P. 1
Isu-Isu Akhlak Dan Moral Masyarakat Islam

Isu-Isu Akhlak Dan Moral Masyarakat Islam

|Views: 3,570|Likes:

More info:

Published by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia on Apr 12, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

Isu-isu Akhlak Dan Moral Masyarakat Islam

1.0 Pengertian Isu-isu Akhlak dan Moral Perkataan isu membawa maksud suatu perkara atau permasalahan yang menjadi tajuk dalam perbincangan. manusia. (Daud Baharum 1992) Menurut Ibnu Athir khuluq atau akhlak ialah bentuk kejadian manusia dari sudutnya yang batin, manakala al-khalq pula ialah bentuk manusia dari sudutnya yang lahir. Pengertian ini sebenarnya menghubungkan akhlak dengan kejadian manusia iaitu paduan antara kejadian lahir (jasmani) dengan kejadian yang batin (rohani). Ibnu Maskawayh pula berpendapat bahawa perkataan al-khuluq ialah satu hal keadaan bagi jiwa seseorang dalam melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan dengan senang dan mudah tanpa didahului oleh daya pemikiran, kerana ianya sudah menjadi suatu kebiasaan. Daripada definisi-definisi ini dapat kita fahami bahawa akhlak merupakan suatu perlakuan yang tetap sifatnya di dalam jiwa seseorang yang tidak memerlukan daya pemikiran di dalam melakukan sesuatu tindakan. (Ahmad Rafizi Salleh 2003) Moral membawa pengertian ajaran atau pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan kelakuan, kewajipan, sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak. Ia merujuk kepada konsep etika kemanusian yang digunakan dalam tiga konteks, iaitu: Manakala perkataan akhlak adalah kata jama’ (plural) bagi al-khuluq yang bermaksud adab perlakuan diamalkan oleh

1. hati murni individu 2. system-sistem prinsip dan pertimbangan – kekadang dipanggil nilai moral – yang dikongsi dalam sesuatu komuniti kebudayaan, keagamaan, kesekularaan atau kefalsafahan dan 3. tatalaku atau prinsip moral tingkah laku. (karyanet)

2.0 Jenayah Siber Jenayah bermaksud apa-apa salah laku atau kejahatan yang dilakukan sama ada secara individu atau berkumpulan dan salah di sisi undang-undang. Siber pula bermaksud perhubungan dengan komunikasi elektronik. Jenayah siber adalah mana-mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan dan kerugian yang berterusan. Antara jenis-jenis jenayah yang sering kita dengar ialah:1. Penipuan 2. Kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer 3. Kecurian maklumat 4. Capaian secara tidak sah ke atas sistem 5. Menyalin perisian secara tidak sah 6. Pengitnipan 7. Perjudian siber 8. Skim cepat kaya 9. Pornografi 10. Penggodam atau “Hacker” dan 11. Penyebaran virus amat berbahaya kepada kepada pengguna komputer. Mereka ini adalah perosak dalam diam dan tersembunyi.

Jenayah siber ini boleh dikategorikan kepada 4 kumpulan berikut :1. Kanak-kanak dan remaja (6 – 18 tahun) yang suka mencuba sesuatu yang baru dan sering terikut-ikut akan perbuatan yang dilihat atau dilakukan oleh orang dewasa atau di televisyen. Mereka berasa seolaholah “hebat” jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain kerana dapat menembusi sistem keselamatan sesuatu rangkaian. 2. Penggodam terancang yang dopercayai mempunyai objektif tertentu. Objektif tersebut dapat memenuhi kehendak mereka sama ada berbentuk politik, keagamaan, ketenteraan atau sebagainya. Antara laman web yang sering diceroboh ialah laman web Aeroangkasa Amerika Syarikat (NASA) dan syarikat perisian computer terkenal Microsoft Corp. 3. Penggodam Profesional yang melakukan jenayah bermotivasikan wang. Kebiasaannya, mereka melakukan penggodaman atas arahan individu atau organisasi tertentu dan mendapat bayaran. 4. Pekerja Terhadap Majikan yang berasa tidak puas hati terhadap majikan akibat dibuang kerja atau mendapat layanan yang buruk juga termasuk ke dalam kumpulan ini. 2.1 Dasar Dan Strategi Bagi Memerangi Jenayah Siber Selari dengan perkembangan teknologi tempatan, beberapa dasar atau pendekatan telah diambil bagi meastikan jenayah siber dapat dibendung dan di atasi. Antara strategi pihak kerajaan ialah dengan menubuhkan Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) dengan kerjasama beberapa negara-negara yang menganggotai ASEAN seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Myanmar, Laos, Kemboja dan Brunei. Peranan MyCERT ialah:1. Menyediakan pusat rujukan kepada pakar mengenai isu rangkaian dan keselamatan. 2. Menerima dan mengambil tindakan ke atas insiden keselamatan yang dilaporkan.

3. Menyebarkan maklumat tentang keselamatan sistem, langkah-langkah keselamatan dan peralatan yang sesuai digunakan. 4. Sebagai tempat penyimpanan maklumat berkaitan keselamatan, ‘patch’ peralatan dan teknik. 5. Mendidik dan menyarankan orang awam akan keselamatan komputer di Malaysia. Selain itu, pihak polis juga telah menubuhkan Unit Siasatan Jenayah Teknologi di bawah Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan dan Jabatan Siasatan Jenayah. Kerjasama antara pihak berkuasa dan pembekal perkhidmatan internet (IP) mampu mengenal pasti individu atau kumpulan penyerang berdasarkan alamat internet protocol computer yang digunakan. Kita hendaklah sentiasa berwaspada dan bersedia terhadap segala bentuk ancaman dengan memperkasakan diri dengan teknologi terkini. Penguatkuasaan undang-undang masih memerlukan kerjasama semua pihak supaya mewujudkan suasana sihat dalam dunia teknologi maklumat di negara ini. (M Shah & Abu Bakar 2006)

3.0 PENDERAAN SEKSUAL Penderaan seksual bermaksud apa jua perhubungan atau sentuhan di antara kanak-kanak atau wanita dengan orang dewasa atau seseorang yang lebih tua,

di mana kanak-kanak atau wanita itu dijadikan tempat melepaskan nafus si pemangsa tersebut. Penderaan seksual boleh terjadi dengan bermulanya aktiviti berciuman atau berpelukan antara mangsa dan pelaku, dan boleh berlanjutan kepada seks oral. Ia juga termasuk penderaan emosi seperti marah yang berterusan, ugutan, mengkritik mangsa di khalayak ramai, dan meminta supaya mangsa tersebut merahsiakan hal yang terjadi. Penderaan seksual boleh juga melibatkan sumbang mahrm, yang terjadi di kalangan ahli keluarga sendiri. Penderaan seksual bukanlah perkara baru dalam masyarakah hari ini. Memang tidak dinafikan setiap hari ada sahaja unsure-unsur negative yang menular dalam masyarakat kita. Berkemungkinan bahan-bahan berunsur lucah seperti gambar, video, majalah yang memaparkan aksi-aksi seks ganas yang mendorong mereka melakukan jenayah terancang ini. Keganasan seksual juga adalah ternasuk pelakuan secara paksa, memasukan objek ke dalam kemaluan, mulut atau dubur mangsa samada lelaki, wanita atau kanak-kanak. Penderaan seksual terhadap kanak-kanak bermaksud dera atau satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan. Penderaan kanak-kanak secara fizikal juga merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanakkanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi. Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera seksual sehingga sehingga ada mangsa dera yang meninggal dunia. Belum dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam

jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat faktor gejala sosial yang lain seperti penagihan, pengangguran dan tekanan mental yang mengakibatkan berlakunya peningkatan kes penderaan. Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang meninggal dunia dahulu bukan disebabkan didera, ataupun kes kematian itu gagal dikesan puncanya disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-kanak tersebut tidak menyiasat kesan pada mayat disebabkan kurangnya penekanan mengenai kes penderaan kanak-kanak. Peratusan yang tinggi menunjukkan pelaku adalah merupakan kenalan, kawan dan saudara mara mangsa. Bilangan kes kanakkanak yang dirogol oleh bapa, datul atau abang kandung sendiri yang dilaporkan kepada pihak berkuasa kini semakin meningkat. Perkosaan juga bukannya disebabkan oleh cara pemakaian yang provokatif. Ramai remaja yang memakai pakaian seragam juga menjadi mangsa perkosaan. Liputan media massa juga tidak terlepas dari pelbagai berita mengenai pendraan seks atau rogol di dalam mahupun luar negara. Ada sahaja cara yang dilakukan pesalah dalam memuaskan nafsu mereka. Kebanyakan jenayah ini biasanya berlaku terhadap kanak-kanak dan wanita, sehinggakan ada segelintir pelaku yang sanggup membunuh sematamata merahsiakan perbuatan terkutuk itu. Di dalam Islam sebegini memang di larang keras oleh Allah SWT, di dunia inikita disuruh berkasih-kasihan dan sayang menyayangi antara satu dengan yang lain. Tidak pula disuruh mendera dan melakukan keganasan yang ikutkan hati sendiri tanpa memikirkan akibat yang akan diterima kelak. Sebab itu kita sebagai umat Islam wajib mendekatkan diri dengan Allah SWT supaya tidak hilang pedoman dalam membuat keputusan. Ini sekali gus membuktikan bahawa pendekatan yang digunapakai oleh Islam tidak

mengamalkan

diskriminasi

dengan

mencegah

satu

golongan

daripada

melakukan kesalahan dan membiarkan yang lain berbuat sesuka hati. 4.0 SAMSENG DI KALANGAN PELAJAR DAN REMAJA Samseng merupakan salah satu gejala sosial yang kian menular ke dalam masyarakat kita. Gejala samseng menjadi semakin keronik apabila ada di kalangan pelajar sekolah turut sama terlibat dalam masalah ini. Masalah samseng ini boleh berlaku di mana-mana sahaja. Tidak kiralah samada di kampung, Bandar, sekolah atau tempat-tempat awam. Masalah ini mungkin bermula daripada sikap seseorang itu sendiri. Pada mulanya mereka ini dikategorikan sebagai panas baran. Lama kelamaan sikap itu bertukar menjadi satu tabiat. 4.1 Punca Berlakunya Masalah Samseng Untuk membanteras dan menyelesaikan sesuatu kerumitan, punca dan sebab terjadinya perkara itu hendaklah dikaji terlebih dahulu. Setelah menjumpai puncanya, barulah sesuatu masalah itu dapat diselesaikan sehingga ke akar umbi. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut; a) Pengaruh rakan sebaya Rakan sebaya adalah golongan yang mempunyai pengaruh sungguh kuat kepada diri remaja dan pelajar semua. Mereka lebih suka untuk mengikut dan meniru gaya rakan-rakan yang lain. Apa sahaja yang dilakukan oleh rakan-rakan itulah yang diikuti oleh mereka. Remaja semua menganggap bahawa rakanrakan adalah contoh yang terbaik untuk mereka semua.

Itu adalah punca yang paling utama membuatkan remaja semua terlibat ke dalam gejala yang tidak sihat. Perangai dan aktiviti remaja yang lain menjadi ikutan mereka semua. Justeru itu apa sahaja yang hendak dilakukan haruslah difikirkan bak buruknya terlebih dahulu. b) Remaja Atau Pelajar Yang Kurang Keyakinan Diri Masalah keyakinan diri adalah satu masalah yang harus diatasi dengan segera. Jika dibiarkan berlarutan, masalah ini akan memudaratkan diri dan juga merosakkan masa hadapan individu yang terbabit. c) Mempunyai Masalah Keluarga Dan Tiada Kawalan Daripada Keluarga Kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada keluarga juga boleh menjadi punca remaja dan pelajar terbabit dengan pelbagai masalah. Ini adalah kerana perhatian dan kasih sayang itu amat penting dalam kehidupan seharian manusia. d) Kurang Didikan Agama Kurangnya didikan agama adalah punca yang paling bahaya. Tanpa agama dan pegangan hidup, seseorang itu akan hanyut. Kehidupan yang mementingkan keseronokan semata-mata ini boleh membuatkan manusia hilang akal dan hanyut dibuai mimpi-mimpi indah. e) Kurang Disiplin Diri Jika seseorang itu tidak mempunyai disiplin diri yang kuat, maka kehidupan individu terbabit akan kucar-kacir. Antara resipi untuk menikmati kejayaan adalah disiplin diri. Displin diri merupakan pembantu secara tidak langsung dalam mencapai matlamat yang telah dibuat. 4.2 Cara Mencegah Masalah Samseng Untuk mencegah masalah yang semakin rumit ini dengan segera ialah beberapa pihak perlu memainkan peranan yang penting serta berganding bahu bersama-

sama menyelesaikan masalah ini. Pihak yang perlu memainkan peranan mereka adalah seperti; 1. Peranan Ibu Bapa Ibu bapa adalah orang yang paling rapat dengan anak-anak. Mereka adalah orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan anak-anak dan juga pelajar. Setiap gerak-geri ibu bapa diperhatikan oleh anak-anak. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang terbaik kepada anak-anak. Terutamanya anak remaja, ini kerana remaja mudah mengikut gerak laku insan yang paling rapat dengan mereka. 2. Peranan Pihak Sekolah Dalam membanteras pelbagai gejala yang tidak sihat, terutamanya masalah samseng , pihak sekolah perlu beriringan dengan ibu bapa. Pihak sekolah mestilah memberikan kerjasama yang erat kepada ibu bapa dalam menangani gejala samseng di sekolah. Dengan ini masalah samseng di sekolah dapat dihapuskan. 3. Peranan Pihak Polis Dalam membanteras gejala samseng ini, pihak polis perlu berganding bahu dengan masyarakat dan juga pihak sekolah. Untuk membanteras gejala samseng ini, pihak polis tidak boleh bergerak bersendirian. Sokongan padu daripada masyarakat dan sekolah perlulah diberikan. Hal ini bertujuan menjamin kesejahteraan kita bersama. 4. Peranan Pihak Kerajaan Peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan sudah semestinya mendapat sokongan daripada semua pihak. Pihak kerajaan telah melakukan pelbagai cara dalam usaha menangani masalah samseng yang menimpa golongan remaja dan pelajar. Oleh itu para remaja hendaklah melibatkan diri dengan program dan

aktivit yang dianjurkan oleh kerajaan seperti Program Latihan Khidmat Remaja, Rakan Muda dan lain-lain. 5. Peranan Diri Remaja Sendiri Di samping peranan pihak ibu bapa, sekolah, polis dan kerajaan, diri remaja itu sendiri perlu memainkan peranan mereka. Jika hanya pihak lain yang beria-ia membanteras gejala ini tetapi golongan remaja tidak memberikan sokongan, maka adalah mustahil untuk berjaya dalam proses membanteras gejala samseng di kalangan remaja. ( Muhamad Ismail Ahmad & Suziana Che Wil : 2006)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->