You are on page 1of 2

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah

di kampung masingmasing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.

(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.

(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.

(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.

(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah

Congkak mengandungi 14 lubang kecil yang dipanggil kampung dan dua lubang besar di panggil rumah. 7 kampung yang paling hampir dengan pemain merupakan kawasan kampung pemain. Masukkan 7 biji guli ke dalam setiap kampung masing-masing. Pemain akan mula bermain serentak. Pemain mesti mengambil salah kesemua guli di dalam salah satu kampung dan perlu memasukkan satu demi satu guli ke dalam setiap kampung yang lain dan rumah pemain sendiri iaitu di sebelah kiri pemain Sekiranya buah guli yang terakhir memasuki kawasan kampung lawan ataupun kampung sendiri, pemain hendaklah meneruskan gilirannya seperti di awal permainan tadi. Pemain hendaklah menamatkan gilirannya apabila buah terakhir masuk ke dalam kawasan kampung yang kosong (tiada guli) tetapi pihak lawan masih boleh meneruskan gilirannya sehingga gilirannya pula yang memasuki kawasan kampung yang kosong. Sekiranya guli yang terakhir memasuki kawasan kampung sendiri yang kosong, pemain dibenarkan menembak kampung pihak lawan yang setentang dengannya iaitu merampas semua guli di dalam kampung itu dan memasukkan guli tersebut ke dalam rumah pemain. Sekiranya guli terakhir jatuh ke dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan giliran dengan mengambil mana-mana guli di kawasan kampungnya dan memulakan gilirannya kembali. Sekiranya tiada lagi guli pada kawasan kampung masing-masing, mulakan pusingan seterusnya dengan memasukkan guli di dalam rumah ke dalam kampung masing-masing (7 biji guli untuk setiap kampung) Kampung yang tidak mempunyai sebarang guli dikira terbakar (tidak boleh diisi guli lagi pada giliran seterusnya) Pemain yang mempunyai kampung yang paling banyak berhak memulakan pusingan seterusnya sehingga. Permainan tamat apabila pihak lawan mengaku kalah. PENENTUAN KEMENANGAN Menang tapak (pihak lawan telah ketiadaan buah/guli di rumah anak) tiap papan. Pemenang ialah pemain yang memenangi dua (2) papan/pusingan, atau Pihak lawan membuat tiga (3) kali kesalahan yang sama atau dibuang gelanggang. Pemenang adalah pasukan yang mengalahkan dua/tiga pemain pasukan lawan.

You might also like