You are on page 1of 8

2.

0 PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI TANAH MELAYU ZAMAN KOLONIAL BRITISH
Dalam abad ke-19, keadaan ekonomi di Britain begitu buruk, dan kemerosotan ekonomi ini telah menggugat kedudukan kelas kapitalis di mana sumber-sumber bahan mentah berkurangan, tempat memasarkan barangbarang siap tiada dan tempat untuk melabor modal juga tiada. Pada ketika ini, persaingan dalam Revolusi Perindustrian1 di Eropah telah menyebabkan British berhasrat menguasai Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang kaya dengan bijih timah untuk keperluan kilang-kilangnya. British mengambil kesempatan untuk campur tangan dan memaksa sultan-sultan Melayu menerima naungan British bagi negeri-negeri ini kerana

ketidakstabilan politik pada masa itu. Campur tangan British bermula secara rasmi dengan termaktubnya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Hal ini merupakan satu titik permulaan yang telah meletakkan seluruh Semenanjung Tanah Melayu di bawah taklukan Inggeris, hasil daripada berbagai tipu helah yang dilakukan pihak Inggeris (Shamsul Amri Baharuddin, 1979, pp. 335339). Tujuan utama mereka adalah untuk mengeksploitasi kekayaan hasil bumi negeri-negeri di Tanah Melayu demi keperluan untuk Revolusi Perindustrian di Eropah. Bagi tujuan tersebut, penjajah Inggerismembawa masuk imigran-imigran luar terutamanya dari negara China dan India untuk bekerja di Tanah Melayu. Kemasukan imigran sebagai buruh asing tersebut adalah satu agenda ekonomi Inggeris bagi mengeksploitasi hasil bumi di Tanah Melayu, antaranya untuk mengusahakan pertanian dagangan, lombong-lombong bijih timah dan ladang-ladang getah.

2.1 Penghijrahan Imigran Cina dan India Setelah menguasai Tanah Melayu, British memperkenalkan pertanian dagangan. Pada awalnya British mengusahakan beberapa jenis tanaman tradisional seperti lada hitam, gambir, buah pala, cengkih, ubi kayu, tebu dan
1

Revolusi Perindustrian adalah zaman pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 apabila perubahan besar dalam pertanian, pembuatan dan pengangkutan memberi impak yang besar kepada sosioekonomi dan kebudayaan di Britain.

2 Kerajaan Manchu ialah dinasti China yang memerintah dari tahun 1644 hingga 1911. Kemudiannya. Tanaman ini diusahakan kerana mendapat pasaran yang baik. mesin wap dan pam kerikil. Sungguhpun bijih timah telah dilombong oleh orang-orang Melayu sejak berabad-abad lamanya. Dengan itu. penghijrahan imigran Cina juga adalah disebabkan oleh beberapa faktor penolak di negara mereka seperti masalah sosial dan ekonomi di China. tanaman lada hitam dan gambir diperkenalkan di Johor. Revolusi Perindustrian telah menyebabkan kekayaan sumber bijih timah di Tanah Melayu diperlukan British untuk tujuan perusahaan mengetin makanan. Selangor. Pada mulanya. British memerlukan tenaga buruh yang banyak. demikian kerana mereka mempunyai kepakaran dalam perlombongan bijih timah yang dapat memaksimumkan pengeluaran bagi memenuhi kepentingan British. Oleh yang demikian. Selain migrasi yang berlaku untuk tujuan pertanian dagangan. Berikutan itu. di samping kekacauan dan korupsi politik pemerintahan kerajaan Manchu2. Sehingga awal kurun ke-20. Negeri Sembilan dan Sarawak. . British memerlukan buruh yang banyak. Teknologi ini sememangnya dapat meningkatkan hasil pengeluaran bijih timah berbanding cara tradisional yang digunakan orang Melayu. 1993. lada hitam menjadi eksport utama Johor pada awal abad ke-20. namun pengeluarannya adalah terhad kerana dijalankan dengan menggunakan cara tradisional seperti mendulang (Sheela Abraham. 52). imigran Cina dari Singapura dibawa masuk untuk mengusahakan tanaman tersebut melalui Sistem Kangcu. pp. pada abad ke-19. Untuk tujuan tersebut. Pelombong Cina ini menggunakan kaedah lombong dedah. Di samping dasar pemerintahan British di Tanah Melayu.nanas. Hal ini telah menyebabkan pihak British untuk membawa masuk imigran Cina ke Tanah Melayu. penanaman lada hitam untuk tujuan eksport diperkenalkan di Pulau Pinang. British mesti menguasai negeri-negeri Melayu yang kaya dengan sumber ini sebelum dikuasai negara Eropah yang lain untuk mendapatkan bekalan bijih timah yang berterusan dan menjadikannya tempat memasarkan hasil keluaran kilang mereka. kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu juga adalah disebabkan Revolusi Perindustrian.

guru. Di samping itu. British turut membawa masuk imigran dari India. doktor dan lain-lain. peluang pekerjaan bagi golongan menengah di Tanah Melayu turut dipenuhi oleh orang India seperti kerani. Dua buah perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan buruh India ialah Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya. Bencana alam yang berterusan di India telah menimbulkan penderitaan yang teruk pada penduduk akibat hasil pertanian yang tidak mencukupi. adanya terdapat hubungan antara Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India turut memudahkan lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. . perusahaan getah di Tanah Melayu menarik banyak modal oleh syarikat-syarikat besar di Eropah dan pembukaan ladang getah dikenakan cukai yang rendah berbanding tanaman lain. Hampir semua imigran India yang berhijrah masuk ke Tanah Melayu berasal dari India Selatan terutamanya dari wilayah Madras (Tamil Nadu) dan India Utara dari Punjab. Seperti imigran Cina. kedatangan imigran India ke Tanah Melayu juga adalah disebabkan galakan daripada British. Selain faktor perusahaan getah. permintaan terhadap getah meningkat di mana ia diperlukan dalam perusahaan membuat motokar di Amerika Syarikat dan Eropah. Penindasan oleh tuan tanah dan penindasan kasta yang teruk juga menyebabkan orang India semakin menderita di India juga mendorong orang India datang ke Tanah Melayu. Faktor utama berlakunya penghijrahan orang India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu adalah disebabkan perkembangan perusahaan getah bagi British selepas kopi mengalami kejatuhan harga. imigran India berhijrah ke Tanah Melayu turut juga didorong oleh faktor penolak di negara mereka.Selain imigran dari negara China. Selain itu. Pada tahun 1920-an kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang-orang India. kejayaan orang-orang India yang sebelumnya yang datang ke Tanah Melayu telah mendorong kepada kemasukan lebih ramai orang India. Tambahan lain. British memberi penekanan terhadap perusahaan getah kerana pada zaman tersebut.

adat resam. Bagi mereka. berlaku kesukaran hubungan antara kaum kerana perbezaan bangsa. kerajaan Inggeris mentadbir penduduk Tanah Melayu dan imigran luar secara berasingan.S Furnival. agama. kegiatan ekonomi. kebudayaan. Melalui dasar ini. Seterusnya. bahasa. faktor ekonomi. pengasingan kaum adalah penting untuk memudahkan pentadbiran setiap kaum yang hanya perlu diwakili oleh ketua kaum masing-masing sahaja. taraf hidup dan lokasi kediaman. pp. bagi mengoptimumkan hasil pengeluaran tersebut. Oleh itu. Konsep masyarakat majmuk berdasarkan pengertian Furnival adalah jelas dipamerkan semasa dasar pemerintahan kolonial British. British mengamalkan dasar pemerintahan yang memisahkan bangsa-bangsa yang telah diwujudkan oleh mereka ini bagi mengelakkan perpaduan yang seterusnya berkemungkinan mengakibatkan berlakunya penentangan. .108109).2 Dasar Pemerintahan British Membawa Pembentukan Masyarakat Majmuk J. pembentukan masyarakat majmuk ketika zaman pemerintahan British ini dapat dilihat dari beberapa faktor iaitu faktor sosial. British membawa masuk imigran dari negara China dan India sebagai buruh untuk mengeksploitasi kekayaan hasil bumi Tanah Melayu. 3 Dasar Pecah dan Perintah merupakan satu kaedah imperialisme penjajah Eropah yang digunakan di tanah jajahan untuk `melemahkan’ bumiputera dan pada masa yang sama memberikan keutamaan kepada kaum imigran dan sekali gus memisahkan mereka daripada penduduk Bumiputera. Seperti yang dibincangkan sebelum ini. 2004. Hal ini demikian kerana perkembangan sosioekonomi kolonial pada masa itu. faktor pendidikan. Pada zaman kolonial tersebut. seorang pelopor dalam teori masyarakat majmuk mendefinisikan masyarakat majmuk sebagai sebuah masyarakan yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang berbeza dan berada atau tinggal di dalam satu unit politik yang sama tetapi terpisah disebabkan tidak wujud interaksi di antara satu kaum dengan kaum yang lain (Ruslan Zainuddin. Pentadbiran British ini dikenali sebagai dasar pecah dan perintah3 dan bertujuan untuk memantapkan pengaruh politik dan ekonomi di Tanah Melayu.2. pengeluaran akhbar pelbagai bahasa dan kewujudan persatuan pelbagai kaum.

