Dewan Eja

Kamus Dewan Edisi Keempat

Kamus Inggeris Melayu Dewan

Daftar Istilah

Pengenalan Pendaftaran Dewan Eja Pro Dewan Eja – Penyemak Ejaan Penggunaan Dewan Eja dalam MS Office Menggunakan Dewan Eja dalam MS Word Menggunakan Dewan Eja dalam MS Excel Menggunakan Dewan Eja dalam MS PowerPoint Menggunakan Dewan Eja dalam MS Access Menggunakan Dewan Eja dalam MS FrontPage Menyunting Kamus Pengguna Menyemak Ejaan dalam Perisian Selain MS Office Halaman Opsyen dalam Panel Kawalan Dewan Eja Pro Kamus Elektronik Pengenalan Bagaimana Membuka/ Menutup Kamus Elektronik Mencari Makna Perkataan Mencari Makna Perkataan dengan Bar Gelintar Dewan Eja Pro Mencari Makna Perkataan dengan “CheckAnywhere” Merujuk Sejarah Pencarian Kawalan dan Navigasi Kawalan-kawalan dalam Kotak Dialog Pencarian Maksud Butir-butir dalam Kotak Kandungan Memilih antara Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Daftar Istilah Menukarkan/ Menetapkan Posisi Kotak Dialog Saiz Semula Kotak Dialog Ensiklopedia Bagaimana Berinteraksi dengan Tetingkap Ensiklopedia Opsyen Aktifkan/ Tutupkan Auto Mula Aktifkan/ Tutupkan Auto Kemas Kini Kependekan Alih Keluar Komponen Buang Pemasangan (“Uninstall”) Soalan Soalan Soalan Soalan Yang Biasa Ditanya Umum mengenai Dewan Eja mengenai kamus elektronik

1 2 5 5 6 7 8 9 10 10 11 12 13 13 14 15 15 16 18 19 19 20 21 22 22 23 23 25 25 26 27 33 35 37 38 39 40

®

Pengenalan Dewan Eja Pro adalah perisian terbaru keluaran The Name Technology Sdn. Bhd.( ). Ia merupakan kombinasi yang paling sempurna daripada perisian Dewan Eja dan perisian kamus elektronik. Kini, anda boleh menyemak ejaan bahasa Melayu dan menterjemah perkataan dengan perisian Dewan Eja Pro!

2 Pendaftaran Dewan Eja Pro

Pendaftaran Dewan Eja Pro

Anda perlu mendaftarkan perisian ini dengan syarikat kami supaya kami mengetahui bahawa anda merupakan pengguna yang sah. Sebagai pengguna yang berdaftar, anda juga layak menerima bantuan teknikal daripada kami. Sekiranya anda tidak mahu mendaftar sekarang, perisian ini masih boleh berfungsi selama 60 hari dari hari pertama ia diaktifkan. Proses pendaftaran mengambil masa lebih kurang dua minit sahaja jika dilakukan melalui Internet. Berikut adalah caranya: 1. Klik butang “Start” di Bar Tugas Windows, kemudian klik menu “Programs”. 2. Klik menu “Dewan Eja Pro”, kemudian klik ikon “Panel Kawalan Dewan Eja Pro”.

3. Panel Kawalan Dewan Eja Pro akan menyenaraikan komponen-komponen yang telah dipasang. Klik butang “Daftar” bagi komponen yang anda ingin daftarkan.

4. Pendeta Pendaftaran akan dibuka. Lengkapkan borang ringkas yang dipaparkan. 5. Kemudian, anda boleh menghantar informasi itu... • melalui Internet. Cara ini paling mudah. • melalui faks. Notepad akan dibuka. Cetakkan kandungan Notepad (File -> Print) lalu faks kepada kami di +603 7803 2175. Kami akan faks balik nombor pendaftaran anda. Sila masukkan nombor tersebut. • melalui telefon. Notepad akan dibuka. Hubungi syarikat kami di +603 7803 2170 dan memberitahu kami nombor siri dan ID mesin yang dipaparkan. Kami akan memberikan nombor pendaftaran anda. Sila masukkan nombor tersebut.

Pendaftaran Dewan Eja Pro 3

Langkah 1 Isikan borang dalam Pendeta Pendaftaran

Langkah 2 Isikan nombor siri dan pilih cara pendaftaran

4 Pendaftaran Dewan Eja Pro

Daftar melalui Internet Langkah 3 Tunggu sebentar sementara pendaftaran dibuat melalui Internet.

ATAU

Daftar melalui telefon/ faks Langkah 3 Tekan “Cetak” atau “Papar”. Maklumat pendaftaran akan dibuka dalam Notepad. Faks maklumat ke +603 7803 2175 atau telefon +603 7803 2170.

Langkah 4 Selesai! Mulakan semula aplikasi Dewan Eja Pro.

Langkah 4 Anda akan menerima nombor pendaftaran melalui telefon atau faks. Isikan nombor pendaftaran ke dalam ruangan Pendeta Pendaftaran.

Langkah 5 Selesai! Mulakan semula aplikasi Dewan Eja Pro.

Penggunaan Dewan Eja dalam MS Office Dewan Eja boleh berintegrasi dengan MS Office 97/ 2000/ XP/ 2003. Anda hanya perlu membuka perisian MS Office seperti biasa, dan Dewan Eja tidak perlu diaktifkan sekali lagi.

6 Dewan Eja- Penyemak Ejaan

Menggunakan Dewan Eja dalam MS Word
Dewan Eja dapat berintegrasi dengan MS Word. Buka MS Word seperti biasa dan Bar Alat Dewan Eja akan bersedia.

Terdapat dua cara untuk menyemak ejaan dalam MS Word. Kesilapan ejaan akan ditandakan dengan garisan merah. Jika dokumen anda terlampau panjang, anda juga boleh menggunakan penyemak ejaan standard (menu Tools -> Spelling and Grammar atau tekan F7). Semak seluruh dokumen dalam bahasa Melayu 1. Dalam MS Word, klik butang . Kesilapan ejaan dalam bahasa Melayu akan ditandakan dengan garisan merah. 2. Untuk mendapatkan cadangan pembetulan bagi perkataan yang digariskan, klik perkataan itu dengan butang kanan tetikus. Semak seluruh dokumen dalam bahasa Inggeris 1. Dalam MS Word, klik butang . Kesilapan ejaan dalam bahasa Inggeris akan ditandakan dengan garisan merah. 2. Klik perkataan itu dengan butang kanan tetikus untuk mendapatkan cadangan pembetulan. Semak sebahagian dokumen dalam bahasa Melayu Dewan Eja menyokong penyemakan ejaan pelbagai bahasa dalam satu dokumen. 1. Dalam dokumen, serlahkan bahagian yang dikehendaki. 2. Klik butang . Bahagian terserlah akan disemak oleh Dewan Eja. Kesilapan ejaan dalam bahasa Melayu akan ditandakan dengan garisan merah. Bahagian yang lain dalam dokumen akan terus disemak oleh penyemak ejaan bahasa Inggeris yang dibekalkan bersama MS Office. Semak sebahagian dokumen dalam bahasa Inggeris 1. Dalam dokumen, serlahkan bahagian yang dikehendaki. 2. Klik butang . Kesilapan ejaan dalam bahasa Inggeris akan ditandakan dengan garisan merah. Semak dokumen yang panjang Sekiranya dokumen terlalu panjang, penyemak ejaan standard boleh menyemak dengan lebih cepat kerana ia hanya berhenti pada perkataan tersilap. 1. Klik butang . 2. Klik menu “Tools” -> “Spelling and Grammar” atau tekan “F7”. 3. Kotak dialog penyemak ejaan standard akan dipaparkan apabila kesilapan dijumpai.

Dewan Eja- Penyemak Ejaan 7

Menggunakan Dewan Eja dalam MS Excel
Dalam MS Excel XP Dewan Eja dalam MS Excel berfungsi berlainan berbanding dengan MS Word. Ia tidak menggariskan perkataan yang tersilap ejaannya. Bar Alat Dewan Eja juga tidak dipasang dalam MS Excel. Untuk menyemak ejaan: Pilih bahasa 1. Dalam MS Excel, klik menu “Tools”. Klik “Options”. 2. Klik tab “Spelling”. 3. Dalam kotak kombo “Dictionary Language”, pilih “Malay”. 4. Tekan butang “OK”. Lancarkan penyemak ejaan 1. Klik menu “Tools”. Klik “Spelling”, atau anda juga boleh menekan kekunci “F7”.

Dalam MS Excel versi sebelum XP MS Excel versi lama tidak mengandungi fungsi penukaran bahasa. Oleh itu, anda mesti menggunakan Panel Kawalan Dewan Eja Pro untuk menukarkan bahasanya. Pilih bahasa 1. Klik butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik “Programs”. 2. Klik “Dewan Eja Pro”, selepas itu klik “Panel Kawalan Dewan Eja Pro”. 3. Klik butang “Opsyen”. 4. Klik ikon “Menyemak ejaan dalam MS Excel”. Lancarkan penyemak ejaan 1. Dalam MS Excel, klik menu “Tools”. Klik “Spelling”, atau anda juga boleh menekan kekunci “F7”.

8 Dewan Eja- Penyemak Ejaan

Menggunakan Dewan Eja dalam MS PowerPoint
Dalam MS PowerPoint 2000 atau XP Dewan Eja turut berfungsi berlainan dalam MS PowerPoint. Bar Alat Dewan Eja tidak dipasangkan. Terdapat dua cara untuk menyemak ejaan dalam MS PowerPoint. Kesilapan ejaan akan ditandakan dengan garisan merah. Jika dokumen anda terlampau panjang, anda juga boleh menggunakan penyemak ejaan standard (Tools -> Spelling atau tekan “F7”). Untuk menyemak ejaan: 1. Dalam dokumen PowerPoint, serlahkan bahagian yang dikehendaki. 2. Klik menu “Tools”, kemudian pilih menu “Language”. 3. Dalam kotak senarai “Language” yang dipaparkan, pilih “Malay”. Kesilapan ejaan dalam bahasa Melayu akan ditandakan dengan garisan merah. 4. Untuk mendapatkan cadangan pembetulan bagi perkataan yang digariskan, klik perkataan itu dengan butang kanan tetikus.

Dalam MS PowerPoint versi sebelum 2000 MS PowerPoint versi lama tidak mengandungi fungsi penukaran bahasa. Oleh itu, anda harus menggunakan Panel Kawalan Dewan Eja Pro untuk menukarkan bahasanya. Pilih bahasa 1. Klik butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik “Programs”. 2. Klik “Dewan Eja Pro”, kemudian klik “Panel Kawalan Dewan Eja Pro”. 3. Klik butang “Opsyen”. 4. Klik ikon “Menyemak ejaan dalam MS PowerPoint”. Lancarkan penyemak ejaan 1. Dalam MS PowerPoint, klik menu “Tools”. Klik “Spelling”, atau anda juga boleh menekan kekunci “F7”.

Dewan Eja- Penyemak Ejaan 9

Menggunakan Dewan Eja dalam MS Access
Dalam MS Access XP Dalam MS Access, Dewan Eja tidak menggariskan perkataan yang tersilap ejaannya. Bar Alat Dewan Eja juga tidak dipasang dalam MS Access. Untuk menyemak ejaan: Pilih bahasa 1. Dalam MS Access, klik menu “Tools”, kemudian klik “Options”. 2. Klik tab “Spelling”. 3. Dalam kotak kombo “Dictionary Language”, pilih “Malay”. 4. Tekan butang “OK”. Lancarkan penyemak ejaan 1. Klik menu “Tools”. Klik “Spelling”, atau anda juga boleh menekan kekunci “F7”.

Dalam MS Access versi sebelum XP MS Access versi lama tidak mengandungi fungsi penukaran bahasa. Oleh itu, anda harus menggunakan Panel Kawalan Dewan Eja Pro untuk menukarkan bahasanya. Pilih bahasa 1. Klik butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik “Programs”. 2. Klik “Dewan Eja Pro”, kemudian klik “Panel Kawalan Dewan Eja Pro”. 3. Klik butang “Opsyen”. 4. Klik ikon “Menyemak ejaan dalam MS Access”. Lancarkan penyemak ejaan 1. Dalam MS Access, klik menu “Tools”. Klik “Spelling”, atau anda juga boleh menekan kekunci “F7”.

10 Dewan Eja- Penyemak Ejaan

Menggunakan Dewan Eja dalam MS FrontPage
Dalam MS FrontPage, 1. Pilih menu “File”. Kemudian, pilih “Properties”. 2. Klik tab “Language”. 3. Dalam kotak kombo “Mark current document as...”, pilih “Malaysian”. Nota Penting: Untuk kesilapan ejaan pada MS FrontPage versi XP, ia sentiasa menyemak ejaan dalam bahasa Inggeris walaupun anda telah memilih bahasa Melayu. Oleh itu, Office XP Service Pack 1 perlu dipasangkan untuk menyelesaikan masalah ini.

Menyunting Kamus Pengguna
Anda boleh mengemaskinikan kamus pengguna pada MS Word. 1. Dalam MS Word, klik menu “Tools”. Kemudian, klik “Options”. Sebuah kotak dialog bertajuk “Options” akan dipaparkan. 2. Klik butang “Custom Dictionaries”. 3. Pilih kamus yang anda ingin suntingkan, kemudian klik butang “Modify” atau “Edit”. Selepas itu, anda boleh menambah, menggugurkan atau menukar perkataan-perkataan dalam kamus.

Dewan Eja- Penyemak Ejaan 11

Menyemak Ejaan dalam Perisian Selain MS Office

Teknologi “Spell Check Anywhere” dan “AutoCorrect Anywhere” Kami menggunakan teknologi inovatif ini untuk mengesan proses penaipan anda dalam mana-mana aplikasi Windows. Taip sahaja -- apabila Dewan Eja mengesan kesilapan ejaan, ia akan berbunyi “beep” lalu memaparkan cadangan-cadangan yang sesuai dalam kotak dialog. Anda tidak perlu mengaktifkan fungsi ini jika anda ingin menyemak ejaan dalam MS Office, kerana Dewan Eja sudah berintegrasi dengan semua aplikasi MS Office. Aktifkan “Spell Check Anywhere” 1. Klik butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik “Programs”. 2. Klik “Dewan Eja Pro”, kemudian klik ikon “Panel Kawalan Dewan Eja Pro”. 3. Klik butang “Opsyen”. 4. Klik ikon “Menyemak ejaan dalam perisian lain”. Tandakan pada kotak “Spell Check Anywhere”. Kemudian, dalam mana-mana aplikasi sahaja, anda boleh • klik cadangan yang dikehendaki, atau • tekan CTRL-1, CTRL-2 atau CTRL-3 untuk memilih cadangan yang dikehendaki. Perbezaan antara penyemakan ejaan dalam MS Office dengan perisian lain • Dalam perisian selain MS Office, Dewan Eja tidak dapat menggariskan kesilapan ejaan secara automatik. Ia berbunyi dan memaparkan kotak dialog untuk mengingatkan anda bahawa kesilapan telah dijumpai. • Oleh kerana Dewan Eja mengesan proses penaipan dalam perisian selain MS Office, dokumen yang sedia ada tidak dapat disemak. Hanya dokumen baru yang sedang diproses dapat dikesan.

12 Dewan Eja- Penyemak Ejaan

Halaman Opsyen dalam Panel Kawalan Dewan Eja Pro
Halaman opsyen Dewan Eja Pro dalam Panel Kawalan Dewan Eja Pro digunakan untuk: • menyemak ejaan di luar MS Office dengan “Spell Check Anywhere”. • menukarkan bahasa dalam Excel, PowerPoint, dan Access versi sebelum 2000.

Kamus Pengguna Kamus pengguna ialah senarai kata peribadi pengguna. Perkataan-perkataan yang ditambah ke dalam senarai ini akan dianggap betul oleh Dewan Eja dan tidak digariskan merah. Misalnya, anda boleh menambah nama anda ke dalam kamus pengguna. Anda perlu cipta sebuah kamus pengguna baru sebelum menambah perkataan baru. Tekan butang Kamus Pengguna untuk mencipta kamus pengguna baru, atau menambah kamus pengguna yang sedia ada. Kemudian, anda boleh menambah perkataan baru.

Anda juga boleh menambah perkataan ke dalam senarai “AutoCorrect Anywhere”. Apabila “AutoCorrect Anywhere” diaktifkan, perkataan-perkataan dalam senarai ini akan digantikan secara automatik. “AutoCorrect Anywhere” dan “AutoCorrect” dalam MS Office merupakan dua sistem yang berasingan. Oleh kerana itu, jika anda menambah sepatah perkataan baru ke “AutoCorrect” MS Office, perkataan itu tidak akan ditambah ke dalam senarai “AutoCorrect Anywhere”.

Menukarkan bahasa dalam MS Excel dan MS Access versi sebelum 2000 Versi lama Excel dan Access tidak mengandungi fungsi pertukaran bahasa. Gunakan Panel Kawalan Dewan Eja Pro untuk menukarkan bahasa bagi perisian-perisian tersebut.

Pengenalan Komponen Dewan Eja Pro adalah perisian kamus elektronik yang berintegrasi dengan “Wikipedia, the free encyclopedia” yang sentiasa tersedia. Serlahkan sahaja sepatah perkataan dengan tetikus, dan maksud perkataan itu akan dipaparkan dengan segera. Kamus elektronik berfungsi dalam semua perisian Windows. Jadi, apabila anda menjumpai perkataan-perkataan yang baru, sama ada dalam Internet Explorer, Microsoft Office atau perisian lain, anda hanya perlu serlahkannya untuk mempelajari perkataan baru tersebut.
Berikut adalah ciri-ciri utama bagi kamus elektronik: • Mengandungi tiga buah kamus utama: • Kamus Dewan Edisi Keempat (lebih daripada 49,000 entri*). • Kamus Inggeris Melayu Dewan (lebih daripada 47,000 entri*). • Daftar Istilah yang mengandungi terminologi terjemahan (lebih daripada 267,000 entri*). *Jumlah entri termasuk kata dasar dan kata terbitan. • Mengandungi lebih daripada 35,000 topik ensiklopedia terpilih dari “Wikipedia, the free encyclopedia.” • Rujuk-silang: boleh mencari makna dalam bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris dan sebaliknya. • Teknologi “CheckAnywhere” yang berfungsi dalam semua perisian Windows.

14 Kamus Elektronik

Bagaimana Membuka/ Menutup Kamus Elektronik

Kamus elektronik dibuka secara automatik apabila Windows dimulakan. Untuk memastikan sama ada kamus elektronik aktif atau tidak, sila lihat “System Tray” yang biasanya terdapat pada bahagian bawah sebelah kanan skrin. Ikon kamus elektronik akan dipaparkan jika aktif.

Jika kamus elektronik tidak aktif atau telah ditutup, terdapat 2 cara untuk membukanya semula: Cara 1 1. Klik butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik “Programs”. 2. Klik “Dewan Eja Pro”. 3. Klik ikon “Kamus Elektronik Dewan Eja Pro”. Cara 2 1. Aktifkan “Desktop”. 2. Anda akan menjumpai ikon “Shortcut to Kamus Elektronik Dewan Eja Pro”. Klik dua kali pada ikon tersebut.

Terdapat 2 cara untuk menutup kamus elektronik. Cara 1 1. Klik butang

pada kamus elektronik jika ia masih berada pada skrin anda. (bukan dalam mod sembunyi)

Cara 2 1. Klik butang kanan tetikus pada ikon kamus elektronik dalam “System Tray”. 2. Klik “Keluar” pada menu timbul yang dipaparkan.

Kamus Elektronik 15

Mencari Makna Perkataan Mencari Makna Perkataan dengan Bar Gelintar Dewan Eja Pro
1. Taipkan perkataan dalam kotak kombo.

2. Klik butang di sebelah kanan kotak kombo atau tekan kekunci “Enter” pada papan kekunci. 3. Hasil pencarian akan dipaparkan pada kotak dialog pencarian. Tip Anda boleh Salin (“copy”) dan Tampal (“paste”) perkataan dari mana-mana dokumen ke dalam Bar Gelintar Dewan Eja Pro.

Bagaimana Menyembunyikan/ Memaparkan Bar Gelintar Anda boleh menyembunyikan Bar Gelintar Dewan Eja Pro dengan klik butang diaktifkan, akan terus berfungsi biar pun Bar Gelintar tersembunyi.

. “CheckAnywhere”, jika telah

Untuk memaparkan Bar Gelintar semula, sila klik dua kali pada ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”. Anda juga boleh klik butang kanan tetikus pada ikon tersebut dan memilih “Buka Dewan Eja Pro” pada menu yang dipaparkan.

16 Kamus Elektronik

Mencari Makna Perkataan dengan “CheckAnywhere”
Cara 1: Serlah Sahaja Dalam perisian yang berkenaan: 1. Serlahkan perkataan yang dikehendaki dan lepaskan butang tetikus; atau dwiklik perkataan yang dikehendaki. Kebanyakan perisian Windows menganggap dwiklik sebagai penyerlahan pada perkataan itu. 2. Setelah melepaskan butang tetikus, tinggalkan kursor tetikus pada tempat yang asal, dan satu label kecil Dewan Eja Pro akan wujud di sebelahnya sebentar lagi.

3. Klik label itu dan hasil pencarian akan dipaparkan pada kotak dialog kandungan. Tip Sekiranya anda tidak ingin mencari makna perkataan yang diserlahkan itu, teruskan sahaja kerja anda. Label Dewan Eja Pro akan bersembunyi secara automatik jika aktiviti papan kekunci atau tetikus dikesan. Fungsi ini amat bijaksana dan tidak akan mengganggu kerja anda.

Cara 2: Alt-Serlah Cara ini berbeza dengan cara serlah sahaja kerana kotak dialog kandungan akan dipaparkan serta-merta. Dalam perisian yang berkenaan: 1. Tekan kekunci “Alt” tanpa melepaskannya. • Dengan kekunci “Alt” tertekan, serlahkan perkataan yang dikehendaki dan lepaskan butang tetikus; atau, • Dengan kekunci “Alt” tertekan, dwiklik perkataan yang dikehendaki. Kebanyakan perisian Windows menganggap dwiklik sebagai penyerlahan pada perkataan itu. 2. Hasil pencarian akan dipaparkan pada kotak dialog kandungan. Tip • Pastikan “CheckAnywhere” telah diaktifkan. • Apabila anda menggunakan cara “Alt-Serlah” pada sepatah perkataan, pastikan anda melepaskan butang tetikus dahulu sebelum melepaskan kekunci “Alt”. Jika kekunci “Alt” dilepaskan di tengah proses penyerlahan, “CheckAnywhere” akan menganggap proses pencarian itu dibatalkan.

Kamus Elektronik 17

Bagaimana Aktifkan/ Tutupkan “CheckAnywhere” 1. Klik butang kanan tetikus pada ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”. 2. Pada menu timbul, tanda semak di sebelah “Gunakan CheckAnywhere (Alt-Serlah)” dan “Gunakan CheckAnywhere (Serlah sahaja)” menunjukkan bahawa kedua-dua mod “CheckAnywhere” adalah aktif. Jika tanda semak tersebut tidak ada, maknanya “CheckAnywhere” belum diaktifkan. 3. Klik “Gunakan CheckAnywhere” pada menu timbul tersebut untuk mengaktifkan atau menutupkan kedua-dua atau salah satu mod “CheckAnywhere”.

18 Kamus Elektronik

Merujuk Sejarah Pencarian

Sebanyak 10 perkataan yang terakhir dicari akan direkodkan sebagai sejarah pencarian. Berikut adalah fungsi-fungsi bagi setiap butang sejarah: 1. Klik butang , untuk merujuk kepada maksud perkataan 2. Klik butang , untuk merujuk kepada maksud perkataan 3. Klik butang , untuk merujuk kepada maksud perkataan 4. Klik butang , untuk merujuk kepada maksud perkataan

sebelumnya. pertama. selepasnya. terakhir.

Kamus Elektronik 19

Kawalan dan Navigasi Kawalan-kawalan dalam Kotak Dialog Pencarian
Kawalan-kawalan yang disediakan dalam Kotak Dialog Pencarian:

1. Pin

Untuk menukarkan/ menetapkan posisi Kotak Dialog Pencarian. Untuk merujuk sejarah pencarian. Untuk memilih antara komponenkomponen kamus elektronik yang telah dipasang.

2. Butang-butang sejarah 3. Pandangan Kamus Dewan 4/ Kamus BI-BM/ Daftar Istilah (Tab) 4. Kotak Kandungan

Maklumat yang dicari akan dipaparkan di sini. Jika komponen ensiklopedia telah dipasang, klik pautan ini untuk membuka tetingkap ensiklopedia. Menerangkan maksud kependekan dalam kotak kandungan. Tutup Kotak Dialog Pencarian.

5. Pautan ensiklopedia

6. Bantuan

7. Tutup

20 Kamus Elektronik

Maksud Butir-butir dalam Kotak Kandungan
Butir-butir dalam kotak kandungan:

1. Perkataan yang dipilih

Perkataan yang dirujuk sama ada dengan menggunakan Bar Gelintar ataupun “CheckAnywhere”. Perkataan yang dijumpai akan melebihi satu jika perkataan tersebut mempunyai kelas kata atau kategori yang berlainan. Memaparkan segala erti yang berkaitan dengan perkataan yang dijumpai. Jika komponen ensiklopedia telah dipasang, klik pautan ini untuk membuka tetingkap ensiklopedia.

2. Perkataan yang dijumpai

3. Maksud-maksud yang dijumpai 4. Pautan ensiklopedia

Jika perkataan yang dipilih itu tiada dalam kamus, Dewan Eja Pro akan cuba mencari dan memaparkan perkataan yang terdekat ejaannya. Tip Anda boleh serlah atau alt-serlah pada perkataan-perkataan dalam kotak kandungan untuk mencari maksudnya.

Kamus Elektronik 21

Memilih antara Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Daftar Istilah
Tab-tab pada kotak kandungan menunjukkan komponen kamus yang telah dipasang. Klik tab-tab tersebut untuk memilih komponen kamus yang dikehendaki.: 1. Pandangan Kamus Dewan Edisi Keempat (Tab “Kamus Dewan 4”).

2. Pandangan Kamus Inggeris Melayu Dewan (Tab “Kamus BI-BM”).

3. Pandangan Daftar Istilah (Tab “Daftar Istilah”).

22 Kamus Elektronik

Menukarkan/ Menetapkan Posisi Kotak Dialog
Anda boleh menggerakkan kotak dialog dengan menyeret (drag) ruangan kuning di bahagian atas. Untuk menyembunyikan kotak dialog, klik mana-mana sahaja di luar kotak dialog. Untuk menetapkan posisi kotak dialog dan menunjukkannya secara “sentiasa di atas” (always on top), klik butang Sebaliknya, klik butang agar kotak dialog kembali ke keadaan asal. .

Saiz Semula Kotak Dialog
Anda boleh membesarkan atau mengecilkan kotak dialog dengan menyeret sempadan kotak dialog.

Kamus Elektronik 23

Ensiklopedia Bagaimana Berinteraksi dengan Tetingkap Ensiklopedia
Apabila anda klik pautan dalam kotak kandungan, tetingkap ensiklopedia akan dibuka dan kandungan topik berkenaan dipaparkan. Perkataan-perkataan bergaris yang berwarna biru merupakan pautan-pautan ke topik ensiklopedia yang berlainan. Klik pautan itu untuk membuka topik berkenaan.

Perkataan-perkataan bergaris yang berwarna hijau merupakan pautan-pautan ke tapak web di Internet. Anda perlu menyambung kepada Internet untuk membuka pautan-pautan tersebut.

24 Kamus Elektronik

Untuk mencari topik-topik ensiklopedia, masukkan perkataan-perkataan yang ingin dicari pada kotak “Search” di atas, dan tekan “Search”. Hasil pencarian akan disenaraikan.

Tip Jika “CheckAnywhere” telah diaktifkan, anda boleh menyerlahkan mana-mana perkataan dalam laman ensiklopedia untuk mencari makna yang berkaitan dalam bahasa Melayu.

Kamus Elektronik 25

Opsyen Aktifkan/ Tutupkan Auto Mula
Auto Mula berfungsi untuk mengaktifkan kamus elektronik secara automatik semasa komputer anda dibuka. 1. Klik butang kanan tetikus pada ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”. 2. Pada menu timbul, tanda semak di sebelah Auto Mula menunjukkan bahawa fungsi ini telah diaktifkan. Jika tanda semak tersebut tiada, bermakna fungsi ini belum diaktifkan. 3. Klik Auto Mula pada menu timbul tersebut untuk mengaktifkan atau menutupkan Auto Mula.

26 Kamus Elektronik

Aktifkan/ Tutupkan Auto Kemas Kini
Auto Kemas Kini berfungsi untuk memeriksa pengemaskinian secara automatik dari Internet selepas anda mengaktifkan kamus elektronik. 1. Klik butang kanan tetikus pada ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”. 2. Pada menu timbul, tanda semak di sebelah Auto Kemas Kini menunjukkan bahawa fungsi ini telah diaktifkan. Jika tanda semak tersebut tiada, bermakna fungsi ini belum diaktifkan. 3. Klik Auto Kemas Kini pada menu timbul tersebut untuk mengaktifkan atau menutupkan Auto Kemas Kini.

Nota Sekiranya terdapat versi yang lebih baru, ia akan memberitahu anda dengan kotak dialog timbul seperti yang ditunjukkan di bawah:

Kamus Elektronik 27

Kependekan

Kamus Dewan Edisi Keempat

Kependekan

Makna

Kependekan

Makna

Ar Br C IB Id Jh Jk Jw Kd Kl Ml

Arab Brunei Cina Indonesia-Belanda Indonesia Johor Jakarta Jawa Kedah Kelantan Melaka

Mn NS Ph Pl Pn Pr Sb Si Sl Sr Tr

Minangkabau Negeri Sembilan Pahang Perlis Pulau Pinang Perak Sabah Singapura Selangor Sarawak Terengganu

Kependekan

Makna

Kependekan

Makna

bd bh bk bkn bp dgn dll dlm dr drpd dsb kep ki kpd krn lwn

bahasa dalam bahasa halus bahasa kasar berkenaan (dengan) bahasa percakapan dengan dan lain-lain dalam dari daripada dan sebagainya kependekan kiasan kepada kerana lawan

mis pd prd sbg sj sl spt sr sso sst tdk thdp ttg utk yg

misalnya pada peribahasa sebagai sejenis sastera lama seperti seruan seseorang sesuatu tidak terhadap tentang untuk yang

Kependekan

Makna

Kependekan

Makna

Ant Bio Cetak Eko Fiz Geo Geog Hut Kej Kim Kom

antropologi biologi percetakan ekonomi Fizik geologi geografi perhutanan kejuruteraan kimia komunikasi

Komp Lin Mat Muz Psi Sas Sbina Sej Tani Ubat Udg

komputer linguistik matematik seni muzik psikologi kesusasteraan seni bina sejarah pertanian perubatan undang-undang

28 Kamus Elektronik

Kamus Inggeris Melayu Dewan

Kependekan

Makna

Kependekan

Makna

abbrev (act.) adj adv (aeron) (agric) (anat) (anthrop) (antiq) approp approx (archaeol) (archit) (arith) assoc (astrol) (astron) (attrib) (Austral) aux (biochem) (biol) (bot) (chem) (cinemat) (colloq) comb. form compar

abbreviated(d), abbreviation active adjective, adjectival adverb, adverbial aeronautics, aeronautical agriculture, agricultural anatomy, anatomical anthropology, anthropological antiquities appropriate approximate, approximately archaeology, archaeological architecture, architectural arithmetic, arithmetical associated astrology, astrological astronomy, astronomical attributive Australia, Australian auxiliary biochemistry, biochemical biology, biological

(meteorol) (mil) (miner.) (mus) (mythol) (naut) (NZ) n obj (obs) (obstet) occas o’s os (Parl) (pass.) pp pt (pathol) pers pron (pharm)

meteorology, meteorological military mineralogy, mineralogical music(al) mythology, mythological nautical New Zealand noun, nominal object obsolete obstetrics, obstetrical occasionally one’s oneself Parliament, Parliamentary passive past participle past tense pathology, pathological personal pronoun pharmacy, pharmaceutics, pharmaceutical philosophy, philosophical phonetics, phonetic, phonology, phonological photography, photographic(al) phrase, phrasal physics, physical

(philos) botany, botanical (phon) chemistry, chemical cinematography colloquial(ly) phr combining form (phys) comparative (photog)

Kamus Elektronik 29

Kependekan

Makna

Kependekan

Makna

conj def dem (derog) (eccles) (ecol) (econ) (electr) (engin) esp (euphem)

conjunction definite demonstrative derogatory ecclesiastical ecology, ecological economics, economic electricity, electric, electronics engineering especially euphemism, euphemistic, euphemistically feminine

(physiol) (poet.) (polit) (pop.) poss (pred) pref prep pres p pres t pron (psychol)

physiology poetry, poetical(ly) politics, political popular possessive predicate, predicative prefix preposition/ prepositional present participle present tense pronoun psychology, psychological referring reflexive registered trademark related, relative relating to rhetorical(ly) religion, religious Roman Catholic(ism) singular slang sociology, sociological someone someone’s something specific, specifically subject

fem (fig.) foll (fml) freq (gen) (geog) (geol) (geom) (gram.) (hist) (hort) immed imper impers imcl

ref figurative(ly) (refl) followed, following (tdmk) formal(ly)_ rel frequent(ly) rel to general(ly) (rhet) geography, geographical (relig) geology, geological (RC) geometry, geometric(al) sing. grammar, grammatical (sl) history, historical (sociol) horticulture, horticultural so. immediate(ly) so’s imperative st impersonal specif including, inclusive subj

30 Kamus Elektronik

Kependekan

Makna

Kependekan

Makna

indic indef infin (infml) (in pl) interj interrog irreg (journ) (leg.) (ling) (lit.) (liter.) masc (math) (mech) (med)

indicative, indicating indefinite infinitive informal(ly) in plural interjection interrogative irregular(ly) journalism, journalistic law, legal linguistics, linguistic literal(ly) literature, literary masculine mathematics, mathematical mechanics, mechanical medicine, medical

suf superl (surg) (surv) (tech) (theatr) (theol) (typogr) (UK) (US) usu var v vi vt (vulg) (zool)

suffix superlative surgery, surgical surveying technical theatre, theatrical theology, theological typography, typographical United Kingdom United States usually variant verb, verbal intransitive verb transitive verb vulgar zoology, zoological

Daftar Istilah

Kependekan

Makna

Kependekan

Makna

ABRT AERON ANGKUT ANT ARKEOL ASEK ASTR

Angkat Berat Aeronautik Teknologi Pengangkutan Antropologi Arkeologi

NIAGA OLAH P.JAS PBDR

Pentadbiran Perniagaan Olahraga Pendidikan Jasmani Perancangan dan Pembangunan Bandar Pembangunan Manusia Perdagangan

PEM.MAN Alam Sekitar PERD Astronomi

Kamus Elektronik 31

Kependekan

Makna

Kependekan

Makna

BAD BANK BIO CETAK CORM CUKAI DIDIK DOMS DRAMA DUDUK EKO FALS FARM FESYEN FILO FIZ FOTO GEO GEOG GIGI GMA GMR GRAF GSBJ GSBP HARTA HDRGEO HID

Badminton Perbankan Biologi Percetakan/Penerbitan Corak dan Motif Percukaian Pendidikan Domestik Drama dan Teater Kependudukan Ekonomi Falsafah Farmasi Seni Reka Fesyen Filologi Fizik Fotografi Geologi Geografi Pergigian Gimnastik Artistik Gimrama Grafik Bola Jaring Boling Padang Hartanah Hidrogeologi Hidrologi

PLBR PLCGN PNRSPP POLI POS PSI PUISI PUS RAG REN SAJIAN SANYAM SAS SATANAH SEJ SENB SETIA SKU SLUKIS SNUK SOS SRP STENUN SUK SUKIR TADB TANI TASA

Pelaburan Pelancongan Perniagaan dan Pertubuhan Sains Politik Pos Psikologi Puisi Perpustakaan Ragbi Renang Penginapan dan Penyajian Seni Anyam Kesusasteraan Sains Tanah Sejarah Seni Bina Kesetiausahaan Skuasy Seni Lukis Sains Nuklear Sosiologi Seni Reka Perindustrian Seni Tenun Sukan Seni Ukir Pentadbiran Pertanian Teknologi Angkasa

32 Kamus Elektronik

Kependekan

Makna

Kependekan

Makna

HOK HUT IKAN INS IPET JAWAT KEJ KER KIM KOM KOMPU KRDO KRI KTER

Hoki Perhutanan Perikanan Insurans Industri Petroleum Perjawatan Kejuruteraan Industri Pembuatan Kereta Kimia Komunikasi Komputer Sukan Karate-Do Kriket Industri Pembuatan Kapal Terbang Lumba Basikal

TATAKIM TEKMA TEKSTIL TEM TINJ TMAK TOP TRT TSM TTRA UBAT UDG UKUR UM UMSRTKB

Tatanama Kimia Sains dan Teknologi Makanan Tekstil Menembak Tinju Teknologi Maklumat Teknologi dan Gentian Optik Tadbir Rumah Tangga Teknologi Sains Mineral Angkatan Tentera Perubatan Undang-Undang Ukur dan Pemetaan Umum Persuratkhabaran Tel. Elektrik & Panduan Jalan Raya Pengurusan Veterinar Warna Permainan Tradisional Zoologi

LBAS LIN LOGAM LYR MARIN MAT MUZ

UMTEPJR Linguistik Seni Reka Logam Pelayaran Teknologi Marin Matematik Muzik URUS VET WARNA WAU ZOO

34 Alih Keluar Komponen

Alih Keluar Komponen

1. 2. 3. 4.

Klik Klik Klik Klik

butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik menu “Programs”. menu “Dewan Eja Pro”. ikon “Panel Kawalan Dewan Eja Pro”. Komponen-komponen yang telah dipasang akan disenaraikan. butang “Alih Keluar” di sebelah komponen yang anda ingin mengalih keluar.

36 Buang Pemasangan (“Uninstall”)

Buang Pemasangan (“Uninstall”)

Fungsi Buang Pemasangan akan membuangkan semua fail aplikasi dan komponen-komponen Dewan Eja Pro. Untuk mengalih keluar sesuatu komponen sahaja, sila gunakan Panel Kawalan Dewan Eja Pro. Untuk membuang pemasangan Dewan Eja Pro: 1. Klik butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik menu “Programs”. 2. Klik menu “Dewan Eja Pro”. 3. Klik ikon “Buang Pemasangan”. Selepas itu, Kotak Dialog “Select Uninstall Method” akan dipaparkan. 4. Klik butang “Next”. Kemudian, Dialog “Perform Uninstall” akan dipaparkan.

5. Klik butang “Finish”.

38 Soalan Yang Biasa Ditanya

Soalan Umum

1. Mengapa saya perlu mendaftarkan Dewan Eja Pro? Anda perlu mendaftarkan Dewan Eja Pro supaya syarikat boleh memberikan keutamaan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan yang sah. Pengguna-pengguna yang berdaftar akan menikmati: • Bantuan teknikal daripada syarikat . • Harga istimewa apabila menaiktarafkan (upgrade) perisian Dewan Eja Pro. • Maklumat terkini tentang perisian . Selepas pendaftaran, komponen Dewan Eja Pro akan berfungsi sepenuhnya. Komponen yang tidak berdaftar mempunyai tempoh penggunaan selama 60 hari sahaja.

Soalan Yang Biasa Ditanya 39

Soalan mengenai Dewan Eja

1. Mengapa MS Word langsung tidak menggariskan kesilapan ejaan? Mungkin sekali anda telah menutup fungsi penyemakan ejaan MS Word. Untuk mengaktifkan fungsi ini: • Dalam MS Word, klik menu “Tools”, kemudian klik “Options”. • Klik tab “Spelling and Grammar”. • Pastikan kotak “Check spelling as you type” ditandakan. • Pastikan kotak “Hide spelling errors in this document” tidak ditandakan. • Jika anda ingin menyemak perkataan yang semuanya HURUF BESAR, pastikan kotak “Ignore words in UPPERCASE” tidak ditandakan.

2. Mengapa MS Word menggariskan tiap-tiap perkataan dalam dokumen saya? Anda belum mengaktifkan Dewan Eja untuk dokumen itu. Penyemak ejaan bahasa Inggeris masih aktif, dan ia menganggap semua perkataan bahasa Melayu adalah kesilapan perkataan bahasa Inggeris. Klik butang supaya dokumen ini dianggap sebagai dokumen bahasa Melayu dan Dewan Eja diaktifkan.

3. Mengapa Dewan Eja menggariskan perkataan yang betul ejaannya? Dewan Eja tidak mengandungi sesetengah perkataan. Misalnya, kata nama khas seperti nama orang, nama tempat dan lain-lainnya. Jika anda pasti bahawa perkataan itu betul, anda boleh menambah perkataan itu ke dalam “Kamus Pengguna” supaya ia akan dianggap betul.

4. Saya gunakan MS FrontPage. Walaupun saya sudah memilih “Malaysian” sebagai bahasa aktif, nampaknya FrontPage masih menyemak dokumen dalam bahasa Inggeris. Mengapa? Ini adalah kesilapan dalam MS FrontPage XP -- bukan Dewan Eja. FrontPage sentiasa menambah HTML tag “<span lang=en-us>”. Oleh itu, semua teks dalam dokumen dianggap bahasa Inggeris, walaupun anda sudah memilih Malaysian sebagai bahasa aktif. Microsoft telah membekalkan Office XP Service Pack 1 untuk menyelesaikan masalah ini. Anda dinasihati supaya memuat turun terus dari tapak web Microsoft supaya anda boleh mendapatkan perisian yang paling baru. Cuba guna pautan ini. http://support.microsoft.com/default.aspx?scid=kb;EN-US;q311574 Jika laman web ini tidak sah, mungkin Microsoft sudah memindahkan fail ini. Sila kunjungi http://www.microsoft.com dan cuba cari Office XP Service Pack.

40 Soalan Yang Biasa Ditanya

Soalan mengenai kamus elektronik

1. Saya ingin menaipkan perkataan untuk mencari makna pada kamus elektronik tetapi mengapa kamus elektronik saya “hilang” dan tidak terdapat pada skrin? Anda telah menyembunyikan kamus elektronik sebelum ini. Sila membukanya semula dengan dwiklik ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”.

2. Saya ingin menggunakan “CheckAnywhere”. Mengapa makna perkataan tidak dipaparkan selepas saya serlahkan perkataan tersebut? Terdapat dua kemungkinan: • Anda belum mengaktifkan “CheckAnywhere”. • Perkataan yang anda serlahkan itu terlalu banyak. Kamus elektronik dan “CheckAnywhere” direka cipta untuk mencari makna perkataan dan frasa pendek. Ia tidak dapat memproses ayat yang panjang. Cuba memendekkan perkataan atau frasa anda.

3. Saya ingin kotak dialog pencarian sentiasa berada pada skrin dan tidak menutup secara automatik. Bagaimanakah caranya? Sila klik “pin” yang ada pada kiri atas Kotak Dialog Pencarian. Ini akan menetapkan posisi Kotak Dialog Pencarian supaya ia sentiasa dipaparkan pada skrin.

4. Bagaimana untuk menghapuskan semua rekod yang berada pada sejarah kamus elektronik? Anda boleh menghapuskan semua rekod dalam sejarah kamus elektronik dengan menggunakan fungsi “Buang Sejarah”. Sila tekan butang kanan tetikus pada ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”, dan klik “Buang Sejarah” pada menu timbul.

5. Kenapa kamus elektronik akan muncul setiap kali saya buka komputer? Ini adalah kerana fungsi Auto Mula kamus elektronik anda telah diaktifkan. Untuk menutupkan Auto Mula, sila tekan butang kanan tetikus pada ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”, dan klik “Auto Mula” pada menu timbul.

Komponen Dewan Eja Pro®

www.dewaneja.com Terbitan Bersama:

The Name Technology Sdn. Bhd. 366217-M No. 4B, Jalan SS 4C/5, 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, Malaysia t 03 7803 2170 f 03 7803 2175 e sales@tntsb.com www.dewaneja.com

Terbitan Bersama:

© 1996-2005 Dewan Bahasa dan Pustaka © 1996-2005 The Name Technology Sdn. Bhd.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful