, Belanda dan Inggeris. Bahasa mereka dikenali dengan namanya bahasa Cristo dan Potois.
18

Pernah terjadi pada suatu ketika yang tidak berapa lama dahulu sekumpulan orang Portugis yang berkunjung ke kampung Serani di Melaka. Mereka tidak dapat memahami bahasa Cristo yang dituturkan oleh orang keturunan Portugis di Melaka itu. Begitu juga dengan orang Serani tidak dapat memahami bahasa pertuturan orang Portugis itu. (Asmad,1930:107) Seperti yang dikatakan di dalam petikan di atas, masyarakat memang berjaya menciptakan satu bahasa baru, campuran daripda kedua-dua bahasa iaitu bahasa inggeris dan Portugis. Walaubagaimanapun mereka masih teguh memelihara kesenian mereka. Semua lagu-lagu Berta nyanyian dan tarian mereka mempunyai step – step yang tersendiri. Antara tarian – tarian yang mereka sangat minati adalah tarian beranyot. Di samping itu, mereka juga sangat suka untuk menari tarian tradisi orang melayu iaitu tarian joget. Di samping itu, golongan tua masyarakat Serani pula meminati lagu dondang sayang selain itu ada di antara mereka yang pandai menyanyikan lagu itu. Masyarakat Serani juga bukan sahaja pandai berpantun, malahan tahu menilai pantun-pantun yang dinyanyikan dalam lagu dondang sayang. Meniliti kesukaan orang Serani menari joget dan minatnya Yang mendalam terhadap lagu dondang sayang, mungkin ada benarnya pendapat yang pernah dinyatakan orang bahawa tarian joget dan lagu dondang sayang adalah berasal daripada kesenian Portugis atau berunsurkan Beni tari dan nyanyian orang Portugis. Kebanyakan masyarakat Serani di Melaka juga menganut agama Kristian mazhab Katolik. (Asmad,1930:107) Setiap rumah mereka akan dipunyai patung agama yang dianutinya itu bersertaan dengan hari-hari kebesaran orang Portugis dan perayaan agama Kristian yang lainnya juga di sambut oleh mereka secara meriah. Mereka juga merayakan perayaan seperti hari Natal atau Krismas dalam setahun. Mereka memang sangat berminat dalam bidang seni muzik dan nyayian. Penyanyi-penyanyi Senari juga boleh menyanyi lagulagu Melayu dengan fasih. Ciri – ciri orang kemalaysianan turut ternampak jelas
19

terhadap orang Serani. Selain itu, jenis-jenis makanan dan masakan juag hampir bersamaan dengan makanan tempatan. Apabila kita melihat golongan wanita-wanita masyarakat Serani, golongan tua memakai pakaian tradisi orang Melayu iaitu berbaju kebaya labuh dan berkain batik. Pada umumnya mereka bersanggul, lengkap dengan cucuk sanggul. Di samping itu, golongan lelaki tidak pula memakai pakaian cara Melayu hanya memakai kain pelikat sahaja ketika di rumah. Di samping itu kita juga tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh ciri-ciri budaya orang Portugis dalam bahasa melayu. Terdapat kira-kira 300 patch perkataan dalam bahasa Melayu yang diambil daripada bahasa Portugis dan hampir semua perkataan yang diambil itu telah disesuai dengan kelaziman sebutan lidah orang Melayu. (Asmad,1930:108) Perkataan meja berasal daripada bahasa Portugis iaitu mesa. Kemeja berasal daripada perkataan kamisa clan perkataan keju berasal daripada bahasa Portugis kesu. Perkataanperkataan lain yang diambil daripada bahasa Portugis, ialah: roda, sepatu, kebaya, jendela, kereta, baldi, peniti, pica, tuala, garpu, merinyu, bole, bomba, peluru, pidato, sekolah, minggu clan lampu. Sebaliknya, ada juga perkataan dalam bahasa Melayu yang diambil oleh orang Serani. Perkataan pun dan mesti dipakai dengan meluas dalam bahasa Cristo clan Potois. . (Asmad,1930:108) 2.1.5 PERAYAAN (THAIPUSAM) Malaysia terkenal sebagai sebuah negara berbilang kaum tetapi tetap utuh sebagai bangsa yang kaya dengan warisan budaya termasuk adat istiadat dan kebudayaan serta perayaan. Salah satu perayaan yang di sambut oleh kaum India adalah Thaipusam. Thaipusam ialah perayaan yang mula dirayakan di Tamil Nadu (India Selatan). Namanya diambil daripada bahasa Tamil sendiri, iaitu Thai (selalunya merujuk pada bulan Januari atau Februari) dan Pusam (perayaan). Perayaan ini sering diraikan secara besar-besaran di tiga buah kuil utama di negara ini, iaitu di Kuil Sri Subramaniam di Ipoh, Kuil Balathandayuthabani di Pulau Pinang dan Kuil Sri
20

Subramaniar di Batu Caves, Kuala Lumpur. Masyarakat Hindu biasan ya membayar nazar pada perayaan ini. Sehubung dengan itu, bukan sahaja kaum India sahaja yang menyambut perayaan Thaipusam tetapi masyarakat kaum Cina turut menyambutnya. Menurut kepercayaan orang India salah satu cara untuk membayar nazar adalah bercucuk. Kini cara ini, telah dipengaruhi oleh kaum asing seperti di kalangan kaum Cina. Pada masa perayaan, kita boleh melihat orang kaum Cina turut membayar nazar seperti cara orang India. Ini membuktikan kita bahawa pengaruhan unsur keagamaan berlaku di kalangan dua kaum yang lain atau masyarakat pluralistik. 2.1.6 BUDAYA RUMAH TERBUKA Rumah terbuka di Malaysia bermaksud sesuatu perayaan agama disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia. Rumah terbuka tidaklah bertujuan mengembangkan agama kepada penganut agama lain. Biasanya rumah terbuka diadakan di padang atau di dalam dewan. Sebelum ini, konsep rumah terbuka dijalankan secara kecil-kecilan di mana tuan rumah menjemput rakan taulan datang ke rumah bagi menikmati juadah yang disediakan. Rakan dari kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain turut dijemput. Amalan rumah terbuka ini sesuatu yang unik bagi Malaysia, telah mendorong menyumbang kepada keamanan dan kebaikan keadaan dalam negara kita. Adat rumah terbuka telah diamalkan di kalangan masyarakat Malaysia sejak zaman dahulu lagi. Sebagai conthonya, Masyarakat kaum Islam menyambut Hari Raya. Pada hari itu, mereka mengadakan rumah terbuka dengan menyembut kawan – kawan mereka yang beragama India dan Cina. Ini akan mengeratkan lagi hubungan di antara ketiga – tiga kaum ini iaitu Melayu, Cina dan Indai.

Bagitu juga dengan orang kaum Cina dan India. Mereka akan mengadakan rumah terbuka kepada kawan mereka yang berlainan agama, dan mereka pula akan mengadakannya semasa hari perayaan Tahun Baru Cina dan hari Deeavali. Dengan cara ini, bukan sahaja masyarakat Malaysia menjalinkan perhubungan yang baik antara satu sama lain tetapi mereka juga dapat menikmati makanan – makanan daripada berbilang kaum. Dengan ini, berlaku juga pengaruhan dalam jenis makanan diantara
21

mereka. Sekiranya kita membuat satu kajian kecil, kita dapati bahawa kaum Islam kini menikmatikan makanan orang bukan Islam begitu juga dengan orang bukan Islam terhadap makanan orang Islam. Ini akan menguatkan lagi perpaduan di antara mereka. Ini adalah satu kejayaan kita dalam menjalinkan perpaduan antara kita. Sekiranya, keadaan ini diperkuatkan lagi maka pada suatu hari nanti makanan orang melayu nasi lemak, makanan orang Cina kuih bulan, makanan orang India tosai, tidak lagi lagi diasingkan manakala akan digelarkan sebagai makanan orang Malaysia. 2.1.7 BAHASA Terdapat juga banyak kesan dalam kewujudan masyarakat dalam Negara kita. Salah satu daripdanya adalah unsure bahasa. Bahasa kebangsaan telah banyak minjam unsur – unsur bahasa daripada unsur bahasa lain dengan beberapa factor penting. Salah satu daripadanya adalah memberikan kefahaman kepada fenomena atau benda baru. Selain itu, ada juga perkataan Bahasa Melayu yang tidak menepati maksud bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Berikut adalah unsur – unsur bahasa Sanskrit yang di gunakan oleh orang India. Dan sesetengah perkataan itu, telah mempengaruhi usur – unsur bahasa Melayu di Malaysia. Ini juga dapat digolongkan sebagai salah satu kesan kewujudan mayarakat pluralistik di Malaysia. Selepas agama Hindu, orang Melayu mula menerima pengaruh Islam pada akhir abad ke-13. Kedatangan agama Islam turut membawa pengaruh bahasa Arab. Pengaruhan unsur bahasa turut berlaku disebabkan oleh perkahwinan campur antara orang Melayu dengan Arab. Berikut adalah unsur – unsur bahasa Arab yang di gunakan oleh orang Islam dari Arab. Ini juga dapat digolongkan sebagai salah satu kesan kewujudan mayarakat pluralistik di Malaysia

2.1.8 KESIMPULAN Kesimpulannya, kebudayaan pada dasarnya adalah cara hidup sesuatu
22

kelompok manusia, tetapi apabila ianya dilihat daripada segi tertentu misalnya politik dan diberikan makna yang tertentu pula (untuk memberi identiti kelompok, misalnya), maka ia menjadi persoalan yang boleh meruncingkan pula hidup manusia. Di negara kita contohnya, kebudayaan sering dijadikan simbol untuk menggembelingkan tenaga bagi menegakkan sesuatu fahaman atau pergerakan. Ada yang baik akibatnya, yang cuba mengemukakan nilai-nilai yang luhur bagi meningkatkan lagi kualiti hidup manusia seperti gagasan menerapkan nilai-nilai Islam kepada masyarakat Malaysia, kerana dengan berbuat demikian rakyat Malaysia akan berpandu hidupnya kepada susila dan hemah yang mulia dalam interaksi antara satu sama lain. Di samping itu, tidak boleh dinafikan bahawa Negara kita memang kaya dengan kebudayaan yang mana kesan daripada kewujudan masyarakat pluralistik. Kini kita mempunyai nama baik diantara sama seperti negara-negara lain kerana dapat mencapai perpaduan yang sangat kuat diantara masyarakat Malaysia Melayu, Cina dan India. Maka ramai pelancong turut datang ke Negara kita untuk menikmati kebudayaan kita. Maka, sebagai satu cara untuk berterima kasih kepada satu kaum dan ke satu kaum yang lain kita hendaklah bersatupadu serta berganding bahu bersama – sama dalam proses pembangunan Negara kita.

2.2 ASPEK EKONOMI
23

Pembentukan

masyarakat

pluralistik

di

Negara

kita

sering

kali

dikaitkan dengan tiga kaum – kaum yang utama iaitu, kaum Melayu, Cina dan India. Ketiga – tiga kaum ini, memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan ekonomi – politik British di Tanah Melayu iaitu kini Malaysia. Sebelum tahun 1848, hampir kesemua penduduk Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu. Namun demikian, perkembangan perusahaan bijih timah mulai pertengahan oleh orang – orang Cina pada abad ke-19. di samping itu perusahaan getah mulai awal abad ke-20 oleh orang – orang India. Keadaan ini, telah mengakibatkan penghijrahan orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu. Menjelang tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu melebihi jumlah penduduk Melayu. Kewujudan pelbagai kaum yang mengekalkan kebudayaan masing-masing telah mengakibatkan satu masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Tiap-tiap kaum mempunyai agama, bahasa dan cara hidup yang berlainan. Perlaksanaan dasar "divide the rule " yang bereti ‘pecan dan perintah’ pemerintahan Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu Bangsa Melayu , Kaum Cina dan Kaum India. Melalui dasar ini Orang Mela yu keban yakann ya menetap di kawasan luar bandar atau Kampung dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina pula menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai perniagaan dan pelombong bijih timah manakala. orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969. Berikutan dengan peristiwa yang hitam itu berlaku, kerajaan Malaysia dapat menyedari bahawa raykat Malaysia mengalami masalah besar di kalangan mereka. Apabila dikajikan dengan teliti, maka kerajaan dapat mengesan bahawa Peristiwa 13 Mei ini berlaku disebabkan oleh aspek ekonomi. Maka kerajaan telah mengambil langkah – langkah effektif terhadap masalah tersebut.
24

Sehubung dengan itu, kerajaan telah memperkanalkan DEB iaitu Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka langkah ini telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini. Sekiranya kita membuat kajian yang teliti, kita dapati bahawa ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah punca uatam daripada isu kemiskinan. Pada masa itu, didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik dan pesat. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata. Salah satu daripadanya adalah penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi, dan yang kedua adalah pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk pada tahun 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan dan pada masa itu, pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200 sahaja. Kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah melalui badan –
25

badan yang diperkenalkan seumpama FELDA, RISDA, FELCRA, MADA, KADA, MAJUIKAN demi startegi luar badar. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970. Seterusnya bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang. Salah satu daripadanya adalah mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990. Startegi kedua adalah, mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi. Seterusnya, kerajaan juga telah menambahkan dengan cepat, bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.Selain itu kerajaan juga telah meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar. Seterusnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) pun telah berakhir pada tahun 1990. Dasar DEB telah dapat mencapai matlamat dan objektifnya iaitu membangunkan negara pada tahap yang memberangsangkan. Walaubagaimanapun, dalam dimensi tertentu matlamat yang ingin dicapai melalui DEB masih lagi jauh daripada sasarannya. Di samping itu, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan pada tahun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) 1991 — 2000 telah digubal berasaskan DPN. Apabila menkaji tentang matlamat DPN kita mendapati bahawa dasar ini adalah untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil.
26

DPN juga seupama DEB, objektif utama DPN adalah melahirkan perpaduan negara. Objektif DPN adalah sangat penting dan boleh dikatakan tulang belakang untuk kestabilan social dan politik dan pembangunan Negara yang berterusan. Kalau kita bandingkan DPN dengan DEB maka kita dapati bahawa DPN turut mempunyai startegi – starteginya. DPN juga telah menguatkan lagi objektif – objektif DEB dengan memasukkan beberapa dimensi baharu dalam pelannya.salah satu daripada pelannya adalah penegasan terhadap pembasmian kemiskinan dengan dua tumpuan utama, iaitu menghapuskan, kemiskinan tegar (hardcore poverty) dan mengurangkan kemiskinan relative. Ia juga berstartegi menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi. Ia juga berobjektif meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. Tahap kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia telah turun daripada 16.5 peratus pada tahun 1990 kepada 7.5 peratus pada tahun 1999. Jumlah isi rumah miskin dilaporkan telah berkurangan sebanyak kira-kira 39 peratus kepada 351,000 pada tahun 1999. Namun demikian, jurang kemiskinan antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar masih lagi ketara seperti dalam jadual 7.1.(Shamsul Amri Baharuddin,2007:126)

Dipetik daripada: .(Shamsul Amri Baharuddin,2007:126)
27

Selain daripada itu, Ekonomi Negara juga di susun semula dengan perancangan yang teliti. Seperti yang dihuraikan diatas, selepas Merdeka kerajaan telah membiarkan usaha untuk mengatasi pelbagai masalah sosio- ekonomi dan sosio-politik. Secara ringkasnya, pembentukan Dasar Ekonomi Baru dan juga pembentukan Dasar Pembangunan Nasional telah menjadi langkah utama pembangunan Ekonomi Negara di Malaysia. Di samping itu, Rancangan Ekonomi Lima Tahun juga diwujudkan demi pembangunan Ekonomi Negara, dengan cara ini, kerajaan juga telah tumpuan utama diberikan kepada pembangunan luar bandar. Sehubung dengan itu, kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar ditubuhkan telah pada Oktober 1959. Di samping itu, Rancangan lima tahun juga mempunyai dua tahap iaitu Sebelum Persekutuan Malaysia dibentuk dan Selepas Persekutuan Malaysia. 2.2.1 KESIMPULAN Kesimpulanya, pembangunan ekonomi yang dirancang lalu dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selepas merdeka, telah memberikan kesan yang positif. Hal ini dapat dibuktikan apabila Ekonomi Negara kita yang lama yang hanya menumukan sektor pertanian kini telah mencapai perubahan dengan mempunyai ekonomi yang berorientasikan industri eksport dan k-ekonomi. Semua yang kita inkmati pada masa sekarang adalah kesan daripda kejadian – kejadian yang lama. Contohnya, pembasmian kemiskinan tanpa mengira golongan etnik sudah dapat diatasi. Manakala penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara golongan etnik menjadi seimbang turut mencatatkan hasii yang positif. Dalam kehidupan seharian pula, proses urbanisasi yang berlangsung seining dengan proses pembangunan ekonomi telah menyebabkan proses perpaduan terus berlangsung. Sekiranya kita kaji dengan teliti maka kita mendapati bahawa semua ini adalah kesan daripada kewujudan masyarakat pluralistik di Negara kita. Sehubung dengan itu, kini rakyat Malaysia tanpa mengira golongan etnik telah berinteraksi dengan lebih harmoni sama ada di tempat kerja atau di tempat tinggal.

28

2.3 ASPEK PENDIDIKAN 2.3.1 IMBASAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DALAM MALAYSIA Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan • • • • Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini • • • • • • Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979
29

• • • • • •

Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin. Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran

Rang Undang Undang Pendidikan 1995 • • • • • • Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem Pendidikan kebangsaan Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

2.3.2 PENYATA RAZAK 1956 Penyata Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan menyatakan:
“Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.” (Penyata Razak, perenggan 12, 1956)

Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961
30

telah dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporanlaporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. (Wan Hashim, 1983) 2.3.3 AKTA PENDIDIKAN 1957 Dalam peruntukkan Perlembagaan Persekutuan bagi kemerdekaan pada tahun 1957, bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris masih lagi digunakan. Pada tahun 1956, pucuk pimpinan parti perikatan telah memperkenalkan akta untuk pendidikan iaitu Akta Pendidikan 1957. Prinsip Akta Pendidikan 1957: i. Sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan; ii. Oleh sebab bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan, maka di Sekolahsekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran; iii. Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku-buku teks yang lain mestilah berteraskan Malaysia; dan
iv. Bukan lagi berteraskan Negara China dan India (John Lowe, 1960)

2.3.4 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa:
31

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar. Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Matapelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pada 16 Januari 2007 PIPP ini bertujuan melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menggariskan enam teras strategik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke arah membentuk Misi Nasional menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun 2020. KPM berhasrat pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan akan membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan
32

kesenian bangsa. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar. Langkah seterusnya adalah memperkasakan Sekolah Kebangsaan supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti. 2.3.5 RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN, (RMK9) 2006-2010 Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti sistem pendidikan, sepanjang tempoh RMK9 empat agenda utama yang perlu diberi tumpuan oleh semua pihak ialah pertama, memperkasakan Sekolah Kebangsaan; agar ia menjadi pilihan rakyat. Kedua, membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia; agar generasi yang dilahirkan nanti mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga, merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Keempat, mempertabatkan
33

profesion keguruan.Selain daripada empat agenda utama tersebut kita perlu sentiasa ingat bahawa tidak sampai empat belas tahun lagi kita akan melangkah ke tahun 2020. Hasrat kita adalah untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Malaysia ketika itu harus menjadi sebuah negara yang bersatu dengan masyarakat Bangsa Malaysia. Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak menyeluruh. Hanya 80 peratus pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah yang menyertai aktiviti ini. Bagi menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, ianya telah dijadikan syarat kemasukan ke IPTA mulai tahun 2006. Cabaran KPM adalah untuk memantapkan program kokurikulum dan sukan supaya menarik penyertaan pelajar serta memperluas pilihan aktiviti kokurikulum dan sukan pada semua peringkat pendidikan. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar. Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan. Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan negara. Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting. Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari hakikat ini, langkah-langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang sama untuk memperkasakan Sekolah. (http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/html/bahasa.htm)
34

