You are on page 1of 47

Modul 8 Kritikan sosial masyarakat (i) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari , jelaskan dua kritikan

sosial yang cuba diketengahkan oleh pengarang dalam novel tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain. Terdapat beberapa kritikan sosial yang cuba diketengahkan oleh pengarang dalam novel tersebut.

Antara kritikan sosial termasuklah sikap masyarakat yang memandang rendah atas keupayaan orang lain atas sebab-sebab tertentu. Sikap ini dapat ditunjukkan melalui watak Datuk Johari. Contohnya, Datuk Johari tidak mahu menghargai kebolehan Hilmi yang sudah berjaya menjadi seniman agung. Walaupun dia diberikan tiket untuk menonton Pertunjukan Orkes Perdana tetapi dia memulangkan tiket itu kepada orang yang memberinya kerana dia menganggap kebolehan dan bakat Hilmi tidak ke mana-mana. Hal ini disebabkan Hilmi hanya lulus setakat darjah empat sekolah Melayu. Bukan itu sahaja, dia tidak mahu menyebut nama Hilmi apabila Datin Salmah mengajaknya untuk menonton pertunjukan itu.

Kritikan sosial yang seterusnya yang ingin diterangkan oleh Abdullah Hussain ialah sikap masyarakat yang mementingkan status dan kedudukan sosial. Sikap ini telah jelas dipaparkan oleh watak Datin Salmah. Datin Salmah yang dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga kaya berasa amat bangga, sombong, dan mementingkan kedudukan. Misalnya, Datin Salmah mahu orang menghormatinya, malah dia suka orang menyebutnya Datin ketika menyapa dan berbual dengannya. Oleh itu, apabila Hilmi memanggilnya dengan panggilan Mak Cik Salmah, dia rasa tersinggung. Di

samping itu, apabila Mak Cik Minah melayani Hilmi dengan baik dan menyapanya dengan menggunakan perkataan Encik, Datin Salmah memarahi Mak Minah sehingga Mak Minah melongo apabila mendengar kata-kata Datin Salmah. Oleh itu, didapati Datin Salmah bukan sahaja tidak mahu melayani Hilmi dengan baik, malah juga melarang pembantu rumahnya memberi layanan yang baik dan berencikencik kepada Hilmi.

KRITIKAN SOSIAL NOVEL PAPA

1. Mengingkari perintah Tuhan dan melakukan dosa Encik Muaz al-Khalibi telah menodai pengemas biliknya sehingga mengandung, namun enggan bertanggungjawab. Sebagai akibatnya, pengemas rumah warga Indonesia itu meninggalkan Rasylan yang baru dilahirkan di tepi sebuah longkang besar.

2. Iri hati dan mempengaruhi orang untuk membenci seseorang Murni menghasut rakan sekelas yang lain agar memusuhi Intan Julia.

3. Dendam yang berpanjangan - Datuk Mustakim melanggar ibu bapa Jeffri ketika pulang dari solat tarawih. Bapanya meninggal dunia manakala ibunya lumpuh. Jeffri berasa marah kerana Datuk Mustakim tidak berhenti selepas kemalangan itu walaupun dia menanggung kos rawatan ibunya hinggalah ibunya meninggal dunia. Rasylan mencadangkan agar papa Julia, Jeffri bertemu dengan Datuk Mustakim tetapi papa Julia enggan.

Oleh: Kimberly Ling (5W WMSKL)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(ii) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelakari, bincangkan tiga kritikan penulis terhadap kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.

Novel yang teleh saya kaji ialah Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain. Pengarang telah mengkritik beberapa kepincangan yang berlaku dalam masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.

Antara kritikan penulis ialah penulis mengkritik masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, Datuk Johari telah meninggalkan kampungnya bersama surat perceraian untuk isterinya

pada malam pengantin dan terus berhijrah ke Kuala Lumpur. Kesan kepada peristiwa ini ialah bapa Datuk Johari telah bergaduh besar dengan bapa bekas isteri yang ditinggalkan oleh Datuk Johari. Hubungan antara dua keluarga tersebut hampir pincang. Peristiwa ini selesai apabila sepupu Datuk Johari, Karim menawarkan diri untuk mengahwini bekas isteri Datuk Johari. Peristiwa ini menunjukkan sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab yang boleh membawa menjejaskan hubungan kekeluargaan.

Selain itu, penulis mengkritik masyarakat yang mementingkan status diri. Tamsilnya, Datin Salmah sering mengejek Hilmi kerana dia hanya mempunyai pendidikan setakat darjah empat sekolah Melayu. Dia tidak menyenangi kehadiran Hilmi yang datang dari kampung di rumahnya walaupun Hilmi merupakan anak saudara suaminya. Datin Salmah tergamam apabila Hilmi tidak membahasakan dirinya sebagai datin sebaliknya memanggilnya mak cik. Datin Salmah juga sentiasa mencari peluang untuk mengusir Hilmi dari rumahnya selepas termakan dengan hasutan kakaknya, Datin Laila demi menjaga maruahnya. Hal ini menunjukkan sikap sesetengah masyarakat yang lebih mementingkan status daripada hubungan persaudaraan.

Di samping itu, penulis juga mengkritik masyarakat yang menghasut. Misalnya, apabila Mohsin yang sedang mengisi minyak motokar ternampak Hilmi yang sedang bekerja di stesen minyak, dia memberitahu tauke stesen minyak itu bahawa Hilmi pernah menjadi tukang kebun di rumah Datuk Johari, tetapi lari dari situ. Dia meminta tauke stesen minyak itu supaya memecat Hilmi dan jika tidak, dia tidak akan pergi mengisi minyak di situ lagi. Peristiwa ini memaparkan bahawa masih terdapat lagi sikap masyarakat yang suka menghasut dan menabur fitnah kepada orang lain demi kepentingan diri yang akan menjejaskan kehidupan orang lain.

Rangka Novel Papa

1. Masyarakat yang percaya akan perkara yang karut

- Mak Cik Noraini kurang senang dengan tindakan papa menyediakan kelengkapan kelahiran bayi lebih awal, iaitu ketika kandungan mama baru berusia lima bulan kerana menurut kata orang tua-tua, perkara itu tidak baik.

2. Masyarakat yang bersikap cemburu

- Rasylan berasa cemburu apabila melihat Julia ditegur oleh pelajar yang lebih senior

3. Masyarakat yang mudah memandang serong terhadap seseorang

- Papa tidak suka Julia berkawan rapat dengan Rasylan setelah mendapat tahu latar belakang ibu bapa Rasylan yang tidak diketahui asal usulnya.

OLEH: ANGELINE HONG (5P WMSKL)

Dicatat oleh Cikgu Anelyza WMS di 2:04 PM No comments: Pautan pada catatan ini

NOVEL 7: KESESUAIAN JUDUL

Berdasarkan novel yang anda pelajari, wajarkah pengarang menjudulkan novel itu dengan judul tersebut? Berikan alasan anda. (7 markah)

Berdasarkan novel yang telah saya kaji, iaitu novel Papa...(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof, saya berpendapat bahawa pengarang wajar menjudulkan novel itu dengan judul tersebut.

Antara sebab saya bersetuju dengan judul tersebut ialah papa Julia, Jeffri akhirnya menangis juga selepas mama menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan papa. Selama ini, papa seorang yang tabah menerima segala dugaan yang menimpa keluarganya. Dia reda menerima ketentuan Ilahi. Walaupun anak kembar Siam papa meninggal dunia, papa tidak mengeluarkan air matanya. Namun begitu, air mata papa tewas apabila insan yang paling disayanginya, mama pergi buat selama-lamanya. Buktinya, Julia melihat kelopak mata papa berair dan jatuh ke pipinya buat kali pertamanya.

Selain itu, papa juga tewas dalam membuktikan kesetiaannya kepada mama. Papa telah berjanji akan setia kepada mama. Namun begitu, papa telah memungkiri janjinya dengan berkahwin buat kali kedua dengan Aisyah lantaran kesunyian hidup. Hidup papa sunyi kerana mama koma selepas melahirkan anak kembar Siamnya. Tindakan papa yang tidak mengotakan janjinya kepada mama telah mengecewakan mama dan akhirnya, mama meninggal dunia selepas papa memperkenalkan isteri baharunya kepada mama.

Demikianlah alasan-alasan yang membuktikan kewajaran penulis menjudulkan novel itu dengan judul yang telah diberikan.

KESESUAIAN JUDUL KONSERTO TERAKHIR 1. Watak utama, Hilmi telah banyak menganjurkan konsert sebelum ini di merata-rata tempat, termasuk di Kota Bharu, Kelantan sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan D.Y.M.M. Sultan Kelantan. Konsert yang dianjurkan oleh Hilmi medapat sambutan daripada peminatnya. Atas kejayaan Hilmi memenangi pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM selama tiga tahun berturut-turut, maka Hilmi diberi penghormatan untuk memimpin orkesnya dengan gabungan orkes RTM dalam satu Pertunjukan Orkes Perdana yang dihadiri oleh D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, dan pembesar-pembesar negeri. Pertunjukan itu ialah pertunjukan terakhir yang dijayakan oleh Hilmi walaupun dia tidak dapat memimpinnya pada malam itu kerana dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia. Jadi, pengarang menamakan novel itu Konserto Terakhir 2.Peminat Hilmi tidak dapat lagi menonton konsertnya selepas Pertunjukan Orkes Perdana, iaitu konsert terakhir yang sepatutnya dipimpin oleh Hilmi kerana Hilmi meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur menjelang subuh selepas Pertunjukan Orkes Perdana. Oleh itu, peminat tanah air tidak lagi berpeluang untuk menyaksikan konsert yang dipimpin oleh Hilmi, tetapi hanya dapat menghayati lagu-lagu ciptaannya melalui lagu-lagu yang telah dirakamkan.

Dicatat oleh Cikgu Anelyza WMS di 1:52 PM No comments: Pautan pada catatan ini

NOVEL 6: TEKNIK PLOT

(i) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu teknik plot yang digunakan berserta contoh dalam setiap novel.

Dua buah novel yang telah saya kaji ialah Papa, karya Deana Yusof dan Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain. Beberapa teknik plot telah digunakan oleh pengarang masing-masing untuk menghasilkan novel yang lebih menarik.

Dalam novel Papa, teknik plot saspens telah digunakan oleh pengarang. Saspens bermaksud seseorang pembaca itu berada dalam keadaan tertanya-tanya atau ingin tahu akan lanjutan peristiwa berkenaan. Contohnya, pembaca tertanya-tanya dalam novel Papa akan nasib yang akan menimpa Intan Maliana setelah doktor memaklumkan bahawa dia perlu menjalani satu pembedahan kerana ada komplikasi terhadap kandungannya.

Dalam novel Konserto Terakhir pula terdapat teknik plot imbas kembali. Imbas sekali ialah lintasan-lintasan dan bayangan atau ingatan watak-watak terhadap sesuatu yang telah terjadi atau yang

telah dialami. Contohnya, semasa Datuk Johari menemui Hilmi di bilik yang diberikan kepadanya, Datuk Johari telah bertanya tentang masa Hilmi bertolak dari kampung. Hilmi menceritakannya dan pada masa yang sama Datuk Johari teringat kisahnya dahulu yang pernah berlaku di kampung tersebut iaitu melarikan diri selepas perkahwinannya dengan seorang gadis kampung.

Teknik Plot Novel Papa 1.Dialog pertuturan / perbualan antara watak dalam novel. Contoh: perbualan Jeffri dengan Rasylan tentang latar belakang Rasylan. Rasylan memberitahu Jeffri bahawa dia merupakan anak angkat Datuk Mustakim yang diambil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

2.Monolog tutur kata atau pengucapan oleh watak secara sendirian. Contoh: Jeffri berkata kepada isterinya, Intan Maliana yang sedang koma bahawa Intan Julia telah mendapat keputusan SPM yang baik dan dia hendak memohon kemasukan ke matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.

Oleh: Lee Slyvia (5W WMSKL)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(ii) Unsur saspens digunakan dalam novel untuk menarik perhatian pembaca. Jelaskan unsur saspens yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.

Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain. Saspens bermaksud seseorang pembaca itu berada dalam keadaan tertanya-tanya atau ingin tahu akan lanjutan peristiwa berkenaan. Penulis, iaitu Encik Abdullah Hussain telah berjaya memasukkan beberapa unsur saspens ke dalam cerita Konserto Terakhir dan menjadikan jalan cerita lebih menarik.

Antara peristiwa yang mengandungi unsur saspens termasuklah rancangan Hilmi setelah meninggalkan rumah Datuk Johari. Apabila Hilmi sudah tidak tahan dengan kerenah Datin Salmah, maka Hilmi menaiki bas untuk pulang ke kampung. Dalam konteks tersebut, pembaca teringin-ingin tahu apakah pekerjaan yang akan dilakukan Hilmi apabila tiba di kampung. Sebaliknya, semasa di Tanjung Malim, Hilmi menaiki teksi ke Kuala Lumpur. Pembaca teringin-ingin sekali lagi mengenai liku-liku hidup yang akan dilalui oleh Hilmi apabila dia tiba di Kuala Lumpur.

Selain itu, unsur saspens juga boleh didapati ketika Encik Bakar dipanggil oleh Persatuan Pemainpemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah melanggar arahan Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional kerana menggunakan khidmat Hilmi untuk mengadakan persembahan di Hotel Titiwangsa. Pembaca tertanya-tanya sama ada Encik Bakar akan dikenakan hukuman yang berat oleh tatatertib apabila dia dipanggil oleh jawatankuasa persatuan itu kerana melanggar arahan mereka.

Di samping itu, perjumpaan antara Hayati dengan Hilmi telah menyebabkan pembaca ingin mengetahui perkembangan lanjut tentang cerita Konserto Terakhir. Sebelum Hayati berangkat ke London dengan Mohsin yang sudah menjadi suaminya, Mamat telah mengatur perjumpaan Hayati dengan Hilmi di kebun bunga. Perkara utama yang pembaca ingin tahu ialah sebab-sebab Hayati ingin menemui Hilmi dan perkara yang hendak disampaikan oleh Hayati kepada Hilmi.

SASPENS DALAM NOVEL PAPA

1. Pembaca tertanya-tanya tentang keadaan Maliana yang mengandung itu. Maliana masih meneruskan kebajikan itu walaupun menyedari bahawa risikonya amat tinggi terutama selepas mengalami masalah ketika melahirkan Julia dulu.

2. Saspens ketika Intan Maliana berada di dalam bilik pembedahan di HUKM untuk melahirkan anak keduanya pembaca tertanya-tanya tentang keselamatan Intan Maliana dan bayi yang bakal dilahirkannya pembaca ingin tahu sama ada Intan Maliana akan menghadapi komplikasi yang sama ketika melahirkan Intan Julia atau sebaliknya

3. Pembaca tertanya-tanya tentang kesudahan hubungan papa dan Aisyah. Julia menentang hubungan itu dan melihat hubungan mereka itu sebagai tidak elok atau curang kerana mama masih hidup.

4. Pembaca tertanya-tanya nasib Marliana yang dalam keadaan koma itu. Sebaik sahaja melahirkan anak kembarnya, Marliana tidak sedar diri lalu pembaca ingin tahu sama ada Marliana akan pulih atau tidak

Oleh: Nicholas Yee (5P WMSKL)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(iii) Penulis sesebuah novel mengembangkan sesuatu peristiwa dengan pelbagai teknik plot seperti pemerian. Jelaskan kepentingan teknik pemerian berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.

Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Konserto Terakhir hasil nukilan Abdullah Hussain, teknik pemerian banyak digunakan dalam novel ini. Teknik pemerian memberikan penjelasan tentang seseorang watak secara langsung oleh pengarang dalam sesebuah novel.

Teknik pemerian dapat menggambarkan keadaan fizikal watak kepada para pembaca. Teknik ini memberikan gambaran jelas keadaan Hilmi ketika mula sampai di rumah Datuk Johari. Buktinya ialah Hilmi mempunyai rambut sedikit ikal, anak matanya agak liar dan ketinggiannya ialah lima kaki lima inci. Pakaiannya agak miskin terbuat daripada bahan kain yang murah, seluarnya berkeredut dan bajunya sudah hilang warna asalnya.

Selain itu, teknik pemerian juga dapat memberitahu pembaca tentang perasan yang dialami oleh seseorang watak. Misalnya, teknik ini menggambarkan kesedihan Datuk Johari apabila Pak Long Karim memberitahunya bahawa Hilmi merupakan anak Datuk Johari dan bukan anaknya. Hal ini dapat dibuktikan ketika Datuk Johari memikirkan kekejamannya yang telah menyeksa isteri pertamanya dan Hilmi serta hal ini telah menyedihkannya. Air mata Datuk Johari kemudiannya berlinang di matanya.

Di samping itu, teknik pemerian dapat memberikan penjelasan tentang reaksi watak terhadap sesuatu peristiwa kepada pembaca. Contohnya adalah apabila Datuk Johari menerima panggilan daripada pihak hospital yang memberitahunya bahawa Hilmi telah meninggal dunia. Hanya sepatah perkataan yang dapat keluar daripada mulut Datuk Johari dan beliau jatuh terjatuh dengan gagang telefon tergenggam erat di dalam tangannya. Datin Salmah yang terpekik dan menerpa kepada suaminya cuba untuk mengangkat Datuk Johari dengan pertolongan Mak Minah tetapi Datuk Johari telah pun meninggal dunia. NOVEL 5 : LATAR

(i) Jelaskan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.

Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Konserto Terakhir hasil nukilan Abdullah Hussain, terdapat beberapa latar masyarakat yang menggambarkan keadaan masyarakat terkandung dalam novel ini.

Antara latar masyarakat yang terkandung dalam novel ini termasuklah masyarakat yang memiliki kesantunan dan budi bahasa yang tinggi dengan sesiapa sahaja. Gambaran masyarakat yang berbudi bahasa dengan sesiapa sahaja dapat dilihat daripada perwatakan Hilmi yang lemah lembut apabila berhadapan dengan Datuk Johari dan Datin Salmah. Hilmi menghormati mereka dengan bersalaman dengan mereka apabila bertemu. Hilmi kemudian menyampaikan salam yang dikirimkan oleh keluarganya di kampung kepada Datuk Johari dan Datin Salmah.

Selain itu, latar masyarakat yang senantiasa beribadat kepada Tuhan juga terkandung dalam novel ini. Latar masyarakat ini dapat dilihat apabila Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang dan sentiasa beribadat kepada Allah apabila tiba masanya. Walaupun terlalu sibuk, Hilmi masih mendirikan sembahyang. Ketika bekerja di rumah Datuk Johari, Hilmi senantiasa menunaikan sembahyang. Buktinya ialah Hilmi berhenti melakukan kerja perkebunan di belakang rumah Datuk Johari apabila hari sudah lewat petang untuk menunaikan sembahyang Asar.

Di samping itu, terdapat juga latar masyarakat yang mengamalkan budaya morning coffee. Latar masyarakat ini dapat dilihat pada watak Datin Salmah dan rakan-rakannya seperti Datin Faridah, Datin Mariam dan lain-lain. Buktinya, Datin Salmah pergi ke rumah Datin Faridah kerana morning coffee di sana apabila Hilmi mula tiba di rumah mereka. Dalam pertemuan secara tidak rasmi ini, isteri orangorang besar ini membincangkan pelbagai hal, sama ada hal-ehwal semasa atau tentang diri dan keluarga masing-masing. Misalnya, Datin Mariam yang gemuk seperti tong dan suka mengunyah sirih selalu menceritakan hal-hal dukun.

Latar Masyarakat Papa: 1.Masyarakat pelajar - Intan Julia belajar di tingkatan empat dan lima di Sekolah Seri Gading iaitu tempat ibunya mengajar - Rasylan dan Intan Julia telah menyambung pelajaran dan menjadi seorang siswa dan siswi di pusat Matrikulasi UIA 2.Masyarakat yang penyayang Intan Julia anak amat sayang akan ibunya, Intan Maliana serta bapanya, Jeffri. Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Jeffri juga amat sayang kepada anaknya Intan Julia, tambahan lagi Intan Julian merupakan anak tunggalnya. Dia mengambil berat tentang pelajaran Intan Julia. Malah, pada saat dia ingin ke majlis akad nikahnya, Jeffri sanggup membatalkan pernikahan itu jika Intan Julia tidak membenarkannya. 3.Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap keluarga - Jeffri memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah, dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA.

Oleh: Calvin Chew (5P WMSKL)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(ii) Latar masa yang terdapat dalam sesebuah novel dapat memudahkan pembaca memahami cerita yang dipaparkan. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, nyatakan tiga latar masa yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, hasil tulisan Abdullah Hussain. Pengarang telah menggunakan latar masa sering kali untuk menimbulkan kesan dramatik kepada cerita.

Antara masa latar yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut termasuklah sembilan belas tahun pertama. Antara peristiwa yang telah berlaku dalam tempoh masa ini ialah Datuk Johari berkahwin dengan gadis sekampung di Kedah. Namun begitu, dia menceraikan isterinya itu dan berpindah ke Kuala Lumpur selepas meniduri isterinya pada malam pengantin. Berlaku perselisihan faham antara bapanya dengan bekas mentuanya, tetapi keadaan tersebut dapat diselamatkan apabila Pak Long Karim, iaitu abang sepupu Datuk Johari sanggup mengahwini janda Datuk Johari. Datuk Johari bekerja di Kuala Lumpur dan berkahwin dengan Datin Salmah ketika Datin Salmah berusia tujuh belas tahun.

Selain itu, pengarang novel Konserto Terakhir juga telah menggunakan latar masa setahun dua bulan. Dalam tempoh masa ini, Hilmi bekerja sebagai pembantu di stesen minyak di Jalan Setapak. Setelah bekerja di situ selama setahun dua bulan, Encik Bakar menawarkannya supaya bermain dalam quartetnya yang mengadakan persembahan di Hotel Titiwangsa, Kuala Lumpur bagi menggantikan pemain biola yang berpindah ke Pulau Pinang. Dia menerima tawaran itu dan kemudiannya menjadi ahli Persatuan Pemuzik-pemuzik Nasional.

Di samping itu, terdapat juga latar masa waktu petang. Pada masa lapang, Hilmi mengambil upah mencuci motokar apabila tidak bekerja di stesen minyak. Pada masa yang sama, dia belajar muzik daripada Encik Bakar pada waktu petang. Akhirnya, dia dapat membaca not muzik dan bermain pelbagai jenis alat muzik.

Oleh: Dhanya Nair (5P WMSKL)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(iii) Setiap novel terdapat latar tempat untuk menjadikan novel tersebut lebih memberikan kesan. Berikan tiga latar tempat dalam sesebuah novel yang anda pelajari.

Novel yang saya kaji ialah Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain. Terdapat beberapa latar tempat dalam novel ini.

Antara latar tempat yang terdapat dalam novel ini termasuklah ruang tamu rumah Datuk Johari. Pada suatu petang, semasa Hilmi bersendirian di rumah, Hilmi bermain piano Hayati di ruang tamu. Tanpa disedari Hilmi, Mak Minah pulang ke rumah. Mak Minah memekik nama Hilmi dan menepuk belakangnya. Hilmi terperanjat lalu terjatuh dari bangku dan pengsan. Apabila Hayati bermain lagu Blue Danube untuk kaum keluarga Datin Salmah di ruang tamu, dia mendapati behawa pianonya rosak. Akibatnya, Hilmi dimarahi oleh Datin Salmah dan dikenakan hukuman potongan gaji oleh Datuk Johari untuk membaiki piano yang rosak itu.

Selain itu, terdapat latar tempat stesen minyak di Jalan Setapak. Hilmi bekerja di sini setelah meninggalkan rumah Datuk Johari. Pada suatu hari, ketika Hilmi bekerja di bahagian hadapan stesen minyak itu, Mohsin memberhentikan motokarnya untuk mengisi minyak di situ. Malangnya, Mohsin ternampak Hilmi dan memberitahu tauke stesen minyak tersebut bahawa Hilmi seorang yang tidak baik dan memintanya memberhentikan Hilmi daripada bekerja di sana lagi. Jika tidak, Mohsin tidak akan mengisi minyak di sana lagi. Walau bagaimanapun, tauke stesen minyak itu sanggup kehilangan pelanggan seperti Mohsin daripada kehilangan pekerja yang rajin seperti Hilmi.

Di samping itu, terdapat juga latar tempat di bilik menunggu di Hospital Besar Kuala Lumpur. Semasa Hilmi menjalani pembedahan, Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah, Azizah, Hakim, isteri Encik Bakar dan Pak Long Karim menunggu di sana. Di bilik menunggu tersebut, Pak Long Karim memberitahu Datuk Johari bahawa Hilmi bukan anaknya, tetapi anak Datuk Johari hasil hubungannya dengan isteri pertamanya. Pak Long Karim terpaksa menyimpan rahsia tersebut kerana tidak mahu rumah tangga Datuk Johari dan Datin Salmah menjadi porak-peranda. Berita tersebut telah memeranjatkan Datuk Johari dan Datin Salmah. Datuk Johari menyesali kesalahannya yang menyeksa Hilmi dan ibunya begitu lama. Datin Salmah pula menangis kerana menyesal atas layanan buruknya terhadap Hilmi.

NOVEL PAPA:

1.

Bilik Intan Maliana di rumah keluarga Jeffri

Intan Maliana bangun dari koma dikelilingi Jeffri, Intan Julia, Aisyah marah ternampak Aisyah memegang bahu Jeffri dan mengandung Jeffri cuba menjelaskan Intan Maliana mengalirkan air mata Julia membisikkan kalimah syahadat dadanya bergoncang meninggal dunia

2.

Sekolah Seri Gading

Tempat Intan Maliana dan Jeffri bertemu ketika mengajar

Tempat Intan Julia bersekolah bertemu dengan Rasylan

3.

Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa

dalam

Tempat Intan Julia dan Rasylan melanjutkan pelajaran memperoleh keputusan cemerlang SPM Julia mengikuti kursus ekonomi tinggal di asrama

Oleh : Emily Chan (5P WMSKL)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(iv) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pihak lain.

Novel yang telah saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain dan novel Papa, karya Deana Yusof. Beberapa watak dalam novel tersebut telah menunjukkan keprihatinan terhadap masalah watak lain. Terdapat beberapa peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pihak lain.

Antara peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang prihatin dalam novel Konserto Terakhir termasuklah peristiwa Dr. Nathan memberikan tanah kepada Hilmi apabila Hilmi bertanyakan tanah hitam yang berlonggok di halaman rumahnya. Dr. Nathan bukan sahaja enggan menerima wang Datuk Johari, malah dia sendiri datang ke rumah Datuk Johari untuk memuji kerajinan Hilmi dan mencadangkan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah supaya memberikan gaji yang tinggi kepada Hilmi atas kerajinannya. Hal ini telah menunjukkan keprihatinan Dr.Nathan terhadap kesusahan Hilmi.

Manakala dalam novel Papa pula, peristiwa Cikgu Suzie berbual dengan Intan Maliana juga menunjukkan masyarakat yang prihatin. Cikgu Suzie menunjukkan keprihatinannya terhadap Intan Maliana apabila dia menasihati Intan Maliana supaya tidak mengandung lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana Cikgu Suzie mengetahui peristiwa komplikasi semasa Intan Maliana melahirkan Julia dan tidak menginginkan rakannya itu mengalami masalah yang sama.

Demikianlah peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat prihatin dalam novel Papa dan Konserto Terakhir.

Modul 4 Nilai NOVEL 4: NILAI

(a) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai keberanian yang terdapat dalam novel.

Dua buah novel yang telah saya pelajari ialah novel Papa karya Deana Yusof dan

Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain. Dalam kedua-dua novel ini, pengarang dengan

bijaknya telah menyelitkan pelbagai nilai murni bagi dijadikan teladan pembaca. Antara nilai yang

terdapat dalam kedua-dua novel ini ialah nilai keberanian.

Dalam novel Papa, nilai keberanian ialah keberanian dalam membuat keputusan demi memenuhi keinginan seorang suami. Nilai ini jelas dipaparkan oleh watak Intan Maliana. Intan Maliana merupakan isteri Jeffri dan juga ibu kepada Intan Julia. Walaupun dia pernah mengalami komplikasi apabila melahirkan Intan Julia, Intan Maliana tetap ingin meneruskan kandungan kembarnya demi kebahagiaan suaminya, Jeffri. Dia memaparkan nilai keberanian apabila masih tegas dengan keputusannya untuk mengambil risiko yang besar bagi melahirkan anak kembar tersebut walaupun telah ditegur dan dinasihati oleh Cikgu Suzie dan Mak Cik Noraini. Akhirnya, kedua-dua anaknya meninggal dunia dan dia pula jatuh koma.

Dalam novel Konserto Terakhir pula, nilai keberanian ialah keberanian berhijrah ke bandar untuk mencipta kejayaan hidup yang dapat dilihat melalui watak Hilmi. Hilmi datang dari kawasan kampung. Dia juga hanya berpendidikan hingga darjah empat sekolah Melayu. Walau bagaimanapun, Hilmi menunjukkan nilai keberanian apabila dia membuat keputusan hendak ke bandar untuk mencari pekerjaan atas permintaan bapanya, Pak Karim. Hilmi tetap berani mengembara ke bandar dengan kemampuan dan kemahirannya yang rendah dan akhirnya, dia berjaya manjadi pemuzik yang terkenal atas keberaniannya.

Oleh: Chloe Soh (5W, WMSKL)

___________________________________________________________________________________

(b) Jelaskan tiga nilai murni yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. (8 markah)

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Konserto Terakhir hasil karya Abdullah Hussain, terdapat beberapa nilai murni yang dapat diperoleh dalam novel tersebut.

Antara nilai murni yang terdapat dalam novel termasuklah nilai kasih sayang. Contohnya, walaupun Pak Long Karim mengetahui Hilmi bukan anak kandungnya, dia tetap memeliharanya dengan penuh kasih sayang seperti anaknya sendiri. Dia hanya meminta Hilmi supaya pergi ke Kuala Lumpur untuk berdikari dan mencari pekerjaan di sana. Datuk Johari dan Datin Salmah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak mereka, Hayati, manakala Encik Bakar dan isterinya memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak mereka, Azizah.

Selain itu, terdapat juga nilai keikhlasan. Nilai keikhlasan dapat dilihat dalam watak Encik Bakar. Dia sanggup mengajarkan muzik kepada Hilmi tanpa sebarang bayaran. Hai ini disebabkan dia menganggap ilmu yang dimilikinya itu tidak boleh dibawa ke kubur. Oleh itu, walaupun Azizah memintanya supaya tidak mengajar Hilmi kerana Hilmi seorang tukang kebun, Encik Bakar menyatakan bahawa dia mengajar bukan kerana balasan daripada Hilmi, tetapi dia mengetahui Hilmi mmepunyai bakat dan bakat itu perlu dikembangkan.

Di samping itu, terdapat juga nilai bertanggungjawab. Nilai bertanggungjawab dapat dilihat dalam watak Hilmi. Buktinya, Hilmi menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada Encik Bakar yang menjadi pemimpin quartet di kelab malam Hotel Titiwangsa. Walaupun dia terlalu ingin untuk menghantar Hayati ke lapangan terbang namun niatnya itu diabaikan kerana dia bermain muzik pada malam itu. Malah, dia pergi ke tempat kerjanya sebaik sahaja selesai pertemuan dengan Hayati di kebun bunga pada malam Hayati hendak ke London.

Novel Papa

1. Nilai berdikari - Contohnya, Julia memilih untuk tinggal di kolej Pusat Matrikulasi UIA kerana tidak mahu menyusahkan keluarganya.

2. Nilai kesabaran - Contohnya, Jeffri bersabar dan menerima ketentuan Tuhan apabila isterinya koma dan kedua-dua bayinya meninggal dunia.

3. Nilai ketaatan - Contohnya, Julia taat kepada perintah papa dan mamanya. Dalam novel ini turut dipaparkan Intan Julia menunaikan solat seperti yang dituntut oleh agama.

Oleh: James Low (5P, WMSKL)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(c) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga nilai kekeluargaan yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain yang telah saya kaji telah memaparkan nilai kemanusiaan.

Antara nilai kekeluargaan yang terdapat dalam novel ini termasuklah nilai simpati. Apabila Datuk Johari meninggalkan isterinya yang pertama untuk berpindah ke Kuala Lumpur, pergaduhan berlaku antara bapa Datuk Johari dengan bekas mentua Datuk Johari kerana bekas isterinya bukan lagi anak dara. Pak Long Karim sanggup mengahwini bekas isteri Datuk Johari untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan yang berpanjangan kerana bersimpati terhadap bapa Datuk Johari dan bekas isterinya.

Selain itu, nilai kasih sayang juga wujud dalam novel ini. Walaupun Pak Long Karim mengetahui Hilmi bukan anak kandungnya, dia tetap memelihara Hilmi dengan penuh kasih sayang seperti anak sendirinya. Hal yang sama juga berlaku dalam keluarga Datuk Johari. Datuk Johari dan Datin Salmah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya terhadap Hayati. Datuk Johari juga amat mementingkan masa depan Hayati. Oleh itu, beliau menunangkan Hayati dengan Mohsin kerana percaya bahawa Mohsin boleh memberikan kehidupan yang bahagia kepada Hayati.

Di samping itu, nilai ketaatan iaitu tidak menderhaka kepada ibu bapa juga wujud dalam novel ini. Semenjak peninggalan Hilmi, Hayati memencilkan diri daripada keluarganya dan tidak seceria dahulu lagi. Pada ketika itu, Mohsin berada di London kerana berkursus selama enam bulan. Hayati mulai mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dengan mendirikan sembahyang dan membaca buku-buku agama. Akhirnya, dia mendapat petunjuk bahawa dia mesti mematuhi kehendak orang tuanya supaya tidak dianggap sebagai anak derhaka. Oleh itu, apabila balik ke tanah air, Hayati memberikan layanan baik kepada Mohsin dan akhirnya, dia berkahwin dengan Mohsin atas kehendak ibu bapanya.

Oleh: Jonathan Choy (5P, WMSKL)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

(d) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh peristiwa yang menunjukkan nilai bertanggungjawab dalam setiap novel.

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialah novel Papa karya Daena Yusof dan dalam Tingkatan 5 ialah novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain. Dalam kedua-dua novel ini, terdapat watak-watak yang menunjukkan nilai bertanggungjawab.

Dalam novel Papa, peristiwa yang menunjukkan nilai bertanggungjawab ialah peristiwa

apabila isteri Encik Jeffri, Intan Maliana koma selepas mengalami komplikasi semasa melahirkan

anak kembar siam yang telah meninggal dunia. Anak gadis mereka, Intan Julia yang berumur tujuh

belas tahun amat sedih dan bimbang akan keadaan ibunya. Pada masa ini, Encik Jeffri mengambil alih

tugas isterinya untuk menjaga Julia. Encik Jeffri telah menunjukkan nilai bertanggungjawab dengan

menjaga anaknya sebagai tanggungjawab seorang bapa. Encik Jeffri telah melakukan tugas membawa

Julia ke sekolah dan menyediakan semua sarapannya.

Dalam novel Konserto Terakhir, peristiwa yang menunjukkan nilai bertanggungjawab ialah peristiwa Hilmi menjalankan semua tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Hilmi yang merupakan watak utama novel ini telah menjadi tukang kebun di rumah bapa saudaranya, Datuk Johari kerana hanya berpendidikan setakat darjah empat sekolah Melayu. Hilmi telah melakukan tanggungjawabnya dengan sempurna dan baik. Setiap hari, dia melakukan tugas menjaga kebun sayur dan tanaman bunga di pekarangan rumah Datuk Johari. Kebun sayur yang diusahakan oleh Hilmi telah mengeluarkan hasil sehingga dapat diberikan kepada rakan-rakan morning coffee Datin Salmah, ibu saudaranya.

Oleh : Amanda Tan (5P, WMSKL)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(e) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai kemanusiaan.

Novel yang saya kaji ialah Konserto Terakhir karya Abdullah Husain. Terdapat beberapa peristiwa yang melambangkan nilai kemanusiaan.

Antara peristiwa tersebut ialah peristiwa Pak Long Karim menjaga Hilmi. Pak Long Karim sanggup menjaga Hilmi walaupun dia bukan anak kandungannya. Dia memeliharanya dengan penuh kasih sayang dan berharap dia dapat mencapai kejayaan dalam kehidupannya. Peristiwa tersebut melambangkan nilai kasih sayang.

Selain itu, peristiwa Encik Bakar mengajar Hilmi tanpa mengharapkan sebarang balasan juga melambangkan nilai kemanusiaan. Encik Bakar sanggup mengajar Hilmi bermain alat muzik dan mengenal not-not muzik tanpa bayaran kerana dia seorang yang ikhlas. Dia mengetahui Hilmi mempunyai bakat untuk menjadi seorang ahli muzik termasyhur. Peristiwa tersebut melambangkan nilai keikhlasan.

PERISTIWA NILAI KEMANUSIAAN NOVEL PAPA: 1.Jeffri dan Intan Maliana saling menyayangi sehingga Julia menyatakan keakraban mereka seperti belangkas. Jeffri dan Intan Maliana juga amat menyayangi Intan Julia (Nilai kasih sayang) 2.Intan Julia memilih untuk tinggal di Kolej Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kerana tidak mahu menyusahkan keluarganya. Hal yang sama juga berlaku pada Rasylan yang mengurus segala urusan pendaftarannya sendiri di Pusat Marikulasi UIA. (Nilai berdikari) 3.Jeffri bersabar dan menerima ketentuan Tuhan apabila isterinya, Intan Maliana koma dan kedua-dua bayi kembar Siamnya meninggal dunia. (Nilai kesabaran)

Oleh Kimberly Lim (5W, WMSKL)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

(f) Huraikan tiga contoh yang memperlihatikan nilai kerjasama.

Novel yang telah saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain. Dalam novel ini, pengarang telah banyak menerapkan nilai murni dalam perwatakan baik watak utama mahupun watak sampingan. Antara nilai murni yang berjaya dipaparkan oleh pengarang termasuklah nilai kerjasama.

Salah satu peristiwa yang dapat memperlihatkan nilai kerjasama dalam novel Konserto Terakhir termasuklah apabila Mamat berusaha untuk mencari seorang guru muzik bagi Hilmi kerana dia berpendapat bahawa Hilmi merupakan seorang yang mempunyai bakat dalam bidang muzik dan dapat bermain piano dengan baik. Mamat telah mengamalkan nilai kerjasama dan mencadangkan kepada Hilmi supaya belajar daripada Encik Bakar. Mamat telah membawa Hilmi ke rumah Encik Bakar, iaitu seorang drebar dan juga ahli muzik di kelab malam. Oleh sebab sikap kerjasama yang telah diamalkan oleh Mamat, Hilmi telah mendapat peluang untuk berlajar bermain pelbagai alat muzik dan membaca not muzik daripada Encik Bakar tanpa bayaran.

Selain itu, nilai kerjasama juga telah diamalkan oleh Hayati. Contohnya, apabila Hilmi terjatuh dan telah dihantar ke hospital, Hayati telah menawarkan diri kepada Ketua Pengarah RTM supaya dapat menjadi pengganti Hilmi dan mengambil alih tempat Hilmi. Hayati telah mengamalkan nilai kerjasama dengan menunjukkan ijazah yang diperolehnya dan arrangement muzik Hilmi kepada Ketua Pengarah RTM. Akhirnya, Ketua Pengarah RTM telah mengizinkan Hayati untuk mengambil alih Hilmi. Hayati berjaya memimpin orkes itu dengan baik dan mendapat sambutan daripada penonton di dewan dan juga penonton di rumah.

Di samping itu, nilai kerjasama juga dapat diperlihat dalam perwatakan Mohsin. Pada malam Hayati dan Mohsin hendak berangkat di London, Hayati mendapat keizinan daripada Mohsin untuk bertemu dengan Hilmi. Mohsin telah memberi kerjasama yang sepenuhnya dengan memberikan keizinan kepada Hayati untuk bertemu dengan Hilmi. Pertemuan mereka itu diatur dengan rapi oleh Mamat dan Esah tanpa pengetahuan Datuk Johari dan Datin Salmah. Dalam pertemuan itu, Hayati telah meluahkan rasa hatinya dan masalahnya kepada Hilmi.

Novel Papa

1. Mak Cik Noraini

- memberikan kerjasama kepada Jeffri dan Mama dengan menjaga Julia dengan baik.

Intan Julia

- memberikan kerjasama kepada ibu bapa dengan bertekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh supaya mencapai kecemerlangan yang diharapkan oleh ibu bapanya, dan akhirnya dia berjaya lulus dengan cemerlang dalam SPM dan menlanjutkan pelajaran ke universiti.

Oleh: Kong Shin Wei (5P, WMSKL)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(g) Nilai hormat-menghormati

Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain. Dalam novel ini, terdapat nilai hormat-menghormati yang ditunjukkan oleh pelbagai watak dalam pelbagai aspek.

Hayati menunjukkan nilai menghormati tetamu. Hayati mempelawa Hilmi masuk ke dalam rumahnya setelah dia mengetahui Hilmi itu tetamunya. Apabila Hilmi sudah masuk ke ruang tamu, dia mempelawanya duduk dan kemudian meminta Mak Minah menyediakan minuman untuk Hilmi. Hayati juga membawa Hilmi ke bilik yang diarahkan oleh ibunya.

Selain itu, Hilmi menunjukkan nilai hormat menghormati orang tua. Hilmi memanggil Datin Salmah sebagai Mak Cik Salmah apabila dia bertemu dengan Datin Salmah untuk kali pertama. Panggilan Mak Cik menunjukkan bahawa Hilmi menghormati Datin Salmah.

Di samping itu, nilai hormat menghormati guru ditunjukkan oleh Hayati. Semasa belajar bermain piano, Hayati telah membuat empat kesalahan yang tidak disengajakan. Kesalahan yang dilakukannya pada kali keempat ialah dia menekan mata piano nada tinggi agak kuat seolah-olah mencabar teguran guru pianonya. Oleh sebab itu, Hayati telah memohon maaf daripada guru pianonya tersebut kerana melukakan hatinya.

Modul 3 Peleraian cerita NOVEL 3 : PELERAIAN CERITA

(a) KONSERTO TERAKHIR

i.

Peristiwa Hayati mengambil alih tempat Hilmi

Hayati berjaya memimpin orkes perdana dengan baik dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Kemunculan Hayati dan kejayaannya menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin Pertunjukan Orkes Perdana yang dikenali sebagai Hilmi Potpouri telah menyelesaikan kebuntuan yang dihadapi oleh Ketua Pengarah RTM. Selepas itu, Hayati, Datuk Johari dan Datin Salmah dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur oleh Ketua Pengarah RTM untuk melawat Hilmi.

ii.

Peristiwa pembongkaran identiti sebenar Hilmi

Ketika menunggu Hilmi menjalani pembedahan, Pak Long Karim menceritakan hal Himi kepada Datuk Johari. Pak Long Karim membuka rahsia bahawa Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari dengan bekas isterinya dahulu. Pak Long Karim merahsiakan hal itu kerana takut rumah tangga Datuk Johari dan Datin Salmah retak kerana peristiwa itu. Apabila mendapat berita itu, Datuk Johari berjanji untuk menghantar Hilmi belajar muzik di mana-mana sahaja yang dikehendakinya. Datin Salmah dan Azizah turut insaf.

iii.

Peristiwa kematian Hilmi dan Datuk Johari

Selepas Hilmi dibawa keluar dari bilik pembedahan pada waktu Subuh, Datuk Johari dan Datin Salmah bercadang untuk balik ke rumah dan datang ke hospital semula apabila hari siang nanti. Sebaik sahaja Datuk Johari tiba di pekarangan rumahnya, dia mendapat berita bahawa Hilmi meninggal dunia sebaik sahaja mereka meninggalkan hospital. Datuk Johari terjatuh dan dia juga meninggal dunia.

(b) PAPA

i.

Peristiwa kematian mama

Selepas mama tersedar daripada koma selama tiga tahun lebih, selepas solat Maghrib suatu hari, papa pergi ke bilik mama bersama Julia. Papa dan Julia berasa pelik apabila mama membuka mata dan menggerakkan mulut meminta pizza secara tiba-tiba. Mak Cik Aisyah masuk ketika papa berbual-bual dengan mama. Mama memerhatikan keadaan Mak Cik Aisyah mengandung dan memegang bahu papa. Papa memberitahu mama bahawa Aisyah ialah isteri baharunya. Dada mama bergoncang dengan kuat. Akhirnya, mama menghembuskan nafas yang terakhir.

ii.

Peristiwa papa mengalirkan air mata

Papa atau Jeffri merupaka seorang bapa dan suami yang tabah. Dia tidak pernah menangis ketika anak kembar siamnya meninggal dunia dan ketika mama koma selama tiga tahun lebih. Akan tetapi, air mata seorang lelaki yang tabah akhirnya mengalir juga apabila isteri tercintanya iaitu Intan Maliana meninggal dunia. Hal ini membuktikan bahawa papa amat mencintai dan menyayangi isteri pertamanya itu walaupun dia telah berkahwin lain dengan Aisyah. Bagi Jeffri, Intan Maliana seorang isteri yang terbaik kerana sanggup berkorban nyawa untuk dirinya. Modul 2 Watak sampingan NOVEL 2: WATAK SAMPINGAN

(a) Pilih dua buah novel yang anda pelajari. Bandingkan satu watak sampingan daripada kedua-dua buah novel tersebut.

Novel yang telah saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain dan novel Papa... (akhirnya kau tewas jua!), karya Deana Yusof. Kedua-dua novel ini mengandungi beberapa watak sampingan yang meyumbang kepada perkembangan plot novel masing-masing. Salah satu watak sampingan daripada novel Konserto Terakhir ialah Datuk Johari manakala satu watak sampingan daripada novel Papa ialah Encik Jeffri. Kedua-dua watak ini mempunyai persamaan dan perbezaan antara satu sama lain.

Datuk Johari dan Encik Jeffri, yang dikenali sebagai Papa mempunyai ciri yang sama iaitu mereka merupakan penyayang. Dalam novel Konserto Terakhir, Datuk Johari merupakan seorang penyayang kepada keluarganya. Contohnya, Datuk Johari sanggup rajin bekerja supaya isterinya, Datin Salmah dan anaknya, Hayati dapat hidup dengan mewah. Encik Jeffri dalam novel Papa juga merupakan seorang penyayang. Buktinya, Encik Jeffri amat menyayangi isterinya walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk menjaga isterinya, Intan Maliana yang berada dalam koma.

Manakala, perbezaan perwatakan Papa dan Datuk Johari ialah Datuk Johari ialah seorang yang lebih mementingkan status daripada tali kekeluargaan manakala Papa ialah seorang yang mementingkan hubungan kekeluargaan. Contohnya, Datuk Johari berasa malu untuk menerangkan kepada orang lain bahawa Hilmi merupakan anak saudaranya dan bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya. Hal ini disebabkan Hilmi merupakan seorang pemuda kampung dan bersekolah setakat darjah empat sekolah Melayu. Manakala, Papa pula seorang yang mementingkan ikatan kekeluargaan. Buktinya ialah Papa membawa Mak Cik Noraini yakni sepupunya tinggal dengannya selepas kematian suami dan anak-anaknya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada malam raya suatu ketika dahulu. Walaupun Mak Cik Noraini berkhidmat di rumah keluarga Jeffri sebagai pembantu rumah namun Papa menganggapnya sebagai ahli keluarganya.

Perbezaan yang lain antara dua watak ini ialah pegangan agama mereka. Papa merupakan seorang yang mengamalkan ajaran agamanya dan tidak meninggalkan solatnya. Buktinya, dia dan Intan Julia, anaknya pergi menjenguk Intan Maliana di biliknya selepas menunaikan solat Maghrib. Papa atau Jeffri juga menyuruh Intan Julia mengerjakan solat Asar sebelum mereka pergi bermain tenis di Kelana Jaya. Situasi ini berbeza dengan Datuk Johari dalam novel Konserto Terakhir. Datuk Johari pula seorang yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai penganut agama Islam. Dia tidak bersolat dan mempunyai sebuah bar mini di rumahnya. Dia juga tidak menyuruh isteri dan anaknya bersolat.

Sumbangan : Gloria Su Mi-Li (WMSKL, 5W)

(b) Watak sampingan banyak mempengaruhi perjalanan cerita sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga perwatakan watak sampingan. (8 markah)

Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain. Pengarang telah memperkenalkan pelbagai watak sampingan dalam novel ini supaya perjalanan cerita menarik. Antara watak sampingan termasuklah Datin Salmah, Datuk Johari dan Mamat.

Datin Salmah merupakan ibu Hayati dan isteri Datuk Johari. Antara perwatakan Datin Salmah ialah dia seorang yang ego dan sombong. Sebagai contoh, dia berasa terhina sekiranya orang tidak membahasakan dirinya datin apabila bersapa atau berbual dengannya. Buktinya, Datin Salmah menegur Hilmi, anak saudara suaminya, Datuk Johari dengan sombong apabila Hilmi membahasakannya mak cik. Hal ini telah jelas menunjukkan bahawa Datin Salmah merupakan seorang yang ego lagi sombong dalam novel ini.

Datuk Johari merupakan ayah Hayati dan suami Datin Salmah. Antara perwatakan Datuk Johari ialah dia seorang yang tidak bertanggungjawab. Hal ini dapat dibuktikan apabila Datuk Johari telah meninggalkan isteri pertamanya pada malam pengantin. 19 tahun yang lalu, Datuk Johari telah meninggalkan kampungnya di Kedah bersama surat cerai untuk isterinya pada malam pengantin dan terus berhijrah ke Kuala Lumpur. Hal ini turut membuktikan bahawa Datuk Johari merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup menceraikan dan meninggalkan isterinya tanpa meninggalkan sebarang pesanan pun.

Mamat merupakan drebar Dr. Nathan, jiran Datuk Johari dan Datin Salmah yang berasal dari Kelantan. Antara perwatakan Mamat termasuklah dia seorang yang suka membantu. Tamsilnya, Mamat

telah mencadangkan kepada Hilmi supaya belajar muzik daripada mana-mana guru kerana dia merasakan bahawa Hilmi memiliki bakat dalam bidang muzik dan dapat bermain piano dengan baik. Mamat juga telah memperkenalkan Hilmi kepada Encik Bakar, seorang pemimpin quartet di Hotel Titiwangsa yang sudi mengajar dan melatih Hilmi supaya menjadi pemain muzik yang tersohor. Hal ini turut menunjukkan bahawa Mamat sememangnya seorang yang suka membantu dan sikap suka membantu Mamat telah memberikan kejayaan Hilmi.

Novel Papa, karya Deanna Yusof

1. Papa (Encik Jeffri)

Bapa Intan Julia, suami Mama (Intan Maliana) - seorang yang sayang kepada isteri. Buktinya, Papa berulang-alik ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menjenguk Intan Maliana yang koma setiap hari selama bertahun-tahun. Papa tidak pernah berasa bosan menemani isteri kesayangannya semasa dia koma, malah Papa sentiasa bersembang dengan Mama dan melaporkan kejadian harian kepada Mama seolah-olah Mama sedang mendengar. - Menunjukkan bahawa Papa seorang yang menyayangi isterinya.

2. Mama (Intan Maliana)

Ibu Julia, isteri Papa (Encik Jefrri) - Seorang yang sanggup berkorban untuk suami. - Buktinya, Intan Maliana sanggup mengandung kali kedua untuk memenuhi kehendak suaminya, Encik Jeffri. Walaupun mengetahui bahawa dia besar kemungkinan akan mengalami komplikasi kali kedua, Mama tetap mangambil risiko untuk melahirkan anak kembar siamnya supaya hasrat Encik Jeffri untuk mendapatkan anak lagi tercapai. - Menunjukkan bahawa Mama seorang yang sanggup berkorban untuk suaminya.

3. Mak Cik Noraini Pembantu rumah Encik Jeffri sekeluarga. - seorang yang prihatin. - Sikap prihatin Mak Cik Noraini ditunjukkan apabila Mak Cik Noraini berasa risau apabila menerima berita bahawa Mama

telah mengandung kali kedua. Mak Cik Noraini menashati Intan Maliana supaya berfikir masakmasak

sebelum mengambil keputusan untuk melahirkan anak kerana dia memahami keadaan Intan Maliana. -

Menunjukkan bahawa Mak Cik Noraini sememangnya berprihatin terhadap Intan Maliana. Modu 1 Biodata NOVEL 1: BIODATA PENULIS NOVEL

(a) KONSERTO TERAKHIR

Novel yang saya kaji ialah Konserto Terakhir. Pengarang novel Konserto Terakhir ialah Abdullah Hussain. Beliau dilahirkan pada 25 Mac 1920, di Sungai Limau, Yan, Kedah. Pendidikan awal beliau adalah di Sekolah Melayu Sungai Limau sehingga lulus darjah lima. Kemudian, beliau menyambung pelajaran beliau di Sekolah Inggeris St. Michael (1932-1933). Seterusnya, beliau bersekolah di Anglo Chinese School, Alor Star pada tahun 1935.

Dari segi pekerjaan, beliau pernah sebagai Penolong Penjaga Setor di sebuah perusahaan bijih timah di Pahang pada tahun 1939, Pengarang Akhbar Sahabat (1941), Pengarang Majalah Puspa di Medan, pernah bekerja di Kem Tentera Sg.Petani dan juga sebagai Pegawai Penyelidik di DBP (1968).

Dalam bidang penulisan, beliau banyak menulis cerpen, novel, biografi, autobiografi, esei, kritikan, drama, dan sebagainya. Hasil-hasil karya beliau yang lain adalah seperti Issabela (terjemahan), Orang Tua dengan Laut (terjemahan), dan banyak lagi.

Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang penulisan, beliau banyak meraih kemenangan. Beliau pernah SEA Write Award, dan kejayaan yang terbesar ialah beliau telah memenangi Sasterawan Negara ke-8.

(b) PAPA

Nama sebenar Deana Yusof ialah Norhaiza binti Yusof yang dilahirkan pada 3 Mac 1957 di Kepong, Selangor. Beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah Menengah Kampung Baru, Kuala Lumpur. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA di Shah Alam, Selangor.

Kini, Deana merupakan suri rumahtangga sepenuh masa dan menjadi penulis di Pekan Ilmu Publications. Beliau, berazam menulis sebuah novel setahun kerana lebih mementingkan kualiti karya daripada kuantiti. REVISI AKHIR NOVEL SPM

Tajuk-tajuk yang berkemungkinan:

1. Biodata pengarang

2. Peleraian novel

3. Watak sampingan

4. Nilai

5. Latar

6. Teknik Plot

7. Kewajaran judul

8. Kepincangan masyarakat / kritikan sosial

You might also like