You are on page 1of 10

Sistem Buah Pinggang Dan Saluran Kencing

Buah pinggang Setiap manusia memiliki 2 buah pinggang. Ia merupakan organ yang sangat penting dalam sistem perkumuhan. Buah pinggang manusia adalah berbentuk seperti biji kacang panjang dan setiap buah pinggang panjangnya adalah kira-kira 4 ke 5 inci. Fungsi buah pinggang Menapis darah dan menyingkirkan sisa-sisa bahan metabolisma serta air dan elektrolit yang berlebihan seperti sodium, potassium, chloride, glukos dan bikarbonat. Menyingkirkan ubat-ubatan atau dadah. Mengawal tekanan darah dengan mengawal jumlah sodium dan menghasilkan hormon renin untuk mengaktifkan sistem angiotensin-aldosterone. Menghasilkan hormon untuk merangsang penghasilan sel darah merah (hormon erythropoietin) dan menukarkan vitamin D yang tidak aktif (sejenis hormon) kepada vitamin D aktif (calcitriol) yang bertindak mengawal kadar kalsium dan phosphorus dalam proses pertumbuhan dan kesihatan tulang. Ureter dan fungsinya Ureter adalah sejenis tiub berotot dan panjangnya adalah lebih kurang 16 inci yang bahagian atasnya bersambung dengan bahagian hujung buah pinggang dan bahagian

bawah bersambung dengan pundi kencing. Air kencing yang terhasil dari buah pinggang mengalir melalui ureta secara perlahan-lahan dimana ureter menolak kuantiti kecil air kencing mengikut gelombang pengecutan ototnya dalam tekanan yang rendah hingga sampai ke injap pembuka (sphincter) pundi kencing. Pundi kencing dan fungsinya Pundi kencing adalah kantung berotot yang boleh mengembang. Ia mengumpulkan air kencing yang mengalir dari ureter. Pundi kencing mengembang secara perlahan-lahan apabila jumlah air kencing semakin bertambah didalamnya. Apabila pundi kencing telah penuh, isyarat saraf akan dihantar ke otak untuk menyampaikan keiginan untuk buang air kecil. Terdapat injap pembuka (sphincter) untuk mengeluarkan air kencing tersebut yang bersambung dengan urethra. Apabila injap tersebut terbuka, air kencing akan mengalir keluar dari pundi kencing melalui urethra dan hinggalah ia keluar dari tubuh badan. Ketika proses ini, pundi kencing turut mengecutkan dindingnya secara automatik untuk menghasilkan tekanan supaya air kencing tersebut keluar habis dari pundi kencing dan urethra. Manakala ketika pundi kencing mengecut, injap antara ureter dan pundi kencing tertutup rapat supaya air kencing tidak masuk semula ke dalam ureter. Urethra dan fungsinya Urethra adalah tiub yang mengalirkan kesemua air kencing yang terdapat didalam pundi kencing hingga keluar dari tubuh badan. Bagi lelaki, panjang urethra adalah kirakira 8 inci dan berakhir di hujung zakar (penis). Manakala bagi perempuan pula adalah lebih kurang 1 inci panjang dan berakhir di vulva. Gejala yang berkaitan dengan masalah buah pinggang dan saluran kencing Demam Akibat inflamasi buah pinggang (nephritis), batu karang, jangkitan bakteria pada buah pinggang (pyelonephritis), kanser buah pinggang dan jangkitan pada pundi kencing (cystitis) yang disertai dengan batu karang atau penyumbatan saluran kencing. Rasa sakit Akibat batu karang, jangkitan bakteria pada pundi kencing dan aliran air kencing tersumbat atau tersekat. Loya, muntah-muntah, gatal-gatal dan lemah badan Akibat kegagalan buah pinggang, pengumpulan bahan-bahan seperti sisa metabolisma, asid dan sebagainya. Lemah tubuh badan berlaku apabila pengeluaran sel darah merah menurun dan ia biasa berlaku pada individu yang menghidap kegagalan buah pinggang yang kronik. Bengkak atau edema Akibat pengumpulan cecair dalam tisu (edema) seperti di kaki dan buku lali, akibat kehilangan sejumlah besar protien (terutamanya albumin) ke dalam air kencing

(sindrom nephrotic) dan menyebabkan cecair terlepas keluar dari aliran darah masuk ke dalam tisu. Kerap buang air kecil Akibat tekanan darah tinggi, pengambilan ubat seperti diuretik, paras glukos tinggi, jangkitan saluran kencing, batu karang, ketumbuhan, pembesaran prostat. Perubahan jumlah air kencing Banyak: Paras glukos tinggi (diabetes mellitus), penurunan penghasilan hormon antidiuretik (diabetes insipidus) atau buah pinggang kurang bertindakbalas dengan hormon antidiuretik (nephrogenic diabetes insipidus). Kurang: Kegagalan buah pinggang, penyakit saluran kencing seperti penyumbatan lubang keluar pundi kencing, ureter atau urethra. Kerap buang air kecil pada waktu malam (nocturia) Akibat kegagalan jantung, kencing manis (diabetes insipidus / mellitus), kegagalan hati (liver). Masalah prostat membesar, saluran kencing tersumbat, meminum air terlalu banyak seperti alkohol, kopi atau teh. Kencing ketika tidur (enuresis) Bagi kanak-kanak: Akibat saraf dan otot saluran kencing belum matang. Orang dewasa: Jangkitan, penyempitan saluran urethra, masalah saraf atau psikologi. Teragak-agak, meneran dan keluar menitik-nitik Akibat penyumbatan saluran kencing, pembesaran prostat, penyempitan saluran urethra, dan pembukaan yang tidak normal bagi perempuan. Rasa tergesa-gesa hendak terkencing Akibat iritasi pundi kencing Kencing tak lawas Jangkitan pundi kencing, pengambilan alkohol atau minuman yang mengandungi kafein yang berlebihan, atrophic vaginitis, sembelit yang teruk, penyakit otak seperti strok, penyakit yang melibatkan saraf, keadaan mental dan fungsinya. Darah atau gas didalam air kencing Berdarah tanpa rasa sakit: Disebabkan oleh pundi kencing, uretera, urethra atau buah pinggang seperti batu karang, cyst buah pinggang, sickle cell disease, hydronephrosis dan kanser. Berdarah dengan rasa sakit: Jangkitan buah pinggang atau pundi kencing, batu karang, atau gumpalan darah beku mengalir melalui uretera atau urethra. Air kencing bergas: Fistula (sambungan abnormal antara saluran kencing dan usus), diverticulitis, inflamasi usus, pernanahan atau kanser. Fistula antara pundi kencing dan

vagina, atau paling jarang berlaku iaitu bakteria didalam air kencing yang menghasilkan gas. Perubahan warna air kencing Warna jernih: Normal Kuning gelap: Pekat Selain dari warna kuning: Abnormal Pigment daripada makanan dan ubat-ubatan boleh menjadikan air kencing berwarna merah, coklat dan sebagainya. Warna coklat: Air kencing mengandungi hemoglobin terurai akibat kebocoran darah dari buah pinggang, uretera atau dari penyakit pundi kencing. Air kencing mengandungi hemoglobin terurai juga boleh berpunca daripada penyakit seperti hemolytic anemia. Air kencing yang bewarna coklat adakalanya mengandungi protein dari otot selepas berlakunya kecederaan otot yang teruk. Warna merah: Akibat pigment yang berpunca daripada porphyria. Warna hitam: Akibat pigment yang dihasilkan oleh melanoma. Warna putih: Akibat jangkitan yang menyebabkan pernanahan pada saluran air kencing atau terdapat kehadiran kristal garam dari asid urik atau asid phosphoric. Perubahan pada bau air kencing Bau air kencing kuat: Akibat dehidrasi. Terlalu busuk: Akibat jangkitan bakteria pada buah pinggang atau saluran air kencing. Berbau manis: Akibat kencing manis. Berbau hapak bagi kanak-kanak: Akibat phenylketonuria. Diagnosis atau jenis-jenis pemeriksaan untuk menentukan penyakit Urinalysis: Untuk mengesan dan mengira jumlah bahan-bahan yang terdapat didalam air kencing seperti glukos, protein, darah dan sebagainya. Tujuan pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan penyakit seperti penyakit buah pinggang, batu karang, kencing manis, darah tinggi, jangkitan dan sebagainya. Ujian fungsi buah pinggang: Untuk menguji fungsi buah pinggang dengan menguji air kencing dan juga darah. Jenis bahan dan juga jumlah yang terkandung didalam air kencing dan juga darah akan dapat mengesan tahap atau fungsi buah pinggang. Ujian pengimejan: Dengan melakukan x-ray, ultrasonography, computed tomography (CT), magnetic resonance imaging (MRI), intravenous urography dan pelbagai lagi untuk mengesan perubahan pada stuktur buah pinggang, masalah saluran darah disekitarnya, batu karang serta pelbagai lagi. Ujian contoh tisu dan sel: Melalui proses yang dikenali sebagai biopsi buah pinggang dimana sedikit contoh tisu buah pinggang diambil untuk diperiksa. Manakala urine cytology pula bertujuan untuk mengesan sel kanser dan pelbagai lagi.

Jika anda pernah mengalami gejala-gejala yang telah disebutkan, sila buat pemeriksaan dengan segera kerana buah pinggang merupakan organ yang sangat penting dan perlu sentiasa dijaga kerana selain daripada penyakit, faktor usia juga boleh mengubah tahap buah pinggang kita. Amalkan corak hidup yang lebih sihat dengan menjaga pemakanan dan minuman, mengurangkan pengambilan bahan-bahan yang boleh merosakkan buah pinggang seperti ubat-ubatan tertentu serta amalkanlah senaman yang boleh meningkatkan lagi kesihatan tubuh badan kita.

Buah pinggang untuk hidup Oleh Suzan Ahmad suzan@bharian.com.my 2012/03/04 sebelum selepas

SITI Hanim bersama anaknya, Sofina adalah pesakit buah pinggang polisistik. Trend peningkatan pesakit muda membimbangkan, kesedaran derma organ penting untuk elak sengsara HANYA pesakit buah pinggang kronik tahu betapa sengsaranya hidup bergantung pada mesin dialisis. Sekadar melaksanakan 30 peratus fungsi buah pinggang sebenar, pesakit berdepan pelbagai situasi menekan malah berdepan risiko kematian lebih awal. Namun, harapan masih ada, melalui pembedahan pemindahan organ, penderita masalah ginjal berpeluang kembali menikmati kehidupan berkualiti dan lebih sempurna. Di Malaysia, lebih 12,000 pesakit buah pinggang kronik yang sedang menjalani dialisis berada dalam senarai menunggu untuk pembedahan pemindahan buah pinggang jumlah yang terlalu banyak jika dibandingkan dengan organ yang diterima. Terbukti, pemahaman, penerimaan dan maklum balas masyarakat terhadap mesej dan kempen kesedaran yang dikendalikan pelbagai pihak sejak lama dulu masih jauh dari garis selamat. Hakikatnya soal kematian dan pendermaan organ sulit untuk dibicarakan apatah lagi membabitkan orang tersayang begitu juga di kalangan pengamal perubatan yang berusaha untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Perunding Nephrologist Hospital Selayang, Dr Rafidah Abdullah menjelaskan, tahun lalu hospital itu menerima 22 pasang buah pinggang dan berjaya menjalankan 40 pembedahan pemindahan buah pinggang, namun jumlahnya masih jauh dari sasaran sebenar.

Begitu juga halnya apabila kita bercakap mengenai jumlah penderma organ kadaverik (orang mati) atau mati otak yang mencatatkan jumlah sangat rendah. Bayangkan, tahun lalu hanya lapan pemindahan dikendalikan di sini. Begitu juga Hospital Kuala Lumpur (HKL)... keadaan ini sangat membimbangkan, katanya kepada kolum Sihat. Hari ini, sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 Peringkat Kebangsaan dilancarkan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Dr Rafidah berkata, walaupun dengan pelbagai hebahan media seperti media cetak, penyiaran, laman web dan blog, masih ramai orang bukan saja tidak tahu manusia boleh hidup normal dengan hanya bergantung satu buah pinggang, malah mereka mempunyai persepsi salah mengenai konsep derma organ dari sudut agama. Tiada istilah putus asa dalam Islam termasuk dalam soal merawat penyakit. Secara asasnya, hukum pemindahan dan pendermaan organ ialah harus. Ini kerana pemindahan dan pendermaan organ memenuhi tuntutan memelihara nyawa manusia iaitu salah satu daripada objektif syariah. Ini kerana kaedah rawatan pemindahan organ terbukti berjaya merawat pesakit yang menghidap masalah kegagalan organ peringkat akhir, katanya. Dr Rafidah berkata, Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 memilih slogan Kidneys For Life atau Buah Pinggang Untuk Hidup sebagai tema sambutan bagi mempromosi dan menerapkan kesedaran mengenai derma organ. Bayangkan, bagaimana organ dan tisu yang anda derma mampu mengubah kehidupan individu yang mengalami kegagalan organ dan tisu. Anda menyelamatkan nyawa dan memberi mereka dan keluarga mereka masa depan yang lebih terjamin, katanya. Mengikut statistik Pusat Sumber Transplan Negara, sehingga 31 Januari 2012, jumlah pendermaan organ sebenar yang direkodkan membabitkan 361 individu manakala jumlah pengikrar pendermaan organ seramai 188,147 orang. Ini menunjukkan negara sangat memerlukan organ. Petugas perkhidmatan kerajaan kini berdepan pelbagai halangan kerana dikatakan mengikut rekod terkini, negara hanya ada 50 pakar buah pinggang. Bayangkan jumlah pesakit yang memerlukan rawatan segera. Betapa tertekan pengamal perubatan yang

pada masa sama cuba mengubati pesakit serta memberi kesedaran, menganjurkan pelbagai kempen dan mempromosi maklumat dan kesedaran mengenai buah pinggang kepada masyarakat. Berpandukan kepada graf, pesakit yang dikesan mengalami masalah buah pinggang pada usia muda makin meningkat dan ini amat menakutkan. Namun, secara purata peningkatannya setara bagi setiap kumpulan usia. Bayangkan dalam masa sehari, tiga hingga empat pesakit baru dikesan mengalami kegagalan buah pinggang. Kami bekerja siang dan malam untuk menjayakan usaha ini. Kita berharap media massa dapat memberikan sokongan dengan menyampaikan mesej yang tepat serta memainkan peranan penting dalam mengubah stigma dan pemikiran masyarakat terhadap pemeriksaan kesihatan serta derma organ, kata Dr Rafidah. Dalam hal ini, hanya populasi sihat dapat membebaskan negara dari kemelut ini. Untuk melahirkan masyarakat yang celik kesihatan, pendidikan dan kesedaran perlu diterapkan dari awal. Mengetahui faktor risiko dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala sangat penting kerana penyakit buah pinggang adalah pembunuh senyap. Pesakit tidak akan mengesan tanda mahupun merasa kesakitan pada peringkat awal. Namun sebaik ia berjaya dikesan, semuanya sudah terlambat kerana pada peringkat ini buah pinggang sudah gagal. Sehubugan itu, sayangilah buah pinggang anda dan hargailah kesihatan. Info: * Anda boleh mendaftar menjadi penderma organ dengan Registri Pendaftar Organ Nasional * Maklumat lanjut layari www.nkf.org.my dan www.agiftoflife.gov.my

Misi Siti Hanim sebar maklumat derma organ TIDAK seperti pesakit buah pinggang lain, masalah buah pinggang polisistik iaitu kewujudan sista pada ginjal menyebabkan ia membesar seperti dialami Siti Hanim Jamil, 64, lebih bersifat warisan. Redha dengan kecelaruan genetik yang diwarisi secara turun temurun melalui ibunya,

Siti Hanim teguhkan hati, menyerahkan dirinya kepada Allah SWT dan mempercayai sepenuhnya kepakaran sepasukan pegawai perubatan di Hospital Selayang. Tanggal 25 Disember 2009, Siti Hanim selamat menerima pemindahan buah pinggang yang didermakan anak sulung yang juga wira hatinya, Razman Omar. Semua adik beradik saya mengalami buah pinggang polisistik. Adik lelaki bongsu saya sendiri sudah menderita masalah buah pinggang selama 10 tahun dan masih bergantung pada mesin dialisis, cerita ibu lima anak yang menderita masalah buah pinggang selama empat tahun dan terpaksa bergantung pada mesin dialisis selama dua tahun. Bercerita mengenai pengalamannya, bekas Eksekutif Pembangunan Pemasaran ini mengakui pendedahan, pendidikan awal dan sikap terbukanya terhadap pendermaan dan pemindahan organ menjadikan diri dan keluarganya tidak pernah culas dengan temujanji doktor. Pada masa sama, Siti Hanim menjaga disiplin pemakanan dan mematuhi semua nasihat pakar. Saya percaya sepenuhnya pada qada dan qadar tuhan dan nasihat doktor saya. Ia cukup penting kerana biasanya mereka yang mengalami masalah buah pinggang adalah pesakit yang tidak mengikut nasihat doktor dan mengambil sikap tidak apa kerana tidak merasa sakit. Padahal lama kelamaan ia membawa kepada maut, lebih-lebih lagi jika pesakit turut mengalami kencing manis, pengawasan tahap gula sangat penting, katanya. Seperkara lagi, Siti Hanim mengalami tekanan darah tinggi sejak berusia 17 tahun lagi. Ketika itu, tiada siapa menyangka ia ada kena mengena dengan buah pinggangnya. Hanya selepas ibunya mengalami sakit teruk 30 tahun lalu dan dibawa ke hospital, barulah mereka menyedari keadaan sebenar yang dialami keluarga itu. Biarpun kami mewarisi penyakit ini dari ibu, ia tidak pernah menghalang kami dari menjalani kehidupan normal dan sempurna, katanya. Malah, Siti Hanim yang sentiasa ditemani anaknya, Sofina yang juga penghidap ginjal polisistik, masih bekerja sehinggalah buah pinggangnya gagal berfungsi ketika usianya mencapai 60 tahun. Pengalaman abang iparnya yang menjalani pemindahan buah pinggang diderma adiknya di Australia, membuatkan keluarga Siti Hanim terbuka dalam soal derma organ.

Malah sebelum meneruskan rancangan untuk melakukan pemindahan organ, Siti Hanim dan anak-anaknya menjadi pengikrar pendermaan organ berdaftar. Secara peribadi, apabila kita bercakap mengenai pemindahan organ, ramai orang gerun dan takut untuk memberi termasuk menerima organ biarpun sudah ada penderma. Saya percaya kekuatan itu datang dari rasa yakin dan percaya kepada doktor anda, tambahnya mengakui Hospital Selayang adalah hospital transplan terbaik di Malaysia dan setanding dengan kepakaran antarabangsa. Setiap kali berpeluang bertemu pesakit lain ketika berulang alik ke hospital untuk dialisis, Siti Hanim selalu menerangkan kepada mereka jika ada adik beradik atau saudara mara yang kurang jelas mengenai pemindahan organ beliau sanggup meluangkan masa untuk menjelaskan. Ramai tidak tahu pembedahan ini sangat berjaya dan selamat malah pesakit boleh menjalani kehidupan normal. Anak lelaki saya yang menderma buah pinggang juga sangat aktif dan sihat selepas pembedahan itu, malah terlalu sibuk dengan kerja dan semakin nakal, ceritanya sambil ketawa. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Buahpingganguntukhidup/Article/index

You might also like