You are on page 1of 48

PANDUAN UNTUK MENGENAL PASTI AJARAN

SESAT DAN PENGAMAL-PENGAMAL AJARAN SESAT


DALAM BENTUK PERSEORANGAN ATAU PERTUBUHAN

BAB 1

Maksud Ajaran Sesat

Ilmu dan amal yang menyesatkan aqidah, syariat dan akhlak seseorang
muslim lagi mukmin melalui lidah, anggota dan hatinya di semua tempat, waktu
dan masa dikala itu jadilah orang itu,
1. Murtad
2. Munafik
3. Zalim
4. Fasik

dan lain-lain istilah yang diringkaskan dalam kata “kufur dan maksiat”. Bagi setiap
orang Islam, apabila disebut sesat ertinya Aqidah, Syariat dan Akhlak seseorang
muslim lagi mukmin itu sudah batal melalui salah satu daripada tiga perkara atau
dua daripada tiga perkara atau ketiga-tiganya sekali serentak, bukan di tempat
mengajar atau belajar agama dan dengan sengaja iaitu melalui

1. perkataan
2. perbuatan
3. qosod hati

Dosa jadi murtad dan dosa segala kerja buat semasa di dalam murtad tidak
diampun oleh Allah s.w.t. dengan hanya kembali semula kepada agama Islam
melalui ucapan dua kalimah syahadah, melainkan hendaklah disertakan dengan
taubat nasoha yang sebenar-benarnya.

1
1. Sesat Melalui Perkataan
Iaitu segala ucapan kata dengan kalimah-kalimah atau ayat yang memberi
faham di mana kalimah-kalimah atau ayat yang diucapkan itu tersasar daripada
qowaid syari’yah. Perkara sebegini berlaku ketika bercakap biasa, ketika marah,
ketika bergurau senda dan lain-lain. Ianya terdapat juga dalam bentuk jampi
serapah mentera yang diamalkan oleh orang-orang fasik dan jahil yang diambil
daripada orang-orang kafir, munafik, zalim, fasik yang dikenali dengan nama
Kahin, Arrof, Munajjim atau Sami-sami, Padri-padri atau Rahib-rahib.

Peringatan
Segala rupa bentuk kalimah atau ayat-ayat atau jampi-jampi daripada
ulama-ulama Islam yang ahli pada babnya walau di dalam apa bahasa sekali pun
tidak termasuk di dalam bab tersebut.

2. Sesat Melalui Perbuatan


Perlakuan atau perbuatan seseorang muslim itu menyerupai sama seperti
orang-orang kafir dalam ubudiahnya dan dalam hidup hariannya melanggar segala
hukum syarak samada wajib atau haram dengan sengaja.

3. Sesat Melalui Hati


Qosod dan Iradat jahat yang timbul di dalam hati yang tersasar daripada
qowaid syari’yah yang hanya pelaku itu sahaja yang tahu.
Sesat syariat semata-mata yang tidak ada hubung kait dengan aqidah hanya
menyebabkan dosa besar. Begitu juga sesat akhlak semata-mata yang tidak ada
hubung kait dengan aqidah, hanya menyebabkan tidak ada pahala sesuatu
kebaikan yang diamalkan.
Menjadi tanggungjawab sebagai wajib fardhu ain setiap muslim mencegah
dirinya daripada jatuh ke dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak yang jadi murtad.

2
 Menjadi tanggungjawab suami mencegah isterinya daripada menjadi murtad.
 Menjadi tanggungjawab setiap ibubapa mencegah anak-anaknya menjadi
murtad.

 Menjadi tanggungjawab setiap wali-wali (penguasa-penguasa yang beragama


islam) mencegah orang-orang muslim di bawah jagaannya daripada menjadi
murtad.

 Menjadi tanggungjawab pemerintah-pemerintah Islam mencegah rakyatnya


yang beragama Islam daripada menjadi murtad dengan mengujudkan suatu
undang-undang Riddah ke atas rakyatnya.

Umat Nabi Musa Kalimullah a.s. berpecah 71 puak. Manakala 70 puak


berada dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak yang jadi murtad. Hanya satu puak
sahaja yang jadi mukmin lagi muslim.
Umat Nabi Isa Ruhullah a.s. berpecah kepada 72 puak. Manakala 71 puak
berada dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak yang jadi murtad. Hanya satu puak
sahaja yang kekal dalam mukmin lagi muslim.
Umat Nabi Muhammad s.a.w. berpecah kepada 73 puak. Manakala 72 puak
berada dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak yang jadi murtad. Hanya satu puak
sahaja yang kekal dalam mukmin lagi muslim. Puak Ahlus Sunnah Wal Jamaah
dalam aqidah, syariat dan akhlak pada masa ini ialah :-
i. Dalam aqidah itu berada di dalam aliran Abu Hassan Asya’ari dan Abu
Mansur Maturidi.
ii. Dalam syariat iaitu mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam aliran
a. Imam Syafie
b. Imam Maliki
c. Imam Hambali
d. Imam Hanafi
iii. Dalam akhlak iaitu mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam aliran
Junaid Al-Baghdadi, Al-Qusyairi, Al-Ghazali, Asy-Sya’rani dan ulama-
ulama muktabar seumpama mereka itu.

3
(A) 72 PUAK YANG SESAT AQIDAH ITU IALAH :

KAUM RAFIDHIYAH - 12 PUAK


Antara I’tiqad mereka:
a. Bahawa Saidina Ali turun dari langit atas rupa awan ketuhanan lalu berupa
manusia maka dilakukanlah beberapa pekerjaan yang dibangsakan kepada
ketuhanan. Setelah itu naik pula ke langit .
b. Bahawa Saidina Ali itu nabi; Jibril tersalah membawa wahyu kepada Nabi
Muhammad s.a.w.
c. Bahawa Saidina Ali dan Nabi Muhammad s.a.w. bersyarikat dalam pekerjaan
Nubuwah.
d. Bahawa jawatan khalifah itu hanya khusus kepada Saidina Ali. Adapun Abu
Bakar , Umar dan Osman r.a. sentiasa berada dalam kafir apabila menerima dan
memegang jawatan khalifah Rasullah. Mereka menyumpah sahabat-sahabat
agung Rasulullah dan lain-lain sahabat yang tiada seketurunan atau sebangsa
dengan Saidina Ali.
e. Apabila roh keluar daripada suatu jasad anak Adam maka masuk pula kepada
jasad yang lain dengan nama dan rupa yang lain atau serupa.
f. Bahawa Saidina Ali akan kembali hidup semula di akhir zaman sebelum qiamat,
menghukum akan semua musuh-musuhnya dan tempatnya sekarang ini didalam
awan. Guruh dan kilat itu suara cemetinya.
g. Bahawa Allah s.w.t. terkadang-kadang zahir atas rupa manusia maka dinamai
akan dia nabi atau Imam. Lalu mengajak manusia kepada ugama Islam yang
lurus. Jikalau tiada demikian itu maka sesatlah semua makhluk .
h. Bahawa zat Allah Ta’ala itu menjelma masuk dalam sesuatu dan sebati dengan
dia.

4
KAUM JABARIAH – 12 PUAK
Antara I’tiqad mereka;
a. Iman dan taat dan kufur dan maksiat semata-mata daripada Allah. Tiada
pada hamba ikhtiar usaha, teguh cita-cita dan rangkaian doa.
b. Gugur taklif syarak daripada hamba.
c. Buat baik tiada dapat kebajikan atau pahala, buat maksiat tiada dapat balasan
jahat dan putus asa daripada rahmat Allah.
d. Buat baik tiada dapat pahala, buat jahat tiada dapat siksa.
e. Tafakur itu lebih baik daripada segala ibadat samada fardhu atau sunat.
f. Sesiapa yang menjadi kekasih Allah dan bersih daripada hawa nafsu yang jahat
dan ada ilmu tiada perlu lagi buat amal ibadat.
g. Bahawa orang-orang kafir dan ahli-ahli maksiat tiada akan ditanya di akhirat
kelak kerana segala-galanya itu Allah yang melepaskannya.
h. Bahawa Allah tiada menyeksa segala hamba-hambanya, kalau Allah siksa
juga maka Allah itu zalim.
i. Allah meghidupkan segala kafir dan segala orang yang bersalah di dalam
neraka, selepas itu dimatikan pula dan tiada hidup lagi selama-lamanya.
j. Apabila Allah selesai menjadikan makhluk maka beristirehatlah ia. Dan tidak
tiap-tiap suatu zahir pada waktunya yang ditetapkan itu dengan sendirinya dan
putus hubungan dengan Allah.
k. Apabila sampai kepada darjah kekasih Allah (wali Allah) yang tinggi gugurlah
taklif syara’ hanya tafakkur semata-mata.
l. Harta dunia bersyarikat di antara semua keturunan Adam dan Hawa dan halal
mengambilnya tiada hak tegahan ahlinya.
m. Apabila terasa di hati hendak melaksanakan sesuatu kebajikan atau kejahatan
hendaklah segera mengerjakan akan dia kerana itu wahyu Allah yang
dicampakkan di dalam hati.
n. Barangsiapa belajar ilmu jadilah ia berada dalam syirik dan menegahkan
daripadanya jadilah ia kafir.

5
o. Bahawa semua yang difardhu oleh Allah boleh buat jika rajin dan boleh tinggal
jika malas.
p. Segala perintah Allah itu hanya sekali sahaja tiada berulang-ulang.
q. Hamba tiada mukallaf selain daripada iman dan kufur.
r. Dipanggil mukmin hanya mengucap dua kalimah syahadah, menghilangkan dia
jadi kafir tidak perlu lagi melaksanakan lebih daripada itu.

KAUM KHARIJIAH – 12 PUAK


Antara I’tiqad mereka:
a. Bahawa yang menjadikan kebaikan itu Allah dan menjadikan kejahatan itu
hamba dan menghukum kafir akan orang Islam yang melakukan dosa besar.
b. Bahawa zakat tiada fardhu. Boleh menghimpun harta sebanyak mana yang
disukai walaupun dengan apa cara sekalipun , dan tiada harus memberi zakat
kepada sesiapa pun kerana tiada tahu mukmin atau kafir.
c. Allah mengampunkan dosa syirik jali, tidak perlu mengucap dua kalimah
syahadah untuk kembali kepada Islam.
d. Beriman dengan segala yang ghaib itu batal.
e. Allah tiada menghukumkan makhluk dengan suatu hukum.
f. Matahari, bulan dan bintang bukan makhluk Allah.
g. Semua perempuan itu perhiasan bagi lelaki. Boleh wat’ei dahulu sebelum
nikah.
h. Saidina Ali itu kafir.
i. Bahawa Abu Bakar, Umar r.a. itu sahaja mukmin. Tiada tahu lain daripada itu
kafir atau mukmin.

6
KAUM QADARIAH – 12 PUAK
Antara I’tiqad mereka :
a. Segala usaha ikhtiar, teguh cita-cita dan rangkaian doa hamba memberi bekas
dengan sendiri setelah Allah menjadikan ikhtiar usaha, teguh cita-cita dan
rangkaian doa hamba.
b. Syaitan itu serupa dengan Allah kerana tiada mempunyai ujud yang nyata.
c. Menjadikan kejahatan itu syaitan jua dan menjadikan kebaikan itu Allah jua.
d. Qada’ dan Qadar itu bukan daripada Allah.
e. Beramal ibadat itu sia-sia kerana tiap-tiap baik dan jahat itu azali lagi.
f. Tiada ada shurga, neraka, hisab, mizan dan belum lagi dijadikan Allah.
g. Bahawa segala amal ibadat itu daripada hamba semata-mata tiada diketahui
beroleh pahala atau seksa jika melaksana atau meninggal akan dia.
h. Bahawa Allah tiada menjadikan syaitan kerana jika Allah menjadikan syaitan
maka Allah juga menjadikan kekufuran maka sesungguhnya Allah itu
berkehendak ujud kekufuran.
i. Bahawa segala amal ibadat hamba itu makhluk Allah melainkan semata-mata
iman dan kufur.
j. Benci kepada ibadat fardhu dan suka kepada ibadat sunat dan sembahyang
yang empat rakaat dijadikan dua rakaat sahaja.
k. Segala kitab-kitab Allah yang turun dari langit tiada mansuh, wajib beramal
dengan semua isi kandungannya.

KAUM JAHMIAH – 12 PUAK


Antara I’tiqad mereka :
a. Asma Allah dan Sifat Allah itu makhluk.
b. Zat Allah itu ujud pada tiap-tiap tempat atas wajah hulul dan ittihad,
c. Orang yang mukmin yang a’si apabila masuk neraka tiada keluar selama-
lamanya.
d. Isi neraka apabila jadi abu tiadalah lagi hidup.
e. Mayat itu tiada merasai azab atau nikmat kecuali pada masa sakaratul-maut
dan dalam kubur.
f. Bahawa Zat Allah berdiri antara langit dan bumi.

7
g. Bahawa Nabi Muhammad hanya melihat Tuhan didalam dunia sahaja dan
manusia yang lain pula melihat tuhan hanya di dalam akhirat sahaja.

KAUM MURJI’AH - 12 PUAK


Antara I’tiqad mereka :
a. Selepas membicarakan rukun Iman tiada lagi yang difardhukan oleh Allah.
b. Bahawa Allah menjadikan sekelian makhlukNya tetapi tiada menyuruh
melaksanakan kejahatan dan tiada melarang meninggalkan kejahatan.
c. Sesiapa mengucap Lailahaillallah maka bebas melakukan taat atau berbuat
maksiat.
d. Barang siapa mengesakan zat, sifat, asma’ dan af’al Allah maka tiada sekali-kali
tersurat atasnya dosa besar.
e. Bahawa Allah Ta’ala itu jauhar atau a’radh (sel atau nukleus).
f. Sah sujud kepada matahari, bulan dan bintang atau makhluk yang lain seperti
sujud kepada Allah.
g. Iman itu ilmu, barang siapa tiada berilmu jadi kafir.
h. Sesiapa yang tiada mengetahui amar dan nahi jadi kafir.
i. Iman seseorang itu pada tiap-tiap tahun sentiasa berkurang tiada bertambah.
j. Dirinya jadi mukmin jika dikehendaki Allah dan tiada jadi mukmin jika tiada
dikehendaki Allah (syak atau zan atau waham) akan keimanan dirinya.
k. Zat Allah serupa dengan manusia.
l. Wajib dan sunat, haram dan makruh sama sahaja kerana kesemuanya titah
perintah Allah.
m. Zat Allah tiada bersifat dengan segala sifat ujudiah.
n. Boleh mengikut perintah atau arahan syaitan atau jin samada Jin Islam atau
kafir walaupun perintah melaksanakan segala yang haram.

8
(B) DUA PUAK YANG SESAT SYARIAT DALAM MAZHAB FIQH YANG EMPAT
i) Bida’ah dholalah karohah yang jadi fasik .
ii) Bida’ah dholalah haram yang jadi murtad.
Golongan mereka ini iaitulah puak-puak yang sesat dalam aqidah dan tasauf.

MAKSUD BIDA’AH BHOLALAH IAITU;


Suatu penambahan atau pengurangan kepada asal hukum wajib, haram,
sunat, makruh, harus tidak mengikut qowaid syariyah
Qowaid syariyah
i) Syarat
ii) Sebab
iii) Mani’
iv) Sah
v) Batal
Dan tidak ada hubungkait dengan makna dan makni Al-Quran, hadis, ijmak
ulama dan qias.

9
(c) TERJEBAK KEDALAM 13 PUAK TASAUF ( SUFI ) YANG SESAT
1. KAUM MARJI’AH
 I’tiqadnya apabila sampai kepada darjah kekasih Allah, tidaklah kasih akan
yang lain selain Allah. Terangkat taklif syara’ dan segala ibadat dan halal
segala yang haram, segala yang difardhu boleh buat dan boleh tinggal.
Puak-puak ini setengahnya sangat gemar bertelanjang tiada menutup aurat.
Segala harta di dunia ini kepunyaan Tok Adam. Mereka anak-cucu Adam dan
halal kesemuanya.
2. KAUM AULIYA’IYAH
 I’tiqadnya apabila sampai kepada darjah wali terangkat segala taklif syarak
dan wali lebih besar daripada Nabi.
3. KAUM SYAMRAKHIYAH
 I’tiqadnya menghalalkan zina dan berpura-pura berlaku warak dikhalayak
ramai.
4. KAUM IBAHIYAH
 I’tiqadnya sanggup menahan diri daripada berbuat perkara-perkara mungkar
dan juga tidak sanggup menyuruh manusia dengan kebajikan dan mereka
juga menghalalkan zina.
5. KAUM HALIYAH
 I’tiqadnya mereka menari-nari dan bertepuk tangan dan ada yang pengsan
serta mereka sandarkan pekerjaan mereka itu kepada sunah Rasulullah yang
perlu diikuti.
6. KAUM HURIYAH
 I’tiqad mereka sama seperti kaum Haliyah, cuma mereka kata tatkala
pengsan itu, “Datang kepada kami bidadari, maka kami jima’ akan dia.
Apabila sedar daripada pengsan mereka pergi mandi junub.
7. KAUM WAQI’YAH

 I’tiqad mereka bahawa zat Allah dan segala sifat-Nya , asma-Nya dan af’al –
Nya tidak boleh dikenali. Hamba sama sekali tidak akan sampai kepada
makrifatullah.

10
8. KAUM MUTAJAHILIYAH
 I’tiqad mereka tidak memakai pakaian-pakaian yang bersih, suka kepada
pekerjaan yang jahat dan suka kepada perempuan dan zina.
9. KAUM MUTAKASILIYAH
 I’tiqad mereka meninggalkan usaha ikhtiar, meminta kepada orang ramai
dan memaksa-maksa orang ramai memberi zakat dan sedekah kepadanya.
10. KAUM ILHAMIYAH
 I’tiqad mereka selalu mendapat ilham ketuhanan, meninggalkan
mempelajari serta membaca Al-Quran, meninggalkan zikir dan segala
selawat kerana Al-Quran itu menjadi hijab untuk sampai kepada
makrifatullah. Mereka lebih suka mempelajari serta menghafal segala bait-
bait syair.
11. KAUM HULULIYAH
 I’tiqad mereka zat Allah menjelma di dalam diri manusia atau dalam juzuk-
juzuk daripada alam. Mengharuskan memandang kepada perempuan-
perempuan yang elok-elok dan lelaki-lelaki yang elok-elok rupa kerana
disitu ada tajalli ketuhanan; suka bersuluk dan berzikir campur lelaki dan
perempuan sambil memeluk cium yang elok pula kerana itu bekas tajalli
ketuhanan jika dapat anak di dalam majlis itu, anak itu anak tajalli
ketuhanan; semua amalan hanya berniat sahaja.
12. KAUM WUJUDIYAH
 Yang mulhid atau zindiq; I’tiqad mereka, diri mereka dan zat Allah sama
jenis ujud dan ujudnya Allah itu bertempat dan bermasa serta boleh dilihat
dengan mata kepala. Mereka hanya semata-mata membahaskan tentang
keujudan zat Allah mengikut khayalan mereka sahaja.
13. KAUM MUJASSIMAH
 I’tiqad mereka zat Allah itu berjisim seperti manusia.
PERINGATAN:-
Puak-puak ini ialah mereka-mereka yang sesat dalam aqidah, syariat dan
akhlak Islam dari kaca mata Ahlus Sunnah Wal Jamaah tetapi diri mereka itu,

11
tetap mereka mengaku betul dan benar mengikut agama Islam dalam semua
kerja buat mereka.

Asas seseorang itu menjadi kufur atau murtad dan bida’ah dholalah iaitu :
1. Jahil Murakab
- Menerima dan beramal sesuatu yang baik dan jahat dengan tidak
berbetulan sasarnya atau perkataan dan perbuatan seseorang itu
tidak bertepatan dan tidak selari seperti asalnya samada dalam bab
aqidah, syariat dan akhlak .
2. Jahil Basit
- Berdegil atau keras hati didalam menerima ilmu dan amal yang baik
sehingga diberitahu berita gembira atau takut sama sahaja, tidak
ada apa-apa kesan atau tidak boleh menerima dan melaksanakan
sesuatu yang betul di dalam bab aqidah, syariat dan akhlak, samada
diajar atau ditegur.
3. Rabtul A’di
- Berpegang teguh pada hukum adat dalam hidup dan kehidupan
dengan menolak semua sekali hukum syarak dan hukum akal.

HUKUM SYARAK :
i. Wajib
ii. Haram
iii. Sunat
iv. Makruh
v. Harus
Tiap-tiap satu hukum syarak itu ditentukan oleh lima (5) Hukum Taklif untuk
membolehkan seseorang itu berada padanya :
i. Syarat
ii. Sebab
iii. Mani’
iv. Sah
v. Batal
12
Hukum Akal itu ialah :
i. Wajib
ii. Mustahil
iii. Harus
4. Taqlidur Rad’di
- Ikut membabi buta tanpa merujuk kepada hukum syarak dan hukum
akal serta kepada ulama-ulama yang faham dan beramal dengan
ilmunya.
5. Tahsinul Aqli
- Mengikut kebijaksanaan pemikiran, menolak hujah Al-Quran, Hadis,
Ijmak Ulama dan Qias dalam aqidah, syariat dan akhlak.
6. Hululliah
- Mengiktiqad zat Allah itu menjelma di dalam alam, menyerupai
sesuatu daripada alam zahir dan batinnya.
Umpama iktiqad Yahudi iaitu zat Allah menjelma dalam alam,
menyerupai Nabi Allah Uzair a.s.
- Iktiqad Kristian zat Allah menjelma dalam alam menyerupai Mariam
dan Isa a.s.
7. Tanasikhul Arwah
- Mengiktiqad zat nabi-nabi, wali-wali dan malaikat menjelma masuk
dalam diri seseorang dan orang yang mendapat penjelmaan itu boleh
menzahirkan beberapa yang menyalahi kebiasaan bagi membukti
kebenarannya.

Peringatan:-
Tidak ada dalam nas, hujah Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qias
mengatakan roh nabi-nabi, wali-wali dan malaikat diizinkan oleh Allah
menjelma masuk ke dalam diri seseorang, hanya yang ada roh jin dengan
mempernamakan dirinya sebagai nabi, wali dan malaikat kerana menipu
13
daya manusia untuk terjun dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak dalam
Islam.

8. Iktiqad Wahdatul Wujud


- Mengiktiqad zat Allah menjelma pada mana-mana tempat dalam
diri dan bersatu dengan roh sehingga di kala itu orang itu mengaku
dirinya Tuhan. Meninggalkan segala amalan syariat, menghalalkan
segala yang haram dan terangkat segala taklif syarak pada dirinya.
Umpamanya nikah batin, sembahyang hanya dengan niat dan lain-
lain.

Peringatan :-
Maksud gugur taklif syarak pada istilah ahli sufi, ialah gugur taklif
Syarak pada makam yang ia tinggalkan dan masuk melaksanakan taklif
syarak pada pangkat dan tingkat dirinya berada, yang menuju sasarnya,
baik, paling baik, agung baik, maha baik iaitu aqidah, syariat, akhlak
Nabi Muhammad s.a.w zahir dan batinnya.

9. Menghuraikan Al-Quran, hadis dan kitab-kitab ulama dengan jahil


kaedah bahasa Arab atau tidak memasuki mana-mana majlis
pengajian atau tidak mengambil daripada mereka yang mahir bahasa
Arab lagi a’lim serta beramal dengan ilmunya atau jahil qowaid
syarak.

14
BAB 2

Tanda-tanda sesuatu amalan itu dan orang yang beramal itu berada dalam sesat
aqidah, syariat dan akhlak di atas nama murtad, munafik, zalim, fasik itu ialah
ilmu dan amal yang :-

1. Ada perjanjian yang disertakan dengan sumpah bagi


memaksakan diri seseorang itu beramal dengan segala yang
baik (wajib, sunat, harus) dan meninggalkan segala yang jahat
(haram dan makruh).
a. Mereka memansuhkan sama sekali 3 hukum syarak dengan
sengaja iaitu :
i. Hukum Sunat
ii. Hukum Makruh
iii. Hukum Harus
b. Memberatkan ke atas diri 2 hukum syarak dengan sengaja
iaitu :
i. Hukum Wajib
ii. Hukum Haram
c. Menaikkan taraf :
i. Hukum Sunat menjadi Wajib
ii. Hukum Harus yang hampir kepada sunat menjadi wajib
iii. Hukum Makruh menjadi haram
iv. Hukum Harus yang hampir kepada Makruh menjadi haram
d. Mubai’ah pula kepada orang yang fasik, munafik, zalim dalam
ilmu dan amalnya.
e. Tidak mengikut kaedah mubai’ah yang betul mengikut Qowaid
Syariyah dalam bab syariat dan sufi (akhlak).
2. (a) Patuh pada perjanjian yang sama dengan hukum syarak
(wajib, sunat, haram, makruh dan harus) bagi mendapat
15
sesuatu yang menyalahi kebiasaan.

(b) Patuh pada perjanjian yang harus dalam hukum syarak bagi
mendapat sesuatu yang menyalahi adat.
(c) Patuh pada perjanjian yang haram dalam hukum syarak.
- Mendatangkan hukum syarak yang baru dengan memansuhkan hukum
syarak yang asal kerana patuh dan taat dan ikut telunjuk khadam yang
menjadi sahabat dalam semua kerja buatnya (menukar Ubudiahnya dalam
ilmu dan amalnya daripada Ubudiah kepada Allah ke Ubudiah kepada
khadam yang menjadi sahabatnya). Lihat huraian pada bab Istidraj, sihir,
Ihanah dan Sya’wazah.
3. Jenis-jenis latihan yang ada sifat marah atau dimarahi bagi menzahirkan
perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan.
- Menzahirkan rupa Tanasikhul Arwah iaitu penjelmaan rohani daripada jin ke
dalam diri samada cara tersembunyi atau nyata yang disangka nabi atau wali
atau malaikat.
4. Mengiktiqad segala wirid, jampi dan doa boleh menghasilkan sesuatu yang
dihajati (berada dalam syak, zon dan waham)
- Terjebak dalam iktiqad Jabariah, Qodariah dan Muktazilah.
5. Tidak tahu asal usulnya, paling kurang sampai kepada ulama-ulama muktabar
yang dipercayai ilmu dan amalnya.
- Mengambil ilmu dan amal
i. Meniru ilmu dan amal tiada berguru.
ii. Mengambil daripada dalam mimpi
iii. Daripada buku-buku
iv. Daripada mereka-mereka yang terputus salasilah dengan guru yang di
atasnya atau orang jahil, zalim, munafik, fasik atau daripada orang-orang
kafir, padri, rahib dan sami-sami.

16
BAB 3

PERKARA-PERKARA YANG MENYALAHI KEBIASAAN.


Ada lapan jenis perkara mencarik adat yang Allah zahirkan di atas muka bumi,
sebagai makhbul doa dan menunaikan hajat manusia.
Empat perkara luar biasa yang dipuji :-
1. Irhas.
2. Mukjizat.
3. Karamah.
4. Maunah.

Empat perkara luar biasa yang dibenci :-


1. Sihir peringkat tinggi yang menghampiri Karamah di
namakan Istidraj.
2. Sihir peringkat pertengahan.
3. Sihir peringkat rendah yang dinamakan Ihanah.
4. Sihir peringkat bawah yang dinamakan Sya’wazah.

Allah kategorikan manusia ke dalam dua golongan yang besar :-


1. Golongan yang maksum daripada dosa besar dan dosa kecil dari awalnya
sehingga akhirnya dan sentiasa bertambah tinggi darjat iman, syariat
dan akhlaknya di sisi Allah, mereka inilah golongan nabi-nabi dan rasul-
rasul Alaihimussola tuwassalam.
2. Mereka ini pula dikategorikan :-
a. Sayyed Ulul Azmi hanya Habibuhu, Abduhu Warasuluhu,
Muhammad s.a.w sahaja.
b. Empat Ulul Azmi iaitu :-
1. Saidina Nuh Najiyullah a.s
2. Saidina Ibrahim Khalilullah a.s
3. Saidina Musa Kalimullah a.s

17
4. Saidina Isa Ruhullah a.s

Dua puluh orang baki Rasul-Rasul yang tersebut namanya di dalam Al-Quran.
Dua ratus lapan puluh lapan baki Rasul-Rasul a.s
Seratus dua puluh empat ribu ( 124,000 ) nabi-nabi a.s kata setengah ulama atau
dua ratus empat puluh ribu ( 240,000 ) nabi-nabi a.s kata setengah ulama yang
lain.

Golongan ini wajib di imani oleh setiap orang muslim lagi mukmin bahawa mereka
itu maksum atau tidak disentuh oleh dosa besar dan kecil melalui lidah, anggota
dan hati mereka itu selama-lamanya samada dalam bab aqidah, syariat dan
akhlak. Pada diri mereka ini Allah zahirkan perkara-perkara luar biasa jenis baik
yang dinamakan:-

a. Irhas – perkara yang mencarik adat yang Allah zahirkan kepada


nabi-nabi pada masa kecil, sebagai tanda atau bukti ia akan
diangkat oleh Allah menjadi Nabi atau Nabi lagi Rasul membawa
risalah ketuhanan setelah ia dewasa.

b. Mukjizat – perkara luar biasa yang Allah zahirkan kepada Nabi


dan Nabi-Nabi lagi Rasul yang membawa risalah ketuhanan untuk
dirinya atau untuk disampaikan kepada manusia pada zamannya.
Pangkat Iman, Islam dan Ihsan mereka ini sentiasa bertambah
tinggi tiada pernah susut ke belakang sekali-kali.

18
BAB 4

Perkara-perkara luar biasa yang baik yang Allah zahirkan ke atas orang-orang
muslim lagi mukmin :-
1. Dinamakan Maunah
2. Dinamakan Karamah

Golongan manusia kedua, kelompok yang bukan nabi dan bukan nabi-nabi lagi rasul
yang mana mereka ini terjebak ke dalam dosa besar dan dosa kecil yang
diistilahkan sebagai :-
1. Kafir.
2. Munafik.
3. Fasik.
4. Zalim dan lain-lain.

AHLI MAUNAH
a. Mengambil ilmu dan amal daripada nabi-nabi dan rasul-rasul pada
zamannya umpama sahabat-sahabat r.a.
b. Mengambil ilmu dan amal daripada mereka-mereka yang mengambil
ilmu dan amal daripada nabi-nabi dan rasul-rasul umpama tabi’in
mengambil daripada sahabat.
c. Mengambil ilmu dan amal daripada mereka-mereka yang mengambil
ilmu dan amal daripada mereka-mereka yang mengambil ilmu dan
amal daripada nabi nabi dan rasul-rasul umpama tabi’ tabi’in
mengambil daripada tabi’in mengambil daripada sahabat, sahabat
mengambil daripada rasul.
d. Mereka-mereka yang mengambil ilmu dan amal daripada mereka-
mereka………………… selagi tidak berlaku kiamat yang akhir mengambil
daripada nabi-nabi dan rasul-rasul.

19
Kesemua mereka itu, melatih diri dengan ilmu dan amal itu dengan niat untuk
berjihad dengan diri dan harta.
a. Bagi menjaga maruah Agama Islam itu sendiri.
b. Bagi menjaga maruah diri dan keturunan yang beragama Islam
c. Harta.
d. Negara (Tanah air) di mana kesemua latihan itu tujuannya
keluar daripada dosa besar dan dosa kecil (Syirik Uluhiyah
dan Syirik khafi) melalui lidah, anggota dan hati di semua
tempat, waktu dan masa.
Peringatan :-
Segala rupabentuk ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dan segala rupa
bentuk amalan khusus daripada segala jenis wirid, segala jenis jampi, doa yang
diambil daripada ulama-ulama yang ahli pada babnya yang ada salasilah dan
wasilah kepada Rasulullah, sama ada daripada ayat Al-Quran, selawat, tasbih,
istighfar, ahzab, asma ulhusna dan lain-lain, begitu juga segala rupa bentuk
latihan pertahan diri walau di atas apa rupa bentuk tapak dan nama yang
dinamakan latihan yang diamalkan oleh mereka-mereka ini dinamakan ajaran
yang baik. Perkara-perkara mencarik adat yang Allah zahirkan pada diri zahir
dan batin mereka ini dalam apa juga suasana dan keadaan, dinamakan Maunah
dan Karamah. Suatu yang baik itu ialah sesuatu yang memantapkan aqidah,
syariat dan akhlak ke arah baik, paling baik, agung baik, maha baik. Di kalangan
kelompok orang-orang melayu muslim lagi mukmin, latihan pertahan diri yang
dilatih oleh mereka ini dinamakan “silat” yang bererti “hubung kait” atau
“kaitan” yang berasal daripada perkataan
asalnya “Als-Sil Silati” atau “salasilah”. Nabi Muhammad pernah menjadi jaguh
gusti menjatuhkan dua jaguh gusti arab jahiliah.

Manusia-manusia yang kafir, munafik, zalim, fasik yang telah keluar daripada
daerah kafir, munafik, zalim, fasik melalui lidah anggota dan hati, apabila masuk
beramal atau melatih diri dengan ilmu dan amal yang mereka pelajari (mengikut
kaedah yang tersebut di atas) dengan tujuan menuju atau terjun ke dalam baik,
paling baik, agung baik, maha baik itu mestilah melalui, suasana-suasana seperti
20
berikut supaya cita-cita untuk berada di dalam baik, paling baik, agung baik, maha
baik zahir dan batin itu berhasil dan menjadi kenyataan.
A) Kerana rasa gerun, hebat kecut lesu dengan segala ancaman- ancaman seksa
dan neraka yang dijanji oleh Allah ke atas orang-orang yang derhaka (kufur
dan maksiat) semasa hidup di atas dunia, sehingga tidak ada masa dan ruang
untuk melarikan diri, melindung diri dan tiada tempat untuk berlutut memohon
pertolongan dan bantuan. Kumpulan ini diibaratkan seumpama anak umur 1 hari
hingga 12 tahun dengan ayah dan ibunya. Dalam menerima dan melaksana
segala perintah, untuk mengabdi diri zahir dan batin begitu juga nisbah kenal
dirinya sebagai anak dan kenal ayah dan ibunya yang sebenar-benarnya, sebagai
penjaga, pendidik, pemelihara, pentarbiah dirinya dalam hidup dan kehidupan.
1. Dikala itu, hendaklah melatih menzahirkan pada diri zahir dan batin
perangai-perangai atau sifat-sifat baik iaitu :
a. Segera taubat, keluar daripada segala bentuk salah
dan dosa lidah, anggota dan hati dengan menyesal
diatas kesalahan yang dilakukan.
b. Keluar daripada kesalahan dan tempat salah kepada
kebaikan dan ke tempat yang baik.
c. Berazam tidak akan kembali mengulangi kesalahan itu
atau kembali ke tempat salah itu selama-lamanya. Jika
ada bersangkutan sesama manusia mesti memohon
ampun maaf minta halal dunia akhirat dan bayar harga,
jika menjadi kepayahan hendaklah pohon kepada Allah
ampunkan segala dosanya, memberi kemaafan atau
halal dan membayar harganya di akhirat kelak.
2. Sabar
3. Malu
4. Amanah
5. Benar (Sidiq)
6. Tawakal
7. Khauf
8. Zahid
21
9. Syukur
10. Redha
11. Habbah
12. Ikhlas dan lain-lain sifat terpuji paling kurang 50% ke 80% dan
menghilangkan sifat-sifat jahat pada diri iaitu :-
a. Mengekali berada dalam dosa.
b. Lekas marah
c. Kianat
d. Dusta
e. Takabur
f. Riak
g. Ujub
h. Suma’ah
i. Tamak
j. Kasihkan dunia untuk dunia
k. Mengumpat
l. Mengadu domba
m. Kedekut
n. Iri hati dan lain-lain perangai jahat paling kurang 50% ke
80%.
Kesemua itu akan diperolehi :-
a. Melalui tarbiah dan didikan
b. Keluar daripada cakap yang sia-sia
c. Keluar daripada keluh kesah dunia untuk dunia
d. Berlapar pada siang hari dengan berpuasa paling kurang Isnin – Khamis.
e. Menghidupkan malam dengan ibadah-ibadah sunat.

B) Kerana rasa rindu yang amat sangat dengan syurga dan segala nikmat-nikmat
yang dijanjikan oleh Allah pada orang beriman dan beramal soleh (Iman dan
taat) sehingga seolah-olah merasai nikmat syurga itu pada masa ini. Lebih-
lebih lagi pohon Allah kurniakan semasa hampir mati, semasa di Alam Barzah,
semasa di Yaumil Mahsyar dan pohon Allah masukkan ke dalam syurga tanpa hisab.
22
Dikala itu hendaklah melipat gandakan, menghiaskan pada diri zahir dan
batin dengan segala perangai yang baik sehingga mengjangkau 80% ke 100% dan
membuang semua perangai jahat zahir dan batin sehingga mengjangkau 80% ke
100%. Kumpulan ini diibaratkan seumpama anak berumur 12 tahun – 18 tahun
dengan ayah dan ibunya. Dalam menerima dan melaksana segala perintah, untuk
mengabdi diri zahir dan batin begitu juga nisbah kenal dirinya sebagai anak dan
kenal ayah dan ibunya, sebagai penjaga, pendidik, pemelihara, pentarbiah dirinya
dalam hidup dan kehidupan.

Untuk mencapai cita-cita ini antaranya hendaklah memaksa diri melazimkan


perkara-perkara di bawah ini:-
1. Keluar daripada keluh kesah dunia untuk dunia.
2. Berjaga malam.
3. Berlapar pada siang hari (berpuasa).
4. Berhenti daripada berkata sia-sia.
5. Menghadiri majlis tarbiah dan taqlim.

Dikala itu Allah akan menzahirkan perkara-perkara luar biasa melalui lidah,
anggota dan hati mereka (A dan B) ini yang dinamakan Maunah.

Ahli Karamah.
Iaitulah golongan ahli Maunah yang sudah istiqomah melatih diri
keluar daripada dosa besar dan dosa kecil melalui lidah, anggota dan hatinya di
semua tempat waktu dan masa berada dan sudah sampai kepada tahap
Makrifatullah yang hakiki di mana mereka sudah bersih zahir dan batin daripada
segala sifat-sifat yang jahat sehingga melebihi 100% dan sentiasa menggandakan
hias diri dengan sifat-sifat yang baik zahir dan batin seumpama yang ada pada diri
zahir dan batin Nabi Muhammad s.a.w. Mereka inilah juga, dikenali sebagai
pewaris nabi-nabi dalam bab ilmu dan amal sama ada aqidah, syariat dan akhlak,
melalui lidah, anggota dan hati dan menjadi Uswatun Hasanah kepada manusia
pada zamannya. Zahir mencarik adat pada mereka ini dinamakan Karamah.
Bandingan mereka ini kalaulah nabi-nabi dan rasul-rasul itu Quran asli, mereka ini

23
diibaratkan Quran photostat yang pertama atau bandingan anak umur 18 tahun ke
atas dengan ayah dan ibunya di mana pada bab ilmu dan makrifah akan dirinya
sebagai anak dan dengan ayah dan ibunya sebagai ayah dan ibunya yang jati.
Segala perintah dan arahan ayah dan ibunya itu dilaksanakan dengan penuh rela
dan redha walaupun pada asalnya suatu paksaan yang mesti dipatuhi dan ditaati.
Dikala itu sudah pastilah segala apa juga hak milik daripada ayah dan ibunya itu
akan diwariskan kepada dirinya sahaja. Tidak kepada yang lainnya (anak yang
derhaka).

Peringatan :-
Wasilah dan Rabitah dengan ahli-ahli yang baik, paling baik, agung baik,
maha baik pada zahir dan batin (nabi-nabi, rasul-rasul dan Auliaillah Hisolihin).
Sama ada mereka itu masih hidup atau yang sudah mati di atas makna Tabaruk
(mengambil berkat) dan Taqarub (menghampiri diri) zahir dan batin dengan
kemuliaan dan ketinggian darjah iman, syariat dan akhlak mereka itu zahir dan
batin di sisi Allah, adalah menjadi suatu amalan yang baik, suatu dorongan,
suatu keperluan yang amat dituntut untuk segera mencapai darjah
Makrifatullah yang hakiki di sisi Allah dan untuk segera keluar daripada dosa
besar dan dosa kecil (Syirik Uluhiyah dan Syirik Khafi atau kufur, maksiat)
kepada iman dan taat, dan untuk segera menghias diri dengan aqidah, syariat
dan akhlak-akhlak mulia zahir dan batin seumpama mereka itu dan untuk
segera Ijabah atau makhbul doa, melalui penuturan atau gerak anggota atau
qosad hati yang dinamakan Maunah dan Karamah peringkat tinggi. Terhindar
sama sekali daripada bertaulan dan gangguan dengan segala rupa bentuk
khadam yang bersyarat.

BAB 5

24
Perkara-perkara luar biasa yang menyesatkan aqidah, syariat dan akhlak
seseorang muslim.
Terdapat empat perkara luar biasa yang lazim nyata atau zahir pada diri manusia
yang derhaka kepada Allah, sebagai makhbul doa dan ujian daripada Allah ke atas
mereka itu,
Perkara-perkara luar biasa itu dinamakan :-
1. Istidraj atau sihir peringkat tinggi yang menghampiri Maunah dan
Karamah pada sekali imbas pandang.
2. Sihir peringkat pertengahan.
3. Sihir peringkat rendah yang dinamakan Ihanah atau silap mata.
4. Sya’wazah (sihir yang paling keji yang tidak menepati sasaran kehendak
tuan punya sihir itu).
Manakala golongan manusia yang terjebak di dalam perkara luar biasa yang salah
lagi sesat ini, terbahagi kepada dua golongan :-
1. Golongan ulama dan orang-orang soleh yang pura-pura.
2. Golongan orang-orang kafir, munafik, zalim atau fasik.
Lazimnya kedua-dua golongan ini mengambil ilmu dan amal daripada :-
1. Kitab-kitab.
2. Orang-orang yang terputus salasilahnya oleh sebab jahat adabnya dengan
guru yang di atasnya.
3. Mengambil daripada dalam mimpi atau menyusun sendiri kalimah-
kalimah, ayat-ayat jampi serapah mentera yang terkeluar daripada
Qowaid Syari’yah yang betul atau mengada-adakan segala rupa bentuk
pemujaan yang kesemua itu tujuannya supaya disanjung, dipuja, dipuji,
dihormati dan digelar :-
a. Bapak Guru, Ibu Guru, Maha Guru, Bapak Jaguh,
Ibu Jaguh, Tok Jaguh, Nenek Jaguh, Maha Jaguh.
b. Raja, Panglima, Hulubalang, Tok Pawang.
c. Tok Bomoh, Tok Dukun, Tok Mudin, Mak Bidan
dan Mak Andam dan lain-lain lagi.

25
Istidraj atau sihir yang menghampiri Maunah atau Karamah ini pada sekali imbas
pandang akan berlaku ke atas diri ulama-ulama dan orang-orang soleh yang pura-
pura, bila mana mereka mengambil ilmu dan amal :-
a. Daripada kitab-kitab.
b. Mereka terputus salasilah dengan guru yang di atasnya oleh
sebab jahat adabnya.
c. Mengambil ilmu dan amal daripada guru-guru yang terputus
salasilah ilmu dan amalnya dengan ulama-ulama muktabar
yang di atasnya oleh sebab jahat adabnya.
d. Mengambil ilmu dan amal daripada dalam mimpi, daripada
pertapaan (Uzlah) atau daripada orang-orang yang bertapa yang
tujuan itu seperti yang telah disebutkan.
Ketika itu Allah akan menghantar jin-jin Islam yang soleh dan a’lim seumpamanya
datang dalam mimpi atau jaga dengan mengaku diri nabi-nabi, wali-wali atau
malaikat mengajar ilmu dan amal menolong dalam kerja buatnya. Kalau
sebenarnya nabi-nabi, wali-wali atau malaikat itu datang kepadanya, nescaya Allah
akan zahirkan ke atas dirinya seperti yang diisyarat atau diucapkan oleh nabi-nabi,
wali-wali atau malaikat itu. Maksudnya diri orang itu zahir dan batin akan berada
seperti yang diucapkan dengan izin Allah. Jika yang datang itu jin sama ada Islam
atau kafir kepada ulama-ulama atau orang-orang soleh yang pura-pura dalam
mimpi atau jaga maka dia mesti (tidak dapat tidak) akan menetapkan syarat
kepada sahabatnya yang manusia itu untuk diterima sebagai taulan dan rakan yang
beserta dalam semua kerja buat melalui lidah, anggota dan hati ialah, segala
syarat yang sama dengan hukum syarak, bagi menyakinkan ulama-ulama dan
orang-orang soleh itu, dengan apa yang dilaksanakan itu benar dan betul,
mengikut hukum syarak, maka dikala itu nyatalah pada diri ulama atau orang soleh
itu segala rupa bentuk yang menyalahi kebiasaan yang hampir sama dengan
Maunah dan Karamah dan mula dari saat itu jugalah, ulama dan orang soleh itu
telah mencampakkan dirinya ke dalam Syirik Uluhiyah (Murtad) dalam semua rupa
bentuk amalan syariatnya, selagi mana ia patuh dan tunduk pada syarat-syarat
tersebut.

26
Sebenarnya mereka itu telah pun terjebak atau dijebak ke dalam satu tipu daya
dan pembohongan yang amat halus daripada jin yang memang kerjanya untuk
menyesatkan aqidah, syariat dan akhlak anak cucu Adam yang soleh, kepada
derhaka, paling derhaka, agung derhaka.

Istidraj atau sihir peringkat pertengahan


Golongan orang Islam yang fasik, zalim dan munafik mengambil ilmu dan
amal daripada ulama-ulama dan orang-orang soleh yang bersahabat dengan jin
yang patuh pada syarat yang sama dengan hukum syarak disebabkan musibah atau
hal.
Ulama-ulama dan orang-orang soleh itu akan meletakkan syarat yang sama
seperti mana ia terima daripada sahabat jinnya kepada muridnya dengan
dinamakan pula pantang larang. Apabila si murid mengaku menerima ilmu dan
amal dengan segala syarat-syarat yang dinamakan pantang larang daripada ulama-
ulama dan orang-orang soleh itu, maka Syirik Uluhiyah (murtad) yang ada pada
diri ulama-ulama dan orang-orang soleh itu turun pula pada si murid yang
mengambil ilmu dan amal daripadanya, dikala itu si murid itu beramal dengan ilmu
dan amal yang diambil daripada ulama-ulama dan orang-orang soleh tersebut
dalam keadaan dirinya sudah berada dalam murtad (Syirik Uluhiyah dan Syirik Qofi
seperti gurunya).
Ketika itu si murid akan didatangi pula oleh jin-jin Islam yang fasik atau
yang kafir dalam tidur atau jaga mengaku dirinya nabi-nabi, wali-wali atau
malaikat dengan meletakkan syarat yang harus dalam hukum syarak untuk
bersahabat dan berkawan dalam semua kerja buatnya antaranya :-

a. Syarat dalam bentuk makanan dan minuman seperti pulut putih,


pulut kuning, ayam panggang, bubur-bubur berwarna, bertih jenis
makanan atau berlauk-pauk yang berhidang (1, 3, 5 dan 7 hidang ke
atas) jenis-jenis kuih-muih (1, 3, 5 dan 7 jenis ke atas) dan
sebagainya.

27
b. Dalam bentuk pakaian kuning, hijau, merah, cincin, azimat, tangkal,
gelang, mahkota, selendang dan sebagainya.
c. Alat-alat senjata seperti keris, tombak, pedang, lembing dan lain-lain
atau ketiga-tiga syarat itu serentak atau dua daripada tiga syarat itu
serentak.

28
Istidraj peringkat rendah atau sihir peringkat rendah
(Ihanah)

Golongan orang-orang fasik, munafik dan kafir yang ingin menonjolkan


kehebatan dan kebesaran. Mereka ini mengambil ilmu dan amal daripada orang
yang sejenis dengannya daripada segala rupa bentuk jampi serapah dan mentera
yang terpesong daripada kaedah syarak pada kalimah dan ayatnya atau
mengadakan segala rupa bentuk upacara pemujaan yang diluar batas syarak.
Ketika itu mereka akan didatangi jin-jin yang kafir samada di dalam mimpi
atau jaga dengan segala syarat yang haram dalam hukum syarak, sebagai syarat
untuk bersahabat dan bertaulan dalam semua kerja buatnya.
Antara nama-nama gelaran jin yang terkenal dalam istilah orang-orang
melayu ialah :-

 Hantu raya, Jin tanah, Polong, Mambang


 Bajang, Pari-pari, Langsuir, Toyol, Pelesit
 Hantu kubur, Jerangkung, Hantu galah
 Tengelong, Harimau jadian, Hantu bungkus dan lain-lain
Yang seumpama dengannya akan datang bersahabat. Semua jenis jin itu dan lain-
lain jenis jin, keturunan atau bala tentera Azazil Laknatullah itu hanya nama yang
diberi oleh orang-orang melayu. Di dalam Al-Quran Allah menyebut dengan nama
Azazil, Afrit, Syaitan, dan waswasilkhannas dan lain-lain istilah.

(Sya’wazah)
Iaitu suatu perkara luar biasa yang Allah zahirkan ke atas manusia yang
melampaui batas derhakanya, sehingga setiap permintaannya yang baik, tidak
dimakhbulkan oleh Allah, bahkan diganti dengan perkara-perkara yang lebih jahat
dan lebih memalukan dirinya kerana dia tidak memperolehi seperti yang
dikehendakinya sebagai bukti kebetulannya atau kebenarannya di dalam ilmu dan
amalnya.
29
Risiko yang akan diterima oleh empat (4) kelompok manusia
yang bersahabat dengan jin.

1. Mereka inilah dipanggil Kahin, Arrof atau Munajjim seperti yang disebut
dalam hadis nabi S.A.W
2. Mereka-mereka inilah juga sebagai penaja, pengamal, pengembang ajaran
sesat yang terkutuk yang berada di dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak
dalam masyarakat setempat. Golongan inilah juga yang mempamerkan
kepada manusia segala rupa bentuk kehebatan dan perkara-perkara luar
biasa antaranya :-
a. Melalui latihan pertahan diri dinamakan “Gayung”. Ruqanah
dan Aswadi ialah dua orang jaguh gusti arab Jahiliah yang
berlawan gusti dengan nabi Muhammad s.a.w adalah contoh
bagi kelompok ini.
b. Perubatan tradisional yang melanggar kaedah syarak, Tukang
tilik atau Tok nujum dan lain-lain yang seumpamanya seperti
yang tersebut dahulu.
c. Kebal, Makan kaca, Minum racun.
d. Mandi minyak panas yang semata-mata mempamerkan
kehebatan dan bukan tujuan perubatan.
e. Segala rupa bentuk pukau memukau dan menurun.
f. Segala rupa bentuk ilmu jurus, sihir menyihir sesama manusia.
g. Segala rupa bentuk hilang diri dengan mengzahirkan diri
menyerupai beberapa rupa jirim jauhar dan lain-lain
kehebatan yang kesemuanya itu membabitkan jin samada jin
Islam peringkat tinggi, peringkat rendah atau jin-jin yang kafir
yang termasuk dalam kategori syak, zon, waham, khayal
semata-mata.

30
Peringatan:-
Perkataan “gayung” yang tersebut di atas ialah satu kalimah yang lazim
digunakan oleh orang-orang melayu sebelum Islam kepada segala rupa bentuk
latihan pertahan diri, kemudian barulah latihan pertahan diri itu diberi nama
dengan ditambahkan pada setiap perkataan “gayung” itu umpamanya GAYUNG
HARIMAU, GAYUNG MONYET, GAYUNG KANCIL dan lain-lain lagi mengikut cita
rasa pengasas-pengasasnya. Manakala segala rupa bentuk latihan pertahan diri
itu lazimnya mereka mengambil atau bertaulan dengan jin sebagai sahabat
dalam semua kerja buat melalui lidah, anggota dan hati di semua tempat,
waktu dan masa.
Iaitu :-

 Melalui pertapaan yang diluar kaedah syarak sufi Islam.


 Melalui segala rupa bentuk pemujaan yang direka-reka dan diada-
adakan yang terkeluar daripada kaedah yang diharuskan dalam
syarak.

 Melalui segala rupa bentuk wirid, jampi, doa, ayat-ayat Quran atau
lain-lain doa dan jampi mentera yang tidak betul mengikut kaedah
syarak, kerana di sana mereka telah pun dijeratkan ke dalam gaung
sesat aqidah, syariat dan akhlak oleh khadam-khadam daripada jin
Islam atau kafir dengan segala syarat-syarat seperti yang tersebut
dahulu.

Segala rupa bentuk ilmu dan amal yang baik yang diamalkan oleh puak-puak ini
tidak dinilai termasuk di dalam golongan ilmu dan amal yang baik yang
menjuruskan kepada baik, paling baik, agung baik, maha baik. Sentiasalah mereka
itu terjun ke dalam jahat, paling jahat, agung jahat, kerana mengikut telunjuk
Azazil dan anak cucunya Laknatullah.

31
Bila mereka mati jin-jin yang menjadi sahabat mereka itu akan mendatangi anak
cucu keturunannya, menyerupai dirinya dalam mimpi atau jaga menuntut supaya
diteruskan syarat-syarat perjanjian yang sedia ada.
Jika berdegil mereka akan dihujani dengan berbagai jenis rupa bentuk bala dan
penyakit serta halangan dalam segala kerja buatnya.

Tanda-tanda ada gangguan jin yang diistilahkan sebagai keturunan atau


saka-baka dalam sesebuah keluarga itu antaranya :-

 Mandul (bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk


jatuh yang kuat dan kuat bersukan).

 Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.


 Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan
keatas.

 Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-


duanya sekali.

 Melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun ulama besar kerana


ada pada dirinya sifat-sifat seperti di bawah ini :-
a. Lekas marah (panas baran)
b. Iri hati
c. Cemburu
d. Jahat sangka
e. Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang menjadi
kenyataan.
f. Menjelma masuk ke dalam dirinya mengaku wali, nabi atau
malaikat dengan menzahirkan beberapa yang mencarik
adat sebagai bukti kebenarannya.

 Mendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti


batu, cincin, duit emas, keris dan sebagainya.

32
Golongan yang tiga ini juga bertindak sebagai Kahin, Arrof atau Munajjim dengan
melayan manusia–manusia yang datang memohon pertolongan daripada mereka
dengan segala rupa bentuk ilmu sihir seperti menceraikan manusia yang berkasih-
kasihan, memisah anak dengan bapa, mendatangkan berbagai rupa bentuk
penyakit yang dihajati disamping perkara-perkara yang baik.

Tanda-tanda seseorang atau keluarga itu terkena ilmu sihir atau disihirkan.
1. Suka bergaduh dan lekas naik darah panas sehingga bercerai-berai, pukul
memukul dan sebagainya.
2. Hilang ceria diri dan rumah kediaman.
3. Sakit yang berlari-lari atau sakit di antara kulit dan isi yang tidak dapat
dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik.
4. Menjelma masuk ke dalam badan hingga lupa diri.
5. Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang
merosakkan serta menakutkan seperti:

 Api menyala dengan sendiri.


 Bunyi orang berjalan.
 Menangis.
 Bau-bauan, bunyi bising dan sebagainya.

Antara sebab-sebabnya ialah:

 Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan


sebagainya.
 Putus pertunangan.
 Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
 Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
 Rebutan pangkat dalam swasta dan kerajaan.
33
 Rebutan harta pusaka.
 Iri hati dengan jiran-jiran sebelah.
 Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpamanya.
BAB 6

Kejadian Jin.
Perkatan jin

 Dari segi bahasa ialah suatu yang tersorok atau tersembunyi atau
terlindung.

 Dari segi istilah(maksud sebenar) ialah sejenis makhluk yang tersorok atau
tersembunyi di antara malaikat dan manusia, tidak ghaib betul seperti
malaikat (tidak murni) tidak latiff tetapi boleh menyerupai dirinya sebagai
murni dan tidak betul-betul ada roh serta berjisim seperti manusia, tetapi
boleh menyerupai dirinya sebagai manusia ada roh dan berjisim, sebagai
suatu tipu daya sahaja. Tidak diizin oleh Allah menyerupai rupa Nabi
Muhammad s.a.w, dan tidak boleh mengaku dirinya sebagai Nabi
Muhammad s.a.w. Untuk memudahkan faham dan sampai pemikiran orang
awam, jin itu ialah laser yang tidak murni, kerana asal kejadiannya itu
api Maarij dan angin Samuun yang suhu panasnya tidak boleh dinilai atau
disukat dengan suhu panas dunia.

Mafhum dari ayat Al- Quran;


a. Maksud ayat 26-27 Surah Al-Hijr :
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering
kontang yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk dan Kami telah
ciptakan jin sebelum itu sebelum (diciptakan manusia) dari api yang sangat
panas”
b. Maksud ayat 15 Surah Ar-Rahman :
“Dia menciptakan Jan (Jin) dari nyala api (pucuk api yang bernyala-nyala)
c. Maksud ayat 12 Surah Al-‘Araf :

34
“Engkau ciptakan aku (kata Iblis) dari api sedangkan Engkau ciptakan dia
(Adam) dari tanah.

Dari Mafhum Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a.
maksudnya:
“Malaikat diciptakan dari cahaya. Jan diciptakan dari lidah api sedangkan
Adam diciptakan dari suatu yang telah disebutkan kepada kamu (tanah).”

Keterangan “Al-Maarij”
a. “Maarij” ertinya nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas suhunya
atau “Al-Lahab” ertinya jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama
lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru.
(Sesetengah ulama mengatakan “Al-Maarij itu ialah api yang sangat terang
yang memiliki suhu panas yang sangat tinggi sehingga bercampur antara
merah, hitam, kuning dan biru.”)
b. Al-Maarij – api yang bercampur warna.
c. Al-Maarij sama maknanya dengan “As-Samuun” iaitu api yang tidak berasap
yang sangat tinggi suhu panasnya. Sementara As-Samuun ialah angin yang
paling tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-
Maarij itulah Allah jadikan Jan.
d. Hadis riwayat daripada Ibnu Mas’ud bermaksud :
“Angin Samuun ini hanyalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian dari
angin yang sangat panas yang daripadanya Allah menjadikan Jan.”

Maka dari api inilah Allah Maha Perkasa lagi Maha Berkehendak dan Maha
Berkuasa menciptakan kejadian Jin, iaitu dari sel atau atom atau nukleas-nukleas
api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya jadilah dia hidup seperti
yang dikehendaki pula oleh Allah dan dari situ diberi izin oleh Allah menzahirkan
berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukainya dan dikehendakinya kecuali rupa
Rasulullah s.a.w. mengikut tahap dan kemampuan masing-masing; dan diarah
menerima syariat agama Islam sepertimana diarahkan manusia menerimanya.
35
Bentuk rupa asalnya selepas dicipta dan ditiupkan rohnya itu hanyalah Allah dan
Rasul-Nya sahaja yang mengetahuinya. Mengikut kata setengah ulama rupa,
tabiat, kelakuan, perangai jin 80% ke 90% mirip kepada manusia. 10% ke 20% mirip
kepada malaikat.
NABI saw mengatakan, ‘Jin terbahagi kepada tiga kelompok. Sepertiganya
mempunyai sayap yang boleh membuatkan mereka terbang di udara. Sepertiga
lainnya berbentuk ular dan anjing dan sepertiga lainnya boleh beralih dari satu
kelompok ke kelompok lainnya.
CATATAN : Ditakhrij (dikeluarkan) oleh Al-Baihaqi dengan sanad sahih.
Adapun redaksinya berbunyi sebagai berikut (terjemahannya) :
“Dari Jabir Nafir, dari Abi Tsa’labah Al-Khuntsa ra, bahawasanya Rasulullah
saw bersabda, (maksudnya) ‘Jin terbahagi dalam tiga kelompok’.
“Kelompok pertama adalah jin yang mempunyai sayap dan dapat terbang di
udara. Kelompok yang kedua terdiri dari jin yang berbentuk ular dan anjing,
sedangkan kelompok ketiga adalah yang boleh berubah bentuk dirinya.”
Dalam Al-Mustadrak, Al-Hakim meriwayatkan hadis yang senada dengan
hadis yang diriwayatkan Al-Baihaqi. Tentang hadis ini, Al-Hakim mengatakan
bahawa hadis tersebut sahih sanadnya, ditakhrijkan oleh Al-Bukhari dan Muslim
dalam sahihnya.
Menurut Adz-Dzahabi, hadis ini sahih. Hadis yang mirip dengan ia
diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dalam tafsirnya, yang bermaksud : “Jin terbahagi
tiga kelompok. Kelompok pertama yang ada di udara. Kelompok kedua adalah jin
yang boleh naik-turun kehendak hati mereka, sedangkan kelompok ketiga adalah
jin yang berbentuk ular dan anjing.”
Setiap kelompok dari ketiga kelompok ini membantu kelompok atau
himpunan yang lain. Katakan saja misalnya, jin-jin yang terdiri dari anjing-anjing
tadi secara keseluruhannya ia merupakan himpunan dari salah satu jenis jin.
[Subhanallah! Diriwayatkan dari Imam Ibn ‘Abbas ra, hadis yang mendukung
pendapat ini Ibn ‘Abbas mengatakan, “Anjing itu termasuk golongan jin. Ia
merupakan salinan jin. Kalau dia mengendus-endus dekat makananmu, maka
lemparkanlah makananmu ke arahnya, sebab dia mempunyai selera terhadapnya.”
Lihat Ibn Manzhur, Lisan Al-Arab.]
36
Akan tetapi, yang berwarna hitam legam dengan dua bulatan putih di atas
matanya, adalah jin sangat jahat yang boleh dibunuh. Kalau engkau melihat
anjing seperti itu, jangan kau biarkan. Bunuh saja.”

[Diriwayatkan dari Ibn Az-Zubair, dari Jabir bin Abdullah, katanya


“Rasulullah saw memerintah kami untuk membunuh anjing sehingga ada seorang
wanita yang datang dari dusun dengan membawa anjingnya yang kemudian kami
bunuh. Kemudian Nabi saw melarang kami membunuh anjing, seraya mengatakan,
‘Bunuhlah yang hitam legam dengan dua titik putih (di atas matanya), sebab dia
adalah syaitan.”
Hadis ini ditakhrijkan oleh Muslim dalam shahihnya. Hadis ini merupakan
dalil bagi perintah membunuh anjing secara umum. Kemudian perintah ini dihapus
(mansuh) dan dikhususkan pada anjing hitam legam, kerana ia adalah syaitan.
Dalam Syarahnya terhadap hadis ini, Imam An-Nawawi mengatakan, “Makna
Al-Bahim (yang terdapat dalam hadis tersebut) adalah hitam legam. Sedangkan
dua titik, adalah titik putih yang berada di atas kedua matanya, dan itu mudah
diketahui. Lihat Shahih Muslim Syarh An-Nawawi, kitab Al-Musaqah Wa Al-
Muzara’ah.’
Dalam Shahih Muslim, Bab Qadr Ma Yasturu Al-Mushalliy, diriwayatkan
sebuah hadis dari Abdullah Ibn Ash-Shamit, dari Abu Dzar, bahawasanya Rasulullah
saw berkata, “Bila salah seorang di antara kalian berdiri untuk solat, maka
hendaknya dia membuat penghalang yang merupakan tanda bagi orang yang lalu.
Sebab, kalau dia tidak membuat tanda seperti itu, maka solatnya pasti akan
diputuskan (diganggu) oleh keldai, kaum wanita dan anjing hitam.” Saya bertanya
Abu Dzar, “Bagaimana halnya dengan anjing hitam dibandingkan dengan anjing
merah atau coklat?” Abu Dzar menjawab, “Wahai anak saudaraku, aku pernah
bertanya kepada Rasulullah seperti pertanyaanmu dan beliau menjawab, “Anjing
hitam adalah syaitan’.”]
“Apakah anjing-anjing hitam tersebut awalnya memang merupakan bentuk
asli syaitan yang diberikan Allah atau apakah ia mengambil bentuk seperti itu?”
“Boleh jadi memang Allah telah memberinya bentuk seperti itu. Hanya
Allah Yang Maha Tahu. Akan tetapi jenis ini tidak boleh mengubah diri dalam
37
bentuk yang lain. Mereka merupakan salah satu umat syaitan yang terkutuk yang
tak terbilang banyaknya. Kerana Rasulullah saw memperbolehkan kita
membunuhnya, maka bunuhlah ia.”
“Bagus. Itu tentang anjing. Kalau ular?”
“Terdapat banyak ular yang sesungguhnya adalah jin, dan banyak pula yang
merupakan ular penjelmaan jin. Akan tetapi ada dua jenis ular dari kelompok ini
yang sama sekali tidak boleh mengubah bentuk dirinya dalam bentuk lain. Kerana
itu jangan engkau ragu-ragu membunuhnya. Kalau ia menyingkir, biarkan. Kalau
tidak, maka sebutlah nama Allah dan mintalah perlindungan-Nya. Sesudah itu,
bunuhlah ia.”
“Apa dua jenis ular tersebut?”
“Rasulullah saw telah menyampaikan kepada kita tentang keduanya. Yang
pertama Al-Abtar dan yang kedua Dzu Ath-Thifyatayn’.
[Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibn ‘Umar ra, bahawasanya beliau
mendengar Rasulullah saw berkhutbah di mimbar. Rasulullah saw berkata,
“Bunuhlah ular, bunuhlah Dzu Ath-Thifyatayn dan Al-Abtar, sebab kedua binatang
itu menyembur mata dan menggugurkan kandungan.”
Di dalam Shahih Al-Bukhari juga diriwayatkan bahawa Nabi saw
memerintahkan para sahabat membunuh ular dan sesudah itu melarang membunuh
ular yang menghuni rumah, sebab mereka adalah jin-jin yang menetap di rumah-
rumah itu.
Dalam Fat-h Al-Bari Ibn Hajar mengatakan, “Adapun perkataan Nabi yang
berbunyi : ‘Bunuhlah Dzu Ath-Thifyatayn, “Adalah ular yang mempunyai dua garis
putih di belakangnya.” Ibn Abd Al-Barr mengatakan, “Disebut-sebut bahawa, Dzu
Ath-Thifyatayn adalah sejenis ular yang mempunyai dua garis putih di
belakangnya, sedangkan Al-Abtar adalah ular buntung (tidak berekor).”

Asal datok Jin bernama “Jan”, beriman dengan Allah melahirkan keturunan
yang beriman. Selepas itu menjadi kufur dan kekal dalam kufur melahirkan pula
keturunan-keturunan yang kufur. Anak cucunya yang asal beriman itu ada yang
kekal dalam beriman dan ada pula yang jadi kufur dan ada pula yang kembali
beriman. Ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh,
38
ada yang ‘alim lagi mukmin, ada yang kufur, ada yang murtad, munafik, fasiq dan
zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang masuk neraka.

Keadaan Jin/Rupa Jin


a. Ruang yang kecil boleh dipenuhi oleh berjuta-juta Jin.
b. Jin yang kekal dalam kafir dan jin Islam yang fasik – rupanya huduh-huduh iaitu
rupa yang menakutkan dan mengerikan.
c. Jin Islam yang soleh rupanya elok-elok.
d. Bentuk-bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi, ada
bermacam-macam warna putih, merah, biru, hitam dan sebagainya.
e. Jin Islam yang paling tinggi imannya paling tinggi solehnya dan paling baik
amalannya dan paling luas ilmunya masih ada pada dirinya sifat-sifat
mazmumah seperti takabbur, riak, ‘ujub dan sebagainya mudah menerima
teguran dan pengajaran.
f. Manakala manusia yang paling jahat ialah manusia yang bersifat dengan
kesemua sifat-sifat mazmumah seperti sombong, riak, takabbur, ‘ujub dan
sebagainya. Mungkin inilah yang lazim dikatakan :
“Sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik”

Tetapi manusia yang paling jahat payah atau susah menerima pangajaran dan
teguran kepada baik.
Jin sepertimana juga manusia berhajat kepada keturunan dan puak-puaknya
terlalu banyak dan tuturan kata berbagai-bagai loghat atau bahasa.
a. Ada ulama membahagikan jin-jin ini kepada puak-puak yang menunggu kubur,
puak-puak yang menunggu gua, puak-puak yang menunggu mayat manusia,
puak-puak yang menunggu hutan rimba, puak-puak yang menunggu bukit
bukau, puak-puak yang menunggu air mata air, tasik, kolam, teluk, kuala,
pulau dan sebagainya.
b. Jenis-jenis Jin :
1. Iblis : (Bapa) Pujaan kepada semua jenis jin,iblis dan syaitan
2. Asy-Syaitan : Syaitan-syaitan
39
3. Al-Maraddah : Peragu-peragu (pewas-was)
4. Al-‘Afaariit : Penipu-penipu
5. Al-A’waan : Pelayan-pelayan
6. Al-Ghawwaasuun : Penyelam-penyelam
7. Al-Tayyaaruun : Penerbang-penerbang
8. At-Tawaabi’ : Pengikut-pengikut (Pengekor)
9. Al-Quranaa’ : Pengawan-pengawan
10.Al-‘Ummaar : Pemakmur-pemakmur

c. 7 Raja Jin (Alam) Bawah Yang Kafir


1. Mazhab
2. Marrah
3. Ahmar
4. Burkhan
5. Syamhurash
6. Zubai’ah
7. Maimon

d. 7 Raja Jin (Alam) Atas Yang Islam


1. Ruqiyaail
2. Jibriyaail
3. Samsamaail
4. Mikiyaail
5. Sarfiyaail
6. ‘Ainyaail
7. Kasfiyaail

e. Raja Jin yang menguasai kesemua jin-jin tersebut bernama


THOTHAMGHI YAM YAAL.
f. Majoriti puah-puak jin terdiri dari gulungan kafir. Islam hanya gulungan
minoriti sepertimana manusia dibumi. 80-90% jin menyerupai manusia.
40
g. Anak-anak Iblis yang mempunyai kerajaan yang besar adalah seramai lima
orang :
1. Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.

2. Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatul-rahim,


rumahtangga, keluarga, sahabat-handai, jemaah dll.
3. Al-‘Awar - Merasuk manusia untuk meruntuhkan akhlak, berzina,
minum arak, liwat, berjudi juga gejala sosial.
4. Mabsuut - Merasuk manusia dengan mengadu-domba, fitnah, dengki-
khianat, sum’ah dll.
5. Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api pertengkaran permusuhan
pembunuhan.
h. 4 raja Jin Ifrit yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri
kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. (Jin yang paling jahat)
1. Thamrith
2. Munaliq
3. Hadlabaajin
4. Shughal
i. Sementara malaikat yang mengawal kesemua jin-jin di atas bernama
Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH

Perbezaan di antara perkataaan Jin, Ifrit Dan Syaitan


a. Perkataan jin ditujukan kepada segala makhluk halus yang tersembunyi di
antara malaikat dan manusia dan ianya tidak kelihatan oleh manusia.
Pengetahuan mereka lebih luas dan panjang umurnya.
b. Perkataan Ifrit pula ditujukan kepada satu gulungan jin yang sangat kuat dan
bijak menipu dan sangat busuk hati terhadap manusia. Gulungan ini tersangat
sombong lagi amat durhaka.
c. Perkataan syaitan ialah ditujukan kepada satu gulungan jin yang sangat
sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan
mendapat kutukan Allah hingga kiamat.
d. Perkataan Iblis ialah ditujukan kepada satu jin yang sangat kuat taatnya dalam
41
beribadah kepada Allah sehingga ia di angkat oleh Allah menjadi ketua atau
qutub kepada seluruh malaikat dan jin, kemudian ia dilaknat oleh Allah menjadi
makhluk yang agung kufurnya kepada Allah, oleh sebab angkuh dan takbur
dirinya di atas asal usul kejadiannya terhadap kejadian Adam a.s yang dilantik
menjadi khalifah Allah yang terakhir di alam ini.
e. Firman Allah bermaksud :
“Iblis menjawab : Sebab Engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya
akan menghalang halangi mereka dari jalan-Mu Yang Lurus. Kemudian saya
akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan
kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur
(taat).”

Bermula dari saat itulah syaitan melancarkan gerakan permusuhan dengan


manusia sehingga kiamat. Allah menjelaskan 3 jenis permusuhan syaitan
dengan manusia :
i. Kejahatan (As-Suu’) : Iaitu berkenaan dengan dosa-dosa (maksiat) hati
dan segala anggota badan.
ii. Kekejian (Al-Fahsyaa’) : Iaitu kejahatan yang lebih buruk atau jahat lagi,
kekejian ini adalah sebahagian kedurhakaan
(maksiat) kepada Allah.
iii. Berbohong terhadap Allah.

 Kecepatan bergerak Jin melebihi cepat gerak cahaya dalam satu saat.
 Umur jin tersangat panjang dan ada yang beribu tahun lama hidupnya.
 Jumlah banyaknya jin iaitu seluruh manusia daripada Adam sehingga kiamat x
haiwan-haiwan x batu-batu x pasir-pasir dalam bumi dan tumbuh-tumbuhan ini
hanya 1/10 jumlah keseluruhan Jin. Manakala jumlah keseluruhan jin ialah
1/10 jumlah keseluruhan malaikat. Jumlah keseluruhan malaikat hanya Allah
dan Rasul-Nya sahaja yang maha mengetahui.

42
 Alam kediaman Jin ialah lautan, daratan, udara dan “Alam Mithal” suatu alam
yang antara alam manusia dan alam malaikat. Jika ditakdir diberi oleh Allah
s.w.t. kepada kita melihatnya jika jarum yang jatuh dari atas tidak jatuh di
atas bumi hanya jatuh di atas belakang-belakang mereka.

 Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis Nabi s.a.w. bermaksud :


“Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian
malam maka tahanlah anak-anakmu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran
ketika itu dan apabila telah berlalu suatu ketika malam maka tahanlah merka
dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkanlah
lampu-lampu serta sebutkan nama Allah, ikatkan minumanmu serta sebutkan
nama Allah dan tutuplah sisa-sisa makananmu serta sebutkan nama Allah
(ketika menutupnya)”.

(Maksudnya syaitan-syaitan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga
menjelang petang merupakan saat mereka berkeliaran mencari rezeki baik lelaki
atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa.)

Kejadian makhluk mengikut apa yang difahamkan bahawa :


a. Asalnya kejadian manusia itu ialah campuran :
i. Jisim Kathif iaitu tanah dan air.
ii. Jisim Syafaf iaitu murni – api dan angin.
iii. Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan “Latifatur-
Rabbaniah”. Sesuai dengan manusia sebaik-baik kejadian dan ciptaan Allah
dan khalifah Allah.

b. Manakala kejadian Jin pula :


i. Jisim Syafaf murni iaitu api dan angin.
ii. Nurani-iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan
kejadian jin.

43
c. Binatang : i. Jisim Kathif
ii. Jisim Syafaf
d. Batu-batu dan tumbuhan : Jisim Kathif semata-mata.
e. Malaikat : Nurani semata-mata.

Kata setengah Ulama : ‘Azazil itu bukanlah moyang jin, sebenarnya satu jin yang
paling abid dikalangan jin yang diangkat menjadi ketua ahli-ahli abid kepada jin
dan malaikat. Dia menjadi angkuh dan takabbur di atas keilmuan, ketaqwaan dan
banyak ibadat serta asal-usul kejadiannya. Maka Allah melaknatnya menjadi kafir
dengan nama Iblis.

a. Iblis apabila menyentuh peha kanan dan peha kirinya terbit 33 biji telor.
dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang itu
apabila menyentuh peha kanan dengan peha kiri terbit pula seperti dahulunya
begitulah sehingga kiamat.
b. Jin pula apabila disentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan
terus mengandung dan beranak terus mukallaf. Begitulah berlaku sehingga
kiamat.
c. Bunian atau lebih masyhur dikalangan orang-orang Melayu dipanggil “Orang
Ghaib” ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau
perempuan manusia maka anak daripada hasil itu dikenali dengan nama Bunian
mengikut manusia dalam beberapa perkara dan mengikut jin dalam beberapa
perkara pula. Bunian ini selalu datang kepada manusia dengan memberi
berbagai-bagai perkara atau pertolongan antaranya :
1. Keris-keris.
2. Batu-batu yang dikatakan berhikmat.
3. Jenis-jenis ubat-ubatan.
4. Juga mengajar cara-cara berubat samada melalui bomoh, pawang atau
bidan.
d. Jin merasuk manusia melalui berbagai-bagai rupa dan cara dan manusia
menggunakan khidmat jin untuk membuat khianat kepada sesama manusia
pun melalui berbagai-bagai rupa dan cara juga.

44
e. Seperti juga manusia biasa yang berada dalam tingkat-tingkat Iman, Ilmu dan
amalan yang berasaskan kepada Awam, Khawas, Khawasil-khawas, maka jin
juga berada dalam gulungan tersebut :
1. Jin Islam yang Awam.
2. Jin Islam yang Khawas.
3. Jin Islam yang Khawasil-khawas.

f. Gulungan jin kafir kebanyakannya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan


sedikit daripada mereka beragama Buddha, Majusi serta tidak beragama.
g. Gulungan Jin yang kafir dan jin Islam yang awam segera datang memberi
pertolongan kepada manusia samada dalam mimpi atau di dalam jaga.
Lazimnya pertolongan itu yang membawa kepada rosak aqidah.
h. Manusia yang bersahabat dengan jin akan berperangai seperti sahabat-sahabat
jin yang bertaulan dengannya samada kafir, Islam yang awam, khawas atau
khawasil-khawas.
i. Di dunia semua jin boleh melihat manusia manakala manusia yang khawas atau
khawasil-khawas sahaja boleh melihat jin selain para Nabi dan Rasul.
Sementara di akhirat pula semua manusia mukmin ahli syurga boleh melihat jin
manakala jin yang khawas atau khawasil-khawas sahaja yang boleh melihat
manusia.
j. Jin Islam yang awam atau jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan
berbagai-bagai cara kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang
awam itu bukanlah manusia sebenarnya sebaliknya adalah rupa seekor
binatang. Manusia yang khawas dan khawasil-khawas, jin tidak dapat merasuk
mereka tetapi mereka itu datang pula untuk bersahabat.
k. Manusia yang selamat dari gangguan jin, iblis atau syaitan ialah manusia yang
setiap waktu dan masa berada dalam Tauhid Allah melalui lidah, anggota dan
45
hati, iaitu berada dalam aqidah syariat dan akhlak Rasulullah. Jalan paling
dekat untuk berada dalam tauhid Allah itu hendaklah kita jadikan diri kita serta
mereka-mereka yang setiap waktu masa dan ketika berada dalam Tauhid Allah
iaitu Nabi Muhammad s.a.w., sekelian Nabi-nabi dan Rasul a.s., sahabat-
sahabat agung Rasulullah, ahli keluarga Rasulullah, para-para kekasih Allah
samada yang masih hidup atau yang sudah mati, nescaya akan menyampaikan
diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat waktu dan
masa melalui anggota, lidah dan hati seumpama mereka, yakni selamat
daripada gangguan-gangguan jin-jin Islam atau kafir, iblis, syaitan atau
seumpamanya.

l. Kata ulama :
“Kun Ma’allah fain lam takun ma’allah, fakun ma’a man ma’allah
fainnahu yu shiluka ilallah”

Maksudnya : “Hendaklah jadikan diri kamu serta Allah maka jika kamu tidak
boleh jadikan diri kamu serta Allah hendaklah jadikan diri kamu
serta mereka yang serta Allah, maka sesungguhnya yang demikian
itu akan menyampaikan diri kamu kepada Allah”

m. Diri manusia mukmin yang menjadi kekasih Allah itu menjadi “Kalbu Alam”
atau “Jantung “Alam” atau “Pusat Alam” yang dikurnia Allah daya atau kuasa
graviti mengikut darjah ketinggian Iman, ilmu dan amalannya disisi Allah. Diri-
diri yang lain itu hanyalah di bawah atau di dalam kuasa atau graviti mereka.

 Kata Syeikh Abdul Wahhab Asy-Sya’rani di dalam kitabnya Yawaqitu wal


Jawahir, bahawa bersahabat dan bersekedudukan dengan jin itu sangat keji.
Katanya, “Barangsiapa memilih dan melebihkan sekedudukan dengan jin
daripada sekedudukan dengan ulama, maka orang itu sangat jahil. Kerana yang
lebih ghalib atas jin itu adalah perbuatannya dan perkataannya berlebih-
lebihan dan dusta jua seperti kelakuan manusia yang fasik. Maka orang yang

46
berakal lari ia daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan dia, seperti
larinya daripada bersahabat dan sekedudukan dengan manusia yang fasik.”

Katanya lagi : “Tiada sekali-kali aku lihat akan seseorang yang sekedudukan
dengan jin itu beroleh kebajikan kerana asal kejadiannya itu api dan api itu
sangat banyak geraknya itu datanglah berlebih-lebihan perbuatan dan
perkataan orang itu.”

Katanya lagi : “Bahawa jin itu terlebih keras fitnahnya atas yang sekedudukan
dengan dia daripada manusia.”

Berkata Syeikh Muhyuddin Arabi di dalam kitabnya Futuhat. “Adalah orang yang
sekedudukan (bersahabat) dengan jin itu tiada beroleh ilmu akan Allah. Kerana jin
itu sangat jahil akan Allah dan akan sifat-Nya.” Dan terkadang menyangka oleh
orang yang sekedudukan dengan dia itu bahawa segala perkara yang dikhabarkan
oleh jin itu daripada barang yang berlaku di dalam alam itu adalah “KARAMAH”
daripada Allah Ta’ala baginya. Maka sangkaannya itu adalah batil dan hanya
adalah yang kesudahan pemberian jin kepada manusia itu, bahawa diberitahu
akan segala khasiat tumbuh-tumbuhan dan khasiat batu dan khasiat segala isim
dan huruf, maka iaitu dibilangkan daripada Ilmu Kimia jua, iaitu ilmu yang dicela
oleh syarak kerana meninggal atau membelakangkan ilmu fardhu ain yang dituntut
oleh syarak mempelajari serta beramal dengannya.

Katanya lagi : “Sesetengah yang telah terjawab bahawasanya banyak orang


sekedudukan dengan jin itu jadilah takabbur atas segala manusia itu dan
barangsiapa takabbur dimurkai Allah Ta’ala akan dia dan dimasukkan ke dalam
neraka seperti yang tersebut dalam beberapa ayat Quran dan Hadis Nabi s.a.w.”

RENUNGAN
1. Asal-usul bangsa Melayu-campuran :-
47
a. Monggol
b. Cina
c. India
d. Parsi
e. Arab
2. Keujudan bangsa Melayu, sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.
Agama orang Melayu sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w :-
a. Majusi puja dewa
b. Hindu puja dewa
Maksud Dewa ialah Jin
c. Buddha puja dewa
d. Orang asli puja dewa.

 Agama Islam sampai ke Asia Tenggara sekitar tahun 78 ke 80 Hijrah. Islam


berkembang melalui sistem pondok.

 Seratus tahun kemudian golongan istana menerima Islam hanya dengan


membuang nama-nama yang hodoh dan berhala, tetapi ilmu dan amal dalam
hidup dan kehidupan tidak mengikut Islam.

 Mereka mengutamakan adat sebelum Islam dalam hidup dan kehidupan harian.
Sehingga pada masa ini golongan orang awam, tidak dapat membezakan di
antara adat sebelum Islam dan perilaku ajaran agama Islam, dalam hidup dan
kehidupan harian.

 Islam memasuki istana sebagai pemerintah selepas 200 tahun kemudian,


begitulah berlaku di Fatani (Kerisik), Kampung Cam (Kemboja), Sulu, Borneo,
Sulawesi, Maluku, Jawa, Sumatera dan Tanah Melayu.

48