You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN MENORA 33000 KUALA KANGSAR PERAK DARUL RIDZUAN.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KE 4 , 2004 Tarikh Hari Masa Tempat : : : : 9 November 2004 Selasa 12.30 Tengahari Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran : 1. Pn. Hajjah Shamshina Bt Khalid 2. En. Ahmad Bin Samsudin ( Guru Kanan Pentadbiran ) 3. En. Mohd Sabri Bin Shaharuddin ( Guru Kanan HEM ) 4. En. Zukhiri Bin Mohd Yusof ( Guru Kanan Ko-Kurikulum ) 5. Tn. Hj. Siran Bin Wahil 6. Pn. Normazua Bt Mat Ali 7. Cik Rodiah Bt Sulaiman 8. Pn. Hanizah Bt Tajul Ariffin 9. Pn. Norimah Bt Hussin 10. Cik Khaireyatulainy Bt Mohammed Abidin 11. Pn. Rohana Bt Abdullah 12. Pn. Zainab Bt Zahari Tidak hadir : 1. En. Pirdaus Bin Ahmad

AGENDA 1. Ucapan pengerusi

PERKARA 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua . Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana sudi menghadiri mesyuarat pada kali ini. 1.2 Beliau turut mengumumkan pencapaian UPSR 2004 adalah meningkatkan sedikit iaitu 40.9 %. 1.3 Mengucapkan tahniah kepada guru B.I di atas peningkatan dalam UPSR dan seorang murid telah mendapat A. 1.4 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Pn. Hanizah kerana kenaikan dalam BM Penulisan . 1.5 Beliau juga turut mengumumkan pencapaian murid dalam UPSR 2004. Pencapaian Matematik meningkat iaitu 68.2 %. Pencapaian sains sedikit menurun iaitu 68.2 %. 1.6 Berharap semua guru dapat berfikir dan berusaha lebih bagi menaikkan peratus kelulusan dan pencapaian murid keseluruhannya dalam UPSR 2005. 1.7 Berharap semua guru menulis aktiviti yang akan di buat semasa bertugas dalam waktu cuti nanti. 1.8 Penerangan mengenai maklumat kurikulum semasa. 1.8.1 Sukatan Pelajaran yang disemak semula. - Perlu diadakan kursus dalaman supaya guru-guru dapat menjalankan pengajaran dengan berkesan. -Dilaksanakan pada tahun 2005 -Berorientasikan 10 kaedah pembelajaran. 1.8.2 Program khas kursus intensif Bahasa Inggeris. - Perlu dilaksanakan untuk murid-murid PPSMI. - System Buddy perlu bantu guru-guru PPSMI dengan mengadakan takwim atau program tetap. - PPSMI perlu diajar sepenuhnya dalam B. Inggeris . 1.8.3 Peperiksaan Akhir Tahun. - Diadakan di akhir tahun ( bulan Oktober ) bagi mengelakkan pembaziran masa dan masalah disiplin. 1.8.4 Perancangan Program Pendidikan dan Takwim Tahun 2005. - Perlu dirancang lebih awal supaya p&p dapat berjalan pada hari pertama persekolahan 2005. 1.8.5 Jumlah waktu pembelajaran setiap mata pelajaran mestilah mengikut akta pendidikan 1996. 1.8.6 Mesyuarat Jawatankuasa kurikulum sekolah. - perlu diadakan 4 kali setahun iaitu dalam bulan Jan, April, Jun & September. - Minit perlu dihantar kepada PPD dan JK Kurikulum Daerah seminggu selepas mesyuarat. 1.8.6 Mata pelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. - Dilaksanakan bagi Tahun 4 , 2005. - 2 waktu seminggu dan 10 jam bagi projek kewarganegaraan di luar waktu pembelajaran. 1.8.7 Jawatankuasa Pelaksanaan PPSMI - Perlu ditubuhkan di peringkat sekolah. - Perlu bincangkan tentang masalah dan tindakan penyelesaian masalah. 1.8.8 Pentaksiran lisan berasaskan sekolah. - Pencapaian dilaporkan dalam sijil UPSR.

TINDAKAN

Makluman Cik Rodiah Pn. Hanizah

Makluman

semua guru

Makluman

Makluman

Makluman

Disediakan oleh, (NORIMAH BT HUSSIN) Setiausaha Kurikulum

Disemak oleh,