P. 1
Bab 2_For Book Report

Bab 2_For Book Report

|Views: 3,913|Likes:
Published by fads

More info:

Published by: fads on Apr 12, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

BAB 2

2.0 Pengenalan

Projek Alarm System Motion Detector ini merupakan projek yang dilaksanakan bagi menghasilkan ciri-ciri keselamatan yang dikehendaki. Ciri-ciri keselamatan yang dimaksudkan adalah digunakan adalah untuk menjamin keselamatan dari penceroboh dan juga untuk keselamatan barang berharga di dalam premis perniagaan atau kediaman. Antara komponen utama yang digunakan dalam membina projek ini ialah Passive Infrared Sensor, Buzzer 6V DC, Light Emitting diode sebagai output signal, Pengawal Mikro jenis PIC16F876A, Bekalan Kuasa, Soket Adaptor serta komponen elektronik yang lain iaitu terdiri daripada komponen pasif dan aktif. Komponen pasif yang dimaksudkan adalah seperti perintang dengan pelbagai nilai manakala komponen aktif seperti Transistor, Diod dan lain-lain. Dalam projek ini, komponen Pengawal Mikro digunakan untuk mengawal alarm system iaitu Buzzer serta LED melalui pengesan pergerakan atau PIR Sensor. Sumber bekalan kuasa yang boleh diberikan pada litar projek ini adalah sekitar 7V hingga 15V.

2.1

Latar belakang

2.1.1

Pengesan inframerah

Pengesan inframerah telah ditemui pada tahun 1801 oleh W. Herschel. Inframerah adalah satu bentuk tenaga yang dipancarkan dimana panjang gelombangnya adalah lebih panjang daripada panjang gelombang sinar nyata.(Brian Knap,Waves and Vibrations,1984) Panjang gelombang sinar inframerah ialah antara dari 78 mikrometer (µm) ke 100 mikrometer (µm). Sinar inframerah boleh dikatakan sebagai radiasi haba kerana tenaga yang dipancarkan akan bertukar kepada tenaga haba apabila ianya dipancarkan ke permukaan yang keras. Badan manusia pada suhu diatas 0 darjah akan mengeluarkan radiasi haba. Apabila suhu badan manusia meningkat panjang gelombang menjadi semakin pendek. Radiasi haba maksimum bagi badan manusia adalah diantara 9 mikrometer (µm) ke 10 mikrometer (µm) di dalam peringkat inframerah. Pergerakan boleh dikesan menggunakan elemen khas yang sensitif di dalam julat inframerah. Peranti tersebut dikenali sebagai Pyroelectric Infrared Detector

Rajah 2.1 Panjang gelombang sinar inframerah

Litar skematik Alarm System Motion Detector

Gambar rajah blok:

1) •

Perintang Perintang merupakan komponen elektronik yang paling kerap digunakan pada mana-mana litar elektronik, alatan elektronik dan juga projek elektronik. Perintang berfungsi merintangi atau menghadkan pengaliaran voltan melaluinya. • Ia juga berfungsi sebagai pembahagi voltan yang paling mudah. Perintang mempunyai dua kaki yang tiada berkutub positif dan negatif. Penyambungan pada litar tidak memerlukan penyambungan kaki yang khusus. • Nilai rintang perintang di sebut Ohm yang berbentuk Ω. Ia mengandungi nilainilai yang berperingkat-peringkat seperti dari Ohm meningkat ke Kilo Ohm (K) hingga ke Mega Ohm (M). Lebih dari Mega Ohm tidak digunakan. Sudah memadai nilai Mega Ohm. • Untuk mengetahui nilai rintangan pada perintang adalah dengan mengetahui kod warna perintang. Kod warna ini terdapat pada badan perintang dan setiap warna mewakili nilai tertentu. Perkara penting untuk anda mesti tahu adalah mengenali warna atau anda bukan seorang buta warna. Sila lihat rajah di bawah ini senarai warna beserta dengan nilai yang diwakili.

Pengiraan kod warna perintang
Contoh pengiraan: Diberi satu perintang yang berwarna coklat, merah, oren dan emas. Nilai mengikut warna- 1, 2, x1000 dan 5% Setelah didarabkan- 12 x 1000 ±5% = 12000 Ω ±5% = 12 Kilo Ω ±5% Jawapan, 12KΩ ±5% Biasanya jalur ketika adalah sebagai pendarab dan nilai tertinggi yang biasa digunakan adalah setakat warna biru. Kod warna yang standart nilainya tidak boleh kurang dari 10Ω. Untuk menunjukkan nilai yang kurang dari nilai tersebut, ia menggunakan dua kod

warna yang lain dari yang lain iaitu emas dan perak. Di mana emas adalah pendarab x0.1 dan perak adalah pendarab x0.01.

Nama Pendek Nilai rintangan selalunya ditulis pada diagram litar menggunakan sistem kod kerana ianya lebih mudah. Selalunya ia mengguna abjad seperti R, K dan M untuk menggantikan angka yang banyak pada nilai rintangan tersebut. Untuk membacanya gantikan nilai seperti K kepada 000 dan M kepada 000 000. Manakala R menunjukkan Ohm Ω sahaja. Contoh: i) ii) iii) iv) v) 150R adalah 150 Ω 2.7K adalah 2700 Ω 3K9 adalah 3900 Ω 1.5M adalah 1 500 000 Ω 2M2 adalah 2 200 000 Ω

Menguji kerosakan perintang Alat yang sesuai untuk menguji kerosakan perintang adalah meter pelbagai (multimeter) pada julat Ohm. Anda boleh guna meter dgital atau pun analog. Kedua-duanya sama. Kenalpasti kerosakan fizikal dahulu seperti perhatikan keadaan perintang yang rosak seperti samada kelihatan kesan terbakar atau kesan sopek pada badan perintang. Jika terdapat kesan-kesan tadi bermakna perintang tersebut

kemungkinannya adalah rosak. Jika tidak yakin dengan kesan tersebut,anda boleh ukur menggunakan meterpelbagai pada julat Ohm. Katakan anda ingin mengukur perintang 1K Ω. Setkan meterpelbagai ke julat Ω yang sesuai dengan nilai ukuran. Ukur perintang tersebut dan perhatikan bacaannya. Adakah bacaannya 1K Ω? Jika ya merintang yang diukur berada dalam keadaan baik. Jika bacaan 0 bermakna perintang dalam keadaan pintas dan rosak. Jika bacaan ∞ atau tiada bacaan atau nilai terlalu sedikit, bermakna perintang tersebut adalah rosak. Untuk membuat pengujian pastikan langkah-langkah berikut. Pastikan anda tidak memegang badan perintang semasa mengukur, dikuatiri berlaku laluan kedua melalui jari anda. Anda boleh pegang salah satu kaki perintang atau meletakkan perintang tanpa memegangnya. Bagaimana perintang boleh rosak? Punca-puncanya adalah kerosakan semasa pengilangan, kerosakan disebabkan arus berlebihan melaluinya kerana kegunaan Watt yang tidak sesuai, kepanasan yang melampau boleh menyebabkan perintang terbakar dan pelbagai sebab lagi tetapi tidak ketara berbanding sebab-sebab tadi.

2) •

Perintang boleh ubah. Perintang boleh ubah merupakan perintang yang mempunyai nilai rintangan yang boleh diubah-ubah secara mekanikal sama ada dengan cara pusingan atau pun

secara sliding. Ia juga selalu disebut sebagai VR. VR mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Ia juga mempunyai nilai rintangan yang berbeza-beza sama seperti memilih perintang tetap. • Jenis-jenis VR adalah jenis potentiometer, preset. Saiz bagi setiap VR adalah berbeza-beza mengikut nilai rintangan, pengeluar kilang, jenama. Namun begitu, saiz kaki bagi setiap VR yang adalah adalah standart atau sama mengikut saiz piawaian. VR tiada polariti tetapi ia mempunyai 3 kaki yang mana anda perlu ketahui dan kenali ketiga-tiga kaki ini.

Untuk membaca nilai rintangan terdapat dua cara yang mudah. i) ii) Membaca nilai rintang yang dicetak pada komponen tersebut Mengukur nilai rintangan maksima dengan menggunakan meter pelbagai julat Ohm. • VR biasa mempunyai 3 kaki yang mana kaki tengah adalah kaki yang mesti digunakan untuk penyambungan komponen. Manakala salah satu kaki digunakan untuk fungsi pelarasan nilai rintangan. Rajah di sebelah ini menunjukkan binaan di dalam VR. Kaki tengah adalah terminal pelarasan dan kedua-dua kaki di sebelah tepi adalah nilai tetap rintangan. Kedua-dua belah kaki ini juga boleh dijadikan sebagai perintang tetap. Andaikan bahaya nilai VR ini adalah 50 Ohm. Kedua-dua terminal tepi bernilai 50 Ohm manakal terminal di tengahnya menjadi berubah apabila dilaraskan ke kiri atau ke kanan. Nilai perubahan tidak lebih dari nilai Ohm VR tersebut.

VR juga selalu disebut sebagai potentiometer atau rheostat. Potentiometer mempunyai 3 terminal manakal rheostat mempunyai 2 terminal. Biasanya rheostat digunakan untuk kegunaan litar berarus tinggi seperti pengawal kecerahan lampu. Satu lagi jenis VR adalah jenis preset atau jenis trimmer pot. Ianya bersaiz kecil dan mempunyai 2 atau 3 terminal. Harganya murah berbanding VR yang lain.

3) •

Kapasitor Kapasitor adalah komponen yang berupaya menyimpan dan nyah-cas elektrik. Ia berfungsi sebagai penapis kepada voltan. Kapasitor tergolong kepada dua jenis iaitu jenis berkutub dan jenis tidak berkutub. Kapasitor jenis tidak berkutub berfungsi membenarkan arus ulang alik melaluinya dan cara ia bekerja juga sama untuk semua jenis kepasitor.

Kapasitor jenis berkutub biasa terdiri dari kapasitor jenis Elektrolitik. Selain itu juga terdapat kapasitor jenis Tantalum. Kapasitor mempunyai dua kaki sama ada berkutub atau pun tidak.

Terdapat beberapa jenis kapasitor tetapi hanya dua jenis yang utama: 1. Jenis Elektrolitik 2. Jenis Bukan Elektrolitik

Jenis Bukan Elektrolitik: ia juga dikenali sabagai kapasitor tidak berkutub. Ia tiada kutb positif dan negatif. Pemasangannya tidak kisah ikut kaki mana sekali pun. Kapasitor jenis cakera adalah yang biasa sekali digunakan dalam litar elektronik. Yang lain adalah seperti kapasitor jenis mika dan jenis seramik. Kapasitor jenis cakera berwarna coklat dan bentuknya seperti cakera. Jenis Elektrolitik: ia juga dikenali sebagai kapasitor berpolariti positif dan negatif. Perlu berhati-hati semasa membuat pemasangan. Pastikan kakinya dipasang betul mengikut polariti. Pemasangan yang salah boleh memberi kesan kepada litar dan kapasitor boleh rosak atau mengeluarkan letupan kecil. Kapasitor jenis ini biasanya digunakan bagi nilai kapasitan yang besar. Namun begitu kapasitor jenis ini kurang stabil atas sebab ianya mudah dipengaruhi oleh suhu dan juga kesan fizikal yang lain berbanding jenis bukan elektrolitik yang lebih stabil. Harganya juga agak mahal berbanding yang lain. Bagaimana membaca nilai kapasitor? Bagi kapasitor tidak berkutub atau bukan elektrolitik, terdapat label yang dicetak di atas badan kapasitor tersebut. Label-label tersebut merupakan kod-kod bagi nilai kapasitor tersebut. Bagaimana untuk membacanya? Anda mungkin terbaca kod seperti ini 101, 102, 103, 104 dan sebagainya. Oleh itu digit pertama dan kedua adalah nilai. Manakala gigit ketiga adalah niali pendarab. Contoh seperti 104 = (10 x 10e4)pF = 10e5pf = 103-7F = 0.1uF Contoh lain 103= 0.01uF, 224= 0.22uF, 102= 0.001uF Jika terdapat label seperti 1K5, 100, 200 10K dan sebaginya, oleh itu ia adalah nilaian pF. Contoh 1K5 bermaksud 1.5KpF.

Untuk kapasitor berkutub, terdapat nilai bercetak di atas badan kapasitor tersebut. Label tersebut mempunyai nilai kapasitan dan voltan maksimum kapasitor tersebut. Apakah fungsi kapasitor. Fungsi kapasitor sebagai penyimpan cas elektrik, sebagai penapis dan penulin voltan DC. Ia membenarkan isyarat AC dan menahan isyarat DC dari melalui. Kapasitor dibaca dalam unit Farad (F). Terdapat 3 peringkat nilai Farad iaitu µ (mikro), n (nano) dan p (piko). 4) • Transistor Komponen transistor meruapakan komponen aktif tidak seperti perintang dan kapasitor yang merupakan komponen pasif. Komponen aktif mengandungi bahan binaan aktif seperti Silikon, Germanium dan sebagainya yang meruapan bahan separa pengalir yang penting dalam transistor. • Transistor berfungsi sebagai penguat. Ia menguatkan voltan dan arus mengikut penyambungan litar tertentu. Selain itu juga transistor boleh berfungsi sebagai suis. Suis elektronik. Kaki transistor adalah 3 iaitu Base (tapak), Collector (pemungut) dan Emitter (pengeluar/ pemancar). Ketiga-tiga kaki ini mempunyai fungsi tertentu.

