You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT RMT & KANTIN KALI KEDUA TAHUN 2005 TARIKH HARI MASA TEMPAT : : : : 27 SEPTEMBER 2005

SELASA 12.00 TENGAH HARI PUSAT SUMBER SEKOLAH :

KEHADIRAN 1) 2) 3) 4) 5) 6)

PN. HJH. SHAMSHINA BT KHALID ( GURU BESAR ) EN. MOHAMAD SABRI B. SHAHARUDDIN ( GK. HEM ) PN. NORIMAH BT HUSSIN TN. HJ. SIRAN BIN WAHIL CIK RODIAH BT SULAIMAN CIK KHAIREYATULAINY BT MOHAMMED ABIDIN :

TIDAK HADIR

1) PN. ZAINAB BT ZAHARI 2) EN. PIRDAUS B. AHMAD BIL. 1. PERKARA Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru . 1.2 Beliau berharap agar semua AJK dapat berbincang bagi mengatasi masalah yang timbul demi kebaikan murid-murid serta warga Sk. Menora Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu. 2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat kali pertama. - Cik Rodiah mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan . - Cadangan beliau telah disokong oleh Cik Khaireyatulainy. Perkara Berbangkit. 3.1 Guru bertugas mingguan perlu mengawasi murid RMT setiap hari bagi memastikan kuantitidan kualiti makanan RMT mengikut harga serta menu yang telah ditetapkan. Guru Bertugas TINDAKAN Makluman Semua AJK

2.

3.

4.

Perbincangan 4.1 Kantin Sekolah 4.1.1) Pengusaha kantin perlu meletakkan tanda harga bagi setiap makanan yang dijual dikantin. 4.1.2) Terlebih bahan perisa di dalam masakan. 4.1.3) Gula yang digunakan mengandungi semut. 4.1.4) Peralatan tidak mencukupi dan tidak disusun dengan kemas. 4.1.5) Kuih-muih yang dijual tidak mencukupi dan perlu ditukar setiap hari sekurang-kurangnya 2 @ 3 jenis sehari. 4.1.6) Penjualan ais pop perlu dihentikan dan ditukar dengan aiskrim Malaysia dan air minuman. 4.1.7) Minuman air teh kurang sedap. 4.1.8) Guru boleh ke kantin bermula jam 9.30 pagi . 4.2 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT ) 4.2.1) En. Mohd Sabri memaklumkan ada murid-murid yang tidak layak mendapat RMT. -Guru Besar menyatakan murid-murid RMT perlu diagihkan semula mengikut syarat yang telah ditetapkan. 4.2.2) Menu RMT perlu diubah untuk tahun hadapan dan mestilah mengikut apa yang dicadangkan di dalam buku panduan RMT. - Semua AJK telah bersetuju untuk mencuba menu bubur kacang dengan roti serta bubur nasi daging pada hari Khamis dan Jumaat ini sebagai menu tahun hadapan. 4.2.3) Makanan yang diletakkan di dalam almari dimasuki oleh semut . - Guru Besar meminta agar semua AJK serta guru bertugas membuat pemantauan setiap hari bagi mengatasi masalah tersebut. 4.2.4) Kuantiti dan kualiti makanan di tahap yang memuaskan tetapi kadang kala terdapat kekurangan bahan perencah di dalam makanan tersebut.

Semua guru

Guru HEM & Guru Kelas

5.

Hal-hal Lain 5.1 Pengerusi menegaskan bahawa murid-murid yang tidak hadir perlu digantikan dengan murid-murid pengganti yang telah disenaraikan bersama dengan murid-murid RMT bagi mengelakkan lebihan makanan.

Guru Bertugas & AJK

6.

Ucapan Penangguhan 6.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada AJK yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan mesyuarat pada kali ini . 6.2 Pengerusi juga memaklukan bahawa satu lagi mesyuarat akan diadakan bersama dengan pengusaha kantin dan berharap apa yang telah dibincangkan dapat dibentangkan semasa mesyuarat tersebut. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Semua AJK Setiausaha RMT

Disediakan oleh, .. ( NORIMAH BT HUSSIN ) Setiausaha RMT. SK. Menora

Disahkan oleh,
(PN. HJH. SHAMSHINA BT KHALID )

Pengerusi RMT.