P. 1
938674-modul-SCE-3109

938674-modul-SCE-3109

|Views: 15|Likes:
Published by Hilmi Hamsan
best
best

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Hilmi Hamsan on May 15, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/16/2014

pdf

text

original

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

TAJUK 1

TERMOKIMIA

1.0 Sinopsis Termokimia ialah suatu kajian tentang perubahan tenaga yang menyertai suatu tindak balas kimia. Dalam tajuk ini, anda akan diberi pendedahan tentang jenis tenaga dan perubahan tenaga. Anda juga akan mengkaji tentang Hukum Pertama Termodinamik, pemuliharaan tenaga, tenaga dalam dan pemindahan tenaga, tindak balas eksotermik dan endotermik.

1.1 Hasil Pembelajaran

1. Mengenal pasti pelbagai jenis tenaga; 2. Menyatakan perubahan tenaga; 3. Mendefinisi konsep pemuliharaan tenaga/ Hukum Pertama Termodinamik; 4. Menerangkan konsep tenaga dalam dan pemindahan tenaga; 5. Menerangkan tindak balas eksotermik dan endotermik; 6. Melaksanakan aktiviti PCK untuk mengajar tajuk kurikulum yang sesuai.

1

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

1.2 Kerangka Tajuk

Termokimia

Sifat Tenaga

Perubahan Tenaga

Hukum Pertama Termodinamik Tenaga Dalam dan Pemindahan Tenaga Tindak balas eksotermik dan endotermik

Pemuliharaan Tenaga

Rajah 1.1 Kerangka Tajuk

1.3 ISI KANDUNGAN 1.3.1 Jenis Tenaga Tenaga ialah sesuatu yang berkemampuan untuk membuat kerja atau memberi haba. Ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Tenaga digunakan dalam semua bidang seperti menggerakkan jentera, menyalakan lampu elektik, memasak makanan, menggerakkan kenderaan dan sebagainya. Tenaga wujud dalam berbagai bentuk seperti yang berikut: • • • • •

Tenaga kimia Tenaga kintetik Tenaga keupayaan Tenaga haba Tenaga elektrik 2

tenaga keupayaannya bertukar kepada tenaga kinetic akibat dari pergerakan air tersebut. Sekiranya pintu empangan dibuka. air akan turun dipengaruhi oleh graviti dan membuat kerja memutarkan janakuasa bagi menghasilkan tenaga elektrik. molekul air mempunyai tenaga terma disebabkan oleh putaran.3. Setiap molekul air juga mempunyai tenaga keupayaan kimia yang disebabkan oleh daya tarikan dan penolakan elektrostatik dalam setiap atom dan di antara atom.SCE3109 Tenaga dalam Kimia • • • Tenaga cahaya Tenaga bunyi Tenaga nuklear 1.2 Sifat Tenaga Tenaga wujud dalam dua bentuk asas iaitu tenaga keupayaan dan tenaga kinetik. Sebagai contoh. bilangan dan jenis ikatan yang menggabungkan atom dan cara penyusunan atomnya. Tenaga keupayaan ialah tenaga yang disebabkan oleh kedudukan sesuatu objek. apabila air dari empangan dibiarkan terjun. 3 . air tersimpan dalam empangan mempunyai tenaga keupayaan graviti kerana berada tinggi dari paras. Tenaga kinetik adalah tenaga yang disebabkan oleh gerakan sesuatu objek. Tenaga kinetik sesuatu bahan dikait rapat dengan gerak rawak dan tetap atom atau molekulnya dan berkadar dengan suhunya. Tenaga keupayaan sesuatu bahan bergantung kepada komposisinya. Sistem kimia mengandungi kedua-dua tenaga keupayaan dan tenaga kinetik. Sebagai contoh. jenis atom dalam bahan. getaran dan gerak rawak molekul. Di samping itu.

Hukum Pemuliharaan Tenaga atau Hukum Pertama Termodinamik menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh ditukarkan daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain. jumlah tenaga adalah tetap.3 Perubahan tenaga Semua bentuk tenaga adalah saling bertukaran antara satu sama lain.4 Hukum Pertama Termodinamik/Pemuliharaan Tenaga Apabila tenaga berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.3. Rajah 1.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Layari Internet (1 jam) Layari internet untuk mengumpulkan maklumat tentang pelbagai sumber tenaga di Malaysia. Tenaga kimia Perubahan tenaga tenaga haba dan tenaga cahaya Tenaga elektrik Tenaga kinetik Tenaga elektrik Tenaga kimia Tenaga haba Tenaga kimia Tenaga cahaya Tenaga elektrik Tenaga bunyi Tenaga kimia Tenaga cahaya Contoh Pembakaran bahan api seperti kerosin dan sebagainya Bateri Perubahan air kepada stim yang menggerakkan dynamo bagi menghasilkan tenaga elektrik Letupan mercun Fotosintesis Penyalaan mentol elektrik Rajah 1. Tenaga dipulihara.3. 4 .2 Perubahan bentuk tenaga 1.2 berikut menunjukkan beberapa contoh perubahan bentuk tenaga. Kategorikan sumber tenaga itu sebagai tenaga yang boleh diperbaharui atau tenaga yang tidak boleh diperbaharui 1.

makmal dan sebagainya.5 Tenaga dalam dan permindahan tenaga Dalam termokimia. 1. Perpindahan tenaga ini menjejaskan jumlah keseluruhan tenaga.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Memikir (2 jam) Lukiskan satu siratan tenaga yang menunjukkan pengubahan pelbagai jenis bentuk tenaga dalam kehidupan anda. Haba dihilangkan kepada sekitarnya manakala wap (sebagai jirim) juga turut meruap ke sekitarnya. w. air kopi panas dalam cawan yang tertutup rapat. Misalnya. air kopi panas dalam cawan. Sekitar adalah bahagian luar system. Sistem dan sekitar membentuk semesta. Misalnya. misalnya kelalang. tiada tenaga atau jirim yang dapat berpindah. bahan dan hasil tindak balas adalah merupakan sistem. (c) Sistem terpencil atau tersekat Pada sistem ini. kedua-dua tenaga dan jirim dapat dipindahkan daripada suatu sistem kepada sekitarnya. misalnya dalam suatu ujikaji. Perpindahan tenaga berlaku dalam bentuk haba q atau kerja. sistem adalah bahagian dari semesta yang akan dikaji. air panas yang disimpan dalam termos. iaitu tenaga dalam. E yang 5 . iaitu (a) Sistem terbuka Dalam sistem terbuka. hanya tenaga sahaja dapat dipindahkan kepada sekitarnya. Sistem boleh dibahagikan kepada 3 jenis. hanya haba dihilangkan kepada sekitarnya.3. Misalnya. (b) Sistem tertutup Dalam sistem terbuka.

ΔE. Efinal < Einitial Sebaliknya tenaga yang mengalir masuk kepada sistem daripada sekitarnya mempunyai tanda positif kerana sistem tadi mengalami pertambahan haba. Bagi suatu sistem terpencil atau tersekat. di mana ∆E = Efinal .6 Tindak balas eksotermik dan endotermik Haba yang terlibat dalam sesuatu tindak balas kimia disebut secara umum sebagai haba tindak balas.SCE3109 Tenaga dalam Kimia terdapat dalam sistem tersebut. jumlah tenaga dalam adalah tetap kerana tiada tenaga atau jirim yang dapat berpindah. kita masih boleh mengukur akan perubahannya sahaja. Rajah 1. disebut perubahan tenaga dalam. Efinal > Einitial 1. Ini merupakan suatu pernyataan lain bagi Hukum Pertama Termodinamik yang boleh dituliskan sebagai Jumlah tenaga dalam suatu sistem terpencil atau tersekat adalah tetap.3. Namun begitu. Haba tindak balas ini merupakan kuantiti haba yang bertukar di antara sistem dengan sekitarnaya apabila suatu tindak balas kimia berlaku di dalam sistem tersebut pada suhu tetap.3 6 . haba dipindahkan dari sistem ke sekitar manakala dalam tindak balas endotermik. Dalam tindak balas eksotermik. Pada praktiknya. E sesuatu sistem terdiri daripada jumlah semua tenaga terma dan tenaga kimia untuk setiap molekul atau ion dalam sistem itu. haba dipindahkan dari sekitar ke sistem.Einitial Efinal ialah tenaga dalam keadaan akhir sistem Einitial ialah tenaga dalam keadaan awal sistem Sebarang tenaga yang mengalir keluar daripada sistem kepada sekitarnya mempunyai tanda negatif kerana sistem tersebut mengalami kehilangan haba. Jumlah tenaga dalam. adalah sesuatu yang tidak mungkin bagi kita memisahkan suatu tindak balas kimia dengan sekitarnya kerana bahan kimia yang kita gunakan sentiasa berada dalam keadaan bersentuhan dengan sekitarnya.

SCE3109 Tenaga dalam Kimia menunjukkan profil tenaga bagi tindak balas eksotermik dan Rajah 1.3 Profil Tenaga Tindak Balas Eksotermik Kandungan Haba.4 Profil Tenaga Tindak Balas Endotermik 7 . H H2O (g) bahan ∆H = . Kandungan Haba .4 menunjukkan profil tenaga bagi tindak balas endotermik. H H2O(g) ∆H = + 44 kJ mol-1 (haba diserap) H2O (l) Laluan tindak balas Rajah 1.44 kJ mol-1 (haba dibebaskan) H2O (l) hasil Laluan tindak balas Rajah 1.

& Bursten.E. (8th ed. Asas Kimia. vi) Memerhati telefon yang berdering. 1.edu/guide/hughes/energyconservation. bagaimanakah anda boleh membantu pelajar anda untuk mengatasi masalah pembelajaran atau miskonsepsi mereka? 1. Lemay. Puchong: Uni-Ed. i) Pasangkan lampu meja. New Jersey: Prentice Hall. H..html (Hukum Pemuliharaan Tenaga) 8 .us/webdocs/Thermochem/Law-Cons-Mass-Energy. iv) Masukkan dua bateri ke dalam kereta mainan dan pasangnya.ca. jawab soalan berikut:       Apakah yang anda telah pelajari daripada aktiviti di atas? Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah yang mengajar topik ini? Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran anda.).html (Hukum Pemuliharaan Tenaga) http://dbhs.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Perbincangan ( 2 jam) Aktiviti PCK 1 untuk mengkaji pemindahan tenaga. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini? Apakah masalah pembelajaran/miskonsepsi pelajar dalam pembelajaran topikmindahan tenaga? Sebagai guru.wvusd. http://www.E.4 Rujukan Ramli Ibrahim (2001). Laksanakan aktiviti yang berikut dan nyatakan perubahan tenaganya. Chemistry: The Central Science. Brown. Pada akhir aktiviti ini. T. B. v) Tarik satu belang getah.k12. iii) Pasangkan kalkulator yang berkuasa solar.fi..L. (2000). ii) Nyalakan sesuatu lilin.

3. kesan biologi radiasi dan penggunaan kimia nuklear. 15. beta dan gamma. 2. Menerangkan kesan biologi radiasi terhadap manusia.1 Kerangka Tajuk 9 . Namun ini. Menerangkan berbagai penggunaan kimia nuklear. Sinaran ini bergerak menembusi jisim dan mengion molekul. Menjelaskan berbagai alat pengesan radioaktiviti.SCE3109 Tenaga dalam Kimia TAJUK 15 KIMIA NUKLEAR 15. 15. Dalam tajuk ini. adalah penting sinaran ini dapat dikesani.0 Sinopsis Sesetengah nukleus atom tidak stabil dan mereput secara spontan dengan memancarkan sinaran zarah alfa.1 Hasil Pembelajaran 1. maka sinaran tadi boleh memberikan kesan terhadap organism secara biologi.2 Kerangka Tajuk Kimia Nuklear Alat Pengesan Sinaran Radioaktiviti Kesan Biologi Radiasi Penggunaan kimia nuklear Figure 15. anda akan diberi pendedahan tentang alat pengesanan sinaran radioaktiviti.

Jika dos radiasi terlalu tinggi.1 Alat Pengesan Sinaran Radioaktiviti Sinaran nukleus boleh dikesan menggunakan alat pengesan seperti berikut: a) Lencana filem fotografi b) Pengesan Sintilasi c) Tiub Geiger-Muller d) Elektroskop Kerajang Emas e) Cloud Chamber f) Pengira Spark Lencana filem fotografi Lencana filem fotografi biasanya digunakan oleh orang yang bekerja di sekitar yang mendedahkan mereka kepada radiasi.3 Isi Kandungan 15.SCE3109 Tenaga dalam Kimia 15.3. filem fotografi bertukar warna kepada hitam. Lencana ini mengandungi filem fotografi yang terdedah apabila terkena radiasi. Di depan filem fotografi terdapat berbagai penyerap dengan ketebalan yang berbeza untuk menahan tembusan sinaran radiasi. Selepas seketika masa. 10 . filem itu diproses dan dari ini kadar pendedahan akan menunjukkan dos radiasi yang diserap oleh seseorang pada masa itu.

com) Pengesan Sintilasi Pengesan sintilasi adalah alat pengesan radiasi yang boleh menghitung zarah dipancarkan daripada nucleus radioaktif. 11 .3 menunjukkan proses suatu pengesan sintilasi.goggle.2 Lencana Filem Fotografi (Sumber: http://images. Prinsip asas alat ini ialah penggunaan suatu bahan misalnya fosfor yang boleh memancarkan kilauan cahaya apabila ianya disinari oleh radiasi. .SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15. Bilangan kilauan atau sintilasi se unit masa adalah berkadar dengan bilangan radiasi yang memukul permukaan suatu bahan. Rajah 15.

Denyut ini dikesan dan dipamerkan di atas alat pengukur.com) Bahan yang biasa digunakan ialah kristal natrium iodide yang mengandungi talium (II) iodida sebagai fosfor untuk mengesan zarah alfa.3 Pengesan Sintilasi (Sumber: http://images. Urutan ini berterusan sehingga ke dinod terakhir di mana denyut elektron sekarang sudah berjuta kali lebih besar daripada di awal tiub. Tiub Geiger-Muller Tiub Geiger-Muller adalah alat pengesan radiasi yang beroperasi atas prinsip bahawa ion terbentuk apabila radiasi melalui tiub yang diisikan dengan gas pada 12 .goggle. Pada takat ini.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15. elektron dikumpulkan di anod pada hujung tiub dan membentuk denyut elektronik. Elektron ini akan ditarik kepada suatu siri plat yang dipanggil dinod melalui aplikasi voltan tinggi positif. beberapa elektron dihasilkan yang kemudian akan ditarik kepada dinod kedua di mana penggandaan elektron berlaku. Kilauan yang dihasilkan oleh proses sintilasi dipancarkan melalui tingkap optik ke dalam tiub „photomultiplier „. Bahagian pertama „photomultiplier‟ ialah foto katod yang menghasilkan elektron apabila cahaya memancar ke atasnya. Apabila suatu elekton daripada foto katod memukul dinod pertama.

4 menunjukkan proses dalam tiub Geiger-Muller manakala Rajah 15. kadar kiraan latarbelakang ditolak daripada kadar kiraan yang didapati.com) 13 .5 adalah suatu tiub Geiger-Muller. Alat ini terdiri daripada suatu tiub logam yang diisikan dengan gas pada tekanan seperti argon. Rajah 15. Bilangan kiraan se unit masa adalah berkadar dengan jumlah radiasi yang melalui tiub GeigerMuller. Apabila tiub Geiger-Muller digunakan untuk mengesan pancaran radioaktif. Arus ringkas ini dibesarkan dan dibilang menggunakan alat pengira seperti meter kadar atau skala sebagai satu kiraan.4 Proses dalam Tiub Geiger-Muller (Sumber: http://images. Ion dan electron yang dihasilkan oleh pengionan radiasi membolehkan pangaliran denyut arus elektrik ringkas di antara elektrod. Zarah alfa dan beta boleh dikesan secara langsung menggunakan tiub Geiger-Muller. Pancaran radiasi masuk ke dalam tiub melalui tingkap mika dan mengion gas argon dengan mengeluarkan electron daripada molekulnya. Rajah 15.goggle.SCE3109 Tenaga dalam Kimia tekanan rendah. Dalam tiub itu terdapat dua elektrod pada voltan tinggi dengan tanda bertentangan.

6 menunjukkan proses dalam Elektroskop Kerajang Emas. Untuk melindungi kerajang emas daripada angin sejuk.5 Tiub Geiger-Muller (Sumber: http://images.goggle. manakala caj dengan polariti yang sama akan menolak kerajang emas dan menyebabkannya mencapah. biasanya terbuka di bawah dan dipasangkan kepada suatu tapak. Apabila terminal logam disentuh dengan objek bercaj. Suatu terminal logam diletakkan di atas di mana caj yang diuji digunakan. Elektroskop digunakan untuk mengesan kehadiran caj. kerajang emas juga mencapah kerana medan elektrik objek menyebabkan batang elektroskop untuk mencapah. ia diletakkan dalam suatu botol gelas. Rajah 15. Caj dengan polariti yang bertentangan dengan objek bercaj akan tertarik kepada terminal. Jika suatu objek bercaj di bawa berdekatan dengan terminal elektroskop. kerajang emas akan mencapah dalam bentuk “V”. Elektroskop juga boleh dicaj tanpa sentuhan dengan objek bercaj melalui induksi elektrostatik.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15.com) Elektroskop kerajang-emas Elektroskop kerajang emas terdiri daripada sebatang logam tegak biasanya loyang dan pada hujungnya tergantung dua keping selari keranjang emas. 14 .

6 Proses dalam Elektroskop Kerajang Emas (Sumber: http://images. 15 .goggle.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15.8 menunjukkan keratan rentas suatu kebuk awan. Rajah 15.7 menunjukkan suatu kebuk awan dan Rajah 15.com) Kebuk Awan (Cloud Chamber) Kebuk awan Wilson ialah alat untuk memerhati laluan pergerakan zarah radioaktif.

goggle.goggle.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15.7 Kebuk Awan (Sumber: http://images.8 Keratan Rentas Kebuk Awan (Sumber: http://images.com) Rajah 15.com) 16 .

isipadu kebuk akan mengembang dan suhu akan menurun. Pada bawah kebuk terletak suatu omboh.9 Pengira Spark (Sumber: http://images.goggle. Zarah alfa akan menyebabkan pengionan udara dan menghasilkan suatu discaj percikan api yang dikesan oleh pengira. menjadikan udara dalam kebuk tepu melampau dengan wap. Ia mengandungi kasa logam dengan suatu wayar di bawahnya dan disambungkan kepada bekalan kuasa. Sumber zarah alfa ialah plutonium-209 yang disimpan dalam bekas plumbum tertutup.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Bahagian atas dan bawah kebuk ditutup oleh gelas yang bergaris pusat beberapa sentimeter. Cahaya dicerahkan dari tepi untuk melihat jejak zarah dengan jelas. wap air akan mengkondensasi atas ion iaitu laluan caj. Udara dalam kebuk ini ditepukan dengan wap air. Rajah 15. Maka. kita boleh lihat jejaknya. Apabila omboh ditarik ke bawah dengan cepat.com) 17 . Pengira Spark Pengira Spark ialah suatu alat khas untuk mengesan zarah alfa.. Jika terdapat suatu zarah bercaj dalam keadaan tepu melampau ini.

tempoh pendedahan radiasi dan sama ada sumber radiasi di dalam atau di luar badan. Di luar badan.com) Memikir (1 jam) Banding bezakan berbagai alat pengesan sinaran radioaktiviti dengan menggunakan penyusun grafik.goggle. Kesan biologi radiasi boleh dikategorikan sebagai pendedahan masa panjang dan masa pendek.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15. 15. sinaran gamma adalah sangat merbahaya kerana ia dapat menembusi tisu manusia dengan berkesan.2 Kesan biologi radiasi Kerosakan yang dihasilkan oleh radiasi begantung kepada tenaga radiasi.10 Penggunaan Pengira Spark (Sumber: http://images.3. 18 .

perubahan ini mengakibatkan mutasi genetik atau kanser. kehilangan selera. muntah. 19 .SCE3109 Tenaga dalam Kimia (a) Pendedahan radiasi masa panjang menghasilkan pembinaan radikal bebas yang menyebabkan mutasi genetik atau kanser. (b) Pendedahan radiasi yang kuat masa pendek bercenderung memusnahkan tisu di tempat yang didedahkan dan mengakibatkan sindrom radiasi merisik seperti rasa mual.org/publicinformation/ate/faqs/consumerproducts. berdarah dalam dan akhirnya maut. sakit tekak. Kemusnahan cepat tisu menjadikan radiasi kuat sebagai suatu alat yang sesuai untuk rawatan setengah-tengah kanser. baca artikel dalam laman web berikut: http://hps. cirit birit dan kekurusan sederhana. (c) Pendedahan radiasi juga boleh menyebabkan kemandulan. keletihan. Membuat Nota (2 jam) Untuk mendapat kefahaman mendalam tentang kesan biologi radiasi. kelihatan tua lebih awal. Radikal ini yang kekurangan elektron sangat reaktif dan boleh menyebabkan tindak balas dalam bahan stabil sel organisma hidup. Jika tindak balas ini melibatkan bahan genetik seperti gen dan kromosom. kekurangan sel darah putih.ht mll Buat nota ringkas tentang bacaan anda dan kongsikan pengetahuan ini dengan rakan sekerja anda. Radiasi tenaga tinggi boleh membuangkan elektron daripada sebatian dan menghasilkan radikal atau radikal bebas dalam tisu yang dilaluinya. kemusnahan sistem badan.

4 Penggunaan kimia nuklear Kimia nuklear digunakan dalam berbagai bidang. Iodine-123 digunakan sebagai penyurih radioaktif bagi rawatan kanser tiroid.com) (b) Industri Bahan radioaktif digunakan untuk mengenal pasti kebocoran paip bawah tanah. Sinaran gamma digunakan untuk mensterilkan alat pembedahan.SCE3109 Tenaga dalam Kimia 15. Sinaran alfa yang dibebaskan oleh bahan radioaktif itu dikesan oleh pengira Geiger-Muller. Misalnya.. Suatu bahan radioaktif yang menghasilkan zarah alfa dimasukkan dalam paip.goggle. Cobalt-60 digunakan untuk rawatan kanser untuk memusnahkan sel kanser yang membahagi dengan sangat cepat. maka mengenal pasti di mana tempat kebocoran paip itu.3. Rajah 15. Bahan radioaktif juga digunakan untuk mengawal ketebalan bahan seperti kertas dengan menggunakan pengira GeigerMuller. 20 . maka ia sesuai digunakan untuk mengesan kebocoran paip. (a) Rawatan Perubatan Bahan radioaktif banyak digunakan dalam rawatan perubatan sebagai penyurih radioaktif yang diagnostik untuk mengenal pasti sesuatu penyakit. Sinaran alfa mempunyai kuasa penembusan yang paling rendah.11 Rawatan Kanser Tiroid (Sumber: http://images.

(d) Pengawetan Makanan Bahan radioaktif juga digunakan untuk mensterilkan makanan untuk pengawetan supaya ia tahan lebih lama. pentarikhan dilakukan dengan menggunakan isotop uranium-238.com) (c) Kaji Purba/Arkeologi Bahan radioaktif boleh digunakan untuk menetapkan tarikh bahan antic atau fosil. Ia juga digunakan untuk menghalang percambahan kentang dan sayur-sayuran supaya boleh disimpan lebih lama.goggle.12 Pengesanan Kebocoran Paip Bawah Tanah (Sumber: http://images. Selanjutnya. haiwan akan memakan tumbuhan tadi.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15. Apabila hidupan tadi mati. maka padanya terdapat karbon-14. Tumbuhan menggunakan karbon dioksida yang mengandungi karbon-14 untuk proses fotosintesis. Misalnya. nisbah karbon-14 dengan karbon-12 mulai berkurangan kerana pereputan karbon-14 yang berterusan dengan kadar yang kecil. Karbon-14 digunakan untuk menentukan umur barang purba walaupun telah berumur beberapa ratus ribu tahun. bagi yang lebih lama lagi daripada tempoh ini. 21 . Karbon-14 hadir di atmosfera dalam bentuk karbon dioksida. Nisbah keduadua karbon inilah yang menjadi kunci penentu tentang tarikh mati hidupan. Pentarikhan karbon-14 hanya boleh digunakan bagi bahan yang mempunyai umur tidak melebihi 50 000 tahun sahaja.

(f) Senjata Nuklear Proses transmutasi nukleus bahan radioaktif secara pembelahan dan pelakuran digunakan untuk menyediakan bom atom dan bom hydrogen yang digunakan sebagai senjata nuclear. (g) Kuasa Nuklear Pembelahan nucleus secara berantai dengan kawalan terkawal dalam reaktor nuklear menghasilkan kuasa nuklear yang mampu memenuhi bekalan elektrik setiap sektor masyarakat. Mengumpul Maklumat (2 jam) Kumpulkan maklumat mengenai cara menguruskan bahan radioaktif. Karbon-14 digunakan untuk mengkaji laluan karbon dalam fotosintesis tumbuh-tumbuhan. Fosfor-32 digunakan sebaagi pengesan untuk mengkaji penyerapan dan penggunaan fosfat oleh tumbuh-tumbuhan. 22 . Ia juga digunakan untuk menghasilkan baka tumbuh-tumbuhan yang baru. Senaraikan langkah keselamatan yang boleh diambil dalam pengurusan bahan radioaktif.SCE3109 Tenaga dalam Kimia (e) Pertanian Sinaran gama digunakan untuk mensterilkan haiwan peliharaan.

kenyon.L. 15.html (Elektroskop Kerajang Emas) http://www.org/wiki/Nuclear_reactor_technology (Tenaga nuklear) 23 . http://hps. Sediakan satu poster tentang kelebihan dan kelemahan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Malaysia.wikipedia.. Fay.E..org/wiki/Geiger-M%C3%BCller_tube (Tiub Geiger-Muller) http://physics.com/topic/nuclear-reactor (Tenaga nuklear) http://en.html (kesan biologi radiasi) http://en. B.edu/EarlyApparatus/Static_Electricity/Electroscope/Electros cope. New Jersey:Prentice Hall. (2000) Chemistry-The Central Science. Bursten. Lemay.H.E. T.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Latihan (2 jam) Kumpulkan maklumat mengenai penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif yang bermanfaat bagi umat manusia.4 Rujukan Brown. Sebarkan maklumat yang disediakan kepada orang lain dengan mempamerkan poster ini di papan buletin sekolah anda.R.J. Eighth Edition. Third Edition. New Jersey: Prentice Hall. McMurry.C.org/publicinformation/ate/faqs/consumerproducts.. Tuliskan satu refleksi sebanyak 200 perkataan tentang pengalaman anda semasa menyediakan latihan ini.wikipedia. (2001) Chemistry.answers.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->