Fungsi transistor menggandakan arus, sebagai contoh ia boleh digunakan untuk menggandakan arus keluaran yang kecil untuk menghidupkan lampu, relay atau

sebagai peranti berarus tinggi. Perintang bertindak sebagai penukar perubahan arus kepada perubahan voltan, jadi transistor akan menggandakan voltan tersebut. Transistor juga berfungsi sebagai suis. Apabila ada arus maksimum transistor dalam keadaan on dan apabila tiada arus ia menjadi off dan bertindak sebagai penguat. • Transistor terdapat dalam 2 jenis iaitu NPN dan PNP. Ia boleh dilihat pada simbol kedua-dua jenis transistor. Kaki-kaki transistor dilabelkan sebagai BASE (tapak), COLECTOR (pemungut) dan EMITTER (pengeluar). Transistor mempunyai 3 kaki pada asasnya. Setiap transistor mempunyai turutan label kaki yang tidak sama dan amat sukar untuk menentukannya melainkan merujuk kepada data sheet transistor berkenaan. • Transistor adalah komponen aktif dan ianya sensitif kepada haba. Oleh itu berhati-hati ketika membuat kerja pematerian. Jangan terlalu lama mengenakan soldering iron kepada kaki transistor. Jika terlalu panas transistor itu, besar kemungkinan transistor akan rosak. Sesetengah litar projek tidak berfungsi disebabkan transistor yang rosak semasa kerja pematerian. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh guna penenggelam haba (heat sink) yang dilekatkan pada badan transistor semasa membuat pematerian. Cara yang boleh digunakan adalah dengan menyepit transistor dengan klip buaya (crocodile clip). • Transistor boleh menghasilkan haba semasa ia bekerja. Namaun tidak semua transistor akan panas. Biasanya power transistor atau transistor yang mempunyai badan besi atau penenggelam haba. Transistor ini apabila sedang bekerja ia akan menghasilkan haba panas apabila disentuh oleh jadi. Untuk transistor yang terlalu panas melebihi keupayaannya akan menjadi rosak. Salah satu cara untuk mengurangkan kepanasan itu adalah dengan melekatkan heat sink pada badan transistor tersebut. Menguji Transistor Bagaimana untuk mengetahui kerosakan transistor. Terdapat dua cara yang boleh anda gunakan. 1. Menggunakan meter pelbagai

Anda boleh guna meter digital atau meter analog. Tidak kira yang mahal atau yang murah. Asalkan ia boleh ukur voltan, perintang dan LED. Setkan meterpelbagai pada julat penguji diod untuk meter digital atau untuk meter analog setkan pada julat Ohm yang paling rendah seperti X1.

Lakukan 6 pengujian kepada kaki-kaki transistor iaitu pada kaki B, E dan C. Sebelum itu sila pastikan nama kaki transistor tersebut iaitu B, C dan E. Untuk mengetahui nama kaki transistor anda boleh lihat pada data sheet transistor tersebut.

Uji B dan C. Uji kaki B pada prob merah dan C pada prob hitam dan kemudian tukar prob merah untuk kaki C dan hitam untuk kaki B. Terdapat bacaan pada salah satu ukuran dan transistor dalam keadaan baik. Jika tiada sebarang bacaan atau jarum meter tidak naik atau terdapat dua bacaan yang sama, maknanya transistor rosak.

Uji B dan E. Uji kaki B dan E pada prob merah dan hitam dan lihat bacaan. Kemudian buat pertukaran prob dan lihat bacaan. Terdapat salah satu bacaan dari dua ujian tadi dan transistor dalam keadaan baik. Jika tiada bacaan dari kedua-dua ujian tadi atau terdapat dua bacaan dari dua ujian tadi maknanya transistor rosak.

Uji C dan E. Uji kaki C dan E bagi dua keadaan prob merah dan hitam kemudian hitam dan merah. Transistor yang elok tidak menunjukkan apa-apa bacaan. Jika terdapat sebarang bacaan, transistor adalah rosak.

Pengujian transistor yang ditunjukkan tadi sama caranya untuk transistor NPN atau pun PNP. 1. Menggunakan mengujian litar mudah. • Bina litar mudah seperti rajah yang ditunjukkan. Anda boleh bina litar ini di atas breadboard atau atas veroboard. Transistor tidak perlu dipasang. Hanya sekadar keluarkan wayar atau klip buaya. • Labelkan setiap wayar tersebut dengan B, C dan E. Untuk menguji transistor sambungkan setiap wayar B, C dan E pada kaki transistor yang hendak diuji

mengikut kaki B,C dan E yang betul. Setelah transistor disambungkan, tekan suis dan jika LED menyala, bermakna transistor dalam keadaan baik. Jika susi ditekan dan LED tidak menyala, bermakna transistor adalah rosak. Litar mudah ini untuk menguji transistor NPN. Untuk menguji transistor PNP, bina litar yang serupa tetapi terbalikkan kaki LED dan terbalikkan punca bekalan kuasa. • Cara lain untuk menguji transistor adalah menggunakan penguji transistor yang dijual di pasaran.

Cara membaca kod transistor Untuk membaca kod transistor, anda hanya perlu baca label yang tertera pada badan transistor tersebut. Contohnya seperti C9013, 2N3904, 2N2222, BC107B dan sebagainya. Mudah sahaja. Tetapi saya akan terangkan serba sedikit mengenai kod transistor ebagai pengetahuan anda. Kod yang mulanya dari abjad B atau A. Sebagai contoh BC108, BC554, BC478 dan sebagainya. Abjad B bermaksud silikon, A adalah germanium. Abjad kedua adalah C bermaksud frekuensi audio kuasa rendah. D bermaksud frekuensi audio kuasa tinggi. F bermaksud frekuensi tinggi kuasa rendah. Abjad selain yang disebutkan tadi menunjukkan transistor khas. Kadang kala terdapat kod yang mempunyai abjad di belakang seperti BC108B menunjukkan versi transistor tersebut. Jika dalam diagram litar menyatakan penggunaan transistor BC108B, bermakna anda mesti menggunakan transistor tersebut. Jika diagram litar menunjukkan transistor BC108, anda boleh gunakan apa sahaja versi transistor tersebut seperti BC108B atau BC108C. Terdapat transistor yang mempunyai kod di hadapannya TIP. TIP bermaksud Texas Instrument Transistor. Kod dibelakangnya menunjukkan versinya yang mempunyai penggunaan voltan tersendiri.

Bagaimana pula kod yang menggunakan 2N? Kod 2N menunjukkan ia adalah transistor dan kod dibelakangnya pula merupakan kod khas bagi transistor tersebut. Tiada logik nyata yang menggambarkan kod tersebut. 5) Diod

Diod bentuk seakan-akan seperti perintang. Tetapi diod adalah komponen aktif dan ianya berkutub positif dan negatif. Penyambungan kaki yang salah menyebabkan litar tidak berfungsi. Ini kerana diod berfungsi sebagai menerus voltan yang hanya membenarkan pengaliran arus pada satu arah sahaja. Terdapat dua jenis diod iaitu diod kuasa dan diod isyarat.

Diod kuasa biasa digunakan bagi litar bekalan kuasa yang melibatkan penggunakan arus sederhana tinggi. Diod isyarat biasa digunakan untuk litar berfrekuensi dan arusnya penggunaan yang rendah dari diod kuasa. Tidak seperti diod zener, penyambungannya adalah terbalik pada kaki positif dan negatifnya.

Fungsi diod adalah sebagai penerus voltan. Ia membenarkan arus terus melaluinya dan menghalang arus ulang alik. Diad mempunyai polariti positif (anod) dan negatif (katod). Diod adalah komponen aktif. Untuk pemasangan sila pastikan polariti dioa adalah betul dan berhati-hati dengan pemasangan menggunakan soldering iron kerana pemanasan yang terlampau boleh merosakkannya.

Diod mempunyai dua jenis iaitu: 1. Diod isyarat 2. Diod penerus Diod isyarat Diod isyarat berguna untuk litar yang membawa isyarat (maklumat) kerana arus yang boleh melaluinya adalah tidak melebihi 100mA. Ia tidak sesuai sebagai diod penerus. Diod yang biasa digunakan adalah seperti 1N4148 pada mana-mana litar projek. Diod ini juga selalu digunakan bersama relay sebagai pelindung transistor atau IC. Jika tiada diod disertakan ia boleh menyebabkan transistor rosak kerana menerima voltan puncak tinggi dari gegelung relay semasa relay off. Dengan adanya diod ini, ia akan mengalirkan voltan yang tidak diperlukan itu serta menjaga transistor dari rosak. Kedudukan diod adalah terbalik untuk berada dalam keadaan terbuka supaya relay boleh on. Diod penerus Diod penerus berfungsi sebagai penerus menukarkan arus AC kepada arus DC. Diod yang biasa digunakan adalah 1N4001, 1N4002, 1N4007 dan yang seumpamanya. Arus yang boleh melaluinya adalah tinggi berbanding diod isyarat. Kesemua diod penerus adalah jenis silikon dan bukan jenis germanium. Ia berfungis penuh pada voltan 0.7V. Manakala voltan maksimun untuk voltan songsang adalah tidak melebihi 50V. Diod jenis ini biasanya digunakan sebagai penerus untuk litar bekalan kuasa yang mengandungi 1 atau 2 atau empat diod. Terdapat juga diod yang dibina dalam bentuk pakej yang mempunyai 4 diod sesuai untuk litar penerus. Ia dikenali sebagai penerus jejambat. Diod penerus dan diod isyarat menggunakan simbol yang sama. Diod Zener Diod zener merupakan diod istimewa yang berfungsi sebagai penstabil dan penghad voltan. Jika voltan 12 v melalui diod zener 9v, maka hanya voltan 9 v sahaja yang akan keluar melangkaui diod zener tersebut. Cara pemasangan diod ini adalah

terbalik. Tanda garisan negatif perlu disambung punca positif bekalan kuasa dan kaki satu lagi perlu disambung pada punca negatif. Terdapat pelbagai voltan yang ditentukan pada setiap diod zener dan voltan minimun adalah 2.7V. Untuk mengenali diod zener adalah melalui kod seperti BZX... atau BZY... Anda boleh lihat terdapat label seperti 9V1 pada badan diod tersebut. Ia bermakna 9.1 Volt.

Diod foto Sejenis diod yang istimewa. Ianya adalah sejenis sensor. Terdapat pelbagai bentuk diod foto dan pelbagai fungsi digunakan. Fungsi utama adalah sensor kepada isyarat infared atau cahaya. Bergantung kepada penggunaan. Selain itu terdapat diod yang mengeluarkan isyarat infrared. Isyarat tersebut tidak boleh dilihat dengan mata kasar melainkan melalui alat tertentu atau alat pengesan. Bentuknya seperti LED dan saiznya juga sama. Bezanya ia tidak mengeluarkan cahaya.

6) LED • LED adalah sejenis diod. Keistimewaannya ia mengeluarkan cahaya. Ia juga terdapat dalam pelbagai warna seperti merah, kuning, jingga, biru, putih, hijau dan sebaginya. Selain itu LED terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. • Ada yang bentuk biasa, bentuk selinder, bentuk kotak dan sebagainya. Penggunaan LED sangat meluas dan sering digunakan dalam litar elektronik mahu pun litar projek. LED menggunakan voltan dan arus yang kecil untuk menghidupkannya. • Tidak seperti mentol lampu, ia menngunakan arus yang tinggi dan menghasilkan haba. LED tidak menghasilkan haba.

• •

Kaki LED mempunyai polariti positif (anod) dan negatif (katod). Pemasangan kaki LED yang terbalik menyebabkan LED tidak menyala. Voltan LED tidak boleh melebihi dari 3 Volt. Jika lebih kemungkinan LED akan terbakar. Oleh itu jika ingin menguji LED dengan menggunakan bateri 9 volt, anda perlu sambungkan dengan satu perintang 1K Ω.

Jika anda pernah lihat LED mempunyai 3 kaki, ia adalah tri-color LED. LED tersebut boleh mengeluarkan 3 warna iaitu merah, hijau dan jingga. Terdapat 3 kaki, yang mana kaki tengah adalah anod, manakala dua kaki yang pendek adalah adalah anod dan setiap satu akan menghasilkan warna merah dan hijau. Jika digabungkan kedua-duanya akan menghasilkan warna jingga.

Untuk menguji diod adalah mudah. Anda perlu meterpelbagai jenis analog atau digital. Terdapat meter digital yang mempunyai julat untuk menguji diod. Untuk menguji diod, prob merah perlu berada di kaki katod dan prob hitam pada kaki anod. Ia adalah terbalik untuk memastikan meter akan menuntukkan bacaan atau jarum meter akan naik.

Jika jarum meter atau terdapat bacaan bagi kedua-dua arah kaki diod yang diuji, bermakna diod dalam keadaan pintas dan rosak. Sama juga jika tiada apa-apa bacaan bagi kedua-dua arah kaki yang diuji, bermakna diod dalam keadaan terbuka dan rosak.

Untuk menguji diod di atas litar, salah satu kaki diod perlu dibuka. Kemudian buat pengujian seperti biasa.

7)

IC (Litar Bersepadu) • IC selalu digunakan untuk litar tertentu. Tidak semua IC yang digunakan boleh dimuatkan pada litar elektrik lain semua. Fungsi setiap IC perlu mengikut litar yang digunakan. IC adalah komponen aktif dan mempunyai banyak bilangan kaki.

IC mudah rosak jika beberapa faktor tidak diendahkan seperti terkena suhu panas yang tinggi, penggunaan voltan tinggi tidak mengikut voltan IC yang ditetapkan.

Litar persepadu atau intergated circuit (IC) merupakan komponen aktif dan ianya merupakan sejenis komponen yang mempunyai fungsi tertentu. Ia merupakan satu litar istimewa yang dimuatkan dalam satu tempat dan mengandungi berpuluh-puluh, beratus-ratus dan beribu-ribu perintang, diod, transistor dan kapasitor. Setiap IC mempunyai fungsi tertentu dan sesuai untuk litar-litar yang ditentukan.

Anda boleh rujuk pada data sheet IC yang anda ingin guna. IC secara fizikalnya mempunyai banyak kaki yang mana setiap kaki mempunyai fungsi tertentu. Sebagai contoh IC 555 digunakan untuk litar pemasa, IC 4017 untuk litar projek LED, IC 741 untuk litar sensor, IC TDA2002 untuk litar penguat audio dan banyak lagi.

IC tidak boleh diukur seperti komponen lain melainkan dengan mengukur nilai voltan pada kaki IC terbabit. Setiap IC mempunyai voltan maksimum tersendiri. Anda boleh rujuk data sheet IC terbabit. Sebagai contoh IC CA106A menggunakan voltan tidak melebihi 5 volt dan IC LM3914 boleh menerima voltan 12 volt dan banyak contoh lagi. Untuk kemudahan anda, sila ikut label voltan pada diagram litar projek kerana ia bersesuaian dengan dengan voltan IC.

8) •

PIR (Passive Infrared) Sensor PIR merupakan singkatan untuk Passive Infrared. Ianya merupakan pengesan pergerakan. Pengesan ini mengesan radiasi infrared dipancarkan dari suatu objek. Ia hanya mempunyai satu pin keluaran dan dua pin yang disambungkan kepada 5V dan GND secara berasingan. Pergerakan akan dikesan apabila satu sumber pemancar infrared contohnya: suhu badan manusia melalui satu sumber suhu yang lain seperti dinding. • Unit keluaran adalah tinggi apabila pergerakan dikesan. Jika terdapat pergerakan berterusan, keluaran adalah tinggi. Apabila, pergerakan terhenti, keluaran tinggi untuk berberapa saat (bergantung kepada kawalan perintang boleh ubah). • Keluaran akan terus tinggi untuk jangka masa yang panjang jika H dari jumper dipilih. Untuk projek ini, rintangan perintang boleh ubah disetkan kepada yang terendah supaya keluaran pengesan tidak tinggi untuk jangka masa yang lama apabila pergerakan yang dikesan terhenti.

9)

PIC16F876A (pengawal mikro) Ciri-ciri: • • • • • • Ingatan data EEPROM 256 byte serta mengandungi aturcara sendiri Dalam ICD 2 pembanding serta 5 saluran penukar analog ke digital 10-bit 2 capture/compare/PWM functions Port sesiri segerak yang boleh dikonfigurasikan samada sebagai 3 wayar antaramuka peripheral sesiri (SPI™) atau 2 wayar bas litar bersepadu (I²C™) Universal Asynchronous Receiver Transmitter (UART)

10) AC to DC Adaptor

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->