2.

3 Cara-cara dan Aktiviti-aktiviti Yang Menggalakkan Kemahiran Pratulisan dan Prabacaan di Kalangan Kanak-kanak

Menurut Golden (1984; 4) kanak-kanak pada seawal umur tiga tahun boleh mengenalpasti perbezaan antara contengan untuk tulisan dan contengan untuk lakaran. Pandangan beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak telah terdedah dengan

pengalaman tulisan (print) dan bacaan pada awal peringkat perkembangannya. Peranan orang dewasa untuk memupuk minat ke atas tulisan dan bacaan boleh bermula ketika kanak-kanak berumur tiga tahun.

Di pusat prasekolah kanak-kanak diberi penekankan dengan kemahiran menulis secara mekanis dengan tujuan kanak-kanak dapat menghasilkan tulisan yang kemas. Pada peringkat awal pembelajaran menulis dalam kalangan kanak-kanak prasekolah adalah suatu aktiviti yang menyeronokkan Aktiviti-aktiviti seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk memberi latihan dan pengalaman asas. Melalui aktiviti tersebut ia dapat membantu kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran menulis yang selanjutnya seperti menulis huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.

Menurut Ann Miles Gordon et.al (1995), kebolehan kanak-kanak untuk menulis dan membaca bukanlah ditentukan oleh faktor tahap umur. Kesediaan kanak-kanak untuk menulis dan membaca (graphic language) mestilah disuburkan oleh orang dewasa. Kecekapan bahasa kanak-kanak merupakan penentu ulung kesediaan

membaca di kalangan kanak-kanak. Peranan guru adalah untuk mengenal pasti faktor kesediaan tersebut melalui sejauhmana kanak-kanak memahami struktur ayat dan penggunaan perbendaharaan kata dalam interaksi seharian mereka.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa apabila wujudnya jalinan antara bahasa yang diungkap (baca) dengan perkataan yang ditulis. Ini adalah sejajar dengan pandangan sarjana ”..... that sounds are how language is put together” (Nurss, 1980)

Berdasarkan saranan tersebut guru boleh merancang aktiviti bahasa yang mengaitkan perkara yang disebut (baca) dengan perkara yang ditulis (Gordon, 1995; 317).

Terdapat beberapa cara atau aktiviti yang dikenal pasti oleh ahli linguistik untuk memupuk minat kemahiran menulis dan membaca di kalangan kanak-kanak prasekolah (Beaty, J.J., 1998).

Antara cara-cara tersebut adalah :2.3.1 Menyediakan Sudut Tulisan

Apabila matlamat guru prasekolah untuk menggalakkan kanak-kanak meneroka sendiri kemahiran menulis, kita seharusnya menyediakan satu suasana untuk memungkinkan perkara tersebut berlaku. Bagi kanak-kanak sudut bacaan mempunya kesan menarik sama dengan sudut main blok. Alat-alat tulisan seperti meja, kertas, sampul suarat, kad, pelekat, pita, pembaris, getah pemadam, pad stamp, klip kertas dan sebagainya disediakan di sudut ini memang mempunyai daya tarikan pada diri kanak-kanak. Selain dari itu papan tulis kecil atau stand-up chalk board dibekalkan untuk menggalakkan aktiviti

menconteng dan menulis menggunakan kapur. Minat dan keinginan mereka untuk meniru tingkah laku menulis oleh orang dewasa dapat di penuhi dengan melakukan cakaran, contengan dan lakaran tertentu di sudut ini. 2.3.2 Melengkapi Bilik Prasekolah Dengan Persekitaran Tulisan Guru prasekolah bolehlah melengkapkan bilik prasekolahnya dengan bahan-bahan yang menggambarkan persekitaran tulisan. Bahan-bahan yang perlu disediakan dalam bilik prasekolah adalah seperti buku-buku, majalahmajalah, katalog, poster, tanda nama jalan, isyarat-isyarat jalanraya, iklan-iklan, logo-logo restoran seperti KFC dan sebagainya. Penyediaan persekitaran yang dilengkapi dengan bahan-bahan tulisan (print) meningkatkan lagi kesedaran (awareness) mereka tentang tulisan dan bacaan.

2.3.3 Menyediakan Sudut Bacaan

Pusat prasekolah perlu dilengkapi dengan sudut bacaan. Bahan-bahan seperti buku-buku bergambar,buku-buku abjad, poster, majalah dan buku besar ditempatkan di sudut ini. 2.3.4 Menggunakan Tray Pasir / Garam Untuk Menulis Dengan Jari Guru boleh mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk menulis. Dengan menyediakan di sudut tulisan dengan tray pasir / garam, kanakkanak boleh berlatih menulis menggunakan hujung jari di atas pasir atau garam. Cara ini mudah bagi kanak-kanak untuk memadam dan menulis semula bentukbentuk yang diminatinya. Kanak-kanak hanya perlu mengoyang (shake) tray jika ingin memadam untuk menulis semula huruf dan sebaginya. 2.3.5 Menggalakkan Kanak-Kanak Menulis Pesanan

Kanak-kanak pada peringkat memaknakan contengan dalam penerokaan tulisan mereka boleh menulis pesan dalam aktiviti menulis olok-olok (mock writing) kepada rakan atau ibu bapa mereka. Galakkan kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok (mock letter writing) kepada ibu bapa mereka. Ketika kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok, guru akan menulis sebenar mesej surat tersebut dalam mock letter writing tersebut. Apabila ibu bapa mereka bertindak balas terhadap surat tersebut kanak-kanak akan merasakan bahawa tulisan mereka dapat dibaca oleh ibu bapa. Dari detik inilah akan timbul motivasi mereka untuk terus belajar menulis huruf-huruf yang sebenarnya. 2.3.6 Pengesahan Setelah Mendapat Giliran

Kanak-kanak digalakkan menggunakan sebarang bentuk tulisan olok-olok (mock writing) dalam buku catatan khas yang ditempatkan disetiap sudut pembelajaran sebagai menunjukkan atau membukti bahawa mereka telah melaksanakan sesuatu aktiviti. Sebatang pensil atau pen diikat pada buku tersebut supaya kanak-kanak tidak perlu mengambil masa untuk mendapatkan pensil / pen bagi tujuan tersebut. 2.3.7 Mengenali Nama Dengan Abjad Kanak-kanak lazimnya belajar dalam cara yang bermakna,

menyeronokkan dan berkait rapat dengan dirinya. Guru prasekolah atau orang dewasa boleh membantu kanak-kanak mengenal abjad pertama tentang namanya secara yang menyeronokkan. Misalnya guru boleh membuat rantai leher yang diperbuat dari benang dan kad abjad pertama namanya digantungkan padanya. Kanak-kanak kemudiannya diminta mencari rakan-rakannya yang mempunyai abjad nama yang sama dengannya. 2.3.8 Kad-kad Abjad Galakkan kanak-kanak bermain dengan kad abjad yang mempunyai gambar selari dengannya. Cara begini dapat membantu kanak-kanak melihat perkaitan abjad dengan persekitran yang selari dengannya. 2.3.9 Membaca Buku Abjad Membaca buku abjad adalaah berkesan apabila dibaca oleh guru kepada seorang atau dua orang kanak-kanak dalam sesuatu masa. Kanak-kanak perlu duduk bersebelahan dengan guru ketika pembacaan sedang dilakukan oleh guru

agar mereka berpeluang untuk mengenal pasti objek yang sedang disebut dan bentuk huruf yang berkenaan. 2.3.10 Peti Surat Peribadi Kanak-kanak menggunakan digalakkan membuat yang peti surat peribadi Kanak-kanak dengan akan

kotak-kotak

buangan

sesuai.

menandakan kotak peti surat peribadi tersebut dengan nama mereka masingmasing. Guru akan membuat pesanan ringkas setiap hari kepada murid-murid tertentu dan guru akan memberi galakkan kepada mereka untuk membalas pesanan tersebut. 2.3.11 Permainan Abjad Komputar Dewasa ini setiap pusat prasekolah ada dibekalkan dengan kemudahan komputer. Kanak-kanak amat meminati komputer. Guru boleh menggunakan komputer sebagai media yang menggalakkan mereka untuk minat menulis dan membaca. Program abjad komputer adalah amat baik untuk satu pengenalan kepada kanak-kanak untuk mengenali abjad di papan kekunci komputer.

2.3.12 Buku Besar / Big Books Walaupun harga sebuah buku besar jauh lebih mahal berbanding dengan buku biasa, buku besar mempunyai peranan penting dalam meningkatkan minat murid untuk membaca. Buku besar ini digunakan oleh guru untuk membaca cerita atau ayat mudah kepada kanak-kanak secara kumpulan. Kanak-kanak berpeluang melihat tulisan huruf dan gambar yang terdapat pada buku tersebut dengan jelas.

2.3.13 Meletakkan Buku-Buku Di setiap Sudut Pembelajaran Buku-buku bergambar sesuai ditempatkan pada setiap sudut

pembelajaran.Contohnya di sudut blok diletakkan buku Building a Bridge , sudut permainan dramatik diletakkan buku If I Ran The Family, sudut Sains diletakkan buku Planting a Rainbow, sudut matematik / manipulatif diletakkan buku Moving from One to Ten, dan sudut motor kasar diletakkan buku No Jumping on the Bed dan sebagainya. 2.3.14 Hidangan Sup Abjad Permainan hidangan sup abjad membantu kanak-kanak untuk mengenal pasti dan menyebut abjad-abjad yang terdapat dalam hidangan tersebut. Kanakkanak boleh membanding dan membuat perbezaan kandungan hidangan sup abjadnya dengan rakan-rakannya. 2.3.15 Menyediakan Mesin Taip Manual Guru prasekolah boleh menggunakan mesin taip manual untuk

meningkatkan minat kanak-kanak mengenali abjad dan membaca abjad. Kanakkanak seronok bermain dengan hurut-huruf dan perkataan-perkataan yang dapat mereka taipkan dengan mesin taip manual. Kanak-kanak digalakkan menerokai dan mempelajari secara sendiri bagaimana mereka menggunakan mesin taip seperti menyiasat sendiri di manakah papan kekunci untuk menaip huruf yang dikehendaki.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful