You are on page 1of 4

Teknologi maklumat

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication
Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala
aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan
mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah,
menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Komponen Teknologi Maklumat


Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian
untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah
Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Selain daripada itu terdapat juga
tafsiran di mana komponen utama teknologi maklumat ialah
komputer(perisian,maklumat,tatacara,manusia), rangkaian komunikasi
dan tahu-guna( know-how ). Ia boleh digambarkan seperti berikut:
Teknologi
Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem
Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan
maklumat.

Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan


(RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse)
dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan
penyimpanan maklumat.

Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk


Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat
seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti
pelucur web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer)
memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia
merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna
komputer setiap hari. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang
pengkelasannya sila rujuk tajuk Perisian.

Dari segi komersial dan pembangunan sistem, perisian komputer boleh


dibahagian kepada dua iaitu:

• Perisian Bebas / Sumber Terbuka -


Secara amnya, boleh didapati secara
PERCUMA atau dibeli berserta kod
sumber seperti Linux, FreeBSD, dan
OpenOffice.
• Perisian Komersial / Sumber Tertutup -
Secara amnya, lesen menggunakan
perisian perlu dibeli manakala kod
sumber tidak diberikan seperti Microsoft
Windows dan Miscrosoft Office. Namun
begitu , untuk mengimbang kebangkitan
penggunaan perisian sumber terbuka,
syarikat Microsoft telah melancarkan
kempen yang dipanggil kongsi sumber
(share source). Dengan konsep ini,
pengguna komersial dan pihak kerajaan
boleh 'melihat' kod sumber perisian
Miscrosoft. Namun begitu, pengguna
tidak dibenarkan untuk mengguna,
menyunting atau mengubah kod sumber
tersebut. Pengguna juga perlu
menandatangani satu perjanjian untuk
membolehkan mereka melihat kod
sumber tersebut.

Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting


selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan
yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi
di seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan sistem telefon. Ia merupakan
kombinasi beberapa teknologi seperti:

• Protokol / Senibina Telekomunikasi -


TCP/IP, OSI dan SNA, dsb
• Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian -
ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS,
MMS, Bluetooth, dsb
• Teknologi Media Penghantaran - Wayar
tembaga, Gentian Optik, Gelombang
Mikro, Radio dan Satelit
Organisasi
Merupakan tempat dimana teknologi maklumat digunakan, ia
mempengaruhi pengurusan dan pemprosesan maklumat tersebut. Ia
mungkin boleh dilihat dari sudut pentadbiran organisasi yang
membahagikan organisasi kepada tiga bahagian iaitu peringkat operasi,
taktikal dan strategik dimana setiap peringkat memerlukan sistem yang
berbeza seperti rajah dibawah.

Pengguna
Merupakan pengguna teknologi maklumat yang boleh dipecahkan kepada
pengguna yang mengguna dan pengguna yang mentadbir maklumat
tersebut.

Pengguna teknologi maklumat: Pengguna sistem yang tidak mentadbir


sistem tersebut seperti kerani, jururuwang, pengurus, dsb

Pentadbir teknologi maklumat: Juruteknik komputer, pengurus


teknologi maklumat, juru analisa sistem , pengaturcara program , dsb