Sekolah-sekolah yang didirikan pada . orang Cina beragama Buddha dan mengamalkan kepercayaan Confucianisme dan Taoisme manakala orang India beragama Hindu. perpaduan sukar diwujudkan dek kerana terdapat bermacam-macam budaya dan adat resam di Tanah Melayu ketika itu. Manakala. Hal ini adalah supaya penduduk tempatan tidak mempunyai kekuatan untuk menentang penjajah Inggeris. Akan tetapi. Orang Melayu menganuti agama Islam. Sementara itu. Disebabkan pemisahan antara kaum pada masa tersebut.2 Perbezaan Sistem Pendidikan Pada zaman kolonialisme British.2. 2. ia juga dapat mengelakkan orang Melayu daripada menerima pendedahan luar yang boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati dan seterusnya menjurus kepada pemberontakan. sistem pendidikan pada masa tersebut tidak dapat menyatupadukan pelbagai kaum yang ada. Kaum Cina bertutur dalam pelbagai loghat seperti Hokkien.2. pendidikan turut diberikan kepada penduduk di Tanah Melayu. Selain itu. Cina dan India sengaja dipisahkan oleh golongan kulit putih ini. perpaduan kaum sukar untuk dicapai. sebaliknya meningkatkan lagi jurang antara kaum. Begitu juga dari faktor perbezaan agama antara kaum. interaksi antara kaum sukar untuk dilakukan. Dengan wujudnya perbezaan amalan agama ini. ketiga-tiga kaum iaitu Melayu. Hakka. Mandarin dan Kantonis. Kaum bumiputera bertutur menggunakan bahasa Melayu. Hal ini disebabkan terdapat perbezaan bahasa pertuturan dan perbezaan agama bagi ketiga-tiga kaum ketika itu. Oleh kerana wujudnya perbezaan bahasa pertuturan. kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak pula menganut agama Kristian. dan masing-masing kaum tidak berupaya bertoleransi untuk menerima budaya kaum yang lain. kaum India pula bertutur dalam bahasa Tamil dan Telegu.2.1 Keadaan Sosial Semasa zaman kolonialisme British.

Menjelang tahun 1920-an. sekolah Tamil dibiayai oleh pihak ladang. turut kurang diberikan perhatian. sekolah Tamil dibiayai oleh kerajaan Inggeris kerana ibu bapa mereka berkhidmat dengan kerajaan. sekolah ini juga tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana kedudukan sekolah jauh dari tempat kediaman dan dikelolakan oleh mubaligh Kristian. bagi orang Cina dan India pula. manakala sukatan pelajaran. Bagi orang Melayu. Oleh yang demikian. Sekolah-sekolah Inggeris hanya dibina di bandar dan keutamaan diberikan kepada anak-anak golongan diraja dan bangsawan sahaja. Keadaaan ini menjurus kepada pengenalan kaum mengikut ekonomi yang diceburi. jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu pada ketika itu menjadi lebih luas. Sementara itu. orang Cina telah mendirikan sekolah sendiri yang dibiayai oleh persatuan sukarela dan persatuan orang Cina. Manakala di kawasan estet. orang Melayu .2. Begitu juga dengan pendidikan Tamil.3 Taraf Ekonomi Penduduk Pada zaman tersebut. Disebabkan terbinanya sekolah yang mempunyai pelbagai aliran yang berorientasikan sistem pendidikan di negara asal masing-masing. pendidikan awal kanak-kanak adalah berasaskan pendidikan agama Islam. akan tetapi tidak mendapat sambutan. buku-buku teks dan guru-guru dibawa dari negara China. 2. Sekolah cina menggunakan bahasa pengantar berdasarkan dialek masing-masing. British menubuhkan sekolah aliran Melayu. British kurang memberikan perhatian kerana menganggap masyarakat Cina dan India hanyalah sebagai masyarakat sementara. Walaupun begitu. British menggalakkan pendidikan vokasional dalam kalangan orang Melayu supaya mereka terus terlibat dalam pertanian. mubaligh Kristian dan persatuan orang India.masa itu hanyalah memenuhi keperluan kaum masing-masing baik dari segi bahasa pengantar mahupun kurikulumnya. Di kawasan bandar. setiap kaum masing-masing mempunyai kegiatan ekonomi yang tersendiri. Misalnya. Pendidikan Tamil hanya terhad bagi peringkat rendah sahaja.

Kuala Kangsar. Hal ini kerana.meneruskan kegiatan ekonomi bercorak sara diri iaitu nelayan dan petani.4 Akhbar Pelbagai Bahasa Akhbar merupakan satu elemen penting dalam penyatuan pelbagai kaum dalam masyarakat majmuk. Manakala. 2. Ketika . Cina dan India. Orang Cina yang melibatkan diri dalam perlombongan dan perdagangan didapati mencapai taraf hidup yang lebih baik jika dibandingkan dengan orang Melayu atau India.110). kebanyakan orang Cina tinggal di kawasan-kawasan bandar utama seperti Taiping. Ini menyebabkan orang Melayu menjadi ‘miskin’ di bumi sendiri. ia juga berperanan meniup semangat perkauman dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. 2004. dan British tidak memfokuskan untuk menambahbaikkan kemudahan infrastruktur hingga ke pedalaman. Ipoh.2. Di kawasan bandar pula didiami oleh orang Cina yang memonopoli ekonomi bercorak komersial khususnya perlombongan bijih timah dan perdagangan. orang India kebanyakannya tinggal di kawasan estet-estet getah dan bekerja sebagai buruh di ladang-ladang getah. Selain itu. dan mereka tinggal di kawasan pedalaman terutamanya persisiran pantai dan lembah sungai. Seremban dan Kuala Lumpur yang mempunyai pelbagai kemajuan dan kemudahan yang disediakan penjajah Inggeris. Oleh kerana sesuatu bidang ekonomi hanya dikuasai oleh sesuatu kaum tertentu. Hal ini demikian kerana orang Melayu tinggal di kawasan pedalaman. wujud perbezaan taraf hidup yang ketara di antara setiap kaum pada masa itu. Hanya bandar-bandar yang mempunyai sumber asli yang banyak sahaja dimajukan dan kawasan pedalaman tidak dihiraukan. British berjaya mengekalkan dasar pemerintahan yang mengelakkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum pada masa itu. pp. Manakala. sedangkan kejayaan dinikmati oleh orang asing (Ruslan Zainuddin. Dengan wujudnya jurang ekonomi yang nyata seperti ini di antara orang Melayu. orang Melayu yang merupakan tuan kepada Tanah Melayu pula masih hidup dalam keadaan serba kekurangan dan mundur serta terpinggir dari arus pemodenan.

tetapi tidak di antara mereka dengan kaum yang lain. 2.2. Setiap kaum menubuhkan persatuan kebajikan dan pertubuhan-pertubuhan sosial untuk memelihara kepentingan dan aktiviti bagi kaum masing-masing. pelbagai persatuan telah ditubuhkan demi menjaga kepentingan penduduk di Tanah Melayu. Keadaan ini mendorong kepada jurang perbezaan kaum yang lebih luas kerana masingmasing berjuang untuk kepentingan kaum sendiri sahaja. Kesan daripada akhbar yang sedemikian. bukannya keadaan semasa di Tanah Melayu. Oleh yang demikian.zaman kolonial British. British bertanggungjawab membawa imigran luar ke Tanah Melayu dan dasar pemerintahannya pula menekankan konsep masyarakat yang terpisah antara satu kaum dengan kaum yang lain. Antaranya. Walaupun orang Cina dan India berjauhan dari tanah air mereka tetapi mereka masih dapat mengetahui keadaan di sana. akhbar berbahasa Cina hanya berfungsi menyebarkan maklumat untuk kaum Cina sahaja dan beritanya pula berkisarkan kepada pergolakan dan peristiwa yang berlaku di negara China. akhbar turut diterbitkan khususnya bagi memenuhi keperluan sesuatu kaum sahaja. Kelab Melayu. semangat cintakan tanah air masing-masing terus bersemadi di hati mereka. Kelab Cina dan Persatuan Orang-orang India. Akhbar-akhbar sebegini berjaya mewujudkan jalinan yang rapat dalam kalangan kaum mereka. Kewujudan akhbar pelbagai bahasa ini terus merenggangkan lagi pengasingan kaum di Tanah Melayu. .5 Persatuan Pelbagai Kaum Semasa zaman tersebut. Demikian hal yang sama juga berlaku kepada akhbar berbahasa Tamil. jelaslah bahawa perkembangan sosioekonomi kolonial telah bertanggungjawab mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. berdasarkan perkara-perkara yang dibincangkan sebelum ini. Sebagai contoh. di mana.