2.3.6 KESIMPULAN Secara kesimpulan, selepas Merdeka sistem pendidikan dalam Malaysia mengalami perubahan dinamik. Terutama dengan kewujudan masyarakat pruralistik. Selepas kemerdekaan sistem pendidikan yang setara telah diperkenalkan. Dengan itu, kerajaan dapat mewujudkan hubungan etnik. Selain itu, sistem pendidikan yang tidak hanya menguntungkan satu kaum haruslah disokong dan diteruskan. Sistem pendidikan yang mantap akan melahirkan model insan kelas pertama. Kurikulum KBSR dan KBSM yang terdapat dalam sistem pendidikan di negara ini sememangnya mempunyai motif untuk membentuk integrasi nasional dalam kalangan pelajar walaupun dalam falsafah pendidikan tidak menyatakan secara jelas “ hendak menyatukan kanak – kanak dari semua kaum di dalam negara ini “, sepertimana yang terkandung dalam Penyata Razak ( 1956 ). Bagaimanapun, Falsafah Pendidikan Negara yang mengambil kesemua intipati Rukun Negara jelas menunjukkan matlamat pembentukan perpaduan kebangsaan masih berkekalan. Untuk mencapai hasrat ini, adalah dirasakan amat penting KBSR dan KBSM dijuruskan ke arah membentuk dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan masyarakat, dasar – dasar negara, matlamat dan objektifnya serta penegasan terhadap kesedaran kebangsaan dan pemupukan integrasi nasional secara menyeluruh dan bersepadu.

2.4 ASPEK POLITIK Isu sosial dan politik yang dibangkitkan oleh parti-parti politik adalah mengikut kepentingan etnik (Freedman, 1960; Esman, 1972; Rabushka, 1972; Chandra Muzaffar, 1996). Ramai ahli sains social berpendapat, etnisiti memainkan peranan penting dalam menarik sokongan dan kekuatan. Penglibatan masyarakat Tempatan dalam politik
35

meningkat apabila pihak british memperkenalkan Malayan Union dan penyerahan Sabah dan Sarawak kepada British untuk ditadbir sebagai tanah jajahan pada tahun 1946.
‘Malay opposition to the Union Proposals was so strong that in January 1946, Dato Onn bin Ja’far organized the Peninselur Malay Movement at Johore to defend and protect the privileges of the Malays. In march 1946, representatives of fourty-one Malay associations came together to form the United Malays National Organisation (UMNO).’ ( 1970:10) G.P.Means.

Pada 1 March 1946 wakil-wakil daripada 41 persatuan dan pertubuhan Melayu telah membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dato’ Onn Jaafar telah dilantik sebagai Presiden yang pertama dan orang-orang Melayu pada waktu itu buat pertama kalinya, menjadi lebih bersatu apabila memperjuangkan satu hala tuju yang dikongsi bersama. UMNO menjadi peneraju bagi penentangan orang Melayu terhadap Kesatuan Malaya. Perpaduan orang Melayu telah menjadi satu kuasa baru yang harus dihadapi oleh pihak British dan juga masyarakat Cina. Masalah dalam mendapatkan kerjasama politik daripada kumpulan etnik utama di negara ini dalam memperjuangkan kemerdekaan berjaya diatasi dengan pembentukan pakatan di antara UMNO dan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan kemudiannya disertai oleh Kongres India Malaya (MIC). Ketika pilihanraya persekutuan yang pertama diadakan pada tahun 1955, pakatan UMNO-MCA-MIC yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah memperolehi kemenangan yang besar dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Selepas Merdeka Parti perikatan yang merangkumi UMNO, MCA dan MIC telah mengambil alih pemerintahan apabila Tanah Melayu. Kemenangan Parti Perikatan dalam Parti Perikatan Pilihan Raya Parlimen pada tahun 1959 jelas menunjukkan Kepercayaan penuh rakyat. Parti Perikatan memenangi dengan 74 daripada 104 kerusi yang dipertandingkan dan 89 daripada 104 kerusi pada tahun 1964. Selepas itu Parti Perikatan telah berjaya memperoleh 67 daripada 103 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Parlimen pada tahun 1969. JADUAL 1: Pencapaian Parti-Parti Politik Dalam Pilihanraya 1969
36

Parti Perikatan PAS DAP Gerakan PPP

Parlimen 76 12 13 8 4

Negeri 167 40 31 26 12

Sumber

:

John Slimming, Malaysia, death of a democracy, John Murray,

London, 1969 hlm 18. (dipetik dari nota En.Mohd Ashraf, Jabatan Kajian Sosial, IPRM)
Keputusan pilihanraya Mei 1969 dan kejayaan parti-parti bukan Melayu sekali lagi menimbulkan ancaman terhadap kedudukan bumiputera orang-orang Melayu. Jawapan yang diberikan oleh Jabatan Perpaduan Negara ialah bahawa Malaysia akan mempuyai ideologi negara yang didasarkan kepada perlembagaan Malaysia dan mencerminkan cara hidup Malaysia. Negara. Pada awal Mac 1970, Majlis Perundingan Negara melalui guarded statement telah Jabatan itu juga telah membekalkan laporan mengenai keadaan dan ketidak Pada membincangkan kertas megenai Rukun Negara yang disediakan oleh Jabatan Perpaduan seimbangan ekonomi kepada Majlis Perundingan Negara untuk dibincangkan.

pertengahan bulan Ogos 1970, Majlis Perundingan Negara yang bersidang selama dua hari di Kuala Lumpur telah meluluskan prinsip Rukun Negara yang telah didrafkan selama beberapa bulan. Prinsip-prinsip Rukun Negara akhirnya terjelma dalam bentuk;

a) b) c) d) e)

Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan (dipetik dari nota En.Mohd Ashraf, Jabatan Kajian Sosial, IPRM)

Semenjak

merdeka,

Malaysia

diperintah

oleh

sebuah

Pakatan

yang

kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional pada tahun 1971. Barisan Nasional merupakan satu gabungan parti-parti politik yang telah mendapat majoriti dalam
37

Parlimen sepanjang sembilan pilihanraya yang diadakan sejak kemerdekaan Malaysia. Namun, pada tahun 1969, buat pertama kalinya gabungan ini gagal mempertahankan majoriti dua pertiganya. Tekanan perkauman telah mengakibatkan rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah membawa kepada penubuhan kerajaan darurat yang dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara. Tun Razak telah dilantik sebagai Pengarah Operasi di bawah Akta Perintah Darurat selama 22 bulan sehingga perintah Darurat dibubarkan dan Parlimen dipulihkan pada 22 September 1970. Semenjak peristiwa tersebut, sasaran utama Kerajaan merupakan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang digubal untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira bangsa dan juga untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Selepas Barisan Nasional ditubuhkan pelbagai cabaran telah ditempuh. Sehingga hari ini, segala usaha membina ikatan kerjasama dan merancang serta melaksana program pembangunan Negara secara berterusan telah Berjaya mendapat sokongan rakyat setiap kali pilihan raya umum diadakan. Dasa-dasar kerajaan yang tidak berat sebelah dan saksama untuk semua kaum, memberi penekanan yang tinggi dalam perhubungan etnik dan sikap tolak ansur telah mengagalkan parti pembangkang yang merancang untuk memecahbelahkan dasardasar tersebut. Secara rasional, hubungan mereka lebih bersifat utilitarian dan mengikut mereka dalam jaringan silang budaya dan merentas etnik masing-masing. (Mansor Mohd Noor, 2005) 3.4 KESIMPULAN Kesimpulannya, selepas Merdeka kewujudan masyarakat pluralistik memainkan peranan penting dalam memelihara kestabilan politik. Untuk mewujudkan kestabilan politik dalam sesuatu Negara yang mempunyai etnik yang banyak bukan semudah seperti kita sangka. Dengan penubuhan Parti Barisan Nasional jelas menunjukkan perpaduaan dan kesan pluralistik yang ketara. Kewujudan masyarakat pluralistik telah memangkinkan masyarakat melibatkan diri dalam politik. Penglibatan semua kaum dalam politik akan menjamin kesejahteraan Negara kita. Untuk meneruskan system politik yang stabil dan selamat, proses musyawarah harus diteruskan dalam semua aspek.
38

39

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->