You are on page 1of 27

KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Oleh: Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah


Agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman
dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perlu disebutkan bahawa belum
ada terjemahan Perlembagaan yang sahih di Malaysia dan adakali perkataan "Islam
is the religion of the Federation" yang terdapat dalam Perlembagaan di terjemahkan
salah sebagai "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan".
Apa yang dimaksudkan dan apa kesan peruntukan ini? Jika kita lihat kepada sejarah
mengenai peruntukan ini kita dapati Suruhanjaya Reid yang diberi tugas
mencadangkan Perlembagaan bagi Malaysia telah menolak cadangan memasukkan
peruntukan mengenai "Islam sebagai agama Persekutuan" itu. Dalam Laporan
mereka di perenggan 169 mereka berkata maksudnya –
"Kami telah menimbangkan soal sama ada perlu diadakan kenyataan dalam
Perlembagaan yang bermaksud Islam hendaklah menjadi ugama Negara. Telah
dipersetujui oleh semua pihak bahawa jika mana-mana peruntukan seperti itu
dimasukkan dalam Perlembagaan hendaklah dijelaskan bahawa ia tidak sekali-kali
menjejas hak-hak sivil orang-orang bukan Islam. Dalam memorandum yang
dikemukakan oleh Perikatan telah disebut agama Persekutuan hendaklah Islam.
Peruntukan prinsip ini tidak akan mengenakan apa-apa hilang upaya keatas rakyat
bukan Islam menganuti dan mengamalkan ugama mereka sendiri dan tidak
membayangkan bahawa negara bukan negara sekular. Tidak terdapat apa-apa
dalam draf Perlembagaan itu yang menyentuh penerusan keadaan dalam negeri-
negeri mengenai periktirafan Islam atau yang menghalang pengiktirafan Islam dalam
Persekutuan melalui perundangan atau cara-cara lain dalam apa-apa keadaan yang
tidak memudharatkan hak-hak sivil individu bukan Islam. Majoriti kami berpendapat
ada paling baik meninggalkan perkara itu atas dasar itu, memandang kepada
kenyataan bahawa peguam bagi Raja-raja telah berkata kepada kami "Adalah
pandangan yang telah dipertimbangkan oleh Duli-duli yang Maha Mulia bahawa tidak
dikehendaki memasukkan perisytiharaan seperti yang dicadangkan bahawa ajaran
agama Muslim atau ajaran agama Islam adalah agama yang ditetapkan bagi
Persekutuan. Duli-duli yang Maha Mulia tidak menyokong perisytiharaan seperti itu
dimasukkan dan ini adalah perkara arahan khusus dimana saya tidak banyak
terlibat". Hakim Abdul Hamid berpendapat bahawa perisytiharan seperti itu perlu
dimasukkan seperti yang dicadangkan oleh Perikatan. Dalam cadangan beliau
Hakim Abdul Hamid dari Pakistan itu mengesyorkan oleh kerana cadangan yang
dibuat oleh Perikatan itu adalah dibuat sebulat suara, ia harus diterima. Peruntukan
seperti itu telah pun terdapat di negeri-negeri dan apa yang perlu ialah
memindahkannya dari Perlembagaan negeri ke Perlembagaan Persekutuan.

Soalan yang timbul apa sebabnya Perikatan dalam cadangannya mengatakan


peruntukan tidak bermakna negara bukan negara sekular. Sayugia diingati bahawa
cadangan itu dibuat oleh Perikatan iaitu gabungan antara parti UMNO dan parti
bukan Melayu dan Islam yang bergabung dengan UMNO. Mungkin pada masa itu
Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan ahli-ahli UMNO berpendapat supaya tidak
menjejaskan perpaduan antara parti-parti itu tidaklah perlu menyebutkan negara
sebagai negara Islam. Dari segi maslahah adalah baiknya untuk perpaduan parti-
parti itu hanya menyebutkan Islam sebagai ugama Persekutuan.
Walaubagaimana pun tidak disebut dalam Perlembagaan bahawa negara adalah
negara sekular (seperti disebutkan di India umpamanya) dan oleh kerana itu tidak
ada halangan dihujjahkan kemudian bahawa oleh kerana Islam adalah agama
Persekutuan, ini membolehkan ajaran Islam dimasukkan dan diterapkan dalam
politik negara, apabila masanya sesuai.

Oleh kerana perkataan "Islam" dan bukan "ugama Islam" yang digunakan di Perkara
3 bolehlah dihujjahkan bahawa apa yang dimaksudnya ialah Islam sebagai cara
hidup mengikut Islam iaitu Islam sebagai Ad-Din. Apabila disebut "agama-agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan",
orang-orang bukan Islam mendakwa bukan sahaja mereka diberi kebebasan
mengamalkan kepercayaan dan upacara-upacara agama mereka akan tetapi cara
hidup mereka. Mereka tidak mahu undang-undang Islam dikenakan kepada mereka
dan lebih suka mengikut undang-undang lnggeris. Jika ini makna yang dikehendaki
di beri kepada perkataan "ugama" oteh orang-orang yang bukan Islam, lebih-lebih
lagilah orang-orang Islam berhak memberi makna yang luas kepada "Islam" sebagai
agama Persekutuan.
Perkara 11 Perlembagaan memperuntukan "Tiap-tiap orang adalah berhak
menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4)
mengembangkan ugamanya." Dari peruntukan ini jelaslah orang-orang Islam berhak
menganuti dan mengamalkan ugamanya, iaitu Islam sebagai cara hidup mereka.
Fasal (4) menyebutkan undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa iktidad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang
menganuti ugama
Islam.
Telah ada beberapa negeri yang telah mengadakan undang-undang untuk menyekat
pengembangan ugama-ugama lain antara orang-orang Islam akan tetapi sayangnya
ada beberapa negeri yang belum lagi mengadakan undang- undang itu termasuk
Wilayah -wilayah Persekutuan.
Jika kita merujuk kepada kes-kes yang diputuskan di Mahkamah di Malaysia ada
terdapat beberapa kes yang lama yang memberi makna yang sempit kepada
perkataan "Islam ialah ugama bagi Persekutuan". Dalam kes Che Omar bin Che Soh
lwn Pendakwa Raya [1988] 2 MLJ 55 hujjah yang dibuat bagi pihak perayu-perayu
ialah hukum mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya dan memilik
senjata api adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan oleh kerana itu terbatal.
Dihujjahkan bahawa oleh kerana Islam adalah agama Persekutuan, hukuman mati
mandatori yang dikenakan kepada kesalahan itu, yang bukan kesalahan "hudud"
atau "qisas" mengikut undang-undang Islam, adalah berlawanan dengan ajaran
Islam dan oleh kerana itu tidak sah mengikut Perlembagaan. Sungguhpun Salleh
Abas, Ketua Hakim Negara pada masa itu, apabila memberi penghakiman telah
berkata tidak syak Islam bukan hanya kumpulan kepercayaan dan upacara agama
sahaja bahkan adalah cara hidup itu yang lengkap termasuk semua bidang amalan
manusia, sama ada peribadi atau umum, mengenai
perundangan, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, moral atau kehakiman, dan cara
mengatur semua cara hidup termasuk hukum-hukum dan akhlak semuanya
berpandu kepada wahyu dari Allah yang terdapat dalam AI-Quran dan hadith Nabi
s.a.w. akan tetapi beliau bertanya adakah itu makna Islam yang dimaksud oleh
pengubal Perlembagaan itu? Beliau telah kembali
merujuk kepada sejarah kemasukan British di Malaysia sebagai penjajah yang mana
mereka telah membahagikan agama kepada dua jenis, satu dari segi peribadi dan
satu dari segi awam. Dalam semua perkara awam termasuk undang-undang
pentadbiran dan kehakiman, mereka telah mengenepikan Islam dan mengikut cara
yang sekular. Oleh kerana itu hanya undang-
undang Islam mengenai keluarga dan warisan telah dibenarkan dikenakan dan itu
pun hanya kepada orang-orang Islam. Hasil dari masa penjajah British itu, undang-
undang Islam telah diasingkan dalam lingkungan yang sempit mengenai undang-
undang perkahwinan, perceraian dan warisan. Inilah makna "Islam" yang
dimaksudkan oleh pengubal Perlembagaan itu. Oleh kerana itu Perkara 3
Perlembagaan itu tidak boleh digunakan sebagai hujjah untuk mengatakan hukuman
mati bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya atau mana-mana kesalahan lain
tidak sah kerana berlawanan dengan Islam dan oleh kerana itu berlawanan dengan
Perlembagaan itu .Sayangnya yang arif Hakim itu telah menunjukkan bahawa beliau
masih terikat dengan konsep penjajah dan tidak menimbangkan bahawa Malaysia
telah Merdeka dan tidak lagi di bawah kuasa penjajah itu.
Dalam kes Teoh Eng Huat lwn Kadhi Pasir Mas [1990] 2 MLJ 301 soalnya sama adi
seorang gadis Cina umur 17 tahun 8 bulan berhak memeluk agama Islam tanpa
pengetahuan dan persetujuan bapanya. Di Mahkamah Tinggi telah diputuskan oleh
kerana gadis Cina itu telah memeluk agama Islam dengan sukarelanya dan tidak
dipaksa oleh sesiapa dia berhak memeluk agama Islam mengikut Perkara 11(1)
Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan "Semua orang-orang berhak
menganut dan mengamal ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4)
menyebarkannya".

Akan tetapi apabila rayuan dibuat oleh bapa itu ke Mahkamah Agong, Abdul Hamid
Ketua Hakim Negara pada masa itu telah merujuk kepada Perlembagaan Malaysia
dan khususnya Perkara 3 yang menyebut Islam adalah ugama Persekutuan; dan
juga pada pendapat Suruhanjaya Reid mengenai Perkara 3 itu. Seperti yang telah
dinyatakan dahulu Suruhanjaya Reid tidak menyokong diadakan peruntukan seperti
Perkara 3 akan Hakim yang arif itu beliau berkata "Pada asas iaitu Perlembagaan
kita digubal dan diisytiharkan." Beliau merujuk kepada Perkara 12(3) dan (4)
Perlembagaan yang memperuntukkan-
(3) Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa
ugama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu
ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.
(4) Bagi maksud fasal (3) ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada
lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibubapa atau penjaganya.

Sungguhpun fasal (4) itu menyebut "untuk maksud fasal (3) iaitu mengenai
pengajaran ugama di sekolah, Hakim yang arif itu telah menggunakan fasal itu untuk
memutuskan seorang ibubapa atau penjaga berhak menentukan agama seorang
yang belum dewasa. Sebetulnya beliau tidak perlu membuat keputusan itu oleh
kerana pada masa itu gadis itu telah pun berumur lebih dari lapan belas tahun.
Keputusannya ialah dianggap obiter dicta atau pandangan sahaja, akan tetapi
sayangnya ia telah diterima pakai dalam undang-undang di Malaysia.

Dalam kes Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lwn Jamaludin [ 19891 ]1 MLJ418
mengikut faktanya Jamaludin seorang asalnya melayu dan berugama Islam telah
memeluk agama Christian dan telah cuba memasukkan orang-orang Melayu ke
agama Christian dan telah berjaya memasukkan enam orang Melayu ke agama
Christian. Dia telah ditahan dibawah Akta Keselamatan dalam Negeri, dan telah
merayu kepada Mahkamah. Mahkamah Tinggi telah memutuskan alasan untuk
pertahanan itu tidak sah kerana kebebasan agama orang itu telah diganggu. Rayuan
kepada Mahkamah Agong juga telah ditolak. Di dua-dua Mahkamah itu hakim-
hakimnya menegaskan hak orang itu menganuti dan mengamalkan agamanya.
Sayangnya mahkamah-mahkamah itu tidak sentuh sama ada orang itu berhak
menyebarkan agamanya pada orang-orang Islam. Mengikut kes India Rev.
Stanislaus v State of Madhya Pradesh AIR 1977 S.C. 908 telah menyebut hak
menyebarkan agama tidak termasuk memasukkan orang lain kepada agama orang
itu kerana jika seseorang sengaja berusaha memasukkan orang lain kepada
agamanya, dan bukan hanya berusaha menyampaikan atau menyebarkan ajaran
agama itu, ini akan menjejas hak kebebasan kepercayaan orang itu.

Pada tahun 1988 Perkara 121 perlembagaan Persekutuan telah dipindahkan dengan
menyebut di fasal (1 A) maksudnya Mahkamah Tinggi Sivil tidaklah boleh
mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa
Mahkamah Syariah. Pada masa dahulu sebelum pindaan itu dibuat terdapat banyak
kes dimana Mahkamah Sivil telah membuat keputusan mengenai perkara yang
termasuk dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah dan adakalanya telah mengubah
keputusan yang telah dibuat diMahkamah Syariah.

Satu kesan yang terbesar yang diperolehi dari pindaan itu ialah mengelakkan
percanggahan antara keputusan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi seperti
yang terdapat di dalam beberapa kes terdahulunya. Umpamanya di dalam kes
Myriam v Ariff [1971] 1 MLJ 275 di mana perceraian telah diadakan di hadapan Qadi
dan Qadi Yang Ariff telah mencatatkan perintah atas persetujuan kedua-dua pihak
memberi hak jagaan anak dari perkahwinan itu iaitu seorang anak perempuan
berumur 8 tahun dan seorang anak lelaki berumur 3 tahun kepada bapa mereka. Ibu
mereka kemudiannya telah berkahwin dengan lelaki yang bukan muhrim kepada
anak itu dan ia menuntut hak jagaan anak itu. Abdul Hamid H, pada masa itu,
memutuskan bahawa perintah yang dibuat oleh Qadi itu tidak menghalang pihak
menuntut iaitu ibu anak itu membuat perrmohonan kepada Mahkamah Tinggi. Beliau
merujuk kepada seksyen 45 (6) Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam,
Selangor, 1952,yang memperuntukkan: "Tiada apa-apa yang terdapat di dalam
enakmen ini akan menganggu bidangkuasa Mahkamah Sivil dan apabila terdapat
perbezaan atau percanggahan antara keputusan Mahkamah Qadi Besar atau
seorang Qadi dengan keputusan Mahkamah Sivil, yang bertindak di dalam
bidangkuasanya, keputusan Mahkamah Sivil adalah mengatasi."
Di dalam kes itu Hakim Yang Ariff memutuskan Mahkamah Tinggi mempunyai
bidangkuasa di bawah Guardianship of Infants Act 1961, yang telah diterima oleh
Dewan Undangan Selangor dengan syarat bahawa tiada apa-apa di dalam Akta itu
yang berlawanan dengan agama Islam atau adat Melayu boleh dikenakan kepada
seorang di bawah umur lapan belas tahun yang menganuti ugama Islam. Beliau juga
memutuskan bahawa Akta itu tidak bercanggah dengan ugama Islam atau adat
Melayu dan oleh kerana itu boleh dikenakan kepada orang-orang yang menganuti
ugama Islam.

Hakim Yang Ariff ada membuat rujukan kepada undang-undang Islam yang beliau
berkata memperuntukkan antara lain bahawa "seseorang perempuan yang berhak
mendapat hak jagaan seorang kanak-kanak lelaki atau perempuan adalah hilang
haknya jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai
pertalian dengan kanak-kanak itu dalam mana seorang lelaki itu dilarang berkahwin
dengan kanak-kanak itu, semasa perkahwinan itu wujud."

Walau bagaimanapun beliau berkata "Saya berpendapat bahawa mahkamah


terhalang membuat perintah bagi hak jagaan memberi anak itu kepada seorang ibu
atau bapanya jika kebajikan anak itu memerlukan demikian." Sebelum itu beliau telah
berkata "Di dalam usaha saya menghasilkan keadilan saya becadang menggunakan
budibicara saya dan memberi perhatian
pertama kepada kebajikan kanak-kanak itu. Dengan membuat demikian bukanlah
niat saya mengenepikan agama dan adat pihak- pihak yang berkenaan atau kaedah-
kaedah di bawah agama Islam, akan tetapi itu tidak semestinya bermakna
mahkamah hendak mematuhi dengan tegasnya kepada kaedah-kaedah yang
diperuntukkan oleh agama Islam. Mahkamah pada
pendapat saya tidak dilucutkan kuasa Budibicaranya."

Akhirya Hakim Yang Ariff itu telah memberi hak jagaan anak lelaki yang kecil kepada
ibunya dan hak jagaan anak perempuan yang besar itu kepada bapanya.

Undang-undang di beberapa negeri Melayu mengenai hakjagaan kanak- kanak telah


dikanunkan di dalam Akta atau Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam akan
tetapi telah terdapat dua aliran. Mahkamah Syariah membuat keputusan atas asas
Undang-undang Islam akan tetapi apabila permohonan dibuat ke Mahkamah Sivil
keputusan-keputusan Mahkamah Syariah itu tidak diikuti bahkan adakala diketepikan
dan kes-kes itu diputuskan berpandu kepada Akta Penjagaan kanak-kanak, 1961.
Apa yang lebih tidak memuaskan dalam perkara ini ialah sungguhpun Akta
Penjagaan kanak-kanak itu dikenakan kepada orang-orang Islam peruntukan yang
lebih meluas dan dekat kepada undang-undang Islam yang terdapat di dalam Akta
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1876 tidak dikenakan
kepada orang-orang Islam.

Di dalam kes Commissionerfor Religious Affairs, Terengganu & Ors v Tengku Mariam
[1969] 1 MLJ 110 Mahkamah Tinggi diminta memutuskan sama ada wakaf yang
dibuat oleh Tengku Chik untuk faedah keluarganya sah atau tidak. Perkara itu telah
sebelum itu dirujuk kepada Mufti yang telah mengeluarkan fatwa mengesahkan
wakaf itu. Akan tetapi Hakim Yang
Ariff di Mahkamah Tinggi telah tidak menghiraukan fatwa itu. Hakim itu berkata "Saya
telah banyak benar menimbangkan perkara ini dan berpendapat bahawa jikalau
mahkamah ini pun sendiri yang meminta fatwa itu, mahkamah ini mempunyai
budibicara yang tidak terhad mengenai setakat mana ia menerima fatwa itu dan
boleh enggan mengikat dirinya dengan fatwa itu. Saya tidak terdapat apa-apa
didalam Enakmen itu yang menyentuh kuasa mahkamah itu menghuraikan Undang-
undang Islam dan saya bercadang menggunakan kuasa itu.

Undang-undang Islam yang dihuraikan oleh Hakim Yang Ariff itu berdasarkan kepada
dua keputusan Privy Council, kes Abdul Fata Mohamed Ishak v Rasamava Dhur
Chowdhurv (1894) L.R. 22 1A76 dan Fatimah binti Mohamad lwn Salim Bahshuwen
[1952] A.C. 1. Hakim Yang Ariff di dalam kes Tengku Mariam itu telah memutuskan ia
terikat dengan keputusan- keputusan Privy Council itu dan terpaksa memutuskan
wakaf itu tidak sah. Rujukan tidak dibuat kepada peruntukan di dalam Enakmen
Pentadbiran Undang-undang Islam, Terengganu, 1955 yang membezakan antara
wakaf am dan wakaf khas, atau kepada Undang-Undang Islam yang terdapat di
dalam al-Quran, hadith dan kitab-kitab ulama Islam. Apabila rayuan dibuat kepada
Mahkamah Persekutuan (Lihat [1970] 1 MLJ 222), majoriti Mahkamah itu telah
memutuskan bahawa pihak-pihak di dalam kes itu telah terhalang dari mencabar
kesahan wakaf itu oleh kerana mereka telah pun bersetuju mengikut fatwa Mufti di
dalam kes itu. Majoriti hakim itu walau bagaimanapun berpendapat seperti yang
disebut oleh Suffian, Hakim
Persekutuan, pada masa itu "bahawa atas autoriti keputusan-keputusan Privy
Council itu yang disebutkan kepada kami, Hakim Yang Ariff yang membicarakan kes
itu terikat dan juga kami terikat untuk memutuskan bahawa wakaf itu tidak sah,
walaupun terdapat fatwa Mufti sebaliknya.: Hakim Ali yang memberi keputusan tidak
bersetuju berpendapat bahawa pihak-pihak di dalam kes itu terikat dengan fatwa itu.
Beliau berkata "Subseksyen itu (Seksyen 21(3) Enakmen Pentadbiran Undang-
undang Islam, 1955) adalah sekatan perundangan terhadap apa-apa persoalan
selanjutnya mengenai kesahan wakaf itu. 'Mahkamah
tidak boleh tidak memberi pengiktirafan kepadanya. Tidak memperdulikannya
bermakna mahkamah melampaui bidangkuasanya."
Di dalam beberapa kes pula terdapat Mahkamah Tinggi telah tidak mengenakan
undang-undang Islam kepada pihak-pihak yang berugama Islam akan tetapi
mengenakan undang-undang yang berlawanan dengan undang-undang Islam.

Di dalam kes Ainan bin Mahmud vs Syed Abubakar [1939] MLJ 209 Mahkamah
Tinggi telah memutuskan bahawa seorang anak yang dilahir empat bulan selepas
perkahwinan ibunya dengan seorang bernama Mahmud adalah anak sah taraf.
Keputusan itu mengikut seksyen 112 Evidence Enactment akan tetapi jelaslah
keputusan itu berlawanan dengan undang-undang
Islam. Hakim di dalam kes itu berpendapat bahawa di dalam soal kesahtarafan anak
mengenai orang-orang Islam, seksyen 112 Evidence Enactment terpakai dan
menyingkirkan Undang-undang Islam. Sebaliknya jika perkara itu di bawa ke
Mahkamah Syariah Undang-undang Islamlah yang dikenakan. Undang-undang itu
telah baharu-baharu ini disebutkan dengan jelas di dalam Akta dan Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam.
Di dalam kes Nafsiah vs Abdul Majid [ 1969] 2 MLJ 174 dan 175 pihak menuntut
telah menuntut ganti rugi kerana mungkir janji perkahwinan dan ia telah mendakwa
bahawa ganti rugi hendaklah ditambah oleh kerana ia telah dipujuk supaya
mengadakan hubungan jenis dan akibatnya ia telah melahirkan seorang anak. Pihak-
pihak yang terlibat telah dituduh melakukan
kesalahan di Mahkamah Syariah di bawah Seksyen 149 Enakmen
PentadbiranUndang-undang Islam, Melaka, 1959 dan telah dihukum. Pihak menuntut
membawa tuntutannya di Mahkamah Awam. Hakim Sharina memutuskan bahawa
Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa mendengar kes itu dan beliau telah
menerima tuntutan itu dan memberi $1200 sebagai ganti rugi. Hakim Yang Ariff itu
berkata "Saya tidak terdapat apa-apa peruntukan di dalam Enakmen Pentadbiran
Undang-undang Islam, 1959, bahawa Kathi besar mempunyai bidangkuasa ekslusif
di dalam semua perkara berhubung dengan atau yang timbul dari perkahwinan
orang-orang Islam. Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dengan nyata memberi
bidangkuasa kepada Mahkamah di bawah seksyen 24(a) dan 25(1) membicarakan
perkara didalam kes ini, yang mana tidak lain dari tuntutan gantirugi dan
kemungkiran janji perkahwinan. Bertambah pula seksyen 109 Ordinan Mahkamah,
yang tidak dimansuhkan oleh Akta Mahkamah Kehakiman, 1964, dengan terang
memperuntukkan jika terdapat apa-apa perselisihan atau ketidakseimbangan antara
peruntukan-peruntukan Ordinan Mahkamah 1948 itu dengan peruntukan mana-mana
undang-undang bertulis pada tarikh berkuatkuasa Ordinan Mahkamah itu,
peruntukan-peruntukan Ordinan Mahkamah, 1948,itu hendaklah mengatasi
peruntukan lain itu. Sungguhpun benar Enakmen Pentadbiran Undang-Undang
Islam, 1959, tidak
berkuatkuasa pada tarikh berkuatkuasa Ordinan Mahkamah 1948 Mahkamah Tinggi
tidak syak lagi mempunyai bidangkuasa menyelesaikan semua perkara berhubung
dengan hak pihak-pihak yang hadir di hadapannya dan saya tidak terdapat apa-apa
peruntukan di dalam mana-mana undang-undang dan tidak ada undang-undang
yang dirujuk kepada saya, yang menyingkirkan bidangkuasa mahkamah ini."
Rujukan tidak dibuat kepada Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang
Islam, 1959, Melaka, yang membuat peruntukan khas bagi pertunangan orang-orang
Islam. Oleh kerana perkara itu berhubung dengan perkahwinan orang-orang Islam
yang diperuntukkan di dalam Enakmen khusus yang memberi bidangkuasa kepada
Mahkamah Syariah, Mahkamah
Awam hendaklah sebaik-baiknya memutuskan bahawa ia tidak mempunyai
bidangkuasa di dalam perkara itu. Tuntutan mendapat gantirugi kerana mungkirjanji
perkahwinan telah dihapuskan di England dengan adanya Law Reform
(Miscellaneous Provisions) Act, 1970, akan tetapi di Malaysia,Undang-Undang
Inggeris yang lama masih diikuti dan dikenakan juga kepada orang Islam.

Di dalam kes Roberts vs Ummi Kalthom [1966] 1 MLJ 163 Raja Azlan Shah H. (pada
masa itu) telah memutuskan bahawa harta sepencarian ialah perkara undang-
undang adat bukan perkara Undang-undang Islam. Kes itu telah diikuti oleh Salleh
Abas, Hakim Besar, Malaya (pada masa itu) di dalam kes Boto' binte Taha v Jaafar
bin Muhammad [ 1985 ] 2 MLJ 98 dimana beliau berkata bahawa harta sepencarian
bukan bersandar kepada hukumm Islam akan tetapi bersandar kepada adat Melayu
yang diamalkan oleh orang Melayu. Mahkamah Syariah juga mempunyai
bidangkuasa menentukan pembahagian harta sepencarian dan Mahkamah itu
diarahkan mengikut prinsip Hukum Syarak. Usaha tidak dibuat di Mahkamah Sivil
untuk mencari asas harta sepencarian itu yang terdapat dalam Undang-Undang
Islam. Sebaliknya usaha seperti itu telah pun dibuat oleh Mahkainah Syariah,
sebagai contoh di dalam kes Zainuddin lwn Anita [ 1982] 4 J.H. 73 di Wilayah
Persekutuan.
Di dalam perkara harta wakaf terdapat banyak kes-kes yang lama dari Pulau Pinang
dan Singapura yang memutuskan bahawa kesahan wakaf hendaklah diputuskan
mengikut undang-undang Inggeris. Sebagai contoh di dalam kes Re Syed Shaik
Alkaff [1923] 2 M.C. 38 telah diputuskan bahawa peruntukan harta yang dianggap
oleh seorang Islam yang waras sebagai baik dan sah mengikut ugama Islam tidak
semestinya diterima sebagai charitable di dalam pandangan undang-undang Inggeris
dan penggunaan perkataan wakaf atau amur al-khaira tidak semestinya
menunjukkan niat kebajikan am (general charitable intention).
Oleh kerana itu peruntukan untuk membelanjakan baki harta itu untuk amur al-khaira
(perkara kebajikan) di Terim, Mecca dan Medina mengikut budibicara wasi
diputuskan tidak sah. Di dalam kes Re Alsagoffs Trust [1956] MLJ 244 peruntukkan
wang sebagai hadiah kepada orang miskin yang membaca al-Quran di kubur si mati
telah diputuskan tidak sah. Mahkamah Sivil terikat dengan seksyen 101 Akta
Keterangan 1950 yang memperuntukan bahawa wasiat dan suratikatan amanah
hendaklah ditafsirkan mengikut undang-undang Inggeris.
Di dalam kes-kes seperti kes-kes yang disebutkan di atas dengan pindaan kepada
Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan, percanggahan antara Mahkamah Tinggi
dengan Mahkamah Syariah tidak akan timbul lagi kerana perkara-perkara itu hanya
boleh dibawa ke Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi tidak lagi mempunyai
bidangkuasa di dalam perkara-perkara itu. Sungguhpun demikian ada juga terdapat
undang-undang bertulis yang lama yang perlu dipinda untuk mengelakkan apa-apa
keraguan. Antara undang-undang bertulis itu ialah:-

(a) Evidence Act, 150


Seksyen 112 Evidence Act, 1950, mengenai kesahtarafan dan seksyen 100
mengenai tafsiran wasiat hendaklah tidak dikenakan kepada orang-orang Islam.

(b) Guardianship of Infants Act, 1961

Akta itu hendaklah tidak terpakai di mana-mana negeri di mana peruntukan


telah dibuat untuk hak jagaan kanak-kanak bagi orang Islam.

(c) Trustees Act (Act 208)


"Wakaf" hendaklah tidak termasuk di dalam takrif "trust" di bawah Akta ini.

Pindaan kepada Perlembagaan yang disebut itu boleh dikatakan telah memulihkan
taraf Mahkamah Syariah dan ia tidaklah dipandang lebih rendah dari Mahkamah
Sivil. Mahkamah Syariah telah dibebaskan daripada gangguan dari Mahkamah Sivil
dan ia juga perlu dibebas dari kawalan Majlis Agama Islam di tiap-tiap negeri. Di
dalam penyusunan semula hal ehwal
pentadbiran agama Islam di negeri-negeri dibezakan dan diasingkan antarakuasa
majlis AgamaIslam, Mufti dan mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah diadakan
di.tiga peringkat Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan
Mahkamah Rayuan Syariah. Rayuan boleh dibuat dari Mahkamah Rendah Syariah
kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan dari Mahkamah Tinggi Syariah ke Mahkamah
Rayuan Syariah. Di beberapa negeri juga telah diadakan undang-undang berasingan
mengenai acara mal dan acara enayah dan undang-undang keterangan bagi
Mahkamah Syariah. Langkah juga telah diambil untuk
memberi latihan profesional kepada hakim-hakim di Mahkamah Syariah dengan
adanya kursus Diploma Kehakiman Syariah. Setakat ini hakim-hakim yang bertugas
di beberapa negeri telah diberi latihan itu dan telah dicadangkan juga mengadakan
kursus dua tahun untuk siswazah dari Universiti tempatan dan luar negeri untuk
membolehkan mereka menjadi hakim di Mahkamah Syariah. Beberapa undang-
undang lain juga perlu untuk membolehkan Mahkamah Syariah menjalankan kuasa
tambahan yang telah diberi kepada mereka khususnya di dalam pentadbiran harta
pesaka orang-orang Islam, yang dahulunya di bawah ke Mahkamah Sivil. Antara
undang-undang yang perlu ialah undang-undang wasiat, undang-undang
Pentadbiran Harta
Berwasiat dan Tidak Berwasiat dan undang-undang wakaf. Oleh kerana undang-
undang Islam ditadbirkan di Mahkamah Syariah tiap-tiap negeri perlu juga diadakan
undang-undang untuk penyampaian saman dan waran yang dikeluarkan oleh
Mahkamah Syariah sebuah negeri di negeri lain dan juga untuk menguatkuasakan
hukuman yang dibuat termasuk perintah
membayar nafkah di suatu negeri di negeri-negeri lain. Bagi mengemaskan sistem
pendaftaran perkahwinan, perceraian dan rujuk perlu juga diadakan penggunaan
komputer untuk tiap-tiap negeri dan untuk keseluruhan Malaysia bagi pendaftaran
itu. Akhirya diharapkan boleh diadakan Mahkamah Rayuan Syariah untuk seluruh
Malaysia dengan cara rayuan dari Mahkamah Tinggi dibuat kepada Yang di Pertuan
Agung atau Raja di tiap-tiap negeri dan rayuan itu dirujukan kepada Mahkamah
Rayuan Syariah di peringkat Persekutuan yang akan memberi nasihat kepada Ketua
Agama Islam bagi negeri yang berkenaan.
Bidangkuasa Mahkamah Syariah ialah mengenai perkara-perkara yang disebut
dalam perenggan 1 kepada Jadual Kesembilan Senarai 2, Perlembagaan
Persekutuan. Ini ialah Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi
orang yang menganuti agama Islam termasuk Hukum syarak berhubung dengan
mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian,
maskahwin, natkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak,
pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat, wakaf dan ta'rif serta
pentadbiran mengenai amanah dan khairat agama, perlantikan pemegang-
pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama
Islam dan khairat, yayasan amanah khairat dan yayasan khairat yang dijalankan ke
semuanya sekali dalam Negeri, adat istiadat Melayu, Zakat, fitrah dan baitul-mal atau
hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat
sembahyang aw.am untuk orang Islam;
kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang menganut agama Islam
terhadap rukun-rukun Islam kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam
senarai Persekutuan; pertubuhan, organisasi dan prosedur mahkamah-mahkamah
Syari'ah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang
menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk di
dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-
kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan; mengawal
pengembangan i'tikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama
Islam, menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan i'tikad dan adat isti’adat adat
Melayu.
Bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya ke atas orang-orang yang menganut agama
Islam. Oleh kerana itu Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa apabila
mana-mana pihak yang terlibat bukan orang Islam. Umpamanya di dalam kes
hakjagaan anak apabila ibu anak itu bukan orang Islam akan tetapi bapanya seorang
Islam. kes itu boleh dibawa ke Mahkamah Sivil, dan diputuskan di situ. Di dalain Akta
Membaharui Undang-Undang (perkahwinan dan Perceraian) Mahkamah Sivil diberi
kuasa memberi perceraian apabila satu pihak kepada perkahwinan bukan secara
Islam telah menganuti agama Islam dan pihak yang tidak ikut memeluk agama Islam
membuat permohonan kepada mahkamah itu.
Pada masa sekarang bidangkuasa jenayah Mahkamah Syariah ialah sangat
terbatas. Mengikut Perlembagaan Mahkamah Syariah adalah mempunyai
bidangkuasa mengenai kesalahan- salahan setakat yang diberi oleh undang-undang
Persekutuan. Mengikut Muslim Courts (Criminal Jurisdiction) Act, 1965, Mahkamah
Syariah hanya diberi bidangkuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan
penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih $ 1 000/- atau kedua-duanya.
Bidangkuasa itu telah ditambah pada tahun 1984 dengan pindaan kepada Akta itu
dan Mahkamah Syariah diberi bidangkuasa mengenai kesalahan yang boleh
dihukum dengan penjara tidak lebih tiga tahun atau dengan tidak lebih $5000 atau
sebat tidak lebih enam sebat atau gabungan hukuman itu. Bidangkuasa ini masih
rendah dari bidangkuasa Magistret Kelas 1 yang biasanya boleh membicarakan kes
yang boleh dihukum dengan penjara sepuluh tahun dan boleh menjatuhkan
hukuman lima tahun penjara atau denda $10,000 atau sebat dua belas pukulan atau
gabungannya.
Satu lagi pindaan yang dibuat kepada Perlembagaan dengan Akta Perlembagaan
(Pindaan), 1988 ialah kepada Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. Dengan
pindaan itu dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan
oleh Mahkamah Syariah sebutan-sebutan dalam fasal itu mengenai seorang
magistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan-sebutan mengenai
seorang hakim mahkamah Syariah. Oleh kerana itu jika seorang ditangkap bagi
kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Syariah dan ia tidak dilepaskan
orang itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang hakim syariah dengan segera,
sekiranya tiada apa-apa sebab yang berpatutan, tetapi walau bagaimanapun dalam
tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa perjalanan yang perlu) dan
orang itu tidak boleh ditahan selanjutnya dengan tiada kuasa hakim syariah itu.
Sekurang-kurangnya pindaan itu telah menyamakan kuasa hakim mahkamah
Syariah dalam perkara itu dengan
kuasa Magistret.

Baru-baru ini dan selepas pindaan kepada Perkada 121 Perlembagaan itu
ternampak perubahan sikap Mahkamah Sivil. Dalam kes Dalip Kaur lwn Pegawai
Polis, Bukit Mertajam [ 1982 ] 1 MLJ 1; [ 1982] 8 JH 306 perayu telah memohon
deklarasi bahawa anak lelakinya pada masa ia meninggal dunia pada 3 Oktober
1991 bukan seorang Islam dan atau ia telah keluar
daripada ugama Islam dan untuk deklarasi lanjutan bahawa ia berhak mendapat
mayat si mati itu. Si mati telah dilahirkan seorang Sikh dan dididik mengikut ugama
Sikh. Ia telah memeluk ugama Islam pada 1 Jun 1991 di hadapan Kadi Daerah Kulim
dan kemasukannya telah didaftar mengikut seksyen 139 Enakmen Pentadbiran
Agama Islam, 1962, Kedah. Perayu telah berhujjah bahawa selepas simati memeluk
ugama Islam ia telah melalui Deed Poll pada 9 September 1991 menolak ugama
Islam dan kembali kepada amalan kepercayaan Sikh. Juga dihujjahkan bahawa si
mati telah diterima balik ke ugama Sikh oleh seorang padri Sikh dan si mati selalu
hadir sembahyang di kuil Sikh.

Di hujjah juga bahawa si mati terus memakan babi dan tidak berkhatan. Ada
keterangan yang diberi bahawa si mati telah bertunang dengan seorang perempuan
Islam dan perkahwinan mereka telah ditetapkan pada 15 November 1991. Di dalam
perbicaraan di hadapan Mahkamah Tinggi, Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman, Dato'
Abdul Hamid bin Haji Mohamad telah memutuskan bahawa tandatangan di Deed
Poll itu bukan tandatangan si mati dan beliau juga menolak keterangan padri Sikh
dan abang si mati mengenai penerimaan semula si mati ke ugama Sikh dan
kehadirannya di sembahyang di kuil Sikh. Beliau
memutuskan bahawa si mati adalah seorang Islam semasa ia meninggal dunia.
Perayu telah membuat rayuan. Apabila rayuan itu didengar Mahkamah Agung telah
menghantar kes itu balik ke Mahkamah Tinggi supaya Yang Ariff Pesuruhjaya
Kehakiman merujuk beberapa soalan mengenai Hukum Syara' yang timbul kepada
Jawatankuasa Fatwa Kedah. Ini telah dibuat dan selepas mendapat jawapan
daripada Jawatankuasa Fatwa itu Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman telah
mengesahkan pendapat dan keputusannya. Perayu telah membuat rayuan.

Diputuskan (1) Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman berhak menerima jawapan-


jawapan dari Jawatankuasa Fatwa kepada soalan-soalan yang dikemukakan kepada
mereka dan yang mana telah dipersetujui oleh semua pihak. Jawatankuasa Fatwa
berpendapat bahawa si mati adalah seorang Islam kerana ia telah disabit ke
Islamannya dengan ia mengucap dua kalimah
syahadah di hadapan Kadi seperti yang tercatat di dalam surat ikrar orang yang
masuk Islam dan berkekalan Islamanya kerana tidak ada hukuman dari mana-mana
Mahkamah Syariah Negeri Kedah vang mensabitkan ia terkeluar daripada Islam.
(2) Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman telah menimbang semua keterangan di
hadapannya dan telah membuat beberapa pendapatnya yang teguh dan yang tidak
boleh dikatakan berlawanan dengan tekanan beratnya keterangan. Mahkamah
Rayuan tidak seharusnya menganggu pendapat-pendapat fakta hakim yang
membicarakan kes itu yang tekah melihat dan mendengar saksi-saksi dan membuat
taksiran mengenai kebolehpercayaan dan kesan keterangan yang diberi. Beliau telah
tidak menyalaharah diri di dalam perkara undang-undang atau fakta.

Dalam keputusannya Mohamed Yusuf HMA Mohamed yang menyokong keputusan


Hashim Yeop Sani Hakim Besar telah berkata -

"Adalah jelas daripada kenyataan penghakiman yang dibuat oleh Yang Ariff
Pesuruhjaya Kehakiman bahawa keputusan mengenai persoalan sama ada
seseorang itu masih beragama Islam atau telah keluar daripada ugama Islam
sebelum mati, ialah persoalan yang melibatkan Hukum Syarak yang memerlukan
penelitian serius dalam pentakrifan yang betul mengenai Hukum Syarak itu. Tanpa
nas yang sah untuk menyokong hujah-hujah itu, adalah tidak mencukupi untuk
mengatakan bahawa sama ada masih wujud pra-syarat sebelum seseorang itu
menjadi Islam atau sekiranya si mati telah dibuktikan telah bersembahyang di kuil
Sikh, maka ia sudah semestinyalah seorang murtad.
Dalam persoalan dalam kes ini, pada pandangan saya, tidak boleh ditentukan
melalui penggunaan fakta secara mudah sebagaimana yang dibuat oleh Yang Ariff
Pesuruhjaya Kehakiman semata-mata atas alasan kesahihan dan keberkaitan bukti
mengikut undang-undang sivil. Isu yang sebegitu serius, pada pandangan saya,
berkehendakkan perhatian oleh juru pakar yang berilmu dan berkelayakan dalam
Hukum Syara'.

Melihat kepada keadaan ini, maka adalah mustahak supaya pemutusan persoalan
yang menjadi isu dalam kes ini berkehendakkan perhatian yang mendalam
mengenai Hukum Syarak oleh pakar-pakar yang terlatih dan berkelayakan berbuat
demikian. Forum yang layak untuk berbuat demikian ialah Mahkamah Syariah."
Dalam kes Mohamed Habibullah lwn Faridah [ 1992] 2 MLJ 793; 1992] 9 JH 23
responded yang telah berkahwin dengan perayu telah memohon pembubaran
perkahwinan di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur. Oleh kerana kes itu lambat
diselesaikan dan untuk mengelak gangguan dari suaminya, dia telah memfailkan
guaman di Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala
Lumpur terhadap supaya menuntut gantirugi dan injunksi oleh kerana perbuatan
serangan dan serangsentuh oleh suaminya. Telah dihujjahkan oleh peguam bagi
pihak suami bahawa Mahkamah Tinggi Sivil telah mempunyai bidangkuasa
mendengar tuntutan itu atau mengeluarkan injunksi oleh kerana kedua-dua pihak
adalah orang Islam dan presiding itu berhubung dengan undang-undang keluarga.

Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan dia mempunyai bidangkuasa


mendengar kes itu. Perayu telah membuat rayuan. Mahkamah Rayuan telah
membenarkan rayuan itu. Harun Hashim H.M.A. dalam keputusan telah berkata
tujuan Parlimen dengan mengadakan perkara 121 (1 A) Perlembagaaan ialah
menyingkir bidangkuasa Mahkamah Tinggi Sivil mengenai apa-apa perkara yang
dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Oleh kerana itu apabila ada cabaran
kepada bidangkuasa, pendekatan yang betul ialah melalui sama ada Mahkamah
Syariah mempunyai bidangkuasa dan bukan sama ada badan perundangan negeri
mempunyai kuasa memperbuat undang-undang itu yang memberi bidangkuasa
kepada Mahkamah Syariah. Pihak-pihak dalam kes itu adalah orang Islam, mereka
adalah suami dan isteri dan tuduhan serangan dan serang-sentuh itu dibuat di dalam
masa perkahwinan. Perbuatan-perbuatan yang diadu itu termasuk di bawah seksyen
127 Akta Undang-undang Keluarga Islam, 1984, dan Mahkamah Syariah mempunyai
kuasa mengeluarkan injunksi di bawah seksyen 107 Akta itu. Tidak syaklah
Mahkamah Syariah telah diberi bidangkuasa mengenai perkara yang dibawa di
hadapan Mahkamah Tinggi di dalam kes itu. Akta Mahkamah Kehakiman 1964
termasuk Seksyen 4 dalamnya tidak boleh dikatakan Akta atau peruntukan berkanun
menyentuh Perlembagaan kerana ia adalah undang-undang biasa yang dibuat di
bawah Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan akan tetapi dibuat cara biasa
sahaja. Oleh kerana itu ia tidak boleh mengatasi peruntukan-peruntukan
Perlembagaan itu sebagai dipinda dari masa ke semasa.
Walaupun pada satu ketika responden telah membuat suratakuan dia telah keluar
dari agama Islam, temampak dari keterangan yang diberi bahawa dua-dua pihak
adalah orang Islam apabila kes itu dibicarakan oleh Mahkainah Tinggi Sivil.
Walaubagaimanapun untuk memutuskan sama ada seorang Islam telah murtad,
mahkamah yang layak menjawab soalan itu hanyalah Mahkamah Syariah. Atas
fakta-fakta di dalam kes itu Mahkamah Tinggi Sivil tidak mempunyai bidangkuasa
mendengar dan memutuskan tindakan responden untuk mendapat gantirugi bagi
serangan dan serangan sentuh terhadap suaminya dan mendapat injunksi berkaitan
dengan perkara itu. Perintah injunksi sementara telah dibubarkan dan permohonan
untuk membatalkan writ dan penyataan tuntutan telah dibenarkan.
Perlembagaan Persekutuan di Malaysia adalah hasil dari persetujuan yang telah
tercapai antara penduduk-penduduk di Malaysia dari kalangan Melayu, Cina dan
India dan perlembagaan itu telah digubal atas asas persetujuan itu. Perlembagaan
Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontra sosial
dan perjanjian perdamaian.
Memang jalan yang senang ialah mengambil pandangan negatif terhadap
Perlembagaan Persekutuan itu dan berkata bahawa ia tidak mengikut prinsip-prinsip
Islam. Perlembagaan itu digubal oleh suatu Pesuruhjaya Perlembagaan yang
diangaotai oleh pakar-pakar yang bukan rakyat Malaysia dan kebanyakan mereka
bukan orang Islam. Perlembagaan itu tidak membuat
rujukan kepada prinsip-prinsip cara pemerintahan Islam dan ia berpandu kepada apa
yang dikatakan sebagai pemerintahan cara Westminster. Perdana Menteri kita yang
pertama yang kita sangat hormati itu telah menegaskan bahawa Malaya ialah negara
sekular dan pendapat itu telah diterima oleh banyak tokoh politik pada zaman beliau.

Sayangnya cara negatif inilah yang telah ditunjuk dalam keputusan- keputusan
Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Agong
di Malaysia. Dalam kes Che Omar bin Che Soh lwn Pendakwa Raya [1988] 2 MLJ 55
Mahkamah Persekutuan telah
mentafsirkan makna "Islam" dalam Perkara 3 Perlembagaan. Salleh Abas KH dalam
keputusannya telah mengatakan bahawa
tidak syak lagi Islam bukan hanya kumpulan dogma dan upacara ugama sahaja akan
tetapi Islam adalah ad-din, cara hidup
yang lengkap yang merangkumi semua bidang kegiatan manusia, sama ada peribadi
atau umum, perundangan, politik, ekonomi,
sosial, kebudayaan, moral dan keadilan. Cara peraturan hidup ini dengan segala
ajaran dan nilai moralnya adalah berasas
kepada wahyu Ilahi yang disampaikan melalui Rasul-rasul dan yang akhir sekali ialah
terdapat dalam AI-Quran dan Rasul yang
akhir ialah Nabi Muhammad(s.a.w.) dan Sunnah beliau adalah sangat dihormati dan
dipatuhi. Walaubagaimanapun Hakim yang
ariff itu tidak menggunakan makna ini akan tetapi telah merujuk kepada makna yang
diberi oleh penjajah British pada
masa-masa penjajahan dan sebelum Perlembagaan itu diadakan. Dengan pengaruh
British itu dan cara pemerintahan rnereka
yang telah menyekat kuasa Raja-raja, dan menggunakan institusi-institusi
pemerintahan sekular undang-undang Islam telah
disempitkan kepada undang-undang keluarga, perkahwinan, perceraian dan warisan,
dan itu pun dikenakan kepada
orang-orang Islam sahaja. Beliau berkata tidak terdapat peruntukan dalam
Perlembagaan itu yang mengatakan bahawa
mana-mana undang-undang yang berlawanan dengan ajaran Islam adalah terbatal.
Sebaliknya, penggunaan dan pedalanan
undang-undang sekular telah dikekalkan. Sayangnya Hakim

yang ariff itu tidak cuba mentafsirkan peruntukan it'u dari keadaan Perlembagaan itu
yang telah mewujudkan sebuah negara
yang merdeka dan bebas dari pengaruh penjajah dahulu, akan tetapi telah menurut
sahaja tafsiran yang telah terpakai dalam
masa penjajahan itu.

Cara tafsiran yang sama telah dibuat oleh Mahkamah Agong dalam kes Teoh Eng
Kuat lwn Kadhi Pasir Mas dan seorang
lagi [1990] 2 MLJ 301. Dalam kes itu Abdul Hamid KHN, telah merujuk kepada
peruntukan Perkara 3 yang menyebut
bahawa Islam adalah ugama Persekutuan. Walaubagaimanapun untuk mentafsirkan
perkara itu beliau telah mencuba
mentafsirkan apa yang tersebut dalam perkara itu akan tetapi telah merujuk kepada
pendapat Pesuruhjaya Reid dalam
lapurannya yang menyebut sebabnya Pesuruhjaya itu tidak memasukkan peruntukan
itu dalam drafnya. Berikut dari itu Hakim
yang ariff itu telah memutuskan bahawa undang-undang yang harus dikenakan
kepada anak perempuan dalam kes itu yang
berumur 17 tahun 8 bulan ialah undang-undang sivil dan oleh kerana itu dia tidak
berupaya menukar agamanya ke agama Islam
tanpa persetujuan ibubapanya.
Dalam perkara ini terdapat kes In remaria Hertogh [1951] MLJ 164 di mana
Mahkamah rayuan di Singapura telah mengakui
bahawa anak perempuan dalam kes itu telah memeluk agama Islam sungguhpun
umurnya baru 13 tahun.

Cara yang lebih baik ialah dengan memandang kepada Perlembagaan Malaysia itu
secara positif dan menerimanya dan
berusaha melaksanakannya supaya menegakkan prinsip-prinsip kerajaan lslam.
Wujudnya Perlembagaan itu hasil dari
perundingan dan bertolakansur antara kaum-kaum di Malaya dan kemudiannya di
Malaysia. Kita harus menghormati penjanjian
yang dicapai itu yang berasaskan kepada bertimbang rasa dan persahabatan antara
kaum-kaum itu. Di masa yang sama kita
harus mencuba berfikir dan

bertindak secara positif dan menggunakan Perlembagaan itu supaya menegakkan


prinsip-prinsip Kerajaan Islam dan di masa
yang sama mengambil kira kepentingan semua kaum dan bangsa di Malaysia.

Dalam Perlembagaan Malaysia disebutkan "Semua orang adalah sama rata disisi
undang-undang dan berhak mendapat
perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Kecuali sebagaimana
dibenarkan dengan nyata dalam Perlembagaan
tidaklah boleh ada perbezaan terhadap warganegara semata mata oleh sebab
ugama, kaum, keturunan dan tempat lahir, dalam
mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan bagi apa-apa jawatan atau
pekerjaan dibawah sesuatu pihak berkuasa
awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan dengan
memperolehi, memegang atau melepaskan harta
atau berkenaan dengan menubuh atau menjalankan apa-apa tred, pemiagaan,
profesyen, vokesyen atau pekerjaan.
Perlembagaan juga telah memberi kepada Yang di-Pertuan Agong tanggungjawab
dan kuasa memelihara kedudukan istimewa
orang-orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan-
kepentingan sah kaum-kaum lain.

Tiap-tiap orang diberi oleh Perlembagaan Malaysia hak menganuti dan mengamal
ugamanya. Akan tetapi hak mengembangkan
ugamanya boleh dihadkan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa
iktikad atau kepercayaan ugama antara
orang-orang yang menganuti ugama Islam.

Cukai pendapatan dan cukai-cukai lain dikenakan kepada semua orang di Malaysia
akan tetapi zakat dan fitrah dikutip dari
orang-orang Islam sahaja. Orang-orang bukan Islam boleh menjadi anggota pasukan
tentera atau keselamatan akan tetapi
perkhidmatan dalam Pasukan Askar Melayu dihadkan kepada orang-orang Melayu.

Bolehkah Islam dan undang-undang Islam dan cara hidup Islam dipertahankan di
Malaysia? Sikap positif kepada
Perlembagaan Persekutuan boleh menunjuk kepada kita bahawa semua itu boleh
diwujudkan. Kita harus berterima kasih
kepada pemimpin kita dahulu yang telah berkeras bahawa Perkara 3 hendaklah
diadakan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 3(1) memperuntukan "Islam ialah ugama bagi persekutuan; tetapi ugama-
ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai di mana-mana bahagian Persekutuan."
"Perkara ini memberi tempat yang istimewa kepada Islam. Terpulang? kepada kita
untuk mempastikan bahawa makna yang
sewajarnya diberi kepada perkara itu supaya orang-orang Islam di Malaysia boleh
mengamalkan cara hidup mereka mengikut
ajaran Islam, seperti juga lain-lain kumpulan agama mendakwa dibenarkan mengikut
agama mereka. Kumpulan-kumpulan lain
itu tidak mendakwakan hanya kebebasan mengikut amalan dan upacara agama
mereka. Mereka mendakwa bahawa cara
hidup mereka tidak diganggu dan tidak bersetuju jika undang-undang Islam
dikenakan kepada mereka. Begitu juga,
orang-orang Islam seharusnya mendakwa bahawa mereka berhak di bawah Perkara
3(1) mengikut cara hidup mereka
berasaskan kepada ajaran-ajaran Islam. Jika orang-orang Islam mahu mengikut
undang-undang Islam, dan tidak lagi
undang-undang Common Law Inggeris, mereka seharusnya dibenarkan membuat
demikian.

Kedudukan istimewa Islam boleh dilihat dari bentuk sumpah jawatan bagi Yang di
Pertuan Agong. Sumpah itu ialah cara Islam
dengan menggunakan perkataan-perkataan "Wallahi, Wabillahi dan Watailahi" dan
dengannya Yang di-Pertuan Agong
bersumpah dengan lafaz antara lain "Dan lagi kami berikrar mengaku dengan
sesungguhnya dan dengan sebenamya memelihara
pada setiap masa ugama Islam dan berdiri tetap diatas pemerintahan yang adil dan
aman di dalam negeri."

Satu lagi bukti kedudukan istimewa Islam terdapat dalam Perkara 11, mengenai
kebebasan ugama. Fasal (1) memperuntukan
"Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan,
tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkan
ugamanya", Fasal (4) mernperuntukkan "Undang-Undang Negeri dan mengenai
Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Labuan undang-undang Persekutuan, boleh mengawal dan menyekat
pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan
ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam".

Perkara 12 Fasal (2) pula memperuntukan bahawa adalah sah bagi Persekutuan dan
sesuatu negeri menubuhkan atau
menyenggara institusi-institusi Islam dan mengadakan atau membantu dalam
mengadakan ajaran Islam dan melakukan apa-apa
perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud itu.

Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan dan takrif "Melayu" diberi erti seorang
yang menganuti ugama Islam, lazim
bercakap Bahasa Melayu, dan menurut adat istiadat Melayu dan lahir atau
berdomisil di Persekutuan atau Singapura.

Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu
orang-orang Islam. Yang di Pertuan Agong,
yang mempunyai Kuasa Pemerintah bagi Persekutuan, adalah dipilih dari raja-raja
Melayu dan Oleh kerana itu Yang di Pertuan
Agong juga ada seorang Melayu dan orang Islam. Raja-raja Melayu mempunyai hak
kedaulatan, kuasa dan bidangkuasa akan
tetapi baru-baru ini peruntukan telah diadakan yang membolehkan tindakan diambil
terhadap mana-mana raja kerana apa-apa
perbuatan peribadi beliau yang melanggar undang-undang.

Mungkin boleh dihujjahkan bahawa Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan


menjadikan Perlembagaan itu undang-undang
utama Persekutuan. Seharus kita membaca Perkara 4 itu keseluruhannya dan
dengan cara yang praktikal. Perkara 4(1) itu
memperuntukkan "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan
apa-apa undang-undang yang diluluskan
selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah
terbatal setakat yang berlawanan itu."

Kita perlu berhujjahkan bahawa Perkara 4(1) itu menyentuh tentang undang-undang
bertulis sahaja, iaitu undang-undang yang
diluluskan oleh Badan Perundangan. Perlembagaan adalah undang-undang bertulis
yang utama. Namun demikian ia hanya
menyentuh undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka. Undang-undang
yang diluluskan sebelum Hari Merdeka
tidak terbatal jika ia berlawanan dengan Perlembagaan akan tetapi undang-undang
itu hendaklah diubahsuaikan. Privy Council
dalam satu kes

dari Singapura iaitu Ong Ah Chuan lwn Public Prosecutor [ 1981] 1 MU 64 telah
memutuskan bahawa Perlembagaan itu
sendiri hendaklah ditafsirkan supaya sesuai dengan prinsip common law dan boleh
dibataskan olehnya. Dalam konteks
Malaysia boleh dihujjahkan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak boleh
menyentuh kesahan Hukum Syarak, yang bukan
undang-undang bertulis dan bukan diluluskan selepas Hari Merdeka, sungguhpun
Perlembagaan itu boleh menjejas
perundangan mengenai pentadbiran undang-undang Islam.

Boleh juga dihujjahkan bahawa undang-undang lslam tidak diiktiraf di Malaysia oleh
kerana ia tidak disebut dalam tafsiran
undang-undang di Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah sikap negatif.
Jika sikap positif diambil, seharusnya
dihujjahkan bahawa tafsiran "undang-undang" mengaunakan perkataan "termasuk"
dan ini menunjukkan ia bukan menyeluruh
dan oleh kerana itu ia boleh diperluaskan untuk merangkumi undang-undang Islam.
Walaubagaimanapun "Undang-Undang
Islam" tetap diiktiraf kerana disebut dalam Senarai II jadual Kesembilan
Perlembagaan itu.
Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan boleh dihujjahkan tidakmengikut undang-
undang lslam oleh kerana ia memberi kuasa
bagi mengampun kepada Yang di-Pertuan Agong. Sayugia diingati bahawa dalam
keadaan Malaysia sekarang, kuasa itu boleh
digunakan dalam kes-kes ta'azir sahaja dan Perkara itu tidak memberi kuasa kepada
Yang di-Pertuan Agong memberi
keampunan dalam kes-kes hudud.

Boleh dihujjahkan bahawa struktur kerajaan Cabinet dan sistem demokrasi


berparlimen yang diamalkan di Malaysia tidak
mempunyai asas dari prinsip-prinsip Islam. Akan tetapi Islam tidak menetap cara
tertentu dan detail pemerintahan yang harus
diikuti oleh orang-orang Islam. Sistem yang diikuti di Malaysia boleh diamalkan
mengikut prinsip-prinsip Islam. Adanya sistem
parti dan pemilihan calon-calon oleh parti menunjukkan bahawa calon-calon itu tidak
dengan sendirinya mencalonkan dirinya
akan tetapi mereka dicalonkan oleh parti. Dengan acara ini kita lebih dekat kepada
ajaran Nabi s.a.w. yang telah bersabda
maksudnya-

(a)Demi Allah, sungguh kami tidak menyerahkan kepengurusan atau


pekerjaan dalam pemerintahan kepada
seseorang yang mencintanya atau kepada seseorang yang sangat
menginginkannya." (Naitul authar Jilid 6
m.s. 601)

(b) Janganlah engkau minta menjadi pemimpin, sebab sesungguhnya jika


engkau diberinya tanpa meminta
maka engkau akan dibantu Allah, tetapi jika engkau diberinya kerana
meminta, maka engkau akan
dibebaninya sendiri." (Sama m.s. 602)

Pilihan pemimpin dibenarkan dalam Islam akan tetapi cara detail pilihan itu tidak
ditetapkan.
Sungguhpun tidak disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa prinsip
syura hendaklah diikuti akan tetapi tidak ada
apa yang melarangkan kegunaannya dan boleh dikatakan ia boleh dipakai dalam
Majlis Raja-Raja, Kabinet dan Parlimen.

Kedaulatan undang-undang diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan dan


terpulanglah kepada kita menghujjahkan bahawa
dalam Islam kedaulatan undang-undang itu hendaklah dikenakan sepenuhnya oleh
kerana Shariah Islam adalah bebas dari
pengaruh dan tidak boleh dipinda oleh badan pemerintah, perundangan atau
kehakiman.

Kebebasan kehakiman diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan


terpulanglah kepada kita mempastikan ia wujud
dan dan dilaksanakan. Undang-Undang Islam belum lagi dilaksanakan sepenuhnya
di Malaysia, akan tetapi kita boleh berusaha
mempastikan bahawa undang-undang Islam yang dapat dilaksanakan itu
dilaksanakan dengan baik dan adil. Perlembagaan itu
telah dipinda supaya membebaskan Mahkamah Syariah dari pengaruh Mahkamah
Sivil dan Perkara 121 (IA) memperuntukan
bahawa Mahkamah Tinggi Sivil dan mahkamah-mahkamah dibawahnya tidaklah
boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan
dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Mahkamah
Syariah juga telah diasingkan dari Majlis Agama
Islam dan ia disusun dalam tiga peringkat, Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah
Tinggi Syariah dan mahkamah Rayuan
Syariah. Usaha telah diambil untuk meningkat pentadbiran undang-undang Islam di
Mahkamah Syariah, menambah kemudahan
dan kakitangannya dan memberi latihan kepada hakim, pendakwa dan lain-lain
pegawai mahkamah dan juga meningkat
kedudukan dan taraf mereka. Cadangan yang terbaru ialah menukar taraf
Mahkamah Syariah supaya ia menjadi Mahkamah
Persekutuan dan dengan itu dapat diberi kedudukan yang setanding dengan
Mahkamah-mahkamah Sivil.

Sayangnya masih terdapat banyak undang-undang di Malaysia, yang bercanggah


dengan undang-undang Islam, yang diluluskan
dari zaman penjajah, akan tetapi usaha boleh diambil untuk meminda undang-
undang itu supaya dia selaras atau tidak
bertentangan dengan undang-undang Islam. Mungkin ini telah dimudahkan kerana
kita dapati undang-undang di England pun
telah banyak diperbaharui supaya lebih dekat kepada undang-undang Islam.

Apa yang telah disarankan dalam kertas kerja ini ialah sungguhpun Perlembagaan
Persekutuan itu tidak digubal sebagai
Perlembagaan Negara Islam dia boleh dipakai dan dilaksanakan supaya ia sesuai
atau sekurang-kurangnya tidak bercanggah
dengan ajaran Islam. Perlembagaan Persekutuan itu ialah ciptaan manusia dan dia
tidak bebas dari kekurangan dan kesilapan.
Ada cara memindanya. Jika orang lslan ingin Perlembagaan itu dijadikan lebih dekat
dengan Islam, mereka harus mengikhtiar
supaya mereka mempunyai kuasa memindanya, iaitu dengan mendaftar diri sebagai
pemilih dan memilih wakil-wakil rakyat
yang boleh ada majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara
supaya pindaan itu dapat diterima. Inilah
perlunya kita sepakat supaya kita boleh mencapaikan hasrat bangsa, agama dan
negara kita.