You are on page 1of 17

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR

Tajuk: Analisis tentang kebudayaan Melayu yang terdapat dalam Drama Televisyen iaitu Yang Terpuji
DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 4 NUR ATIQAH BT NASRUDIN NURLIYANA BT MOHAMAD MAIDIN NUR IYLIA AMALINA BT MOHD ZAINUDDIN : PISMP 7C AMBILAN JANUARI 2010 :PUAN ZAWIAH BT ABDUL SHUKOR

NAMA AHLI

KELAS PENSYARAH

Menceritakan tentang Ahmad Muhammad, yang lebih dikenali sebagai Mamat. Mamat merupakan seorang kanak-kanak yang nakal.Misalnya, dia sering melakukan kegiatan seperti mencuri ayam, buahbuahan, menyakat orang tua dan kanak- kanak dan sebagainya bersama kawan baiknya, Amir. Satu hari, Mamat dan Amir melakukan kekecohan apabila bermain dengan pembesar suara masjid menyebabkan suara nakalnya kedengaran di seluruh kampung. Kegiatannya menyebabkan Pak Imam dan ahli jawatankuasa kampung sangat marah dan mengadu kepada ibu bapa Mamat mengenai perilakunya. Kedatangan Ustaz Mokhtar telah mengubah sikap Mamat dan Amir sehingga akhirnya mereka menyesali perbuatannya.

DRAMA YANG TERPUJI(Zaini Kosnin)

ASPEK BUDAYA YANG TERDAPAT DALAM DRAMA YANG TERPUJI

Sosial
Agama Islam

Politik
Institusi Sosial

Ekonomi
Pekerjaan

Nilai

Agama Keluarga Pendidikan

Pakaian

Bahasa

S
O S I

ASPEK AGAMA
Maksud agama ialah kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur . Dalam drama ini, dapat dilihat budaya orang Islam yang percaya dengan kewujudan Tuhan dan ditunjukkan melalui perbuatan, perlakuan dan niat.
Contohnya Ustaz Mokhtar yang memberikan ceramah berkaitan dengan maksud nama yang baik menurut Islam iaitu Ahmad Muhamad yang bermaksud Yang terpuji berbeza dengan Mamat yang bermaksud mati.

A L

S
O S I

ASPEK BAHASA
Bahasa yang digunakan dalam masyarakat Melayu merupakan bahasa Melayu. Namun, terdapat penggunaan dialek yang berbeza mengikut negeri. Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa dikenali sebagai dialek.

A L

Antara contoh dialek yang boleh dilihat dalam drama Yang Terpuji seperti dialek negeri sembilan iaitu bebenor. .

S
O S I

ASPEK PAKAIAN
Bangsa Melayu juga kaya dengan seni busananya. Baju kurung merupakan salah satu pakaian masyarakat Melayu yang longgar pada lubang lengan, perut, dan dada. Pada mulanya, baju kurung biasa dipakai untuk upacara kebesaran Melayu dan kini dipakai oleh masyarakat biasa.

A L

Dalam drama Yang Terpuji, masyarakat Melayu bagi orang lelaki menggunakan baju Melayu yang dipadankan dengan kain pelikat.

Contoh pakaian mengikut budaya Melayu bagi kaum wanita seperti berbaju kurung. Pemakaian baju kurung dapat dilihat dalam drama Yang Terpuji. Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala

Bagi pakaian orang lelaki pula, menggunakan Baju Melayu iaitu kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang. Dalam drama Yang Terpuji, masyarakat Melayu bagi orang lelaki menggunakan baju Melayu yang dipadankan dengan kain pelikat.

S
O S I

ASPEK NILAI
Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa Islam seperti kebebasan, kebenaran, keadilan, kejujuran, kesetiaan dan cinta kepada negara. Norma hidup positif yang turut diamalkan juga adalah bergotong-royong, bermuafakat dan berkerjasama. Nilai-nilai yang diamalkan ini merupakan panduan pembentukan imej masyarakat

A L

Nilai-nilai tradisi yang telah bertapak dengan kukuh telah menyebabkan terbentuknya sistem nilai yang mencorakkan beberapa kepercayaan, norma, amalan dan tingkahlaku anggota sesuatu masyarakat.

Nilai yang diamalkan dalam drama Yang Terpuji ialah mengadakan aktiviti bergotongroyong

Amalan bergotong-royong mencerminkan nilai kerjasama yang erat dalam masyarakat orang Melayu.

Nilai tradisi ini telah terbentuk dari satu generasi ke satu generasi lain yang meliputi idea, amalan dan pengetahuan.

INSTITUSI SOSIAL

P O L I T I K

Definisi Institusi Sosial adalah sekumpulan orang berkedudukan sosial yang sama dan mempunyai hubungan dan peranan kemasyarakatan. Institusi sosial terbahagi kepada institusi kekeluargaan, institusi agama dan institusi pendidikan. Institusi kekeluargaan dalam drama ini menggambarkan kehidupan ayah, emak dan anak. Lakonan ayah oleh Wan Burn iaitu Zul Yahya memaparkan budaya masyarakat Melayu yang memperlihatkan ayah sebagai ketua keluarga manakala emak lakonan Minah iaitu Aida Aris memperlihatkan seorang emak dan isteri yang taat dan patuh kepada setiap kata suaminya. Budaya masyarakat Melayu yang percaya bahawa anak-anak perlu mentaati setiap perintah ibu bapa dan tidak boleh melawan kerana dikhuatiri dikatakan menderhaka. Ibu bapa berhak menegur dan menghukum anak-anak sekiranya bersalah. Contohnya Mamat yang nakal telah dihukum berendam dalam tempayan sehingga subuh oleh ayahnya.

Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, istana merupakan pusat kegiatan ilmu. Istana dijadikan tempat pertemuan pendakwah Islam. Insitusi ini berubah kepada institusi yang kompleks. Institusi agama melibatkan pengurusan sebuah tempat beribadat iaitu masjid atau surau. Contohnya dalam drama ini memperlihatkan pengurusan masjid oleh Tok Bilal, Tok Imam dan Tok Siak. Tugas Tok Bilal adalah untuk melaungkan azan dan Tok Siak mengemas dan membersihkan surau. Malah budaya orang Melayu selalu bermesyuarat atau musyawarah untuk menyelesaikan masalah dan mengambil tindakan. Contohnya perbincangan untuk meminta Ustaz Mokhtar untuk memberikan ceramah di surau.

Dengan yang demikian, orang Melayu mempunyai ikatan persaudaraan yang kuat disebabkan musyawarah memaknakan adanya tolong-menolong dan bersosial sebagai suatu permuafakatan. Musyawarah juga merupakan sarana dimana rakyat dapat bersama-sama untuk membangun aturan-aturan dasar dalam kehidupannya baik pada nilai dan norma yang bersumberkan hukum adat setempat. Semangat kekitaan dan rasa setiakawan adalah antara aspek yang sangat rapat dengan cara hidup masyarakat dan budaya orang timur. Dalam konteks masyarakat Melayu misalnya, budaya kerja berpasukan telah menjadi identiti dan warisan turun-temurun dalam kehidupan.

P O L I T I K

Pendidikan menurut Islam mempunyai kedudukan yang tinggi. Ini dibuktikan dengan wahyu pertama yang disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW. yang menyuruh baginda membaca. Drama ini memperlihatkan institusi pendidikan iaitu sekolah. Guru Besar sebagai ketua pemimpin tertinggi, diikuti guru-guru dan muridmurid. Dari segi aspek sosial budaya sekolah pula, pelbagai nilai murni dapat dipupuk dalam kalangan murid. Contohnya, guru boleh menerangkan kebaikan jika murid mengamalkan nilai murni tersebut serta kepentingannya melalui sesi moral atau aktiviti kumpulan yang dijalankan. Dengan itu, semua ahli yang terlibat dapat berinteraksi antara satu sama lain dan banyak pengalaman boleh dipelajari. Contohnya Ustaz Mokhtar yang sentiasa menasihat anak-anak muridnya supaya memanggil nama rakan-rakan dengan nama penuh agar makna asal nama tidak berubah. Selain itu, Ustaz Mokhtar mengajar tentang makanan halal dan haram serta kepentingan menjaga hati agar tidak dicemari dengan perbuatan yang kotor

INSTITUSI SOSIAL (PENDIDIKAN)

PEKERJAAN

E K O N O M I

Sebelum datang zaman penjajahan, masyarakat peribumi mengamalkan aktiviti ekonomi tradisi. Kedatangan penjajah Inggeris memperkenalkan sistem ekonomi dualisme iaitu pertanian komersial dan pertanian sara diri. Dalam drama ini, terdapat orang Melayu yang tinggal di kampung, yang menjalankan aktiviti pertanian, iaitu penternakan dan pekerjaan dalam sektor pendidikan, iaitu sebagai seorang guru. Contohnya Ustaz Mokhtar yang merupakan guru sandaran yang menggantikan Cikgu Liza yang sedang cuti bersalin. Di sini dapat dilihat budaya orang Melayu yang menyanjung tinggi pekerjaan guru yang boleh mengubah sikap dan tingkah laku seseorang.

RUJUKAN
Zaid Ahmad, Dr. (2006) Hubungan Etnik Di Malaysia. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.Bhd