1.0 1.

1

PENGENALAN KELAS BERCANTUM

Latar belakang dan konsep kelas bercantum Setiap murid di negara ini perlu diberikan peluang untuk memperoleh pendidikan selaras dengan pendemokrasian pendidikan. Oleh sebab terdapat banyak sekolah kurang murid di pedalaman, kelas bercantum diadakan. Bilangan murid di sekolah-sekolah ini adalah minima dan tidak mencukupi untuk dijadikan sebuah kelas biasa. Walau bagaimanapun, sekolah kurang murid tidak boleh ditutup oleh kerana setiap kanak-kanak di negara ini perlu diberikan akses kepada kemudahan persekolahan di tempat yang berhampiran dengan kediaman mereka. Di samping itu, bilangan guru di sekolah-sekolah tersebut juga adalah sedikit dan dengan itu, perlu mengajar lebih daripada satu kelas pada masa-masa tertentu. Sejarah kelas bercantum telah bermula sejak penjajahan British di negara ini dimana ia dikenali sebagai Multiple Class Teaching. Multiple Class Teaching dijalankan di Lower Primary School ketika itu oleh sebab keadaan bilangan guru yang sangat minima dan kemudahan asas seperti bilik darjah dan papan tulis tidak mencukupi. Konsep kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam.

1.2

Definisi kelas bercantum Kelas yang mana seseorang guru mengajar lebih daripada satu kelas yang mempunyai murid-murid yang berbeza umur dan tahun persekolahan pada masa yang sama. Ciri-ciri kelas bercantum a) Kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja. b) Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan c) Bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa dibuka. d) Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas. e) Strategi pengajaran & pembelajaran berbeza dpd kelas biasa. Kepentingan kelas bercantum Kelas bercantum yang diwujudkan di sekolah-sekolah kurang murid khususnya dapat mengatasi masalah bilangan murid-muridnya tidak mencukupi untuk dijadikan satu kelas tunggal. Sehubungan itu, semua murid yang tinggal di kawasan pedalaman mendapat peluang untuk bersekolah di tempat sendiri walaupun sekolah berkenaan mempunyai bilangan murid yang terlalu sedikit. Sekolah-sekolah di pedalaman mempunyai hambatan daripada aspek kemudahan asas, infrastruktur dan kewangan. Oleh yang demikian, kelas bercantum boleh meminimakan kekurangan berkenaan dengan perkongsian penggunaan yang maksima.

1.3

1.4

2 Tajuk : Penyusunan bilik darjah kelas bercantum Kerja-kerja mengelola dan mengurus kelas-kelas bercantum memerlukan banyak persediaan dan pendekatan yang mahir daripada pihak guru. c. 1988). Bagi menjamin wujudnya suasana pembelajaran yang menggalakkan adalah mustahak bagi guru memberi pertimbangan sewajarnya kepada aspek pengurusan bilik darjah.” (UNESCO. e.0 PENGELOLAAN DAN PENGURUSAN KELAS BERCANTUM 2. Guru-guru yang mengajar di kelas bercantum bolehlah menggunakan kebijaksanaan mereka memikirkan cara-cara yang sesuai dan praktikal bagi menyediakan bilik darjah kelas bercantum.2. b. Tujuan bahagian ini adalah untuk memberi satu gambaran mengenai aspek-aspek pengelolaan dan pengurusan kelas bercantum yang dipertimbangan supaya boleh menimbulkan suasana pengajaranpembelajaran yang berkesan. kelas perlu dicantum. 2 . satu-satu kelas bercantum itu mempunyai murid-murid yang berlainan umur dan pencapaian akademik yang berbeza. Bilik-bilik darjah yang terdapat di sekolah-sekolah bukanlah dibina khas untuk mengajar murid-murid dalam situasi “bercantum”. Sebagaimana kita sedia maklum. Seelok-eloknya satu kelas bercantum tidak melebihi 20 orang murid.1 Tajuk : Komposisi Dalam Kelas Bercantum Kelas bercantum “sebagai satu bentuk pengajaran yang mana seorang guru mengajar murid-murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu gred di dalam sebuah bilik darjah. misalnya darjah satu dan dua atau darjah dua dan tiga. Kalau bilangan guru mencukupi. Kalau bilangan guru tidak mencukupi dan bilangan murid adalah 10 orang atau kurang. Maka komposisi dalam kelas bercantum hanya berlaku dalam situasisituasi berikut: a. Walau bagaimanapun mungkin terdapat juga percantuman yang berlainan : misalnya di sekolah-sekolah yang mana bilangan gurunya mencukupi. d. Kalau enrolmen tahun / darjah berkenaan ada 10 orang murid atau lebih. 2. darjah satu dan darjah enam sengaja tidak dicantumkan kerana difikirkan darjah satu itu memerlukan perhatian seorang guru khas untuk menanam pelajaran asas yang kukuh dan darjah enam pula perlu diberi persediaan yang sistematik untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). kelas tidak perlu dicantum. Umur murid-murid dalam satu kelas bercantum perlulah hampir sama dan dari tahap yang sama. kelas tidak perlu dicantum.

Papan flenal.Penyusunan bilik darjah untuk pengajaran-pembelajaran Satu-satu kelas bercantum itu mengandungi murid-murid yang berlainan umur dan pencapaian akademik yang berbeza. Antara lain rekod tersebut hendaklah menunjukkan a) Kedudukan murid-murid dalam tiap-tiap kumpulan dan aktivitiaktiviti yang telah dikendalikan oleh kumpulan tersebut. b) Sudut-sudut tertentu hendaklah disediakan untuk semua mata pelajaran dan juga untuk aktiviti pemulihan. d) Selain daripada itu. Tikar / linolium iv.3 Tajuk : Penyimpanan Rekod Dalam situasi kelas bercantum yang mana murid-murid terlibat dalam aktiviti yang berlainan. rehat. c) Kerusi-meja elok disusun semula dari semasa ke semasa untuk menyesuaikannya dengan situasi pengajaran-pembelajaran yang berlainan. c) Rekod kemajuan murid-murid dalam bentuk markah dan / atau gred. 2. ada masanya beliau terpaksa mengajar murid-murid secara kelas. Dawai-dawai yang diregang untuk menggantung bahanbahan / hasil kerja murid vi. b) Aktiviti-aktiviti yang telah dikendalikan oleh murid-murid secara individu. ada masanya perlu diberi bimbingan secara perseorangan. Papan tulis bergerak. Situasi ini memerlukan guru kelas tersebut mengajar dengan menggunakan pendekatan-pendekatan dan kaedahkaedah yanlg berbagai corak misalnya. Ini juga dapat membantu guru mengawal semua yang berlaku dan memberi panduan dan bimbingan kepada murid-murid bila perlu. Oleh yang demikian. permainan dan sebagainya. dan ada masanya pula beliau menggabungkan kesemuanya. d) Rekod pemindahan murid-murid satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain. bacaan. penyusunan kerusi-meja dalam satu-satu kelas bercantum itu perlulah diubahsuaikan dengan kaedah pengajaran yang berbeza-beza dan yang boleh memberi peluang kepada murid-murid menyertai berbagai-bagai aktiviti pembelajaran. iii. Walau bagaimanapun. Bilik setor untuk penyimpanan barang. v. 3 . perlulah difikirkan bahawa contoh-contoh ini tidaklah menyeluruh dan mungkin ada lagi penyusunan lebih sesuai yang boleh dipertimbangkan. rekod murid yang teratur dan kemas kini hendaklah disediakan. Dalam penyusunan bilik darjah beberapa garis panduan bolehlah dirumuskan untuk panduan guru: a) Kerusi meja hendaklah disusun dengan sempurna supaya guru dapat melihat murid-murid dari mana-mana tempat dalam bilik darjah. ada masanya secara kumpulan. ii. Beberapa contoh penyusunan kerusi meja telah diberi dalam Buku Panduan Guru Kelas Bercantum PPK. Tempat penyimpan / pameran beroda. perlulah difikirkan juga kemungkinan mengadakan kemudahan-kemudahan lain seperti : i.

Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu. kerana tiap-tiap murid mempunyai daya tanggapan. murid-murid tidak dapat peluang belajar sepenuhnya. 3. Guru hendaklah lebih menitikberatkan keperluan kumpulan yang lemah ini. Dalam keadaan yang demikian perlulah dipastikan kelas-kelas bercantum dipertanggungjawabkan kepada guru-guru terlatih dan berpengalaman sahaja. Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut : (a) (b) (c) (d) (e) (a) Kumpulan Sama Kebolehan Kumpulan Pelbagai Kebolehan Kumpulan Tahun Persekolahan Kumpulan Sosial Kumpulan Individu Kumpulan Sama Kebolehan Kumpulan yang sama kebolehan ini dikenali sebagai kumpulan akademik. Dalam situasi pengajaran secara kelas. Ini sudah tentu memerlukan arahan-arahan daripada guru darjah setiap masa untuk membolehkan murid-murid memahami dan mengikut pengajarannya. imaginasi.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum Kebanyakan kerja-kerja di sekolah rendah dijalankan di dalam bilik darjah dan kebanyakan masa belajar murid-murid dihabiskan bersama gurunya. Pembahagian murid-murid kepada kumpulan-kumpulan yang lemah. Pelajaran seperti matematik dan bahasa amatlah sesuai diajar mengikut kumpulan ini. Oleh itu muridmurid di bawah jagaannya lebih sesuai dibahagikan kepada kumpulankumpulan kecil. minat dan konsentrasi yang berbeza-beza walaupun mereka dalam kumpulan umur yang sebaya. Di sekolah-sekolah yang ada kelas bercantum mungkin terdapat seorang dua guru yang tidak terlatih.0 PENGURUSAN KURIKULUM 3.1. Cara pembahagian begini akan lebih cenderung membawa kepada bilangan murid-murid dalam kumpulan sederhana adalah lebih ramai daripada murid-murid dalam kumpulan cerdas dan lemah.1 Tajuk : Pengelolaan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum Kerja-kerja mengelola kelas-kelas bercantum banyak memerlukan persediaan dan pendekatan yang mahir daripada pihak guru. Tujuan bahagian ini adalah untuk memberi satu gambaran mengenai aspekaspek pengelolaan kelas bercantum yang perlu dipertimbangkan supaya dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 4 .3.

i. Kumpulan mengikut kebolehan Cantuman kelas Tahun 2 dan 3 Lambat Sederhana Cerdas 5 .

dalam tiap-tiap kumpulan itu nanti terdiri daripada muridmurid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti. ada penulis dan ada juga yang aktif dalam kerja-kerja praktikal. Biasanya kumpulan ini dibentuk untuk menjalankan satu-satu projek.CANTUMAN KELAS : CANTUMAN TAHUN 2 DAN 3 KAEDAH KUMPULAN SAMA KEBOLEHAN PAPAN TULIS M Gu eja ru SUDUT PEMBELAJARAN SUDUT PEMBELAJARAN A B SUDUT BACAAN C SUDUT PAMERAN PETUNJUK:TAHUN 2 TAHUN 3 KUMPULAN A Tahun 2 dan 3 yang lambat KUMPULAN B Tahun 2 dan 3 yang sederhana KUMPULAN C Tahun 2 dan 3 yang cerdas (b) Kumpulan Pelbagai Kebolehan Kumpulan ini terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan. 6 . Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat. ada yang pandai membaca. ada yang pandai melukis. Oleh itu kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan dapat menghasilkan kerja projek yang berjaya. Kalau murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan ini. Lembaran kerja pula disediakan mengikut kebolehan individu.

M u r id T a h u n 2 or rh aa nn g a. Setiap darjah ada kumpulan . M u r id T a h u n 3 an c ey rd ag s la m b a t 4 o ra n g . M u r id T 5 ao ang s e d e rh nra 2 . s e4 de 2 . 2 .    lambat sederhana cerdas 7 . M u r id T a h u n 3  c e rd a s y a n g t e r la lu la m b a t 1 o r a n g . M u r id T a h u n 2 y a n g la m b a t  s e d e rh a n a 2 o ra n g .  la m b a t K u m p u la n S e d e rh a n a  K u m p u la n C e rd a s  la m b a t 1 . Sesuai bagi kemahiran yang berbeza. M u r id T ya n g ce c e rd a s 2 o ra n g ahun 3 . (c) Kumpulan Tahun Persekolahan Guru mengajar satu tahun tertentu. la m b a t     1 . ahun 2 rd a s . manakala masa yang sama kumpulan tahun persekolahan lain melakukan kerja sendiri.C o n to h : C a n tu m a n K e l a s T a h u n M e n g ik u t K e b o le h a n 2 d an 3 Tah un 2 8 o ra n g K u m p u la n p e lb a g a i k e b o le h a n T ah un 3 1 0 o ra n g C a n tu m a n Ta 2 dan 3 Jh uu m nl a h 18 o ra n g K u m p u la n L am b at 1 .

Dua papan tulis. Jenis-jenis aktiviti yang dibuat biasanya termasuklah permainan. Sekatan antara kelas digunakan sebagai ruang pameran hasil kerja murid. 8 . Di sini kanakkanak diberi peluang memilih kumpulan-kumpulannya sendiri. Murid mengikut kumpulan. 3. 2. A = Kumpulan lambat B = Kumpulan sederhana C = Kumpulan cerdas Tahun 3 Tahun 2 (d) Kumpulan Sosial Kumpulan ini berbeza dengan Kumpulan Aktiviti dan Kumpulan Pelbagai Kebolehan kerana kumpulan ini dibentuk berdasarkan kepada penyesuaian kanak-kanak itu sendiri. bergilir.Guru mengajar mengikut darjah secara lembaran kerja untuk semua kumpulan. Sediakan P e n g e n d a lia n K e la s s s e e c c a a rr a a K K a a e e d d a a h h D a r ja h // T T a a h h u u n n P e r s e k o la h a n G U R U g u r u m s e c a r a e n g a ja r b e r g ilir T A H U N 2 T A H U N 3 k u m p u la n k u m p u la n A B C A B C Pengendalian Kelas Bercantum Kaedah Darjah / Tahun Persekolahan papan tulis Meja guru papan tulis Ruang pameran hasil kerja murid A B C Ruang pembelajaran Catatan : A B C Ruang pembelajaran Ruang bacaan Petunjuk: 1.

kaedah pengajaran kumpulan perlu dititikberatkan.2 Rancangan Pengajaran 3. Sukatan Pelajaran tersebut perlu diubahsuai supaya selaras dengan kehendak murid-murid dalam kelas bercantum. Guru-guru yang terlibat dalam kelas bercantum perlu sedar sukatan pelajaran yang disediakan oleh PPK adalah untuk kegunaan kelas biasa.2. Guru yang mengajar kelas bercantum Tahun 4 dan 5 perlu meneliti isi kandungan sukatan pelajaran bagi kedua-dua tahun tersebut dan membuat penyesuaian bagi setiap mata pelajaran supaya dapat diajar serentak. 9 . Guru mengambil kesempatan untuk membimbing secara individu. 3. drama atau pelajaran bercorak rekreasi dan kerehatan.1 Pengubahsuaian Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Guru perlu mengubahsuai jadual waktu supaya mata pelajaran berkenaan dapat diajar dengan serentak.pelajaran muzik. (rujuk Rancangan Pengajaran Harian) Mata pelajaran dan tajuk yang sama boleh diajar serentak mengikut prinsip-prinsip kelas bercantum. Namun jika dua tajuk berlainan terpaksa diajar pada satu masa. (e) Kumpulan Individu Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.

2 ..GABUNGAN KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK KEMAHI RAN NOMBOR YANG SAMA Bil. 3 . C a t a t a n : ..K a e d a h in i s e s u a i d ip r a k t ik k a n k e b o le h a n m u rid d ik e t a h u i s e b e lu m . 10 . 1 2 Tahun 1 Nombor 11-10 Tahun 2 Nombor kurang 300 Tahun 3 Nombor kurang 700 PENGGUNAAN MASA KAEDAH DARJAH / TAHUN PERSEKOLAHAN C o n to h MASA : TAHUN 2 TAHUN 3 Kerja sendiri Guru Menajar Guru P15 E Nminit GURUSAN M A S A KMengajar A EDAH KELAS 15 minit M A SA Kerja sendiri TAHUN 2 TA H U N 3 Catatan : Kaedah apabila 2 0 m in it ini sesuai dipraktikkan G u ru m e n g a ja r cantuman kemahiran tidak dapat dicantumkan 4 0 m in it M u r id m e m b u a t a k t iv it i S e t 1 .A p a b ila k e m a h ira n y a n g s a m a d ia ja r .

2. c) ia sebagai panduan berkenaan kemajuan dan prestasi sesorang murid. e) sebagai panduan dan membantu guru-guru lain yang mengambil alih mengajar sesuatu darjah. Rancangan Pengajaran Harian sangat penting kerana a) b) ia sebagai satu rujukan persediaan pelajaran harian. ia dapat menentukan kemajuan sesuatu kelas dalam pelbagai mata pelajaran.P Bil.256/1961. 11 .2 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Kelas Bercantum Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi guru berdasarkan surat pekeliling K. Rancangan Pengajaran Harian terus dianggap sebagai rujukan penyediaan pelajaran harian tetapi lebih menekankan kepada pendekatan yang menyeluruh dan saling berkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan. d) dapat menyemak tugasan-tugasan yang sudah atau belum selesai dalam rancangan untuk setahun.3.

Menyusun atur digit nombor mengikut rumah dalam proses penambahan. Objektif : Objektif KBKK Nilai Murni PSA : : : 12 . Tahun 2 Menambah sebarang dua nombor dua digit dan satu digit dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100. Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat a) menambah sebarang dua nombor dua dua digit dan satu digit tanpa mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100. tanpa mengumpul semula. teliti Tahun 1 Murid dapat menambah sebarang nombor 2 digit & 1 digit dalam lingkungan 50. Tahun 2 Murid dapat menambah sebarang nombor 2 digit & 1 digit dalam lingkungan 50. Mengamalkan semangat bekerjasama. dengan mengumpul semula. b) menambah sebarang dua nombor dua digit dan satu digit dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KELAS BERCANTUM MATEMATIK TAHUN 1 DAN 2 Mata Pelajaran Cantuman Kelas Bilangan murid Masa Kaedah Tajuk Kemahiran : : : : : : : MATEMATIK Tahun 1 dan Tahun 2 Tahun 1 – 10 orang Tahun 2 – 10 orang 60 minit Kelas dan Tahun Tambah dalam lingkungan 100 Tahun 1 Menambah sebarang dua nombor dua digit dengan satu digit tanpa mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.

Langkah (masa) Set Induksi (5 minit) Aktiviti Guru bersoaljawab dengan murid tentang i) jumlah murid-murid Tahun 1 ii) jumlah murid Tahun 2 iii) jumlah keseluruhan murid Tahun 1 dan Tahun 2 (dengan cara membilang/guna operasi “+” dalam bentuk lazim) Guru menunjukkan bagaimana menambah sebarang dua nombor dua digit dan satu digit tanpa mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100. 13 . Guru memilih murid secara rawak untuk membuat latihan di papan tulis. 1) 82 + 6 8 2 + 6 ______ 2) 88 + 5 8 8 + 5 _______ Catatan Kaedah kelas Langkah 1 (15 minit) Murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2 belajar bersama secara kelas. Contoh: 1) 63 + 5 = ////////// ////////// ////////// ////////// ////////// ////////// ////////// + ///// = ////////// ////////// ////////// ////////// ////////// //// ///////// berdasarkan contoh di atas guru menunjukkan cara menulis dalam bentuk lazim Pu Sa 6 4 6 4 + 5 atau + 5 _______ _______ Guru menekankan setiap pengiraan dalam bentuk lazim dimulakan dari rumah Sa. Guru beri 1 contoh serupa lagi.

Kaedah kelas Kaedah darjah Beri pengayaan (lembaran kerja) Penutup (5 minit) Guru menanyakan murid apakah yang dipelajari hari ini untuk rumusan Bagi satu contoh penambahan dalam bentuk lazim 14 . Murid membuat kerja dalam kumpulan kebolehan (lembaran kerja) Guru semak bersama murid.Langkah II (15 minit) Tahun 1 Tahun 2 Catatan Murid-murid Guru mengajar membuat lembaran bagaimana menambah kerja sebarang dua nombor dua digit dan satu digit dengan mengumpul semula. Pu Sa 2 7 3 6 + 5 + 6 _______ ______ guru ulang dengan contoh serupa. hasil tambah tidak lebih daripada 100 contoh: 46 + 5 = ////////// ////////// ////////// ////////// ////////// + ///// = ////////// ////////// ////////// ////// ////////// / tunjuk cara pengiraan dalam bentuk lazim. Langkah III (20 minit) Guru dan murid hasil kerja bersama.

2. Sebaik-baiknya gabungan 2-3 waktu untuk satu mata pelajaran secara berterusan terutama mata pelajaran teras. Guru boleh menyediakan sendiri atau mendapatkan bahan tersebut dari Pusat Kegiatan Guru sekiranya ada. Jadual waktu boleh juga disusun bagi mata pelajaran yang berlainan tetapi pendekatan dan kaedah pengajaran guru perlu diubahsuai mengikut aktiviti yang hendak dikemukakan. 15 . 3. Tumpuan perlu diberikan kepada mata pelajaran asas iaitu Bahasa Melayu bagi SK/SRK. Bahan-bahan boleh digunakan tanpa pengawasan guru. Matematik. kit pembelajaran dan bahan-bahan pengajaran guru sendiri. Bahasa Inggeris dan Sains. (Rujuk Lampiran 6 : Jadual Waktu) 3. Terdapat juga syarikat-syarikat penerbitan yang menghasilkan kad-kad berkenaan untuk dijual ke sekolah-sekolah. Jadual waktu disusun pada waktu yang sama bagi mata pelajaran yang sama mengikut kelas yang dicantumkan. Kad kerja merupakan lembaran kerja yang disediakan dalam bentuk kad atau kertas yang seragam saiznya.2 Jenis-jenis dan sumber bahan bantu mengajar Antara bahan bantu mengajar yang boleh digunakan untuk kelas bercantum ialah kad kerja. Bahasa Tamil dan Bahasa Cina bagi SRJK.3 Pengurusan Jadual Waktu Jadual waktu hendaklah disusun mengikut masa yang diperuntukkan untuk sesuatu mata pelajaran. Kad kerja hendaklah diletakkan di tempat atau sudut yang mudah diakses oleh murid-murid setiap masa. Hal ini penting kerana murid-murid boleh menggunakan bahan-bahan yang disediakan bila guru mereka mengajar kelompok tahun persekolahan yang lain.1 Garis Panduan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar untuk kelas bercantum (a) (b) (c) (d) Tajuk-tajuk yang dipilih hendaklah sesuai dijadikan bahanbahan pengajaran sendiri. Bahan-bahan disediakan secara bersiri yang disusun mengikut turutan supaya murid boleh menggunakan berdasarkan kebolehan dan tahap penguasaan masing-masing. Bahasa yang digunakan perlu diselaraskan dengan kebolehan murid-murid. Sebaik-baiknya hanya 5 mata pelajaran sehari.3.3.3 Bahan Bantu Mengajar Kelas Bercantum Guru-guru yang mengajar kelas bercantum perlu menyediakan banyak bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai untuk digunakan dalam kelas bercantum.3. 3.

RUJUKAN Anthony Candia. Small Group Work in the Classroom. ____________ ( 1982). guru juga dapat menggunakan inisiatif dan kreativiti masing-masing bagi menyediakan bahan mereka sendiri.4 Penilaian Penilaian untuk murid-murid kelas bercantum adalah penting untuk mengukur pencapaian murid-murid berkenaan. Pedagogi 2.Kit pembelajaran terdiri daripada satu kit yang mengandungi kad-kad kerja. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1980 . (1989). Kuala Lumpur. 16 .pindaan. (b) Semakan untuk tugasan kumpulan / individu boleh dlakukan dengan kerjasama murid di dalam kelas. (d) Ujian diagnostik yang dapat mengenalpasti kelemahan / penguasaan murid-murid. Walau bagaimanapun. Sehubungan itu. Berikut ialah cara-cara menilai murid-murid kelas bercantum . Buku Panduan Khas Kelas Bercantum Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Asmah bt. Kementerian Pelajaran malaysia. pita kaset. bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Guru-guru dapat menggunakan kit ini dengan mudah berdasarkan modul atau manual penggunaan yang disertakan. (1994). Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989). gambar slaid. radas dan bahan-bahan berkaitan. carta. Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Kelas Bercantum. Mok Soon Sang. Siri Pendidikan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran: Siri Pendidikan Perguruan Kumpulan Budiman sdn. Panduan Kelas Bercantum. Kit dibekalkan oleh syarikat-syarikat tertentu atau agensiagensi kerajaan. guruguru yang mengajar kelas bercantum dapat mengenalpasti kekuatan dan kekurangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Hj Ahmad. guru perlu peka kepada aspek-aspek seperti tajuk pengajaran. bahasa dan lembaran kerja yang bersesuaian dengan kebolehan murid-murid mereka dan berpandukan sukatan pelajaran. 1982). (1992). Jilid 5 Pengurusan Bilik Darjah. (a) Pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah. Selain daripada kedua-dua bahan bantu di atas. (c) Ujian-ujian formal untuk menguji pencapaian murid-murid berkenaan. Siri Pendidikan Logman. (1982). (Curriculum Branch Education Department of Western Australia). Pusat Perkembangan Kurikulum.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful