Pengenalan Perniagaan Saya, Cik Low Su Ann meneruskan perniagaan Kedai Su Ann’s Enterprise yang menjual pakaian kanak

-kanak jenis milikan tunggal di Bandar Sri Damansara. Pakaian ini merupakan buatan Malaysia. Perniagaan inni telah beroperasi sejak 1 Ogos 2011 dengan bantuan oleh seorng pekerja dengan gaji bulanan RM1500. Baki perniagaan Kedai Su Ann’s Enterprise pada 1 Ogos 2012 adalah seperti berikut: RM Lengkapan Stok Bank Tunai Modal 15 000 10 000 74 000 1 000 100 000

Saya memilih perniagaan tersebut disebabkan terdapat pelancaran projek perumahan secara besar-besaran di Bandar Sri Damansara. Oleh itu, Kedai Su Ann’s Enterprise dapat meningkatkan jumlah jualannya. Seterusnya, saya sangat meminati dalam bidang fesyen. Di samping itu, perniagaan milikan tunggal ini mudah ditubuhkan.

Kelebihan menjalankan perniagaan ini adalah dapat menjimatkan kos upah kerana tidak perlu mengubah ramai pekerja. Selain itu, pemilik perniagaan bebas menguruskan perniagaan dan menbuat keputusan. Tambahan pula, modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan ini adalah kecil.

Risiko-risiko yang dihadapi oleh milikan tunggal ini adalah liabitinya tidak terhad sehingga boleh menebabkan pemilik menjual harta persendirian untuk menampung hutang. Di samping itu, perniagaan ini tidak mempunyai jaminan yang berterusan apabila pemilik meninggal dunia. Bukan itu sahaja, perniagaan ini mungkin tidak akan kekal lama kerana mempunya persaingan daripada butik-butik lain.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful