You are on page 1of 9

‫عزلة ال نب ف غار حراء‪ .......‬هروب من حر م كة‪......

‬؟ من العروف أن ال نب صلى ال عل يه‬


‫وسلم كان يقيم بغار حراء‪-‬قبل البعثة – الليال ذوات العدد للتأمل والعبادة على ما كان يعرف من‬
‫د ين إبراه يم أ ب ال نبياء علي هم ال سلم وعزو فا ع ما كان يرى ف الجت مع الاهلى من م ساوئ‬
‫ومنكرات‪ .‬والتأمل ف صنع ال بعيدا عن الناس أقصر طريق لصقل القلوب‪ ,‬وتصفية النفوس وتقوية‬
‫صلتها بال‪ .‬هذه العا ن الرفي عة‪ ,‬والقا صد ال نبيلة‪ ,‬والل مح الوضيئة من سية خا ت الر سل حاول‬
‫السستشرقون أن يطمسسوها ويثيوا حولاس سسحبا مسن الضباب الكثيسف القاتس‪ .‬فيذهسب السستشرق‬
‫النليزى ((مونتجمرى وات)) ف كتا به ((م مد ف م كة)) إل أن ذهاب ال نب إل غار حراء ل يس‬
‫مستبعدا‪ ,‬ولكن لاذا كان يذهب إليه؟ ث ييب ‪(( :‬ربا كانت هذه طريقة لتفادى حر مكة للذين ل‬
‫يلكون القدرة على الذهاب إل الطائف‪))...‬؟! هذا افتراء مضس مسن ((وات)) والواقسع يكذبسه مسن‬
‫أقصر طريق وذلك للعتبارات التية‪ :‬أول ‪ :‬هل كان ممد صلى ال عليه وسلم هو الفقي الوحيد‬
‫فس مكسة؟ كل ألف كل‪ .‬فلماذا – إذن – ترك الفقراء الخرون ممدا يتمتسع وحده بذا الصسيف‬
‫الرائع؟! ث إن م كة مليئة بالبال; فلماذا ل يشت هر عن الفقراء الخر ين أن م كانوا يفرون إل البال‬
‫الخرى كما فر ممد إل جبل حراء؟! ثانيا ‪ :‬إن هذا البل الذى كان يلجأ إليه ممد صلى ال عليه‬
‫وسلم ما أصعب الصعود إليه‪ ,‬وما أصعب البوط منه‪.‬‬
‫‪TERJEMAHAN : Iftirāah al-Musytasyriqīn cAlā al-Islām… cIrd wa Naqd, muka surat 7‬‬
‫‪sahaja, sub title “Nabi Muhammad s.a.w melakukan Uzlah di gua Hira’…. Adakah lari‬‬
‫‪dari kepanasan dan kebahangan cuaca di kota Makah satu persoalan ” karangan Dr‬‬
‫‪c‬‬
‫‪Abd al-cAdhīm Ibrāhīm Muhammad al-Muthicei.‬‬

‫‪1.0 PENDAHULUAN‬‬
‫‪Orientalisma adalah gagasan pemikiran yang mencerminkan berbagai kajian tentang‬‬
‫‪negara-negara timur Islam. Objek kajiannya‬‬ ‫‪meliputi‬‬ ‫‪peradaban, agama, seni,‬‬
‫‪sastera, bahasa dan kebudayaannya. Gagasan pemikiran ini telah memberikan kesan‬‬
‫‪yang besar dalam membentuk persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam.‬‬
‫‪Caranya ialah dengan menyebarkan kemunduran cara berfikir dunia Islam dalam‬‬
‫‪pertarungan peradaban antara Timur (Islam) dengan Barat. Artikel ini menelaskan‬‬
tuduhan yang dibuat oleh Prof William Montgomery Watt yang mendakwa faktor utama
nabi berkhalwat pada bulan Ramadān di gua Hira’ ialah melarikan diri dari kepanasan
cuaca di kota Makah pergi ke gua Hira’ yang bercuaca sejuk.

2.0 NABI MUHAMMAD S.A.W. BERUZLAH DI GUA HIRA’…. LARI DARI


KEPANASAN KOTA MAKAH! SATU PERSOALAN.

Nabi Muhammad s.a.w. telah melakukan tahannuf1 atau beruzlah di puncak gunung
yang terdapat sebuah gua yang bernama gua Hira 6 km dari sebelah Utara Makah
pada setiap kali bulan Ramadhan selama empat tahun berturut daripada nabi berusia
36 tahun sehingga perlantikannya sebagai utusan Allah s.w.t. yang terakhir ketika
menjangkau usia 40 tahun. Apa yang Nabi Muhammad s.a.w. lakukan ketika berada di
sana? Selama berada di sana Nabi Muhamma s.a.w. berfikir atau bertafakur dan
beribadah kepada Allah s.w.t dengan mengikut syariat Nabi Ibrahim a.s. bapa kepada
semua nabi-nabi dan menjauhkan diri daripada gejala-gejala kemungkaran dan
keburukan yang bermaharajalela di kalangan masyarakat arab pada ketika itu, serta
menyucikan hati dan mengeratkan hubungan dengan Allah s.w.t dengan cara
memerhatikan kehebatan ciptaan Allah s.w.t. Dr Salim menjelaskan tujuan Nabi
Muhammad s.a.w memilih bulan Ramadhan bukan bulan yang lain ialah bulan ini
dianggap sebagai bulan yang suci dan pada bulan itu diharamkan daripada berperang
dan melakukan sebarang persengketaan. Nabi Muhammad s.a.w memilih gua Hira’
sebagai tempat baginda menyendiri kerana datuknya Abd al-Muthalib semasa
hayatnya selalu melakukan tahannuf di sini di mana beliau tidak menyembah berhala
seperti mana yang diamalkan masyarakatnya. Meskipun beliau dilantik sebagai ketua
beliau tidak dapat mengubah tradisi penyembahan patung berhala Lat dan Uzza
kerana mempunyai risiko yang tinggi untuk menyeru masyarakat jahiliyah Makah
melakukan anjakan paradigma iaitu dari menyembah perlbagai berhala yang tidak

1
Perkataan Tahannuf berasal dar kalimah hanīf yang bermaksud cenderung kepada kebenaran atau
dengan lain maksud meninggalkan berhala dan tidak mensyirikan Allah s.w.t. serta beribadah
kepadanya.
mampu memberi manfaat kepada menyembah Allah s.w.t yang esa yang maha
2
berkuasa melakukan segala kehendaknya.

Ini adalah makna yang unik dan matlamat yang positif dari perjuangan Nabi
Muhammad s.a.w. melakukan uzlah atau tahannuf. Sirah kehidupan Nabi Muhammad
s.a.w merupakan satu perjalanan hidup yang menarik dan mempunyai nilai yang
berharga kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Meskipun demikian terdapat individu-
individu tertentu yang berusaha untuk menghilangkan dan menghapuskan kemurniaan
dan keagungan sirah perjalanan yang mulia ini di antara mereka ialah seorang
orientalis yang bernama Prof William Montgomery Watt telah membuat satu kenyataan
yang mengelirukan dari perkara yang hakiki di mana beliau menulis di dalam bukunya
berjudul Muhammad At Mecca yang diterbitkan di Universiti Oxford bahawa Nabi
Muhammad s.a.w pergi bertahannuf di gua Hira’ bukan untuk melakukan ibadah tetapi
tujuan sebenar baginda adalah untuk melarikan diri dari kepanasan dan kebahangan
cuaca di kota Makkah pada ketika itu. Tindakan sebegini dipilih oleh orang-orang yang
tidak mampu pergi ke kota Ta’if. Sebelum kita meneruskan perbincangan isu ini adalah
perlu kita memahami beberapa perkara seperti mana di bawah ini bagi membantu kita
memahami situasi yang sebenar.

2.1 GUA HIRA


Kota Makah dikelilingi dengan bukit pasir dan gunung berbatu terjal yang wujud
sehingga kini. Orang arab menamakan bukit atau gunung sebagai jabal. Salah satu
daripada gunung yang telah diberi nama ialah jabal nur (The Mountain of Light) di
mana puncak gunung tersebut terdapat sebuah gua yang dinamakan Hira’ 3. Gua
sempit ini terletak 6 km di sebelah Timur Laut kota Makkah di pinggir jalan menuju
Jirānah. Gunung Hira’ berupa batu terjal yang kering dan hampir tidak ditumbuhi
tumbuh-tumbuhan kecuali lumut halus. Untuk sampai ke puncak Hira’ memakan masa
satu jam berjalan kaki dari kaki bukit melalui jalan setapak kira-kira 20 m. Jarak anatara
gua ini dengan rumah Nabi Muhammad s.a.w. sejauh 2500m. Keluasan gua ini hanya
2
Salim Muhammad Rafi, Muhammad The Beloved Of Allah, Dar-al-Salam, First Edition,1999, Lahore
Pakistan, hlm 49
3
Salim Muhammad Rafi, Muhammad The Beloved Of Allah, Dar-al-Salam, First Edition,1999, Lahore Pakistan,
hlm 49.
dapat menampung 4 orang duduk atau tidak lebih daripada seorang berbaring dengan
tidak sempurna. Tingginya sekitar 155 cm, di sekitarnya terdapat batu-batu besar
berwarna hitam kemerah-merahan yang menutupinya kerana cahaya yang terhalang
masuk oleh batu bata itu maka di dalamnya dalam keadaan gelap. Untuk masuk ke
gua Hira’ sangat sukar kerana harus melalui jalan (pintu) sempit yang terletak antara 2
batu besar. Mulut atau pintu masuk gua ini mengahadap ke arah Kacbah di mana Nabi
Muhammad s.a.w. dapat melihat Kacbah dan rumah baginda yang tidak jauh
daripadanya. Kedudukan gua dan sekitarnya yang demikian menimbulkan rasa takut
bagi orang-orang yang menyaksikannya. Kerana itu, jarang ada orang yang dapat
bertahan lama di dalamnya kecuali orang yang berjiwa berani apalagi pada waktu
malam.4

2.2 KOTA ŢĀ'IF


Sebuah kota tua yang terletak di sekitar 65 km di sebelah tenggara Makkah, Arab
Saudi terletak di dataran tinggi Sarat sekitar 5,000 kaki di atas permukaan laut.
Udaranya sejuk oleh sebab itu sejak dahulu sampai sekarang kota ini merupakan
tempat peristirehatan para aristokrat (bangsawan) Makah. Tanahnya subur,
menghasilkan kurma, anggur, semangka, buah pic (peach), badam, kapas dan madu.
Al-Quran menyebut kota Ţā'if antaranya pada surah al-Zukhruf ayat 31 yang ertinya
“Dan mereka berkata 'Mengapa al-Quran ini tidak diturunkan kepada seseorang yang
besar dari salah satu dua negeri (Makkah dan Ţā'if) ini?. Yang dimaksudkan dengan
al-Qaryataini ialah kota Makkah dan Ţā'if.

Pada masa pra-Islam Ţā'if merupakan tempat tinggal Bani Saqīf yang terdiri daripada
dua keluarga (suku) iaitu Bani Ahlaf dan Bani Malik. Bani Ahlaf menguasai bidang
diplomasi, ketenteraan dan penyembahan terhadap berhala Lat. Daripada Bani ini
lahir penyair-penyair unggul. Jika pada festival tahunan Ukaz (pasar di Makkah) tampil
penyair-penyair ulung umumnya mereka berasal daripada Bani Ahlaf sedangkan Bani
Malik menguasai bidang ekonomi dan hartanah sebai tuan-tuan tanah. Ţā'if disebuat
dalam sejarah Islam ketika Nabi Muhammad s.a.w. diboikot, diusir, dihina dan disakiti
4
Hafizah Dasuki, Ensiklipedia Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama, 2004, Kuala Lumpur, jilid 2,
hlm 116.
oleh kaum Quraisy Makkah. Peristiwa itu terjadi 2 tahun sebelum hijrah Nabi
Muhammad s.a.w. pergi ke Ţā'if dengan harapan mereka membantunya tetapi
perlakuan yang tak kurang buruknya yang diterima Nabi Muhammd s.a.w.5

2.3. Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan adalah bulan ke sembilan dari tahun hijrah. Menurut pengertian
bahasa Ramadān bererti amat panas. Nama ini diberikan oleh orang arab pada bulan
ke sembilan kerana pada bulan tersebut padang pasir sangat panas dengan teriknya
bahang matahari. Hal ini sesuai dengan kebiasaan bangsa Arab zaman dahulu yang
memindahkan sesuatu istilah daripada bahasa asing ke bahasa mereka sesuai dengan
keadaan yang terjadi pada masa tersebut. Misalnya pada bulan ke sembilan udara
sangat panas maka bulan tersebut mereka namakan Ramadān. 6

2.4 Prof William Montgomery Watt


Prof William Montgomery Watt dilahirkan pada tahun 14 Mac 1909 dan Meninggal
dunia pada 24 Oktober 2006 di Edinburgh. Beliau seorang sarjana pengajian Islam
dan orientalis dan salah seorang daripada ahli sejarawan mengenai Islam di Barat.
Beliau pernah menjawat sebagai dekan jabatan pengajian Arab di Universiti
Endiburgh.7 Prof Montgomery adalah seorang profeser dalam bidang arab dan
pengajian Islam di Universiti Edinburgh dari tahun 1964-1979. Dia juga memegang
jawatan Profeser di Universiti Toronto dan Universiti Georgetown dan telah diberi darjat
kehormat DD dari Universiti Aberdeen. Dia adalah seorang paderi gereja dan pakar
bahasa arab kepada ketua paderi Jerusalem dari tahun 1943-1946. Dia juga menjadi
seorang ahli kesatuan gereja Iona di Skotland 1960. Para media mengelar dia sebagai
orientalis terakhir. Beliau banyak mengkritik fahaman islam dan kristian. Selain
daripada penyelewengan fakta yang sedang kita bahaskan sekarang beliau juga turut

5
Hafizah Dasuki, Ensiklipedia Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama, 2004, Kuala Lumpur, jilid 5,
hlm 38.
6
Hafizah Dasuki, Ensiklipedia Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama, 2004, Kuala Lumpur, hlm
162.
7
Muhammad Baha al-Din, al-Musytariqun wa al-Hadis al-Nabawi, Dar al-Infas, 1420-1999Uman, Jordan, hlm
100.
membuat tohmahan terhadap sistem periwayatan melalui sanad-sanad daripada
pembuku hadis sehingga kepada Rasulullah s.a.w. dengan mengatakan sanad yang
ada sekarang adalah sanad yang tidak asli dan dibuat-buat oleh ulama terdahulu
berdasarkan kitab pertama hadis yang dikarang oleh Ibn Ishaq tanpa sebarang sanad
yang lengkap pada pertengahan kurun ke dua.8 Beliau telah mengarang lebih daripada
30 buah artikel dan buku ilmiah yang antaranya;

1. Muhammad at Mecca (1953)


2. Muhammad at Medina (1956)
3. Muhammad: Prophet and Stateman, a summary
of the above two major works (1961)
4. Muhammad: Seal of the Prophets
5. Islamic Political Thought (1968)
6. Muslim-Christian Encounters: Perceptions and
Misperceptions (1991)9
c
Dr Abd al-cAdhīm Ibrāhīm Muhammad al-Muthicei menjawab tuduhan yang
dilemparkan oleh Watt iaitu ini adalah fitnah dan konspirasi yang nyata daripada
orientalis. Ada beberapa perkara yang perlu direnung dan difikirkan kerasionalanya
dalam hujah yang ditimbulkan oleh Watt antaranya;

Pertama.
Adakah hanya Nabi Muhammad s.a.w. sahaja yang berstatus faqīr di Makkah al-
Mukarramah. Sudah tentu tidak kerana ada ramai lagi orang-orang faqīr miskin yang
tinggal di kota Makkah. Ini adalah satu perkara yang tidak boleh tidak diterima.
Rentetan dari pada itu kenapa orang-orang faqīr miskin membiarkan Nabi Muhammad
s.a.w bersendirian menikmati suasana yang kononya nyaman dan selesa di gua Hira
tersebut. Jika benar suhu di gua Hira itu nyaman dan selesa mengapa kita tidak
mendengar daripada perkhabaran sejarah yang menjelaskan adalah menjadi
kebiasaan orang faqīr miskin masyarakat arab Makkah pada bulan Ramadan akan

8
Muhammad Baha al-Din, al-Musytariqun wa al-Hadis al-Nabawi, Dar al-Infas, 1420-1999, cUman, Jordan, hlm
100-101.
9
http://en.wikipedia.org/wiki/William_Montgomery_Watt.
meninggalkan rumah mereka kerana cuaca yang panas terik pergi ke gua-gua yang
terdapat di sekeliling Makah seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
bagi mendapatkan kenyamanan dan suhu yang selesa di sana.

Kedua:
Sila lihat 2.1
Adakah logik berulang alik dari Makkah ke gua Hir’a semata-mata untuk mendapatkan
udara yang sejuk, aman dan selesa.

3.0 TUJUAN NABI KE GUA HIRA


Dr Muhammad Sacid Ramadhān al-Buthy dalam bukunya yang berjudul “ The
Jurisprudence Of The Prophetic Biography & A Brief History Of The Orthodox
Caliphate” menyatakan tujuan Nabi Muhammad s.a.w. pergi ke gua Hira’ ketika
usianya hampir menjelang 40 tahun adalah untuk membersih jiwa daripada segala
macam penyakit seperti sombong, bangga diri, dengki, riya’ dan cinta dunia yang tidak
dapat dibersihkan melainkan dengan perantaraan uzlah dalam suasana hening, jauh
dari suasana riuh rendah dunia secara ritual dengan merenung hakikat dirinya,
penciptanya dan sejauhmana iradahnya terhadap bantuan dan pertolongan serta taufiq
Allah s.w.t. dalam setiap masa dan keadaan dalam kehidupannya. Selain dari itu
memiditasi hal ehwal manusia di sekitarnya sejauh mana kelemahan mereka di
hadapan pencipta dan memahami bahawa tidak ada apa-apa yang bermanfaat
daripada pujian dan celaan manusia. Selain daripada memiditasi tersebut elemen
renungan terhadap fenomena-fenomena keagungan Allah s.w.t. kehidupan selepas
kematian serta pengadilannya dan lain-lain perkara.10 Walaupun seorang itu alim dan
banyak melakukan amal ibadah tetapi jika dia mengidapi penyakit ini maka segala
pahala amalannya akan terhapus begitu sahaja serta dengan penyakit ini masyarakat
manusia tidak dapat hidup dengan aman dan tenteram. Untuk menjadi seorang
pemimpin yang berketerampilan dan progresif seseorang itu perlu mempunyai
persediaan yang awal dan jiwa yang mantap bagi mengharungi segala macam ujian
getir yang bakal dilaluinya. Dengan perantaraan uzlah perkara ini dapat dihasilkan.
10
Muhammad Sacid Ramadhān al-Buthy,The Jurisprudence Of The Prophetic Biography & A Brief History Of The
Orthodox Caliphate., First Edition, 2001-1422, Damascus, Syiria. Hlm 135
Selain tujuan tersebut faktor mahabbatullah yang ingin dimiliki sebagai natijah daripada
amalan uzlah yang dijalankan. Ini kerana pembinaan mahabbatullah dalam jiwa
manusia merupakan mata air yang memberi roh pengorbanan jihad ke dalam jiwa
insan. Dengan berputiknya kecintaan kepada Allah s.w.t dalam jiwa insan segala
macam masalah dan tribulsai dunia tidak melemahkan semangatnya untuk terus
berjuang menjalankan misinya sebagai utusan Allah s.w.t. yang terakhir.11 Selain
dariada tujuan tersebut Zainal cAbidin cArifin cAbbas menulis di dalam bukunya
bertajuk “Peri Hidup Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.” terdapat tiga tujuan utama
Nabi Muhammad s.a.w. pergi ke gua Hira iaitu untuk mengumpulkan kekuatan berfikir,
melatih diri hidup dalam keadaan kesusahan dan melenyapkan segala perasaan takut
kepada segalah mahkluk yang ada di alam ini.

4.0 KESIMPULAN
Setelah dikaji dengan penyelidikan yang teliti berdasarkan sirah al-Nabawiyah yang
dinukilkan oleh ulama yang mukhlis nyatalah di sini segala penyelewengan fakta yang
dilakukan oleh orientalis tidak rasional dan tuduhan yang melulu membuktikan niat
sebenar mereka yang ingin menanm benih kesangsian ke dalam jiwa keimanan umat
Islam terhadap kesucian sirah rasul yang mulia. Sebagai seorang yang diberi peluang
mendalami ilmu agama perlu berusaha sedaya upaya mengetahui segala bentuk
penyelewengan yang dibuat orientalis agar kekeliruan tersebut dapat dibuktikan
kepalsuannya terhadap masyarakat yang tidak mendalami ilmu ini.

5.0 RUJUKAN

1. Hafizah Dasuki, Ensiklipedia Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan


Pertama, 2004, Kuala Lumpur.
2. http://en.wikipedia.org/wiki/William_Montgomery_Wat
3. Muhammad Baha al-Din, al-Musytariqun wa al-Hadis al-Nabawi, Dar al-Infas,
1420-1999, cUman, Jordan.

11
Muhammad Sacid Ramadhān al-Buthy,The Jurisprudence Of The Prophetic Biography & A Brief History Of The
Orthodox Caliphate., First Edition, 2001-1422, Damascus, Syiria. Hlm 135.
4. Muhammad Sacid Ramadhān al-Buthy,The Jurisprudence Of The Prophetic
Biography & A Brief History Of The Orthodox Caliphate, Dar al-Fikr al-Mouaser,
First Edition, 2001-1422, Damascus, Syiria.
5. Salim Muhammad Rafi, Muhammad The Beloved Of Allah, Dar-al-Salam, First
Edition,1999, Lahore Pakistan.