You are on page 1of 27

EED 3105

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

1.0

PENGENALAN

1.1

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas.Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas.Ini termasuklah dengan menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.

Munurut Hallahan dan Kauffman(2006):Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa.ia mungkn memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus.Friend(2005) menyatakan pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya.Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau di institusi lain.Mansor(2005)Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan,berupaya, beriman,berdikari,mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

J 43404/J 43886

1

EED 3105

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

1.2

DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak Khas ialah gelaran yang diberi kepada kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas yang juga disebut sebagai kanak-kanak istimewa, kanak-kanak kurang upaya ataupun kanak-kanak cacat.Istilah kanak-kanak cacat tidak lagi digunakan pada masa kini atas faktor sensitiviti.Kanak-kanak khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanakkanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental,keupayaan sensori,keupayaan komunikasi, tingkahlaku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal.Perbezaan-perbezaan ini ini adalah mencapai tahap yang mana kanak-kanak memerlukan modifikasi dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bagi membolehkannya berkembang pada kapasiti maksimum.Menurut Kirk(1989), kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak khas apabila terdapat keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan.Oleh yang demikian, bantuan yang disediakan oleh sekolah untuk kanak-kanak yang berbeza norma ini digelar pendidikan khas.Pendidikan khas adalah pengajaran yang direkabentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.Pendidikan ini dirancang secara teliti bagi membantu murid keperluan khas bagi mencapai tahap pendidikan tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.

Menyambut kelahiran anak yang sihat dan sempurna anggotanya dinanti-nantikan oleh semua ibu bapa.Banyak ibu bapa seolah-olah hilang akal ketika menyambut kelahiran baharu yang dilabel sebagai Orang Kurang Upaya.Menurut Simon Olshansky(1976) dalam bukunya Child Devlopment, ibu bapa akan mengalami kesedihan yang sangat mendalam sehingga tidak dapat menerima kenyataan bahawa bayi itu tidak memenuhi kriteria yang diharapkan iaitu anak yang normal seperti orang lain.Walau bagaimanapun, reaksi ibu bapa akan semakin berubah kepada reaksi yang bersifat positif terhadap anak istimewa mereka.

J 43404/J 43886

2

Ibu bapa dapat menerima kehadiran anak kurang upaya. 2007). Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah untuk membela nasib golongan ini dengan menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk muris-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan. Autisme ringan. sederhana atau berat).Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi mengelakkan sebutan orang cacat yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek (Hashim Omar 1991). Orang Kurang Upaya (OKU) ialah oarng yang mengalami keterbatasan mobilitinya merujuk kepada jenis kecacatannya sama ada fizikal (anggota). Namun begitu. Attention Deficit Hyperaktif Disorder.EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Menurut Eden (1976). Ibu bapa tersebut akan berusaha menjalani pemulihan sebagai kesinambungan dan sentiasa menaruh harapan terhadap perkembangan anak-anak mereka (Ashman & Elkin 1998). akan dapat menyesuaikan diri dengan realiti hidup bahawa anak mereka mempunyai ketidakupayaan. pendengaran dan bermasalah pembelajaran. mental (ringan. emosi. bermasalah pembelajaran spesifik seperti Disleksia. penglihatan dan pedengaran. Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani.Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggung jawab Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti sindrom Down. pendidikan yang diberikan mestilah setaraf dengan kemampuan yang mereka miliki (Mohd Dan. ada ibu bapa yang dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap kehadiran anak istimewa mereka setelah satu jangka masa tertentu. rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. terencat akal minimum termasuklah masalah mental Carebral Palsy. J 43404/J 43886 3 .

Masyarakat beranggapan. Pemilihan kerjaya adalah perkara penting bagi seseorang individu.Mereka juga ingin mendapat peluang yang sama dari segi ekonomi dan sosial serta dapat bersama menikmati arus pembangunan negara.EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Anak istimewa Sindrom Down merupakan salah satu daripada kumpulan sasaran program pembangunan sosial . Kerajaan amat komited dalam membantu mereka supaya dapat menjalani kehidupan normal sama seperti orang lain. Orang Kurang Upaya(OKU) seperti sindrom Down juga memerlukan pekerjaan dan faedah daripada pekerjaan sama seperti orang lain bagi memenuhi keperluan dalam kehidupan mereka.Namun untuk mencapai hasrat ini. Fong Chan Onn. Pemilihan kerjaya yang tepat dapat menentukan corak kehidupan serta taraf hidup seseorang. ekonomi dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah( Mohd.Hal ini turut disokong oleh Ramlee & J 43404/J 43886 4 . Ibu bapa perlu merancang kerjaya mereka pada masa depan.Sharani 2004). Corak pemikiran sebegini melanggar aspirasi melahirkan masyarakat penyayang yang prihatin dalam membantu Orang Kurang Upaya(OKU). anak-anak istimewa sindrom Down tidak mampu menyumbang kepada pembangunan negara malah akan memberikan beban kepada negara untuk menyedikan segala keperluan kepada mereka. 2001) Tanggapan orang ramai bahawa kanak-kanak Sindrom Down adalah beban kepada masyarakat kerana kelemahan mereka dalam berfikir(kognitif) serta mengawal pergerakan atau memproses maklumat perlu dikikis. disebabkan tahap pendidikan yang diterima oleh anak istimewa sindrom Down ini berada pada tahap yang rendah menyebabakan mereka sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. mereka terpaksa menghadapi pelbagai rintangan . Masyarakat hendaklah mamahami kanak-kanak istimewa mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan social.Namun begitu.(Datuk Dr.

Hal ini disokong oleh (McConkey.1997. Dikalangan 5% lagi kanak-kanak sindrom Down disebabkan oleh mekanisme yang dinamakan “Translocation”.Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran.0 DEFINISI SINDROM DOWN Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21..EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Norani.al. doctor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1886.2007 yang berpendapat Pendidikan bagi Orang Kurang Upaya masih lagi rendah dan tidak lagi relevan dengan pasaran kerja semasa. Walls et al. Clark et. Edgar. yang berpendapat Kurikulum Vokasional pelajar masalah pembelajaran juga harus member focus dalam pemilihan bidang kemahiran hidup di samping penekanan aspek latihan di tempat kerja (on the job training)sebagai cara member lebih peluang kepada anak istimewa untuk bersaing mendapatkan pekerjaan yang menjamin masa depan mereka kelak.1998. Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak sindrom Down.Keadaan ini bercirikan gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan.anak istimewa ini mandapat peluang dalam pekerjaan.Sering kali sindrom down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. 2.Keadaan ini disebabkan oleh „non- dysjunction”kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 di mana semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna.Sembilan puluh lima peratus Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21.Bidang kemahiran mestilah diterapkan dalam pembelajaran anak-anak intimewa ibi bagi memastikan anak.Ianya dinamakan sempena John Langdon Down. J 43404/J 43886 5 . 1994.1992).

Pangkal hidungnya kemek. J 43404/J 43886 6 . Pertumbuhan gugi lambat dan tidak teratur. Lehernya agak pendek.Mekanisme ini biasanya berlaku pada ibu-ibu yang lebih muda.Saiz mulut dalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah terjelir. 2.EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetic dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46 kromosom.Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisme yang dinamakan „mosaic”.Paras telinga adalah lebih rendah.jarak di antara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam.1 CIRI-CIRI KANAK-KANAK SINDROM DOWN Kanak-kanak Sindrom Down ini mempunyai fizikal yang unik iaitu: 1)Sifat pada muka kepala dan leher Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang mongol.

Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan “simian crease”. 3)Sifat pada kaki Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki J 43404/J 43886 7 .EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 2)Sifat pada tangan dan lengan Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-ajari pendek dan jari kelingking mrmbengkok ke dalam.

Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus Ateriosis yang berkekalan. masalah perubatan yang lain dan masalah perkembangan pembelajaran. 2.bagi kanak-kanak Sindrom Down boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cyanotic spell) dan susah bernafas. 1) Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang di antara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang di antara atria kiri dan kanan.2 Masalah yang berkaitan dengan Sindrom Down Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan organ –organ dalaman terutama sekali jantung dan usus seperti masalah jantung. J 43404/J 43886 8 . masalah usus. 2) Masalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti salur esophagus yang tidak terbuka(atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian tertentu esophagus.EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 4)Sifat pada otot Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.

Keadaan ini disebabkan system saraf yang tidak normal di bahagian rectum.Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko mengalami kanser sel darah putih iaitu leukemia.EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Biasanya ia dapat dikesan semasa berumur 1-2 hari di mana bayi mengalami masalah menelan air liurnya atau dikesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukakan tiub untuk menyedut air perut semasa baru lahir.Salur usu rectum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan “Hirhprung Disease”.Perkembangan social mereka agak menggalakkan menjadikan mereka digemari oleh ahli keluarga. perkembangan motor halus dan bercakap. 3) Masalah perubatan yang lain di mana kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang horman tairoid.Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian leher boleh menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (atlantoaxial instability) di mana ianya berlaku dikalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. 4) Masalah perkembangan pembelajaran kanak-kanak Sindrom Down ini secara keseluruhannya mengalami kelewatan perkembangan dan kerencatan akal.Mereka juga mempunyai sifat periang. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar. Keadaan ini disebabkan system saraf yang tidak normal di bahagian rectum.Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang dinamakan “Hirshprung Disease”.Perkembangan motor kasar mereka J 43404/J 43886 9 .Pada peringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lamabat dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat untuk berjalan.Masalah ini berlaku di kalangan 10 % kanak-kanak Sindrom Down.

Setelah mengenalpasti ciri-ciri yang dimiliki.Apakah ciri-ciri yang boleh dikatakan seseorang itu mempunyai masalah pembelajaran Sindrom Down. Selain itu. 3.Selebihnya pelajar yang diinklusifkan separa iaitu seramai seorang.Sebelum menjalankan kajian kami telah menyediakan senarai semak atau instrumen diagnostik mengenai ketidakupayaan –ketidakupayaan tertentu bagi mengetahui apakah ketidakupayaan murid tersebut.Kajian yang kami lakukan ialah di sekolah SK Taman Seri Gombak. seseorang itu akan dikenalpasti apakah jenis ketidakupayaan yang dialami.0 KAJIAN KES Kajian kami bermula pada 1 Oktober 2012 hinggalah 31 Oktober 2012.Sekolah tersebut mempunyai kelas muridmurid normal dan juga kelas murid berkeperluan khas ataupun masalah pembelajaraan.1 TUJUAN KAJIAN Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti apakah jenis-jenis ketidakupayaan kanak-kanak tersebut.Sekolah tersebut mempunyai seramai 13 orang guru pendidikan khas dan 7 orang pembantu pengurusan murid(PPM) serta 81 orang murid yang mempunyai pelbagai jenis ketidakupayaan sebagai contoh.Sebagai contoh.Penilaian pencapaian ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti latihan J 43404/J 43886 10 . kajian dijalankan adalah untuk menilai sejauh mana tahap pencapaian seseorang kanak-kanak itu.Disleksia dan Masalah Pembelajaran.Autisme.masalah pembelajaran Sindrom Down. Sindrom Down. 3.EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi mereka akhirnya Berjaya melakukan hamper semua pergerakkan kasar.

Kaedah-kaedah ini dapat membantu kami dalam menjalankan kajian serta melengkapkan laporan ini. J 43404/J 43886 11 . guru mempunyai lebih banyak pengalaman dalam bidang pendidikan khas ini. Di samping itu.Ini penting bagi guru-guru untuk membolehkan guru-guru menyediakan Rancangan Pendidikan Individu(RPI) yang sesuai. 3.Sebagai yang kita ketahui mereka mempunyai sifat dan sikap yang berbeza dengan murid-murid normal yang lain. kami dapati banyak maklumat yang diperoleh dan mudah untuk difahami.2 KAEDAH KAJIAN(LAMPIRAN 1) Dalam kajian yang telah kami jalankan. mental dan emosi kanak-kanak yang berkeperluan khas.Penilaian pencapaian yang dijalankan membolehkan guruguru menilai kebolehan seseorang murid dan mengetahui kelemahan serta kekuatan murid.Kami telah menemubual beberapa orang guru pendidikan khas dan Pembantu Pengurusan Murid(PPM) bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai masalahmasalah yang dihadapi oleh murid yang dikaji.Berdasarkan temubual yang telah dijalankan.EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS yang telah diberikan oleh guru-guru. kaedah temubual. kami juga sempat menemubual bapa murid berkenaan yang mana bapanya merupakan Pengerusi Persatuan Ibu bapa PPKI.Maklumat yang diperolehi dapat membantu sseorang guru itu untuk menyelidik dan menyelesaikan masalah tingkahlaku.Di sini kami telah menggunakan 3 kaedah iaitu: Pertama. masalah-masalah ini memerlukan cara penyelesaian yang bersesuaian dengan keadaan sebenar murid-murid khas.Hal ini kerana. kajian ini juga bertujuan untuk menilai tingkah laku. emosi dan mental kanak-kanak berkeperluan khas.Namun begitu.Tambahan pula. apa yang kami dapati guru-guru lebih mengetahui masalah murid tersebut. terdapat beberapa kaedah yang telah kami gunakan.Selain itu.

Terdapat lima kategori yang dicirikan sebagai Sindrom Down iaitu bahagian kepala.Jadi. Ketiga.Melalui pemerhatian tersebut. untuk meneguhkan lagi pendapat.Jadi untuk mengenal pasti kami telah menggunakan penilaian pengesanan.EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Kedua.sosial .kemahiran motor.Sebagaimana yang diketahui.Melalui kaedah ini juga kita dapat melihat kelima-lima aspek perkembangan murid yang dikaji. kemahiran komunikasi. bahagian otot dan bahagian J 43404/J 43886 12 . kami berpendapat adik Luqman bermasalah Sindrom Down. kita dapat menyenaraikan tingkah laku serta tanda-tanda ketidakupayaannya. penilaian pengesanan merupakan penilaian yang tidak formal yang dilakukan dengan cara pemerhatian. kami telah menggunakan senarai semak yang berkaitan dengan ciriciri masalah sindrom Down.3 PENILAIAN PENGESANAN Langkah pertama yang kami jalankan ialah mengenal pasti apakah jenis ketidakupayaan adik Luqman. bahagian kaki.Soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru pendidikan khas disekolah tersebut bagi mengisi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan murid yang dikaji. 3. muka dan leher.emosi dan pengurusan dirinya.Pemerhatian yang dilakukan adalah untuk mengenal pasti sama ada murid tersebut bergaul dengan orang lain ataupun tidak.Sewaktu kali pertama melihat adik Luqman. kami telah menggunakan kaedah soal selidik. kami telah melakukan kaedah pemerhatian.Ini memudahkan lagi tugasan kami untuk menganalisis serta mengenal pasti apakah jenis ketidakupayaan yang dialami oleh murid tersebut.Aspek yang dimaksudkan ialah kognitif. bahagian tangan dan lengan.Pemerhatian telah dilakukan dengan melihat segala perbuatan atau tingkahlaku murid yang dikaji.

penilaian pengesanan yang telah dijalankan ke atas adik Luqman mendapati bahawa dia mempunyai ciri-ciri seorang yang bermasalah Sindrom Down.Namun begitu.Walaupun adik Luqman mempunyai masalah jantung berlubang tetapi keadaannya telah semakin baik(seperti lampiran).(seperti LAMPIRAN 2) J 43404/J 43886 13 .Bagi ciri seterusnya jarak antara 2 mata jauh dan matanya juga sepet. adik Luqman tidak mempunyai masalah kesihatan yang teruk dan sebarang masalah perubatan seperti masalah usus dan lain-lain penyakit yang berkaitan dengan Sindrom Down.Pertumbuhan giginya juga tidak teratur dan agak lambat berbanding pelajar lain.Pipinya juga agak tembam dan mempunyai pangkal hidung yang sedikit kemek.Saiz mulut adik Luqman adalah kecil dan kelihatan lidahnya lebih besar dan kadang-kadang terjelir keluar. paras telinga adik Luqman adalah rendah dan adik Luqman mempunyai telinga yang agak kecil.Adik Luqman juga mempunyai ketinggian tubuh yang badan yang rendah serta perutnya kelihatan membonjol keluar. Jadi kesimpulannya. Ciri-ciri yang seterusnya ialah adik Luqman mempunyai jari-jemari yang pendek dan kelihatn kontot.Pada bahagian lehernya juga adik Luqman mempunyai leher yang agak pendek dan besar.Jadi sudah jelas membuktikan adik Luqman mempunyai masalah Sindrom Down.Selain itu.Kehadiran adik Luqman ke sekolah amat baik dan ini menunjukkan bahawa adik Luqman jarang mendapat penyakit.Jari kelingking adik Luqman membengkok ke dalam.EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS badan. Ini dikukuhkan lagi dengan melihat laporan perubatan yang telah dijalankan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan Hospital Selayang.Setelah menjalankan pengesanan terhadap adik Luqman didapati bahagian kepalanya lebih kecil dan agak leper pada bahagian belakang.

EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 3.emosi.Penilaian perkembangan dijalankan bagi menilai 5 tahap perkembangan seseorang kanak-kanak atau murid-murid dari segi kognitif.Sekiranya seseorang kanak-kanak atau individu itu tidak berupaya berkembang secara normal. social. bahasa dan komunikasi.4 PENILAIAN PERKEMBANGAN Penilaian perkembangan merupakan perubahan secara kuantitatif yang berlaku secara berterusan sejak lahir hinggalah ke akhir hayat seseorang dan ianya dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran..motor.yang terdiri daripada motor halus dan kasar. J 43404/J 43886 14 . guru-guru boleh serta harus menjalankan proses intervensi awal untuk membantu kanak-kanak tersebut berkembang mengikut tahap umurnya walaupun tidak sepenuhnya.

J 43404/J 43886 15 . Pekerjaan Bapa 11. Nama Ibu 12. BATU CAVES. Pekerjaan Ibu 13. Jantina 3.Adik Beradik 8. 68100.0 PROFIL DAN LATAR BELAKANG SUBJEK 1. Agama 5. Nama Bapa 10. 4 JLN SG 1/11. Nama : : : : : : : : : : : : : KU MUHAMMAD LUQMAN AL HAQEEM B.EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 4. TAMAN SERI GOMBAK. KU AZLAN 2. Alamat Rumah LELAKI MELAYU ISLAM 22 OKTOBER 2002 BC 49112 3 ORANG KETIGA KU AZLAN BIN HJ KU BAHADIN PENGURUS ROSMINAH AZMAN BT KAMARULZAMAN SENIOR OFFICER NO. No. Bil.Surat Beranak 7. Anak Ke 9. Bangsa 4. Tarikh Lahir 6. SELANGOR.

sebarang sebutan objek atau sebarang perkataan yang mudah adalah agak jelas dan meyakinkan para pendengar.Hingga kini tumbesaran fizikalnya adalah lebih ketara dengan menunjukkan ketinggian dan perkembangan badan yang besar.EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 5.Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan perkembangannya yang lambat atau terencat dari segi berat badan juga bertambah mengikut kadar yang diharapkan seperti kanak-kanak normal.0 CIRI –CIRI KANAK –KANAK BERKEPERLUAN KHAS YANG DIPILIH 5.Faktor-faktor makanan yang diberikan kepada murid tersebut menyumbang kepada pertumbuhan fizikal yang baik.Keistimewaan pelajar ini adalah mempunyai wajah keanakanakan. pemikiran J 43404/J 43886 16 .Dalam hal ini.2 PERKEMBANGAN INTELEK Memandangkan murid ini sudah berada di sekolah selama 4 tahun oleh itu.Ianya berlaku secara normal kecuali disebabkan olek kebuluran atau deprivasi. 5.Murid ini boleh memahami setiap arahan yang mudah apabila diberikan oleh guru dan ini memudahkan guru untuk mengajarnya.Dalam kontek ini teori yang dinyatakan oleh Piaget adalah berasaskan kepada kematangan biologi iaitu perubahan-perubahan biologi adalah telah diprogramkan oleh gen dalam setiap individu.Kekerapan perbualannya dengan rakan-rakan sebaya dapat menyumbang perbendaharaan kata yang baik.Bahasa yang digunakan oleh ibu bapa murid juga dapat membantu atau memberi kesan yang positif kepada murid.Kekuatan tenaga fizikal yang ditunjukkan adalah lebih daripada pelajar-pelajar normal.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL Perkembangan fizikal respondan tersebut seperti kanak-kanak lain yang normal.

3 PERKEMBANGAN EMOSI Murid ini menunjukkan perkembangan emosi yang baik dan stabil.Perkembangan dari masa ke semasa dapat dilihat dengan jelas apabila guru melakukan penilaian kepada murid ini. mendengar. Ini jelas dapat dilihat apabila reaksi wajah yang sentiasa ceria dalam jangka waktu sepanjang berada di sekolah. 5. Sentiasa dalam keadaan seronok dan selesa dengan semua aktiviti yang dijalankan bersama rakan-rakan sekelasnya. guru dan begitu selesa dengan keadaannya. mungkin juga disebabkan oleh keadaan persekitaran di sekolah yang mana murid ini sudah mengenali rakan-rakan.Dalam situasi demikian.EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS kanak-kanak untuk memahami dunia bahasa sangat bergantung kepada aktiviti-aktiviti sensori dan motor seperti melihat.Gemar berpegang tangan dengan rakannya.Sangat mudah didekati walaupun pertama kali berjumpa dengannya.Hanya sekali sekala akan menunjukkan kemurungan jika tiada respon daripada guru mengenai sesuatu yang dirasakan menjadi perhatiannya dan apa yang dilakukan adalah benar baginya.Kadang kala akan bercakap-cakap sendiri dengan jelas jika rakan-rakan lain memperolehi sesuatu benda sedangkan dia tidak memperolehinya. menyentuh dan merasa. Murid ini sangat mudah mesra terutama dengan rakan-rakan sekelasnya. menggerak. 5.Piaget mengklasifikasikan pelajar ini sebagai egosentrisme.Dalam hal demikian.tahap formal umur 12 tahun ke atas berlaku pada murid ini.Jelaslah di sini murid ini mempunyai perkembangan J 43404/J 43886 17 .4 PERKEMBANGAN SOSIAL Perkembangan sosial murid ini begitu baik dan sempurna mengikut perkembangan kognitifnya.Murid ini amat mudah menerima arahan yang diberikan dan dapat melakukan apa sahaja arahan yang mudah dengan pantas.Kemesraan dapat dilihat dengan jelas terutama dengan guru-guru yang mengajarnya. Emosi yang stabil bagi murid ini.

Otot tangannya agak kuat kerana dik Luqman dapat menyusun buku-buku di atas rak dengan kemas.memasukkan bentuk ke dalam acuan.Sewaktu di dalam kelas adik Luqman sering juga membantu guru untuk membersihkan papan putih serta menyusun buku-buku atas rak.Dapat dilihat di sini adik Luqman mampu melakukan banyak aktiviti yang melibatkan pergerakkan motor kasar. memutar pili air. 5.Jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa sememangnya murid ini jauh ketinggalan tetapi jika dibandingkan dengan rakan-rakan sekelasnya yang lain menunjukkan perkembangan yang amat ketara sekali.Bukan itu sahaja walaupun adik Luqman mempunyai masalah sindrom Down tetapi dia mempunyai perkembangan motor kasar seperti kebanyakkan rakan-rakan yang lain. menyapu dan mengutip sampah.memegang pensel dengan baik serta boleh melakukan pergerakkan motor halus seperti menguli tanah liat. melukis. 5. dengan mudah adik Luqman dengan mudah dapat membersihkan papan putih.membaling bola dan sebagainya.adik Luqman mampu menggunakan gunting. .(seperti lampiran)Menurut gurunya adik Luqman akan J 43404/J 43886 18 .(seperti lampiran).4 PERKEMBANGAN MOTOR KASAR(LAMPIRAN 3) Menurut senarai semak yang dijalankan adik Luqman dapat melakukan banyak perkara.Jadi kesimpulannya perkembangan motor kasar adik Luqman amat baik dan kami merasakan bahawa adik Luqman dapat melakukan aktiviti lebih baik daripada itu berdasar senarai semak yang dibuat.Melalui pemerhatian kami.EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS sosial yang amat baik sekali.Di sekolah adik Luqman selalu membersihkan kelasnya ..5 PERKEMBANGAN MOTOR HALUS Berdasarkan senarai semak yang dirujuk . menampal gambar.

Murid ini aktif apabila guru memberi pujian dan sokongan kepada setiap perkara yang dilakukan.Inilah yang berlaku kepada murid ini.EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS dilatih ke arah kemahiran memandangkan adik Luqman merupakan murid Sindrom Down 5.Dalam kes murid ini .Sangat manja dengan keluarga kerana belaian yang diberikan oleh semua ahli keluarga menjadikan murid ini stabil dari segi emosinya.Dua orang adik-beradiknya yang lain turut memberi perhatian di samping ayah dan ibunya.Tahu peraturan yang perlu dipatuhi.Kasih sayang cukup untuk murid ini hidup dengan gembira.Memberi respon kepada teguran guru jika menunjukkan tingkah laku yang kurang baik. Didapati murid ini mendapat kasih-sayang yang sepenunya daripada keluarga .Menurut gurunya jika murid-murid Sindrom Down ini belajar dengan menggunakan alatan maka reaksi mereka amat ketara sekali di mana mereka kelihatan begitu ceria dan seronok untuk belajar.Aktiviti-aktiviti lazim iaitu membantu ibu bapa di rumah dapat di lihat dengan jelas apabila turut membantu guru-guru di sekolah.penggunaan simbol oleh guru dalam aktiviti pembelajaran adalah satu perkara yang mustahak di mana ianya agak mudah untuk difahami. J 43404/J 43886 19 .Sekali sekala menunjukkan isyarat guru perlu dekat dengannya jika membuat aktiviti di dalam kelas.6 ADAPTASI DENGAN PERSEKITARAN.Sikapnya dengan rakan sebaya juga positif.

Kawalan mental dan keseimbangan tubuh Tubuh badan(Dengan bimbingan guru) 2)Lawatan Sosial Contoh : 1)Tempat:Petrosains(KLCC) Tujuan : Komunikasi dan social(pendedahan pada persekitaran) 2)Kilang Roti High 5 Tujuan : Memahami aktiviti yang dijalankan(Pengurusan diri) 3)Terapi Air(alat Noodle) Tempat Tujuan Masa 4)Terapi Bowling Tujuan :Lenturan badan . : 2 kali setahun (Di bawah bimbingan Carolina Binti Wan Hassan) 6. Tidak menerima sebarang Rancangan Pendidikan Khas di luar. J 43404/J 43886 20 .(Pertama kali diperkenalkan) : Temple Park : Kekuatan pergelangan tangan /Fokus saikomotor mata dan tangan.EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS PENDIDIKAN DAN PERKHIDMATAN KHAS YANG 6. focus mental dan koordinasi. 6. : Terapi untuk tulang belakang.Postur badan.2 Rancangan Pendidikan Khas.1 Perkhidmatan Pendidikan (Kelas Khas) 1)Terapi Berkuda Tempat Masa Tujuan :Rawang(Jelalang Warisan) : Setahun 2 kali mengikut kesesuaian.0 PERKHIDMATAN DITERIMA.

2)Matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun. 3)Objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran mengikut langkah-langkah berurutan hingga membawa kepada penguasaan matlamat tahunan 4)Jenis pendidikan Khas yang perlu disediakan oleh murid. 2005). 6)Jangka masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa.Dalam program tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai oleh kanak-kanak tersebut(Kauffman dan Hallahan.Rancangan Pendidikan Individu(RPI)(Lampiran 4) Kanak-kanak Khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri. 5)Jenis perkhidmatan berkaitan(jika perlu) yang akan disediakan untuk murid. J 43404/J 43886 21 .EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 6.3 . 7)Ketetapan tarikh memulakan perkhidmatan dan jangka masa perkhidmatan.dalam melaksanakan RPI murid-murid Khas perlu mempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti: 1)Tahap pencapaian murid yang terkini. Oleh itu sejarah dan perkembangan Rancangan Pendidikan Individu(RPI) bermula di Amerika Syarikat apabila PL 94-142 digubal menjadi satu akta yang dikuatkuasa dari segi perundanganSeterusnya RPI menjadi panduan dibeberapa buah negara termasuk negara kita Malaysia.

Responden dapat membuat penilaian dengan menggunakan bahan maujud dan kad imbasan.Melalui pemerhatian yang dibuat mengikut mata pelajaran. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN KHUSUS DAN SEBAGAINYA.Walaupun murid ini kategori Sindrom Down. Biasanya setiap objektif yang dibuat ke atas responden mencapai tahapnya dan guru akan beralih ke objektif yang baru.responden ini boleh mengikuti pembelajaran akan tetapi pada matapelajaran-matapelajaran tertentu sahaja. J 43404/J 43886 22 . akan tetapi responden ini boleh mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. 7.(LAMPIRAN 5) Responden disifatkan sebagai murid yang berada pada tahap sederhana IQnya.Hal ini disebabkan masalah tumpuan yang dihadapinya.EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Rancangan Pendidikan Individu bagi subjek contoh komponen Bahasa Malaysia dan tingkah laku (boleh di lihat seperti dalam lampiran).Bagi matapelajaran Bahasa Melayu. Kesimpulannya Rancangan Pendidikan Individu(RPI) adalah rancangan program penilaian berterusan untuk seseorang murid dan sebagai teras perancangan pendidikan dalam program pendidikan khas.Kekangan yang dihadapi oleh guru adalah sifat tumpuannya dalam mendalami mahupun menjalankan kerja-kerja psikomotor.0 PENCAPAIAN SUBJEK DALAM BIDANG AKADEMIK. responden didapati baik dalam penulisan.Responden tetap menjalani pengajaran dan pembelajaran mengikut Rancangan Pengajaran Individu(RPI)yang disediakan oleh guru. TINGKAH LAKU PENYESUAIAN.

Bagi matapelajaran Pendidikan Seni pula.Cara guru Matematik mendekati murid juga merupakan faktor yang amat penting bagi mencapai RPI yang dirancang oleh seseorang guru itu.EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Seterusnya pemerhatian dibuat terhadap matapelajaran Matematik.Gurunya juga menggunakan pendekatan dua hala yang mampu menarik minat murid. lukisan.Apa yang dapat diperhatikan guru membuat pendekatan yang baik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan minat murid untuk belajar.Walau bagaimanapun.Kelas tersebut mengandungi 6 orang murid .Hasil daripada aktiviti yang dijalankan dalam kelas pendidikan seni didapati.Namun masalah yang dihadapi oleh responden ini tidak menghalang untuk responden menguasai objektif pembelajaran dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada guru. J 43404/J 43886 23 . guru sentiasa memastikan murid-muridnya berada dalam keadaan berminat untuk mengikuti pembejaran.Berdasarkan pemerhatian dan temuramah dengan guru Matematik didapati responden boleh mengikuti p&p guru dengan baik. melalui temubual secara tidak formal dengan responden didapati bahawa responden berminat dalam matapelajaran Pendidikan Seni.Keadaan ini menunjukkan bahawa responden sudah dapat menerima P&P guru.Penggunaan bahan maujud dapat memainkan peranan kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas terutamanya murid yang amat memerlukan perhatian yang lebih daripada seorang guru.Tambahan pula. tampalan dan sebagainya dilakukan oleh responden sangat baik dan kemas(seperti Lampiran)Masalah yang dihadapi oleh responden iaitu Sindrom Down sering dikaitkan dengan masalah pada kemahiran motor halus dan motor kasar. responden dapat menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar dengan kadar yang agak lambat. Responden sudah dapat mengira dan menulis nombor dari 1 hingga 20 dengan baik dan dapat mengenal nombor-nombor tersebut.Minat responden mendorongya untuk terus mengikuti pengajaran yang dilaksanakan oleh guru.

EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Kesimpulan berdasarkan pemerhatian. Berdasarkan kepada kajian yang dibuat.0 PENUTUP Sepanjang membuat tugasan ini.soalselidik dan temubual yang dijalankan didapati bahawa proses pengajaran yang dijalankan iaitu berdasarkan pelaksanaan dan keberkesanan Rancangan Pengajaran Individu yang dirancang oleh guru untuk responden telah mencapai objektif pengajaran dengan bantuan dan tunjuk ajar oleh guru. murid yang dikaji iaitu adik Luqman. didapati murid ini memerlukan perhatian untuk dipulihkan. kami berasa amat bersyukur kerana dapat mengetahui pelbagai perkara terutama mengenai kajian kes kami iaitu murid Sindrom Down. Menurut gurunya di awal persekolahan adik Luqman langsung tidak tahu untuk membuat apa sahaja perkara. Setelah empat tahun bersekolah didapati banyak perubahan telah berlaku kepada adik Luqman ini terutamanya tentang pengurusan diri.Sebelum ini.selepas kami membuat tugasan ini. maka dapat membantu guru-guru untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran seterusnya kepada responden. Perhatian dalan konteks ini bukan sahaja di kelas malahan juga di rumah. kami tidak tahu apa yang berlaku di dalam kelas Pendidikan Khas. J 43404/J 43886 24 . 8. Namun . Melalui kajian ini kami dapat mengetahui ciri-ciri . Perhatian yang diberikan sekurang-kurangnya akan membantu murid ini dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas dan dapat menguruskan dirinya sendiri. tingkahlaku murid Sindrom Down dan pelbagai perkara yang berkaitan dengannya. kami telah belajar banyak perkara tentang Pendidikan Khas.Melalui laporan ini juga. ibu bapa adik Luqman amat mengambil berat tentang anak mereka .perkara terutamanya pengurusan diri. Walaubagaimanapun. Ayahnya juga merupakan seorang Pengerusi PIBG bagi Kelas Pendidikan Khas sekolahnya.

Ini kerana untuk menjaga kanak-kanak istimewa ini memerlukan kesabaran dan semangat yang kuat. J 43404/J 43886 25 . Perkara ini sangat memberi kesedaran kepada kami bahawa insan seperti adik Luqman ini haruslah diberi kasih sayang yang secukupnya seperti kanak-kanak normal yang lain. marilah sama-sama kita membantu insan istimewa seperti adik Luqman ini.Oleh itu.EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Para ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa ini ternyata perlu mempunyai semangat yang kuat dan tidah mudah berputus asa.Bukan sahaja guru tapi usaha daripada semua pihak penting untuk kebaikan mereka.

moe.scribd.my/index. Inc Norshidah Salleh.M Dan Hallahan D. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa .gov. Bangi.EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Rujukan Jamila K.lmsipda.php?option=com_k2&view=item&id=35:sindromdown&Itemid=152&lang=bm J 43404/J 43886 26 .pdf http://www.net/ppg_lms/file.A Mohamed (2006). Kuala Lumpur: OUM http://www. Selangor : PTS Kauffman J.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_1/PKU3101_Pengenal an_Kepada_Pendidikan_Khas.P (2005) Special Education . Safani bani dan Mohd Mokhtar Taha (2006) Pengenalan Kepada Pendidikan Khas.com/doc/19010561/Rancangan-Pendidikan-Individu-Rpi http://pmspk. New Jersey : Pearson Education . Aliza Alias dan Zalizan Mohd Jelas (2009) Sejarah Pendidikan Khas Di Malaysia : Pendidikan Khas Kanak-Kanak Berkeperluan Khas : Konsep dan Amalan. Fakulti UKM Yusuf Abdullah.

EED 3105 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS BIBLIOGRAFI J 43404/J 43886 27 .