P. 1
SEPANYOL DI FILIPINA..

SEPANYOL DI FILIPINA..

|Views: 4,591|Likes:
Published by miss iera

More info:

Published by: miss iera on Apr 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/09/2015

pdf

text

original

Selepas Sepanyol menjajah Filipina maka berlaku perubahan dalam sistem sosial

masyarakat. Kemasukan para pedagang luar dari Eropah dan China, lahirlah masyarakat

majmuk di Filipina dan lahirlah golongan elit dalam masyarakat majmuk ini seperti

mestizo Cina, mestizo Sepanyol, indio dan generasi Sepanyol yang lahir di kepulauan

Filipina. Kewujudan mereka maka, lahirlah golongan elit tempatan yang muncul secara

perlahan-lahan sejak pertengahan abad ke-18. Mereka ini golongan terpelajar dalam

sosiobudaya di Filipina. Pedagang-pedagang China ini berkahwin dengan masyarakat

Filipina maka muncullah masyarakat baru di Filipina. Masyarakat ini menguasai sistem

politik dan ekonomi. Hal boleh dibuktikan dalam sistem ekonomi seperti yang dikatakan

oleh seorang pengarang Sepanyol yang telah menulis bahawa selepas 1800 semua tanah

bumiputera telah diambil oleh orang mestizo.31

Mereka ini telah berjaya menempatkan diri

dalam sistem sosial kerana peranan yang mereka mainkan dalan sistem ekonomi dan

politik. Disebabkan mereka pandai bergaul dengan masyarakat tempatan maka mereka

dihormati dan kebanyakan daripada mereka mempunyai tanah-tanah, lantaran itu dengan

adanya tanah ini, mereka telah menggunakannya untuk sektor pertanian.

31

Orang mestizo adalah mereka yang berbapakan orang Cina “ biasanya beragama Kristian, sama ada
terpengaruh dengan agama atau kerana kemudahan berniaga dan beribukan masyarakat Filipina ” mereka
ini merupakan masyarakat campuran biasanya orang Cina dengan masyarakat tempatan. Mestizo Sepanyol
adalah hasil perkongsian hidup antara orang sepanyol dengan orang Filipina atau orang India Mexico atau
orang Cina dengan masyarakat tempatan. Orang Sepanyol yang lahir di Filipina atau Mexico dikenali
sebagai Creole. Mereka ini berjaya menempatkan diri dalam system social dan dihormati. Kewujudan
mereka membangkitkan semangat nasionalisme.

16

Dilihat dalam sistem politik, mereka juga mempunyai petempatan sendiri akibat

kebanjiran mereka di Filipina, lantaran itu kerajaan Sepanyol membuat satu dasar dengan

mengelompokkan mereka di kawasan baru yang dikenali sebagai Parian, iaitu sekarang

ini terletak di selatan daerah Ermita di Manila.32

tujuan pengelompokan ini adalah

memudahkan golongan Cina ini mentadbir masyarakat mereka, selepas mereka diberi hak

berpolitik, Sepanyol merasa terancam dan sistem baru diperkenalkan iaitu membenarkan

penglibatan golongan ini dalam pentadbiran kerajaan. Buktinya kerajaan telah memilih

wakil Cina khususnya yang beragama Kristian untuk menjadi wakil dan jurucakap bagi

pihak masyarakat Cina. Wakil ini akan menjadi Gabenor dan digelar sebagai Kapitan.

Tidak semua golongan ini adalah golongan pedagang yang kaya. Majoriti dariapada

mereka merupakan golongan artisan seperti membina, tukang kayu, tukang besi, tukang

kasut dan sebagainya. Seterusnya golongan ini menjadi kaya dan menyebabkan kerajaan

Sepanyol cemburu dan takut. Lantaran itu, mereka telah berbahas sama ada untuk

membenarkan mereka ini terus menetap di Filipina ataupun dihalau keluar. Hal ini

kerana, mereka menganggap golongan Mestizo China akan memberi pengaruh yang

buruk kepada masyarakat Kristian Filipina. Akan tetapi, motif utama mereka untuk

mengusir golongan ini adalah mengelakkan golongan ini daripada terus memonopoli

perdagangan dan industri di Filipina.33

Kesimpulannya, maka lahirlah masyarakat baru yang akhirnya akan menjadi

sebahagian daripada sistem pentadbiran Filipina. Kewujudan masyarakat baru di Filipina

adalah kesan daripada sistem ekonomi yang dilaksanakan oleh Sepanyol, hal ini kerana

mereka telah menjalankan perdagangan di pelabuhan tersebut dan membuka jalan kepada

32

Sekarang petempatan ini masihb lagi wujud khususnya di sempadan sungai Pasig mungkin di sekitar
Quiapo atau daerah Santa Cruz sekarang. Jose S. Aralla, S. J, An Introduction To Philippine History,
Manila: Ateneo Publications Loyala Height, 1971, hlm. 41-42.

33

Ibid, hlm. 42-43.

17

golongan Mestizo China untuk tinggal dan menetap di Filipina. Kewujudan mereka inilah

yang menyebabkan bangkitnya semangat kesedaran dalam kalangan rakyat tempatan

membebaskan diri daripada dijajah oleh Sepanyol. Perubahan status sosial berlaku iaitu

daripada kelas pertengahan menjadi kelas atasan. Kebanyakan mereka ini adalah

golongan yang berpendidikan seperti Jose Rizal.

2.5 Pengaruh Agama Kristian di Filipina

Filipina merupakan negara Asia Tenggara yang pertama yang beragama Kristian melalui

pemerintahan Sepanyol. Kesan agama Kristian dari segi rohani sukar untuk dinilai.

Perkara ini dapat dilihat apabila rakyat Filipina menerima agama Kristian secara memilih

bukan secara sepenuhnya, seperti sambutan mereka terhadap aspek-aspek lain dalam

sistem pemerintahan Sepanyol. Misalnya, perbuatan rakyat Filipina menyimpan orang

(hamba) adalah salah disisi agama, oleh itu mereka mematuhi undang-undang tersebut.

Mereka masih taat kepada ajaran lama mereka yang telah menjaga dan membela nenek

moyang mereka.34

Oleh kerana bilangan mubaligh-mubaligh katolik ini tidak ramai, maka

sebahagian besar penduduk Filipina hanya diajar amalan-amalan dan upacara-upacara

agama sahaja. Selepas penaklukan Filipina, pihak agama dan kerajaan tetap bergantung

antara satu sama lain iaitu kerajaan membantu pihak agama dari segi penyebaran agama

kristian dan menolong memperkukuhkan kuasa politik mereka di Filipina.35

Sebelum kedatangan Sepanyol di Filipina, rakyatnya percaya kepada kepercayaan

animisme dan menyembah alam iaitu amalan ritual. Mereka ini tidak mempunyai rumah

berhala dan bangunan-bangunan agama dan tidak terdapat badan-badan agama yang

34

Onofre D. Corpuz, The Philipines, Prentice-Hall, Inc Englewood Cliffs, New Jersey : 1965, hlm,41-42.

35

D.G.E. Hall; Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor : 1981, hlm, 298.

18

teratur. Bangsa Filipina tidak mempunyai agama rasmi dan sebuah badan paderi. Mereka

bercakap tentang Tuhan Maha Kuasa yang mencipta dunia dan tuhan itu mereka namakan

Bathala.36

Walaupun mereka ini percaya kepada kepercayaan animisme, mereka percaya

kepada kehidupan selepas mati bagi orang-orang yang baik.37

Tujuannya ialah supaya di

dunia yang lain itu dia mempunyai alat-alat untuk pergi ke laut.38

Selepas kedatangan Sepanyol cara kehidupan rakyat Filipina berubah, kehidupan

mereka menjadi teratur dan tersusun. Perubahan yang paling mendalam ialah perubahan

agama. Kebanyakan penduduk yang memeluk Kristian menjadi rakyat yang taat setia.

Hal ini kerana mereka tertarik akan agama Kristian kerana tertarik akan pertunjukan lahir

dan upacara keagamaan dan bukannya terhadap rahsia-rahsia rohaninya. Lantaran itulah,

Sepanyol memutuskan untuk menempatkan semula penduduk Filipina. Dengan ini ajaran

agama Kristian dapat diajar dan memudahkan paderi menyampaikan ajaran Kristian

kepada penduduk Filipina. Misalnya petempatan semula ini terdiri daripada 2,400 hingga

5,000 orang penduduk. Akibat penempatan semula penduduk, kerajaan Sepanyol dapat

membentuk sebuah negeri berpolitik pusat seterusnya memudahkan kerajaan untuk

mengutip cukai dan perdagangan antara pulau dapat digalakkan. Akhirnya muncul

bandar-bandar moden di Filipina akibat penempatan semula penduduk. Para mubaligh

menemui pekan di Filipina. Mereka mengorganisasikan pekan (pueblos) yang baru.39

36

Bathala begitu agung sehingga mereka tidak berani memujanya. Sebaliknya mereka memuja menteri-
menteri Bathala, dewi-dewi kecil di gunung-gunung dan gua-gua, hutan dan anak sungai, pokok, batu-batu
besar, laut matahari dan bulan. Dewata yang baik ialah nenek moyangnya, dewata yang jahat adalah
musuh-musuhnya yang telah mati.

37

Cara pengebumian mereka dengan dikebumikan sekali segala harta kekayaan seperti emas dan barang-
barang tembikar. Sekiranya yang mati itu adalah penghulu segala hamba-hambanya akan dibunuh dan
ditanam bersama-sama dengan kapal yang dilayarinya.

38

Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Fajar Bakti, Kuala Lumpur : 1971, hlm, 180.

39

Sebanyak 385 pekan yang dijumpai oleh Augustinian dan akhirnya dijadikan penempatan tetap, seperti
Arevelo, Dumangas, Pototan, Miagao, Barotac, Nuevo, Duenas, Jaro, Calumpit, Pasig, Malolos, Lingayen,
Lemery, Taal, Arayat, San Isidro dan San Miguel de Mayumo. Sementara itu Franciscan menemui kurang
233 pekan seperti di Laguna, Lumbang dan sebagainya. Jesuit menjumpai 93 pekan dan Dominican
sebanyak 90 pekan.

19

Lantaran itu, para mubaligh mendirikan gereja sebagai simbolik agama Kristian. Mereka

membina bangunan kerajaan dan rumah residen.40

Melalui kemasukan agama Kristian, para mubaligh menghapuskan sistem

perhambaan. Mereka tertarik akan agama ini bila diberitahu bahawa permandian dapat

menyembuhkan penyakit. Mereka juga tertarik dengan upacara pembaptisan, mereka ini

mengikuti amalan-amalan agama katolik iaitu sembahyang pada hari ahad, menerima

perjanjian suci dan tidak berbuat dosa, terutamanya dosa besar. Di antara tujuh perjanjian

suci, hanya upacara permandian, penebusan dosa, perjamuan malam suci dan

perkahwinan sahaja yang diterima oleh masyarakat Filipina.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->