1.

0 Pengenalan Fokus utama kehendak soalan adalah menganalisakan hubungan sosial-politik antara Sepanyol dan Filipina pada kurun ke-19. Menganalisa merujuk kepada sesuatu perkara yang perlu dihuraikan seperti keadaan, masalah, persoalanan untuk mengetahui pelbagai aspek secara terperinci.1 Di sini kami lebih memberi penekanan tentang bagaimana sistem sosial masyarakat Filipina telah dipengaruhi dengan sistem yang dilaksanakan oleh Sepanyol. Seterusnya ia turut membentuk satu sistem politik yang telah berasimilasi dengan pentadbiran penjajah dan tempatan iaitu sistem pentadbiran Sepanyol dan Filipina. Struktur politik ini berubah akibat daripada sosial masyarakatnya. Fenomena ini berlaku apabila Sepanyol ingin menyebarkan agama Kristian di Filipina. Republik Filipina ialah sebuah gugusan pulau-pulau yang luasnya lebih kurang 115,600 batu persegi.2 Dalam abad ke-16 gugusan kepulauan ini telah mengalami perluasan kuasa politik dan perluasan kebudayaan Eropah di Asia Tenggara. Sepanyol merupakan kuasa pertama yang menjalankan perluasan kuasa ini di Filipina, hal ini kerana orang Sepanyol datang dari Timur melalui kedua-dua benua Amerika maka pada masa itu Filipinalah yang menjadi pintu masuk ke kawasan ini. Seterusnya jalan tersebut diikuti oleh Amerika untuk menjajah Filipina. 3 Di sinilah berlakunya perubahan dalam hubungan sosial-politik antara Sepanyol dan Filipina pada abad ke-19. Hubungan ini terjadi kesan daripada penjajahan Sepanyol ke atas Filipina pada 1565 sehingga 1898,

1 2

Hajah Noresah bt. Baharom, Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor : 1970. Sejarah pembukaan Filipina terjadi apabila Ferdinand Magellan mendarat di Filipina pada tahun 1521. Mula-mulanya dia mendarat di Pulau Samar dan kemudiaanya berlayar ke Cebu dan Mactan di mana dia terbunuh. Kemudian pada tahun 1542 Raja Charles V dari Sepanyol menghantar sebuah angkatan penjelajah di bawah Ruy Lopez de Vilalobos ke Filipina untuk mendapatkan perdagangan. Angkatannya tidak mendatangkan apa-apa hasil, lalu di beri nama Filipina sempena nama anak maharaja Charles V, Philip. 3 Onofre D. Corfuz, The Phillippines, Prentice-Hall, Inc Englewood Cliffs, New Jersey : 1965, hlm 4.

1

iaitu kira-kira 233 tahun. Nama Filipina diambil sebagai menghormati anak Maharaja Charles V yang bernama Philip yang bakal mewarisi takhta kerajaan Sepanyol.4

Penjajahan Sepanyol di Filipina

Peta Negara Filipina Proses penjajahan Sepanyol ke atas Filipina bermula sejak abad ke-16 lagi dan pada abad ke-17. Filipina merupakan sebuah negara Asia Tenggara yang jatidiri sosiobudayanya berbeza dari negara-negara keindiaan dan kecinaan di rantau Asia Tenggara. Hanya di selatan kepulauan Sulu sahaja yang masih mengekalkan sosio-budaya Islam, satu perkembangan yang Filipina berkongsi dengan dunia Nusantara sebelum kedatangan penjajah Sepanyol. Sebelum kedatangan Sepanyol ke Filipina ini, orang-orang di kepulauan ini mempunyai identiti tersendiri berbanding bangsa-bangsa lain di kawasan
4

D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor : 1981, hlm, 297.

2

Asia Tenggara yang lain. Hal ini kerana mereka tidak menerima sebarang bentuk agama sama ada agama Hindu atau Buddha, sebaliknya mereka bepegang teguh kepada kepercayaan animisme. Sejarah kedatangan Sepanyol di Filipina berdasarkan Persetiaan Saragossa yang ditandatangani di antara Sepanyol dengan Portugal pada tahun 1529 iaitu menjadikan garisan tujuh belas darjah ke timur Pulau Maluku sebagai sempadan kawasan-kawasan pengaruh Sepanyol dengan Portugis. Penaklukan Filipina oleh Sepanyol dicapai tanpa pertumpahan darah. Salah satu sebabnya ialah Philip II tidak mahu pertumpahan darah yang berlaku dalam penaklukan Mexico dan Peru diulangi di Filipina, sebab yang lain pula ialah kecuali dalam kalangan orang Moro di Mindano tidak terdapat kuasa politik yang sebenar-benarnya. Satu badan politik yang ada hanyalah yang dipanggil barangay, tetapi ini adalah satu kumpulan keluarga yang terkecil sahaja. Oleh itu tentangan yang terdapat hanya berlaku pada satu tempat sahaja.5 Ada tiga tujuan utama yang mendorong Sepanyol bagi menjajah Filipina iaitu, pertama untuk memperoleh bahagian dalam perdagangan rempah-rempahan dengan menyaingi Portugis, kedua untuk memperolehi pangkalan bagi kegiatan keagamaan di negeri China dan Jepun dan yang ketiga untuk mengkristiankan orang-orang Filipina. Namun begitu hanya agenda yang ketiga sahaja yang berjaya dilaksanakan. Ini kerana agenda pertama iaitu untuk menguasai perdagangan rempah sudah dimonopoli oleh Belanda di Kepulauan rempah. Manakala agenda kedua gagal kerana Jepun dan China sudah mempunyai pegangan agama yang kuat. Tujuan utama penjajahan Sepanyol di Filipina adalah untuk menyebarkan agama Kristian. Ini disahkan oleh surat wasiat terakhir Ratu Isabella (1474-1504) yang berbunyi:
5

D.G.E. Hall; Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor : 1981, hlm, 296-297.

3

...Tujuan utama negara kita adalah sentiasa untuk menukarkan agama pendudukpenduduk pulau-pulau Hindia dan Terra Firma kepada agama suci kita dan menghantar mereka biskop-biskop, mubaligh dan orang terpelajar yang lain untuk mengajar, mendidik dan melatih mereka supaya bertata-tertib...’6

Kesan daripada penjajahan Sepanyol ke atas Filipina menyebabkan berlakunya perubahan dari aspek sosial-politik masyarakat Filipina. Hal ini kerana Sepanyol telah melaksanakan pelbagai dasar pemerintahannya di Filipina. Di sini terdapat perbandingan sebelum dan selepas penjajahan Sepanyol terutamanya dari aspek sosial dan politik. Namun begitu penjajahan ini juga memberi kesan kepada sistem ekonomi masyarakat Filipina. Budaya yang ingin diserap oleh Sepanyol terhadap Filipina tidak dapat dilaksanakan kerana penduduk Filipina berpegang teguh dengan ajaran lamanya walaupun majoriti penduduknya menganut agama Kristian. Dalam beberapa hal corak Eropah itu hanya diletakkan di atas sahaja, misalnya sistem encomienda di atas corak barangay, tetapi penjajahan Sepanyol tidak merosakkan sistem Filipina kerana bangsa Filipina dapat menyesuaikan dirinya dengan perubahan. Analisa Hubungan Sosial-Politik Sepanyol dan Filipina pada Abad ke-19. 2.0 Hubungan dari aspek sosial 2.1 Perubahan dari aspek sosiol-politik 2.1.1 Sistem Barangay Sebelum Sepanyol menguasai politik Filipina, iaitu pada permulaan abad ke-16, Filipina baru sahaja mencapai peringkat unit kampung iaitu barangay.7 Sebenarnya,
6

Maruwiah Ahmat ( Pengamatan Semula), Penjajahan Portugis dan Sepanyol Ke Atas Asia Tenggara, Publication Karisma, Selangor : 2006, hlm, 126-127. 7 Barangay ialah kapal-kapal layar yang dibawa oleh orang Melayu Filipina apabila mereka datang ke Filipina. Masyarakat itu disebut sebagai barangay kerana mengikut nama kapal yang membawa penghijrahan masuk golongan asli dari Malaysia dan Indonesia. Kapal-kapal yang dikenali sebagai barangay ini membawa masuk satu kumpulan keluarga yang besar iaitu terdiri daripada saudara mara di

4

barangay bukannya satu masyarakat “politik” tetapi ialah satu kumpulan keluarga. Barangay pada hakikatnya, merupakan sebuah institusi politik kekeluargaan yang besar dan unit ini telah dijaga sepanjang masa pemerintahan Sepanyol, dari tahun 1565 sehinggalah ke akhir abad ke-19. Masyarakat barangay ini terbahagi kepada empat iaitu, golongan datu, golongan maharlica( sejenis kaum bangsawan), golongan ini dikecualikan dari bayaran cukai. Mereka ini berkhidmat kepada datu semasa peperangan. Golongan yang seterusnya ialah timagua, mereka ini ialah golongan orang-orang yang bebas dan berhak memiliki harta. Mereka berkhidmat kepada datu dari segi tenaga dan membayar cukai separuh daripada ladang mereka. Golongan yang terakhir adalah aliping saguiguilir, mereka ini berkhidmat kepada tuan-tuannya seperti mengerjakan ladangladang, mengurus rumahtangga, mengayun sampan tuan-tuan mereka. Mereka menerima upah dalam bentuk hadiah dan ada di antara mereka diterima sebagai anggota keluarga tuan mereka. Golongan ini boleh dijual beli. Seterusnya ada juga hamba berhutang dan tawanan perang.8 Selepas penjajahan Sepanyol sistem hamba ini dilupuskan akibat kemasukan agama Kristian. Ramai golongan hamba memeluk agama Kristian.9 Setiap masyarakat ini saling memerlukan antara satu sama lain dan penting dalam struktur politik pada masa tersebut. Contohnya, golongan maharlica menjadi penasihat kepada datu jika diminta. Setiap barangay dikuasai oleh orang yang paling terkenal di dalam sesebuah kampung, biasanya dipanggil sebagai datu atau penghulu/kapten kapal
kedua-dua belah pihak sama ada ibu bapa si isteri,anak saudara,adik ipar si suami dan sebagainya. Rujuk buku Onofre D. Corpus, The Philippines. New Jersey: Prentice-Hall, Inc,1965, hlm. 26-27. 8 Jose S, Arcilla. S. J, An Introduction To Philipine History, Anteneo Publications Loyala Height, Manila : 1971, hlm, 14. 9 Golongan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertama mereka yang lebih baik berbanding hamba, di sini mereka memiliki harta, hidup dalam rumah sendiri dan boleh berkahwin dengan keluarga majikannya dan mereka ini tidak boleh dijual beli. Golongan hamba yang kedua tidak mempunyai harta, mereka ini bekerja di rumah tuannya dan boleh dijual beli. Ibid, hlm, 52

5

ataupun raha. Walaupun datu bukanlah satu jawatan yang lebih kepada politik, akan tetapi ia penting kerana dalam struktur sosial peranan datu adalah lebih kepada adat istiadat dan memelihara keamanan, mengelakkan atau mengurangkan pertelingkahan bagi unit barangay.10 Datu-datu barangay amat dihormati oleh ahli-ahlinya terutama datu yang terlibat dalam peperangan. Datu berkewajipan melindungi orang-orang

kampungnya dan menyelesaikan masalah di dalam kawasan beliau. Dalam abad ke-16, jawatan datu terbuka kepada orang yang berkebolehan dan tidak lagi berdasarkan keturunan. Setiap ahli dalam unit ini mesti mematuhi cara dan adat barangay dan mereka bersatu di bawah datu masing-masing. Mereka ini tinggal dan menetap dalam sesebuah kampung yang biasanya terdiri daripada 30-100 buah keluarga. Penduduk kampung yang kecil mungkin terdiri daripada 150 orang sahaja kecuali bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar seperti di Manila dan Cebu mungkin mempunyai seramai 2000 orang penduduk. Barangay-barangay ini merupakan unit-unit politik dan kemasyarakat yang bersendirian dengan berdasarkan hubungan darah. Setiap barangay ini bebas menjalankan hubungan dengan barangay-barangay lain untuk membentuk persahabatan dan Bandar. Akan tetapi tiada susunan politik di antara barangay-barangay itu. Maknanya, tiada struktur yang jelas tentang pemerintahan pada masa ini. Kebanyakan barangay cenderung untuk bermusuhan kerana tiada ikatan antara barangay dengan barangay yang lainnya. Kedudukan barangay-barangay yang bertaburan menyukarkan hubungan politik berlaku selain daripada halangan-halangan alam seperti kedudukan pulau-pulau yang berjauhan antara satu sama lain menyebabkan pertempatan mereka terpisah-pisah dan bukannya menyatukan unit tersebut. Perkara ini menjelaskan bahawa tiada sebarang ikatan antara barangay-barangay ini. Bahkan semasa
10

Ibid, hlm. 28-29.

