You are on page 1of 25

Mohd Nameri b.

Hamzah
MPTAR

PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2)

Latihan m/s : 16
Kemukakan dalil-dalil daripada Al Quran atau Al Hadith yang menjadi Nas kepada Kaedah
Talaqqi-Musyafahah , Tasmi’, Takrir & Tadarus

 Dalil Kaedah Talaqqi-Musyafahah

ً‫َوقُرْءَانًا فَ َرقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النّاسِ عَلَى مُ ْكثٍ وَنَ ّزلْنَاهُ تَنْزِْيل‬
106 : ‫سورة السراء‬
Maksudnya : “ Dan Al Quran itu Kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau
membacakannya kepada manusia dengan lambat, tenang dan Kami menurunkannya
beransur-ansur.”

18 : ‫سورة القيامة‬ ُ‫فَإِذَا قَرَأْنَا ُه فَاتِّب ْع قُرْءَانَه‬


Maksudnya : “ Oleh itu apabila kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu
dengan perantaraan Jibril) maka bacalah menurut bacaannya itu.”

‫ إِنّ الَ أَمَرَنِيْ أَنْ َأقْرَأَ عَلَيْكَ القرآن‬: ّ‫قَالَ ِلُبَي‬ ِ‫]عَنْ أَنَسِ ْبنِ مَالِكٍ أَنّ رَ ُسوْ َل ال‬

[ ‫ك قَا َل الُ َسمّاكَ لِيْ فَجَعَلَ أُبَي يَبْكِي‬


َ َ‫ آلُ َسمّانِيْ ل‬: ‫قَالَ أُبَي‬

‫َروَا ُه الُبخَارِي‬
Maksudnya : Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkata
kepada Ubay : “ Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan Al Quran padamu” Ubay
berkata : Adakah Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu?. Jawab Nabi: “Allah
telah memilih dan menamakan kamu disisiku ” Maka Ubay pun menangis.

1
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

ّ‫ مِنْ عَْب ِد الِ بْنِ َمسْ ُعوْد وَسَالِمٍ وَمُعَاذِ وَأُبَي‬: ٍ‫ ُخذُوْا القُرْآنَ ِمنْ َأرْبَعَة‬: ّ‫]قال النّبِي‬

[ ٍ‫بْنِ كَ ْعب‬

‫َروَا ُه الُبخَارِي‬
Maksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w : “Ambillah (pelajarilah) Al Quran daripada empat
orang iaitu cAbdullah Bin Mascud , Salim , Mucaz dan Ubay Bin Kacab”

 Dalil Kaedah Tasmi’

ُ‫ ِاقْرَأْ عَلَيّ القُرْآ َن قُلْت‬: ّ‫ قَالَ لِ يْ النّبِي‬: َ‫]عن عَْب ِد الِ بْ نِ مَسْ ُعوْد رَضِ َى الُ عَنْ ُه قَال‬

َ‫ إِنّي أُ ِحبّ أَ نْ أَ ْسمَعَهُ ِم نْ غَيْرِي فافتتح تُ ُس ْورَة‬: َ‫ آقْ َرأُ عَلَْي كَ وَعَلَْي كَ أُنْ ِزلَ ؟ قَال‬:

ِ‫شهِْيدٍ َوجِئْنَا بِكَك عَلَى َه ُؤلَء‬


َ ‫ " فَكَيْفَكِإذَا جِئْنَا مِن ْك كُلّ أُمّةٍ ِب‬: ‫النّسكَاءِ فََلمّاك بَلَغَت ْك‬

[ِ‫ك فَالتَ َفتّ ِإلَيْ ِه فَإِذَا عَيْنَاهُ َتذْ ِرفَان‬


َ ُ‫ َحسْب‬: َ‫َشهِْيدًا " قَال‬

‫َروَاهُ الُبخَارِي‬
Maksudnya : Daripada cAbdullah Bin Mascud katanya : Rasulullah s.a.w telah berkata
kepadaku : “ Bacalah Al Quran kepadaku” Aku berkata : Adakah aku perlu membaca
kepada kamu sedangkan Al Quran itu diturunkan kepadamu. Jawab Nabi :
“Sesungguhnya aku suka mendengar bacaan daripada orang lain” Maka aku membuka

surah Al Nisa’ ,tatkala sampai kepada ayat : " ‫ش ِهيْدًا‬


َ ِ‫ش ِهْيدٍ وَ ِجْئنَا بِ كَ َعلَى َهؤُ َلء‬
َ ِ‫" فَ َكْي فَ ِإذَا ِجْئنَا مِ ْن ُكلّ أُ ّمةٍ ب‬
Nabi berkata : “Cukup!” Maka aku berpaling kepadanya dan mengalir airmata dari kedua-
dua matanya

2
‫‪Mohd Nameri b. Hamzah‬‬
‫‪MPTAR‬‬

‫القُرْآ نَ كُلّ عَا مٍ مَرّةً فَعَرَ ضَ عَلَْي ِه‬ ‫]عَ نْ أَبِ يْ هُرَيْ َر َة قَالَ ‪ :‬كَا نَ يَعْرِ ضُ َعلَى النّبِيّ‬
‫مَرّتَيْ نِ فِ ْي العَا مِ اّلذِي قُبِ ضَ فِيْ هِ َوكَا نَ يَعْتَكِ فُ كُلّ عَا مٍ َعشْرًا فَاعْتَكَ فَ ِعشْرِيْ نَ فِ يْ‬
‫ض فِيْهِ[‬
‫العَامِ اّلذِي قُبِ َ‬
‫َروَا ُه الُبخَارِي‬
‫‪Maksudnya : Daripada Abi Hurairah berkata : Rasulullah s.a.w dibentangi ( dibaca) Al‬‬
‫‪Quran satu kali pada tiap-tiap tahun, dan pada tahun beliau s.a.w wafat beliau dibentangi‬‬
‫‪Al quran sebanyak dua kali .Beliau beriktikaf di sepuluh terakhir pada tiap-tiap tahun di‬‬
‫‪bulan Ramadhan dan beriktikaf dua puluh terakhir pada tahun beliau diwafatkan.‬‬

‫‪ Dalil Kaedah Takrir‬‬

‫مِ َن الوَحْ يِ ال ّرؤْيَا‬ ‫]عَ نْ عَاِئشَةَ أُمّ ا ُلؤْمِنِيْ نَ أَّنهَا قَالَ تْ َأوّلُ مَا ُبدِىءَ بِ ِه رَ ُسوْلُ الِ‬

‫ال صّالِحَ ُة فِ ْي الّنوْ ِم فَكَا نَ لَ يَرَى رُؤْيًا ِإلّ جَا َء تْ مِثْ َل فَلَ قِ ال صّبْحِ ُثمّ حُبّ بَ ِإلَيْ هِ الَلَءُ‬

‫ت العَدَ ِد قَبْلَ أَ نْ يَْنزِ عَ ِإلَى‬


‫َوكَا نَ َيخُْلوْ بِغَارِ حِرَا ٍء فَيََتحَنّ ثُ فِيْ هِ وَ ُه َو التّعَبّدُ اللّيَالِ يْ َذوَا ِ‬

‫أَ ْهلِ هِ وَيَتَ َزوّدُ لِ َذلِ كَ ُثمّ يَرْجِ عُ ِإلَى َخدِْيجَ َة فَيَتَ َزوّدُ ِلمِثِْلهَا حَتّى جَاءَ هِ الَقّ وَ ُه َو فِ يْ غَارِ‬

‫ك فَقَالَ اِقْرَأْ قَالَ مَا أَنَا بِقَا ِرئٍ قَا َل فَأَ َخذَنِ يْ فَغَطّنِ يْ حَتّ ى َبلَ غَ مِنّ ي‬
‫حِرَا ٍء َفجَا َء هُ ا َللَ ُ‬

‫ل ْهدُ ُثمّ َأرْ سَلَنِيْ فَقَالَ اِقْرَأْ قُلْ تُ مَا أَنَا بِقَا ِرئٍ فََأ َخذَنِ يْ فَغَطّنِ ْي الثّانِيَةَ حَتّى بَلَ غَ مِنّي‬
‫اَ‬

‫ل ْهدُ ثُمّ َأرْ سَلَنِيْ فَقَالَ اِقْرَأْ فَقُلْ تُ مَا أَنَا بِقَا ِرئٍ فَأَ َخذَنِ ْي فَغَطّنِ يْ الثّالِثَةَ ثُمّ َأرْ سَلَنِيْ‬
‫اَ‬

‫فَقَالَ اِقْرَأْ بِا ْس ِم رَبّكَ اّلذِيْ َخلَقَ خََل َق الِنْسَانَ مِنْ عََلقٍ ِاقْرَأْ َورَبّكَ ا َلكْرَمُ‪ ...‬إل آخر‬

‫الديث[‬

‫‪3‬‬
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

‫َروَا ُه الُبخَارِي‬
Maksudnya : Daripada Aishah Ummul Mu’minin r.a katanya : “Wahyu yang mula-mula
turun kepada Rasulullah s.a.w ialah berupa mimpi baik waktu beliau tidur.Biasanya mimpi
itu terlihat jelas oleh beliau seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik
hendak mengasingkan diri ke Gua Hira’ . Disitu beliau beribadat beberapa malam tidak
pulang kerumah isterinya. Untuk itu beliau membawa bekalan secukupnya . Setelah
bekalan habis beliau kembali kepada Khadijah untuk mengambil lagi bekalan
secukupnya. Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira’ hingga ke suatu ketika dating
kepadanya al Haq (kebenaran atau wahyu) iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua
Hira’ tersebut.malaikat dating kepadanya lalu katanya : “Bacalah!” Jawab Nabi : “Aku tidak
pandai membaca” . Kata Nabi selanjutnya menceritakan “Aku ditarik dan dipeluknya
sehingga aku merasa payah dan sukar” .Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya
pula membaca : “ Bacalah!” katanya .Jawabku : “Aku tidak pandai membaca” Aku ditarik
dan dipeluknya pula sampai aku merasa payah dan sukar.Kemudian aku dilepaskannya
dan disuruhnya pula membaca : “ Bacalah!” katanya .Jawabku : “Aku tidak pandai
membaca” Aku ditarik dan dipeluknya untuk kali ketiga kemudian dilepaskannya seraya
berkata :

ُ‫ك ا َلكْرَم‬
َ ّ‫اِقْرَأْ بِا ْسمِ رَبّكَ اّل ِذيْ خَلَقَ خََل َق الِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ ِاقْرَأْ َورَب‬

 Dalil Tadarus

َ‫س قَالَ كَا َن رَ ُسوْلُ ال َأ ْجوَدَ النّا سِ َوكَا نَ َأ ْجوَدُ مَا يَ ُكوْ نُ فِ يْ رَ َمضَا ن‬ ٍ ‫] عَ نْ ابْ نِ عَبّا‬
ِ‫حِْينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ وَكَانَ يَلْقَا ُه فِيْ كُلّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَُيدَارِسُهُ القُرْآ َن فَلَرَ ُس ْو ُل ال‬
[ِ‫َأ ْجوَدُ بِالَيْرِ ِمنَ الرّْيحِ الُرْسََلة‬
‫َروَا ُه الُبخَارِي‬
Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas r.a katanya : “Rasulullah s.a.w adalah seorang yang
amat pemurah dan terlebih pemurah ketika bulan Ramadhan iaitu ketika Jibril datang
menemuinya .Kebiasannya Jibril datang menemui Nabi pada tiap-tiap malam dalam bulan
Ramadhan dan kedua-duanya bertadarus Al Quran.Sesungguhnya Rasulullah lebih
bersifat pemurah daripada murahnya hembusan angin.”

4
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

5
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

Latihan m/s : 25
1) Anda dikehendaki membuat pengurusan grafik banding beza antara Model 6 Bulan Khatam Al Quran dengan Model Tasmi’ Khatam
Al Quran.

PERBEZAAN

MODEL 6 BULAN MODEL TASMI’

Tumpuan kepada penguasaan bacaan Al Quran untuk Tumpuan kepada bimbingan & rekod perkembangan
tahun 1 dan aspek khatam Al Quran untuk tahun 2 – 6 bacaan Al Quran murid secara individu

Tempohnya hanyalah pada 6 bulan pertama bagi setiap


Dibimbing secara berterusan
tahun (Jan-Jun)

Dilaksanakan dalam jadual waktu persekolahan Dilakukan diluar waktu persekolahan

Proses P&P dijalankan secara individu menggunakan Menggunakan kaedah tasmi’ & seterusnya pencapaian
kaedah talaqqi dan musyafahah murid dinilai.

Dikendalikan oleh GPI & 3 orang guru j QAF dalam satu Pembimbing terdiri dari guru j QAF .Akan tetapi pihak
masa sekolah boleh melantik GPI atau guru akademik lain

Pembelajaran untuk tahun 1 dimulai dengan bacaan Pembelajaran untuk tahun 1 dimulai dengan bacaan
Iqra’ (6 bulan pertama) juzu’ 1

Penilaian bacaan Iqra’ direkodkan pada setiap bulan. 6 Pencapaian bacaan murid direkod dan dinilai sekurang-
kurangnya sekali seminggu
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

2) Tuliskan pengalaman anda semasa mengaplikasikan kedua-dua model diatas


dengan menjelaskan permasalahan yang dihadapi serta cadangan
penyelesaiannya

Permasalahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)


Terdapat banyak permasalahan yang dihadapi oleh saya ketika melaksanakan kedua-dua
model tersebut. Antara permasalahan tersebut ialah :
• Model 6 Bulan Khatam Al-Quran.
1. Bilangan murid ramai dalam satu kumpulan.
Cara penyelesaian :
Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dan diajar serentak mengikut
tahap penguasaan murid. Murid yang mempunyai tahap yang tinggi
dikehendaki mengajar murid tahap yang rendah atau dikenali sebagai
pembimbing rakan al-Quran.

2. Kawalan murid semasa sesi pembelajaran.


Cara penyelesaian :
Ketika sesi murid membaca al-Quran di hadapan guru, murid-murid yang lain
dikehendaki menulis latihan dalam buku latihan.

• Model Tasmik
1. Bilangan guru pembimbing tidak mencukupi.
Cara penyelesaian :
Guru Besar telah menawarkan kepada guru-guru akademik yang lain untuk
menjadi guru pembimbing.

2. Buku Iqra’ tidak mencukupi.


Cara penyelesaian :
Sekolah telah menfotostatkan buku iqra’ dan dibekalkan kepada murid.

7
‫‪Mohd Nameri b. Hamzah‬‬
‫‪MPTAR‬‬

‫‪Latihan m/s : 28‬‬


‫‪Hasilkan grafik yang menggambarkan sanad Imam cAsim riwayat Hafs torik Syatibi‬‬

‫رسول ال‬

‫زيد بن ثابت‬ ‫علي بن أب طالب‬ ‫عبد ال بن مسعود‬ ‫عثمان بن عفان‬ ‫أب بن كعب‬

‫عبد الرحن السلمى‬ ‫عبد الرحن السلمى‬ ‫عبد الرحن السلمى‬ ‫عبد الرحن السلمى‬ ‫عبد الرحن السلمى‬

‫زر بن حبيش السدي‬ ‫زر بن حبيش السدي‬ ‫زر بن حبيش السدي‬

‫أبو عمرو الشيبان‬

‫عاصم بن أب النجود السدى‬

‫حفص بن سليمان بن الغية‬ ‫شعبة‬

‫‪8‬‬
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

Latihan m/s : 32
Catatkan pendapat-pendapat ahli tafsir ketika mentafsirkan perkataan tartil pada ayat 4

surah al Muzzamil ( ً‫وَ َرتّ ِل القُرْآنَ تَ ْرِتيْل‬ )

o Mujahid Bin Jabar Al Makkiy ( ‫الكى‬ ‫) ماهد بن جب‬


Diriwayatkan daripada Ibn Juraij daripada Mujahid Bin Jabar Al Makkiy bahawa beliau
telah menafsirkan ayat 4 surah al Muzammil : “ Mengelokkan / berlembut-lembut dalam
bacaan”

o Al Dhahak ( ‫) الضحاك‬

Diriwayatkan daripada Jabir daripada Al Dhahak katanya : “ Menjelaskan bacaan huruf


demi huruf ”

o Ibnu Abbas ( ‫عباس‬ ‫) ابن‬


“ Menjelaskan bacaan dengan sejelas-jelasnya ”

o Tafsir Al Qurtuby ( ‫تفسي‬ ‫)القرطب‬


“ Jangan bergopoh-gapah ketika membaca Al Quran bahkan bacalah dengan perlahan-
lahan dan jelas disamping taddabur (meneliti) maknanya ”.
Diriwayatkan daripada Al Hasan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melintasi
dan mendengar bacaan seorang lelaki yang membaca ayat Al Quran sambil menangis .
Maka sabda Rasulullah : “ Adalah kamu semua mendengar kepada firman Allah taala

yang berbunyi : ( ً‫ ? ) وَ َرّتلِ ال ُقرْآنَ تَ ْرِتْيل‬Maka inilah (yang dinamakan) Tartil.

o Tafsir Ibnu Kathir ( ‫كثي‬ ‫) تفسي ابن‬


“ Bacalah Al-Quran dengan bacaan yang lembut dan perlahan supaya mudah ke atas
kamu untuk memahami Al-Quran dan tadabbur (meneliti) maknanya”.

9
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

o Tafsir Al Khazin ( ‫الازن‬ ‫) تفسي‬


“Tatkala Allah taala memerintahkan kamu dengan solat pada waktu malam ,
disertakannya dengan membaca Al Quran secara tartil sehingga dapatlah orang yang
bersembahyang itu hadir (khusyu’) dalam hati mereka , berfikir dan meneliliti pada
hakikat ayat dan maksud-maksudnya .Apabila sampai kepada ayat untuk mengingati
Allah ,hatinya dapat merasakan keagungan Allah dan apabila sampai kepada ayat-ayat
untuk balasan baik dan buruk terhasil pengharapan dan perasaan takut. Manakala tatkala
sampai kepada ayat kisah-kisah dan perumpamaan terhasillah pengi’tibaran.Maka akan
tersinarlah hatinya dengan cahaya makrifatullah . Adapun dengan membaca secara laju
akan menunjukkan (si pembaca) tidak tadabbur kepada makna ayat-ayat dan inilah yang
dimaksudkan dengan perkataan tartil itu.”

o Tafsir Al Nasafi ( ‫النسفي‬ ‫) تفسي‬


“ Menjelaskan dan menghuraikan bacaan dengan sejelas-jelasnya ataupun membaca
dengan tenang dengan menjelaskan satu-satu huruf, menjaga waqaf dan memanjangkan
harakat ” (yang perlu dipanjangkan)

10
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

Latihan m/s : 36
Dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan hikmah hukum ro’ yang boleh dibaca dua
wajah di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

 Hukum ro’ yang boleh dibaca dua wajah bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian :

1) Bahagian Pertama
Ro’ yang boleh dibaca secara tafkhim & tarqiq akan tetapi tarqiq lebih utama. Bahagian
ini dibahagikan kepada 4 jenis :

1.1. Huruf Ro’ yang diwaqafkan dengan sukun dan selepasnya huruf ya’ yang dihazaf
untuk meringankan bacaan .Terdapat hanya dua kalimah didalam Al Quran iaitu :

( ِ‫ ) وَُن ُذر‬yang didahului dengan huruf wau, dan (ِ‫َيسْر‬ ).

Ditarqiqkan pada kedua-duanya ini kerana melihat kepada asal iaitu huruf ya’ yang
dihazaf untuk meringankan bacaan dan dan melihat ketika dibaca wasal bahawa ianya
ditarqiqkan kerana berbaris kasrah maka berlakunya keadaan waqaf sebagaimana
wasal.Adapun ianya dibaca dengan tafkhim bukan kerana melihat kepada asal dan
bacaan wasal , akan tetapi dikira dengan sesuatu yang mendatang iaitu waqaf dengan
sukun bersama-sama dihazafkan huruf ya’.

1.2. Huruf Ro’ yang diwaqafkan dengan sukun dan selepasnya huruf ya’ yang dihazaf
dengan sebab bina’ ( Hazaf huruf illah iaitu ya’).Terdapat hanya satu kalimah sahaja
iaitu :

( ِ‫ ) أَسْر‬sama ada didahului dengan huruf fa’ atau ( ‫ ) أن‬.


Ditarqiqkan pada kedua-duanya ini kerana melihat kepada asal iaitu huruf ya’ yang
dihazaf dengan sebab bina’ dan dan melihat ketika dibaca wasal bahawa ianya
ditarqiqkan kerana berbaris kasrah maka berlakunya keadaan waqaf sebagaimana wasal
.Adapun ianya dibaca dengan tafkhim bukan kerana melihat kepada asal dan bacaan

11
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

wasal , akan tetapi dikira dengan sesuatu yang mendatang iaitu waqaf dengan sukun
bersama-sama dihazafkan huruf ya’.

1.3. Huruf Ro’yang diwaqafkan dengan sukun dan sebelum huruf ro’ itu terdapat huruf
mati daripada huruf isti’la’ dan sebelum huruf mati terdapat huruf yang berbaris
bawah dan jika dalam keadaan wasal berbaris bawah. Terdapat hanya satu tempat
di dalam Al-Quran iaitu:

( ِ‫) القِطْر‬

Ditarqiqkan bacaan ini kerana melihat kepada tarqiqnya ro’ itu apabila dibaca secara
wasal dan dilihat juga kepada kasrah yang ada sebelum huruf sakin daripada huruf isti’la’
(huruf tho’) dengan mengabaikan pandangan terhadap huruf sakin isti’la’ yang berada di
tengah-tengah huruf itu. Adapun ianya dibaca dengan tafkhim kerana dikira dengan
sesuatu yang mendatang iaitu waqaf dan tidak dikira dengan wasal. Dianggap juga huruf
sakin yang berada di antara dua kasrah iaitu huruf tho’ sebagai benteng untuk mencegah
daripada dibaca secara tarqiq. Ini kerana huruf tho’ merupakan salah satu huruf isti’la’
yang kuat.

1.4. Ro’ mati di tengah kalimah selepas huruf yang berbaris bawah asal dan selepasnya
terdapat huruf isti’la’ yang juga berbaris bawah dalam satu kalimah tersebut.
Terdapat hanya satu lafaz di dalam Al-Quran iaitu:

( ٍ‫) فِرْق‬
Ditarqiqkan pada bacaan ini kerana melihat kepada kasrah yang ada sebelumnya dan
bukan melihat kepada huruf isti’la’ yang ada selepasnya dengan sebab huruf isti’la’ itu
berbaris bawah. Baris kasrah menjadikan huruf isti’la’ itu pada martabat yang lemah untuk
ditafkhimkan ro’, maka di sini tarqiq ro’ lebih sesuai. Adapun ianya dibaca dengan tafkhim
kerana melihat kepada huruf isti’la’ selepasnya dan bukan melihat kepada baris kasrah
yang berada sebelumnya dan juga bukan melihat kepada huruf isti’la’ yang berbaris
bawah.

2) Bahagian Kedua
Ro’ yang boleh dibaca secara tafkhim & tarqiq akan tetapi tafkhim lebih utama.
Bahagian ini dibahagikan pula kepada 2 jenis :

12
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

2.1. Ro’ yang diwaqafkan padanya dengan sukun dan sebelum ro’ itu terdapat huruf
isti’la’yang sakin dan sebelum huruf isti’la’ yang sakin itu terdapat huruf yang
berbaris bawah. Huruf ro’ ini jika dalam keadaan wasal ia dibaca dengan baris atas.
Terdapat hanya satu tempat di dalam Al-Quran iaitu:

( َ‫) ِمصْر‬
Ditafkhimkan pada bacaan ini kerana melihat kepada keadaannya ketika wasal yang
mana wajib dibaca dengan tafkhim dengan mengabaikan pandangan terhadap kasrah
yang berada sebelum huruf isti’la’ yang memisahkan diantara kasrah dan huruf ro’.Huruf
ist’la’ ini dikira sebagai benteng untuk mencegah daripada bacaan tarqiq. Adapun ianya
dibaca dengan tarqiq kerana tidak melihat kepada keadaannya ketika wasal, akan tetapi
dikira sesuatu yang mendatang iaitu waqaf dan juga dii’tibarkan kasrah yang wujud
sebelum huruf isti’la’ sebagai penyebab yang mewajibkan bacaan tarqiq tanpa melihat
kepada huruf isti’la’.

2.2. Ro’ yang diwaqafkan padanya dengan sukun dan sebelumnya huruf berbaris fatah
atau dhomah atau sakin yang didahului dengan baris fatah atau dhomah .Huruf ro’
ini dalam keadaan wasal ianya berbaris kasrah.

o Sebelum ro’ berbaris atas ( ِ‫) الَبشَر‬

o Sebelum ro’ berbaris dhommah ( ِ‫) بِالّنذُر‬

o Sebelum ro’ sakin yang didahului dengan baris fatah ( , ِ‫) وَال َفجْرِ وَال َعصْر‬

o Sebelum ro’ sakin yang didahului dengan baris dhommah ( ِ‫) العُسْر‬

Ditafkhimkan pada bacaan ini kerana tidak melihat kepada keadaannya ketika wasal ,
akan tetapi dilihat kepada sukun yang mendatang dan juga dikira tafkhim kerana tidak ada
sebelumnya apa-apa yang membolehkannya dibaca dengan tarqiq. Adapun ianya dibaca
dengan tarqiq kerana melihat kepada keadaannya ketika wasal yang mana ianya wajib

13
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

ditarqiqkan dengan sebab ianya berbaris kasrah..Hukum ketika waqaf ini dii’tibarkan sama
sebagaimana semasa wasal.

14
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR
Hasilkan peta minda yang menggambarkan perbezaan antara idgham-idgham mutamasilain , mutaqaribain , mutajanisain.

MUTAMASILAI MUTAQARIBAI MUTAJANISAIN


N N

 Berlaku diantara dua huruf yang  Berlaku diantara huruf-huruf  Berlaku diantara dua huruf yang
bersamaan dari segi makhraj yang berhampiran dari segi bersamaan dari segi makhraj
dan sifat. makhraj dan sifat. tetapi berlainan sifat.

 Hukum bacaannya Wajib Idgham  Hukum bacaannya Izhar  Hukum bacaannya Izhar
mengikut bacaan Riwayat Hafs mengikut Riwayat Hafs kecuali mengikut bacaan Riwayat Hafs ,
huruf lam dan ro’ wajib kecuali pada enam tempat dari
diidghamkan secara Idgham tiga makhraj wajib dibaca
Kamil tanpa dengung. Idgham.

 Dinamakan juga dengan nama  Dinamakan juga dengan Idgham  Dinamakan juga dengan Idgham
Idgham Al Mutamasilaini Saghir Al Mutaqaribaini Saghir Al Mutajanisaini Saghir

15
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

Latihan m/s : 39
Sediakan penjelasan istilah-istilah yang berkaitan dengan hukum mad berikut :
mad wajib , mad lazim , mad jaiz , mad farq , mad tamkin & mad taczim.

 Mad Wajib Muttasil


Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah yang sama..
Ia dinamakan mad wajib kerana para qurra’ telah bersepakat memadkannya lebih
daripada mad asli iaitu dengan empat, lima atau enam harakat. Ia juga dinamakan mad
muttasil kerana huruf mad bertemu dengan huruf hamzah berangkai dalam satu kalimah

 Mad Jaiz Munfasil


Huruf mad berada di akhir kalimah yang pertama dan huruf hamzah berada diawal
kalimah berikutnya , maka huruf mad bertemu dengan huruf hamzah berasingan(munfasil)
dalam dua kalimah.
Ia juga dinamakan mad jaiz (harus) kerana para Qurra’ berselisih pendapat
mengenai kadar panjang bacaan madnya , diantaranya ada yang membacanya dengan
kadar dua harakat ,ada yang membacanya dengan empat atau lima dan ada yang
membacanya dengan enam harakat. Dinamakan munfasil (berasingan) pula kerana
terpisahnya sebab iaitu huruf hamzah dengan huruf mad dalam dua kalimah.

 Mad Lazim
Selepas huruf mad terdapat huruf bertanda sukun asli wujud dikala bacaan bersambung
atau berhenti bacaan diatasnya , yakni tanda sukun ini sebagai sebab bacaan mad lazim
dalam dua keadaan dan kerana semua qurra’ bersepakat ia lazim (mesti) dibaca dengan
kadar mad enam harakat maka ia dinamakan mad lazim. Mad ini terbahagi kepada dua
iaitu :

o Mad Lazim Kalimi

i) Mad Lazim Kalimi Muthaqqal = Mad lazim yang berlaku dalam satu
kalimah yang bertasydid
ii) Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf = Mad lazim yang berlaku dalam satu
kalimah yang tidak bertasydid

16
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

o Mad Lazim Harfi

i) Mad Lazim Harfi Muthaqqal = Mad lazim yang berlaku dalam satu huruf
yang bertasydid
ii) Mad Lazim Harfi Mukhaffaf = Mad lazim yang berlaku dalam satu huruf
yang tidak bertasydid

 Mad Farq
Mad terdapat pada huruf hamzah istifham (pertanyaan) diawal kalimah pada ketika
pertemuannya dengan huruf hamzah wasal (bersambung) , maka bacaan hamzah
istifham dimadkan dengan kadar enam harakat kerana huruf hamzah wasal (bersambung)
diibdalkan(ditukar) menjadi huruf mad alif dan diikuti dengan huruf lam bertanda sukun.
Dinamakan dengan mad farq (membezakan) kerana membezakan diantara ayat al
istifham (pertanyaan) dan al khabar (pemberitaan).Ianya juga dinamakan dengan nama
Mad Lazim Kalimi.

 Mad Tamkin
Terdapat dua pendapat :
1) Iaitu satu tempoh yang sekejap dalam kadar dua harakat yang wajib dimadkan untuk

menceraikan diantara dua huruf wau (‫ ) و‬seperti (‫ ) ءامنوا و عملوا‬atau dua huruf ya’ ( ‫ي‬

) seperti ( ‫ )فيي يوميين‬kerana bimbang berlakunya idgham atau isqath (gugur) . Ianya juga
dii’tibarkan dengan Mad Tabie1

2) Mad pada huruf ya’ ( ‫ ) ي‬pertama bertasydid serta berbaris bawah yang diikuti dengan

huruf ya’( ‫ ) ي‬kedua sebagai huruf mad , maka bacaannya tetap dengan dua harakat

pada bacaannya bersambung dengan huruf yang berikutnya. Dinamakan dengan mad
tamkin kerana mad ini keluar secara tetap dengan sebab syiddah. 2

 Mad Taczim
Mad pada perkataan ( ‫)ل‬ yang bererti “tidak” ketika pertemuaannya dengan

perkataan (‫ ) إله‬yang terdapat pada kalimah Tauhid. Bagi mereka yang membaca Mad

1
Lihat Al Idhaah fi Usul Qiraah ,hlm 20
2
Lihat Haqqul Tilawah hlm. 136

17
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

Munfasil dengan kadar dua harakat (torik Jazari) , apabila perkataan ( ‫)ل‬ dalam

kalimah Tauhid , ianya dibaca dengan kadar enam harakat.


Ianya juga dinamakan dengan nama mad mubalaghah (berlebihan) kerana
melebihkan penafian Tuhan selain Allah s.a.w.

18
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

Latihan m/s : 40
Senaraikan waqaf-waqaf Jibril yang disepakati yang terdapat didalam Al Quran &
kenapakah ditempat-tempat tersebut kita disunnahkan waqaf.

 Waqaf Jibril 3
Waqaf ini dinamakan dengan nama Waqaf Jibril kerana malaikat Jibril mewaqafkan
bacaan pada tempat-tempat ini dan bacaan waqaf ini telah diikuti oleh Nabi s.a.w. Jadi
oleh kerana itulah ianya disunnahkan waqaf pada tempat-tempat tersebut. Di dalam Al
Quran terdapat sepuluh tempat yang telah disepakati oleh para ulama’ iaitu :

1) Surah Al Baqarah ayat 148


‫ اينما تكونوا‬. ‫فا ستبقو الخيرات‬

2) Surah Ali Imran ayat 95


‫ فاتبعوا ملة ابراهيم‬. ‫قل صدق ال‬

3) Surah Al Maidah ayat 48


‫ الى ال مرجعكم‬. ‫فا ستبقو الخيرات‬

4) Surah Al Maidah ayat 116


‫ ان كنت‬. ‫سبحانك ما يكون لي أت اقول ما ليس لي بحق‬

5) Surah Yusuf ayat 108


‫ على بصيرة انا ومن التبعني‬. ‫قل هذه سبيلي ادعوا الى ال‬

6) Surah Ar Racd ayat 17


‫ الذين اسجابوا لربهم الحسنى‬. ‫كذلك يضرب ال المثال‬

3
Muhammad Bin Shahadah Al Ghul , Bughyatu cIbadi al Rahman Litahqiq Tajwid Al Quran , Dar Ibn Qayyim ,
Al Mamlakah Al cArabiyyah Al Sucudiyyah , 1999M , hlm. 66-67

19
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

7) Surah Al Nahl ayat 5

‫ لكم فيها دفء‬.‫والنعام خلقها‬

8) Surah Al Sajadah ayat 18


‫أفمن كان مؤمنا كمن كان فاسقا ل يستوون‬

9) Surah Yasin ayat 76

10) Surah Al Nazicaat ayat 23


‫ فقال انا ربكم العلى‬.‫ فحشر فنادى‬.‫ثم ادبر يسعى‬

Akan tetapi berlaku perbezaan pendapat bagi sesetengah ulama’ dalam menentukan
waqaf Jibril ini.Sebagai contoh dalam kitab Haqqu Al Tilawah4 terdapat dua ayat yang
berbeza dengan ayat-ayat di atas iaitu :

1) Surah Al Maidah ayat 116 (dengan menggantikan ayat 48 dalam Surah Al Maidah)

‫ل الِ مَرْجِعُ ُكمْ َجمِيْعًا‬


َ ‫َولَكِن لّيَبُْلوَ ُكمْ فِيْمَا ءَاتَا ُكمْ فَاسْتَبِقُوا الَْيرَات * ِإ‬

2) Surah Al Qadr ayat 3-4 (dengan menggantikan ayat 76 dalam Surah Yasin)

‫ح فِْيهَا‬
ُ ‫لَيْلَ ُة القَ ْدرِ خَيْرٌ مِنْ َألْفِ َشهْرٍ * تَنَزّلُ ا َللَكئِكَةُ وَ ال ّر ْو‬
Namun begitu masih banyak lagi perselisihan dan perbezaan yang terdapat dalam kitab-
kitab ilmu Tajwid yang sebahagiannya tidak disebut disini.

4
Husni Shaykh cUsman , Haqqu Al Tilawah , Maktabah Al Manar , Al Urdun , 1990M , hlm. 49

20
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

Latihan m/s : 42
Layari laman web qquran (www.qquran.com)

a) Cari maklumat-maklumat berkaitan dengan nama-nama Qari Mesir yang terkenal

1) Sheikh Muhammad Sidik Al Minshawi

Sheikh Muhammad Sidik Minshawi di lahirkan pada tahun 1920 dan meninggal
dunia pada tahun 1969. Beliau merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik.
Sewaktu hidup beliau memberikan sumbangan yang besar kepada bidang al-Quran.
Beliau telah menghafaz al-Quran ketika berumur 11 tahun dengan Sheikh Muhammad Al-
Namki sebelum beliau belajar berkenaan hukum-hukum bacaan dengan Sheikh
Muhammad Abu Al-cAla dan Sheikh Muhammad Sacudi di Kaherah. Beliau telah
menziarahi beberapa negara Arab dan negara Islam dan beliau sangat dihormati oleh
sebahagian negara-negara tersebut. Beliau telah meninggalkan lebih dari 150 rakaman
bacaan al-Quran dengan stesen radio Republik Arab Mesir dan stesen radio yang lain.
Beliau di ibaratkan dengan pepatah arab yg bermaksud " anak kepada angsa yang
pandai berenang" kerana beliau sebenarnya mewarisi bacaan yang baik dan ilmu al-
Quran daripada ayahnya yang juga seorang yang mahir dalam bidang al-Quran dan
mempunyai sejarah yang tersendiri dalam bidang al-Quran. Beliau merupakan salah
seorang yang sanggup menghabiskan kehidupannya dengan Al Quran dan tidak ada tolok
bandingannya di dalam dunia tilawah Al Quran.

2) Sheikh Mahmud Khalil Al Husairi

Sheikh Mahmud Khalil Al Husairi dilahirkan pada awal bulan Zulhijjah tahun 1330
bersamaan 17 September 1917 di kampung Shoubra An-Namlah ,Thanta di Muhafazah
Gharbiyyah, Mesir . Beliau mula menghafaz al-Quran sejak berusia 8 tahun dan
menerima pendidikan di Al-Azhar. Kemudian beliau banyak meluangkan masa untuk
mempelajari ilmu al-Quran kerana beliau juga mempunyai suara dan bacaan al-Quran
yang baik.Beliau pernah mendapat tempat pertama didalam peperiksaan pemilihan untuk

21
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

bacaan didalam siaran Radio pada tahun 1944 . Disamping itu, beliau pernah menjadi
Qari masjid Al-Ahmadi dan masjid Al-Husaini serta pernah menjadi wakil kepada Qari-Qari
di Mesir.
Beliau di antara orang terawal yang merakamkan bacaan secara tartil riwayat Hafs
daripada 'Asim pada tahun 1961. Kemudian pada tahun 1964 beliau telah merakam
bacaan riwayat Warsh daripada Nafi' dan pada tahun 1968 pula merakam bacaan Qolun
dan Duri dan pada tahun yang sama juga beliau telah merakam bacaan yang dinamakan
al Mushaf al Muallim (mushaf guru) . Beliau juga telah dilantik sebagai ketua bagi
Persatuan Qari-Qari Dunia Islam. Pernah menyampaikan bacaan pada muktamar-
muktamar. Beliau juga banyak menziarahi negara-negara arab , negara-negara Islam Asia
dan negara-negara Afrika serta telah mengislamkan ramai orang.
Beliau juga merupakan orang yang mula-mula menyeru ke arah pembentukan
pertubuhan Qari al-Quran di Mesir dan menjaga kepentingan mereka serta menyediakan
jalan hidup yang baik. Beliau juga menyeru kepentingan penubuhan institut tahfiz al-
Quran di setiap bandar dan kampung dan melakukan kerja-kerja pemantapan masjid-
masjid dan institut-institut untuk tahfiz al-Quran di Kaherah.
Pada akhir hayat beliau, beliau berusaha memantapkan masjid-masjid, maahad-
maahad agama dan sekolah-sekolah tahfiz di tanah kelahirannya. Beliau telah
mewasiatkan 1/3 daripada hartanya untuk ahli-ahli al-Quran dan penghafaz-penghafaz al-
Quran dan derma untuk semua kegiatan yang baik. Beliau wafat pada petang hari Isnin
16 Muharram bersamaan 24 November 1980 .

Antara tulisan beliau :

1. ‫أحكام قراءة القرآن الكري‬

2. ‫القراءات العشر من الشاطبية و الدرة‬

3. ‫البتداء معال الهتداء إل معرفة الوقف و‬

4. ‫الفتح الكبي ف الستعاذة و التكبي‬

5. ‫أحسن الثر ف تاريخ القراء الربعة عشر‬

22
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

6. ‫مع القرآن الكري‬

7. ‫قراءة ورش عن نافع الدن‬

8. ‫قراءة الدورى عن أب عمرو البصري‬

9. ‫نور القلوب ف قراءة المام يعقوب‬

10. ‫السبيل اليسر ف قراءة المام أب جعفر‬

11. ‫حسن السرة ف المع بي الشاطبية و الدرة‬

12. ‫النهج الديد ف علم التجويد‬

13. Dan juga artikel-artikel beliau didalam majalah ‫لواء السلم‬

Sheikh Abdul Basit Muhammad Abdul Samad

Kelahiran & Nasabnya


Beliau dilahirkan pada tahun 1927 di kampung Al Maracizah yang terletak di
bandar Armanat di Muhafazah Qina di selatan Mesir. Beliau dibesarkan di sebuah
kawasan yang penduduknya mementingkan pendidikan tahfiz dan tajwid Al Quran.
Datuknya adalah merupakan seorang yang kuat beribadat dan menitikberatkan hafazan
dan hukum hakam Al Quran. Begitu juga ayahnya yang merupakan seorang ulama’
Tajwid.
Sebahagian adik beradiknya juga merupakan penghafaz Al Quran dengan ini
mendorong beliau menghafaz Al Quran ketika umurnya mencecah 6 tahun. Pada masa itu
juga beliau telah meminta untuk belajar dengan seorang sheikh yang bernama Sheikh Al
Amir di Armanat dan sheikh tersebut telah menerimanya dengan hati yang terbuka kerana
beliau melihat terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kelayakan beliau untuk
berkecimpung dalam bidang Al Quran di samping bakat beliau yang boleh digilap ketika
sheikhnya mendengar beliau membaca Al Quran. Sheikhnya iaitu Sheikh Al Amir
menyatakan bahawa beliau juga mempunyai kepintaran, keistimewaan serta cepat

23
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

menguasai apa yang diajar disebabkan keprihatinan dan kesungguhan yang jitu daripada
beliau dalam mengikuti apa yang diajar oleh sheikhnya. Beliau juga meneliti setiap hukum
hakam di dalam makhraj lafaz-lafaz, waqaf dan ibtida’ di samping kelunakan suaranya
yang sedap didengar. Begitu juga ketika beliau pulang ke rumah, beliau mengalunkan apa
yang dipelajari daripada sheikhnya dengan suara yang merdu sehingga akan berhenti
setiap orang yang mendengarnya.
Sheikh Abdul Basit telah berkata dalam karangannya “ Ketika umurku 10 tahun
aku telah dapat menyempurnakan hafazan Al-Quran yang tercurah ke atas lidahku seperti
sungai yang mengalir dan bapaku adalah seorang pegawai di Kementerian Perhubungan.
Manakala datukku merupakan seorang ulamak maka aku meminta daripada mereka
berdua untuk mempelajari ilmu qiraat dan mereka menyarankanku supaya pergi ke
bandar Tanta di Al-Wajhu Al-Bahri untuk mentalaqqi segala ilmu-ilmu Al-Quran dan Qiraat
di hadapan Sheikh Muhammad Salim, akan tetapi jarak di antara Armanat yang
merupakan salah satu bandar di selatan Mesir dengan Tanta yang merupakan salah satu
bandar di Al Wajhu Al Bahri amatlah jauh. Walaupun demikian, demi memikirkan matlamat
dan masa depanku, aku teruskan juga untuk bermusafir. Sehari sebelum bertolak ke Tanta
aku mendapat tahu Sheikh Muhammad Salim akan datang ke Armanat untuk menetap di
situ sebagai seorang guru Qiraat di sebuah maahad agama di Armanat. Ahli kampung
Armanat telah telah menyambutnya dengan meriah kerana mereka mengetahui
kemampuan beliau dalam bidang Al-Quran dan keilmuan. Takdir seolah-olah telah
menetapkan bahawa sheikh ini datang pada masa yang sesuai. Maka ahli kampung juga
telah menubuhkan satu persatuan Al-Quran di Asfun Al-Mutacinah yang mana di situ
diadakan kelas tahfiz dan diajar ilmu Al-Quran dan Qiraat. Di situlah aku mempelajari
segala ilmu Al-Quran di samping aku menghafaz matan Al-Shatibiyyah yang merupakan
matan khas dalam ilmu qiraat”.
Setelah beliau mencecah umur 12 tahun, beliau memulakan penyebaran dakwah
di setiap bandar-bandar dan kampung-kampung di Muhafazah Qina khususnya di Asfun
Mutacinah dengan bantuan Sheikh Mohammad Salim di setiap tempat yang beliau pergi.
Di penghujung tahun 1951 Sheikh Al Dhiba’ yang merupakan salah seorang gurunya telah
meminta beliau untuk menjadi Qari di siaran Radio akan tetapi beliau ingin
menangguhkannya kerana memikirkan kepada kampung dan ahli keluarganya. Ini kerana
proses rakaman memerlukan jadual yang khusus. Namun begitu Sheikh Al Dhiba’ berjaya
juga merakamkan bacaan beliau ketika sambutan Maulid Sayyidah Zainab. Disinilah
bermulanya kemasyhuran beliau dan rakaman ini telah dikemukakan kepada Lujnah
Penyiaran. Pada tahun 1951 ini juga beliau telah merakamkan bacaannya di Radio dan
seterusnya menjadi salah seorang yang terkenal didalam bidang tilawah Al Quran.

24
Mohd Nameri b. Hamzah
MPTAR

Beliau telah wafat pada hari Rabu, 30 November 1988 setelah sekian lama
mengidap penyakit kencing manis dan hati. Pada hari kematiannya puluhan ribu peminat-
peminatnya, duta-duta yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara mengiringi
jenazahnya dan kewafatannya merupakan satu kehilangan yang besar dalam dunia
tilawah Al-Quran.

b) Pilih satu tokoh Al Quran Mesir yang anda minati & nyatakan sumbangannya
terhadap Al Quran.

Sheikh Mahmud Khalil Al Husairi.

Sumbangannya terhadap Al-Quran :


1. Qari di Masjid Ahmadi dan Masjid Husaini.
2. Orang terawal yang merakamkan bacaan secara tartil riwayat Hafs
daripada 'Asim pada tahun 1961.
3. merakam bacaan riwayat Warsh daripada Nafi' dan pada tahun 1968 pula
merakam bacaan Qolun dan Duri dan pada tahun yang sama juga beliau
telah merakam bacaan yang dinamakan al Mushaf al Muallim (mushaf
guru).
4. Ketua bagi Persatuan Qari-Qari Dunia Islam.
5. Merupakan orang yang mula-mula menyeru ke arah pembentukan
pertubuhan Qari al-Quran di Mesir.
6. Menubuhkan institut tahfiz al-Quran di setiap bandar dan kampung dan
melakukan kerja-kerja pemantapan masjid-masjid dan institut-institut untuk
tahfiz al-Quran di Kaherah.
7. Mewasiatkan 1/3 daripada hartanya untuk ahli-ahli al-Quran dan
penghafaz-penghafaz al-Quran dan menderma untuk semua kegiatan yang
baik.

25

You might also like