You are on page 1of 11

1.

Sesuatu pergerakan asas yang lancar dan kemas, licin dan cantik melibatkan kesedaran daya, masa dan aliran. Konsep di atas merujuk kepada pergerakan dari aspek (A) (B) (C) (D) kualiti kuantiti tubuh badan perhubungan

2.

Dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran, guru telah mengarahkan muridmurid untuk skip dari satu tempat ke tempat yang lain. Kenyataan di atas merujuk kepada pergerakan (A) (B) (C) (D) manipulatif bukan lokomotor lokomotor beritma sekata lokomotor beritma tidak sekata

3.

Manakah kemahiran manipulatif yang boleh dilakukan dengan menggunakan gelung? (A) (B) (C) (D) Melambung, menghayun, menggolek dan memutar Melambung, menghayun, menggolek dan melantun Melambung dan menyambut, menghayun, memutar dan memilin Melambung dan menyambut, menghayun, memutar dan mengetuk

4.

Pergerakan asas terdiri daripada pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan kemahiran manipulatif. Kombinasi pergerakan asas yang paling tepat ialah (A) (B) (C) (D) galop, melompat, dan memutar berdiri, membongkok, dan menggolek merangkak, menggelungsur, dan melantun skip, mengilas pinggang, dan menggelecek

5.

Kefahaman tentang pergerakan bukan lokomotor membantu guru Pendidikan Jasmani untuk merancang pengajaran dan pembelajaran. Kenyataan di bawah tentang situasi di atas adalah benar kecuali (A) (B) (C) (D) pergerakan yang dilakukan tanpa alatan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan dasar menyokong individu yang bergerak berubah mengikut pergerakan pergerakan yang memerlukan seseorang individu melakukan pergerakan secara statik

6.

Pembelajaran koperatif adalah satu strategi sistematik yang menggalakkan murid-murid bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat kemahiran manipulatif. Manakah yang berikut bersesuai dengan pernyataan di atas? (A) (B) (C) (D) Tiga orang murid berjalan ke depan serentak sambil melantun bola Seorang murid mengolek bola di sekeliling pinggangnya untuk pemerhatian tiga orang rakannya Lima orang murid berbincang dan merekacipta satu rangkaian pergerakan asas lokomotor menggunakan bola Dua orang murid melakukan aktiviti pergerakan asas lokomotor menggunakan bola yang telah ditunjukkan oleh guru sebelum ini

7.

Seorang guru membantu murid-muridnya berlatih lima jenis pergerakan untuk menguasai kemahiran bergerak dari satu hujung bangku panjang ke hujung yang lain dengan menggunakan gelung. Apakah kaedah yang digunakan oleh guru tersebut? (A) (B) (C) (D) Arahan Tugasan Penemuan terbimbing Penyelesaian masalah

8.

Teaching Games for Understanding (TGfU) adalah berasaskan idea Bunker dan Thorpe (1982). Matlamat utama TGfU ialah supaya murid dapat (A) (B) (C) (D) keseronokan semasa melakukan aktiviti menguasai kemahiran yang bersesuaian dengan aktiviti belajar dan tahu membuat keputusan yang sesuai semasa permainan dilakukan memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

9.

Mengikut Model Bunker dan Thorpe (1982), terdapat empat kategori dalam permainan kanak-kanak. Keempat-empat kategori tersebut ialah (A) (B) (C) (D) sasaran, jaring, dinding dan kawasan sasaran, pukulan, jaring dan serangan pukulan, jaring, serangan dan kawasan pukulan, dinding, kawasan dan serangan

Model Bunker & Thorpe (1982).

(1) Permainan (2) ? Pelajar (6) Prestasi

(3) Kesedaran Taktikal (4) ?


Apa yang perlu dilakukan? Bagaimana melakukannya?

(5) Pelaksanaan Kemahiran

10.

Apakah Langkah 2 dan 4 dalam model ini? (A) (B) (C) (D) Latihan dan apresiasi permainan Membuat perancangan dan latihan Perbincangan dan membuat keputusan Apresiasi permainan dan membuat keputusan

11.

Model Bunker dan Thorpe (1982) membahagikan permainan kepada empat kategori. Permainan yang termasuk dalam kategori pukulan ialah (A) (B) (C) (D) hoki tenis sofbol badminton

12.

Merujuk kepada model Bunker dan Thorpe (1982), manakah antara permainan-permainan berikut ada perkaitan dengan kategori jaringan? (A) (B) (C) (D) Tenis, Badminton dan Bola Jaring Ping Pong, Bola Baling dan Tenis Ping Pong, Bola Tampar dan Badminton Bola Baling, Bola Jaring dan Bola Tampar

13.

Seorang guru telah merancang untuk menilai murid-muridnya melalui aktiviti-aktiviti permainan kanak-kanak seperti maklumat di bawah.

Tendang bola ke arah skitel. Golek bola untuk menjatuhkan botol. Lambung pundi kacang ke dalam gelung. Baling bola getah ke arah belon yang tergantung.

Nyatakan dengan tepat kategori permainan yang ingin dinilai. (A) (B) (C) (D) 14. Sasaran Pukulan Jaring/dinding Serangan/kawasan

Pengurusan dan kawalan kelas sangat penting dalam mengendalikan permainan kanak-kanak. Manakah faktor yang memainkan peranan dalam aspek kawalan keselamatan? (A) (B) (C) (D) Bilangan alatan Peraturan permainan Saiz dan berat pemain Kemudahan komunikasi

15.

Manakah yang berikut merupakan panduan mengelolakan sesuatu permainan kanak-kanak? I. II. III. IV. V.

keselamatan

bagi

Peti pertolongan cemas mudah diperolehi Mengenal pasti tahap kesihatan murid-murid Kawasan permainan bebas dari ancaman bahaya Pakaian murid-murid kemas dan seragam untuk aktiviti sukan Mempunyai rujukan undang-undang dan peraturan yang piawai

(A) (B) (C) (D) 16.

I, II, dan III sahaja II, III, dan IV sahaja I, II, IV dan V sahaja I, III, IV, dan V sahaja

Manakah aspek utama yang perlu diberi perhatian oleh guru semasa melaksanakan permainan kanak-kanak? (A) (B) (C) (D) Pergerakan kanak-kanak dikawal Kanak-kanak bebas memilih peralatan Kemampuan dan keselamatan kanak-kanak Penglibatan kanak-kanak mesti berkemahiran tinggi

17.

Penilaian merupakan satu aspek penting dalam menjadikan permainan kanak-kanak lebih berkesan. Tujuan penilaian permainan kanak-kanak ialah untuk (A) (B) (C) (D) menilai kebolehan murid berasaskan kriteria menentukan keputusan yang perlu dibuat oleh guru menggubal semula peraturan permainan yang baharu memilih murid yang berpotensi untuk mewakili pasukan sekolah

18.

Penilaian seharusnya dilakukan untuk memastikan sesuatu aktiviti mencapai objektif. Tahap penguasaan murid-murid dalam permainan kanak-kanak bagi kategori sasaran hendaklah sesuai dari aspek

(A) (B) (C) (D) 19.

saiz alatan mengikut saiz sasaran bilangan percubaan seragam dan mencukupi pilihan alatan mengikut keselesaan murid-murid jarak mengikut ketinggian dan umur murid-murid

Penilaian permainan kanak-kanak mempunyai serampang tiga mata. Manakah antara berikut bukan tumpuan penilaian permainan kanakkanak? (A) (B) (C) (D) Berterusan Mementingkan kemenangan Berkait rapat dengan objektif pengajaran Merangkumi semua domain, terutamanya domain psikomotor

20.

Berdasarkan model Teaching Games for Understanding (TGfU) Bunker dan Thorpe (1982), kriteria yang sesuai untuk merangka bateri ujian bagi kategori pemainan kanak-kanak adalah I II III IV V (A) (B) (C) (D) jumlah mata dalam permainan kategori jaringan jumlah larian dalam permainan kategori pukulan jumlah masa dalam permainan kategori pukulan jumlah jaringan dalam permainan kategori serangan jumlah ketepatan dalam permainan kategori sasaran

I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja I, II, IV dan V sahaja I, III, IV dan V sahaja

1.

Seorang guru telah menjalankan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan kemahiran pergerakan asas lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. (a) Nyatakan definisi kemahiran pergerakan asas berikut.

Jenis Pergerakan

Lokomotor

Bukan Lokomotor

Definisi

(2 markah)

(b)

Berikan empat kemahiran manipulatif menggunakan bola kecil serta contoh aktiviti bagi setiap kemahiran. (i) _______________________ ________________________________________________ (ii) _______________________ ________________________________________________ (iii) _______________________ ________________________________________________ (iv) _______________________ ________________________________________________ (8 markah)

2.

Guru perlu menyediakan aktiviti penerokaan yang sesuai untuk membantu murid memperkembangkan pengalaman dalam konsep pergerakan. Berikan satu contoh aktiviti yang berkaitan dengan setiap elemen dalam konsep pergerakan yang dinyatakan. Konsep Pergerakan Elemen yang diajar Bahagian tubuh badan Lokasi Contoh Aktiviti

(i) Kesedaran tubuh badan

Arah (ii) Kesedaran ruang Aras

Laluan

Masa

(iii) Kesedaran beban

Daya

Menendang bola

Aliran Perhubungan dengan rakan atau orang lain (iv) Perhubungan Perhubungan dengan alatan (10 markah)

3. .

Seorang guru mendapati bahawa terdapat pelbagai jenis permainan kanakkanak yang dapat memberi peluang kepada murid-murid tahun tiga menikmati keseronokan dan memupuk minat mereka terhadap aktiviti fizikal. (a) Nyatakan dua kebaikan permainan untuk kanak-kanak mengikut Model Bunker dan Thorpe 1982. (i) (ii) ____________________________________________________ ____________________________________________________ (4 markah)

Soalan 3 (b) berpandukan jadual di bawah

Tunjang Kemahiran

Tajuk Manipulasi Alatan

Tahap Satu

Tahun 3

Kategori Permainan Sasaran

(b)

Apakah antara kemahiran-kemahiran manipulasi alatan yang terdapat di dalam prosedur permainan tersebut serta berikan contoh.

(i) (ii)

Melambung/melontar alatan seperti bola @ pundi kacang ke arah sasaran Membaling alatan seperti bola @ pundi kacang ke arah sasaran. Menendang alatan seperti bola ke arah sasaran
(6 markah)

(iii)

10

4.

Penilaian dalam permainan kanak-kanak merupakan aspek penting untuk mengetahui prestasi murid. (a) Jelaskan empat tujuan penilaian prestasi murid dalam permainan kanakkanak.

(i)
(ii) (iii) (iv)

untuk menilai kebolehan murid berasaskan kriteria

____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ (4 markah)

(b)

Permainan kanak-kanak yang paling senang dinilai adalah permainan kategori sasaran. Berikan tiga contoh sukan/permainan kategori sasaran serta cara untuk menilai prestasi pemain bagi setiap contoh.

Contoh Sukan/Permainan

Cara Penilaian

Mini kriket

Bilangan larian

Mini Ragbi

Jangka masa serangan

Mini bowling

Jumlah sasaran yang tepat

(6 markah)

11

1.

Rangkaian pergerakan melibatkan kombinasi kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Pilih satu alatan tangan dan reka cipta satu rangkaian pergerakan secara individu yang melibatkan perkara-perkara berikut: enam kemahiran lokomotor (L) menggunakan alatan tersebut (MA). enam kemahiran bukan lokomotor (BL) menggunakan alatan tersebut (MA). lukisan pelan lantai dan lakarkan rangkaian pergerakan yang direka cipta. (20 markah)

2.

Seorang guru telah mengurus dan mengelolakan permainan kanak-kanak kategori serangan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Aktiviti dijalankan di tempat meletak kereta di dalam kawasan sekolah. Semasa aktiviti tersebut dijalankan, seorang murid perempuan berpakaian seragam sekolah telah terjatuh. Lututnya berdarah dan tangannya terseliuh. Guru tersebut sedar bahawa tindakannya telah mewujudkan kesan negatif. Untuk memastikan peristiwa tersebut tidak berulang dan berdasarkan maklumatmaklumat di atas, bincangkan empat langkah keselamatan dari aspek pengurusan dan pengelolaan permainan kanak-kanak yang perlu diberi perhatian oleh cikgu tersebut . (20 markah)

12

You might also like