6

Sepanyol sampai pun, mereka berpendapat agak sukar memelihara hubungan di kawasan di luar Manila dan Pulau Luzon.11 Yang ada hanyalah pertukaran-pertukaran kemasyarakatan dan persetujuan bersama tentang memberi pertolongan dalam perkelahian-perkelahian menentang orang luar.12 Terdapat beberapa pertubuhan atau konfederasi di antara barangay-barangay yang membuktikan bahawa sebelum kedatangan Magellan, masyarakat Filipina sudahpun mempunyai cara untuk menyatukan diri dan kaum mereka ke dalam satu komuniti yang bersatu padu dan bersifat politik yang lebih besar daripada unit barangay itu sendiri. Ini merupakan satu langkah untuk membina satu bangsa Filipina yang bersatu dan mempunyai struktur politik yang sistematik.13 Pertubuhan barangay diketuai oleh seorang datu yang paling berpengaruh dikalangan datu-datu lain manakala yang selebihnya menjadi “lesser datu” dan menjadi pembantu kepada pemerintah, menjadi anak buah kepada datu yang berpengaruh dan berkuasa monarki di kalangan barangay-barangay.14 Selain itu, terdapat juga golongan Islam Moro yang mendiami Filipina dan membentuk struktur politik sendiri. Dari segi sejarahnya, Filipina mempunyai beratusratus pulau yang terpisah antara satu sama lain iaitu lebih kurang 7000 buah pulau. Sungguhpun begitu, lebih kurang 800 buah saja yang didiami orang. Pulau utama ialah Luzon dan Mindanoa. Akan tetapi, politik Mindanoa dikuasai oleh Kesultanan Sulu yang dimonopoli oleh orang Islam Moro.15 Orang Islam Moro merupakan satu unit politik yang
11

Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1971, hlm. 179. Ibid, hlm. 178. 13 Gregorio F. Zaide, Phillipine Political and Cultural History: Phillipine Since Pre-Spanish Time, Manila: Phillipina Education Company, 1957, hlm. 57. 14 Terdapat dua sebab yang menyebabkan barangay-barangay untuk menubuhkan pertubuhan. Yang pertama ialah keperluan untuk keselamatan daripada musuh-musuh dan yang kedua ialah perkahwinan antara lakambinis (puteri) dan lakans (putera) antara barangay yang berlainan boleh menyatupadukan tiap barangay, Ibid, hlm. 58-59. 15 Islam Moro ialah satu bangsa Filipina yang tinggal di Kepulauan Mindanoa, Sulu, dan Palawan yang dikuasai oleh Kesultanan Sulu. Mereka merupakan golongan Muslim yang dianggap barbarian oleh golongan barat terutama oleh orang Sepanyol. Golongan Moro mempunyai sistem pentadbiran yang
12

7

tinggal berasingan dengan orang Filipina tempatan. Mereka mempunyai petempatan sendiri dan merupakan penentang kepada kepada kemasukan Sepanyol kerana faktor penyebaran agama Kristian. Sebenarnya, telah berlaku beberapa pertempuran antara Moro dengan Sepanyol. Contohnya pada tahun 1578, apabila tentera Sepanyol cuba mengusir orang Moro dari kawasan mereka di Bandar Jolo di Pulau Sulu tapi gagal bertahan kerana penduduk semakin benci kepada mereka.16 Jalan buntu menimpa keduadua belah pihak kerana tiada persefahaman dicapai. 17 Selepas penaklukan Sepanyol pula, struktur politik Filipina tidak pula dirosakkan dengan kemasukan pengaruh pentadbiran Sepanyol. Mereka hanya mengubahnya sesuai dengan dasar-dasar yang dibawa oleh Sepanyol. Dari sudut pentadbiran, kerajaan colonial tertakluk kepada Wizurai di Mexico dan pembendaharaan Mexico memberikan kepada Mexico Situado (tunjangan) untuk membiayai kos-kos pentadbiran. Sepanyol mengandungi tiga kuasa utama iaitu kehakiman, eksekutif dan legislatif yang telah dipindahkan kepada Filipina sebagai salah satu jajahannya. Sebagai satu badan eksekutif, ia berperanan dalam pentadbiran koloni dan menasihatkan raja tentang sesuatu yang boleh menjejaskan koloni. Sebagai badan legislatif pula, Council of Indies berperanan membentuk undang-undang dan arahan dan sebagai badan penghakiman pula, ia berperanan sebagai mahkamah tertinggi untuk membicarakan sesuatu kes koloni. Pada

teratur berbanding masyarakat Filipina yang lain. Oleh itu, penyebaran dan pengaruh Sepanyol tidak sampai ke kawasan ini kerana adanya penentangan. Sila rujuk buku Ooi Keat Gin, Southeast Asia: A Historical Encyclopedia From Angkor Wat To East Timor, United of America: ABC Clio, Inc, 2004, hlm. 914-915. 16 Sepanyol telah menubuhkan gereja dan kota raya yang lengkap dengan segala senjata di Mindanoa sebagai satu sekatan bagi menghalang serangan orang Islam Moro tetapi dengan pantasnya telah diruntuhkan oleh Moro, Josinder Singh Jessy, History of South-East Asia (1824-1965, Kedah: Penerbitan Darulaman, 1985, hlm. 29-30. 17 D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm. 306-307.

8

abad ke-19 pula, tugas The Council of Indies telah digantikan dan diletakkan dibawah Menteri Luar Negara.18 Dari segi struktur pentadbiran Sepanyol, Golongan datu masih digunakan pada peringkat kampung, dan barangay menjadi menjadi unit susunan politik yang lebih kecil dan disusun semula untuk menjadi lebih kecil iaitu lebih kurang seramai 50 keluarga. Nama datu ditukar kepada gelaran Sepanyol iaitu Cabeza de barangay.19 Fungsi datu menjadi semakin luas. Jika sebelum ini, datu hanya berfungsi hanya kepada komuniti ataupun barangay masing-masing, namun selepas kedatangan Sepanyol, datu berfungsi sebagai pengutip cukai bagi kerajaan colonial dan melalui datu, Sepanyol boleh memerintah rakyat. Sepanyol menjadikan jawatan Cabeza de barangay sebagai satu jawatan yang boleh diwarisi dan tidak lagi terlepas ke tangan orang yang lebih kejam atau agresif dengan kuasa. Akan tetapi cara ini sebenarnya menghalalkan rasuah kerana orang yang lemah pun boleh menjadi cabeza dan menggumpulkan kekayaan demi diri sendiri. Dalam tahun 1786, warisan tersebut dihapuskan dan para penduduk sendiri yang memilih cabeza-nya (penghulu kampung) sendiri untuk memegang jawatan tersebut selama 3 tahun. Tugas mengutip cukai yang diberikan memberi peluang kepada mereka untuk mengayakan diri sendiri manakala cabeza yang jujur tidak pula menjadi kaya. Cabezacabeza dikecualikan membayar cukai dan daripada menjalankan kerja paksa. Seorang cabeza bertanggungjawab terhadap pemungutan cukai dan mempunyai tugas berkaitan dengan sistem polo dan vandala, yang merupakan sumber rasuah dan kekuasaan kepadanya. 2.2 Sistem Pemerintahan Sepanyol
18

Gregorio F. Zaide, The Republic of The Philippines: History Government and Cilivization. Philippines : Rex Book Store, 1963, hlm. 77-78. 19 Rujuk buku Onofre D. Corpus, The Philippines. New Jersey: Prentice-Hall, Inc, 1965, hlm. 27.

9

2.2.1 Kerajaan Berpusat Di bawah pentadbiran Sepanyol, telah berlaku beberapa perubahan dari segi pentadbiran di Filipina. Sepanyol telah memperkenalkan cabecera yang kemudiannnya disebut sebagai poblacion (bandar) dan wilayah (alcadia ataupun corregimiento atau

commandanicia, jika gabenor wilayah-wilayah tersebut seorang pegawai tentera). Yang lebih penting ialah pengenalan pueblo ataupun municipio (bandaran). Pueblo merupakan sekumpulan barangay yang diletakkan di bawah seorang gobernadorcillo (gabenor kecil) yang juga menjadi ketua hakim. Jawatan ini juga merupakan jawatan yang dipilih selama setahun.20 Organisasi pembandaran merupakan satu perubahan yang radikal dan tegas yang telah dijalankan oleh Sepanyol daripada petempatan berselerak sebelum kedatangan Sepanyol.21 Sepanyol berharap untuk menubuhkan bandar-bandar yang mempunyai sistem pentadbiran keagamaan sebagai tambahan kepada sistem pentadbiran awam. Oleh itu, tiap bandar dibinakan sebuah gereja yang terletak di tengah-tengah bandar di samping bangunan seperti dewan bandaran (casa tribunal). Golongan cabeza yang tinggal di bandar tadi telah membentuk golongan Principalia di mana taraf mereka dipandang rendah oleh masyarakat penjajah. Akan tetapi, mereka tetap dipandang mulia oleh sesama bumiputera seperti dahulu. Walaupun begitu, tidak dinafikan terdapat daripada mereka yang cenderung untuk mengamalkan rasuah dan ada yang ditipu oleh golongan paderi Sepanyol, dibayar upah yang murah dan sebagainya. Dari segi politik, Principalia menjadi alat yang mengurangkan ketegangan politik dan orang tengah dalam hal kebudayaan.22 Secara amnya, Sepanyol tidak mengambil berat tentang kebajikan
20 21

Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1971, hlm. 190. Sepanyol menganggap ia penting bagi menjamin keperluan orang Filipina dalam satu petempatan yang sistematik dan diletakkan di “DEBAJO DE LAS CAMPANAS” yang bermakna “di bawah naungan gereja”, Rujuk buku Onofre D. Corpus, The Philippines, New Jersey: Prentice-Hall, Inc, 1965, hlm. 32-33. 22 Gregorio F. Zaide, Phillipine Political and Cultural History: Phillipine Since Pre-Spanish Time, Manila: Phillipina Education Company, 1957, hlm. 83.

10

sosiopolitik masyarakat melainkan kepada sumber hasil semata-mata. Perkara ini dapat dilihat apabila mereka ditempatkan dalam sesuatu kawasan, ia memudahkan golongan paderi memungut cukai terhadap masyarakat Filipina, mereka juga memaksa penduduk membayar cukai, sekiranya tidak dibayar mereka dijadikan buruh paksa iaitu mengerjakan tanah-tanah yang diberikan.

2.2.3 Kerajaan Bandar Selepas pueblo, terdapat pula cuidad (bandar raya). Akan tetapi, selepas abad ke-19, hanya Manila sahaja yang mencapai taraf bandar raya ataupun caidad. Unit pentadbiran yang paling penting ialah alcadia mayors ataupun provincial (wilayah). Pada tahun 1700, Filipina terbahagi kepada 12 alcaldia ataupun provincial. Pentadbiran di Sepanyol akan memberi arahan kepada Gabenor jeneral untuk disampaikan kepada alcadia mayors berkenaan undang-undang di kawasan provincial masing-masing. Pihak yang berkuasa tinggi daripada alcadia mayors ialah alsalde mayor (ketua datuk bandar). Selain itu, terdapat juga adelantado (gabenor dan kapten-jeneral). Jawatan ini merupakan jawatan tertinggi sekali di kalangan pegawai-pegawai lain. Tugasnya meliputi semua yang berkenaan dengan tanah jajahan. Antara bidang kuasa pentadbiran adelantado ialah meliputi audencia iaitu mahkamah agung yang berkuasa mutlak, residencia iaitu mahkamah penyelidik mengenai tingkahlaku gabenor yang akan berhenti dan juga gereja yang berkuasa besar sama ada di Filipina dan Sepanyol. 23 Audencia merupakan penasihat kepada gabenor yang merupakan pelaksana kepada undang-undang

23

Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1971, hlm. 191.

11

Sepanyol serta memerhatikan tingkahlaku gabenor dan memastikannya mentadbir secara adil dan saksama.24 Kesimpulannya, pentadbiran Filipina bersifat oligarki iaitu sama dengan yang diamalkan di Sepanyol. Pilihan untuk memegang jawatan-jawatan dalam pentadbiran tidak secara demokratik kerana tidak semua orang boleh terlibat. Pentadbiran dipanggil oligarki kerana hanya sebahagian kecil ahli-ahli dalam masyarakat sahaja yang boleh mengundi pegawai-pegawai ini. Hal ini bermakna, kuasa pentadbiran terletak ditangan sekumpulan anggota-anggota yang terkemuka di dalam masyarakat tersebut seperti, pueblo, barangay ataupun provincial.

2.3 Kesan-kesan Politik di Filipina 2.3.1 Pengasingan Kuasa Gereja dan Kerajaan Pusat Kesan yang terhasil daripada pemerintahan Sepanyol ialah pengasingan kuasa gereja dengan pentadbiran negara. Selepas berlakunya Revolusi Prostetant, kita dapat lihat bahawa pengaruh golongan agama makin berkurang. Di Filipina sendiri, golongan paderi semakin dibenci oleh rakyat ekoran tindakan kejam mereka terhadap rakyat Filipina seperti memeras ugut, merampas tanah rakyat dan memaksa rakyat melakukan tugastugas agama.25 Ketidakpuasan terhadap golongan agama juga telah menjadi salah satu sebab kepada munculnya gerakan kebangsaan dalam menentang pemerintahan Sepanyol. Tambahan pula, dengan sikap paderi Sepanyol yang gemar mengamalkan rasuah dan penindasan telah menaikkan lagi kemarahan rakyat Filipina. Kebangkitan semakin bertambah apabila terdapatnya penyatuan kuasa gereja dengan unit pentadbiran politik di
24

Jose S. Aralla. S. J, An Introduction To Philippine History, Manila: Ateneo Publications Loyala Height, 1971, hlm. 24-25. 25 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1971, hlm. 198.

12

Filipina. Gereja sebagai badan agama menduduki unit tertinggi dan menjadi badan undang-undang kerajaan. Golongan ini juga telah menjadi sistem kerajaan sehinggakan membawa fungsi yang penting sama ada dalam ekonomi dan politik. Tugas politik golongan ini seperti menjadi ahli dalam kerajaan provincial.26 Situasi ini menunjukkan bahawa golongan agama telah mendominasi pentadbiran di Filipina.

2.3.2 Perubahan Sistem Pentadbiran Tradisional Kehilangan kebebasan kepada Sepanyol telah menyebabkan rakyat Filipina terjejas dari segi politik. Konsep dan pengalaman yang telah dibawa oleh Sepanyol telah sedikit sebanyak telah menyebabkan Filipina terkena tempiasnya terutama dalam pentadbiran. Pembahagian kuasa pentadbiran telah dibawa oleh Sepanyol seperti kuasa kerajaan pusat di mana untuk menghasilkan satu pentadbiran yang efektif, Sepanyol perlu meletakkan semua jajahannya ke dalam satu pentadbiran yang sama.27 Pengenalan kepada jawatanjawatan seperti gabenor yang berperanan sebagai jurucakap bagi Raja Sepanyol telah mengubah kuasa golongan atau pemerintah tradisional sebelum ini. Jika dulu datu berperanan sebagai kuasa utama dalam pentadbiran, selepas kedatangan Sepanyol, tugas datu tertakluk kepada pentadbir Sepanyol dan menjadi penghubung antara rakyat Filipina dengan Kerajaan. Perlantikan datu-datu juga telah berubah iaitu jika dulu datu dilantik secara warisan, selepas kedatangan Sepanyol, jawatan ini terbuka kepada orang-orang yang berkebolehan. Kita juga dapat lihat daripada kesan penjajahan Sepanyol, satu asimilasi telah berlaku iaitu percampuran pentadbiran sebelum kedatangan Sepanyol dan selepas
26

Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People, Philippine: Malaya Books Quezon City, 1967, hlm. 111. 27 Gregorio F. Zaide, Phillipine Political and Cultural History: Phillipine Since Pre-Spanish Time, Manila: Phillipina Education Company, 1957, hlm. 78.

13

kedatangan Sepanyol melalui jawatan dan kedudukan datu di samping taraf politik golongan barangay yang mendapat tempat dalam struktur politik tempatan. 28 Selepas itu, pengaruh Sepanyol dapat dilihat melalui panggilan-panggilan dan jawatan-jawatan yang berada dalam struktur politik di Filipina seperti pueblo, cabeza, gobernadorcillo dan lainlain. Sejak dari awal, usaha Sepanyol untuk menjajah Filipina menemui kesukaran kerana mereka harus menyatukan pulau-pulau yang pelbagai di Filipina ke dalam satu unit pentadbiran kerajaan supaya undang-undang pemerintahan Sepanyol dapat dikuatkuasakan. Tetapi, hanya menjelang abad ke-19, penyatuan ini lebih praktikal untuk diusahakan walaupun kuasanya tidaklah berjaya di beberapa kawasan seperti yang dikuasai oleh orang Islam Moro dan orang Filipina yang gagal ditakluk Sepanyol. Manakala orang Filipina yang berjasa dikristiankan Sepanyol amat kurang dibandingkan dengan orang kristian asal dari Filipina.29 Filipina telah bejaya disatukan ke dalam satu unit pentadbiran pusat yang sama dan teratur. Kesedaran tentang pentingnya pemerintahan telah membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat Filipina. Akan tetapi, dengan tertubuhnya pemerintahan berpusat ini, sebenarnya telah mengekalkan keamanan di kebanyakan tempat di Filipina walaupun kerajaan pusat kadangkala tidak berlaku adil terutama melibatkan orang Kristian dan Orang Islam.

Selain itu juga, pada abad ke-19, apabila Sepanyol sendiri merasai kesan-kesan perubahan kerajaan, di mana tempoh masa untuk menjawat jawatan gabenor-jeneral telah
28

Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People, Philippine: Malaya Books Quezon City, 1967, hlm. 86-87. 29 . Jadi, sememangnya, usaha untuk menyatukan mereka semua menjadi amat sukar. Sebenarnya, Sepanyol sendiri tidak menyangka bahawa usahanya untuk menyatukan Filipina ke dalam satu unit pentadbiran pusat menemui kejayaan tidak seperti yang mereka rancang sebelum ini, Ibid, hlm. 100-101.

14

dipendekkan iaitu purata dari 2 tahun dan 10 bulan kepada 116 pegawai Sepanyol dari 1565 hingga 1898. Keadaan ini menyebabkan kemerosotan dalam pentadbiran. Ini dapat dibuktikan apabila ramai gabenor-jeneral yang baik tidak mempunyai cukup masa untuk menyiapkan projek dan rancangan mereka dan disebabkan masa yang singkat itu juga, ramai daripada mereka mengambil peluang untuk menambahkan kekayaan mereka. Contohnya, ketua kapal geliong yang mengambil keuntungan dari permit perkapalan yang diuruskannya. Pemerintahan berpusat sendiri telah mendapat tentangan rakyat Filipina, lebih-lebih lagi kerana kurangnya penglibatan orang-orang Filipina dalam kerajaan tersebut. Mereka hanya diberikan jawatan-jawatan rendah dalam kerajaan. Hal ini disebabkan kerana mereka dianggap sebagai “immature wards” iaitu seseorang yang tidak matang dimana segala kebajikan diuruskan oleh Sepanyol dan sebab seterusnya kerana terpaksa kerana sebelum ini mereka dinafikan hak kerana ketidaksamaan moral dan agama.30 Bantahan ini sememangnya benar pada permulaan pemerintahan Sepanyol dan semakin berkurangan pada abad ke-19. Selain itu juga, pihak Sepanyol telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Filipina. Jawatan-jawatan rendah dalam bidang pentadbiran turut disandang oleh ketua-ketua orang Filipina. Ketua-ketua ini menjadi golongan bangsawan tempatan dan mereka menjadi golongan yang penting dalam menyalurkan tuntutan-tuntutan para pegawai Sepanyol dan paderi-paderi kepada masyarakat Filipina. Mereka berfungsi sebagai jurucakap bagi masyarakat Filipina. Maka golongan ini berfungsi sebagai ketua tempatan dalam sistem pemerintahan di Filipina. Penawaran terhadap peluang pekerjaan berlaku kerana adanya pendidikan yang diberikan oleh Sepanyol. Akan tetapi, telah berlaku juga manipulasi terhadap golongan paderi tempatan oleh paderi Sepanyol.
30

Ibid. hlm. 102.

15

Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dalam konteks sosiobudaya masyarakat yang membawa fahaman agama yang sama.

2.4 Pembentukan Masyarakat Baru di Filipina 2.4.1 Golongan Mestizo China Selepas Sepanyol menjajah Filipina maka berlaku perubahan dalam sistem sosial masyarakat. Kemasukan para pedagang luar dari Eropah dan China, lahirlah masyarakat majmuk di Filipina dan lahirlah golongan elit dalam masyarakat majmuk ini seperti mestizo Cina, mestizo Sepanyol, indio dan generasi Sepanyol yang lahir di kepulauan Filipina. Kewujudan mereka maka, lahirlah golongan elit tempatan yang muncul secara perlahan-lahan sejak pertengahan abad ke-18. Mereka ini golongan terpelajar dalam sosiobudaya di Filipina. Pedagang-pedagang China ini berkahwin dengan masyarakat Filipina maka muncullah masyarakat baru di Filipina. Masyarakat ini menguasai sistem politik dan ekonomi. Hal boleh dibuktikan dalam sistem ekonomi seperti yang dikatakan oleh seorang pengarang Sepanyol yang telah menulis bahawa selepas 1800 semua tanah bumiputera telah diambil oleh orang mestizo.31Mereka ini telah berjaya menempatkan diri dalam sistem sosial kerana peranan yang mereka mainkan dalan sistem ekonomi dan politik. Disebabkan mereka pandai bergaul dengan masyarakat tempatan maka mereka dihormati dan kebanyakan daripada mereka mempunyai tanah-tanah, lantaran itu dengan adanya tanah ini, mereka telah menggunakannya untuk sektor pertanian.
31

Orang mestizo adalah mereka yang berbapakan orang Cina “ biasanya beragama Kristian, sama ada terpengaruh dengan agama atau kerana kemudahan berniaga dan beribukan masyarakat Filipina ” mereka ini merupakan masyarakat campuran biasanya orang Cina dengan masyarakat tempatan. Mestizo Sepanyol adalah hasil perkongsian hidup antara orang sepanyol dengan orang Filipina atau orang India Mexico atau orang Cina dengan masyarakat tempatan. Orang Sepanyol yang lahir di Filipina atau Mexico dikenali sebagai Creole. Mereka ini berjaya menempatkan diri dalam system social dan dihormati. Kewujudan mereka membangkitkan semangat nasionalisme.

16

Dilihat dalam sistem politik, mereka juga mempunyai petempatan sendiri akibat kebanjiran mereka di Filipina, lantaran itu kerajaan Sepanyol membuat satu dasar dengan mengelompokkan mereka di kawasan baru yang dikenali sebagai Parian, iaitu sekarang ini terletak di selatan daerah Ermita di Manila.32tujuan pengelompokan ini adalah memudahkan golongan Cina ini mentadbir masyarakat mereka, selepas mereka diberi hak berpolitik, Sepanyol merasa terancam dan sistem baru diperkenalkan iaitu membenarkan penglibatan golongan ini dalam pentadbiran kerajaan. Buktinya kerajaan telah memilih wakil Cina khususnya yang beragama Kristian untuk menjadi wakil dan jurucakap bagi pihak masyarakat Cina. Wakil ini akan menjadi Gabenor dan digelar sebagai Kapitan. Tidak semua golongan ini adalah golongan pedagang yang kaya. Majoriti dariapada mereka merupakan golongan artisan seperti membina, tukang kayu, tukang besi, tukang kasut dan sebagainya. Seterusnya golongan ini menjadi kaya dan menyebabkan kerajaan Sepanyol cemburu dan takut. Lantaran itu, mereka telah berbahas sama ada untuk membenarkan mereka ini terus menetap di Filipina ataupun dihalau keluar. Hal ini kerana, mereka menganggap golongan Mestizo China akan memberi pengaruh yang buruk kepada masyarakat Kristian Filipina. Akan tetapi, motif utama mereka untuk mengusir golongan ini adalah mengelakkan golongan ini daripada terus memonopoli perdagangan dan industri di Filipina.33 Kesimpulannya, maka lahirlah masyarakat baru yang akhirnya akan menjadi sebahagian daripada sistem pentadbiran Filipina. Kewujudan masyarakat baru di Filipina adalah kesan daripada sistem ekonomi yang dilaksanakan oleh Sepanyol, hal ini kerana mereka telah menjalankan perdagangan di pelabuhan tersebut dan membuka jalan kepada
32

Sekarang petempatan ini masihb lagi wujud khususnya di sempadan sungai Pasig mungkin di sekitar Quiapo atau daerah Santa Cruz sekarang. Jose S. Aralla, S. J, An Introduction To Philippine History, Manila: Ateneo Publications Loyala Height, 1971, hlm. 41-42. 33 Ibid, hlm. 42-43.

17

golongan Mestizo China untuk tinggal dan menetap di Filipina. Kewujudan mereka inilah yang menyebabkan bangkitnya semangat kesedaran dalam kalangan rakyat tempatan membebaskan diri daripada dijajah oleh Sepanyol. Perubahan status sosial berlaku iaitu daripada kelas pertengahan menjadi kelas atasan. Kebanyakan mereka ini adalah golongan yang berpendidikan seperti Jose Rizal.

2.5 Pengaruh Agama Kristian di Filipina Filipina merupakan negara Asia Tenggara yang pertama yang beragama Kristian melalui pemerintahan Sepanyol. Kesan agama Kristian dari segi rohani sukar untuk dinilai. Perkara ini dapat dilihat apabila rakyat Filipina menerima agama Kristian secara memilih bukan secara sepenuhnya, seperti sambutan mereka terhadap aspek-aspek lain dalam sistem pemerintahan Sepanyol. Misalnya, perbuatan rakyat Filipina menyimpan orang (hamba) adalah salah disisi agama, oleh itu mereka mematuhi undang-undang tersebut. Mereka masih taat kepada ajaran lama mereka yang telah menjaga dan membela nenek moyang mereka.34 Oleh kerana bilangan mubaligh-mubaligh katolik ini tidak ramai, maka sebahagian besar penduduk Filipina hanya diajar amalan-amalan dan upacara-upacara agama sahaja. Selepas penaklukan Filipina, pihak agama dan kerajaan tetap bergantung antara satu sama lain iaitu kerajaan membantu pihak agama dari segi penyebaran agama kristian dan menolong memperkukuhkan kuasa politik mereka di Filipina.35 Sebelum kedatangan Sepanyol di Filipina, rakyatnya percaya kepada kepercayaan animisme dan menyembah alam iaitu amalan ritual. Mereka ini tidak mempunyai rumah berhala dan bangunan-bangunan agama dan tidak terdapat badan-badan agama yang

34 35

Onofre D. Corpuz, The Philipines, Prentice-Hall, Inc Englewood Cliffs, New Jersey : 1965, hlm,41-42. D.G.E. Hall; Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor : 1981, hlm, 298.

18

teratur. Bangsa Filipina tidak mempunyai agama rasmi dan sebuah badan paderi. Mereka bercakap tentang Tuhan Maha Kuasa yang mencipta dunia dan tuhan itu mereka namakan Bathala.36 Walaupun mereka ini percaya kepada kepercayaan animisme, mereka percaya kepada kehidupan selepas mati bagi orang-orang yang baik.37 Tujuannya ialah supaya di dunia yang lain itu dia mempunyai alat-alat untuk pergi ke laut.38 Selepas kedatangan Sepanyol cara kehidupan rakyat Filipina berubah, kehidupan mereka menjadi teratur dan tersusun. Perubahan yang paling mendalam ialah perubahan agama. Kebanyakan penduduk yang memeluk Kristian menjadi rakyat yang taat setia. Hal ini kerana mereka tertarik akan agama Kristian kerana tertarik akan pertunjukan lahir dan upacara keagamaan dan bukannya terhadap rahsia-rahsia rohaninya. Lantaran itulah, Sepanyol memutuskan untuk menempatkan semula penduduk Filipina. Dengan ini ajaran agama Kristian dapat diajar dan memudahkan paderi menyampaikan ajaran Kristian kepada penduduk Filipina. Misalnya petempatan semula ini terdiri daripada 2,400 hingga 5,000 orang penduduk. Akibat penempatan semula penduduk, kerajaan Sepanyol dapat membentuk sebuah negeri berpolitik pusat seterusnya memudahkan kerajaan untuk mengutip cukai dan perdagangan antara pulau dapat digalakkan. Akhirnya muncul bandar-bandar moden di Filipina akibat penempatan semula penduduk. Para mubaligh menemui pekan di Filipina. Mereka mengorganisasikan pekan (pueblos) yang baru.39
36

Bathala begitu agung sehingga mereka tidak berani memujanya. Sebaliknya mereka memuja menterimenteri Bathala, dewi-dewi kecil di gunung-gunung dan gua-gua, hutan dan anak sungai, pokok, batu-batu besar, laut matahari dan bulan. Dewata yang baik ialah nenek moyangnya, dewata yang jahat adalah musuh-musuhnya yang telah mati. 37 Cara pengebumian mereka dengan dikebumikan sekali segala harta kekayaan seperti emas dan barangbarang tembikar. Sekiranya yang mati itu adalah penghulu segala hamba-hambanya akan dibunuh dan ditanam bersama-sama dengan kapal yang dilayarinya. 38 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Fajar Bakti, Kuala Lumpur : 1971, hlm, 180. 39 Sebanyak 385 pekan yang dijumpai oleh Augustinian dan akhirnya dijadikan penempatan tetap, seperti Arevelo, Dumangas, Pototan, Miagao, Barotac, Nuevo, Duenas, Jaro, Calumpit, Pasig, Malolos, Lingayen, Lemery, Taal, Arayat, San Isidro dan San Miguel de Mayumo. Sementara itu Franciscan menemui kurang 233 pekan seperti di Laguna, Lumbang dan sebagainya. Jesuit menjumpai 93 pekan dan Dominican sebanyak 90 pekan.

19

Lantaran itu, para mubaligh mendirikan gereja sebagai simbolik agama Kristian. Mereka membina bangunan kerajaan dan rumah residen.40 Melalui kemasukan agama Kristian, para mubaligh menghapuskan sistem perhambaan. Mereka tertarik akan agama ini bila diberitahu bahawa permandian dapat menyembuhkan penyakit. Mereka juga tertarik dengan upacara pembaptisan, mereka ini mengikuti amalan-amalan agama katolik iaitu sembahyang pada hari ahad, menerima perjanjian suci dan tidak berbuat dosa, terutamanya dosa besar. Di antara tujuh perjanjian suci, hanya upacara permandian, penebusan dosa, perjamuan malam suci dan perkahwinan sahaja yang diterima oleh masyarakat Filipina.

2.5.1 Peranan Golongan Paderi Golongan Paderi menjadi pemimpin kepada rakyat Filipina terutama dalam pengenalan sistem encomienda. Golongan ini telah menjadi penyelamat rakyat daripada kekejaman encomendero. Tetapi, tidak dinafikan juga, bahawa hasil ufti yang dibayar telah dimasukkan ke dalam tabung gereja.41 Pada abad ke 19, Filipina mengalami revolusi di bawah penjajahan Sepanyol. Hal ini kerana terdapat undang-undang yang dibentuk oleh kerajaan iaitu sistem politik di bawah kuasa agama. Melalui penerimaan agama kristian orang Filipina menerima pemerintahan Sepanyol. Namun begitu golongan paderi menjadi kuat dan sering campur tangan dalam pemerintahan. Menjelang 1870 perasaan tidak puas hati terhadap golongan paderi semakin kuat, hal ini kerana paderi ini menjadi tamak untuk mendapatkan kuasa dan harta benda. Oleh itu orang Filipina ramai menentang

40

Gregorio F. Zaide, Philipine Political And Cultural History (The Philipines Since Pre-Spanish Time), Plipina Education Company, Manila : 1957, hlm,190-191. 41 Jose S. Aralla. S. J, An Introduction To Philippine History, Manila: Ateneo Publications Loyala Height, 1971, hlm. 29.

20

mereka. Lantaran itu, gereja dan persatuan agama mengalakkan membuat undang-undang keadilan. Di sini ia memperkenalkan buku berkenaan archipelogo yang merujuk kepada peraturan sivil dan hak-hak masyarakat. 42 Seterusnya golongan mubaligh ini telah memperkenalkan tanaman baru dan ternakan binatang di Filipina. Mereka mengajar mereka industri baru dan kraftangan.43 Para mubaligh telah memperkenalkan industri baru seperti bertambahnya pengeluaranpengeluaran hasil pertanian. Augustinian telah memperkenalkan industri lembu di Nueva Ecija, beliau juga mengalakan perusahaan nila di Malabon dan jagung di Ilocos. Franciscan pula mengajar rakyat Filipina bagaimana menanam kopi di gunung Laguna. Selain itu, mereka memperkenalkan pertanian gandum. Semua mubaligh terlibat dalam perkembangan ekonomi di Filipina. Di mana Fr. Manuel Plaza yang telah memperkenalkan perusahaan pisang di Bohol, Fr. Mateo Atienza yang menggalakkan produk tali fiber dan sebagainya.44

Kesimpulannya kesan daripada kedatangan agama Kristian di Filipina ia merupakan satu perubahan yang baik bagi mereka, hal ini kerana ajarannya telah mengubah mereka daripada melakukan perkara yang tidak baik, seperti etnik Pagan menerima kod moral Kristian dan mereka menjadi manusia yang tidak ganas. Seterusnya sistem perhambaan dihapuskan dan mereka semua adalah bebas. Peranan golongan paderi ini penting dalam memperkenalkan jenis tanaman di Filipina dan penduduk
42

Teodoro A. Agoncillo And Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People, Malaya Books Quezon City, Philipine : 1967, hlm. 102-103. 43 Dari Mexico dan Eropah,mereka membawa jagung India, ubi kayu, kentang, gandum, pisang, nenas, mangga, tomato, kacang dan sebagainya untuk di tanam di Filipina. Sementara itu, mereka memperkenalkan lembu, kuda, itik, bangau, dan spesies haiwan yang lain. Segala yang dibawa itu memberi nilai kepada Filipina kerana kesemuanya datang dari Mexico dan Sepanyol. 44 Gregorio F. Zaide, Philipine Political And Cultural History (The Philipines Since Pre-Spanish Time), Plipina Education Company, Manila, 1957, hlm, 192-193.

21

Filipina dapat melibatkan diri dalam sektor pertanian dan perdagangan. Maka mereka dapat mengubah cara hidup mereka dari golongan hamba kepada rakyat biasa di Filipina. dan memainkan peranan penting dalam kehidupan sosial dan keadilan dalam bidang industri, dan golongan wanita mempunyai hak mereka sendiri.

2.5.2 Agama Kristian Sebagai Perantara Perubahan Teknologi Pertanian. Agama Kristian menjadi perantaraan dalam perubahan teknologi pertanian yang disebut sebagai pertanian tebas dan tugal akibat daripada mengamalkan ekonomi sara diri yang sesuai dengan kehidupan setempat. Masyarakat Filipina sudah pandai bertani. Mereka hidup dengan mengerjakan tanah yang kecil dengan menanam pelbagai jenis tanaman seperti jagung dan padi huma. Mereka di jaga di bawah kawalan paderi untuk menyelamatkan rohani mereka, masyarakat bumiputera ini diorganisasikan dan mereka perlu mempelajari cara hidup yang baru untuk menampung kehidupan mereka. Lantaran itu, mereka berjaya menghasilkan hasil pengeluaran yang banyak dengan adanya teknologi dan pertanian setempat.

Kesimpulannya orang Filipina mendapat faedah yang sedikit kesan penjajahan Sepanyol. Melalui ajaran agama katolik mereka telah memperolehi pengertian yang baru tentang kehidupan, mendapat kesedaran tentang hak-hak dan kemuliaan manusia, kesedaran bermasyarakat dan persatuan serta keselesaan rohaniah. Kehidupan mereka lebih teratur melalui proses penempatan semula masyarakat Filipina. Peranan mubaligh penting dalam menyebarkan ajaran Kristian kepada masyarakat Filipina. Melalui merekalah rakyat Filipina dapat melihat dunia luar. Di sinilah segala penderitaan mereka

22

terserlah

di

bawah

Sepanyol

yang

menyebabkan

mereka

memberontak

dan

memperjuangkan erti kebebasan Tanah air sendiri daripada terus dijajah.

2.6 Perubahan Pendidikan 2.6.1 Sistem Pendidikan Sebelum kedatangan Sepanyol sistem pendidikannya adalah campuran akademik dan kemahiran.45 Sistem pendidikan mereka adalah tidak rasmi. Hal ini kerana, anak-anak mereka belajar di rumah iaitu di bawah. pengawasan ibu bapa.46 Pendidikan yang terawal dibawa oleh mubaligh. Hal ini kerana, mereka telah mendirikan sekolah dan kolej yang pertama. Pada hari ini kebanyakannya sekolah yang ada berasaskan pendidikan katolik dan bersifat barat. Mereka telah memperkenalkan pendidikan rasmi di dalam kelas. Pendidikan ini menjadi teras dalam sesuatu kumpulan, institusi dan keluarga di rumah. Golongan agama dan mubaligh adalah golongan pertama yang mendirikan sekolah kemudian menjadi kolej dan seterusnya universiti. Mereka telah melaksanakan satu formula dan akhirnya menjadi polisi dalam sesebuah organisasi dalam pendidikan yang tetap seperti memasukkan agama di dalam kurikulum.47 Jesuit telah mendirikan kolej untuk pelajar lelaki yang dikenali sebagai Kolej San Ignacio (1589), Kolej San Jose (1601) di Manila, pada tahun 1859 mereka mengambil pengurusan Escuela Pia atau sekolah pertubuhan amal dan didirikan pada 1817 dengan menggunakan

45

Kanak-kanak diajar membaca, menulis, belajar muzik, agama, budaya dan pengiraan. Tambahan pula, anak lelaki dilatih menjadi pemburu, petani berlawan, nelayan, askar, pembuat kapal, dan pelombong. Sementara itu kanak-kanak perempuan pula diajar menjahit, memasak, menenun, berniaga dan menjadi seperti suri rumah sebelum menjadi isteri. Di sini ibu mengajar anak perempuan mereka tentang hubungan seks sebelum mereka digelar isteri dan ibu. 46 Gregorio F. Zaide, Philipine Political And Cultural History (The Philipines Since Pre-Spanish Time), Piipina Education Company, Manila : 1957, hlm, 76. 47 Teodoro A. Agoncillo And Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People, Malaya Books Quezon City, Philipine : 1967, hlm, 93-94.

23

wang derma dari orang persendirian. Sementara itu, Dominican juga memperkenalkan kolej lelaki. Pada tahun 1611 mereka membina Kolej Santo Tomas dengan wang derma daripada Archbishop Miguel de Benavides di Manila, mereka mengambil kolej berkenaan dan menjadikannya sebagai kolej kebajikan oleh Juan Gerónimo pada 1630 untuk pelajar lelaki yang yatim piatu. Perhatian turut diberikan kepada pelajar perempuan, semasa di bawah peraturan Sepanyol, tidak ada sekolah untuk perempuan. Lantaran itu, Governer Gomez Perez mendirikan kolej Santa Potenciana pada abad ke-16, dan seterusnya kolej La Concordia (1869). Selepas kolej, maka lahirlah universiti seperti Universiti Santo Tomas (1611), iaitu 20 tahun lebih awal penubuhannya berbanding Universiti Harvard yang tertua di United States. Banyak usaha yang dilakukan untuk mempromosikan pendidikan Filipina semasa pemerintahan Sepanyol. Sebelum 1863 pendidikan masih lagi ada kelemahannya, mereka tidak lagi mempunyai sistem sekolah awam. Hal ini kerana kerajaan tidak bertanggungjawab untuk memberi kemudahan kepada rakyat. Justeru itu, terjadilah sistem pendidikan hanya terbuka kepada golongan yang kaya sahaja dan mereka ini belajar di sekolah persendirian. Keadaan ini tidak memberi peluang kepada penduduk untuk belajar di sekolah rendah. Perkara ini terjadi kerana sistem yang kurang sistematik oleh kerajaan, mereka kekurangan guru yang profesional, hal ini kerana, sesiapa yang ingin menjadi guru perlu memiliki perwatakan yang baik, pandai membaca dan menulis dalam bahasa Sepanyol.48 Pada tahun 1863 tertubuhnya satu kerajaan liberal yang baru di negeri Sepanyol, satu pemerintahan pemulihan telah diluluskan antara lainnya menuntut supaya menubuh
48

Ibid, hlm, 94.

24

satu sistem sekolah biasa yang luas. Pemulihan ini tidak berjaya kerana pelajaran diajar dalam bahasa Sepanyol, guru-guru tidak mencukupi dan perlu dilatih oleh paderi. Oleh itu sistem pengajaran ini tidak berjaya dan masih seperti dahulu.49 Selepas 1863 kerajaan mendirikan sekolah biasa untuk sekolah rendah lelaki dan perempuan. Di sini guru akan dilatih, guru lelaki dilatih di sekolah rendah sebelum di tukar ke sekolah Jesuit. Kemudian sekolah biasa untuk guru perempuan di Manila.50 Pada masa yang sama pendidikan menjadi perkara yang wajib untuk semua kanak-kanak di Filipina. Namun begitu ibu bapa lebih suka anak-anaknya menolong mereka di rumah dan di sawah daripada menghabiskan masa mereka di sekolah. Lantaran itu orang Sepanyol mengumumkan bahawa jawatan-jawatan kerajaan terbuka hanya kepada orang yang tahu bahasa Sepanyol. Keadaan ini menggalakkan beberapa orang Filipina dari golongan kaya untuk menghantar anak-anak mereka belajar di Sepanyol.51 Pada 1867 dikri di Raja telah melantik untuk mendirikan sekolah tempatan yang berfokus kearah pendeta dan sami. Namun begitu dikri tersebut tidak berjaya dilaksanakan kerana kekurangan guru dan kemudahan seperti buku, meja, papan hitam dan sebagainya. Pada tahun itu juga, terdapat dua sekolah iaitu sekolah persendirian dan awam. Hanya Universiti Santo Tomas

merupakan universiti awam. Sementara itu, sekolah persendirian kelas pertama mereka diajar subjek A.B. Ijazah, seperti Ateneo de Manila. Pada tahun 1896 pelajar boleh mendapatkan pendidikan di peringkat yang tinggi seperti dalam jurusan fizik, sivil, undang-undang, undang-undang Sepanyol, perubatan dan farmasi dan sains.52

49 50

Onofre D. Corfuz, The Phillippines, Prentice-Hall, Inc Englewood Cliffs, New Jersey :1965, hlm 61-68 Teodoro A. Agoncillo and Oscar M. Alfonso, A Short History of The filipino People, University Of Philipines, Philipine : 1960, hlm 103. 51 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara sejak tahun 1500, Fajar Bakti, Kuala Lumpur, hlm, 193. 52 Jose and Aracilla. S. J, An Introduction to Philipines History, Ateneo Publications Loyala Height, Manila : 1971, hlm, 78.

25

Kesan daripada perubahan dalam sistem pendidikan di Filipina, maka berlaku perubahan status sosial iaitu dari golongan pertengahan akhirnya menjadi golongan intelek. Golongan pertengahan keluarga Filipina yang baru biasanya kacukan China atau Sepanyol yang terpelajar, lebih kebaratan dan mereka ini cenderung menghantar anakanak mereka ke luar negara untuk belajar. Maka lahirlah golongan intelek seperti Dr. Jose Rizal, Lopez Jaena dan Marcelo del Pilar yang akhir membuka minda masyarakat Filipina supaya menuntut kemerdekaan Tanah air sendiri. Dengan gagasan moden dan fahaman liberal pada kurun ke-19 dan merupakan bermulanya kesedaran politik di kalangan rakyat Filipina. Dengan munculnya golongan intelek ini maka wujudlah semangat nasionalisme antara rakyat Filipina.53

2.6.2 Lahirnya Golongan Intelek Setelah lebih 100 tahun berlalu barulah orang Filipina ada kesedaran yang selama ini mereka dijajah. Mereka ini terdiri daripada golongan intelek. Dalam tahun 1870-1880an mereka merasakan pemerintah penjajah adalah zalim dan merupakan penindas kepada mereka sebagai satu masyarakat. Mereka telah menuntut supaya dibuat pemulihan dalam rangka pemerintahan. Namun orang Sepanyol tidak menghiraukannya. Penentangan terhadap pemerintahan Sepanyol timbul disebabkan beberapa faktor antaranya rakyat tidak puas hati terhadap sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh pemerintahan Sepanyol. Perkara ini dapat dilihat apabila pegawai-pegawai Sepanyol dan Filipina menggunakan kuasa mereka untuk memeras rakyat Filipina dengan memaksa mereka memberikan setengah bushel beras kepada caja setiap kali membayar ufti
53

kepada

D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor, 1981, hlm, 877.

26

cabeza, disebabkan gaji para pegawai rendah, kegiatan memeras ini semakin serius, 54 Misalnya sistem encomienda banyak mendatangkan kesusahan kepada rakyat terutama sekali kepada kaum peladang. Bentuk masyarakat feudal terus diamalkan di peringkat wilayah dan orang Filipina diperhambakan. Setiap ladang terletak di bawah kuasa

encomiendro (pegawai Sepanyol) yang memaksa rakyat membayar cukai dengan kadar yang tinggi. Seorang encomiendero berhak memungut ufti dari lima ratus sampai seribu orang Filipina yang tinggal di kawasannya. Sebagai balasannya dia berjanji untuk memerintah dan melindungi orang-orangnya dan menentukan supaya mereka dikristiankan, sekiranya mereka tidak dapat membayar ufti berkenaan mereka akan dijadikan sebagai buruh paksa.55 Dalam sistem ini, sekiranya mereka ingin mendapatkan perlindungan, mereka seharusnya membayar ufti, sekiranya mereka tidak membayar mereka akan dibunuh dan dijual sebagai hamba abdi, namun ada juga golongan encomiendero yang merasa berdosa ketika menjalankan aktiviti mengutip ufti.56 Ada juga golongan agama yang bertindak sebagai pembela orang-orang Filipina, mereka ini mengutuk tindakan yang dilakukan oleh encomiendero.57 Selain itu, Sistem Encomienda yang turut menindas dan memeras tenaga orangorang Filipina juga telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka. Di bawah sistem ini, orang-orang Filipina yang miskin dipaksa membayar ufti yang tidak ditentukan, ada yang dikehendaki membayar ufti sebanyak satu peso dan ada pula sebanyak sembilan peso. Selain itu, mereka ini juga sering dikerah sebagai buruh. Paderi54 55

Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara sejak Tahun 1500, Fajar Bakti, Kuala Lumpur, 1971, hlm, 191. D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, selangor, 1981, hlm, 302. 56 Ibid, hlm 302, iaitu ahli-ahli mubaligh yg diketuai oleh Domingo de Salazar, Uskap Manila yang pertama dan kuasanya hamper sama dengan kuasa Gabenor, beliau telah menentang dengan keras kesan penindasan ecomiendero.. 57 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Fajar Bakti, Kuala Lumpur : 1971, hlm 184-185.

27

paderi Filipina pula diberikan jawatan-jawatan rendah di bawah pengaruh paderi-paderi Sepanyol. Seterusnya, rakyat Filipina yang miskin atau memiliki harta yang sedikit pula dikenakan cukai yang tinggi misalnya barang-barang keperluan seperti beras, gula manakala barang mewah yang dimiliki oleh orang-orang berada dikenakan cukai yang rendah. Dalam sistem ini juga, wang dari hasil kutipan digunakan untuk kepentingan orang Sepanyol dan bukannya digunakan untuk membangunkan Filipina serta rakyatnya.

2.6.3 Kerahan Buruh Paksa Melalui sistem Vandala dan Sistem Polo, rakyat Filipina semakin sengsara dan menderita. Penindasan oleh golongan encomendero telah menyebabkan rakyat Filipina semakin berkurang. Jika diteliti, mengikut perjanjian yang telah dibuat oleh Sepanyol, encomendero bertanggungjawab menyediakan keperluan rakyat dibawahnya tetapi, sebenarnya, mereka hanya menggunakan khidmat buruh paksa ini untuk kepentingan peribadi mereka sendiri. Manipulasi terhadap tenaga buruh menyebabkan kegiatan rasuah semakin berleluasa.58 Sistem-sistem ini sendiri memperlihatkan kekejaman Sepanyol di Filipina. Akibatnya, rakyat telah bangkit menentang penindasan ini59 Di Filipina pula, orang Sepanyol telah memperkenalkan Sistem Polo (sistem buruh paksa) dan Sistem Vandala (sistem paksa). Dalam Sistem Polo, semua orang Filipina yang berumur 18-60 tahun kecuali ketua-ketua dan anak-anak mereka yang tua terpaksa bekerja secara percuma selama 40 hari dalam setahun dengan gaji yang kecil dan adakalanya tidak dibayar. Mereka hanya diberikan beras oleh perbendaharaan-

58

Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People, Philippine: Malaya Books Quezon City, 196o, hlm. 118. 59 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Fajar Bakti, Kuala Lumpur : 1971, hlm 193.

28

perbendaharaan kampung untuk menyelamatkan diri daripada mati kebuluran.60 Oleh itu tidak hairanlah jika rakyat bersikap benci terhadap pemerintahan Sepanyol pada abad yang ke-19. Manakala Sistem Vandala pula ialah sejumlah barang-barang tertentu yang mesti diserahkan oleh orang-orang Filipina kepada kerajaan secara paksa. Barang-barang yang diserahkan itu kadang kala tidak diberikan bayaran sebaliknya hanya diberikan wangwang kertas yang tidak berharga atau surat perjanjian hutang. Kelaparan dan penyakit mengorbankan banyak nyawa sehingga penduduk Filipina berkurangan di bawah kuasa Sepanyol. Vandala ini dijadikan sebagai ufti kepada kerajaan yang dikenakan ke atas orang-orang Filipina. Keadaan ini memberi kesan kepada penduduk Filipina terutamanya untuk mendapatkan bekalan makanan.61 Orang Sepanyol telah membawa konsep memiliki tanah dan seterusnya membawa kepada kemunculan tuan-tuan tanah barangay yang dikerjakan oleh pengikut-pengikutnya dan ia menjadi ciri penting dalam masyarakat Filipina pada abad ke-19. Pemilik tanah biasanya pembesar-pembesar.62 Di bawah pemerintahan Sepanyol, mereka membawa konsep pemungutan cukai ke atas rakyat Filipina dan digunakan untuk tujuan rakyat. Dari pemerintahan Legapzi sehingga 1884 Sepanyol mengutip cukai daripada rakyat Filipina mereka perlu membayar cukai sebanyak 8 reales, naik kepada 10 reales pada 1589 dan 12 reales pada tahun 1851. Cara pembayaran cukai adalah berbeza mengikut umur. Tugas membayar cukai itu akan selesai sehingga berumur 60 tahun. Cukai lain dikenali sebagai cukai Zamboanga, dan dikenakan bayaran mengikut wilayah pada tahun 1635 sehingga abad ke-19.
60

Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, 1967. History Of The Filipino People. Philippine: Malaya Books Quezon City. hlm.89. 61 D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor : 1981, hlm, 302. 62 Sebelum itu, tanah adalah milik bersama dan hakmilik adalah kepunyaan barangay dan di bawah undangundang Sepanyol semua tanah yang tidak dimiliki boleh diserahkan kepada pembesar sebagai harta rumahtanah.

29

Satu lagi faktor yang menimbulkan penentangan terhadap pemerintahan Sepanyol ialah kerana kekurangan kemajuan dalam negeri Filipina. Dasar Sepanyol bertujuan untuk menindas rakyat Filipina dan merampas sumber kekayaan Filipina bagi kepentingan Sepanyol sendiri. Oleh itu, Sepanyol tidak mengendahkan kemajuan ekonomi di Filipina seperti memajukan bahan galian, pertanian dan perdagangan. Hal ini kerana Sepanyol memegang monopoli perdagangan. Keadaan ini melemahkan sistem ekonomi Filipina. Petani-petani ditindas, mereka dijadikan buruh paksa dan terpaksa membayar ufti dengan kadar yang tinggi. Menjelang tahun 1880-an pelajar-pelajar Filipina63 sama ada yang belajar secara persendirian atau yang terdiri daripada kumpulan kecil yang belajar di Sepanyol, Jerman, Perancis, Singapura, Britain atau Hong Kong mereka telah didedahkan dengan keadaan dunia luar. Mereka merasai suasana hidup bebas, di sana mereka belajar pelbagai bahasa, membaca buku sejarah, membincangkan politik dan memasuki pertubuhan. Keadaan ini menyebabkan mereka merasakan sebagai orang Filipina layak memerintah negara sendiri.64 Golongan terpelajar ini tidak puas hati dengan sistem pemerintahan Sepanyol di Filipina, perkara ini dapat dirasai oleh beberapa golongan elit. Hal ini kerana mereka tidak dibenarkan untuk memegang jawatan kerajaan yang tinggi. Mereka juga tidak diberi kebebasan politik walaupun mereka berpendidikan tinggi. Orang Filipina tidak dapat bersuara di dalam kerajaan. Hampir kesemua jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam diberi kepada orang Sepanyol. Manakala orang Filipina dilatih untuk memegang jawatanjawatan rendah di dalam perkhidmatan paderi. Perkara ini tidak adil bagi mereka, kerana
63

Mereka ini dihantar belajar ke luar Negara. Kebanyakan mereka berasal dari keluarga kaya iaitu golongan pertengahan. Anak-anak golongan ini dihantar ke barat untuk mendapatkan pendidikan dan mereka inilah yang bertanggungjawab membimbing pergerakan nasionalisme di Filipina. 64 Onofre D. Corfuz, The Phillippines, Prentice-Hall, Inc Englewood Cliffs, New Jersey : 1965, hlm, 70-71.

30

paderi Sepanyol sering menyalahgunakan kuasa mereka dan menyebabkan rakyat Filipina menetang kerajaan. Paderi Sepanyol diberi banyak keistimewaan antaranya memiliki tanah dan seterusnya amalan rasuah menjadi-jadi dalam kalangan paderi Sepanyol.65 Salah seorang golongan terpelajar yang berani mempersoalkan ketidakcekapan pemerintahan Sepanyol di Filipina dalam pentadbiran ialah Jose Rizal. Beliau telah menulis dua buah novel iaitu Noli Me Tanggere (Jangan Sentuh Daku atau Barah Masyarakat) dalam novel ini beliau mendedahkan kejahatan-kejahatan pemerintah Sepanyol khasnya perbuatan rasuah dalam kalangan paderi dan keadaan papa masyarakat Filipina dan El- Filibusterismo (Pemerintahan Tamak). Rizal mengkritik undang-undang dan golongan agama di Filipina. Beliau mempunyai pemikiran yang bernas mengenai penderitaan rakyat di bawah pemerintahan Sepanyol, majalah berkala La solidaridad yang disunting oleh Marcelo H. del Pilar dan buku yang ditulisnya La Soberania Monacal.66 Hasil penulisan ini maka lahirlah gerakan kebangsaan Filipina. Gerakan pertama adalah pemberontakan menentang kelakuan kasar orang-orang Sepanyol yang dipimpin oleh orang-orang yang merasakan dirinya diperlakukan dengan tidak adil. Peringkat kedua pula adalah gerakan pembaharuan tahun 1872-1896 dan akhir sekali pemberontakan hebat dalam tahun 1896. Gerakan kedua ini berlaku kesan hukuman bunuh yang dilaksanakan terhadap tiga orang paderi Filipina yang mati dicekik pada tahun 1872. Kesan daripada fenomena ini maka, ia telah mempengaruhi Paciano Mercado dan Jose Rizal dan membentuk satu pakatan yang erat bagi melancarkan tujuan-tujuan

65 66

Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Fajar Bakti, Kuala Lumpur : 1971, hlm, 142. Onofre D. Corfuz, The Phillippines, Prentice-Hall, Inc Englewood Cliffs, New Jersey : 1965, hlm, 72.

31

kebangsaan mereka. Mereka menyebarkan propoganda tentang keadaan sebenar di Filipina dan mereka mengemukan beberapa tuntutan seperti kebebasan bersuara,

persamaan bagi bangsa Filipina dengan orang Sepanyol disisi undang-undang, Filipina hendak menjadi wilayah, dan penghapusan golongan paderi. Terdapat dua faktor yang menyebabkan golongan elit menentang kerajaan sepanyol iaitu faktor dalaman negeri, dalam faktor dalaman ini Sepanyol telah berjaya menyatukan masyarakat Filipina melalui agama kristian katolik dan bahasa Sepanyol. Lantaran itu semangat nasionalisme lahir akibat pendidikan yang diterima di barat. Seterusnya mereka membentuk golongan elit seperti Jose Rizal, Emilio Aguinaldo, Andre Bonifacio dan sebagainya. Mereka bangkit akibat penyalahgunaan kuasa oleh golongan paderi dalam pentadbiran di Filipina, mereka mengamalkan rasuah dan memeras penduduk menjadi buruh paksa. Justeru itu Dela Tore telah menyebarkan fahaman liberal seterusnya lahir semangat nasionalisme. Faktor luaran pula adalah berlakunya revolusi Amerika Syarikat (1776), Perancis (1789) dan Mexico (1826). Selain itu juga dengan pembukaan Terusan suez (1869), ramai pelajar belajar di Barat, maka berlakunya pertembungan dengan konsep demokrasi. Dengan pendedahan dalam sistem

pemerintahan negara lain telah mendedahkan mereka untuk anti penjajahan dan republik dan lahirlah satu pembaharuan atau gerakan propaganda. Pemberontakan yang terawal terhadap Sepanyol ialah Pemberontakan Basi yang berlaku di Iilacandia pada tahun 1807. pada tahun 1823 pula bala tentera Filipina memberontak kerana diskriminasi bangsa dalam tentera. Mereka hampir-hampir berjaya menawan Manila, kejaian ini dikenali Dahagi Novales. Pada 1840 berlakunya pemberontakan Tayabas yang dilancarkan oleh paderi Apolinaria de La Cruz.

32

Pemberontakan ini disebabkan oleh diskriminasi bangsa dalam golongan paderi. Ini menunjukkan bahawa rakyat Filipina tidak puas hati dengan pemerintahan Sepanyol. Dalam tahun 1872, satu pemberontakan tentera Filipina berlaku di Cavite, kira-kira 200 orang askar telah bangun memberontak secara terbuka. Mereka menentang kerana tidak puas hati terhadap pengecualian cukai.67 Di sinilah bermulanya peranan golongan intelek dalam membentuk sistem politik dengan acuan sendiri. Liga Filipina dihidupkan semula oleh Don Domingo Franco Andres Bonifacio, tujuannya ialah untuk menyokong La Solidaridad, mengumpulkan wang untuk menerbitkan majalah dan memaksa kerajaan melaksanakan pembaharuan. Namun Liga ini terpaksa digubal. Lantaran itu Bonifacio dan Emilio Jacinto menerbitkan kalayaan (kemerdekaan) supaya rakyat bangun memberontak. Kebanyakan mereka ádalah golongan petani. Pemberontakan ini akhirnya terbongkar dan ramai yang ditangkap. Sebenarnya Jose Rizal tidak bersetuju pelaksanaan pemberontakan tersebut kerana senjata terlalu sedikit, wang pun sedikit untuk membeli senjata dan anggotanya tidak berdisiplin. Kekalahan ini menyebabkan Jose Rizal dihulum bunuh secara ditembak pada 30 Disember 1896 tanpa disoal selidik terlebih dahulu. Justeru itu, maka berlakulah satu pemberontakan untuk menentang Sepanyol. Katipunan mengadakan pertemuan sekali lagi pada 12 Mac 1897. Emilio Aguinaldo dilantik sebagai presiden, Marciano Trias sebagai Naib Presiden dan Bonifacio sebagai setiausaha. Bonifacio ini rasa terhina kerana dibantah akan perlantikan itu, lalu dia menarik diri. Lantaran itu Bonifacio telah

67

Pemberontakan ini dipatahkan dengan kejam oleh Sepanyol. Kesannya 3 orang paderi telah dijatuhkan hukuman bunuh iaitu paderi-paderi Burgos, Gomez dan Zamora. Tetapi pembunuhan mereka telah membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat Filipina. Tahun 1882 hingga 1896 merupakan permulaan adanya Gerakan Propaganda.

33

dibunuh dan dipersetujui oleh Aguinaldo kerana pemberontakan akan menjadi lebih buruk selagi beliau masih hidup. Pada 12 Jun 1898 sebuah kerajaan revolusi telah mengisytiharkan Filipina bebas dari Sepanyol. Mereka berjaya sebab mereka telah mendapat sokongan daripada Amerika. Namun begitu Amerika telah menyerang Manila pada 13 Ogos 1898 dan mereka melarang orang-orang Filipina memasuki Manila. Pejuang-pejuang kemerdekaan Filipina telah ditipu dan cuba menyerang Amerika tetapi mereka tidak berjaya, hal ini kerana golongan berpendidikan menyokong Amerika.68 Selepas Amerika menguasai Filipina, dari segi ekonomi telah berlaku hubungan antara kedua-dua negara seperti pertukaran barangan yang tidak dikenakan cukai menyebabkan Filipina memperhebatkan usaha untuk mengeluarkan barangan tempatan. Keluaran ini diesport dan bersaing dengan barang-barang keluaran Amerika dan perdagangan bebas dengan negara lain masih diperlukan bagi menjamin kestabilan ekonomi Filipina.69 Selepas kedatangan Amerika, hak berpolitik masih diberikan kepada rakyat Filipina. Masyarakat Filipina mahukan pemerintahan sendiri dan mereka menubuhkan parti-parti seperti Partido Democrata ( Parti Demokrat ) dan juga Partido Nasionalista ( Parti Kebangsaan) tetapi apabila Amerika mengetahui niat kedua-dua parti ini untuk menubuhkan kerajaan sendiri, lalu mereka pun mengharamkan penubuhannya. Tetapi pada 1906 kedua-dua parti ini bergabung dan membentuk parti nasionalista dan akhirnya menang 1907. Parti pemerintah di Amerika telah mengubah satu undang-undang iaitu undang Johnes yang menyebabkan ramai orang Filipina terlibat dalam pentadbiran negeri.70 Pada 1928-1929 dasar Amerika di bawah Gabenor Jeneraj Hendry L. Stingson
68 69

Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Fajar Bakti, Kuala Lumpur : 1971, hlm, 204. Ibid, hlm, 211. 70 Ibid, hlm 209.

34

telah menghidupkan semula hubungan antara kedua-dua pihak dari aspek sosial, politik dan ekonomi.

2. 7 Undang-undang Sepanyol Dari segi undang-undang pula, sebelum kedatangan Sepanyol, undang-undang barangay dibuat oleh datu dengan pertolongan orang yang lebih tua dalam sesebuah komuniti. Manakala dalam sesebuah konfederasi atau pertubuhan, undang-undang dibuat oleh ketua datu yang paling berkuasa dengan mendapat sokongan daripada anak buah atau subordinatnya. Ketua datu tersebut akan menerangkan kepentingan undang-undang tersebut kepada komuniti mereka seterusnya ia akan ditulis. Selepas disiapkan, undangundang tersebut akan diberitahu kepada seluruh ahli dalam pertubuhan tersebut seterusnya kepada orang ramai oleh pencanang kampung ataupun dikenali sebagai umalahokan. Sesiapa yang melanggar undang-undang yang telah dibuat akan dikenakan penalti ataupun denda.71 Secara umumnya, undang-undang yang dibuat adalah secara fizikal dan bertulis. Antara kesalahan yang dibicarakan seperti masalah pinjaman wang, kontrak, pengambilan anak angkat, penceraian, dan lain-lain. Manakala hukuman seperti hukuman bunuh, dijadikan hamba, denda, dan lain-lain akan dikenakan mengikut kesalahan yang dilakukan. Antara undang-undang yang dikategorikan sebagai kes berat seperti rogol, rasuah, membunuh, dan lain-lain. Selain itu, pembicaraan akan diadakan dihadapan orang ramai tanpa adanya peguam, hakim, polis, dan sebagainya. Hanya plantif dan defendan yang terlibat akan membela diri masing-masing. Mahkamah barangay akan memutuskan siapa yang bersalah berdasarkan bukti yang dikemukakan.

71

Gregorio F. Zaide, Phillipine Political and Cultural History: Phillipine Since Pre-Spanish Time, Manila : Phillipina Education Company, 1957, hlm. 63.

35

Perbicaraan yang dahsyat juga dikenakan jika perbicaraan biasa tidak dapat membuktikan siapa yang bersalah. Ia dikenali sebagai Trial by Odeals. Pembicaraan ini berkonsepkan bahawa tuhan menolong orang yang tidak bersalah melalui pembicaraan yang dahsyat. 72 Undang-undang yang terkenal dalam masyarakat Filipina seperti Kod Maragtas dan Kod Kalantiaw yang mengandungi panduan-panduan undang-undang tentang perjalanan hidup barangay-barangay. Undang-undang ini dilihat tidak adil bagi kebanyakan masyarakat mereka namun,jika dibandingkan dengan undang-undang awal masyarakat Eropah, ia lebih adil dan saksama.73 Sebenarnya, undang-undang ini dilihat sebagai satu jaminan keselamatan dalam struktur sosial barangay kerana tanpanya, sudah tentu setiap dari mereka akan bermusuhan. Keadaan ini sudah tentu akan menyebabkan politik di Filipina akan terjejas. Dengan adanya undang-undang sebagai sebahagian daripada pemerintahan di Filipina membuktikan bahawa sebelum kedatangan Sepanyol pun, Filipina sudah mempunyai satu pemerintahan sendiri. Cuma satu penambahan kepada yang lebih baik telah dibuat oleh Sepanyol. Selepas penaklukan, Sepanyol telah mengambil kira aspek undang-undang dengan menubuhkan mahkamah-mahkamah untuk memberikan keadilan kepada rakyat. Sistem keadilan yang digunakan adalah berdasarkan kepada pengikhtirafan terhadap hukum-hukum adat, undang-undang Sepanyol-Rom. Selain itu, terdapat juga undangundang biasa. Jika undang-undang biasa tidak digunakan secara meluas dikawasankawasan lain, undang-undang Rumawi yang akan digunakan. Undang-undang ini dibuat dalam tahun 1599 setelah menerima adat resam Filipina.74 Gobernadorcilo boleh membicarakan kes-kes awam yang kecil-kecil (ketua hakim di-pueblo). Rayuan terhadap
72 73

Ibid, hlm. 61-65. Ibid, hlm. 59-60. 74 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1971, hlm. 192.

36

keputusan mahkamah pueblo didengar oleh alcalde mayore dan alcalde mayore juga mengadili perkara-perkara yang lebih besar dan yang mengenai wang. Rayuan-rayuan terhadap keputusan mereka pula didengar oleh Audencia. Manakala mahkamahmahkamah Rayuan tertinggi tentulah Dewan Hindia Timur di Sepanyol.75 Akan tetapi, hanya orang Filipina yang kaya sahaja yang mampu membicarakan kes di mahkamah ini kerana belanjanya yang mahal. Selain itu juga, terdapat juga mahkamah penyiasat yang dikenali sebagai Residencia yang bertanggungjawab untuk menyiasat tingkahlaku dan pentadbiran Gabenor yang akan berhenti dari jawatannya. Menurut laws of Indies, tiap pueblo akan disusun mengikut bahagian tengah plaza. Sebelah pihak adalah gereja, tribunal dan escuela, serta residence. Pada peringkat Audencia, seorang peguam Diraja akan diupah untuk mewakili orang-orang Filipina dan orang China yang terlalu miskin untuk mengupah peguam-peguamnya sendiri. Akan tetapi, masyarakat pada masa ini, hanya mempermainkan kesucian dan kedaulatan mahkamah kerana mereka mampu bersumpah di mahkamah atas perkara yang palsu. Hal ini terjadi kerana tiadanya pendidikan dalam sistem masyarakat Filipina sehinggalah pada kurun ke-19. Selain itu, golongan agama menentang dan mengkritik penggunaan sistem undang-undang Sepanyol ke atas orang Filipina kerana takutkan penyebaran buah fikiran undang-undang akan mengurangkan pengaruh mereka sendiri.76 Pengenalan undang-undang yang digubal oleh Council of The Indies telah dilaksanakan di Filipina seperti Las Siete Partidas, Las Leyes de Toro, dan La Novisima. Pada abad ke-19, terdapat undang-undang sivil Sepanyol, undang-undang penal, dan undang-undang kod. Sepanyol telah mengambil kira pandangan tradisional dan adat masyarakat dalam menggubal undang-undang.77
75 76

Ibid, hlm. 193. D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm. 305. 77 Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People. Philippine: Malaya Books Quezon City, 1967, hlm. 88.

37

3.0 Perubahan dari aspek ekonomi 3.1 Pengenalan Encomienda Merujuk kepada pertanian di Filipina, sebelum diambil alih oleh Sepanyol, ia masih bercorak primitif. Tanah bukan menjadi milik seseorang melainkan milik masyarakat. Orang-orang perseorangan diberikan petak-petak78 untuk dikerjakan dan dia

bertanggungjawab bagi menjaga tanaman tersebut sehingga matang. Ekonomi yang bersifat pertanian tidak begitu maju. Tiap-tiap barangay mengeluarkan makanan untuk keperluan sendiri dan perniagaan di antara barangay jarang diadakan. Masyarakat Filipina menghasilkan padi ditambah dengan tanaman ubi-ubi, dan juga dijalankan perternakan ayam dan babi. Sehinggalah permulaan abad ke-16, masyarakat Filipina mula keluar untuk menjalankan perdagangan sendiri79 iaitu berlaku kegiatan pertukaran barang-barangan. Secara ekonominya, terdapat dua aspek yang perlu diambil kira iaitu, dasar ekonomi yang diamalkan oleh Sepanyol dan juga hasil-hasil ekonomi yang diusahakan oleh Sepanyol. Akibat meningkatnya keperluan tanah kerana aktiviti pertanian, Sepanyol telah memperkenalkan sistem ekonomi encomienda yang telah memerah hidup rakyat Filipina. Dalam mengambil alih kuasa di kawasan-kawasan taklukannya, Sepanyol telah membahagikan penduduknya kepada “Encomienda” di bawah kawalan Orang Sepanyol. Encomienda ialah satu sistem pemberian tanah oleh Sepanyol kepada pertubuhan agama, badan-badan amal dan orang Sepanyol. Orang-orang ini dikenali sebagai encomendero.
78

Gregorio F. Zaide,1957. Phillipine Political and Cultural History: Phillipine Since Pre-Spanish Time. Manila: Phillipina Education Company. hlm. 179-180. 79 Gilbert Khoo, 1971. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. hlm. 180.

38

Tujuannya ialah untuk mengambil jalan tengah di antara menjaga hak-hak orang Filipina dan dalam pada itu, menentukan keuntungan kepada orang Sepanyol.80 Encomendero berperanan sebagai penghubung antara kerajaan Sepanyol dengan rakyat Filipina seperti menunaikan janji-janji yang telah kerajaan janjikan kepada rakyat seperti mengekalkan keamanan, menyediakan keperluan hidup dan menyelamatkan rakyat Filipina daripada ancaman musuh.81 Penyerahan tanah-tanah tersebut memberi hak kepada encomendero untuk memungut hasil bumiputera yang tinggal dalam lingkungan sempadan tanah pemberian itu.82 Seorang encomendero berhak mengutip ufti dari lima ratus sampai seribu orang Filipina yang tinggal dikawasannya. Sebagai balasannya, encomendero berjanji akan memerintah dan melindungi orang-orangnya dan menentukan supaya mereka di kristiankan. Persembahan itu boleh jadi dalam bentuk tenaga buruh. Akan tetapi, tidak lama kemudian kaedah ini telah disalahgunakan kerana pertanian pada masa tersebut sudah tidak mendatangkan hasil kerana tiada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Sepanyol untuk memajukan kawasan jajahan tersebut.83 Encomineda menjadi salah satu sistem untuk menjadikan rakyat Filipina sebagai buruh paksa Terdapat dua jenis encomienda iaitu encomienda persendirian dan encomienda diraja. Encomienda-encomienda persendirian ialah encomienda yang telah diberikan kepada bekas-bekas pegawai yang telah berjasa kepada raja. Encomienda diraja pula diuruskan oleh pegawai-pegawai untuk mengumpulkan wang bagi perbelanjaan pentadbiran yang tinggi. Akan tetapi, sikap tamak encomendero yang tamak menggunakan peluang ini untuk memeras tenaga orang Filipina tanpa rasa kasihan. Oleh
80

Ibid. hlm. 301. Inilah satu sebab kenapa encomienda ditubuhkan dan kutipan kewangan dibuat terhadap rakyat Filipina oleh Sepanyol sebagai satu dana. Rujuk buku Jose S. Aralla. S. J, An Introduction To Philippine History, Manila: Ateneo Publications Loyala Height, 1971, hlm. 18-20. 82 Onofre D. Corpus, The Philippines, New Jersey: Prentice-Hall, Inc, 1965, hlm. 38-39. 83 D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm. 301.
81

39

kerana amat sukar untuk menyuruh orang-orang Filipina untuk membayar ufti tersebut, maka para encomendero akan menggunakan kekerasan untuk mendapatkan bayaran ufti tersebut. Oleh kerana terdapat bantahan kerana kekerasan yang dilakukan encomendero, maka pada 1598, barulah satu dokumen dibuat bagi mengehadkan jumlah yang perlu dibayar.

3.2 Pengenalan Sistem Polo Selain itu, Sepanyol turut memperkenalkan sistem buruh paksa yang berkembang seiring dengan pembukaan encomienda iaitu Sistem Polo dan Sistem Vandala. Kaum buruh merupakan golongan yang paling tertindas dengan dasar ekonomi Sepanyol ini. Keduadua tuntutan paksa ini merupakan kejahatan yang paling teruk dilakukan oleh Sepanyol. Sistem Polo ialah satu sistem dimana orang-orang Filipina yang bekerja sebagai buruh perlu bekerja 40 hari dalam setahun dan akan dibayar gaji yang amat kecil. Akan tetapi, memandangkan keadaan ekonomi Filipina pada masa itu sangat buruk, maka tiada bayaran langsung yang diberikan kepada buruh-buruh ini. Jadi, sememangnya keadaan masyarakat Filipina yang terlibat sangatlah teruk dan sengsara. Sistem ini, terbuka dan diwajibkan kepada semua lelaki yang sihat kecuali anggota-anggota keluarga penghulu, dari umur 14 sehingga 40 tahun. Hanya beras-beras yang dikirimkan oleh caja-caja sahaja yang menyelamatkan buruh-buruh ini daripada maut.84
84

Caja berperanan sebagai pengumpul hasil ufti yang dibayar oleh orang di bawah Sistem Polo kepada Cabeza. Tugasnya menyimpan beras yang berlebihan dan jika dalam masa darurat, beras yang berlebihan tersebut akan digunakan untuk menolong orang-orang dalam kesusahan serta tugas-tugas sampingan yang lain. Selain itu, langkah-langkah keselamatan tidak dapat dijalankan oleh Mahkota Sepanyol kerana sememangnya pada masa tersebut, khidmat buruh amat diperlukan di seluruh Filipina. Wilayah Pampanga merupakan contoh wilayah yang paling teruk menerima Sistem Polo kerana ia merupakan sebuah tempat

40

3.3 Sistem Vandala Sistem Vandala pula merupakan satu kaedah di mana sejumlah barang yang tertentu dan yang mesti diserahkan oleh orang-orang Filipina kepada kerajaan.85 Dalam sistem ini, rakyat Filipina dipaksa menjual hasil-hasil mereka kepada pihak pemerintah yang membayar mereka dengan tanda bayaran sahaja atau surat perjanjian hutang.86 Tiap-tipa provincial telah ditetapkan bayaran uftinya dan kemudiannya akan dibahagikan dikalangan bandar-bandar. Ini bermakna, mereka akan mendapat bayaran untuk barang yang akan ditukarkan. Akan tetapi, tiada pembayaran yang pernah dibuat kerana pembendaharaan negeri adalah kosong akibat kerugian dalam perdagangan geliong.
87

Sebaliknya, wang kertas yang tidak berharga yang diberikan. Sistem ini telah menyebabkan rakyat menderita kerana penduduk-penduduk terpaksa bekerja keras bagi mengeluarkan lebihan makanan untuk tujuan Vandala dan juga untuk keperluan makanan. Walaupun pendamaian dipulihkan ke atas apa yang dikenakan kepada rakyat Filipina, namun ia tidak membawa apa-apa perubahan besar kerana harga yang ditawarkan tidak setimpal dengan apa yang dikeluarkan. Sehinggakan semasa pemerintahan Sepanyol, jumlah penduduk Filipina semakin berkurang. Kesimpulannya, Vandala menjadi satu pemberian ufti yang menekan.

3.4 Pengenalan Cukai-cukai
tempat yang kaya dengan kayu-kayan bagi pembinaan kapal dan tanah sawah yang subur bagi menanggung kos pentadbiran di Manila. Ibid, hlm. 191-192. 85 Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People, Philippine: Malaya Books Quezon City, 1967, hlm. 88. 86 D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm. 303. 87 Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1971, hlm. 192.

41

Selain itu, cukai-cukai seperti cukai yang dikutip ke atas orang China, duti eksport dan duti import turut dipungut. Pemerintahan Sepanyol di Filipina telah menyebabkan kekurangan wang dana yang sepatutnya digunakan untuk kos pentadbiran dan untuk tujuan tertentu. Oleh itu, untuk meningkatkan jumlah defisit yang semakin berkurangan itu, Mexico telah menghantar bantuan kewangan yang dipanggil real situado. Sebenarnya, ia merupakan duti yang diambil daripada barangan yang dieksport dari Filipina ke Mexico dan pemberian real situado ini tamat apabila Mexico mendapat kemerdekaan dari Sepanyol.88 Selain itu juga, untuk memulihkan kewangan Sepanyol juga, institusi dekri telah memperkenalkan cukai cedula persendirian. Ia dikenakan

kepada semua penduduk sama ada lelaki dan perempuan, tidak kira orang Sepanyol, Filipina, ataupun orang asing yang berumur 18 tahun ke atas. Jumlah yang dikenakan bergantung kepada pendapatan si pembayar cukai dan cukai ini menjadi bukti kepada identiti seseorang dan sesiapa yang tidak membayarnya akan dikenakan denda.

4.1.5 Perubahan Terhadap Sistem Tanah Sepanyol telah memperkenalkan beberapa perubahan penting dalam sistem tanah yang membawa kepada kemunculan ramai tuan-tuan tanah pada abad ke-19. Mereka telah memperkenalkan konsep milik iaitu pembesar-pembesar menjadi pemilik tanah barangay yang dikerjakan oleh pengikut-pengikutnya dan ia bertentangan dengan peraturan sebelum ini, dimana tanah adalah milik secara bersama dan hakmilik adalah kepunyaan barangay. Keduanya, di bawah undang-undang Sepanyol, semua tanah yang tidak dimiliki secara bersama dan bersendiri menjadi tanah diraja dan boleh diserahkan

88

Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People, Philippine: Malaya Books Quezon City, 1967, hlm. 89.

42

kepada pembesar-pembesar Filipina sebagai harta rumah-tanah. Cara-cara pemilikan tanah yang diusulkan oleh Sepanyol menyebabkan ramai paderi dan pembesar Filipina melakukan pemerasan ke atas rakyat Filipina berbanding orang Sepanyol. Hal ini kerana, golongan agama boleh membeli tanah yang dipunyai bersama daripada pembesarpembesar tempatan, selain kebanyakan tanah-tanah merupakan milik gereja dan Sepanyol hanya pemilik sementara sahaja dan jika ada pun tanah-tanah tersebut milik Sepanyol, ia hanya sebahagian sahaja.89

4.1.6 Perdagangan Geliong Bagi masyarakat Filipina, walaupun selepas penaklukan Sepanyol, adalah penting bagi mereka untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan China dan Jepun untuk membangunkan negara mereka. Pergaduhan antara Sepanyol dengan Portugis telah menghalang pedagang-pedagang Sepanyol untuk berdagang di Asia Timur terutama di Manila. Oleh itu, pihak berkuasa Manila terpaksa mengambil pelbagai langkah untuk menarik perhatian pedagang-pedagang Asia ke Manila. Kapal-kapal perdagangan dari pelabuhan Acapulco di Mexico membawa ke Manila bersama jongkong perak, wang dengan mana mereka dapat membeli sutera, batu permata, gangsa-gangsa dan tembikar dari China yang banyak terdapat di Manila.90

89 90

D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm. 303. Ekonomi Filipina lebih menjurus ke arah perdagangan dengan menggunakan kapal-kapal besar. Orang China paling ramai berdagang di Filipina tetapi mereka sering dianggap sebagai orang yang menjadi punca kesusahan terhadap orang Filipina walaupun mereka sering sahaja menyumbang terhadap ekonomi Filipina. Telah berlaku rusuhan yang telah diilancarkan oleh orang-orang Filipina terhadap pemerintahan Sepanyol sehingga menimbulkan rusuhan anti-China pada tahun-tahun tertentu yang membawa kepada pembunuhan yang mengerikan. Perseteruan antara Sepanyol dengan China menyusahkan orang Filipina kerana bantuan yang diberikan oleh Sepanyol kepada Filipina akhirnya jatuh ke tangan China. Sila rujuk buku, Ibid, hlm. 300.

43

Perdagangan geliong merupakan sumber utama pendapatan Sepanyol iaitu melibatkan Acapulco (Mexico) dengan Filipina. Sejak awal-awal lagi, Filipina menjadi tempat pelabuhan tumpuan bagi pedagang China, Jepun, Borneo, Maluku, Siam dan Kemboja. China merupakan pengeksport utama geliong atau perak dari Filipina. Apabila Mexico membuat perjanjian untuk menghantar geliong ke Manila, maka China akan bertumpu di Manila. Ini akan menguntungkan Sepanyol. Dari tahun 1593 sehinggalah tahun 1815, hanya geliong-geliong kerajaan sahaja yang boleh menjalankan perdagangan Manila-Acapulco manakala pedagang-pedagang persendirian pula dilarang menyertai perdagangan tersebut. Dalam abad ke-18, nilai muatan sesebuah kapal berbeza-beza. Perak mentah ini pula akan pergi kepada pedagang China sebagai bayaran untuk barangbarang perdagangan geliong tadi. Perdagangan geliong terpaksa dihapuskan apabila pedagang Inggeris dan Amerika menjalankan perdagangan penyeludupan gelion dengan Mexico menyebabkan undang-undang diraja tahun 1815 ditubuhkan bagi menghapuskan perdagangan geliong. Hinggalah pada 1834, Manila terbuka kepada perdagangan antarabangsa apabila Syarikat Diraja dihapuskan. Sesungguhnya, pertanian eksport Filipina telah berjalan dengan pesat menjelang abad ke-19.91

4.1.6 Dasar-dasar Pertanian Selain itu, bagi mengurangkan kebergantungan Manila terhadap Mexico dalam perdagangan geliong, dasar-dasar kerajaan telah berubah. Melalui Jose de Basco Vargas, salah seorang yang tergolong dalam golongan kesedaran telah menumpukan kepada kegiatan ekonomi yang selama ini telah diabaikan oleh Sepanyol. Jika dilihat sebelum ini, Sepanyol lebih memberi tumpuan kepada perdagangan geliong. Jadi kegiatan ekonomi
91

Onofre D. Corpus, The Philippines, New Jersey: Prentice-Hall, Inc, 1965, hlm. 40-41.

44

bersifat tanaman tidak diberi perhatian. Sehinggalah perdagangan geliong dihapuskan akibat kerugian pada 1815 92, barulah aspek pertanian diberi perhatian. Buktinya, apabila perdagangan geliong menunjukkan kemerosotan, Sepanyol menyedari tentang perlunya mewujudkan ekonomi yang kuat dan oleh itu beberapa perubahan dilakukan. Di bawah pentadbiran Gabenor-Jeneral Jose Bascoy (1777-1787), Persatuan Ekonomi Sahabat Negara (Economic Society of Friends of the Country) diasaskan dalam tahun 1781. kegiatannya melibatkan risalah mengenai penanaman tebu, tembakau, kopi, dan lain-lain. Akan tetapi, di antara langkah-langkah ekonomi yang dikemukan oleh beliau, hanya monopoli ke atas tembakau yang memperlihatkan hasilnya dalam benih-benih Sistem Kultur.93 Sesungguhnya semenjak tahun 1780-an lagi barulah pertanian untuk perdagangan eksport yang sebenarnya bermula dan bidang-bidang tanah mula dicucuk tanam dengan bersistem untuk menghasilkan lebihan pengeluaran. Sebagai contoh ialah tembakau, abaka (hem Manila) dan hasil keluaran kelapa. Pengeluaran hasil-hasil ini meluas pada masa kedua abad ke-19 terutama setelah pembukaan Manila sebagai pelabuhan bebas pada 1834. Selepas pada tahun itu, Filipina berkembang pesat dalam bidang perdagangan. Di antara ketiga-tiga hasil, tembakau merupakan hasil yang paling penting di bawah pemerintahan Sepanyol. Muatan kapal yang pertama dihantar pada 1784. ia merupakan satu percubaan yang paling berjaya yang telah dilakukan oleh orang Sepanyol. Tembakau dihantar ke luar negeri. Menanam tembakau adalah dilarang kecuali dikawasan khasnya diperuntukkan seperti di Lembah Cagayan. Dalam tahun 1782 berlaku monopoli perdagangan tembakau oleh pihak pemerintahan. Tanaman kelapa pula, tidak dieksport
92 93

Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak 1500, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1971, hlm. 195. , Sejarah Pembentukan Asia Tenggara, Jilid II: Perubahan Ekonomi, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1980, hlm. 490-491.

45

secara perdagangan sehingga tahun 1870-an, tetapi ia dijadikan bahan eksport akibat pembukaan Manila kepada perdagangan dunia Selain itu, hasil lain seperti tebu turut memainkan peranan utama kepada ekonomi Sepanyol dan Filipina. Walaupun tebu merupakan ekonomi jualan utama AmerikaFilipina, namun asas perindustrian tersebut wujud semasa Manila berada di bawah jajahan Sepanyol dan buktinya, ia merupakan tanaman pertama sekali dieksport secara dagangan dan menjelang akhir abad ke-19, ia muncul sebagai salah satu keluaran terpenting dalam ekonomi penjajah. Pembangunan ekonomi tebu yang terpenting dapat dilihat apabila wujudnya banyak kebun-kebun tebu di Panay dan Kepulauan Negros sekitar 1840-an.94 Walaupun Sepanyol merupakan perintis kepada penanaman tebu, tetapi usaha memodenkannya telah dijalankan oleh orang Inggeris.95 Tanaman-tanaman lain yang baru mendapat perhatian pada akhir abad ke-18 ialah nila. Ia bermula rancak apabila Basco menjalankan perusahaan perdagangan terhadap hasil tanaman. Di bawah Basco, Persatuan Ekonomi telah mengeksport nila yang pertama dari tahun 1783-1784. akan tetapi, kekurangan teknologi dan modal telah menghalang usaha-usaha untuk mengkomesialkan tanaman nila dan menjelang 1840, dilaporkan bahawa pengeluar dari kepulauan tersebut mengeluarkan tidak lebih dari satu ton setahun bagi tiap-tiap seorang. Begitu juga usaha untuk menjalankan perdagangan kopi telah menemui jalan buntu. Usaha-usaha Basco dalam Persatuan Ekonomi telah mengambil

94

Rujuk buku Jose S. Aralla, S. J, An Introduction To Philippine History, Manila: Ateneo Publications Loyala Height, 1971, hlm. 67-69. 95 Tebu telah ditanam di kepulauan itu sejak dahulu lagi dan ia dibawa dari India sama ada dibawa secara langsung ataupun melalui satu pelabuhan di negeri China. Usaha penanaman tebu dijalankan secara meluas selepas penaklukan Sepanyol tetapi ia tidak mempunyai sebarang kepentingan sehingga pada suku akhir abad ke-18. Perdagangan yang sebenarnya berlaku selepas pembukaan Manila sebagai pelabuhan bebas pada tahun 1834, lebih-lebih lagi dengan pembukaan Iloilo sebagai sebuah pelabuhan bebas pada 1855. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara, Jilid II: Perubahan Ekonomi, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1980, hlm. 492.

46

langkah untuk memajukan perusahaan sutera tempatan, kapas, kayu manis,lada hitam, dan the. Syarikat Diraja turut menjalankan turut menjalankan usaha-usaha yang sama di samping menggalakkan penanaman rempah, dan pengeluaran garam, gandum dan koko tetapi hasilnya tidak menggalakkan.96 Tanaman seperti padi pula sudah berkembang sebelum kedatangan Sepanyol lagi, namun pengeluarannya adalah untuk keperluan sahaja Akan tetapi, segala usaha yang dilakukan oleh Sepanyol untuk memajukan ekonomi Filipina sehingga akhir abad ke-19 menemui kegagalan kerana faktor-faktor tertentu seperti kedudukan Filipina yang kekurangan galian, tidak seperti Mexico dan Peru yang kaya dengan emas dan perak. Jika ada pun usaha untuk mengeluarkan galiangalian tersebut memerlukan teknik dan teknologi yang canggih yang muncul lewat iaitu pada kurun ke-20.

4.2 Kesan-kesan Ekonomi di Filipina. Dalam aspek ekonomi, kita dapat lihat kesan pemerintahan Sepanyol ke atas Filipina melalui pengenalan ecomienda. Di mana rakyat dikerah tenaga mereka. Kesan daripada ini telah menyebabkan rakyat sengsara dan ramai yang mati semasa berada dalam pemerintahan Sepanyol. Rakyat telah dilayan kejam kerana terpaksa menbayar ufti yang tinggi. Selain itu, mereka juga telah dipaksa menjadi buruh paksa. Contohnya, membuat kapal bagi Sepanyol. Kesengasaraan rakyat menyebabkan mereka bangun

memberontak.97 Pertama sekali, kita dapat lihat perubahan ekonomi yang dikenakan oleh pemerintahan Sepanyol ke atas Filipina melalui pengenalan ecomienda di mana rakyat

96 97

Ibid, hlm. 492-495. Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak 1500, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1971, hlm. 192.

47

dikerah tenaga mereka. Kesan daripada ini telah menyebabkan rakyat sengsara dan ramai yang mati semasa berada dalam pemerintahan Sepanyol. Encomienda merupakan satu sistem politik tetapi telah digunakan untuk tujuan ekonomi. Hal ini dapat dilihat melalui sistem encomienda itu sendiri. Seorang encomendero dilantik disebuah kawasan untuk mengutip ufti di jajahan mereka.98 Encomendero tersebut bertanggungjawab terhadap rakyat dikawasannya meliputi hal-hal kebajikan dan keagamaan. Di sini, dapat dilihat bahawa satu sistem pentadbiran yang teratur telah disediakan oleh encomendero ke atas rakyat jajahannya. Selain itu, bagi mengukuhkan lagi pentadbiran, satu undang-undang telah digubal yang menghalang encomendero daripada menjual rakyatnya sebagai hamba. Jadi kita dapat lihat, bahawa pemerintahan Sepanyol telah mengharamkan kegiatan penghambaan yang sememangnya bertentangan dengan sistem sosial dan politik Sepanyol. Raja Sepanyol telah mengamanahkan encomendero untuk mengekalkan keamanan di setiap encomienda, dan menunaikan janji-janji kerajaan terhadap rakyat Filipina tetapi dengan syarat setiap daripada mereka perlu membayar ufti kepada kerajaan.99 Jadi, sememangnya ekonomi encomienda ini dicipta bertujuan untuk menjamin kestabilan politik masyarakat Filipina dengan melakukan pembahagian kawasan tempat tinggal melalui pengenalan encomienda. Melalui sistem ini juga, kita dapat lihat pengaruh yang dimainkan oleh golongan agama terhadap rakyat Filipina. Ufti yang dibayar oleh rakyat juga akan digunakan oleh paderi-paderi untuk kegunaan gereja dan golongan paderi menjadi pelindung daripada kekejaman encomendero. Oleh itu, tidak menjadi kejutan apabila

98

Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People, Philippine: Malaya Books Quezon City, 1967, hlm. 108. 99 Rujuk buku Jose S. Aralla, S. J, An Introduction To Philippine History, Manila: Ateneo Publications Loyala Height, 1971, hlm. 20.

48

golongan agama menjadi salah satu unsur penting pembentukan masyarakat atau struktur sosial selepas pemerintahan Sepanyol.

4.2.2 Pembukaan Manila Sebagai Pelabuhan Dunia Pembukaan Filipina sebagai pelabuhan bebas kepada seluruh perdagangan dunia pada 1834 telah menyebabkan Filipina menjadi maju. Langkah ini disusuri dengan pembukaan Sual, Iloilo, dan Zamboanga telah menghapuskan monopoli Sepanyol ke atas Filipina. Ia membolehkan Amerika dan Eropah datang ke sini untuk berdagang dan tinggal menetap di Filipina.100 Kesan daripada pembukaan Manila kepada dunia sebagai pelabuhan bebas telah mengubah struktur politik dan sosial di Filipina. Hala ini dapat dilihat melalui kemasukan golongan-golongan pedagang atau rakyat asing yang singgah dan menetap di Filipina telah membentuk entiti tersendiri. Contohnya, pembukaan Manila telah menyebabkan ramai orang China datang untuk mengaut keuntungan daripada perdagangan geliong khasnya dan telah memberi kesan kepada ekonomi dan sosiolpolitik Filipina.101 Orang China telah memonopoli ekonomi dan telah membentuk struktur masyarakat dan telah termasuk dalam sistem pentadbiran.

4.2.3 Kemajuan Dalam Bidang Pertanian Selain itu, kita dapat lihat melalui perkembangan ekonomi yang telah berlaku terhadap Filipina. Pembukaan Filipina telah menyebabkan perubahan paling penting dalam sistem ekonomi Filipina yang telah juga menyebabkan perubahan terhadap sistem politik
100

Segala kegiatan perbankan, dan firma dari luar seperti Belanda, German, dan sebagainya dapat bertapak dengan kukuh di sini sehinggakan segala produk buatan Filipina telah tersebar dan mendapat pasaran yang tinggTeodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, History Of The Filipino People, Philippine: Malaya Books Quezon City, 1967, hlm. 92-93. 101 Ibid, hlm. 110.

49

Filipina. Kita dapat lihat melalaui perubahan-perubahan dasar ekonomi yang telah diperkenalkan oleh Gabenor-Jeneral Jose Bascoy, dengan Penubuhan Persatuan Ekonomi Sahabat Jeneral yang menjadi perintas kepada pembukaan sekolah pertanian di Manila. Sekolah ini ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan penyelidikan mengenai penanaman tanaman-tanaman baru yang penting kepada ekonomi Filipina. Dan kegiatan yang paling penting sekali semasa di bawah pemerintahan Sepanyol ialah monopoli kerajaan terhadap tembakau yang membolehkan pemerintahan Sepanyol memperolehi keuntungan yang lumayan. Sebenarnya, keuntungan dan hasil-hasil dalam kegiatan ekonomi inilah yang menyokong kos pentadbiran Filipina yang semakin teruk dan membebankan, lebih-lebih lagi setelah kemerosotan perdagangan geliong. Tanpa ekonomi yang kukuh, sistem pemerintahan Sepanyol tidak akan berjaya.

4.3 Kesan Penjajahan Sepanyol terhadap Sosial-budaya Filipina. 4.3.1 Perubahan pemakaian nama keluarga Kesan daripada kedatangan Sepanyol di Filipina berlaku perubahan dalam pemakaian nama dalam panggilan keluarga. Mereka menggunakan nama Sepanyol sebagai nama keluarga. Sebelum ini nama bagi orang Filipina seperti Batungbakal, Pamatmat, Ilagan, Sambitan, kampitan, Manalo, dan Lansangan.102 Kesan yang terakhir semasa penjajahan Sepanyol di Filipina di mana mereka masih menggunakan nama keluarga Sepanyol sehingga hari ini seperti Villanueva, Santos, Cruz, Martinez dan Hermoso.103

102

Teodoro A. Agencillo & Oscar M. Alfonso, History Of The Filipine People, Malaya, Books Quezon City, Philipine : 1967, hlm, 115. 103 Teodoro A. Agoncillo And Oscar M. Alfonso, Short History Of The Filipino People, University of The Philipines, Philipine : 1960, hlm,

50

4.3.2 Perkahwinan campur Kebanyakan masyarakat Filipina berkahwin campur. Perkara ini dapat dilihat apabila Sepanyol menjajah Filipina, mereka akan berkahwin dengan masyarakat tempatan. Begitu juga Amerika dan Eropah datang, mereka akan berkahwin dengan orang Filipina. Ada juga antara mereka berkahwin dengan orang Asia seperti China dan perkahwinan dengan pendatang luar yang datang untuk berdagang di Filipina. Setiap masyarakat di Filipina kecuali di Moro mengamalkan monogami. Walau bagaimanapun, lelaki boleh berkahwin ramai isteri sekiranya berkemampuan tetapi isteri pertama adalah isteri yang sah.104 Terdapat 87 dialek bahasa di Filipina iaitu bahasa Tagalog, Bisayan, Iloko, Bikol, Pampangan, Ibanag dan Zambal. Bahasa ini mudah dipelajari dan rakyatnya menggunakan bahasa Tagalog.105 Selepas Kedatangan paderi, mereka menggunakan bahasa Tagalog dalam hubungan mereka dengan orang-orang Filipina. Perkara ini dapat dilihat selama 233 tahun pemerintahan Sepanyol hanya 20% penduduknya tahu berbahasa Sepanyol berbanding penjajahan Amerika selama 40 tahun kira-kira 40% penduduknya pandai berbahasa Inggeris. Di Filipina pada hari ini masyarakatnya telah menggunakan asimilasi bahasa Sepanyol dalam interaksi mereka seperti mesa, silya, libro, papel, pader dan sebagainya.106 Kesimpulannya, kesan daripada kedatangan Sepanyol, orang Eropah dan juga para pedagang dari kepulauan Asia Tenggara, masyarakatnya telah terpengaruh dengan budaya mereka yang meliputi aspek sosial, politik dan ekonomi. Ini dapat dilihat
104

Gregorio F. Zaide, Philipine Political And Cultural History (The Philipines Since Pre-Spanish Time), Piipina Education Company, Manila : 1957, hlm, 56. 105 Ibid, hlm, 71-72. 106 Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, A Short History of The Filipino People, Universiti Of Philippines, Filipina : 1960, hlm, 128.

51

masyarakat Filipina memperolehi kesan baik dan buruk akibat penjajahan Sepanyol di Filipina. Kebaikan yang diperolehi dalam aspek sosial ialah dari segi sistem pentadbiran negara, begitu juga dalam kebajikan masyarakat misalnya dalam pembinaan hospital. Para mubaligh telah membina hospital dan rumah anak yatim. Hospital yang pertama di Manila ialah Hospital de Santa Ana pada tahun 1578 oleh Bro. Juan Clemente, Francisca. Pada tahun 1814 Hospital Laoang ol Fr. Vicente, Hospital di Cebu (1850) oleh Bishop Romualdo Gimeno dan Hospital Lepers di Naga (1873). Aktiviti kebajikan telah dilakukan di gereja, rumah anak-anak yatim didirikan seperti di Kolej Santa Potenciana, Santa Isabela dan Kolej Looban.107 Seterusnya pembinaan jalan raya, jambatan, sistem pengangkutan, kesusasteraan dan sistem pendidikan. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kewujudan sekolah, kolej, universiti, muzium, pusat pencetakan, hospital dan sebagainya. Mereka juga dapat mempelajari sesuatu yang baru yang selama ini dianggap tidak penting bagi mereka. Tetapi kebanyakannya kemudahan yang diberi adalah untuk kepentingan Sepanyol sahaja, mereka tidak memikirkan kebajikan rakyat. Kesan negatif penjajahan Sepanyol di Filipina dari aspek sosial-budaya adalah, masyarakat mereka terdiri daripada pelbagai kaum, kesan daripada perkahwinan campuran dengan pedagang luar dan penjajah dari Sepanyol dan Amerika. Mereka telah hilang nama keluarga, kerana mereka menggunakan nama keluarga Sepanyol. Selain itu juga mereka terpaksa mengikut segala dasar yang dilaksanakan oleh penjajah seperti pembayaran cukai yang tinggi, penindasan yang dikenakan terhadap rakyat dan ketidakadilan dalam politik di Filipina, misalnya amalan rasuah di kalangan paderi Sepanyol.

107

Gregorio F. Zaide, Philipine Political And Cultural History (The Philipines Since Pre-Spanish Time), Piipina Education Company, Manila : 1957, hlm, 196-197.

52

5.0 Kesimpulan Kesimpulannya, kesan penjajahan Sepanyol ke atas Filipina ini, telah membangkitkan semangat nasionalisme penduduknya. Faktor inilah yang memberi kesedaran kepada mereka dan membawa mereka daripada kelas pertengahan kepada idea liberal misalnya peraturan yang dibuat oleh Legazpi yang telah memberi pendedahan kepada Filipina dari Eropah, kebaratan dan kebudayaan. Ia memberi kesan kepada aspek politik, sosial, ekonomi, agama dan pemikiran rakyat Filipina. Budaya barat telah mempengaruhi pemikiran rakyat Filipina.108 Dengan kebangkitan kuasa Sepanyol yang bermarkas di Manila serta

kemerosotan kekuatan Brunei, akhirnya Sepanyol muncul sebagai kuasa yang dominan di Filipina. Namun sepanjang lebih 300 tahun tercetusnya peperangan Moro, Sepanyol tidak pernah berjaya menakluki selatan Filipina secara hakiki. Bangsa Moro memang mengalami kelemahan akibat cabaran Sepanyol, namun mereka tidak pernah dikuasai atau dimiliki oleh penjajah Sepanyol. Demikian juga dengan kedatangan Amerika selepas Perjanjian Perancis 1898 berikutan dengan kekalahan Sepanyol dalam Perang Sepanyol dengan Amerika, orang Amerika juga tidak berjaya menundukkan bangsa Moro, walaupun pelbagai cara telah dilakukan, malah sebaliknya ia mendorong kepada kelahiran gerakan pemisah.109 Namun begitu kesan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Filipina semasa penjajahan Sepanyol telah mewujudkan kesedaran dalam kalangan
108

Gregorio F. Zaide, The Republic of The Philipines (History Government And Cilivization), Rex Book Store, Manila : Philipines, 1963, hlm, 75. 109 Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara ( Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam ), Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, Kuala Lumpur : 2000, hlm. 306.

53

mereka terutamanya golongan intelek telah berjaya mempengaruhi rakyat berjuang bersama-sama mendapatkan kemerdekaan negara sendiri. Semangat nasionalisme ini bangkit kesan daripada kematian Jose Rizal yang dihukum bunuh tanpa usul periksa oleh orang Sepanyol.

Bibliografi A. Agoncillo Teodoro dan M. Alfonso Oscar, (1960). A Short History Of The Filipino People, Philippines : University Of Philippines. A. Agoncillo Teodoro dan M. Alfonso Oscar, (1967). History Of Filipine People, Philippines : Malaya Books Quezon City. Abdul Rahman Abdullah, (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara ( Sebelum dan Sesudah Pengarauh Islam ), Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd. 54

D. Corpuz Onofre, (1965). The Philippines, New Jersey : Prentice- Hall, Inc Englewood Cliffs. D.G.E Hall, (1981). Sejarah Asia Tenggara, Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka. F. Zaide Gregorio, (1963). The Republic Of The Government and Cilivization, Philippines : Rex Book Store Manila. F. Zaide Gregorio, (1957). Philippine Political And Cultural History ( The Philippines Since pre-Spanish Time ), Manila : Philippine Education Company. Gilbert Khoo, (1971). Sejarah Asia Tenggara sejak tahun 1500, Kuala Lumpur : Fajar Bakti. Joginder Sigh Jessy, (1985). History Of Penerbitan Darul Aman. Maruwiah Ahmat ( Pengamatan Semula ), (2004). Penjajahan Portugis dan Sepanyol ke Atas Asia Tenggara, Selangor : Publication Karisma. Ooi Keat Gin, (2004). Southeast Asia A History Encyclopedia From Angkor Wat To East Timor, United States Of Amerika Volume 1 (A-G), Volume 2 (H-Q), Volume 3 (R-Z) : Terbitan ABC. Clio Inc. S. Arcilla Jose, (1971). Publications Loyala Height. Usra Mahajani, (1971). Filipine Nasionalisme, Lacia Queensland : University Of Queensland Press. … (1980). Sejarah Pembentukan Asia Tenggara, Jilid II: Perubahan Ekonomi, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. An Introduction To Philippine History, Manila : Ateneo South-East Asia (1824-1965), Kedah :

55

56

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful