Gerhana Separa Bulan

Dr(H) Kassim Bahali

Pada 26 April kita akan dapat menyaksikan fenomena gerhana separa Bulan. Ini adalah gerhana yang pertama di dalam tahun 2013. Gerhana kali ini berlaku selepas tengah malam di langit barat semasa Bulan berada di dalam buruj Virgo. Gerhana Bulan berlaku apabila seluruh atau sebahagian Bulan purnama memasukki bayang Bumi. Gerhana Bulan terjadi apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan. Bayang Bumi terjadi apabila sebahagian cahaya Matahari terhalang oleh Bumi. Terdapat dua bahagian bayang, bahagian dalam dan luar bayang. Bayang dalam dinamakan umbra dan bahagian luar dinamakan penumbra. Umbra lebih gelap dari penumbra. Sekiranya Bulan purnama memasukki kawasan bayang maka terjadilah gerhana. Jika seluruh Bulan memasukki umbra, gerhana penuh akan berlaku. Sekiranya hanya sebahagian Bulan memasukki umbra, gerhana separa yang akan berlaku dan jika Bulan hanya memasukki penumbra sahaja, gerhana penumbra yang akan terjadi. Pada 26 April, gerhana separa terjadi apabila sebahagian kecil bahagian utara Bulan

menyentuh bayang umbra. Permukaan Bulan yang memasukki bayang umbra sangat kecil, hanya 0.5 arka minit. Bulan mula memasukki bayang penumbra jam 2.03 pagi. Gerhana separa bermula sebaik saja Bulan menyentuh bayang umbra pada jam 3.54 pagi dan

mencapai maksimum pada 4.07 pagi. Ketika waktu ini altitud Bulan 41 darjah dari ufuk. Gerhana separa berakhir pada 4.21 pagi apabila Bulan meninggalkan bayang umbra. Ini bermakna gerhana separa ini berlangsung hanya 27 minit sahaja. Gerhana kali ini mungkin mencabar untuk kita melihatnya kerana permukaan yang mengalami gelap sangat kecil dan tempohnya singkat. Kenampakan gerhana pada malam itu nanti sangat bergantung kepada cuaca. Cuaca yang baik memudahkan kita mencerap gerhana tersebut sebaliknya jika cuaca

11 pagi.54 pagi 4.11 pagi Bulan memasukki bayang penumbra Bulan memasukki bayang umbra Bulan dalam bayang umbra Bulan meninggalkan bayang umbra Bulan meninggalkan bayang penumbra Gerhana separa bermula Gerhana separa maksimum Gerhana separa berakhir Gerhana penumbra berakhir Jadual gerhana separa Bulan 26 April 2013 . Bulan kembali normal apabila seluruh Bulan meninggalkan bayang penumbra pada 6.21 pagi.07 pagi 4. 6.03 pagi 3.mendung atau menyukarkan untuk melihatnya. hanya sebahagian kecil permukaan Bulan yang gelap semasa gerhana separa 26 April 2013 Masa Fasa Gerhana penumbra bermula 2. Perbandingan sebelum dan semasa gerhana.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful